The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by peachyqin101, 2024-06-15 23:53:05

Kajian Tindakan

Kajian Tindakan

Keywords: MATEMATIK PETAK SIFIR

PENDAHULUAN 1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lepas Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran MatematikTahunDua Kelas LINUS. Kelas ini merupakan kelas yang baik dan murid-muridnyaberpotensi untuk mendapat cemerlang dalam Matematik seandainya merekadiberi perhatian sepenuhnya. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu merekakuasai adalah fakta asas, terdapat empat operasi fakta asas iaitu fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaransayadengan menjalankan latihan mencongak secara lisan dan rawak, diikuti denganlatihan bertulis. Dari pemerhatian saya mendapati bahawa murid-murid ini lambat memberikanrespon dan selepas mengadakan latihan mencongak, saya menyemak jawapanbersama murid-murid. Mereka hanya peroleh markah antara 50 peratus hingga60peratus sahaja. Hal yang demikian mengecewakan saya. Tujuh orang (16peratus)murid tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jikatempohmasa dipanjangkan mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik. Setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi alasantidakmembawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihantersebut.


Daripada temu bual secara tidak formal saya dapati kaedah mencongak yangsayajalankan selama ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru sayaakancuba untuk menangani masalah ini. Persembahan pengajaran seharusnyamenarikperhatian dan dapat mengekalkan tumpuan murid, serta Bahan Bantu Mengajar(BBM) yang menarik. Maklumat dapat disampaikan adalah untuk memberi kefahaman (Noraini Idris, 2005). Terdapat juga guru yang merungut apabilamengajar murid-murid tersebut. “Mereka tu bukan sahaja tidak pandai dalam matematik, malah mata pelajaranlainjuga. Mereka dari golongan yang lambat, saya pernah cuba membantu namuntidakberhasil mungkin kamu mempunyai cara yang lebih berkesan!”(Cikgu A). Begitulahhasil perbualan saya dengan Cikgu A yang pernah mengajar mereka yangmasihsaya ingati. Memandangkan masalah murid-murid ini berpunca daripada tidak menguasai dalammencongak fakta asas tambah maka saya mengambil inisiatif ini untukmengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai faktaasastambah yang sememangnya kurang dikuasai oleh mereka dengan baik. Kemahiranmencongak fakta asas tambah merupakan asas yang penting terutamanyasoalanyang melibatkan penyelesaian masalah. Saya berharap sekiranya kajiansayaini berjaya, idea ini akan saya kongsikan dengan guru di sekolah lain agar caraataustrategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di sampingmemberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-katabahawa‘Mathematics is fun and easy’.


FOKUS KAJIAN 2.1 Tinjauan dan Analisis Masalah Pengalaman awal murid tentang penambahan merupakan asas untuk menimbulkanminat dalam mata pelajaran matematik. Kejayaan atau kegagalan padaperingkat awal menyelesaikan masalah penambahan memainkan peranan dalammenentukansikap murid terhadap matematik pada tahun-tahun seterusnya dalamalampersekolahan. Konsep yang dikuasai semasa mempelajari tajuk penambahanmerupakan asas penting untuk mempelajari tajuk yang mencabar seperti pendaraban. Untuk matematik, menjadi sasaran utama ialah memperkasakanpenguasaan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Dewey (1938) menekankanpenyediaan pengalaman secara langsung kepada kanak-kanak dalamprogrampendidikan. Konsep yang dibentuk oleh kanak-kanak berkembang melalui interaksi dengan persekitaran. Berbeza dengan keadaannya pada suatu masa dahulu, penguasaan faktaasasseperti diambil mudah oleh banyak pihak. Ramai murid yang pintar dan rajin, tetapi penguasaan mereka hanya berada setakat sederhana saja. Pengajaranbermuladengan aktiviti konkrit di mana murid akan terlibat secara aktif, memanipulasi bahan-bahan maujud dan berakhir dengan proses pengabstrakan Salhah (2009). Pengiraan mental ataupun keupayaan untuk mencongak fakta asas adalahsangat penting dalam mata pelajaran ini. Sekiranya murid tidak dapat menguasainyadengan baik, maka kesukaran menjawab soalan melibatkan operasi terutamanya


