The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Damia Sarah binti Mohd Jauhari
JP201209
2 Harvard

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by damiasarahj, 2022-02-21 02:00:51

Assessment 3 Esei F2

Damia Sarah binti Mohd Jauhari
JP201209
2 Harvard

MODUL SOALAN RAMALAN DAN JAWAPAN
SEJARAH

PT3 2019
(TINGKATAN 2)

KE ARAH “A” SEJARAH

Disediakan oleh:
DAMIA SARAH BINTI MOHD JAUHARI

JP201209
2 HARVARD

1

FOKUS PT3 STRUKTUR DAN ESEI TINGKATAN 2

BAB 1 : KERAJAAN ALAM MELAYU

1 (a) HURAIKAN ASPEK PERSAMAAN ANTARA KERAJAAN ALAM MELAYU

Aspek geografi, meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea,
Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik ke Taiwan. Terdapat juga beberapa orang tokoh yang
menerangkan tentang konsep Alam Melayu dari sudut geografi. Abdul Hadi Haji Hassan
memberitahu Alam Melayu merupakan suatu likungan geografi yang luas meliputi Kepulauan
Melayu hingga selatan Thailand. Ismail Hussein memberitahu dalam Buku Antara Dunia Melayu
Dengan Dunia Kebangsaan yang Alam Melayu meliputi Selatan Vietnam, Kemboja, Selatan
Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina. Alfred Russel Wallace pula
mengatakan Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan
Nicobar, Filipina dan Kepulauan Soloman hingga Papua New Guinea. Akhirnya, Ding Choo Ming
berkata bahawa Dunia Melayu meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand
dan Filipina. Kesimpulan dari pandangan pengkaji-pengkaji sejarah, Geografi Alam Melayu
merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, selatan Thailand, selatan Myanmar
dan selatan Indochina.

Selain itu, aspek Bahasa juga merupakan salah satu aspek persamaan antara kerajaan Alam
Melayu. Konsep Alam Melayu juga dapat diketahui dan dikenali dari aspek penggunaan bahasa
serumpunyang dikaitkan dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu tergolong dalam bahasa
Austronesia yang merupakan antara 200 bahasa yang digunakan oleh masyarakat di Alam Melayu.
Terdapat persamaan bunyi perkataan bagi beberapa etnik di Alam Melayu seperti empat dalam
Bahasa Melayu disebut Papat dalam bahasa Jawa, Ampat dalam bahasa Melayu Brunei, Apat
dalam bahasa Tagalog Filipina, Pat dalam bahasa Melayu Sibu dan Apat. Faktor Bahasa Melayu
digunakan secara meluas di Alam Melayu. Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sejak
awal Masihi lagi. Ini berlaku kerana orang Melayu suka belayar telah menyebarkan penggunaan
Bahasa Melayu ke Alam Melayu. Ianya menjadi mudah kerana sifay bahasa Melayu yang
sederhana membolehkan bahasa ini diterima di Alam Melayu.

Akhirnya, penduduk Alam Melayu turut mempunyai budaya serumpun yang unik yang
merangkumi
aspek bahasa dan tulisan, persuratan, struktur social, kesenian, kepercayaan dan adat. Antara
persamaan budaya yang terdapat di Alam Melayu ialah Kesenian. Contohnya seni membuat alat
gangsa dan seni mempertahankan diri (Ciptaan asli tempatan ). Seterunya, Niilai Serumpun seperti
gotong royong dan Seni Persembahan seperti wayang kulit di Kelantan dan Jawa.

2

1 (b) HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEMASYHURAN KERAJAAN BERIKUT
a. Srivijaya (Abat ke-7)
Kerajaan ini terletak di lokasi yang strategi di Selat Melaka iaitu di Lembah Sungai Musi,
Sumatera. Ia merupakan laluan kapal antara Barat dengan Timur. Kerajaan ini
memperkukuhkan empayar dengan menakluki Bangka dan Taruma. Sangramadhananjaya
menakluki Sumatera, Selatan Mynmar, Tanah Melayu, dan Segenting Kra. Dengan ini,
membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa seperti Selat Melaka dan Selat
sunda serta menjadi kuasa perdagangan utama di Alam Melayu. Akhrinya, Srivijaya juga
menjadi pusat pengajian agama
Buddha.
b. Majapahit (Abad ke-13)
Kerajaan ini terletak di Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur yang merupakan laluan
kapal perdagangan. Kerajaan ini masyhur semasa Patih Gajah Mada menjadi Perdana
Menteri kerana beliau berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan kerajaan,
meluaskan kuasa ke timur Pulau Jawa, Pantai Timur Sumatera, Pesisir selatan dan
barat Pulau Borneo, bahagian selatan dan timur Sulawesi, dan Kepulauan Maluku,
serta membolehkan Majapahit menjadi pusat perdagangan terkenal.
c. Kedah Tua (Abad ke-5)
Kerajaan ini terletak di kedudukan strategic di Sungai Mas dan Sungai Bujang yang
merupakan pintu masuk di sebelah utara Selat Melaka. Kedah Tua terkenal kerana
kegiatan perdagangan di Lembah Bujang. Hal ini demikian, mendapat tumpuan
pedagang dari timur dan barat dan juga menjadi pusat perkembangan agama Buddha.

3

1(c) KBAT: BUKTIKAN LOKASI MEMAINKAN PERANAN PENTING KPD KEMAJUAN KERAJAAN DI ATAS
Ketiga-tiga kerajaan di atas terletak di kedudukan strategik iaitu laluan kapal antara Timur

dengan Barat. Sebagai contohnya, Kedah Tua terletak di pintu masuk sebelah utara Selat
Melaka membolehkannya ia maju sebagai pelabuhan entrepot. Selain itu, lokasi Kedah Tua
yang terletak di Gunung Jerai juga menjadi punca Kedah Tua maju sebagai pusat
perdagangan. Gunung Jerai menjadi panduan kepada kapal untuk datang ke pelabuhan Kedah
Tua. Kedudukan Kedah Tua yang berjiran dengan Perak, Kelantan dan Terengganu juga
membantu dalam memajukannya sebagai pusat perdagangan. Ini adalah kerana negeri jiran
main peranan untuk membekalkan hasil keluaran untuk diperdagangkan di pelabuhan Kedah
Tua.

Srivijaya juga maju sebagai kerajaan maritime disebabkan lokasinya yang strategik.
Pelabuhan bagi Srivijaya iaitu Palembang terletak di muara Sungai Musi yang dalam
membolehkan kapal besar boleh masuk sampai ke pelabuhan untuk menjalankan urusan
perdagangan. Di samping itu, Srivijaya juga terletak di laluan perdagangan antara timur dan
barat di Selat Melaka membolehkan kapal-kapal pedagang singgah di pelabuhan Palembang
untuk menjalankan urusan perdagangan. Srivijaya juga terlindung dari tiupan angina timur
laut dan Barat Daya oleh Banjaran Besar Sumatera dan Banjaran Titiwangsa. Ini
membolehkan urusan perdagangan boleh dijalankan sepanjang tahun tanpa ancaman angina
kencang. Lokasi Srivijaya yang berhampiran dengan tanah jajahannya di Tanah Melayu dan
sebahagian Sumatera juga membolehkan ia mudah mendapatkan bekalan dagangan untuk
diperdagangkan.

Majapahit terletak di Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur yang merupakan
laluan kapal perdagangan yang melalui selat Sunda dan Laut Jawa. Lokasinya yang
terlindung dari tiupan angin membolehkannya menjalankan kegiatan perdagangan sepanjang
tahun. Akhirnya, lokasinya di Pulau Jawa yang subur juga membolehkannya mendapatkan
bekalan barang dagangan terutama hasil pertanian seperti beras.

4

2 (a) HURAIKAN BENTUK HUBUNGAN KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN KERAJAAN LUAR

a) Hubungan Perdagangan
Kedudukan strategik iaitu di laluan kapal perdagangan antara Timur dengan Barat serta
kekayaan hasil bumi seperti galian, pertanian dan hasil hutan menjadi faktor terjalin
hubungan perdagangan. Hubungan perdagangan ini menunjukkan sikap keterbukaan
pemerintah Alam Melayu.

b) Hubungan Keagamaan
Hubungan dengan negara luar mendorong penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam.
Penyebaran agama ini mempengaruhi pentadbiran, perundangan, ekonomi, dan
sosiobudaya masyarakat Alam Melayu. Contohnya, agama Hindu tersebar melalui
peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin. Maharaja Asoka (Pemerintah
Kerajaan Maurya) menghatar Sami-sami Buddha ke Alam Melayu untuk menyerbakan
Agama Buddha. Islam pula disebarkan melalui peranan pedagang, pemerintah, dan
pendakwah. Kesimpulannya, penyebaran agama ini menggambarkan sikap keterbukaan
penduduk Alam Melayu.

c) Hubungan Diplomatik
Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatic dengan China dan India.
Hubungan ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan dan majukan perdagangan.

