BUKU SKRAP DIGITAL
HARI KEBANGSAAN
NAMA : MUHAMMAD IHTISYAM AFKAR BIN MOHD YUSNI
NO KAD PENGENALAN : 110921-01-0367
TAHUN : 4 INTEGRITI
1
KANDUNGAN MUKA SURAT
3-4
BIL TAJUK 5
1 Sejarah Kemerdekaan 6-13
2 Kronologi Kemerdekaan
3 Tokoh Pejuang Kemerdekaan 14-16
4 Pengisytiharan Kemerdekaan 17-22
5 Perdana Menteri
6 Lagu Negaraku 23
7 Rukun Negara 24-27
8 Yang DiPertuan Agong
9 Bunga Raya 28
10 Peta Malaysia 29
11 Bendera Malaysia 30
12 Bendera Negeri 31
13 Logo-logo Kemerdekaan 32-33
14 Logo Kemerdekaan Tahun 2021 34-53
54
2
SEJARAH KEMERDEKAAN
Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu
sekitar tahun 1400 Masihi. Pada zaman kegemilangannya, wilayah kesultanan
ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera.
Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana pemimpin
yang berwibawa, sistem pentadbiran dan pemerintahan yang cekap di
samping kedudukannya yang strategik berada di titik pertemuan antara Asia
Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai
pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia
Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi
anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama
tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari
tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah
Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke
tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. British
telah campur tangan dalam semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang
sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-
pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit
menentang penjajah antaranya di beberapa buah negeri seperti Dol Said, Tok
Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dhoby dan
beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an dan 1930-an, kebanyakan nasionalisme, kesedaran
politik dan pembangunan negara penduduk Tanah Melayu mula mendapat
pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya,
muncul golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat
nasionalisme. Mereka menggunakan media cetak seperti akhbar, majalah,
cerpen dan novel untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam
kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu
Singapura (KMS) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan yang bermatlamat
mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Kemaraan tentera Jepun
ke Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942 menandakan
bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Walaubagaimanapun,
Jepun yang menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 menyerah kalah
ekoran pengeboman bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.
3
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya
(PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah melancarkan serangan
menguasai Tanah Melayu melalui kekerasan, pembunuhan tiga orang
pengurus peladang getah Eropah di Sungai Siput, Perak. Lantaran itu, pada
bulan Jun 1948, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh
Tanah Melayu. PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali
berkuasa. Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) atau
BMA adalah antara akhir Perang Dunia II dan Penubuhan Malayan Union. Pada
1 April 1946, British menubuhkan Malayan Union. Walau bagaimanapun,
gagasan ini mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana penghapusan
institusi diraja dan hak keistimewaan orang-orang Melayu.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menaikkan semangat
perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya
membentuk Parti Perikatan pada 1952 mula membuka mata British untuk
membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah
menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8
Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Persekutuan Tanah Melayu
akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Sekembalinya Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj dari London, Tunku telah membuat pengisytiharan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari
1956. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
mencadangkan penggabungan lima buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah
negara yang baharu. Pada 9 Julai 1963, wakil-wakil kerajaan British,
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura kecuali Brunei
disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Hasrat untuk membentuk
sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
4
KRONOLOGI KEMERDEKAAN (1955-1957)
5
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk
mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman
Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai
pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang
berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk
membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang
Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari
Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum
dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan
kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman
melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat
kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia
perlu merasa terhutang budi kepada Tunku – Bapa Kemerdekaan.
6
2. TUN SIR HENRY H.S LEE
Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai
perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang
selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan
MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang
komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut
Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai
Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan
pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.
3. TUN V.T. SAMBANTHAN
Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India
yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput,
Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres
India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik
menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh
menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun
V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang
berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat
patriotisme pada masa itu.
7
4. RENTAP
Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah
Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin
penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama
sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran
Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia
bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh
dalam perang pertamanya.
5. MAT SALLEH
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah
yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan
Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang
pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada
bulan Julai 1897. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah
mengetuai pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31
Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang
pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan
dan seorang pahlawan.
