The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

- BIODATA
- LATAR BELAKANG
- SUMBANGAN
- GAMBAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naimah.c19a0363, 2023-01-11 00:20:46

ABE KALIMI WAU BULAN

- BIODATA
- LATAR BELAKANG
- SUMBANGAN
- GAMBAR

ABE KALIMI WAU BULAN
AHMAD KALIMOLLAH
BIN AB HADI

BIODATA
TOKOH

❑ Nama : Ahmad Kalimollah Bin Ab Hadi
❑ Umur : 59 Tahun
❑ Status : Berkhawin
❑ Tempat Tinggal : Kg Seberang Pasir Mas
❑ Pekerjaan : Sepenuh masa pembuat wau
❑ Pengalaman Bekerja : Kontraktor, Buka

Kedai Runcit, Buat Wau

LATAR Abe Kalimi Wau Bulan iaitu nama sebenar Ahmad Kalimollah Bin Ab Hadi dilahirkan di Hospital Pasir Mas Salor
BELAKANG Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1964 dan mempunyai 8 orang adik beradik. En Ahmad Kalimollah merupakan
anak ke 6 daripada 8 orang beradik. Beliau menetap di Pasir Mas Salor Kota Bharu. En Khalimollah mendapat
TOKOH Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Pasir Mas, Salor Kota Bharu dari darjah 1 hingga darjah
6. Sekolah Menengah Rendah pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Mas Salor dari tingkatan satu hingga
tingkatan tiga. Selepas itu beliau meneruskan tingkatan empat dan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail
Petra Kota Bharu dalam aliran sains. Seterusnya En Ahmad Khalimollah meneruskan pengajian diploma di
Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UTM) dalam bidang kejuruteraan awam (Engineering).

Selepas tamat pengajian, En Ahmad Khalimollah mula bekerja jurutera di syarikat kontraktor
tempatan. Beliau berhenti kerja dan mula membuka perniagaan sendiri iaitu kedai runcit. Selepas pada membuka
kedai runcit, beliau mula menceburi bidang Wau sehingga lah sekarang. En Ahmad Khalimollah melibatkan diri
dalam bidang wau pada tahun 2000 hingga kini dan sekarang sudah masuk 22 tahun dalam bidang wau. Beliau
menjual wau dan membuat marketing tentang wau. Harga wau yang dijual bergantung pada gred wau itu sendiri
seperti saiz wau, kecantikan corak wau, kesenian dan tujuan wau itu seperti wau untuk dijadikan produk komersial
ataupun wau untuk diterbangkan. Beliau mengambil masa sehari hingga seminggu untuk menyiapkan satu jenis wau
dan ia juga bergantung dengan permintaan corak pelanggan.

Apa yang membuatkan tokoh ini disanjungi kerana kemahiran beliau dalam menghasilkan pelbagai
jenis wau Melayu tradisional yang terdapat di Kelantan mahupun di Malaysia. Wau yang dihasilkan oleh En Ahmad
Khalimollah banyak di letakkan di Muzium Wau Tumpat, Kelantan. Beliau juga telah banyak memberi sumbangan
kepada masyarakat dan juga negara.

SUMBANGAN TOKOH


Click to View FlipBook Version