The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cabaran-cabaran dalam Membentuk Masyarakat Malaysia Sains dan Teknologi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nikomiofabby, 2022-06-09 06:41:43

Serapi E-Folio

Cabaran-cabaran dalam Membentuk Masyarakat Malaysia Sains dan Teknologi

SERAPI Jilid 5
JUN 2022
Semenanjung - RM 9.00
Sabah & Sarawak - RM 10.00 E-FOLIO

SAINS & TEKNOLOGI

MyKar - ADAM -
Kereta Elektrik Robot Humanoid
Buatan M'sia!! Malaysia

ISI
KANDUNGAN

Penghargaan

Definisi Sains &
Teknologi

Kesan Sains &
Teknologi Terhadap
Masyarakat

Cabaran Membentuk
Masyarakat Sains &
Teknologi

Cara Mengatasi Cabaran
Membentuk Masyarakat
Sains & Teknologi

Artikel

Penutup

Rujukan

PENGHARGAAN

MPU23042
NILAI MASYARAKAT

MALAYSIA

Disini kami SERAPI ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkn setinggi-tinggi penghargaan dan berterima
kasih kepada semua pembaca kerana sudi meluangkan
masa untuk membaca dan menghargai hasil kerja kami
ini.Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang turut
memberi kerja sama dan tidak putus-putus memberikan
idea walaupun terdapat beberapa masalah yang berlaku di
kalangan kita. Akhir kata,kami berharap info-info yg telah
kami kongsikan ini dapat membantu dan dapat menambah
pengetahuan kepada para pembaca sekalian.Sekian terima
kasih dari kami dan selamat sejahtera.

- Adryan Tay RESDIDAAKNSGI

EDITOR
FABIAN NICLAUS ANAK TAWI
(05DAD21F1044)

PENYUNTING
FLAVIUS KUDIT ANAK DENNIS UNCHANG
(05DAD21F1050)

PEREKA GRAFIK PENULIS
EBENEZER OWEN EDWIN SEMUA AHLI
((05DAD21F1071)
ADRYAN TAY WAI SHENG
(05DAD21F1073)

DEFINISI SAINS
& TEKNOLOGI

7 JUN 2022 | 8:22 PM

PENULIS : EBENEZER OWEN
Teknologi adalah kaedah saintifik untuk mencapai
tujuan praktikal. Secara ringkas, teknologi
memudahkan individu yang menggunakannya seperti
mesin cetak, telefon bimbit dan computer.

Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu
atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains
dating daripada Bahasa latin, Scinetia yang
bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat.Sains
bertujuan untuk memahami dunia sekeliling kita.

Kesan Sains & Teknologi Jun, 2022
Terhadap Masyarakat

PENULIS : FLAVIUS KUDIT

MEMUDAHKAN KOMUNIKASI
ANTARA MANUSIA

Masyarakat MALAYSIA dapat

berhubung dengan semua manusia di

segenap pelusuk dunia walaupun

berbeza bahasa dengan adanya

teknologi. Perbezaan bahasa yang

sebelum ini perlu mengambil masa

ynag lama untuk dipelajari boleh

diselesaikan dalam beberapa saat

sahaja. Impaknya, pelbagai ilmu,

budaya dan juga perkara-perkara lain

dapat dikongsi dan dimanfaatkan

bersama-sama.

Masyarakat MALAYSIA juga dapat
berhubung antara satu sama lain tanpa
mengira masa dan jarak pada hari ini
dan kesannya bukan sahaja pada sektor
ekonomi malah mengubah cara sosial
masyarakat masa kini. Misalnya
penggunaan aplikasi Whatsapp yang
membolehkan kita menghantar mesej
atau membuat panggilan video kepada
kenalan kita hasil daripada ciptaan
teknologi dan penggunaan sains yang
difahami oleh manusia hari ini

Jun, 2022

MENYUMBANG KEPADA PERKEMBANGAN
INDUSTRI KESIHATAN

Pelbagai ubat dan rawatan baharu yang dapat dihasilkan bagi
merawat pesakit-pesakit yang menghidapi pelbagai jenis
penyakit. Ia juga membantu dalam mencegah penyakit-penyakit
berjangkit daripada menular dan mengorbankan ribuan nyawa
manusia seperti zaman dahulu. Kini, ianya telah menjadikan
makmal perubatan sebuah institusi yang penting bagi manusia
untuk mengkaji dan mencari penawar kepada penyakit-penyakit
yang memudaratkan kehidupan manusia. Pelbagai manfaat dari
sudut kesihatan yang kita peroleh hasil daripada perkembangan
sains & teknologi

MENINGKATKAN
SEKTOR PENDIDIKAN

Sebelum ini di negara MALAYSIA , pendidikan khususnya di
peringkat tertiari menggunakan kaedah yang mengambil masa
yang lama kerana pelajar perlu mentafsir buku-buku yang
berkaitan untuk menyiapkan tugasan. Tetapi dengan kemudahan
Internet, pelajar boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh masa
yang lebih pantas. manakal bagi pelajar di peringkat rendah,
pendidikan secara interaktif semakin diketengahkan supaya
dapat menarik minat pelajar.