8
6. TOK JANGGUT
Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok
Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang
pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah
seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan cukai
oleh pihak British di Kelantan. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang
berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
7. MAT KILAU
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau dipercayai lahir
dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata.
Beliau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang
telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati
oleh penduduk negeri Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat
Kilau semasa menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak
menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.
9
8. DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM
Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang
berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal dari
Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III,
beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran
“Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa
bertanya. Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang British di
Perak dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch
(J.W.W. Birch), Residen British Perak.
9. ANTANOM
Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada
tahun 1915. Antanom atau Ontoros dilahirkan di kawasan “Masinpunon”
sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun
ketika pemberontakan itu dilancarkan. Antanom adalah anak keturunan Suku
Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut.
Dia dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan
kaum dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan
10
perbatasan atau dikenali dengan istilah ” Pengayau “.Didikan yang
diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata.
Jiwanya dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat
sedia berkorban telah disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab
melindungi keluarga dan kaumnya. Perwatakan Antanom/Ontoros yang
berbadan tegap berambut panjang itu, bila lengkap berpakaian tradisi,
bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip dipinggang, dia
kelihatan gagah dan mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam
menghadapi bahaya. Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan
kata-katanya dan bertindak dengan penuh keazaman. Antanom dikagumi
bukan saja kerana kehebatannya menggerakkan pemberontakan menentang
Kompeni Inggeris itu, tetapi lebih kepada kewibawaannya menyatupadukan
kaumnya yang ketika itu sedang dilanda sengketa dan perpecahan. Inggeris
sendiri mengakui keistimewaan Antanom mendamai dan menyatupadukan
suku-suku Murut yang bermusuhan itu. Faktor yang menyebabkan tercetusnya
penentangan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris didorong oleh beberapa
sebab yang telah terkumpul dan menjadi bara. Sejak tahun 1909 gerakan
menentang Inggeris sudah dimulakan oleh kaum Murut, tetapi setelah dua
orang pemimpinnya terbunuh, Linggam dan Melayak, gerakan penentangan itu
terhenti buat sementera waktu. Kemarahan dan kegelisahan kaum Murut
terhadap Kompeni Inggeris berpunca dari empat perkara utama. Hak mereka
dicerobohi, bila ramai daripada pedagang hasil hutan dibenarkan mengutip
hasil hutan di pedalaman. Mereka dijadikan buruh paksa membina jalan denai
( Jalan Kuda ) dan merentang kawat telegraph antara Tenom ke Rundum tanpa
upah. Upah yang diberikan kepada mereka sekadar rokok tembakau sahaja.
Mengenakan cukai kepala, padi dan tapai juga menyumbang kepada
kemarahan mereka. Semuanya ini pada pandangan mereka adalah tidak
wajar. Kehidupan mereka yang merdeka dan bebas di kawasan belantara luas
itu telah terganggu. Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila
Kompeni Inggeris menghantar buat pertama kalinya seorang Pegawai Daerah
Mazwell Hall, membuka setesen di Rundum, sebagai langkah menyekat
kegiatan memburu kepala. Seramai tidak kurang 900 orang kaum Murut dari
beberapa kawasan, termasuk Tenom, Keningau, Pensiangan dan perbatasan
daerah Borneo Belanda, telah menyertai gerakan pemberontakan itu. Dalam
pertempuran di kubu induk mereka, Antanom/Ontoros diperdaya dengan
gencatan senjata dan niat untuk berdamai, tetapi sebaliknya mata-mata
upahan Inggeris telah memenggal kepalanya.
