The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sinopsis Hempasan Ombak bab 1 hingga 14 dan sinopsis keseluruhan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danchan736, 2021-03-17 04:38:14

Sinopsis Hempasan Ombak

Sinopsis Hempasan Ombak bab 1 hingga 14 dan sinopsis keseluruhan

Sinopsis Bab 1

Kematian ayah Farid, Haji Badrul telah melemahkan perniagaan batik
keluarganya. Farid kerap mengingati pesan arwah bapanya, bahawa
perniagaan ibarat roda yang penuh cabaran. Farid tetap berfikir mampukah dia
yang cetek ilmu perniagaan mewarisi dan meneruskan perusahaan batik
ayahnya yang malap dengan hutang yang banyak. Takkan ibunya, Hajah
Zaoyah yang menanggung beban itu, abangnya Lotfi pula, sudah lebih 10
tahun berada di kerusi roda. Manakala abangnya Farhan telah meninggal dunia
semasa tahun akhir di UKM. Adiknya Hanisyah dan Hisyam masih terlalu muda.
Disebabkan itu, Farid terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya.
Tomsiah merupakan kerani yang berdedikasi telah membantu Farid. Menurut
Kak Tom, hutang ayahnya bukan dengan pihak bank tetapi hutang runcit
dengan pembekal. Selain itu, Kak Tom memberikan gambaran kedudukan
perniagaan keluarganya kepada Farid. Kak Tom memberikan nombor telefon
Encik Mokhsein yang dapat membantu Farid dalam selok-belok perniagaan.

Sinopsis Bab 2

Kata doktor ayahnya mengalami barah dalam perut atau Hypertension.
Walaupun ada yang menyatakan bahawa ayahnya disantau, Farid
menerima perkara tersebut sebagai takdir Allah. Farid yakin bahawa
orang muda seperti dia perlu mencari ilmu dan sabar dalam perniagaan.
Perniagaan batik ayahnya masih beroperasi seperti biasa tetapi ada
sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang.
Farid berbual-bual dengan Pak Nik, menurut Pak Nik kuota pengeluaran
dikecilkan kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin
kurang. Manakala batik keluaran mereka kurang laris di pasaran. Pak Nik
menasihati Farid bahawa dalam perniagaan ada pelbagai watak mesti
diwarisi. Kak Tom menunjukkan Farid fail hutang dan meminta Farid
untuk meminta bayaran kepada ejen yang masih berhutang lagi.

Sinopsis Bab 3

Suatu malam, keluarga Hajah Zaoyah makan malam bersama. Mereka
bercerita banyak perkara. Ibunya menyedari bahawa Farid semakin kurus
dan masa bersosialnya kurang kerana sibuk menguruskan perniagaan
keluarga. Farid meluahkan masalahnya. Farid merasa malu kepada diri
sendiri kerana bangsa lain yang seusia dengannya mampu mengendalikan
perniagaan. Lofti menyalahkan dirinya yang lumpuh hingga menyebabkan
dia tidak mampu membantu menguruskan syarikat ayahnya. Farid
berbincang dengan ahli keluarganya untuk menyelesaikan masalah
syarikat tersebut. Dia tidak mahu syarikat ditutup kerana teringatkan Pak
Nik dan Tomsiah hilang pekerjaan. Ibunya ingin menggadaikan barang
kemas dan tanah untuk menyelamatkan syarikat. Kemudian, Farid teringat
bahawa Tomsiah pernah menyuruh Farid untuk berjumpa dengan
seseorang.

Sinopsis Bab 4

Pada awal pagi, Farid berada di bilik pejabatnya. Dia berfikir untuk
meluaskan perusahaan batiknya berasaskan keluasan saiz tapak sedia
ada. Pak Nik melihat Farid dan berasa bangga kerana sifat kerja keras
Haji Badrul ada pada diri Farid. Farid merupakan anak muda yang
mempunyai keazaman yang tinggi. Kemudian, dia Farid teringat tentang
rakannya iaitu Abdul Kabeer dan Chew Teck yang gigih menghadapi
cabaran dalam dunia perniagaan. Kejayaan mereka berdua
menyebabkan Farid bersemangat untuk memajukan syarikat. Dalam
mesyuarat, Farid melontarkan idea bernas iaitu membincangkan usaha
meningkatkan kualiti batik perusahaannya di samping promosi efektif.
Masalah kos turut dibincangkan. Kak Tom mencadangkan aset kurang
produktif hendaklah dijual sekali gus mengurangkan beban syarikat.

