The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syarif Razak, 2024-05-20 06:13:57

Buletin April SSD Perak

BULETIN APRIL

SECURITY BULET APRIL 2024 BIL. 4 BULETIN SERVICES DEPARTMENTSSD PERAK EDARAN DALAMAN SAHAJA


PENGISIAN ROHANI Sempena kedatangan Syawal dan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 nanti, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon ampun dan maaf di atas kesilapan dan kesalahan, samada disedari atau tidak. Kepada warga SSD Perak yang akan pulang ke kampung halaman dengan memandu kenderaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara. Adalah dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan jalanraya. Ingatlah: pandu cermat, jiwa selamat! Kepada anggota yang akan bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri nanti khususnya mereka yang membuat rondaan serta mengawal keselamatan di semua premis TNB, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Akhir kata, Cahaya Ramadan berlalu pergi Menyambut tibanya Aidilfitri Ampun maaf segala peri Semoga ikatan kekal di hati Sekian...., SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN’ Ikhlas Daripada: DSP/PB ARULANTHU EDWIN A/L SANDARAM Ketua Gerakan Negeri Perak DSP/PB ARULANTHU KGN PERAK


Ipoh,Perak |23 April 2024 – Bertempat di Pencawang PDT Eadro Jalan Sultan Iskandar Ipoh,1 lelaki melayu suspek yang menyamar sebagai kontraktor TNB berjaya di tangkap ketika sedang menceroboh pencawang PDT Eadro.Tangkapan ini hasil Kolabrasi SSD Perak dan DN Perak sertaturut dibantu oleh pemilik premis Hard Rock Café Jalan Sultan Iskandar Ipoh. Dalam pada itu,KGN Perak DSP/PB Arulanthu berkata dalam kejadian tersebut,sekitar jam 8 pagi ,KGN Perak telah dihubungi oleh pemilik premis Hard Rock Café yang memaklumkanpihak keselamatanmereka telah menghalang suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan dan menceroboh dalampencawang TNB.Sejurus itu KGN Perak,KGT Ipoh SM/PB Mohd Nor Bersama pihak DN telahke lokasikejadian bagi menahan suspek.Hasil soal siasat SSD Perak dan DN Perak mendapatisuspek tersebut juga merupakansuspek yang sama yang menceroboh pencawang PDT Eadro yang berhampiran baru-baru ini ekoran menerusi rakaman CCTV premis berhammpiran dan pengakuan daripada suspek.KGN Perak telahmenghubungi Unit Peronda Kuala Kangsar iaituSjn/PB Aminnudin,Kpl/PB Muhamad Sauffi dan Konst/PB Fikri untuk ke lokasi kejadian bagi menangkap suspek untuk diserahkan kepada pihak polis Balai Polis Pekan Baru untuk pihak polis membuat tangkapan semula. Syabas diucapkan kepada semua terlibat ,semoga dengan tengkapan ini dapat membantu pihak TNB dan PDRM dalammengurangkan kadar jenayah di Perak - Buletin Kpl Sauffi SUSPEK MENYAMAR KONTRAKTOR TNB BERJAYA DI TANGKAP KEJAYAAN


19 APRIL 2024 @ MANJUNG | Bertempat di Pejabat Pengarah Urusan TNB Janamanjung Tuan Haji Mohd Zaini Bin Jaafar (Pengarah Urusan TNB Janamanjung) telah sudi untuk meluangkan masa menerima kunjungan hormat daripada BP Genco (Roseda binti Ismail), ASP/PB Mohd Rizal Bin Ishak (Unit Pengurusan Operasi), DSP/PB Arulanthu Edwin a/l Sandaram (Ketua Gerakan Negeri Perak) dan Insp/PB Abdul Rahman bin Idris (Ketua Gerakan Tempatan Manjung). Kunjungan hormat ini merupakan sesi engagement diantara pihak SSD dan pengurusan TNB Janamanjung .Pihak SSD juga merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada Tuan Haji Mohd Zaini Bin Jaafar yang akan berpindah ke HQ TNB. sumber: Puan Nurul Azlin KUNJUNGAN HORMAT SSD BERSAMA PENGARAH URUSAN TNB SJSAS