Ia bukan sahaja memberi kesan

terhadap ilmu dan pengetahuan pelajar

malah membantu mereka untuk berfikir

secara kreatif dan inovatif. Pada masa

akan datang, tiada lagi pembelajaran

yang membosankan dan kanak-kanak

dapat menikmati ilmu dan pengetahuan

dalam bentuk yang mereka sukai.

Justifikasinya, dengan adanya

perkembangan sains & teknologi maka

pendidikan dapat ditambah baik dan

memberi kesan yang positif serta efisien

kepada masyarakat.

Kesan Sains & Teknologi
Terhadap Masyarakat

PENULIS : EBENEZER OWEN JUN 2022

GOLONGAN MUDA MUDAH TERENGARUH DENGAN KELEBIHAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT

Mereka leka dengan

teknologi tersebut

sehingga mengabaikan

nilai murni.Contohnya,

menyalahgunakan

kelebihannya dengan

melayari laman- laman

web yang berunsur lucah

dan tidak berakhlak

KECANGGIHAN ALATAN PERANG BOLEH
MEMBAWA KEMUSNAHAN

Kesan penggunaan bom atau

senjata api akan mengundangkan

kepada kemusnahan alam sekitar

seperit membawa kepada

pencemaran alam. Kesan letupan

bom nuclear boleh menyebarkan

bahan radioaktif dan menyebabkan

radiasi ke kawasan yang lebih luas.

Ini akan menyebabkan

kemusnahan yang amat dasyat.

HASIL KEMAJUAN TEKNOLOGI
MAMPU MEMINDAHKAN GENETIK
DARI SATU ORGANISMA KE
ORGANISMA LAIN

Ini akan menghasilkan satu

organisma yang sama

dengan yang induk. Isu ini

agak dibimbangi kerana takut

disalahgunakan oleh pihak

tertentu untuk tujuan

pengklonan manusia. Hal ini

amat bertentangan dari segi

agama.

CABARAN PENULIS : FABIAN NICLAUS
MEMBENTUK
MASYARAKAT
SAINS &
TEKNOLOGI

Kurang Capaian Internet &
Kemudahan di Pedalaman

Tantangan untuk membentuk

perkembangan ilmu pengetahuan

dan teknologi Malaysia adalah

pertumbuhan yang lambat di

daerah kampungan. Pedalaman

masih belum berkembang,

sebahagian besar masih mundur.

Areanya sangat luas dan boleh

memakan waktu lama untuk

bermaju, dan tidak ada fasiliti seperti

pusat kesihatan berdekatan.

KAWASAN PEDALAMAN

Masalah inilah yang menyebabkan populasi atau masyarakat tertinggal
dalam arus dunia moden ini.

Sains & Teknologi

Jun, 2022 7:37am

KEKURANGAN INFRASTRUKTUR

Negara kita boleh dikategorikan sebagai
negara yang sedang membangun. Oleh
itu, kita agak ketinggalan jika
dibandingkan dengan negara-negara
yang maju seperti Amerika Syarikat,
Jepun dan Jerman.

Tambahan pula, infrastruktur Malaysia

masih belum dinaikkan taraf untuk

mampu menanggung teknologi yang

baharu. Misalnya, kebanyakan negara

telah mendorong rakyatnya untuk

membeli kereta elektrik. Rakyat kita

masih tidak mampu untuk

mempraktikkan seperti berikut kerana

tempat untuk mengecaj kereta-kereta ini

tidak begitu banyak disediakan.

Contoh-contoh yang lain adalah seperti
kekurangan infrastruktur bagi rangkaian
internet 5G di keseluruhan Malaysia.
Selain itu, tiada rangka kerja bagi kereta
api laju seperti bullet train dan TGV.

SAINS &
TEKNOLOGI

RAKYAT WASWAS TERHADAP
KEMAMPUAN TEKNOLOGI

Tantangan dalam membentuk pandangan
masyarakat Malaysia tentang sains dan
teknologi adalah mereka tidak percaya bahawa
sains dan teknologi berikut dapat membantu
mereka menyelesaikan tugas sehari-hari.
Misalnya, petani dengan lahan pertanian yang
luas ini membutuhkan bantuan ilmu
pengetahuan dan teknologi seperti
nanoteknologi karena sektor pertanian
merupakan sektor utama yang diuntungkan
dari evolusi nanoteknologi.
Penerapan di sektor pertanian ini mengarah
pada peningkatan produktivitas di sektor ini,
yang secara langsung menguntungkan petani
dan meningkatkan pendapatan dan PDB
mereka. Bidang nanoteknologi yang relevan
dengan pertanian termasuk pestisid, baja dan
bahan salutan.