penambahan dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masayangditetapkan akan timbul. Reys, Lindquist Lambdin dan Smith (2001) telah menyatakanbahawa hakikat ini bukan hanya perlu dikemukakan kepada kanak-kanakuntukmenghafal dari jadual yang lengkap, sebaliknya kanak-kanak secara beransur-ansurdan sistematik perlu belajar fakta asas dan boleh mengisi jadual fakta asassecaraspontan. Bagaimanapun, kanak-kanak yang memeriksa jadual tambahanyanglengkap kepada mencari corak boleh menjadi satu aktiviti yang mencabar dalampendidikan. Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan penguasaan kemahiranmenambah nombor satu digit dengan satu digit, dua digit dengan satu digit danduadigit dengan dua digit yang mana menggunakan petak jadual fakta asas tambahsupaya kaedah ini dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah Matematikdengan cepat. Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsungdapat meningkatkan daya ingatan murid-murid terhadap fakta asas tambah. Sabri, TengkuZawawi & Aziz(2006) menyatakan bahawa setelah murid memahami konseppenambahan, mereka seterusnya akan dibimbing untuk menguasai faktaasastambah. Aktiviti untuk penguasaan kemahiran tidak banyak melibatkan manipulasi bahan maujud berbanding dengan aktiviti semasa pengusaan konsep. Sayamenggunakan petak jadual fakta asas tambah bagi membantu saya dalamkajianini. Ngan (2011) telah menjalankan kajiannya dan menjelaskan bahawa menggunakankaedah jari dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran penolakanfaktaasas. Aktiviti pembelajaran yang melibatkan prisip kineststik, muridtelahmenunjukkan perkembangan yang positif.


Rusnah (2008) dalam kajiannya menyatakan jadual sifir darab yang lengkap, hanyadibina setelah murid-murid berjaya menguasai kesemua sifir 2 hingga 9denganlancar. Pola-pola dan corak nombor perlu diperhatikan dengan teliti. Dengan itu, apabila pola-pola dan corak nombor dalam petak jadual faktaasasdifahami, diperhati dan diteliti maka proses menambah akan menjadi lebih mudah. 2.2 Objektif Kajian dan soalan kajian Kajian ini bertujuan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan menambahfakta asas tambah dalam lingkungan lima puluh (50) kalangan murid-muridTahunDua dengan cepat dan tepat. 2.2.1 Objektif Khusus i. Meningkatkan penguasaan menambah nombor satu digit dengansatudigit menggunakan petak jadual fakta asas tambah. ii. Meningkatkan penguasaan menambah nombor dua digit dengansatudigit tanpa mengumpul semula menggunakan petak jadual faktaasastambah. iii. Meningkatkan penguasaan menambah nombor dua digit denganduadigit tanpa mengumpul semula menggunakan petak jadual faktaasastambah.


2.2.2 Soalan Kajian i. Sejauh manakah petak jadual fakta asas tambah membantu meningkatkan penguasaan menambah nombor satu digit dengannombor satu digit? ii. Sejauh manakah petak jadual fakta asas tambah membantu meningkatkan penguasaan menambah nombor dua digit dengannombor satu digit tanpa mengumpul semula? iii. Sejauh manakah petak jadual fakta asas tambah membantu meningkatkan penguasaan menambah nombor dua digit denganduadigit tanpa mengumpul semula?


METODOLOGI KAJIAN 3.1 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun Dua di mana penetapan kumpulanadalahberdasarkan kriteria yang telah ditetapkan iaitu murid-murid yang tidak melepasi saringan 3 pada bulan September yang lepas. Kumpulan sasaran sayaterdiri daripada tujuh orang murid sebagai responden untuk menjalani intervensi ini. Iaterdiri empat orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Jantina Bilangan(Orang) Peratus(%) Lelaki 4 57 Perempuan 3 43 Jadual 3.1: Bilangan responden 3.2 Pelaksanaan Kajian Setelah mengenalpasti punca masalah, saya merancang dan merangkalangkahlangkah intervensi yang patut dijalankan kepada murid-murid ini ,bagi mengatasi masalah tersebut daripada terus berlarutan.