MANJUNG 02 MEI 2024 | Satu sesi perjumpaan santai telah diadakan oleh Polis Bantuan Security Services Department (SSD) TNB Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Manjung diwakili oleh Sarjan Mejar PB Fairoz dan Kpl PB Khairul Izwan kepada Tuan ACP Mohamad Nordin Abdullah Ketua Polis IPD Manjung yang diiringi oleh Tuan ASP Heng Kok How Ketua Bahagian Pengurusan IPD Manjung dan ASP Rajan Ketua Bahagia Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD bertempat di Balai Polis IPD Manjung, perjumpaan santai ini dibuat bagi tujuan mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak SSD SJSAS dan PDRM IPD Manjung yang telah banyak membantu pihak SSD SJSAS dalam melakukan rondaan berkala oleh anggota unit URB, MPV dan Balai Polis Manjung di SJSAS. Dalam sesi perjumpaan ini Sarjan Mejar PB Fairoz Bin Latip telah menerangkan secara teperinci mengenai skop penugasan anggota Polis Bantuan di SJSAS dan memohon pihak IPD Manjung untuk memberi pandangan bagi penambahbaikan dalam aspek keselamatan di SJSAS. Diakhir sesi perjumpaan Sarjan Mejar Fairos menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tuan ACP Mohamad Nordin Abdullah kerana meluangkan masa dalam perjumpaan ini. Buletin & foto : kpl/PB Khairul Izwan TNB SJSAS Manjung ENGGAMENT SSD SJSAS BERSAMA KETUA POLIS DAERAH MANJUNG


BIDOR | 22.04.2024 Perbincangan dua halamengenaiIsuLaporanKejanggalanpepasangan TNB diantarapihak DN Civil & Mechanical (North) bersama Security Services Department Utara (Perak, Pulau Pinang & Kedah/Perlis) telahberjayadiadakan di Dewan Integrasi ,Wisma TNB Bidor. Pihak DN Civil & Mechanical diketuaiEn.AbdulHaddy Abd Hamid (Jurutera Kanan SBU Maintenance) telah mengetuai mesyuarat ini serta telah membincangkan mengenai permasalah yang berlaku dilapangan serta langkah-langkah yang perlu diambil seperti penyelarasan Laporan Kejanggalan. PERBINCANGAN ANTARA CIVIL & MECHANICAL (NORTH) BERSAMA SSD UTARA


Ayer Tawar 16 April 2024 | Satu Lawatan dan pemeriksaan dibuat dari pihak Tim Naziran di Pencawang Masuk Utama (PMU) 500/275KV TNB Ayer Tawar yang di ketuai oleh Tuan Mazlan Bin Md Noor Pengarah CGSO Negeri Perak bersama 8 pegawai Kerajaan yang terdiri daripada agensi keselamatan ATM, PDRM, APM, MCMC dan BOMBA. Turut terlibat dalam lawatan ini adalah Tuan Insp/PB Abdul Rahman selaku Ketua Gerakan Tempatan (KGT) Security Services Department (SSD) Daerah Manjung, pembantunya Sjn/PB Riduan, SM/Mat Nor KGT SSD Ipoh, Kpl/PB Imran Unit Pengurusan Operasi SSD Perak dan anggota bertugas Kpl/PB Hanif, Konst/PB Melvin SSD PMU Ayer Tawar serta En. Mohamad Adzmi Juruteknik SSO TNB Grid Division. Lawatan bermula di Pos Kawalan Polis Bantuan (Main Gate) seterusnya di Bilik Kawalan talian dan berakhir di kawasan sekitar perimeter PMU. Hasil daripada pemeriksaan oleh Tim Naziran didapati semua keadaan keselamatan di persekitaran PMU didapati baik, hanya terdapat beberapa penambahbaikan kecil yang perlu dilakukan, sebelum lawatan berakhir, Insp/PB Abdul Rahman menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tuan Mazlan Bin Md Noor atas lawatan dan pemeriksaan Tim Naziran. Buletin dan foto : Kpl PB Izwan (SJSAS) LAWATAN TIM NAZIRAN KE PMU TNB AYER TAWAR