11
10. HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL HAMID
Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok
Limbong atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar
dalam sejarah Melayu Terengganu. Selain memimpin gerakan yang dikenali
sebagai “Pemberontakan Tani Terengganu”, Tok Limbong juga terkenal
sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan dan
pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang gigih. Beliau juga pernah
tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai
pemberontak dan penderhaka raja. Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan
selepas dihantar oleh keluarganya ke Mekah. Sebelum terbabit dengan
kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang dilahirkan
sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan
sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut
China Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah
surau di Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu. Walaupun surau
berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan sebuah perigi
lama di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama “Telaga Limbong” kerana
air perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada di
kampung itu. Pembabitan Tok Limbong dalam penentangan terhadap penjajah
bermula apabila beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul
tanah dan hutan dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan
Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar 1921.Di
bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian
dan dikehendaki memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang
untuk membuat tikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun palas
untuk membuat ketupat dan menebang sagu untuk patinya.
12
11. TOK GAJAH
Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada
tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap
pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama
dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah
Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu
helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau
mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan
askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan
Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang
Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan
perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah
diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai
penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan
Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris. Golongan ketiga di negeri Pahang
yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan
tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan
orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan
dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam
bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang
tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai
pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang
Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang
berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-
kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
13
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30
Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala
Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi
menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya
sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua
negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu
telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil
disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan
iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah
bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan
Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada
warganegara Tanah Melayu.
Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan
sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini
menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman
majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka
tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di
sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan
tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan,
Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu,
Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.
Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan
semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan
plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan,
hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula
dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk
menyaksikan upacara bersejarah ini.
Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet,
Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna
biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf,
berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan
putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British turut
mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan
pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.
Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor
dari England berpakaian yang sama seperti ketika dia menjadi hakim
Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku
Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang
menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim),
14
Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau),
Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan
perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah
senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan
Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap
daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning
keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda.
Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk
sambil diiringi Sir Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja,
upacara Pengisytiharan dimulakan.
Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan
pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu
dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula
melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil
menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu
merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi
kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke
membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan
baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan
mendoakan kejayaan negara ini.
Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat
duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan
kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke
mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa
Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain
atas pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks
"Pemasyhuran Kemerdekaan".
Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" sebanyak 7
kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di
hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta
perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing
lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan
iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya
diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas
itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan
Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dimana Islam,
merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam
seratus satu das.
Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of
Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikuti pemerintah Melayu yang lain,
Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat
dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah
negara yang baru dilahirkan
15
Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan
kuasa Baginda Ratu Elizabeth II ke atas Persekutuan Tanah Melayu
termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu
juga Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir di Persekutuan Tanah Melayu,
Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan
pulang ke England.
16
PERDANA MENTERI
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL
HAMID HALIM SHAH
(31 Ogos 1957- 22 September 1970)
Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai
Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu
Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein dan akan melengkapkan
"Teori RAHMAN".
TUN ABDUL RAZAK BIN DATO’ HUSSEIN
(22 September 1970 -14 Januari 1976)
Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin
Dato' Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau
berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu
Allahyarham Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman dan
Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Sir Onn dan akan melengkapkan "Teori
RAHMAN".
17
TUN HUSSEIN BIN DATO’ ONN
(15 Januari 1976 – 16 Julai 1981)
Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Sir
Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh
timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad dan akan melengkapkan "Teori
RAHMAN".
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
(16 Julai 1981 – 30 Oktober 2003)
Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar
sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau
mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya
ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba, Dato' Seri
Anwar bin Dato' Ibrahim dan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan akan
melengkapkan "Teori RAHMAN".
18
TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
(31 Oktober 2003 – 3 April 2009)
Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau
dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul
Razak dan akan melengkapkan "teori RAHMAN".
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(3 April 2009 – 9 Mei 2018)
Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul
Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia. Beliau dibantu oleh
timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato'
Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi dan akan melengkapkan "Teori
RAHMAN". Pada 9 Mei 2018, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul
Razak gagal mempertahankan jawatan Perdana Menteri susulan kegagalan
Barisan Nasional membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya ke-14, jawatan
telah disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti
komponen baharu dalam Pakatan Harapan dan menyaksikan perubahan
landskap politik baharu selepas 61 tahun kerajaan ditadbir oleh parti
komponen Barisan Nasional.
