The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KIRTHI LOVE, 2024-06-21 03:58:50

Kajian Kes Tingkatan 2 2024

AHLI KUMPULAN
K.KIRTHIKA
ALIA

KAJIAN KES TINGKATAN 22024


- NAMA - KIRTHIKASHINI KARTHIGESU - KELAS - 2 ALTAIR - NAMA GURU - C. EZEIQIN ALIA BINTI ZULKEFLI


SENARAI KANDUNGAN 1 2 3 4 5 6 7 OBJEKTIF KAJIAN PERNYATAAN MASALAH KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN KESIMPULAN & CADANGAN SUMBER RUJUKAN LAMPIRAN


1.0 PERNYATAAN MASALAH MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU MEMPUNYAI PEGANGAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN YANG MASIH DIAMALKAN SEHINGGA KE HARI INI KHUSUSNYA DI NEGARA KITA , MALAYSIA . BINCANGKAN


2.0 OBJEKTIF KAJIAN UNTUK MENGETAHUI LATAR BELAKANG KEPERCAYAAN AWAL DAN PERKEMBANGANAGAMA MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN LEBIH TERPERINCI 1. 2. UNTUK MENGHURAIKAN KEPENTINGAN HIDUP BERAGAMA DAN MEMILIKI KEPERCAYAAN DALAM MASYARAKAT MASA KINI 3. UNTUK MENEROKA BUKTI KEPERCAYAAN AWAL DAN PEGANGAN AGAMA DI NEGARA KITA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN YANG MASIH WUJUD PADA MASA KINI


3.0 KAEADAH KAJIAN ~ ~ ~ ~ ~ ~ VIDEO AUDIO VISUAL MELAYARI INTERNET BUKU TEKS PEMERHATIAN AKHBAR


KEPERCAYAAN AWAL Kepercayaan awal masyarakat kerajaan Alam Melayu ialah animisme dan dinamisme yang berkait rapat dengan alam sekeliling. 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Animisme Merupakan kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat. Ianya juga berkait dengan kepercayaan terhadap makhluk halus dan penyembahan kepada roh nenek moyang yang telah meninggal dunia yang dipanggil hyang. Penyembahan roh nenek moyang penting untuk memastikan keluarga yang masih hidup mendapat kebaikan atau menghindar kesusahan di dunia. Dinamisme Ianya berkait rapat dengan kepercayaan terhadap kekuatan yang juga dikenali sebagai mana atau semangat. Setiap benda dan makhluk dianggap mempunyai mana yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang.


4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Penyebaran Agama Hindu, Buddha dan Islam Sebelum AbAd ke-15 1. Kerajaan Funan Antara Raja Funan yang mengambil peranan besar terhadap perkembangan agama Buddha termasuklah Fan Shih-man. Candi Buddha tinggalan kerajaan Funan ialah candi Go Cay Thi. 2. Kerajaan Angkor Agama Hindu menjadi anutan utama dalam kalangan masyarakat kerajaan Angkor sejak kerajaan ini diasaskan dan menjadi gemilang semasa pemerintahan Suryavarman II. Candi Hindu yang termasyhur di Angkor ialah Angkor Wat. 3. Kerajaan Champa Candi Hindu dibina di Po Nagar. Candi Dong Duong pula merupakan bukti penyebaran agama Buddha di Champa. Penemuan batu bersurat bertarikh 1035 dan batu nisan bertarikh 1039 di Panduranga membuktikan penyebaran Islam di Champa. Islam mulai tersebar luas dalam kerajaan Champa semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin pada abad ke-14.


4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Penyebaran Agama Hindu, Buddha dan Islam Sebelum AbAd ke-15 4. Kerajaan Srivijaya Kerajaan Srivijaya merupakan pusat kegiatan agama Buddha sejak abad ketujuh. Pendeta Buddha bernama I-Tsing dari China pernah datang ke Srivijaya untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha. 5. Kerajaan Majapahit Agama Hindu dan Buddha berkembang serentak dan saling mempengaruhi dalam kalangan masyarakat kerajaan Majapahit. Setelah kerajaan Majapahit runtuh, kerajaan Demak muncul dan menjadi pusat pengajian agama Islam terbesar di Jawa pada abad ke-16. 6. Kerajaan Kedah Tua Agama Buddha telah diamalkan dalam kerajaan Kedah Tua sejak abad kelima dan menjadi anutan utama. Kedah mula menerima pengaruh Islam pada abad ke-12. 7. Kerajaan Gangga Nagara Masyarakat kerajaan Gangga Nagara menganut agama Buddha,ditemui ialah patung Buddha, Avalokitesvara di Bidor, Perak.