Sinopsis Bab 5

Farid bergerak ke pejabat firma pemborong binaan Nadi Zaman yang
dimiliki oleh Mokhsein.Farid diajak masuk ke bilik Mokhsein dan mereka
mula bercerita.Mokhsein beritahu Farid bahawa Haji Badrul,iaitu ayah
kepada Farid telah mendidik Mokhsein dalam bidang
perniagaan.Mokhsein juga bekerja dengan Haji Badrul dan
meninggalkan beliau setelah beliau berjaya kerana dia ingin memulakan
perniagaannya sendiri.Setelah Farid mengambil alih syarikat ayahnya,dia
mengalami pelbagai masalah dan Mokhsein menganggarkan bahawa
ada syarikat yang ingin memonopoli syarikat yang diwarisi
Farid.Kemudian,Mokhsein menyuruh Farid untuk membina sebuah
strategi terkunci iaitu mengadakan promosi dengan kerjasama
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, mengadakan demonstrasi
batik di Kuala Lumpur, mendapatkan kontrak dengan agensi kerajaan
yang bertujuan membekalkan pakaian rasmi persatuan atau pertubuhan,
dan akhir sekali mengadakan pameran bertaraf antarabangsa.Selepas
itu,Mokhsein berjanji untuk membantu Farid sekiranya dia menghadapi
masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Farid

Sinopsis Bab 6

Kedatangan Farid ke kedai Zuraida mengejutkan Zuraida. Mereka
berbincang tentang soal perniagaan sambil bergurau-senda. Farid juga
belajar serba sedikit tentang perniagaan. Ketika zaman persekolahan,
Zuraidah mencuri-curi belajar ketika membantu ibunya berniaga di
kedainya sementara menunggu pelanggan datang membeli. Zuraida
memberikan pandangannya terhadap perniagaan bahawa dia banyak
bermodalkan petua ibunya supaya banyakkan bersabar dan sentiasa
bermanis muka melayan pelanggan. Walaupun Zuraida sibuk melayan
pelanggan yang tidak putus-putus, dia tetap berbual-bual dengan Farid.
Setelah tiga jam berbual, Farid balik ke pejabatnya dan bercerita dengan
Tomsiah bahawa semalam dia berjumpa dengan Encik Mokhsein dan
Zuraidah pada hari ini. Bagi Farid, dia kagum dengan Zuraida dan Encik
Mokhsein merupakan usahawaan yang gigih dan perlu dicontohi.

Sinopsis Bab 7

Seminggu kemudian, Farid berjumpa dengan Zuraida di gerainya. Farid
mengajak Zuraida untuk makan tengah hari di Restoran Mali, seberang
Jalan Bonggol. Zuraida memuji kehebatan Farid, bahawa dia tidak
menyangka pelajar 5 Sastera 1, Sekolah Menengah Seri Budiman sudah
berjaya menjadi pengarah syarikat. Kemudian, Zuraida berjanji untuk
membantu Farid dengan cara menjualkan batik Farid di gerainya.
Zuraida mencadangkan Farid memodenkan batik keluarannya agar
pasaran luas, mampu bersaing dan menenuhi cita rasa pelanggan
terkini. Zuraida memberikan pelbagai idea dan perubahan untuk Faird
supaya melaku-lakukan perlahan-lahan demi menarik pelanggan
khasnya pelancong yang semakin ramai berkat Tahun Melawat
Malaysia. Setelah selesai makan, Zuraida mengatakan bahawa Farid
boleh datang ke gerainya lagi untuk berbual. Farid merasakan hatinya
ada bibit-bibit cinta dengan Zuraida.

Sinopsis Bab 8

Di pejabat, Farid memikirkan batik corak baharu yang agak moden. Zuraidalah
yang mencadangkan batik canting yang agak moden mengikut minat
pelanggan. Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid supaya memodenkan
batik perusahaan. Farid berjumpa dengan Encik Mokhsein untuk meminta
pandangannya tentang projek memodenkan pengeluaran batiknya. Semasa
berbincang dengan Encik Mokhsein petang itu, Encik Mokhsein telah memuji
Farid kerana contoh usahawaan yang hendak dilahirkan oleh DEB iaitu berdaya
saing untuk memajukan perusahaannya kerana ramai usahawaan Melayu muflis
akibat masalah-masalah peribadi yang remeh-temeh. Encik Mokhsein bersetuju
projek “Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis
Syarikat Batik Nusantara” dilaksanakan segera. Menurut Encik Mokhsein, Farid
masih muda walaupun lepasan SPM tetapi dia berpotensi untuk berjaya dalam
bidang perniagaan. Encik Mokhsein meyakini usaha Farid akan membuahkan
hasil. Projek itu akan menjadi rantai ekonomi dan seterusnya meningkatkan
martabat industri kampung. Encik Mokhsein berjanji akan membantu aspek
pasaran agar produk Farid tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak
bertanggungjawab. Selepas itu, Encik Mokhsein kerap bertanyakan
perkembangan projek Farid. Farid tidak bercadang menamatkan pengeluaran
batik tradisi cuma dimodenkan untuk pasaran sekarang.