3.2.1 Langkah-langkah Tindakan 3.2.1.1 Fasa 1: Penambahan nombor satu digit dengan satu digit Pada fasa ini, saya menggunakan petak jadual fakta asas tambah bagi memudahkanpenyelesaian serta mengukuhkan lagi ingatan murid-murid. Langkah-langkahdalamstrategi ini: Rajah 3.1 : Langkah-langkah dalam penyelesaian menambah nombor satudigitdengan satu digit. Langkah 1 Memperkenalkan dan menerangkan petak jadual fakta asas tambah danmengedarkannya kepada kumpulan sasaran (Lampiran A). Saya akan membimbing murid sehingga murid tersebut bolehmenerbitkan sendiri fakta asas tersebut. Langkah 3 Menerangkan cara penyelesaian menambah nombor satu digit dengansatudigit. Langkah 2 Penekanan dan bimbingan akan dilaksanakan sehingga respondan bolehmenambah nombor satu digit dengan satu digit.


3.2.1.2 Fasa 2 : Penambahan nombor dua digit dengan satu digit tanpamengumpul semula Fasa 2 ini dilaksanakan setelah objektif fasa 1 tercapai dan respondanbolehmenambah dengan tepat. Langkah-langkah dalam melaksanakan strategi ini: Rajah 3.2 : Langkah-langkah dalam penyelesaian menambah nombor duadigitdengan satu digit tanpa mengumpul semula. Langkah 1 Memperkenalkan dan menerangkan petak jadual fakta asas tambah danmengedarkannya kepada kumpulan sasaran (Lampiran A). Saya akan membimbing murid sehingga murid tersebut bolehmenerbitkan sendiri fakta asas tersebut. Langkah 3 Menerangkan cara penyelesaian menambah nombor dua digit dengansatudigit tanpa mengumpul semula. Langkah 2 Penekanan dan bimbingan akan dilaksanakan sehingga respondan bolehmenambah nombor dua digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula.


3.2.1.3 Fasa 3 : Penambahan nombor dua digit dengan dua digit tanpamengumpul semula Langkah perlaksanaan yang terakhir ialah perlaksanaan fasa tiga. Fasaini dilaksanakan setelah objektif fasa dua tercapai dan respondan boleh menambahdengan tepat. Langkah-langkah dalam melaksanakan strategi ini: Rajah 3.3 : Langkah-langkah dalam penyelesaian menambah nombor duadigitdengan dua digit tanpa mengumpul semula. Langkah 1 Memperkenalkan dan menerangkan petak jadual fakta asas tambah danmengedarkannya kepada kumpulan sasaran (Lampiran A). Saya akan membimbing murid sehingga murid tersebut bolehmenerbitkan sendiri fakta asas tersebut. Langkah 3 Menerangkan cara penyelesaian menambah nombor dua digit denganduadigit tanpa mengumpul semula. Langkah 2 Penekanan dan bimbingan akan dilaksanakan sehingga respondan bolehmenambah nombor dua digit dengan dua digit tanpa mengumpul semula.


3.2.3 Kaedah Pengumpulan Data Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari mulai hari Isnin hinggaKhamis. Sesi bimbingan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik bertindak sebagai guru mata pelajaran melaksanakan aktiviti. Murid-murid juga terlibat dalam membuat pemerhatian, temubual dan soal selidik. 3.2.2.1 Pemerhatian Pemerhatian terhadap tingkah laku dan penglibatan murid dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan. Pemerhatian dijalankan olehgurusemasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui respon murid kepadasoalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis serta ujian pra dan pasca. 3.2.2.2 Temubual Temubual dilaksanakan sebanyak tiga kali iaitu sebelum, semasa danselepaspengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, untuk mendapatkan responmuridterhadap mata pelajaran Matematik dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Temubual ini secara tidak langsung dapat mengenal pasti punca sebenar murid tidakdapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal (Lampiran B, C & D).