SSD TELUK INTAN MESYUARAT MUSIM PERAYAAN SSD DAN SKS DAERAH TELUK INTAN TAKLIMAT KESELAMATAN DAN UNDANGUNDANG OLEH KGT TELUK INTAN Teluk Intan 04 April 2024 Teluk Intan 23 April 2024 Teluk Intan 18 April 2024 2024-Ketua Gerakan Temapat Teluk Intan selaku penasihat keselamatan kepada pemilik aset didaerah ini telah memberi taklimat pada sesi taklimat pagi Jabatan Retail TNB Teluk Intan.Taklimat menjurus kepada pentingnya pencegahan salahlaku semasa menjalankan tugas dilapangan.Beberapa perkara seperti rasuah dikalangan masyarakat dan kesalahan dibawah akta 574 kanun keseksaan turut disentuh sebagai peringatan bersama. Terdapat sesi soal jawab dan reaksi positif telah diberikan oleh anggota kerja.Program ini sedikit sebanyak menjadi penanda aras relevannya SSD sebagai badan yang memberi perkhidmatan keselamatan di TNB secara profesional Dua sesi mesyuarat telah diadakan oleh KGT bersama wakil SKS daerah Teluk Intan bagi menghadapai musim perayaan adilfitri.Perkara ini menjadi perkara wajib bagi memastikan pepasangan yang dikawal terhindar daripada perkara yang tidak diingini sehingga mengancam keselamatan dan mengganggu fungsi-fungsi fasaliti kritikal di daerah ini.Perkara dipandang serius oleh SSD daerah ini.Oleh itu beberapa perkara seperti kesiapsiagaan anggota dan peralatan keselamatan termasuk aplikasi rondaan (Panic Button) dalam keadaan siap sedia. 2024-Sempena bulan Ramadhan dan menjelangnya Syawal Ketua Gerakan Teluk Intan bersama anggota TNB Teluk Intan telah menyantuni asnaf dengan pengerahan bungkusan makanan dan sejumlah sumbangan bagi meringankan beban.Program dibawah PKPI Teluk Intan ini bukan Sahaja mengajak anggota kerja bersedekah dibulan mulia malah menerbitkan rasa syukur danInsaf atas nikmat-nikmat kehidupan terutama anggota kerja yang menjadi sebahagian pekerja di Tenaga Nasional Berhad.Perkara ini juga sejajar dengan nilai Syarikat iaitu perihatin.Semoga pada masa akan dating kita diberi peluang mengulangi amalan sedekah ini pada masa akan datang. SSD TELUK INTAN MENYANTUNI ASNAF Setelah selesai musim perayaan satu lagi mesyuarat telah diadakan bagi menyemak semula perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk penambahbaikan.Perkara ini sejajar dengan kehendak pengurusan TNB bagi memastikan bekalan elektrik sentiasa memenuhi kehendak pelanggan dengan konsisten dan professional.


PEMATUHAN SOP SSD DAN SKS DAERAH TELUK INTAN Ketua Gerakan Tempatan Teluk Intan telah mengambil beberapa inisiatif bagi memperkemaskan lagi pematuhan SOP dipepasangan daerah ini.Beberapa perkara telah dikaji semula sebagai langkah penambahbaikan sebelum bermulanya musim audit yang akan berlangsung kelak. Syarikat kawalan swata Warisan Teguh SDB BHD selaku rakan strategik SSD juga telah terlibat bagi memastikan perkara ini mencapai sasaran.Antara insiatif yang telah diambil pemasangan lampu solar bagi Kawasan yang tiada sumber pencahayaan yang cukup (Safety),penambahbaikan keadaan tag rondaan(Tracker Hero) dan kemaskini senarai anggota pengawal untuk latihan asas pengawal keselamatan (CSG).Beberapa perkara lain dalam perancangan dan dalam peringkat perlaksanaan. Kerjasama antara ketua Gerakan Tempatan dan wakil Syarikat kawalan swasta ini diharapkan dapat menghasilkan mutu kawalan keselamatan yang mantap dan berkesan sekaligus memenuhi kehendak SOP TNB.Perkara ini juga telah mendapat reaksi positif dari pemilik aset TNB daerah Teluk Intan . Teluk Intan 23 April 2024 INISIATIF