19
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
(10 Mei 2018 – 24 Februari 2020)
Perdana Menteri Malaysia ke-7 menyaksikan Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti
dan suasana yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga mempunyai jumlah
bilangan Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada semua Perdana Menteri
iaitu sebanyak 7 Kabinet. Kabinet Mahathir Ketujuh merupakan Kabinet
Malaysia yang dibentuk pada 2018 dianggotai oleh beliau sendiri, Timbalan
Perdana Menteri Malaysia iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan
Ismail dan juga beberapa menteri dan timbalan menteri yang terdiri daripada
parti komponen Pakatan Harapan.
Sebagai tambahan kepada Kabinet, pasukan penasihat yang dipanggil "Majlis
Penasihat Kerajaan" (Council of Eminent Persons) telah diwujudkan
(sehingga mencapai mandat pada 20 Ogos 2018) dan dianggotai oleh:
1. Mantan Menteri Kewangan Malaysia, YABhg. Tun Dr. Daim bin Zainuddin
2. Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Y.M. Tan Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar
binti Prof. Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz
3. Mantan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, YBhg. Tan Sri Mohd. Hassan
bin Merican
4. Ahli ekonomi Malaysia yang terkemuka, YBhg. Prof. Dr. Jomo Kwame
Sundaram
5. Hartawan Malaysia yang berpusat di Hong Kong, YBhg. Tan Sri Robert
Kuok Hock Nien
Pada 24 Februari 2020, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri
berkuat kuasa serta-merta susulan hilang kepercayaan terhadap anggota
kabinetnya sendiri berikutan peristiwa Langkah Sheraton. Peristiwa ini sekali
lagi mengubah landskap politik negara apabila Perdana Menteri yang baharu
dilantik tanpa pilihan raya umum.
20
TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN BIN MUHAMMAD YASSIN
(1 Mac 2020 – 16 Ogos 2021)
Perdana Menteri Malaysia ke-8, iaitu Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji
Muhammad Yassin. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-
Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah selepas desakan pemimpin Pakatan
Harapan untuk Perdana Menteri ke-7 menyerahkan jawatan kepada Anwar
Ibrahim dan melakukan tindakan kontroversi, Langkah Sheraton, bersama
Ahli Pembangkang dan beberapa Ahli Kabinet yang lain yang menyebabkan
Perdana Menteri ketika itu meletak jawatan berkuat-kuasa serta merta kerana
kehilangan kepercayaan terhadap ahli kabinetnya sendiri.
Beliau juga merupakan Perdana Menteri pertama yang dilantik tanpa melalui
pilihan raya umum untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional setelah
mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14.
Kabinet beliau pada awalnya tidak mempunyai Timbalan Perdana
Menteri sebaliknya fungsi tersebut diisi oleh 4 orang Menteri yang diberikan
nama sebagai Menteri Kanan. Pada 7 Julai 2021, jawatan Timbalan Perdana
Menteri diumumkan diisi oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob merangkap Menteri
Pertahanan.
Pada 8 Julai 2021, UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin
Yassin. Namun, ia tidak menjejaskan majoriti sokongan terhadap beliau
di Dewan Rakyat Malaysia seperti mana yang telah dijelaskan oleh Peguam
Negara Malaysia.
Pada 16 Ogos 2021, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan
dilantik sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sehingga Perdana
Menteri baharu dilantik. Beliau telah menjawat jawatan sebagai Perdana
Menteri selama 17 bulan. Dari 2018 hingga 2021, Malaysia sudah mencatat
sejarah dengan mendapat 3 orang Perdana Menteri dari Pakatan
Harapan, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional dalam satu penggal
21
DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
(21 Ogos 2021 - KINI)
Perdana Menteri Malaysia ke-9, iaitu Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Beliau
dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah setelah mendapat majoriti sokongan daripada para Ahli Parlimen.
Ismail juga tidak menamakan seorang Timbalan Perdana Menteri ketika
mengumumkan kabinetnya.
22
23
Bilakah Rukun Negara mula digunapakai
Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri
Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal
Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan
Malaysia.
Kenapa Rukun Negara dibentuk
Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi
sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa,
kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang
menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa
kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di
beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah
13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah
ini.