2 (b) KBAT: JELASKAN KEPENTINGAN HUBUNGAN LUAR KEPADA NEGARA KITA

Hubungan luar penting untuk mengukuhkan ekonomi negara. Ini adalah kerana dengan
adanya hubungan luar kita mudah memasarkan barangan keluaran tempatan tanpa sekatan
dengan negara yang kita adakan hubungan. Sebagai contohnya hubungan kita dengan India dan
China membolehkan kita mudah mengeksport minyak kelapa sawit ke negara tersebut. Dengan
ini negara kita akan dapat sumber pendapatan yang akan mengukuhkan ekonomi negara kita.
Melalui hubungan ini juga kita mudah menarik kemasukkan pelabur asing untuk membuka
kilang atau perniagaan di negara kita. Ia bukan sahaja membantu pengaliran modal asing malah
ia juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sebagai contohnya,
hubungan baik dengan negara Jepun dan Korea membolehkan banyak syarikat negara itu di buka
di negara kita. Melalui hubungan luar juga kita mudah menyelesaikan sebarang pertikaian
dengan negara luar. Sebagai contohnya hubungan dengan Singapura membolehkan kita berjaya
menyelesaikan beberapa masalah seperti tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih dan isu
Tambak Johor. Akhirnya, mudah menarik kemasukkan pelancong asing, pemindahan teknologi
dan menampung keperluan tenaga kerja.

5

(a) HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN SRIVIJAYA
Raja digelar sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja-raja Srivijaya menggunakan
unsur kesaktian. Dianggap sebagai Bodhisattava yang merujuk peranan raja sebagai Buddha di
bumi. Bagi pemerintahan Pusat dan Wilayah, raja dibantu oleh Putera Mahkota, Pratiyuraja
sebagai Raja Muda dan Rakakumara. Raja turut dibantu oleh golongan agama, tentera, pemungut
cukai, hakim, dan penjaga harta kerajaan. Pentadbiran wilayah terbahagi kepada dua iaitu
Kedatuan yang ditadbir oleh Datu berketurunan raja dan Pradatuan yang ditadbir oleh Datu
bukan berketurunan raja.
2(b) KBAT: SISTEM PENTADBIRAN YANG TERATUR PENTING BAGI SESEBUAH NEGARA. BINCANGKAN

Sistem pentadbiran yang teratur penting bagi sesebuah negara kerana dapat mudah
melaksanakan dasar. Dasar yang dibuat di peringkat tertinggi seperti cabinet disampaikan kepada
peringkat bawahan untuk diaksanakan. Dengan ini, masing-masing dapat melaksanakan
tanggungjawab dan melaksanakan dasar dengan berkesan.

Selain itu, pentadbiran dapat dijalankan dengan berkesan. Ini berlaku dengan pembahagian
kuasa. Dengan ini, tidak berlaku pembotolan atau pertindihan kuasa. Oleh itu pentadbiran dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Disamping itu, negara juga akan aman jika mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.
Pemerintahan yang sistematik akan menjamin keamanan kerana pemimpin akan menjalankan
tanggungjawab seperti yang telah ditetapkan melalui dasar. Dengan ini, segala kehendak rakyat
akan dipenuhi dan rakyat tidak akan menentang kerajaan. Hal ini demikian, keamanan
negara dapagt dicapai.

Akhirnya, dengan mempunyai pentadbiran yang teratur, ekonomi negara akan berkembang
dengan pesat. Pentadbiran yang sistematik aan mewujudkan keamanan. Keamanan negara akan
memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur modal. Ini bukan sahaja menambahkan
sumber pendapatan negara malah akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang akan
menjamin kemakmuran ekonomi.

6

3(a) HURAIKAN KEGIATAN PERTANIAN YANG DIJALANKAN KERAJAAN ALAM MELAYU
Lokasi petempatan awal dan peranan sungai mian peranan penting dalam perkembangan

kegiatan ekonomi kerajaan Alam Melayu. Kerajaan Alam Melayu melaksanakan kegiatan
pertanian kerana kesuburan tanah. Tujuan kegiatan pertanian pada peringkat awal adalah untuk
menyara diri. Lebihan hasil pertanian akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi
keperluan penduduk yang tudak terlibat dalam kegiatan pertanian.

Antara tanaman utama di Alam Melayu ialah tanaman padi yang dijalankan oleh kerajaan
Funan, Champa, dan Angkor. Sungai mekong menyuburkan tanah kerajaan Funan dan Angkor di
lembahnya. Hujan membekalkan air ke tasik-tasik besar seperti Tasik Tonle Sap yang digunakan
untuk mengairi kawasan padi sawah. Pemerintah Angkor telah membina kolam yang dikenali
sebagai baray untuk meyimpan air. Kesannya di Angkor, padi menuaikan hasil 3-4 kali setahun.
Di Champa. Terdapat Ketua Air dalam setiap kampung bertujuan menyelenggara terusan dan
daik. Benteng atau tembok panjang yang dibuat daripada tanah untuk mengawal air dan banjir.

Kerajaan Majapahit mempunyai tanah yang subur untuk pertanian di Pulau Jawa dan
Gunung Berapi yang sesuai untuk pertanian LAVA BES. Sungai Bengawan Solo dan Sungai
Brantas membekalkan air untuk pengairan padi sawah. Peranan pemerintah Majapahit telah
membina sistem pengairan untuk meningkatkan pengeluaran padi sawah. Bagi kerajaan
Srivijaya, padi merupakan tanaman utama kerajaan ini. Ditanam di kawasan pedalaman
Palembang. Dua kawasan utama ialah di Tanah Tinggi Pasemah dan Hulu Musi.

Selain itu, Alam Melayu juag kaya dengan rempah ratus. Antara rempah ratus yang
terdapat di Alam Melayu ialah bunga cengkih, buah pala dan lada hitam. Bunga cengkih
ditanam di Kepulauan Maluku. Buah pala ditanam di Pulau Banda dan lada hitam diatanam
di Sumatera dan Jawa.

Akhirynya, terdapat juga kegiatan yang lain yang dijalankan oleh masyarakat Alam
Melayu seperti menanam pisang, tebu, bijan, kelapa, sayur-sayuran, dan buah-buahan. Ada juga
masyarakat yang menjalankan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya, dan sungai. Mereka
juga berusaha mendapatkan kulit kura-kura. Nasi merupakan makanan ruji penduduk Alam
Melayu. Oleh itu, masyarakat Alam Melayu aktif menjalankan kegiatan menanam padi.

7

3(b) KBAT: SATU KETIKA DAHULU ALAM MELAYU TERMASUK TANAH MELAYU TERKENAL DENGAN
PENGELUARAN HASIL PERTANIAN SEPERTI PADI. NAMUN KINI KITA MENGIMPORT KEBANYAKAN
HASIL TANAMAN. PADA PENDAPAT ANDA APAKAH PUNCA SITUASI INI DAN CADANGKAN LANGKAH
UNTUK MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN KELUARAN HASIL TANAMAN NEGARA KITA

Pada pendapat saya, punca situasi ini adalah kerana generasi muda kurang berminat
dengan sektor pertanian. Mereka tidak mahu bekerja di bawah cahaya matahari dan hujan.
Mereka lebih berminat bekerja di kilang dan pejabat. Langkah untuk mengatasi punca ialah
generasi muda yang tiada bekerja perlu diberi ceramah tentang kepentingan mereka terlibat
dalam sektor pertanian supaya mereka faham tentang sumbangan mereka terhadap negara dan
rakyat dan seterusnya menjadi motivasi kepada mereka untuk terlibat dalam bidang pertanian.

Di samping itu, punca yang seterusnya adalah kerana bidang pertanian kurang
menguntungkan atau tiada jaminan untuk mendapatkan pulangan yang banyak. Ini adalah kerana
harga pasaran hasil pertanian ditentukan oleh orang tengah atau pembeli dari petani. Selain itu,
mereka juga harus menanggung kerugian jika berlaku banjir atau kemarau. Langkah untuk
mengatasi punca ialah kerajaan harus memastikan tiada berlaku diskriminasi harga oleh orang
tengah. Agensi kerajaan seperti FAMA harus main peranan yang lebih untuk memastikan hasil
keluaran petani dijual dengan harga berpatutan dengan FAMA sendiri menjadi pembeli dan
penjual hasil keluaran pertanian. Tambahan pula, kerajaan juga harus membayar pampasan yang
setimpal dengan kerugian yang dialami oleh petani akibat bencana alam. Tindakan kerajaan
seperti ini bukan sahaja menjamin pendapatan yang lebih baik dinikmati oleh petani malah akan
menarik lebih ramai lagi menceburi bidang pertanian.