AUDIT DALAMAN SSD PULAU PINANG BUKIT TAMBUN | 25.04.2024 Bertempat di PMU dan Stor Yard Bukit Tambun Koperal/PB Mohd Farez Bin Rashid KGT Taiping bersama KGT Kuala Kangsar Sarjan/PB Mohd Aminuddin Bin Musa telahterpilih bagi membuat audit di pepasangan tersebut. Tujuan utama bagi menambahbaik perkhidmatan sediaada serta persediaan menghadapi audit yang bakal menjelang pada bulan Mei 2024. BPJKK IPD TAIPING TAIPING | 05.04.2024 Ketua Gerakan Tempatan Pemangku Koperal/PB Mohd Farez Bin Rashid bersama Pembantu Ketua Gerakan Tempatan Koperal/PB Mohd Khairizi Bin Mohd Yunus telahmembuat kunjungan di BPJKK IDP Taiping di sambut mesra oleh Sarjan Musa Bin Ahmad. Hubungan baik ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara PDRM disamping semakan rutin buku PDRM A5 oleh pihak BPJKK IPD Taiping. SSD TAIPING


SSD TAIPING MESYUARAT BULANAN KGN KGT SKS ENGAGEMENT BERSAMA AO DN & RETAIL TAIPING | 02.04.2024 Ketua Gerakan Tempatan Taiping Koperal/PB Mohd Farez bin Rashid bersama Pembantu Ketua Gerakan Tempatan Taiping Mohd Khairizi bin Mohd Yunus telah bertemu dengan Mohd Sahafizul bin Shariff Jurutera (Supply Planning 11kV & LV) DN/Asset Zone N2, Distribution Network Division dan Tuan Haji Mohd Wazir Rudin B Mat Ali Customer Care Officer (Customer Care - Taiping)SME & Residential, Retail Division . Ini merupakanperanan dari KGT Taiping dalam menjalinkanhubungan yang baik bersama jabatan lain supaya pengoperasian TNB di Taiping berjalan denganlancar. MALIM NAWAR | 24.04.2024 Mesyuarat bulananKetua Gerakan Negeri, Ketua Gerakan Tempatan dan Syarikat Kawalan Swasta Perak B telah diadakan di BilikMesyuarat JFM TNB Malim Nawar, Perak. Pemangku Ketua Gerakan TempatanKpl/PB Mohd Farez Bin Rashid hadir pada mesyuarat yang diadakan. KGN Perak menyampaikan maklumat terkini berkaitan pengoperasian sedia ada selain berbincang menyelesaikan isu-isu yang berbangkit TAIPING | 01.04.2024 Bertempat di Wisma TNB Taiping Koperal/PB Mohd Farez Bin Rashid KGT Taiping bersama Pembantu KGT Taiping Koperal/PB Mohd Khairizi Bin Mohd Yunus telahmengadakan Roll Call dan perjumpaan anggota Syarikat Warisan Teguh. Roll Call diadakan memberi penerangan telah mengulangkaji SOP sediaada 5T,DER dan PMA. KGT turutmenyampaikan maklumat terkini berkaitan pengoperasian dan mengingatkan kepada semua yang hadir ke siap siagaan menjelang Cuti Am Hari Raya. ROLLCALL MINGGUAN SSD TAIPING