Sinopsis Bab 9

Encik Mokhsein telah diundang untuk merasmikan bangsal yang baru
dibina. Perasmian agak sederhana dan lebih kepada kenduri
kesyukuran. Encik Mokhsein membawa sepupunya, Hartini Noor,
graduan seni reka fabrik lepasan UITM kemudian melanjutkan pelajaran
di sebuah adademik seni tampak di Australia. Zuraida berasa cemburu
dengan kehadiran Hartini Noor. Encik Mokhsein mencadangkan Farid
mengambil perkerja tempatan sahaja sebagai tambahan 50 orang
pekerjanya yang sedia ada bagi mengurangkan kos. Pada hari yang lain,
Farid meninjau kerja-kerja di bengkel. Dia berasa kagum melihat hasil
lukisan yang dibuat oleh Hartini Noor. Hartini Noor menceritakan
kepada Farid tentang kaedah, corak dan sejarah batik asli serta
pengalamannya belajar. Farid yakin batik modennya mampu bersaing
dengan syarikat batik lain dan tidak lupa janjinya iaitu batiknya hendak
dijual di gerai Zuraida.

Sinopsis Bab 10

Zuraida terkejut bila Farid muncul di gerainya pada pukul 10.15 pagi
untuk menghilangkan rasa cemburu di jiwa Zuraida. Zuraida tidak
menyangka Farid ada masa berjumpa dengannya walaupun ada
primadona batik modennya. Pada hari yang berikutnya, Zuraida melihat
kerja-kerja di bengkel dan sempat bersembang dengan Hartini Noor.
Zuraida berasa kagum melihat hasil kerja Hartini Noor. Hartini
merendah diri dan dia tidak mahu dianggap primadona malah upahpun
dia tidak ambil kerana percubaan untuk mengangkat martabat batik.
Hubungan Zuraida dan Hartini Noor menjadi semakin rapat. Selepas itu,
Zuraida berkenalan dengan keluarga Farid dan Farid menghantar
Zuraida balik dengan kereta Peugeot peninggalan arwah ayahnya.

Sinopsis Bab 11

Mukhtar marah akibat jualan batiknya merosot. Dia berpuas hati apabila
melihat perniagaan batik Haji Badrul musnah selepas kematian Haji
Badrul. Tetapi Mukhtar amat marah apabila mendapat tahu batik
keluaran syarikat Rajawali miliknya susah laku kerana batik moden kini
menambat hati pengguna. Modal sudah banyak dikeluarkan, stok batik
masih banyak tidak dijual, ejen pula diberi keuntungan jualan sebanyak
35 peratus. Jika masalah tersebut tidak diselesaikan, syarikat Mukhtar
akan muflis. Mukhtar mula risau apabila mendapat tahu Farid pernah
datang ke pejabat Mokhsein dan berbaik dengan Zuraida, anak
saudaranya. Mukhtar datang ke gerai Zuraida dan memarahinya kerana
menjual batik moden milik syarikat Farid. Zuraida mempertahankan
haknya, tetapi Mukhtar mengugut untuk merobohkan gerainya jika dia
terus menjual batik moden keluaran syarikat Farid. Farid pula telah
mendapat surat layang. Hal ini membimbangkan keluarga Farid tetapi
dia tidak takut kerana menyedari ugutan tersebut daripada seseorang
yang cemburu dengan bengkel baharunya yang berupaya
menghasilkan corak lebih moden, namun ibunya berazam melaporkan
surat layang kepada pihak polis.