3.2.2.3 Soal Selidik Soal selidik juga dijalankan terhadap kumpulan murid sasaran ini. Borang soal selidikdiedarkan kepada murid-murid dan mereka menjawab. Tujuan menjalankansesi soal selidik agar murid lebih bebas dan berani menjawab berbanding mendapatkanmaklumat secara temubual. Selain dari itu borang ini juga digunakanuntukmengetahui maklumat yang tepat (Lampiran E). 3.2.2.4 Ujian Pra dan pasca Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pasca dibuat padaakhir tempoh kajian. Ujian pasca diberikan kepada kumpulan murid sasaran. Keputusanujian pra dan ujian pasca dianalisa untuk mengetahui perubahan prestasi murid. Ujian pra mengandungi 20 soalan yang melibatkan soalan penambahan di bawahtajuk ‘Tambah Dalam Lingkungan 50’. Tempoh masa menjawab adalah20minit. Soalan ujian pra sama dengan soalan ujian pasca (Lampiran F dan G).


ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI DATA 4.1 PENDAHULUAN Bab ini menerangkan analisis dan interpretasi terhadap data-data yangdiperolehsepanjang kajian ini dilaksanakan. Data-data diperoleh dianalisis dan seterusnyadiinterpretasi berpandukan kepada objektif kajian. 4.2 DAPATAN KAJIAN Rajah 4.1 Dapatan Kajian Dapatan Kajian Sebelum Semasa -Ujian Pra -Temubual -Pemerhatian -Temubual -Pemerhatian -Temubual -Soal Selidik -Pemerhatian -Ujian Pasca Selepas


Data-data yang diperoleh pada setiap pendekatan dikumpul, dianalisisdandiinterpretasi secara kualitatif dan kuantitatif. Berikut merupakan jadual yangmenunjukkan secara keseluruhan mengenai perubahan penguasaan menambahdengan menggunakan petak jadual fakta asas tambah setelah intervensi dijalankan. KOD MURID TINJAUAN MASALAH SEBELUM INTERVENSI SELEPAS INTERVENSI Tambah 1 digit dengan 1 digit Tambah 2 digit dengan 1 digit Tambah 2 digit dengan 2 digit Tambah 1 digit dengan 1 digit Tambah 2 digit dengan 1 digit Tambah2digit dengan2digit M1 X X X X √ √ √M2 X X X X √ √ √M3 X X X X √ √ √M4 X X X X √ √ √M5 X X X X √ √ √M6 X X X X √ √ √M7 X X X X √ √ √Jadual 4.1 : Perubahan Peningkatan penguasaan menambah denganpetakjadual fakta asas tambah 4.2.1 Fasa 1: Penambahan nombor satu digit dengan satu digit Pada fasa ini, saya telah membekalkan petak jadual fakta asas tambah. Sebelummemulakan pengajaran, terlebih dahulu saya menerangkan penggunaanpetakjadual fakta asas tambah yang akan digunakan dalam menyelesaikanmasalahmelibatkan operasi tambah.


Saya membimbing murid menambah nombor satu digit dengan satu digit denganmenggunakan petak jadual fakta asas tambah. Murid akan menjawab sebanyaklimasoalan pada lembaran kerja yang diberikan. Selain daripada itu, murid jugadiberikankerja rumah untuk memantapkan lagi penguasaan penambahan satu digit dengansatu digit. Berdasarkan latihan yang diberikan, murid memberikan respon yangbaiksekali. Sorotan temubual spontan bersama murid selepas intervensi ini. Guru : Adakah kamu berasa senang mengira dengan menggunakanpetakjadual fakta asas tambah ini? M1 : Ya cikgu....Saya dapat lihat dengan jelas jika 6 + 9.. M3 : Ya...akhirnya saya dapat menjawab dengan betul cikgu.... M7 : Ya cikgu.baru saya suka untuk tambah nombor.....(TB1/IN1/03052012)Kesimpulan daripada temubual yang saya jalankan, murid suka dan dapat melihat dengan jelas pola-pola yang terdapat dalam petak jadual fakta asas tambahlalumemudahkan mereka menambah dengan betul. Hasil daripada analisis kerja murid, saya dapati ketujuh-tujuh orang muridtelahmenguasai penambahan melibatkan fakta asas tambah. Berdasarkan temubual yang dijalankan terhadap tujuh orang murid ini semasasesi intervensi ini, didapati bahawa mereka boleh menerbitkan fakta asas tambahberdasarkan petak kosong yang dibekalkan. Persepsi mereka ini menunjukkanbahawa mereka sudah faham dan mahir untuk menerbitkan fakta asas.