8

BAB 3: SOSIOBUDAYA MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

1(a) HURAIKAN HASIL SENI BINA KERAJAAN ALAM MELAYU

Seni bina adalah suatu seni mereka bentuk sesebuah binaan yang mempunyai kepelbagaian
fungsi tertentu. Seni bina merupakan medan terbaik untuk menggambarkan kecemerlangan
masyarakat kerajaan Alam Melayu. Kerajaan Funan mampu membina kapal besar yang
memuatkan 700 orang dan 1000 tan kargo berangan. Terkenal dengan perahu panjang yang
berupaya membawa 100 orang penumpang. Sistem pengairan juga dibina untuk mengawal
limpahan air dan mengalirkan air masin keluar dari tanah pertanian. Candi pula dibina untuk
dijadikan rumah ibadat, pusat pendidikan, dan sebagai pertemuan masyarakat. Contoh candi
ialah seperti Candi Go Cay Thi di Oc Eo.

Kerajaan Angkor mempunyai seni bina berkaitan kegiatan pertanian. Membina baray
berukuran 2 x 8 kilometer yang dapat menampung 30 juta meter padu air untuk disalurkan ke
sawah-sawah padi di sekitarnya.Terdapat dua binaan yang masyhur, iaitu Angkor Wat dan
Angkor Thom. Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada abad ke-12. Mempunyai
keluasan 208 hektar dan menara utama setinggi 65 meter. Kapal juga dibina oleh masyarakat
ini untuk kegunaan perdagangan dan peperangan.

Kerajaan Champa, seni bina masyarakat ini adalah berdasarkan binaan candi. Candi yang
masyhur terletak di kompleks candi di Lembah Mi Son, Dong Duong dan Po Nagar. Kerajaan
Srivijaya mempunyai candi yang masyhur seperti Candi Muara Takus dan Candi Muara Jambi di
Sumatera. Ibu kota Srivijaya, Palembang menjadi pusat binaan kapal. Menurut rekod China,
Palembang merupakan pusat binaan kapal-kapal Melayu (Kun-lun-po) yang besar. Kapal ini
boleh belayar hingga pelabuhan Tonkin dan tenggara China. Ukiran tugu di Bukit Siguntang,
Palembang menggambarkan kapal-kapal era Srivijaya.

Kerajaan Majapahit membina candi seperti Candi Tikus di Jawa Timur dan Candi Cetho di
Jawa Tengah. Candi-candi ini merupakan antara candi yang terkenal di kerajaan ini. Turut
membina pintu gerbang seperti Gapura Wringin Lawang, iaitu pintu gerbang laluan raja dan
Gapura Bajang Ratu, iaitu pintu masuk ke dalam sebuah bangunan suci di Jawa Timur.

Kerajaan Kedah Tua membina candi untuk agama Hindu dan Buddha. Antara contoh
candi Buddha yang terkenal adalah di Bukit Choras, Bukit Pandiat dan Bukit Meriam. Tinggalan
candi Hindu yang terkenal pula adalah di Bukit Batu Pahat dan Bendang Dalam. Kedua-dua
candi ini mendapat pengaruh seni bina kerajaan Chola, India. Terdapat juga seni bina arca
Hindu dan Buddha di lokasi sama. Kerajaan Gangga Nagara mempunyai patung Buddha
yang diperbuat daripada gangsa setinggi 18 meter di Tanjung Rambutan yang merupakan
antara bukti seni bina masyarakat kerajaan Gangga Nagara.Patung Buddha lain ditemui di
Sungai Siput dan Pangkalan. Seni bina arca ini menerima pengaruh daripada kerajaan Gupta,
India.

9

2(b) KBAT: APAKAH KEPENTINGAN BINAAN KERAJAAN ALAM MELAYU PADA MASA SEKARANG DAN
BAGAIMANA IA BOLEH DIKEKALKAN (SESUAI JUGA UNTUK TAJUK BANDAR TERANCANG INDIA DAN
BINAAN DI ROM : TOPIK MODUL TINGKATAN 1)

Kepentingan binaan kerajaan Alam Melayu pada masa sekarang ialah menjadi tarikan
kedatangan pelancong-pelancong asing. Tempat-tempat seperti Candid Wat menjadi destinasi
pelancongan seperti Angkor Wat dan Candi Borobudur serta Candi Lembah Bujang. Dengan ini
ia menjadi sumber pendapatan negara kerana pelancong yang datang membelanjakan wang
mereka di tempat tersebut untuk penginapan dan makan minum.

Selain itu binaan tersebut juga membuktikan pencapaian ketamadunan Alam Melayu yang
tinggi setanding ketamudunan barat lain seperti Rom dalam aspek seni bina. Binaan tersebut
juga menjadi inspirasi kepada generasi sekarang untuk maju dalam seni bina. Sebagai contohnya
pembinaan terusan dan baray oleh kerajaan Alam Melayu masih diteruskan oleh negara-negara
Asia Tenggara untuk memajukan sektor pertanian dengan mengairi kawasan pertanian.
Contohnya pembinaan tali air dan empangan di Malaysia untuk mengairi kawasan tanaman padi.

Di samping itu, binaan tersebut juga menjadi bukti kewujudan pelbagai agama di Asia
Tenggara. Sebagai contohnya seni bina Candi dan Wat menjadi bukti masyarakat Alam
Melayu menganut agama Hindu dan Buddha.

Terdapat juga beberapa cara untuk mengekalkan binaan kerajaan Alam Melayu. Antaranya,
para pengunjung yang mengunjung ke kawasan binaan tersebut perlu menjaga kebersihan
kawasan sekitarnya. Pengunjung harus buang sampah di tempat yang disediakan dan jika tiada
tempat disediakan untuk membuang sampah, pihak kerajaan perlu mengambil iniasitif untuk
menyediakannya. Kerajaan juga harus menyediakan peruntukan untuk membaiki kerosakan di
binaan tersebut. Ini penting untuk mengelakkan ia runtuh atau mengalami kerosakkan yang lebih
teruk yang mungkin akan menyebabkan binaan tersebut terus hilang.

Akhirnya, kerajaan juga harus menjadikan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan
dengan menambahbaikkan kemudahan di sekitarnya seperti tempat penginapan dan gerai
jualan. Dengan ini kawasan ini akan tetap terpelihara kerana menjadi sumber pendapatan
negara. NGO juga harus mainkan peranan dengan menganjurkan kempen kesedaran tentang
kepentingan menjaga tapak warisan tersebut. Hal ini demikian, orang ramai akan sedar
tentang kepentingannya serta tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkannya.

10

BAB 4 : AGAMA, KEPERCAYAAN & KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM
MELAYU

1(a) HURAIKAN KEPERCAYAAN AWAL MASYARAKAT ALAM MELAYU
Animisme yang merupakan kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan

memiliki roh atau semangat. Kepercayaan terhadap makhluk halus dan penyembahan roh nenek
moyang yang telah meninggal dunia yang dipanggil hyang. Penyembahan roh nenek moyang
penting untuk memastikan keluarga yang masih hidup mendapat kebaikan atau menghindar
kesusahan di dunia. Contohnya, perayaan Hari Moyang oleh masyarakat Temuan di Bukit
Cheeding, Banting Selangor. Dinamisme berkait rapat dengan kepercayaan terhadap kekuatan
yang dikenali sebagai mana atau semangat. Setiap benda dan makhluk diaggap mempunyai mana
yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. Contohnya, upacara pemujaan semangat
tanaman dilakukan agar mendapat hasil tanaman yang subur dan banyak. Pawang masyarakat
Iban menyediakan makanan korban (Miring) semasa sambutan
Hari Gawai.
1(b) KBAT : ADAKAH KEPERCAYAAN ANIMISME DAN DINAMISME MASIH DIAMALKAN? JELASKAN

Ya, orang Iban, Sarawak semasa Pesta Menuai mengadakan Upacara Miring. Disambut
untuk menyatakan terima kasih kepada “petara” ataupun tuhan. Kaum Kadayan mengadakan
Makan Tahun sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperolehi oleh petani. Kaum Melanau
mengadakan Pesta Kaul. Ia bertujuan mengelak malapetaka buruk oleh roh jahat (Ipok). Pesta
Kaamatan diraikan oleh Kadazandusun dan Murut. Ini merupakan symbol kesyukuran untuk
meraikan semangat padi. Dijalankan oleh Bobohizan dan Bobolian (wanita). Upacara
kesyukuran kepada semangat padi ini diadakan dengan harapan tahun depan mendapat lebih
banyak hasil tuaian padi. Mengadakan pertandingan ratu cantik atau unduk Ngadau. Ia berkaitan
dengan asal usul pengorbanan Huminodun. Merupakan Puteri anak Kinoingan dan Minamangun
(Pencipta). Beliau korban diri bagi membantu manusia dalam kesusahan semasa musim
kemarau.