KGT BIDOR BERSAMA BPJKK IPD TAPAH 05 April 2023 @ TAPAH – Ketua Gerakan Tempatan Bidor Sjn/PB Hairul Azhar Bin Abdul Aziz hadir dalamperjumpaan yang telah diatur dengan BPJKK Tapah yang diwakili Kpl Safarizan Bin Abd Aziz di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah. Perjumpaan ini adalah untuk menyerahkan Reten anggota SSD Bidor, Stesen Jor/Who dan Perintah Gerakan Kedai Tenaga Tapah. Selain dari itu Sjn/PB Hairul Azhar membincangkan untuk turut bersama dalam Ops Barang Lusuh SSD Bidor bersama PDRM. SSD BIDOR 26 April 2024 @ BIDOR | Anggota Security Services Department (SSD) Bidor diketuai Sjn/PB Hairul Azhar Bin Abdul Aziz Bersama Kpl/PB Zulkurnain telah mengadakan Taklimat Keselamatan kepada (7) anggota Pengawal Keselamatan Swasta(PKS) melibat 2 penempatan iaitu PKS PMU 132Kv Jln Paku Bidor dan Wisma TNB Bidor Syarikat Perusahaan Isham Security Sdn Bhd di kawasan letak kenderaan Wisma TNB Bidor, turut bersama Pegawai Ronda (PR) SKS Zon Bidor En.Aidie Shafiq dan PPR En.Ramli. ROLLCALL DAN TAKLIMAT KESELAMATAN BERSAMA ANGGOTA PK SKS ZON BIDOR Sesi Roll Call dimulakan dengan pemeriksaan uniform dan pernampilan PKS. Seterusnya taklimat yang disampaikan oleh Sjn/PB Hairul Azhar kepada anggota PKS adalah Perlaksanaan Buku 5T, Rondaan kedua, Perlaksanaan penutupan Pintu Pagar Utama Wisma TNB Bidor pada waktu malam, Teguran kapada PKS yang gagal membuat rondaan dan permakluman permilihan PKS terbaik & Pos Kawalan tercantik.Akhir sekali, Sjn/PB Hairul Azhar mengucapkan ribuan terima kasih kepada PKS dan PR yang hadir dalam taklimat ini serta berharap semua anggota PKS yang hadir dapat manafaat dan meningkatkan tahap keselamatan semasa bertugas. KAWALAN KESELAMATAN KEDAI TENAGA TAPAH TAPAH –Satu arahan kerja melibatkan tugas-tugas pengawasan,pemantauan Pelanggan dan perlindungan terhadap Wang Kutipan Harian dan nyawa wargakerja TNB Retail, anggota Security Services Department (SSD) Bidor Kpl/PB Zulkurnain Bin Jamal Hatun telah diberikan kepercayaan dan tanggungjawab oleh pihak Retail TNB Bidor untuk mengawal keselamatan di Kedai Tenaga Tapah pada setiap hari Selasa bulan April 2024. Sepanjang penugasan init iadaperkara-perkara yang tidak dingini berlaku dan jumlah wang kutipan dibulan April 2024 berjumlah RM 15,304.28 dikawal rapi sehingga diserahkan kepada anggota Amour Security Ipoh dalam keadaan selamat. – sumber dari Kpl/PB Zulkurnain


SUMBANGAN SATU PEKERJA SATU BARANG SgSiput-02hb April 2024,Aidilfitri bakal tiba,Dalam kegembiraan tidakdilupakan kepada golongan yang kurang berkemampuan.Tnb Sg Siput telah melancarkan program pemberian sumbangan satu pekerja satu barang kepada golongan Asnaf sekitar Sg Siput.Program ini adalah kolaborasi daripada unit SSD,BSO,RETAIL dan DN Sg Siput. Sepanjang program di jalankan, sambutan dari masyarakat amat memberangsangkan. Terpancar kegembiraan dari riak wajah meraka.Rezeki di kongsi bersama dan kegembiraan dapat dirasa. SSD SG. SIPUT


