PELBAGAI JENIS UKIRAN
UKIRAN KEPOK KUBUR
Pengenalan mengenai apa itu
kepok kubur. Pengguna dalam
masyarakat
UKIRAN PATUNG
Menegaskan hukum hakam
Penggunaan dan penghasilan
Ukiran patung dalam agama islam
SENI UKIRAN KAYU
PADA RUMAH
Mendedahkan apa itu ukiran flora
Dan fauna. Memperjelaskan hukum
Hakam setiap ukiran
AHLI KUMPULAN 4
DUA2042 SENI DALAM ISLAM
01 NUR FATINIE BINTI ABDUL MUTALIB
18DDS21F2003
02 NUR ANIS FATIHAH BINTI PISOL
18DDS21F2023
03 NUR SYAZMIN RASYIQAH BINTI ABDUL AZIZ
18DDS21F2019
NAMA PENSYARAH:
BORHANUDDIN BIN YA
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
MUKA HADAPAN 1
AHLI KUMPULAN 2
ISI KANDUNGAN 3&4
SENI UKIRAN 5
PENGENALAN 6
KONSEP SENI UKIRAN 7
KEPOK KUBUR 8
PERBEZAAN KUBUR 9
( MALAYSIA DAN TANAH SUCI)
HUKUM MEMBINA KEPOK KUBUR 10
CONTOH SENI UKIRAN 11
UKIRAN BERBENTUK PATUNG 12
PENGERTIAN 13
JENIS- JENIS PATUNG DAN FUNGSINYA 14
CONTOH GAMBAR UKIRAN BERBENTUK PATUNG 15
HUKUM HARAM PADA SESETENGAH KEADAAN 16
JENIS-JENIS PATUNG DIHARAMKAN 17
KEINDAHAN UKIRAN RUMAH 18
APA ITU UKIRAN KAYU 19
SEJARAH UKIRAN KAYU 20
JENIS-JENIS UKIRAN 21
KESIMPULAN 22
SENI UKIRAN
PENGENALAN
Seni ukiran merupakan seni pertukangan tangan yang menjadikan
satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun menurun lagi.Seni
ukir akan menjadi akan memperkenalkan Teknik dan motif bunga ukir
yang menjadi identity ukiran Melayu tradisi.Menghasikan sebuah
karya seni ukiran Melayu Tradisi.Menghasilkan sebuah karya seni ukir
memerlukan kemahiran daripada memilih kayu,memproses kayu
memilih dan melukis ukiran hinggalah menggunakan pemahat dan
pisau wali.
Seni begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai hasil kayuan yang banyak di mana terdapat
kira-kira 3000 spesis kayu-kayuan di negara kita.Di samping itu
jugak,kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk di ukir dan
boleh dipelbagaikan kegunaannya.Dalam bidang ini,fokus akan
ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu,masyarakat etnik
Sarawak dan masyarakat Orang Asli.
KONSEP SENI UKIRAN
Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi samada dalam
susunan komposisi cara pengisian bidang yang dihias, ataupun
dalam menyelaraskan motif-motif ukiran. Pada umumnya
pembahagian bidang itu diatur berdasarkan geometri yang
bermotifkan seperti daun, akar, bunga, dan sebagainya. Oleh itu,
dalam seni ukir Islam kelihatan paduan yang hormani antara rasa
dan akal yang kelihatan pada ukiran kayu, batu, tembaga, besi
dan sebagainya(Abdul Ghani Samsudin et al 2001).
Seni ukir ini kerap terjalin dengan seni khat. Seni khat merupakan
suatu keistimewaan seni ukir yang sering didapati menghiasi
bangunan-bangunan Islam. Oleh itu, seni ini bukan semata-mata
untuk memenuhi kewujudan seni untuk seni atau sebagai
pantulan dan jelmaan rasa indah sahaja. Namun ia juga memberi
kesan lain yang lebih mendalam dan bererti iaitu kesan keindahan
yang mendekatkan kepada peri manusia dan rasa ketuhanan.
KEPOK KUBUR
Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat
islam
nusantara membina kepok atau pagar di
keliling kubur
si mati. Hal ini pernah dibahaskan namun
mendapat
kritikan tajam daripada para ulama.
Salah di sisi agama terutamanya apabila
kubur itu
dimewahkan dengan bahan binaan
seperti mozek, simen,
pagar besi, batu marmar, tempat duduk
khas untuk penziarah bahkan dihiasi pula
dengan batu nisan yang diukir surah Al-
Quran
PERBEZAAN KUBUR
MALAYSIA DAN TANAH SUCI
MALAYSIA TANAH SUCI
• Kubur di Malaysia tidak sama seperti Kubur di • Upacara pengebumian dalam islam dilakukan oleh
Mekah. mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam
islam, walaupun terdapat sedikit kelainan dan
• Jelas dapat dilihat kubur di Malaysia menggunakan perbezaan mengikut adatdan tafsiran setempat.
batu nisan sebagai Penanda kubur dan sesetengah
kubur di Malaysia • Dalam semua kes, Syariat islam telah menentukan
yang jenazah hendaklah dikubumikan, selepas
• Membina kapok dimandikan, dikafankan dan disolatkan. Kita dapat
lLihat dengan jelas perbezaan kubur di Malaysia dan
mekah. Kubur di Mekah hanya mengunakan batu
sahaja untuk menandakan setiap kubur dan dapat
lihat perbezaan antara kubur di Malaysia ianya
menggunakan batu nisan.