11

2(a) SALAH SATU ASPEK KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU IALAH SISTEM
PEMERINTAHAN BERAJA. JELASKAN CIRI-CIRI SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA YANG DIAMALKAN
OLEH KERAJAAN ALAM MELAYU

Keunikan warisan masyarakat kerajaan Alam Melayu dapat dilihat dalam sistem
pemerintahan beraja, kebijaksanaan pemerintah, kegiatan ekonomi, perkembangan sosiobudaya
dan amalan beragama. Sistem pemerintahan beraja berasaskan sistem beraja. Keunikan warisan
pemerintahan di Alam Melayu apabila pemerintah menyerap pengaruh agama dalam
pentadbiran. Raja menjadi tonggak utama kerajaan. Sistem pemerintahan mendapat bantuan para
pembesar dan memperoleh ketaatan daripada rakyatnya untuk memperkukuh kedudukan raja.

Antara sistem pemerintahan beraja ialah pemilihan raja yang berasaskan keturunan dan
pembesar mengesahkannya. Keturunan diraja dianggap suci dan berdaulat serta raja boleh dipilih
daripada golongan tentera seperti kerajaan Funan dan Champa. Wanita keturunan diraja boleh
dilantik sebagai pemerintah seperti dalam kerajaan Majapahit.

Selain itu, kedudukan raja juga merupakan salah satu sistem pemerintahan beraja.
Mengingkari raja dianggap mengingkari Tuhan dan perbuatan tersebut adalah menderhaka.
Semasa pengaruh Hindu dan Buddha berkembang, raja dianggap sebagai titisan dewa dan mesti
dihormati. Raja-raja sentiasa ditaati dan kedatangan Islam memperkenalkan konsep raja
sebagai khalifah.

Akhirnya, gelaran pemerintah juga merupakan sistem pemerintahan beraja. Pengaruh Hindu
dan Buddha telah memasyurkan penggunaan gelaran Raja dan Maharaja. Selepas kedatangan
Islam, gelaran Sultan mula digunakan. Gelaran raja masih digunakan bagi menggambarkan
kebesaran kuasa seperti Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Terdapat golongan raja yang
diberi gelaran mengikut identiti dan keunikan kerajaan masing-masing seperti Raja Funan,
Champa, Angkor dan Srivijaya yang menggunakan gelaran “Varman”.

12

2(b) SALAH SATU KEUNIKAN ALAM MELAYU IALAH SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA. BAGAIMANA
SISTEM INI BOLEH DIKEKALKAN.

Sistem raja berkuasa mutlak yang ada pada hari ini seperti di Brunei harus diubahsuai
menjadi sistem Raja Berperlembagaan. Ini adalah penting supaya rakyat merupkan mejoriti di
sesebuah negara mendapat hak yang sebenar. Raja harus menjalankan tugas mengikut
peruntukan dalam perlembagaan. Keadaan ini menyebabkan rakyat akan mentaati instiutusi raja
dan seterusnya tidak akan menentang untuk mengubah sistem ini.

Rakyat juga harus patuh kepada perlembagaan yang menjelaskan hak dan kedudukan raja di
sesebuah negara. Sebagai contohnya, di Malaysia Raja menjadi ketua agama Islam, oleh itu
rakyat harus menghormati keputusan raja berkaitan agama Islam. Dengan ini instiutusi raja akan
terbela dan akan kekal.

Kerajaan juga harus mengambil tindakan ke atas sesiapa yang mencemarkan nama
instiutusi Raja mengikut peruntukan yang ada dalam undang-undang. Dengan ini orang ramai
akan takut untuk mencabar instiutusi Raja yang mungkin akan mengancam kedudukan instiutusi
tersebut. NGO patut mengadakan kempen dan ceramah untuk menyedarkan orang ramai supaya
mereka menghargai institusi tersebut serta terus memberi sokongan supaya institusi Raja terus
kekal.

BAB 5: KESULTANAN MELAYU MELAKA ***BAGI FOKUS LEBIH***
1 (a). PEMILIHAN LOKASI YANG STRATEGIK OLEH PARAMESWARA MENJADI KUNCI PERKEMBANGAN
MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN. BUKTIKAN @ SEBAB PARAMESWARA MEMILIH MELAKA
UNTUK MENDIRIKAN KERAJAAN

Antara bukti kedudukan Melaka yang strategik ialah melalui laluan perdagangan. Laluan
kapal dagang dapat dikawal kerana kedudukan Melaka berada di laluan perdagangan utama
antara timur dengan barat. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bakau menyebabkan
Melaka sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang. Di samping itu,
benteng pertahanan diperbuat daripada pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantau
menjadikannya sebagai pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh. Akhirnya,
kapal dagang dapat dating dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat kerana kedudukan
muara sungai yang terletak di Selat Melaka adalah terlindung daripada tiupan angina monsun.

13

1 (b). HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KELANCARAN KEGIATAN PERDAGANGAN DI PELABUHAN MELAKA
(JIKA TANYA FAKTOR MELAKA MUNCUL SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN DAN PELABUHAN ENTREPOT
➔ TULIS JAWAPAN LOKASI DI ATAS DIIKUTI JAWAPAN DI BAWAH)

Kejayaan Kesultanan Melayu Melaka menguasai perdagangan di Selat Melaka
membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang unggul. Antaranya, peranan
syahbandar yang dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka adalah seperti pelabuhan diuruskan
dengan teratur dan cekap oleh pengawai yang mahir dan berpengalaman. Tugas syahbandar ialah
mengurus pasar dan gedung, menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang. Urusan
perdagangan dikendalikan oleh syahbandar memainkan peranan penting dalam menjadikan
Melaka sebagai pelabuhan entrepot. Syahbandar juga bertanggungjawab memeriksa alat timbang
sukat dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, mengurus cukai, dan menguatkuasakan
peraturan keluar masuk kapal.

Selain itu, cukai pengurusan cukai barangan yang cekap dan sistematik juga menarik minat
para pedagang. Pedagang tertarik berdagang di Melaka kerana terdapat pengurusan cukai
pelabuhan yang rendah. Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga di pelabuhan Melaka
menjadi sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat dua jenis cukai yang
dikenakan, iaitu cukai rasmi dan cukai tidak rasmi. Cukai rasmi adalah cukai import sebagai
panduan. Kadarnya berbeza-beza mengikut tempat asal pedagang. Cukai tidak rasmi pula adalah
dalam bentuk hadiah, Pedagang China dan Jepun hanya dikehendaki memberikan hadiah yang
nilainya sama dengan cukai lime peratus.

Di samping itu, mata wang , terdapat dua bentuk urusan jual beli dijalankan, iaitu
pertukaran barangan dan menggunakan mata wang. Perdagangan tukar barang berlaku antara
barangan dari China dan Alam Melayu dengan barangan dari Barat dan India. Penggunaan mata
wang telah melancarkan lagi urusan jual beli. Para peringkat awal, tukaran nilaiam seperti
jongkong timah, serbuk emas, dan kulit siput (cowrie) telah digunakan. Mata wang timah yang
digunakan dikenali sebagai Calains, Nama Sultan Melaka yang memerintah terpahat pada
kepingan timah ini.

Tambahan pula, orang laut memberikan taat setia kepada raja. Mereka juga berperanan
penting dalam mengekalkan kestabilan kerajaan terutamanya dalam memastikan urusan
perdagangan dapat dijalankan tanpa gangguan. Orang Laut merupakan pelayar dan penunjuk
arah yang cekap kepada pedagang yang berdagang di Melaka. Mereka juga bertanggungjawab
sebagai tentera untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka.

Akhirnya, pelabuhan di Melaka yang terdiri daripada pelbagai kemudahan yang lengkap
telah menarik minat pedagang. Antara kemudahan yang disediakan adalah gudang tempat
menyimpan barang, kemudahan bekalan makanan dan minuman, tempat penginapan, syahbandar
yang menjaga kebajikan pedagang, kemudahan pengangkutan, khidmat membaiki kapal, dan
kemudahan tempat beribadat.