SSD BAGAN SERAI ENGAGEMENT BERSAMA BSO TNB BAGAN SERAI ROLL CALL DAN TAKLIMAT KESELAMATAN SKS ZON BAGAN SERAI Bagan Serai, 25 April – Roll call dan taklimat keselamatan mingguan Ketua Gerakan Tempatan (KGT) Bagan Serai Sjn/PB Mohd Safirul Bin Mohamed Anuar, Pembantu Ketua Gerakan Tempatan (PKGT) Bagan Serai Kpl/PB Muhammad Rashidi Bin Min bersama Pengawal Keselamatan Syarikat Kawalan Swasta Warisan Teguh Security. Pada minggu pertama 03.04.2024 yang diadakan di PMU 275/132/33/11 Kv Bukit Merah KGT fokus kepada pemeriksaan kelengkapan PPE pengawal agar sentiasa dalam keadaan baik. Bagan Serai, 3 April – Pada penghujung bulan Ramadhan 1445H TNB Bagan Serai telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama anggota kerja yang bertugas dan tungu sedia pada hari raya Aidilfitri. Perjumpaan diadakan di aras 1, Pejabat Business Support Office (BSO) TNB Bagan Serai. Perjumpan dimulakan dengan sedikit ucapan dari BSO TNB Bagan Serai Puan Zubaidah Binti Mohamad diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada wakil-wakil unit. Pembantu Ketua Gerakan Tempatan (PKGT) Bagan Serai Kpl/PB Muhammad Rashidi Bin Min yang mewakili KGT mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan TNB Bagan Serai kerana keperihatinan terhadap anggota kerja yang bertugas dan tungu sedia pada hari raya Aidilfitri. Berita oleh : Kpl/PB Rashidi. Bagan Serai, 5 April – Mesyuarat Koordinasi antara unit bersama aset owner telah diadakan di bilik mesyuarat seri serai, aras 2, TNB Bagan Serai. Wakil bahagian yang hadir terdiri daripada Retail, DN, BSO, SSD, MRE dan JFM. Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah aktiviti yang akan dilaksanakan pada bulan hadapan, isu atau permasalahan setiap bahagian dan jamuan hari raya TNB Bagan Serai. Dalam mesyuarat ini Pembantu Ketua Gerakan Tempatan (PKGT) Kpl/PB Muhammad Rashidi Bin Min mewakili KGT telah memberi cadangan berkaitan isu keselamatan. Antaranya perlu diletakkan papan tanda berhenti di simpang tiga laluan masuk pejabat TNB dan garisan putih dilaluan tersebut yang telah kabur perlu diterangkan bagi mengelak kekeliruan serta berlaku kemalangan. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.Berita oleh : Kpl/PB Rashidi. MESYUARAT KOORDINASI ANTARA UNIT TNB BAGAN SERAI Taklimat keselamatan berkenaan rondaan dan pemeriksaan motosikal, penugasan ketika waktu hujan serta pemakaian baju hujan dengan cara yang betul telah diadakan pada minggu kedua serta ketiga bertarikh 08.04.2024, 19.04.2024 di perkarangan Pejabat TNB Bagan Serai. Pada Roll Call minggu keempat 25.04.2024 di PPU 33/11 Kv Bukit Merah dalam taklimat KGT menekankan perlaksanaan 5T di pintu masuk dan pintu keluar tanpa gagal, perlaksanaan DER dan juga pemeriksaan pagar pepasangan semasa rondaan bagi mengelak berlaku pencerobohan. Berita oleh : Kpl/PB Rashidi.


PEMERIKSAAN KESIHATAN ANGGOTA SSD SJ Bersia, 30 April 2024 – LDP Pemeriksaan Kesihatan anggota kerja SSD Perak di penempatan SSJ Sungai Perak telah dijalankan dengan jayanya. Seramai 31 orang anggota kerja SSD Perak yang bertugas di SJ Temengor, SJ Bersia, SJ Kenering dan SJ Chenderoh telah melakukan pemeriksaan kesihatan oleh Dr Erna Nadia Binti Noordin, Pegawai Perubatan dari Klinik TNB Janamanjung .


LAWATAN PRIHATIN ANGGOTA SSD PERAK MASUK WAD PRIHATIN


10 APRIL 2024 @ KUALA KANGSAR | Bertempat di Tapak parking field crew,Wisma TNB Kuala Kangsar telah berlangsung satu lawatan ramah mesra oleh CEO TNB Datuk Ir.Megat Jalaludin,diiringi GM Perak Dato' Sharudin B M.Simin dan juga Head SSA YM Dato Raja Abdul Jalil .Lawatan tersebut disambut oleh warga kerja TNB Kuala Kangsar dengan wajah ceria biarpun bertugas di pagi 1 Syawal. Anggota SSD Perak terdiri daripada KGT Kuala Kangsar Sjn/PB Aminnudin, PUP Kpl/PB Sauffi, UP Lans/KPL PB Azmawi, Konst/PB Fikri serta KGT Ipoh SM/PB Mohd Nor, KGT Muallim Sjn/PB Philip dan Kpl/PB Dinish turut terlibat dalam membuat kawalan keselamatan dan ramah mesra bersama Datuk Ir Megat. Dalam pada itu,lawatan tersebut disulami dengan ucapan raya serta serahan bingkisan raya kepada anggota bertugas oleh Datuk Megat serta sesi fotografi yang berakhir sekitar jam 2 Petang. bKl/PBSffiLAWATAN RAMAH MESRA CEO TNB SEMPENA AIDILFITRI DI TNB KUALA KANGSAR