Fasa 2: Penambahan nombor dua digit dengan satu digit Fasa dua seterusnya melakukan penambahan nombor dua digit dengansatudigit tanpa mengumpul semula. Setelah seminggu fasa satu dikuasai dan difahami makaintervensi seterusnya dilaksanakan. Dalam intervensi ini, petak jadual faktaasastambah masih diberikan kepada murid agar murid mudah mengingat faktaasastambah. Saya memberikan lembaran kerja kepada murid, kemudian membimbing muriduntukmenjawab 10 soalan. Dalam intervensi ini, apabila dua digit dengan satudigit memerlukan murid untuk menyusun nombor tersebut dalambentuk lazimagarmudah untuk murid menambah. Rajah 4.2 : Ayat Matematik ke Bentuk lazimTemubual tidak formal yang dijalankan terhadap 7 orang murid ini semasasesi intervensi ini, didapati bahawa mereka suka menggunakan petak jadual faktaasastambah dan membantu mereka uuntuk menjawab dengan lebih cepat dantepat. Untuk memantapkan lagi pengiraan mereka saya menjalankan latihan menjawabsoalan berdasarkan masa yang ditetapkan. 12 + 5 =_____ 1 2+ 5


Guru : Macam mana kamu rasa sekarang adakah lebih senangmengiradengan menggunakan petak jadual fakta asas tambah ini? M2 : Ya cikgu....sangat senang M4 : Ya...betul cikgu lebih senang untuk kira.... M6 : Ya cikgu, baru rasa senang hati bila dapat jawapan betul..... (TB2/IN2/10052012)Kesimpulan daridapa temubual ini, murid berasa senang hati kerana mendapat jawapan betul dan mudah untuk mengira. Fasa 3 : Penambahan nombor dua digit dengan dua digit Apabila semua kemahiran dalam fasa 1 dan 2 dikuasai dan murid memahami dengan baik, maka penambahan bagi nombor dua digit dengan dua digit puladiperkenalkan kepada murid-murid ini. Pada fasa ini murid masih menyelesaikanpengiraan dengan bantuan petak jadual fakta asas tambah. Semasa intervensi ini dilaksanakan saya membimbing murid bagi menyelesaikan soalan yang sayaberikan. Cara untuk menyelesaikan sama seperti intervensi dua yang mana muridperlumenukarkan ayat matematik kepada bentuk lazim bagi memudahkan pengiraan. Terdapat beberapa orang murid yang menyelesaikannya dengan cepat keranatelahmenguasai fakta asas tambah.


Ini menunjukkan bahawa bahan bantu belajar amat penting dan dapat membantupelajar dalam menjawab soalan fakta asas terutamanya bagi murid LINUS. Berikut ditunjukkan antara persepsi responden terhadap temu bual yang diberikan. Guru : Bagaimana pula perasaan kamu sekarang, dengan menggunakanpetak jadual fakta asas untuk mengira? M1 : Saya rasa ia banyak membantu saya cikgu.... M5 : Saya pun begitu juga cikgu,saya rasa senang diingat.... M7 : Saya suka sebab ia senang untuk diingati ..... (TB3/IN3/18052012)Kesimpulannya, murid berasa senang untuk mengingati fakta asas tambahdaniabanyak membantu menyelesaikan masalah mereka.