14

1 c) KBAT HURAIKAN CARA MAJUKAN PELABUHAN NEGARA KITA SETANDING DENGAN PELABUHAN
LAIN

Pelabuhan negara kita Perlu menyediakan pelbagai kemudaan seperti gudang menyimpan
barang yang lebih sistematik dan selamat supaya kapal-kapal yang berlabuh merasakan ada
jaminan keselamatan terhadap barangan mereka. Kerajaan juga harus menyediakan
perkhidmatan pengangkutan terkini dan pantas supaya barangan dari pelabuhan dapat sampai ke
destinasi pada masa yang tetap. Selian itu, kita juga perlu memberi latihan terhadap kakitangan
pelabuhan supaya mereka mampu memberi perkhidmatan yang terbaik. Ini penting supaya para
pedagang yang menggunakan pelabuhan kita rasa puas hati dan sering menggunakan pelabuhan
negara kita pada masa hadapan. Di samping itu, kita juga harus berusaha mengeluarkan lebih
banyak produk tempatan untuk tujuan eksport. Dengan ini sudah pasti pelabuhan kita akan sibuk
dan digunakan secara obtimum untuk tujuan import dan eksport. Akhirnya, Kerajaan juga harus
menyediakan perkhidmatan membaiki kapal yang lebih moden supaya para pedagang yang
menggunakan pelabuhan kita tidak menghadapi masalah jika kapal mereka mengalami
kerosakan.
2. (a) HURAIKAN CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG BERIKUT:

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang terkenal, iaitu Hukum
Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka ditulis semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Undang-undang ini disusun semula secara teratur Ketika
pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang berkaitan
dengan hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan kekeluargaan. Hukum Kanun Melaka ini
dapat mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan rakyat. Jenayah di dalam negeri
Melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus.

Selain itu, Undang-Undang Laut Melaka ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah
bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. Mengandungi 25 fasal yang
menerangkan peraturan di laut, tertib berniaga dan tatacara berjual beli. Kandungannya juga
berkaitan dengan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar. Keuwjudan
undang-undang ini menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancer dan adil sekali gus
membuatkan para pedagang bertambah yakin untuk berdagang di Melaka.

15

2 (b) PADA PENDAPAT ANDA APAKAH KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG BAGI SESEBUAH NEGARA

Pada pendapat saya, kepentingan undang-undang bagi sesebuah negara adalah untuk
menjamin keamanan negara. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan merujuk undang-
undang negara. Dengan ini negara akan aman tanpa sebarang masalah dan perselisihan antara
masyarakat. Selain itu, menjadi panduan kepada kerajaan dan pemimpin menjalankan
tanggungjawab kepada rakyat. Ini boleh mengatasi masalah pembolotan kuasa oleh mana- mana
pemimpin kerana mereka perlu menjalankan tugas mengikut undang-undang.

Di samping itu, kepentingan undang-undang bagi sesebuah negara adalah untuk menjamin
hak rakyat. Rakyat akan mendapatkan hak mereka mengikut undang-undang. Sebagai contohnya
hak untuk bersuara dan berpersatuan. Seterusnya, dapat meningkatkan imej negara. Negara yang
ada undang-undang akan lebih aman dan stabil. Oleh itu orang luar akan memandang tinggi
kepada negara tersebut.

Tambahan pula, dapat menarik kemasukan pelancong asing. Ini kerana keselamatan
mereka dijamin oleh undang-undang yang sedia ada. Akhirnya, ekonomi negara akan
berkembang pesat dengan adanya undang-undang. Keamanan dan kestabilan yang wujud kerana
undang-undang menarik kemasukan pelabur asinh dan ini akan mengembangkan ekonomi negara
selainmenjamin peluang pekerjaan.

3. (a) HURAIKAN PERANAN (CARA) MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM

Pada abad ke-15, pengislaman pemerintah telah menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka
muncul sebagai pusat penyebaran Islam yang unggul di Alam Melayu. Antaranya pengislaman
pemerintah, pengislaman Sultan Iskandar Shah pada tahun 1414 diikuti oleh pembesar dan
rakyat. Agama Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh
Sultan Muzaffar Shah.

Selain itu, melalui perkahwinan antara puteri Sultan Mansur Shah dengan putera Raja Siak.
Seterusnya dengan cara peranan Ulama dan Mubaligh, pemerintah Melaka menghantar ulama
dan mubaligh ke seluruh kawasan pengaruhnya. Ajaran tasawuf dan sufi dikembangkan melalui
ulama dari Timur Tengah dan India, iaitu Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf. Sultan
Alauddin Riayat Syah menghantar ulama untuk mengajar tentang hal ehwal agama kepada Raja
Pahang, Kampar dan Inderagiri.

Di samping itu, melalui perluasan kuasa, agama Islam di Kesultanan Melayu Melaka
tersebar melalui proses perluasan kuasa. Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai
tanda taat setia kepada pemerintah Melaka. Akhirnya, perdagangan juga merupakan salah satu
cara sebagai pusat penyebaran agama Islam. Islam tersebar melalui pedagang Arab, India, dan
China yang dating ke Melaka. Selain urusan berjual beli, pedagang tersebut juga mempunyai
sifat mubaligh yang mendorong penyebaran Islam. Dari Melaka, mereka juga menyebarkan
Islam ke kawasan lain yang disinggahi seperti Brunei, Filipina dan kepulauan Indonesia.

16

3 (b) KBAT: SEJAUH MANAKAH PEDAGANG MAIN PERANAN MENARIK MINAT MASYARAKAT UNTUK
MEMELUK AGAMA ISLAM

Pedagang juga menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan. Dengan ini penduduk
tempatan memahami ajaran Islam lalu memeluk agama Islam. Selain itu, mengamalkan nilai
islam dalam Islam dalam perniagaan sepert.jujur dan tidak menipu dalam timbangan. Ini menarik
penduduk tempatan untuk menghayati nilai islam lalu memeluk Islam.

Di samping itu, menunjukkan sifat mahmudah seperti jujur dan sopan santun. Ini menarik
orang tempatan untuk menerima ajaran Islam dan mengamalkan sifat berhemah semasa
berdakwah. Tidak memaksa sesiapa menerima Islam. Dengan ini penduduk tempatan menerima
Islam secara sukarela. Tambahan pula, pedagang juga membawa ulama danpendakwah bersama
mereka untuk menyebarkan Islam. Pedagang juga menetap dan membuka perkampungan Islam.
Menjadikan perkampungan sebagai pusat perbincangan tentang Islam.

Akhirnya, sifat baik pedagang juga menarik minat wanita tempatan lalu mereka berkahwin
dengan pedagang dan memeluk agama Islam. Pedagang juga mewujudkan hubungan baik
dengan pemerintah tempatan. Menggunakan keistimewaan yang diberikan pemerintah.
Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.

4 (a). HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Faktor-faktor kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ialah faktor dalaman dan luaran.
Terdapat dua masalah faktor dalaman yang menyebabkan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
iaitu masalah kepimpinan dan masalah perpaduan.

Antara masalah kepimpinan ialah, kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar dalam
pemerintahan dan pentadbiran menyebabkan ketidakstabilan politik. Terdapat amalan pilih kasih,
rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran dan berlaku perbalahan sesame sendiri dalam
kalangan pembesar. Selain itu, masalah perpaduan yang dihadapi ialah rakyat tidak bersatu padu.
Berlaku perpecahan akibat persaingan kuasa antara pembesar Melaka. Askar upahan dari luar
yang tidak taat setia kepada Melaka.

Akhirnya, faktor luaran yang mengakibatkan pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka
ialah serangan Portugis. Matlamat kedatangan Portugis ke Alam Melayu adalah untuk mencapai
matlamat kekayaan, keagamaan, dan kemasyuran. Portugis ingin menyebarkan agam Kristian
dan menghapuskan penguasaan pedagang Islam dan mengawal perdagangan rempah.
Kedatangan Lopez de Sequeira pada 11 September 1509 menyebabkan hubungan Melaka
Portugis bermula. Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque menyerang Melaka
akibat kegagalan rundingan. Serangan berlaku sebanyak tiga kali, iaitu pada 25 Julai 1511,10
Ogos 1511 dan 24 Ogos 1511.

17

4 (b) HURAIKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH MELAKA UNTUK MENGHADAPI SERANGAN
PORTUGIS

Kepimpinan Kesultanan Melayu Melaka mengambil beberapa ikhtibar mempertahankan
maruah dan kedaulatannya termasuk aspek diplomasi, startegi, pertahanan dan pertempuran.
Antara tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Melaka adalah seperti menggunakan lancaran
dan perahu berapi. Tembakan merian bertaku-talu dari pantai. Melaka menggunakan tentera
bergajah bagi menghadapi serangan Portugis. Kayu-kayan dan pelbagai jenis meriam serta peti-
peti berisi serbuk peluru telah digunakan bagi memperteguhkan pertahanan Melaka di kawasan
pantai. Melaka juga tidak tandus dari semangat juang. Malah askar tempatan digambarkan
mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi.
4 (c). KBAT: APAKAH IKHTIBAR YANG KITA DAPAT DARI KEJATUHAN MELAKA DI TANGAN PORTUGIS?

