The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by peachyqin101, 2024-02-21 20:44:08

PENGURUSAN BILIK SAINS

5.Pengenalan bilik Sains

PENGURUSANBILIKSAINS


KONSEP BILIK SAINS • Bilik Sains adalah sebuah bilik kelas di manaP&PSains Sekolah Rendah dijalankan. • Bilik ini mempunyai kemudahan asas untukmenjalankan aktiviti PdP Sains seperti eksperimen,demonstrasi dan kerja projek. • Bilik Sains boleh diubahsuai dari bilik darjahbiasa.PENGURUSAN BILIK SAINS


• Kemudahan asas yang perlu ada dalamsebuahBilik Sains ialah kerusi meja yang sesuai, kabinet,punca bekalan air, punca kuasa elektrikdanperalatan sains seperti yang disenaraikanuntukmata pelajaran Sains Rendah berdasarkanbukuPeralatan Pembelajaran dan PengajaranSainsRendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Kegunaan Bilik Sains • Bilik Sains merupakan satu daripada tempat PdPSains. Aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan supayakemahiran saintifik dapat diberi penekanan sewajarnya. Pendekatan ini bagi membolehkan P&P berpusatkanmuriddapatdirealisasikan dan konsep murid membuat, guru membimbingdapat dilaksanakan. • Guru perlu membuat perancangan bagi menambahkanbilanganperalatan dan bahan untuk membolehkan setiap muridberkesempatan berinteraksi dengan peralatan danbahan.


Keselamatan: Alatan: Pertolongan Cemas, PemadamApi, Peraturan Keselamatan Fizikal: Stor, Bilik,Perabot,Sumberelektik, gas, danair,Pengedaranudara,Pencahayaan, Projektor Sumber Manusia: Penyelaras, Pembantu makmal Aspek utama pengurusan makmal sains Media pengajaran : Spesimen, CD, Internet, Buku rujukan, Carta, Model, Alatan dan bahan Sains


Penyenggaraan dan PenyimpananAlatdanRadas Sains • Terdapat banyak peralatan dan bahansainsyangmudah rosak. Penyenggaraan dan penyimpananyang kerap hendaklah dilakukan untuk mengelakkandari terjadinya perkara ini.


Penyenggaraan danPenyimpananAlatdan Radas Sains Bahan kaca • Alat kaca yang kotor boleh dibersihkandenganmenggunakan alat dan bahan pencuci yangsesuai.• Alat kaca tidak boleh disimpan di tempat yangterlalutinggi dan tidak dicampuraduk denganperalatanberatterutamanya daripada logam. • Alat kaca yang besar disusun di belakangdanyangkecil di hadapan.


• Di peringkat sekolah rendah, tidak adabahankimiayang berbahaya dibekalkan untuk kegunaangurudan murid. Walaubagaimanapun, dalamaktiviti PdPada. • Dicadangkan penggunaan bahan kimiayangdigunakan di rumah seperti cuka, gula, garamdansabun. • Bahan-bahan ini pada prinsipnya tidakberbahayaatau membawa kesan buruk. Bahan Kimia


Bahan Kimia• cuka yang perlu diberi perhatian keranaiaadalahsejenis asid lemah. Jika sekiranya cukatermasukke dalam mata, basuhkan segera denganair bersih.


• Sekiranya formalin digunakan untuk mengawet haiwan, silaberhati-hati ia berbahaya jika terminum( ia bolehmengeraskanprotein ). • Jika wapnya termasuk ke dalam mata dan hidung, iamengakibatkan rasa pedih dan tidak selesa. Jadi elakkandari terminum, terhidu dan termasuk ke dalammata. • Bahan ini hendaklah disimpan di dalambotol yangsesuai (botol kaca gelap dan tebal ) dan dilabelkan. Bahan Kimia


Alat Optik • Alat optik seperti kanta, prisma dan bongkahkacayangmudah tercalar oleh permukaan yang kasar, eloklahdisimpan dalam kepingan stairofomyangmempunyairuang berbentuk alat-alat optik tersebut.