Sinopsis Bab 12

Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, Farid mendapat panggilan daripada
Zuraida. Zuraida ingin berjumpa dengan Farid kerana ada hal mustahak.
Farid tergesa-gesa berjumpa dengan Zuraida. Zuraida memberitahu
Farid kerana ada orang mengugut untuk merobohkan gerainya
sekiranya menjual batik moden syarikat Farid. Oleh itu, Zuraida terpaksa
menutup gerainya dan mengajak Farid ke rumahnya di Kampung
Tanjung untuk menceritakan perkara tersebut. Ibu Zuraida suka Farid
berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar, bapa saudara
Zuraida tidak mengganggu hubungan anaknya. Farid risau dan berasa
bersalah kerana hubungannya dengan Zuraida menimbulkan
kemarahan Mukhtar dan bunyinya hampir sama dengan surat layang.
Manakala di bengkel Farid pula, Mahmood mencari Azmi dan Masri
kerana dia tidak berpuas hati bahawa mereka berdua meninggalkan
Syarikat Batik Rajawali. Hartini Noor yang ketakutan meminta bantuan
Pak Nik. Azmi diperlakukan kasar oleh Mahmood menyebabkan Masri
ingin membantu tetapi Mahmood mencurahkan lilin panas ke muka
Masri. Mahmood lari dan Pak Nik bercadang untuk melaporkan kepada
pihak polis. Kepulangan Farid ke syarikatnya disambut dengan aduan
kekacauan tersebut.

Sinopsis Bab 13

Jam 2 pagi, keluarga Hajah Zaoyah terjaga kerana berlaku kebakaran di
bangsal batik baharunya. Farid berusaha memadamkan api
menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Jiran-jirannya membantu
sebelum pasukan bomba datang. Setelah api terpadam, lebih 75 peratus
peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik musnah. Farid
terpaku di hadapan bengkel hingga azan subuh berkumandang. Dalam
kesedihan Farid meyakinkan abangnya bahawa kebakaran bangsal
batik modennya ada kaitan dengan ugutan surat layang yang
diterimanya. Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada
Pak Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis. Pihak polis mengesahkan
bahawa kebakaran tersebut berkaitan dengan surat layang dan
kekacauan oleh Mahmood. Pada tengah hari, Zuraida datang melawat
keluarga Farid dan bersimpati. Inspektor Rusman menjelaskan bahawa
Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali punca segalanya.

Sinopsis Bab 14

Mukhtar ditahan di lokap Balai polis Daerah Kuala Terengganu. Dia
didakwa mengupah tiga samseng membakar bangsal batik moden
syarikat Farid. Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein
datang ke bengkel Farid selepas balik dari Singapura. Dia berkata
bahawa dia juga menerima surat ugutan daripada Mukhtar agar tidak
membantu Farid. Mokhsein juga memberitahu berita gembira iaitu dua
buah butik di Singapura dan Ampang Park mahu melanggani batik
moden Farid. Mokhsein juga berjanji untuk menolong Farid menjadi
pembekal pakaian. Farid terhutang budi dengan Mokhsein, Zuraida dan
Hartini Noor yang banyak membantu. Zuraida pula melanjutkan
pelajarannya di Dungun dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.
Mahkamah Rendah Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman bahawa
Mukhtar didapati bersalah dan akan meringkuk tiga tahun dalam
penjara di Marang. Mukhtar berbuat jahat kerana kemerosotan jualan
batik dan hutang syarikatnya. Farid bermimpi Mukhtar datang meminta
maaf dan insaf. Mokhsein datang mengajak Farid dan Zuraida ke majlis
perkahwinan Hartini Noor di Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya
tetapi Farid menjelaskan bahawa dia masih muda untuk berkahwin
kerana hendak menyambung pelajaran dahulu.

Sinopsis Hempasan Ombak

Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa mewarisi Perusahaan Syarikat
Batik Nusantara yang telah diusahakan selama 20 tahun apabila
pemiliknya, Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut.
Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut
kepada Farid kerana anak-anaknya yang lain tidak mampu memikul
tugas tersebut. Farid menerima tugas itu dengan penuh
tanggungjawab. Banyak cabaran yang dilalui Farid untuk memulihkan
syarikat ayahnya itu. Farid telah melakukan banyak perkara untuk
melariskan kain batik keluarannya seperti memperbesarkan bangsal
serta menghasilkan kain batik bercorak moden. Strategi-strategi tersebut
membuatkan Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali cemburu kerana
Syarikat Batik Nusantara maju dan diketuai oleh seorang budak berumur
19 tahun manakala penjualan kain batik syarikatnya pula merosot.
Disebabkan Mukhtar cemburu, dia mengugut Zuraida untuk berhenti
menjual kain batik keluaran Farid dan memberi surat ugutan kepada
Farid. Kemudian, Mukhtar mengupah beberapa orang samseng untuk
membakar bangsal Farid. Tetapi niat jahat Mukhtar diketahui selepas
pihak polis menjalankan siasatan lalu Mukhtar dipenjarakan selama 3
tahun.

Sumber Rujukan

Buku
-Novel Hempasan Ombak

Internet
-https://qcikgubm.blogspot.com/2020/07/novel-
hempasan-ombak-sinopsis.html


Click to View FlipBook Version