Ikhtibar yang kita dapat dari kejatuhan Melaka di tangan Portugis adalah kita mesti
mengekalkan perpaduan. Perpaduan merupakan benteng pertahanan yang utama bagi sesebuah
negara. Perpecahan di kalangan rakyat akan memberi peluang kepada orang luar untuk
menguasai dan seterusnya menjajah kita. Sebagai contohnya perpecahan antara Orang melayu
dengan Tamil dan Islam menyebabkan kerajaan Kesultanan Melaka menjadi lemah dan ia
memberikan peluang kepada Portugis untuk mudah menguasai Melaka.

Selain itu, kita perlu berhati-hati semasa mengadakan hubungan dengan kuasa luar. Jika
tidak kita mudah dikuasai oleh negara kita. Sebagai contohnya, Sultan Mahmud Shah yang tidak
berhati2 semasa kedatangan Portugis telah menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis.

Di samping itu, kita harus melengkapkan diri kita dengan sistem pertahanan yang moden.
Ini penting untuk mempertahankan negara kita apabila diserang musuh. Sebagai contohnya
kajatuhan Melaka berpunca dari senjata yang dimiliki oleh askar Melaka tidak standing dengan
senjata yang dimiliki tentera Portugis.

Akhirnya, kita juga tidak patut mengharapkan orang luar untuk memperkukuhkan benteng
pertahanan negara. Mereka tidak akan taat setia kepada negara kita dan tidak akan
mempertahankan negara kita jika diserang musuh. Sebagai contohnya, salah satu punca
kejatuhan Melaka ialah askar upahan dari Jawa melarikan diri semasa serangan Portugis.

18

BAB 6: KESULTANAN JOHOR
1 (a) HURAIKAN CABARAN KE ARAH KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR

Antara cabaran yang dihadapi oleh Kesultanan Johor Riau ialah peperangan di antara
Johor- Acheh-Portugus, Perang Johor-Jambi, konflik pembesar dan ancaman Raja Kechil dari
Siak.

Persaingan Johor-Acheh-Portugis ialah peperangan di antara tiga kuasa ini turut dikenali
sebagai Perang Tiga Segi atau Perang Seratus Tahun. Peperangan berlaku kerana ketiga-tiga
kuasa tersebut cuba menguasai perdagangan di Selat Melaka. Peperangan berakhir apabila Johor
memberikan bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis. Belanda seterusnya meguasai
Melaka pada tahun 1641.

Selain itu, Perang Johor-Jambi berlaku kerana Johor menuntut wilayah tungkal daripada
Kerajaan Jambi. Krisis dan peperangan berlaku dari tahun 1659 hingga 1679. Pada tahun 1679,
Johor menyerang Jambi. Jambi kemudian tewas dan tunduk di bawah kuasa Kesultanan Johor
Riau yang berpusat di Riau.

Di samping itu, berlakunya konflik pembesar antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid
dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai pemerintahan kerajaan Johor Riau.
Persaingan berakhir apabila Laksamana Tun Abdul Jamil berundur ke Terengganu. Bendahara
Tun Habib dikenali dengan gelaran Bendahara Padang Saujana. Selepas beliau meninggal dunia,
jawatan Bendahara digantikan oleh anaknya, Tun Abdul Jalil.

Akhirnya, Kesultanan Johor Riau menghadapi ancaman Raja Kechil. Pada tahun 1718,
Raja Kechil dari Siak menyerang Johor kerana menuntut takhta Kesultanan Johor. Raja Kechil
mendakwa dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang)
dan mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau dengan menggunakan gelaran Sultan
Abdul Jalil Rahmat Shah. Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ingin
mengusir Raja Kechil dengan meminta bantuan daripada Opu Bugis Lima Bersaudara. Pada 4
Oktober 1722, Raja Kechil berjaya dikalahkan dan Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan
Johor dengan menggunakan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

19

1 (b) HURAIKAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH JOHOR UNTUK MENGHADAPI CABARAN

Antara strategi yang dilaksanakan ialah memindahkan pusat pemerintahan. Sebahagian
besar pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau terletak di sepanjang pesisir Sungai Johor.
Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, kegemilangan Kesultanan Johor Riau diteruskan di
Kepulauan Riau Lingga. Pusat pemerintahan Sultan Johor sering berpindah kerana keperluan
strategi ketenteraan dan pertahanan serta muslihat mempertahankan diri daripada ancaman
Portugis dan Acheh.

Selain itu, Kesultanan Johor Riau membina kota pertahanan dan sering berubah mengikut
lokasi pusat pemerintahan. Kota Kara yang dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan
Alauddin Riayat Shah I terletak di Kuala Sungai Telor. Pagar kota diperbuat dengan pancang
kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter) dan diperkuatkan dengan bedil dan meriam.

Akhirnya, Kesultanan Johor Riau menjalinkan hubungan dengan Belanda sebagai strategi
menghadapi cabaran. Kepimpinan Kesultanan Johor Riau telah mengadakan perjanjian
persahabatan dengan kuasa Belanda bagi mengekalkan kedaulatan kerajaan. Hubungan Johor-
Belanda bermula pada tahun 1602 apabila Belanda menawarkan bantuan kepada Sultan Alauddin
Riayat Shah II untuk melindungi Johor daripada serangan Portugis dan Acheh. Belanda juga
meminta bantuan Johor untuk menyerang Melaka.

1 (c) APAKAH IKHTIBAR YANG DIPEROLEHI MELALUI STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH JOHOR
DALAM MENGHADAPI CABARAN

Ikhtibar yang diperolehi melalui strategi yang digunakan oleh Johor dalam menghadapi
cabaran adalah kita mesti mengekalkan perpaduan. Perpaduan merupakan benteng pertahanan
yang utama bagi sesebuah negara. Perpecahan di kalangan rakyat akan memberi peluang kepada
orang luar untuk menguasai dan seterusnya menjajah kita.

Selain itu, kita patut berhati-hati semasa mengadakan hubungan dengan kuasa luar. Jika
tidak kita mudah dikuasai oleh negara kita. Sebagai contohnya, walaupun Belanda merupakan
rakan baik Johor dan bersepakat dengan Johor menyerang Melaka namun Johor tidak dapat
Melaka selepas Portugis kalah.

Di samping itu, kita harus melengkapkan diri kita dengan sistem pertahanan yang moden. Ini
penting untuk mempertahankan negara kita apabila diserang musuh. Sebagai contohnya
pemerintah Johor membina Kota Kara untuk mempertahankan pusat pemerintahan negeri Johor.

Akhirnya, kita juga tidak harus mengharapkan orang luar untuk memperkukuhkan benteng
pertahanan negara. Sebagai contohnya orang Bugis berkuasa di negeri Johor setelah memberi
bantuan untuk mengusir Raja Kechil.

20

2. (a) JOHOR JUGA TERKENAL SEBAGAI PUSAT PERSURATAN MELAYU YANG TERKENAL. JELASKAN
DUA KARYA AGUNG YANG DIHASILKAN DI JOHOR

Penghasilan karya persuratan membuktikan bahawa Kesultanan Johor Riau juga karya
dengan karya agung dan tokoh persuratan yang berkaliber. Antara karya agung penghasilan
Kesultanan Johor Riau ialah Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

Sulalatus Salatin bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja. Naskhah
asal karya ini bermakna Hikayat Melayu. Pada tahu 1612, karya ini telah disusun dan ditulis
semula oleh Tun Seri Lanang. Karya ini menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat
istiadat kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epic kepahlawanan yang merentas sepanjang zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Menurut sejarahwan lepas, naskhah ini dihasilkan
oleh pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka pada tahun 1641. Kandungan
karya adalah berkaitan tentang ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah kepada raja dan kesultanan
Melayu Melaka.
2 (b) APAKAH KEPENTINGAN HASIL KARYA AGUNG TERSEBUT

Melalui Sulalatus Salatin kita boleh mengetahui Asal usul keturunan raja-raja Melaka
bermula dari pengasas Kesultanan Melayu Melaka hingga pemerintah terakhir sebelum Melaka
jatuh ketangan Portugis. Sulalatus Salatin memberi gambaran tentang Adat istiadat kerajaan
untuk kita ketahui semasa zaman kesultanan Melayu Melaka. Sebagai contohnya adat pertabalan
Sultan, adat pemakaman dan adat perkahwinan. Keseluruhannya melalui Sulalatus Salatin kita
dapat mengetahui Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Seperti pengasasan, kegemilangan dan
kejatuhan kesultanan Melayu Melaka.

Selain itu, Hikayat Hang merupakan karya epik kepahlawanan yang merentas sepanjang
zaman kegemilangan Melaka. Melalui karya Hang Tuah kita dapat gambaran yang jelas tentang
sifat pahlawan Melayu yang gagah berani serta penuh taat setia kepada Raja dan negara.