4.2 Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia.Peranan agama yang paling dominant adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat 4.0 DAPATAN KAJIAN Terdapat beberapa aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti sistem pemerintahan, bahasa, persuratan dan seni bina yang mendapat pengaruh budaya Hindu dan Buddha masih diamalkan dan disesuaikan dengan agama Islam. Agama Hindu, Buddha dan Islam tersebar ke Alam Melayu berkait rapat dengan peranan mubaligh, pemerintah dan perkembangan perdagangan antarabangsa.


4.3 BUKTI KEPERCAYAAN AWAL DAN PEGANGAN AGAMA DI NEGARA KITA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN YANG MASIH WUJUD PADA MASA KINI IALAH TERDAPAT AGAMA YANG KEKAL SEHINGGA KINI IAITU HINDU, BUDDHA DAN ISLAM. SELAIN ITU, KEPERCAYAAN SEPERTI ANIMISME JUGA DIANUTI SEHINGGA KINI. CONTOHNYA, PERAYAAN HARI MOYANG OLEH MASYARAKAT TEMUAN DI BUKIT CHEEDING , BANTING , SELANGOR . KEPERCAYAAN DINANISME JUGA DIANUTI SEHINGGA SEKARANG . CONTOHNYA , PAWANG MASYARAKAT IBAN MENYIAPKAN MAKANAN KORBAN (MIRING) SEMASA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GAWAI . 4.0 DAPATAN KAJIAN


5.0 KESIMPULAN & CADANGAN TERDAPAT BANYAK IKTIBAR DAN NILAI YANG DIPEROLEH DARIPADA KAJIAN INI KITA WAJARLAH SALING MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN TANPA MENGIRA KAUM. NILAI INI HARUS DIPRAKTIKKAN OLEH SEMUA MASYARAKAT SETEMPAT DI MALAYSIA KERANA MALAYSIA IALAH SATU NEGARA YANG MEMPUNYAI PENGANUT PELBAGAI AGAMA. KITA HARUSLAH MEMUPUK SIKAP BERTOLAK ANSUR DAN MEMAHAMI AGAMA DAN KEPERCAYAAN KERAJAAN ALAM MELAYU.


5.0 KESIMPULAN & CADANGAN TERDAPAT BANYAK IKTIBAR DAN NILAI YANG DIPEROLEH DARIPADA KAJIAN INI KITA PERLULAH MENGETAHUI KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT ALAM MELAYU YANG DAPAT MELAHIRKAN RASA BANGGA TERHADAP SEJARAH NEGARA. KITA HARUSLAH SIKAP TOLERANSI DAN HORMAT-MENGHORMATI UNTUK MEWUJUDKAN SEMANGAT KEKITAAN YANG MEMBAWA PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT.


5.0 KESIMPULAN & CADANGAN KESIMPULAN Masyarakat kerajaan Alam Melayu mempunyai pegangan agama dan kepercayaan. Kepercayaan awal masyarakat ini ialah animisme dan dinamisme sebelum menerima pengaruh agama Hindu dan Buddha. Seterusnya, masyarakat kerajaan Alam Melayu menerima pula pengaruh agama Islam.


6.0 SUMBER RUJUKAN ~ INTERNET https://www.slideshare.net/slideshow/t2-bab4-41-agama-dan-kepercayaan/248511468 ~ VIDEO https://youtu.be/IFkRgKpVMzs? si=S7ABrpI1tnndcwZO ~ AUDIO VISUAL https://youtu.be/2yVgQbKa8-g? si=YGlAPFCrM9SPmXV8 ~ BUKU TEKS https://anyflip.com/hbnfk/xdzk ~ AKHBAR Utusan Malaysia , 17 Jun 1992 , halaman 5.


7.0 LAMPIRAN


7.0 LAMPIRAN


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version