Soal selidik Borang soal selidik juga diberikan kepada murid-murid ini agar merekadapat memberikan jawapan yang positif. Berikut merupakan jadual taksiran soal selidik: Bil Item Sebelum Selepas TT STS TS S SS TT STS TS SSS1. Saya minat untuk belajar matematik. 1 2 4 432 Saya suka pada cara cikgu mengajar. 2 2 3 253 Dengan menggunakan petak jadual fakta asas lebih mudah untuk memahami sesuatu konsep. 1 2 2 2 74 Dengan menggunakan jadual fakta asas dapat membantu mengira dengan pantas. 3 4 75 Dengan menggunakan jadual fakta asas tambah saya mudah melaksanakan pengiraan. 3 4 346 Saya memahami fakta asas tambah dapat meningkatkan keupayaan menambah dengan cepat. 1 2 2 2 7Jumlah 8 8 18 8 933Peratus (%) 19 19 43 19 2179Jadual 4.2 : Analisis soal selidik Daripada analisis soal selidik, murid-murid memberikan jawapan yang merekasukaakan adanya bahan bantu belajar bagi menyokong mereka untuk memahami konseppenambahan dan seterusnya menguasai fakta asas tambah. Apabila merekatelahmenguasai fakta asas tambah dengan mudahnya mereka dapat menyelesaikanmasalah pengiraan penambahan dengan cepat dan tepat.


Ujian Pra Dan Pasca Berikut merupakan perbandingan keputusan ujian pra dan pasca yang dilaksanakansebelum intervensi dan selepas intervensi. Bil Kod Murid Ujian Pra Ujian Pasca Beza skor % % 1 M1 50 100 50 2 M2 30 85 55 3 M3 45 100 55 4 M4 20 90 70 5 M5 30 95 65 6 M6 35 85 50 7 M7 15 95 80 Min markah 32.1 92.9 60.8 Jadual 4.3: Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca Berdasarkan markah yang diperolehi oleh respondan, soalan betul dan masayangdiambil oleh responden, dapat disimpulkan bahawa bahan bantu balajar ( petakjadual fakta asas) telah dapat membantu meningkatkan kemahiran muriddalammelaksanakan pengiraan fakta asas tambah yang hasil tambahnya tidak melebihi 50dengan cepat dan tepat. Satu temubual dilaksanakan bagi mengetahui apakahyangmempengaruhi peningkatan pencapaian murid-murid tersebut. Cikgu : Adakah kamu faham tentang penambahan?


M2 : Gabungkan objek. M4 : Penyatuan M7 : Campur Cikgu : Adakah kamu tahu penggunaan Petak Jadual Fakta Asas? M2 : Ya cikgu. M4 : “baru saya tahu cikgu” M7 : Ya. Saya tahu cikgu. Cikgu : Jadi adakah kamu tahu bagaimana untuk menggunakan Petak Jadual FaktaAsas? M2 : Sebelum ni tidak tahu cikgu… M4 : Saya pun begitu cikgu… M7 : Saya pernah belajar dulu cikgu tapi lupa sudah…Cikgu : Bagaimana Petak jadual Fakta Asas membantu kamu menjawab soalan-soalan yang diberikan? M2 : Saya dapat mengingat fakta asas dengan baik sekali sebab itu sayadapat menjawab soalan dengan betul. M4 : Saya bangga sekali dapat menyelesaikan kira-kira tu dengan menggunakanPetak Jadual Fakta Asas yang cikgu berikan. M7 : Sebelum saya gunakan Petak jadual Fakta Asas, saya rasa susah untukbuat kira-kira matematik,bila saya gunakannya barulah saya rasa senanguntuk ingat pasangan nombor. (TB4/29052012)Hasil daripada temubual ini, murid dapat mengingat fakta asas tambah denganbaikseterusnya dapat menyelesaikan masalah pengiraan serta mereka dapat meneliti pola-pola dan juga pasangan nombor.