Di antara Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan
yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat
yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama.
Majlis Perundangan Negara yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun
Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah MAGERAN) telah ditubuhkan
di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970,
hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika itu. Ianya
di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr. Ismail bin
Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T
24
Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti
politik.
Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir dalam
merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk
mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi
kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah
negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa
yang stabil. Selain itu, Majlis Perundangan Negara juga mula
menggunakan tema untuk menyambut kemerdekaan pada setiap
tahun sebagai langkah mengekalkan semangat cintakan negara dan memupuk
keharmonian kaum.
Penjelasan Maksud 5 Prinsip Rukun Negara
a) Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh
kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa
dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah
agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain
boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang
warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya
agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan
agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa
dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota
masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong
sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap
negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri
Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan
lambang perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap
warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas
25
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula,
rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah
negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada
Yang di-Pertuan Agong.
c) Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya
untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua
kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu
kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia
menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia
adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
d) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap
rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin
bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan
kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan
dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh
institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan
undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas
selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak
melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin
oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang ijamin oleh
Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
26
e) Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah
laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di
negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi
yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang
angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi
dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip
ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
27
28
29
30
31
BENDERA NEGERI
Johor Melaka
Negeri Sembilan Selangor
Perak Pulau Pinang
Kedah Perlis
32
Pahang Terengganu
Kelantan Sarawak
Sabah
33
LOGO HARI KEBANGSAAN
Tahun: 1976 -Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema : Ketahanan Rakyat
Tahun: 1977 - Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.
Tema : Bersatu Maju
34
Tahun: 1978 - Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.
Tema : Kebudayaan Sendi Perpaduan
Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.
Tema : Bersatu Berdisplin
35
Tahun: 1980 - Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun
Tema : Berdisplin Berbakti
Tahun: 1981 - Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.
Tema : Berdisplin Berharmoni
36
Tahun: 1982 - Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.
Tema : Berdisplin Giat Maju
Tahun: 1983 - Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.
Tema : Bersama Ke Arah Kemajuan
37
Tahun: 1984 - Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.
Tema : Amanah Asas Kejayaan
Tahun: 1985 - Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.
Tema : Nasionalisme Teras Perpaduan
38
Tahun: 1986 - Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun
Tema : Bangsa Tegas Negara Teguh
Tahun: 1987 - Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.
Tema : Setia Bersatu Berusaha Maju
39
Tahun: 1988 - Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.
Tema : Bersatu
Tahun: 1989 - Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.
Tema : Bersatu
40
Tahun: 1990 - Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.
Tema : Berjaya
Tahun: 1991 - Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.
Tema : Wawasan 2020
41
Tahun: 1992 - Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun
Tema : Wawasan Asas Kemajuan
Tahun: 1993 - Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.
Tema : Bersatu Menuju Wawasan
42
Tahun: 1994 - Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.
Tema : Nilai Murni Jayakan Wawasan
Tahun: 1995 - Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun.
Tema : Jati diri Pengerak Wawasan
43
Tahun: 1996 - Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.
Tema : Budaya Penentu Kecapaian
Tahun: 1997 - Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.
Tema : Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
44
Tahun: 1998 - Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.
Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
Tahun: 1999 - Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.
Tema : Bersatu Ke Alaf Baru
45
Tahun: 2000 hingga 2006 - Sambutan Kemerdekaan ke-43 hingga 49 tahun.
Tema : Keranamu Malaysia
Tahun: 2007 - Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun
Tema : Malaysiaku Gemilang
46
Tahun: 2008 - Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun
Tema : Perpaduan Teras Kejayaan
Tahun: 2009 - Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun
Tema : 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
47
Tahun: 2010 - Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi
Tahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
48
Tahun: 2012 - Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.
Tema : 55 tahun merdeka-janji ditepati
Nota : Logo ditarik balik kemudian
Tahun: 2013 - Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
Tema : Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
49
Tahun: 2014 - Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
Tema : Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Tahun: 2015 - Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.
Tema: Malaysia #SehatiSejiwa
50