MANJUNG 01 MEI 2024 | Bertempat di Dewan TNBJ 1 Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) diadakan Majlis Jom Raya SJSAS 2024 yang dianjurkan oleh pihak Stesen sempena meraikan Aidilfitri Di bulan Syawal. Anggota Polis Bantuan Security Services Department (SSD) SJSAS telah dipertanggungjawabkan untuk membuat kawalan keselamatan dan lalu lintas semasa Majlis berlangsung. Seramai 20 anggota ditempatkan di 9 checkpoint untuk mengawal keadaan lalu lintas dan parkir kenderaan sekitar kawasan Dewan TNBJ 1 yang diketuai Oleh Sarjan Mejar PB Fairoz Latip. Dianggarkan seramai lebih 1500 orang tetamu yang hadir menglibat anggota kerja SJSAS dan keluarga. Turut menyerikan Majlis dengan kehadiran Haji Ahmad Afzainizam Bin Mokhtar selaku PengarahUrusan SJSAS. Majlis yang berlangsung dari jam 1100 hingga 1500hrs berjaya di kawal dengan baik oleh anggota SSD SJSAS, serta diberi penghargaan oleh Pengarah Urusan SJSAS. Syabas Dan tahniah di ucapkan kepada semua anggota yang terlibat dalam kawalan semasa Majlis berlangsung. Buletin & foto : L/Kpl PB Nur Alliff KAWALAN LALU LINTAS MAJLIS JOM RAYA SJSAS 2024


TAIPING | 10.04.2024 Ketua Gerakan Tempatan Taiping Kpl/PB Mohd Farez bin Rashid bersama Pembantu KGT Taiping Kpl/PB Mohd Khairizi telahmembuat lawatan kesemua pos kawalan SKS daerah Taiping. Semoga dengan pemberian bingkisan ini dapat memberi sedikit semangat kepada anggota kerja PK untuk sentiasa bersedia bagi memastikan kelangsungan keselamatan di pepasangan yg dikawal semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri. BINGKISAN RAYA


BINGKISAN RAYA Bagan Serai, 19 April – Sambutan Jamuan Mesra Aidilfitri TNB Bagan Serai telah diadakan dengan dihadiri hampir 50 orang anggota kerja dan ahli keluarga TNB Bagan Serai dan TNB Selama. Lebih memeriahkan lagi Majlis Jamuan Mesra Aidilfitri ini, TNB Bagan Serai telah menerima tetamu jemputan iaitu wakil Persatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB K3P Taiping dan pesara TNB yang pernah berkhidmat di TNB Bagan Serai. Jamuan Mesra Aidilfitri ini juga hasil dari kerjasama Kelab Kilat TNB Bagan Serai, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Taiping dan Pelitawanis. Selain pelbagai juadah yang tersedia terdapat acara sukaneka kanak-kanak dan cabutan bertuah yang disediakan pihak urusetia majlis. Pembantu Ketua Gerakan Tempatan (PKGT) Kpl/PB Muhammad Rashidi Bin Min turut menerima hadiah cabutan bertuah yang disampaikan oleh Customer Care Officer (CCO) Retail Puan Nur Aziyaty Binti Abdul Aziz. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan warga kerja TNB. Berita oleh : Kpl/PB Rashidi.


BINGKISAN RAYA


fb SSDTNBPERAK Selamat Menyambut Maaf Zahir & Batin Hari Raya Aidilfitri SECURITY SERVICES DEPARTMENT PERAK 1445 Hijrah / 2024 Masihi


03/04/1982 28/04/1987 HARI LAHIR APRIL 27/04/1987 22/04/1984 24/04/1991 26/04/1994 11/04/1993 13/04/1999 29/04/1997 16/04/1977 10/04/1993 30/04/1977 08/04/1987 21/04/1990 06/04/1986 02/04/1995 05/04/1989 06/04/1972


Diterbitkan oleh : Pejabat Ketua Gerakan Negeri Perak, Security Services, Wisma Ulu Kinta , Jalan Besar 31250 Tanjong Rambutan, Perak Tel : 05 – 5331516 Email : [email protected] Diterbitkan oleh : Pejabat Ketua Gerakan Negeri Perak, Security Services, Wisma Ulu Kinta , Jalan Besar 31250 Tanjong Rambutan, Perak Tel : 05 – 5331516 Email : [email protected] VOL.4 EDISI APRIL2024 SSD TNB PERAK ikuti kami


Click to View FlipBook Version