PERBINCANGAN 5.1 Pendahuluan Di dalam bab ini, perbincangan mengenai analisis dapatan kajian akan dilaksanakanbagi mengetahui sejauh manakah pelaksanaan dan analisis yang telah dilakukandi dalam kajian menjawab kepada fokus utama yang kita inginkan. 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian Berdasarkan dapatan daripada analisis hasil kerja murid dalamlatihan, temubual dansoal selidik, saya dapati bahawa intervensi ini telah membantu murid meningkatkanpenguasaan kemahiran menambah nombor satu digit dengan satu digit, duadigit dengan satu digit dan dua digit dengan dua digit tanpa mengumpul semulasehinggahasil tambahnya dalam lingkungan 50 dalam kalangan murid-murid dan seterusnyamenyelesaikan soalan matematik yang melibatkan penambahan dalamtempohmasayang ditetapkan. Aktiviti intervensi yang dijalankan ini dapat membina keyakinandiri yang tinggi dalam diri murid-murid. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematikdanmemberikan keyakinan kepada mereka bahawa “Mathematics is fun andeasy”. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid amat berminat mengiramenggunakan Petak Jadual Fakta Asas dan dapat membantu mereka mengingat dengan mudah fakta asas tambah serta pasangan nombor.


Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkanminat murid-murid, saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepadakumpulan sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantu meningkatkankemahiran menambah nombor satu digit dengan satu digit, dua digit dengansatudigit dan dua digit dengan dua digit tanpa mengumpul semula. Sekiranyakajianini diketengahkan kemahiran perlu dikembangkan lagi mengikut kumpulansasaran. Soalan–soalan bagi aktiviti-aktiviti dan ujian pra perlu peningkatanaraspembelajaran mengikut kesesuaian tahap umur dan kumpulan sasaran. Selainitupendekatan yang sama juga akan saya gunakan kepada fakta asas tolak, darabdanbahagi dalam kajian saya seterusnya.


Senarai Rujukan Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yusuf Boon &Abdul RahimHamdan, (2007). Menguasai Penyelidikan DalamPendidikan. PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Dewey,J. (1938). Experience and Educatio . Macmillan Co. New York Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Surat Siaran Pelaksanaan Programliterasi Dan Numerasi (LINUS) Tahap 1 di Sekolah Rendah.Bil KP(BPK) 400-32/6Jld.3(61).Pejabat Ketua Pengarah pelajaran Malaysia Nani Menon. (2007). Permainan, Lagu Dan Puisi Kanak-Kanak. PTS PublishingSdnBhd. Kuala Lumpur. Nazeri Bin Arashad, (2003). Mengatasi Kelemahan Pelajar Sekolah Rendah(Tahap2) Dalam penguasaan Fakta Asas Penambahan. ProsidingSeminarPenyelidikan Pendidikan kebangsaan Ke –X,2003.Kementerian PelajaranMalaysia. Kuala Lumpur. Ngan J. I. (2011). Penggunaan Kaedah Jari Dalam Membantu Murid TahunDuaMenyelesaikan Operasi Tolak Yang Melibatkan PengumpulanSemula. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT Ambilan Januari 2008. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 Noraini Idris.(2005).Pedagogi dalam Pendidikan Matematik.Kuala Lumpur.UtusanPublications & Distributor Sdn Bhd. Retrive 11/1/2012 Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam pendidikan. Universiti PendidikanSultan Idris. Tanjong Malim Perak Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar, (2009). Amalan PengajaranBerkesan. Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam Selangor. Reys,R.E.Lindquist, M.M., Lambdin, D.V., & Smith, N.L.(2001).Helping childrenLearnMathematics (9 th ed.).New York.Wiley. Rusnah Datuk Sidek, (2008). Jadual Sifir Saya.Jurnal Penyelidikan Kent. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Tuaran Sabah. Sabri Ahmad,Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar.(2006).Isu-isudalamPendidikan Matematik.Kuala Lumpur.Utusan Publication & DistributorsSdnBhd. Retrive 13/1/2012 Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai-Aplikasi DalamPengajaranDanPembelajaran.PTS Publications Sdn Bhd.Kuala Lumpur