• Binokular dan mikroskop perlu disimpandi tempatkering • Untuk mengelakkan berkulat. Untuk tujuanini binokular dan mikroskop bolehlah disimpandalamkotak bersama-sama dengan gel silika. • Sebaik-baiknya gunakan gel silika biruyang boleh menjadi merah jambu apabilakuasapenyerapannya berkurang. Alat Optik


Alat Elektrik • Setiap Bilik Sains dibekalkan dengansekurang-kurangnya dua punca kuasa (soket) untukkegunaanalat dan perkakas elektrik seperti cerekelektrikatauprojektor. • Penggunaan alat-alat elektrik bolehmenimbulkankemalangan jika tidak mengikut peraturanatautidakdiselenggarakan.


Langkah untuk mencegah kemalangan: • pastikan murid tidak memasang suisdengantangan yang basah • tutup suis apabila selesai menggunakanalat elektrik • soket atau palam yang retak ataurosakhendaklah diganti • pastikan wayar disambung mengikut kodwarna yang betul • pastikan wayar dan kabel bertebat • alat elektrik hanya boleh disambungpadasoket tiga pin • jangan gunakan kabel yang terlalupanjangbagi alat elektrik


Spesimen Haiwan danTumbuhanSpesimen hidup • spesimen hidup yang hendak dikaji hendaklahdiambil mengikut keperluan sahaja• spesimen haiwan yang masih hiduphendaklahdikembalikan ke habitat asalnya • spesimen yang telah mati boleh diawetkan• haiwan yang dilindungi oleh undang-undangtidak boleh dipelihara atau diawet tanpakebenaran daripada Jabatan Perhilitan


Spesimen Haiwan dan TumbuhanKaedah Kering • sesuai untuk spesimen yang mempunyai kelembapan yang kurang dan mempunyai kulitluaryang keras seperti serangga dan biji benih. • spesimen dikeringkan sehingga kelembapanyangrendah bagi menghalang kerosakanyangbiasadilakukan oleh kulat atau bakteria• beberapa cara untuk mengering spesimenantaranya spesimen hidup yang hendakdikaji hendaklah diambil mengikut keperluansahaja


Penyenggaraan dan Penyimpanan Alat dan Radas Sains


F


PEMBAHARUAN (IMPROVISATION) Kenapa perlu pembaharuan (improvisation)? Biasanya kita perlu berusaha untuk membuat sendiri radas danbahansains kita sendiri berdasarkan: • Kekurangan peralatan untuk jalankan eksperimen • Peralatan sains sangat mahal di pasaran • Peralatan sains sangat kompleks untuk guru dan murid • Peralatan yang ada tidak sesuai untuk aktiviti yang ingindijalankan• Guru perlu hasilkan alatan yang dapat merangsang pemahamankonsep yang sukar. • Guru tidak cukup peruntukan untuk membeli peralatan • Menyediakan bahan bantu mengajar


Contoh-contoh aktiviti pembaharuan: • Jika tiada bikar- potong botol air mineral • Jika tiada rak tabung uji- tebuk bekas telur untuk menegakkantabung uji • Tungku kaki tiga daripada tin yang dipotong mengikut bentuktungku kaki tiga • Corong turas menggunakan botol air mineral yangdipotongdanditerbalikkan. • Kanta daripada mentol • Piring petri daripada botol air mineral


LATIHAN KENDIRI 1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pengurusanbagi sesebuah makmal sains? 2. Apakah aspek fizikal yang menjadi keperluan bagi sesebuahbilik/makmal sains? 3. Senarai contoh alatan dan bahan bantu mengajar yang patut terdapatdalam sesebuah makmal sains. 4. Bincangkan aspek keselamatan yang wajar dipertimbangolehseseorang guru Sains 5. Bagaimana anda mengendalikan situasi murid yang terkenabahankimia berasid?


Click to View FlipBook Version