CARA MENGATASI CABARAN MEMBENTUK
MASYARAKAT

SAINS & TEKNOLOGI



Membina Kafe Siber di Kawasan Pedalaman

Oleh kerana memajukan kawasan pedalaman akan
mengambil masa yang agak lama, sekurang-kurangnya
penduduk di kawasan tersebut mempunyai akses ke
internet melalui komputer di kafe siber yang disediakan.

Menaikan Taraf Infrastruktur yang Sedia Ada

Pihak kerajaan haruslah menyediakan bajet untuk menaik taraf
kemudahan yang telah disediakan. Mereka juga wajarlah
memberi bonus kepada syarikat swasta yang mengusahakan
penambahbaikan infrastruktur tertentu bagi mendorong
pembentukan negara terhadap masyarakat yang moden dan
maju.

Mengadakan Kempen Berkaitan Sains & Teknologi

Pihak kerajaan dan pengusaha hendaklah mengadakan kempen.
Misalnya, melalui iklan di media sosial dan televisyen. Selain itu,
menjalankan konvesyen sains dan teknologi di tempat-tempat
awam seperti pusat beli-belah. Oleh itu, masyarakat Malaysia
akan mengambil tahu dan mendorong minat mereka terhadap
gaya hidup yang futuristik dan canggih.

ARTIKEL

SUMBER : PAULTAN.ORG

MyKar – misi hasilkan kereta elektrik buatan M’sia

bawah RM50k dengan penyelidikan EV Innovations




Kereta elektrik sepenuhnya MyKar yang dibangunkan oleh syarikat
tempatan, EV Innovations telah didedahkan dua tahun lalu, dan semalam

syarikat berkenaan telah maju setapak lagi dengan menandatangani
memorandum perjanjian (MoA) bersama Institut Automotif, Robotik dan Iot
Malaysia (MARii) berkenaan proses homolagasi bagi membolehkan projek

tersebut bersedia untuk pengilangan.



EV Innovation yang juga subsidiari dari syarikat penyedia teknologi
informasi dan komunikasi tempatan System Consultancy Services (SCS)

juga telah menandatangani MoA bersama Ingress Corporation untuk
melihat peluang bagi mengilangkan komponen. Majlis tandatangan
berkenaan telah dibuat di Litar Antarabangsa Sepang, yang turut sekali lagi

mendedahkan prototaip MyKar tersebut kepada pihak media.



Walaupun ia sebuah prototaip yang berfungsi, MyKar masih lagi jauh dari
bentuk produksi sebenar. Ia masih kelihatan hampir sama dengan rupa
yang didedahkan buat pertama kali di Kuala Lumpur Engineering Science
Fair pada November 2019 dan prebiu di Putrajaya Airstrip September tahun

lalu.

Perkenalkan ADAM, robot
Humanoid versi Malaysia

Menyerupai karakter watak adiwira Marvel, iaitu gabungan
dua warna - hitam di bahagian kepala dan merah menutupi
muka, ADAM adalah akronim bagi Advanced Development
Autonomous Machine dibangunkan Robopreneur Sdn Bhd,
syarikat robotik tempatan berpangkalan di Cyberjaya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Dr
Hanafiah Yussof berkata, ADAM pertama kali diaktifkan
pada Mac 2019 selepas satu tahun menjalani penyelidikan,
pembangunan dan kerja prototaip, justeru mendakwa
ADAM adalah robot humanoid Malaysia yang pertama
dihasilkan.

Robot humanoid seberat 44kg itu mempunyai 22
pergerakan anggota badan dari pinggang hingga ke kepala
termasuk pergerakan jari, malah ADAM juga mempunyai
kapasiti untuk berinteraksi dengan manusia menggunakan
sistem pengesanan suara menerusi teknologi Kecerdasan
Buatan (AI).

SUMBER : ASTRO AWANI

PENUTUP

Sains dan teknologi membawa seribu satu kesan positif
kepada manusia. Walau bagaimanapun, terdapat pihak
yang melihat teknologi dan sains sebagai suatu perkara
yang menjadikan manusia semakin malas. Bak kata
pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah yang
menyaksikan kehidupan manusia bakal ditentukan oleh
penghasilan sains dan teknologi yang sentiasa berubah.
Oleh itu, setiap lapisan masyarakat hendaklah
menggunakan kemajuan sains dan teknologi yang ada
dengan sebaiknya.

- Adryan Tay

- https://www.scribd.com/doc/253192910/Definisi-Sains-Dan-
Teknologi

- https://cmnacademy.com/kebaikan-dan-keburukan-sains-
dan-teknologi/

- https://paultan.org/2021/03/31/building-a-malaysian-
electric-car-for-under-rm50k-ev-innovations-shows-how-
its-possible-with-the-mykar/

- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perkenalkan-
adam-robot-humanoid-versi-malaysia-213039

- https://www.scribd.com/doc/154326116/Isu-dan-cabaran-
dalam-sains-dan-teknologi


Click to View FlipBook Version