LAMPIRANAJadual fakta Asas Tambah + 0 1 2 3 4 5 6 7 890 0 1 2 3 4 5 6 7 891 1 2 3 4 5 6 7 8 9102 2 3 4 5 6 7 8 9 10113 3 4 5 6 7 8 9 10 11124 4 5 6 7 8 9 10 11 12135 5 6 7 8 9 10 11 12 13146 6 7 8 9 10 11 12 13 14157 7 8 9 10 11 12 13 14 15168 8 9 10 11 12 13 14 15 16179 9 10 11 12 13 14 15 16 1718


LAMPIRANBSOALAN TEMUBUAL Tinjauan Masalah NAMA : __________________________________________ Bil Soalan ResponMurid1 Bolehkah jika cikgu berikan soalan tambah kemudian murid-murid kira dengan cepat? 2 Apakah lagi cara yang murid-murid gunakan untuk menambah? 3 Adakah murid-murid merasakan penambahan adalah satu operasi yang susah?


LAMPIRANCSOALAN TEMUBUAL Tinjauan Masalah (Semasa) NAMA : __________________________________________ Bil Soalan ResponMurid1 Adakah kamu berasa senang mengira dengan menggunakan petak jadual fakta asas tambah ini ? 2 Macam mana kamu rasa sekarang adakah lebih senang mengira dengan menggunakan petak jadual fakta asas tambah ini? 3 Bagaimana pula perasaan kamu sekarang, dengan menggunakan petak jadual fakta asas untuk mengira?


LAMPIRANDSOALAN TEMUBUAL Selepas Intervensi NAMA : __________________________________________ Bil Soalan ResponMurid1 Adakah kamu faham tentang penambahan? 2 Adakah kamu tahu macam mana nak menggunakan Petak Jadual Fakta Asas? 3 Jadi adakah kamu tahu bagaimana nak gunakan Petak Jadual Fakta Asas? 4 Bagaimana Petak Jadual Fakta Asas membantu kamu menjawab soalan-soalan yang cikgu berikan?


LAMPIRANESOALAN SOAL SELIDIK TT - Tidak Tahu TS - Tidak Setuju STS - Sangat Tidak Setuju S - Setuju SS - Sangat Setuju Bil Soalan TT STS TS SSS1 Saya minat untuk belajar matematik. 2 Saya suka pada cara cikgu mengajar. 3 Dengan menggunakan petak jadual fakta asas lebih mudah untuk memahami sesuatu konsep. 4 Dengan menggunakan jadual fakta asas dapat membantu mengira dengan pantas. 5 Dengan menggunakan jadual fakta asas tambah saya mudah melaksanakan pengiraan. 6 Saya memahami fakta asas tambah dapat meningkatkan keupayaan menambah dengan cepat. Jumlah Peratusan


LAMPIRANFUJIAN PRA NAMA : ____________________________________ Jawab Semua Soalan. Cari hasil tambah. 1) 2 + 3 = 2) 4 + 2 = 3) 3 + 4 = 4) 5 + 4 = 5) 6 + 7 = 6) 8 + 6 = 7) 9 + 2 = 8) 11 + 3 = 9) 13 + 3 = 10) 21 + 8 = 11) 22 + 4 = 12) 25 + 3 = 13) 38 + 1 = 14) 44 + 5 = 15) 16 + 23 = 16) 15 + 34 = 17) 19 + 20 = 18) 22 + 12 = 19) 36 + 12 = 20) 32 + 17 =


LAMPIRANGUJIAN POS NAMA : ____________________________________ Jawab Semua Soalan. Cari hasil tambah. 1) 2 + 3 = 2) 4 + 2 = 3) 3 + 4 = 4) 5 + 4 = 5) 6 + 7 = 6) 8 + 6 = 7) 9 + 2 = 8) 11 + 3 = 9) 13 + 3 = 10) 21 + 8 = 11) 22 + 4 = 12) 25 + 3 = 13) 38 + 1 = 14) 44 + 5 = 15) 16 + 23 = 16) 15 + 34 = 17) 19 + 20 = 18) 22 + 12 = 19) 36 + 12 = 20) 32 + 17 =


Click to View FlipBook Version