HUKUM MEMBINA KEPOK KUBUR
HARUS
Perkara ini khilaf dalam kalangan ulama. Tujuan
adalah supaya tanah tidak roboh, bagi membezakan
antara tanah kubur dan bukan, agar tidak dipijak dan
menjadi jalan. Jika binaannya rendah dan tidak
dipijak dan menjadi jalan. Jika binaannya rendah dan
tidak menunjukkan kepada pembaziran, tetapi
sekadar membuat orang mengenali kubur tertentu di
samping menjaga kebersihannya, maka kami
cenderung hukumnya ialah harus. Kami berpendapat
bahawa binaan kepok di kubur yang berlebih-lebihan
adalah tidak dibenarkan bahkan bercanggah dengan
sifat Islam yang sebenar.
CONTOH SENI UKIRAN
UKIRAN BERBENTUK PATUNG
PENGERTIAN
Salah satu teknik yang sering digunakan
dalam pembuatan patung adalah ukiran.
Tadisi telah membuat patung-patung dari
negara-negara Barat, yaitu sejak zaman
Yunani kuno, ketika patung itu dianggap
sebagai bentuk seni yang hebat.
Berbagai bentuk dan ukuran patung dapat
ditemukan di Indonesia. Jenis dan bahan
dasar untuk membuat patung juga bervariasi,
ada yang terbuat dari bahan lunak seperti
kayu, tanah liat dan semen untuk bahan
dengan struktur keras seperti batu dan
logam.
JENIS-JENIS PATUNG DAN FUNGSINYA
•Patung Pahat
Dibuat bertujuan sebagai karya seni murni untuk estetika yang hanya menikmati keindahan bentuknya.
•Patung Kerajinan
Biasanya dibuat untuk dijual, patung jenis ini dibuat oleh pengrajin.
•Patung Arsitektur
Dibuat untuk mendukung konstruksi bangunan dan nilai estetika atau keindahan.
•Patung Dekorasi
Dibuat untuk tujuan mendekorasi bangunan atau taman, baik halaman belakang maupun taman bermain.
•Patung Agama
Dibuat untuk tujuan ibadah sebagai inspirasi dan makna keagamaan bagi sebagian umat beragama.
•Patung Monumen
Dibuat untuk mengenang atau memperingati peristiwa bersejarah dan peristiwa atau jasa pahlawan di masa
lalu.
CONTOH GAMBAR UKIRAN BERBENTUK PATUNG
HUKUM HARAM PADA SESETENGAH KEADAAN
Islam mengharamkan untuk membuat, mengukir dan menyimpan ukiran-ukiran berbentuk patung.
Adanya patung dalam sebuah rumah akan menyebabkan Malaikat akan jauh daripada rumah tersebut
sedangkan seperti mana yang kita ketahui, Malaikat akan membawa rahmat dan keredhaan Allah untuk
isi rumah tersebut.
Sebab-Sebab Pengharaman
a) Menjauhkan atau menghindarkan daripada unsur-unsur syirik
b) Menjauhkan sifat bangga diri khususnya kepada pembuat patung
c) Pembuat patung kebiasaannya bersikap melampaui batas
d) Lambang bermewah-mewah dan keseronokan yang ditegah dalam Islam
JENIS-JENIS PATUNG
DIHARAMKAN
a) Patung-patung yang berbentuk serta lengkap anggota badan seolah-olah
bertujuan untuk menandingi ciptaan Allah Taala.
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
”Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya ialah orang-orang yang
menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Muslim)
b) Patung-patung yang bertujuan untuk penyembahan atau pemujaan.
c) Patung yang dijadikan hiasan dan pameran di khalayak ramai dan sebagainya
seolah-olah mengagung-agungkannya serta menimbulkan perasaan bangga
kepada pemilik atau pembuatnya
KEINDAHAN UKIRAN RUMAH
APA ITU UKIRAN KAYU
• Ukiran kayu adalah salah satu seni tradisi Melayu di mana pengukir
akan menyobek permukaan papan atau bungkah kayu bagi
mencorakkan sesuatu motif.
• Antara lima jenis motif yang diterap pada kayu, adalah, flora, fauna,
kosmos, geometri dan khat.
• Kebiasaanya, ukiran tidak menyerupai objek flora secara langsung
tetapi diolah dalam bentuk simbolik agar menyerupai objek tersebut.
Ia merupakan satu seni pertukangan yang wujud sebelum abad ke-16
di Semenanjung Malaysia.
SEJARAH UKIRAN KAYU
• Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah
Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana
dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu.
• Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni
ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman.
• Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang
dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama
memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana
tersebut.
• Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada
binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.
JENIS-JENIS UKIRAN
• Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang
ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus
bentuk-bentuk bunga atau corak.
• Ukiran Bunga Timbul
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak
silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat
daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.
• Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat,
kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran
timbul tetapi lebih halus dan kecil.
• Larik
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik
berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang
menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing,
tiang-tiang rumah dan sebagainya
KESIMPULAN
Seni ukiran ini adalah serasi dengan masyarakat Malaysia. Sebagai umat islam
yang kita mestilah menghasilkan karya yang menepati syarak dalam islam dan
mengambil tahu sesuatu hukum sebelum melakukan ukiran, dan meninggalkan
segala laranganNYA agar hidup diredhai Allah SWT.