Kesimpulannya, kedua-dua karya diatas juga penting kepada kita kerana ia menjadi bukti
orang melayu boleh menghasilkan karya bertaraf dunia. Sebagai contohnya, Hikayat Hang Tuah
& Sulalatus Salatin diiktiraf sebagai hasil kesusasteraan klasik & epik Melayu tradisional oleh
UNESCO dalam Daftar Ingatan Dunia.

21

BAB 7: KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELANGOR
1. (a) NAMAKAN KERAJAAN YANG DIASASKAN OLEH WARIS KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kerajaan yang diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka ialah Pahang dan Perak.
1 (b) BUKTIKAN KERAJAAN DIATAS DIASASKAN OLEH WARIS KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Pahang diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka. Pada abad
ke- 15, Pahang merupakan sebahagian wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaya. Sultan
Melaka, Sultan Mansur Shah melantik Seri Bija Diraja sebagai wakil untuk mentadbir Pahang.
Baginda juga telah menghantar putera baginda, Raja Muhammad untuk ditabalkan sebagai
Sultan Pahang. Raja Muhammad berangkat dari Melaka ke Pahang diiringi oleh golongan
bangsawan Melaka. Golongan bangsawan Melaka ini dilantik sebagai Bendahara, Temenggung,
Penghulu Bendahari dan Hulubang Besar disamping para pengikut yang membantu mentadbir
kerajaan Pahang. Pada tahun 1470, Raja Muhammad mengasaskan Kesultanan Pahang dengan
mengambil gelaran Sultan Muhammad Shah. Setelah mengasaskan Kesultanan Pahang, Sultan
Muhammad mendirikan pusat pemerintahan di Pekan, berhampiran Kuala Sungai Pahang.

Kesultanan Perak, pada abad ke-15, Perak merupakan sebahagian daripada wilayah
naungan Kesultanan Melayu Melaka. Serangan Portugis ke atas Melaka menyebabkan Sultan
Mahmud Shah meninggalkan Melaka dan kemudian bersemayam di Kampar, Sumatera. Raja
Muzaffar berangkat ke Perak bersama-sama anak, isteri, para pengikut dan pengiring yang
menjemputnya dari Perak. Pada tahun 1528, Raja Muzaffar mengasaskan Kesultanan Perak
dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Sultan Muzaffar Shah mendirikan pusat pemerintahan
yang pertama di Tanah Abang yang terletak di pesisir Sungai Perak.

22

1(c) JELASKAN ASPEK YANG DIWARISI NEGERI DIATAS DARIPADA KESULTANAN MELAYU MELAKA

Di kedua-dua negeri tersebut Sultan sebagai tonggak utama kerajaan dan pengganti
pemerintah berasaskan adat Temenggung. Di Perak, putera sultan mewarisi takhta melalui sistem
giliran. Sistem pembesar empat lipatan juga diamalkan di kedua-dua negeri tersebut.

Selain itu, di Pahang sistem pentadbiran pentadbiran turut berasaskan pembesar empat,
lapan dan enam belas, sama seperti Pembesar Empat Lipatan di Melaka. Empat pembesar utama
di Pahang ialah Orang Kaya Indera Shahbandar, Orang Kaya Indera Segera, Orang Kaya
Pahlawan, dan Orang Kaya Indera Perba Jelai.

Di samping itu, di juga masih berasaskan pembesar empat, lapan, enam belas dan tiga puluh
dua. Empat pembesar utama dalam Kesultanan Perak ialah Orang Kaya Bendahara Seri
Maharaja, Orang Kaya Besar Maharaja Di-Raja, Orang Kaya Temenggong Paduka Raja, dan
Orang Kaya Menteri Paduka Tuan.

Akhirnya, di kedua-dua negeri tersebut Sultan merupakan ketua agama Islam sama seperti
dengan Melaka. Hukum Kanun Melaka menjadi asas perundangan bagi negeri-negeri tersebut.

BAB 8 : KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS

1 (a) HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR PENENTU HUBUNGAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN
PERLIS DENGAN NEGERI-NEGERI MELAYU YANG LAIN

Faktor-faktor penentu hubungan Kedah, Kelantan, Negeri Sembila dan Perlis dengan
negeri- negeri Melayu yang lain adalah faktor keserumpunan. Persamaan dalam aspek budaya
dan bahasa. Memudahkan interaksi sesame kerajaan. Bersikap tolenrasi dalam menerima amalan
budaya kerajaan lain.

Selain itu, faktor geografi iaitu sempadan antara negeri memudahkan perhubungan. Hasil
sumber bumi dan alam menjadi tarikan perhubungan. Sungai sebagai laluan perhubungan yang
dikongsi bersama. Setiap negeri berusaha menjamin keselamatan laluan sungai. Pembentukan
pelabuhan menggalakkan hubungan dengan negeri jiran. Contohnya, pangkalan Alor Pasai
menjadi laluan perdagangan pelabuhan Kuala Kedah. Sungai Linggi menjadi laluan penting
perhubunga serta perdagangan serta kawasan pungutan cukai kerajaan Negeri Sembilan.

Akhirnya, agama juga salah satu faktor penentu hubungan negeri-negeri Melayu yang lain.
Pemerintah memeluk Islam dan Ulama memainkan peranan dalam kegiatan keagamaan. Institusi
pendidikan agama dikongsi bersama dengan kehadiran penuntut dari pelbagai wilayah.
Contohnya, Masjid Kampung Laut di tebing Sungai Kelantan mampu membantu menyebarkan
Islam dikalangan penduduk tempatan dan pedagang luar.

23

1 (b) HURAIKAN CARA NEGERI-NEGERI TERSEBUT MENJALIN HUBUNGAN DIPLOMATIK

Cara negeri-negeri tersebut menjalinkan hubungan diplomatik ialah melalui pengiktirafan
yang bertujuan mengabsahkan sultan sebagai pemerintah. Ia mewujudkan hubungan antara
kerajaan berdaulat yang mempunyai taraf yang sama. Contohnya, pada abad ke-15, Sultan
Mahmud Shah, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka telah mengiktiraf kerajaan kedah
manakala kerajaan Kedah mengakui pertuanan Sultan Melaka. Pada tahun 1775, Sultan
Terengganu mengiktiraf kerajaan Kelantan yang telah disatukan di bawah pemerintahan Long
Yunus.

Selain itu, melalui pertahanan bagi memastikan kelangsungan sesebuah kerajaan dan juga
untuk mengekalkan kedaulatan sesebuah kerajaan daripada campur tangan asing. Contohnya,
Long Yunus mendapat bantuan ketenteraan daripada kerajaan Terengganu dan kerajaan Reman
dalam usaha menyatukan Kelantan. Long Gaffar Panglima Perang telah membantu mengekalkan
keamanan di Kelantan.

Akhirnya melalui perkahwinan, perkahwinan antara kerajaan. Hal ini demikian dapat
mengukuhkan hubungan dan menjamin kedaulatan kerajaan. Contohnya, Puteri Kelantan
dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Raja Sayed Hussin (Raja Perlis)
berkahwin dengan Tengku Nor Asiah, cucunda kepada Sultan Kedah Ke-20.

1 (a) JELASKAN KEPENTINGAN HUBUNGAN DIPLOMATIK BAGI SESEBUAH NEGARA (KEPENTINGAN
MENJAGA HUBUNGAN DENGAN NEGARA LAIN)

Hubungan luar penting untuk mengukuhkan ekonomi negara. Ini adalah kerana dengan
adanya hubungan luar kita mudah memasarkan barangan keluaran tempatan tanpa sekatan
dengan negara yang kita adakan hubungan. Sebagai contohnya hubungan kita dengan India dan
China membolehkan kita mudah mengeksport minyak kelapa sawit ke negara tersebut. Dengan
ini negara kita akan dapat sumber pendapatan yang akan mengukuhkan ekonomi negara kita.

Selain itu, melalui hubungan ini juga kita mudah menarik kemasukkan pelabur asing untuk
membuka kilang atau perniagaan di negara kita. Ia bukan sahaja membantu pengaliran modal
asing malah ia juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sebagai
contohnya, hubungan baik dengan negara Jepun dan Korea membolehkan banyak syarikat negara
itu di buka di negara kita.

Tambahan pula, melalui hubungan luar juga kita mudah menyelesaikan sebarang pertikaian
dengan negara luar. Sebagai contohnya hubungan dengan Singapura membolehkan kita Berjaya
menyelesaikan beberapa masalah seperti tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih dan isu
Tambak Johor.

Akhirnya, ia juga mudah menarik kemasukkan pelancong asing, pemindahan teknologi,
menampung keperluan tenaga kerja dan lain-lain.

