AMALAN PEMAKANAN SIHAT DAN SELAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN (TINGKATAN 1) DISEDIAKAN OLEH : CIKGU NUR SYAFIQAH BINTI ABDUL AMIN (makro dan mikro nutrien)
1 Menjelaskan maksud makronutrien dan mikronutrien. 2 Menyatakan 2 daripada 3 fungsi dan kepentingan makronutrien dan mikronutrien. 4 3 OBJEKTIF PEMBELAJARAN Menilai kepentingan pengambilan makronutrien dan mikronutrien mengikut keperluan. Menyatakan 3 daripada 4 pemilihan jenis makanan yang sesuai berdasarkan makronutrien dan mikronutrien untuk menangani obesiti serta kurang berat badan. Pada akhir PdPc, pelajar dapat :
Piramid Makanan Malaysia (2020) memberi panduan kepada kita dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang perlu diambil setiap hari mengikut kumpulan makanan. Terdapat 4 aras dalam Piramid Makanan Malaysia, di mana bilangan kumpulan makanan paling banyak yang perlu di ambil diletakkan pada dasar piramid. Kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada dasar piramid, berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 yang meletakkan makanan sumber karbohidrat. apa itu piramid makanan? (Piramid Makanan Malaysia 2020)
Ini bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling banyak berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber vitamin dan mineral yang penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit. apa itu piramid makanan? (Piramid Makanan Malaysia 2020)
apa itu makronutrien dan mikronutrien? Pengambilan makanan yang sihat dan selamat berdasarkan makronutrien dan mikronutrien mengikut keperluan diri adalah sangat penting. Pengambilan pemakanan sihat dan selamat dapat menangani masalah obesiti dan mampu mengurangkan masalah berat badan individu. Antara fungsi nutrien untuk tubuh badan ialah ianya dapat membantu tumbesaran dan perkembangan badan individu. Selain itu, ianya juga membantu dalam keseimbangan sel dan tisu serta membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Nutrien yang seimbang serta lngkapp melalui amalan pemakanan sihat dan selamat membantu membina tubuh badan yang sihat. Nutrien terbahagi kepada dua jenis iaitu makronutrien dan mikronutrien.
Makronutrien terdiri daripada karbohidrat, protien serta lemak baik. Peranan utamanya adalah untuk membekalkan tenaga dalam kuantiti yang banyak. makronutrien KARBOHIDRAT PROTEIN LEMAK SIHAT
Mikronutrien pula terdiri daripada mineral dan vitamin. Peranan utamanya adalah untuk mengawal fungsi tubuh badan. mIkronutrien
fungsi dan kepentingan makronutrien dan mikronutrien Amalan pemakanan sihat dan selamat perlu menekankan pengambilan makronutrien dan mikronutrien mengikut keperluan diri.
JUMLAH SAJIAN 5 sajian atau lebih FUNGSI Meningkatkan sistem pertahanan tubuh. KESAN PENGAMBILAN JIKA BERLEBIHAN Muntah Mual-mual Lebih vitamin A membuatkan kekejangan otot. Vitamin yang tidak larut membuatkan hati dalam bahaya. KESAN PENGAMBILAN JIKA KEKURANGAN Vitamin A - Gangguan Mata Vitamin C - Sawan vitamin
JUMLAH SAJIAN 3 hingga 5 sajian FUNGSI Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh individu, KESAN PENGAMBILAN JIKA BERLEBIHAN Gula dalam darah meningkat. Obesiti Diabetes KESAN PENGAMBILAN JIKA KEKURANGAN Lesu, lemah dan tidak bertenaga Gangguan Metabolisma Otak Kelaparan Kurus karbohidrat
JUMLAH SAJIAN 2 hingga 3 sajian FUNGSI Membina sel dan otot dalam tubuh badan individu. KESAN PENGAMBILAN JIKA BERLEBIHAN Gangguan Ginjal Beban terhadap hati individu. KESAN PENGAMBILAN JIKA KEKURANGAN Busung Lapar Mudah Sakit Gangguan Metabolisme Tubuh protein
JUMLAH SAJIAN 2 sajian FUNGSI Meningkatkan sistem pertahan tubuh. KESAN PENGAMBILAN JIKA BERLEBIHAN Cirit-birit Muntah-muntah Talasemia Gangguan Kerja Organ KESAN PENGAMBILAN JIKA KEKURANGAN Kekurangan Zat Besi Mudah Sakit Kurang Nafsu Makan Gangguan Metabolisme Tubuh mineral
JUMLAH SAJIAN Kadar yang sedikit. FUNGSI Membantu pembinaan tulang. KESAN PENGAMBILAN JIKA BERLEBIHAN Obesiti Kolestrol Tinggi Pembuluh Darah Sempit Sakit Jantung KESAN PENGAMBILAN JIKA KEKURANGAN Kurang bertenaga Penurunan Daya Tahan Tubuh Kekurangan Vitamin Larut Dalam Lemak ( A,D,E,K) lemak
pemilihan jenis makanan berdasarkan kandungan nutrien dalam menangani obesiti serta kurang berat badan Diet ini disediakan berdasarkan makronutrien dan mikronutrien untuk murid yang mengalami obesiti dan kekurangan berat badan.
SARAPAN PAGI (6:30 AM - 8:30 AM) Susu atau milo Emping Jagung Sarapan pagi amat penting. la perlu diambil untuk membantu menambah dan membekalkan tenaga sebelum memulakan rutin harian. Murid perlu mengambil sarapan pagi bagi membantu proses pembelajaran di dalam kelas. Oh, my diet!
Oh, my diet! MINUM PAGI (10:00 AM - 10:30 AM) Roti dengan mentega / keju Telur dadar / kacang merah Soya Minum pagi disarankan mengambil snek ringan. Pemilihan snek yang sihat terdiri daripada makanan yang rendah kalori tetapi tinggi kandungan nutrien
MAKAN TENGAH HARI (12:00 TGH/HARI - 2:00 PTG) Nasi / roti/ Ikan / ayam / keju / tauhu Salad / kentang/ sayur Buah- buahan tinggi kalori seperti pisang, mangga, kurma dan jambu batu Makan tengah hari membantu membekalkan tenaga, kerana kita memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti harian. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam. Oh, my diet!
Oh, my diet! MINUM PETANG (4:00 PM - 5:30 PM) Susu / sirap bandung Campuran kacang (30 g) Roti bakar dengan madu Keju / kentang Roti / gandum/ Buah hijau Amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak dan elakkan minum kopi dan minuman tenaga
MAKAN MALAM (6:00 PM - 8:30 PM) Nasi / pasta / mi/ bijirin Keju / ikan / ayam / Jeli atau ais krim Buah-buahan tinggi kalori seperti pisang, mangga, kurma dan jambu batu Sayur-sayuran Makan malam perlu seimbang dan mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan lemak tidak tepu Oh, my diet!
kesimpulan Pengambilan makronutrien dan mikronutrien adalah sangat penting untuk kesihatan manusia kerana ia mempunyai peranan yang berbeza dalam mengekalkan keseimbangan badan. Bagi menjaga kesihatan dan mencegah penyakit, adalah sangat penting bagi manusia untuk mengambil makanan yang kaya dengan makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu, memenuhi keperluan makronutrien dan mikronutrien mesti menjadi keutamaan dalam diet harian.
PENGUKUHAN SOALAN : Berdasarkan gambar rajah dibawah, sila sediakan diet pemakanan yang bersesuaian untuk Ali dan Abu dalam sehari. Sila hantar tugasan ini pada kelas berikutnya. ALI ABU