24

BAB 9 : WARISAN KERAJAAN KEDAH, KELANTAN, NEGERI SEMBILAN DAN PERLIS
1 (a) JELASKAN KEUNIKAN ADAT PERPATIH YANG DIAMALKAN DI NEGERI SEMBILAN

Antara keunikan Adat Pepatih yang diamalkan di Negeri Sembila adalah jurai keturunan
sebelah ibu. Kaum perempuan dianggap Ibu Soko iaitu ibu yang melairkan anggota masyarakat.
Setiap anak adalah anggota suku ibunya. Anggota suku dianggap sedarah kerana berasal
daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu.

Selain itu, pelaksanaan hukuman yang bersifat pemulihan. Mengutamakan perasaan dan
kepentingan pesalah serta memberi pertimbangan terhadap pesalah ke arah kebaikan. Saling
bermaafan atau denda yang ringan bagi menyelesaikan masalah jika berlaku kesalahan kecil. Di
samping itu, wanita mewarisi harta pusaka supaya wanita tidak terabai. Diwarisi secara turun
temurun daripada ibu kepada anak perempuan.

Tambahan pula, perkahwinan juga merupakan salah satu keunikan Adat Pepatih Neger
Sembilan. Perkahwinan sesame suku tidak digalakkan kerana dianggap sebagai sebuah keluarga
besar dan bersaudara. Bagi mewujudkan hubungan persaudaraan antara suku maka digalakkan
perkahwinan di luar suku. Seseorang lelaki yang berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku
isterinya dan digelar “orang semenda” (orang mendatang). Wanita yang berkahiwn sesame suku
akan hilang hal mewarisi pusaka, manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang
jawatan dalam adat. Jika hendak mengembalikan hak perlu menjalankan adat memulih pusaka.

Akhirnya, upacara kedim dijalankan untuk menerima orang dari suku lain atau orang luar
menjadi ahli suku. Seseorang itu akan bersampah taat setia dan bersaudara dengan ahli suku
yang akan disertai serta dibuat penghebahan.

25

1 (b) HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN DI NEGERI SEMBILAN

Sistem pemerintahan di Negeri Sembila menggunakan sistem Adat Pepatih. Tiga
kumpulan utama yang berkuasa melantik penyandang pesaka adat atau pemimpin ialah Perut,
Suku dan Luak. Pemimpin ialah Ketua adat iaitu Anak Buah dan Ibu Soko, Buapak, Lembaga,
Undang, dan Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar. Penyandang pesaka adat (Pemimpin)
di semua peringkat dipilih hasil permuafakatan (DEMOKRASI).

Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Undang Yang Empat dan
berperanan sebagai ketua negeri. Merupakan lambing kesatuan dan persekutuan. Undang
merupakan Ketua Luak yang dilantik oleh Lembaga. Undang Yang Empat ialah Undang
Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol, dan Undang Rembau. Layak melantik Yamtuan
Besar Negeri Sembilan. Lembaga pula merupakan Ketua Suku yang dilantik oleh Buapak.
Berperanan dalam memilih Undang dan Penghulu, menjaga keamanan dan keselamatan,
menyelesaikan pertelingkaran antara Suku, dan mengurus pembahagian harta pusaka. Buapak
akan dilantik oleh anak buah sebagai seorag ketua. Buapak menjadi ketua rujukan dalam hal
yang berkaitan dengan adat dan hukum. Akhirnya, Anak Buah dan Ibu Soko yang mengetahui,
memahami dan menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan yang diwakilinya. Terlibat
secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan Buapak dalam kelompok yang diwakilinya. Jiki
tiada Ibu Soko, semua peringkat pelantikan pemimpin adat Negeri Sembilan tidak boleh
dilaksanakan.

1 (c) HURAIKAN KELEBIHAN @ KEBAIKAN SISTEM DEMOKRASI @ PERMUAFAKATAN @ PEMILIHAN

PEMIMPIN DARI PERINGKAT BAWAH BAGI SESEBUAH NEGARA

Sistem demokrasi dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada
pemimpin yang dipilih. Seperti yang kita tahu rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju
politik Negara. Oleh itu, Sistem demokrasi memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk
memilih pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.

Seterusnya, rakyat juga mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan. Pemimpin
yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Hal ini dapat membantu
dalam perkembangan ekonomi Negara.

Antara kelebihan lain bagi sistem demokrasi ialah, kecekapan pentadbiran Negara yang
sistematik telah dibentuk dan segala permasalahan dapat diselesaikan melalui rundingan. Hal ni
dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Dengan itu, perancangan pembangunan
kerajaan dapat mudah diatur. Disamping itu, kerjasama dalam masyarakat dapat ditingkatkan.
Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan antarabangsa.

Akhir sekali, sistem ini juga dapat memperkukuhkan perpaduan dan menjamin kestabilan
politik yang secara tidak langsung menarik pelaburan asing bagi membantu perkembangan
sistem industri Negara.

26

1 (c) JELASKAN KEPENTINGAN USAHA MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN BANGSA

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan
budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi
amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat
resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita semakin lenyap
ditelan arus pemodenan.

Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai
kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.

Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni
yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran
menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut
kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-
muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah
identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.

Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya
dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah
terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam
turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi.Kita
saling menerima dan memberi. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya
memupuk perpaduan.

Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional,
kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan
sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya
kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh
budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus
mengenali asal usul sendiri.

Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan
warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran
untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya
sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan
budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negara juga perlu disekat.
Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan
budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.

Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan
makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya.

27

Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di
sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini.
Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan
ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai
mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak
kenaI maka tak cinta”.

BAB 10 : SARAWAK DAN SABAH
1(a) HURAIKAN KEGIATAN EKONOMI YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT SABAH DAN
SARAWAK ATAU SEJAUH MANAKAH BENTUK MUKA BUMI DAN LOKASI PETEMPATAN
PENDUDUK SABAH SARAWAK MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI MEREKA

Kegiatan ekonomi Sarawak dipengaruhi kedudukan dan tempat tinggal. Di pesisir pantai
masyarakat Sarawak menjalankan kegiatan perdagangan, menangkap ikan, membuat perahu, dan
perusahaan sagu. Dijalankan oleh kaum Melayu, Kedayan, Melanau. Di lembah sungai pula
masyarakat Sarawak menjalankan kegiatan menanam padi, menanam buah-buahan dan sayur-
sayuran. Dijalankan oleh kaum Melayu, Melanau, Bisaya, Iban, dan Bidayu. Di kawasan
pedalaman masyarakat Sarawak menjalankan kegiatan mengutip hasil hutan, memburu haiwan
liar, dan menanam padi. Dijalankan oleh kaum Kenyah, Penan, Kelabit, Iban, Kayan, dan Punan.
Kegiatan ekonomi Sabah dipengaruhi juga oleh kedudukan dan tempat tinggal. Di pesisir
pantai masyarakat Sabah menjalankan kegiatan perdagangan, menangkap ikan, mengutip
hasil laut, dan membuat perahu. Dijalankan oleh kaum Berunai, Bajau/Sama, Iranun, dan
Suluk. Di lembah sungai masyarakat Sabah menjalankan kegiatan menanam padi, menanam
buah-buahan dan sayur-sayuran. Dijalankan oleh kaum Kadazandusun, Rungus, dan Orang
Sungai. Di kawasan pedalaman masyarakat Sarawak menjalankan kegiatan mengutip hasil
hutan, memburu haiwan liar, dan menanam padi. Dijalankan oleh kaum Murut sahaja.

28

1(b) ALAM SEKITAR PENTING UNTUK MANUSIA MENERUSKAN HIDUP. NAMUN IA SEMAKIN DALAM
KEADAAN YANG MEMBIMBANGKAN KERANA AKTIVITI MANUSIA. CADANGKAN LANGKAH
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR.

Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan
spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat
dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya
di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan
sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan
peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan
semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan
Simpan Paya Laut, Perak.

Selian itu, penggunaan baja organik kerana masyarakat sekarang terutamanya petani
digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis
lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu
digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang
menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar
terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat
menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan
tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan
guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.

Di samping itu, menggunakan kaedah biologi untuk menanam sesuatu tanaman. Peladang
kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak.
Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini
dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan
penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya
pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung
helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa
sawit.

Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan
pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan
petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku
kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar
terhadap kehidupan di sekelilingnya. Petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu
mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian
tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan
mengurangkan hakisan tanih.

Tambahan pula, Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk
mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar
serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti

29

alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hamper
keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air,
pencemaran tanah, dan pencemaran udara.

Akhirnya, penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan
aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara
pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan
pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang
berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA)
berkesan.

30


Click to View FlipBook Version