The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Surat panggilan mesyuarat 2020 kali KEDUA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AMINAH BINTI HASSANUDDIN Moe, 2020-08-16 23:05:28

Surat panggilan mesyuarat 2020 kali KEDUA

Surat panggilan mesyuarat 2020 kali KEDUA

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERTING
72120 BANDAR SERI JEMPOL

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

06-4584475

Ruj.Kami : JPNS.PPDJJ.NBA6025.100.5/1( )
Tarikh : 14.08.2020

Semua Guru,
Sekolah Kebangsaan (F) Bandar Baru Serting

Tuan/Puan,

Mesyuarat Guru Kali Kedua Sesi Persekolahan Tahun 2020

Merujuk kepada perkara diatas,

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, mesyuarat guru kali kedua 2020 Sekolah Kebangsaan (F)
Bandar Baru Serting ini akan diadakan pada :

Tarikh : 17.08.2020 (ISNIN)
Masa : 2.00 petang

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

1. Ucapan aluan Pengerusi

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

3. Perkara berbangkit

4. Pengurusan

4.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 4.2 Mesyuarat Unit kurikukum,HEM,kokorikulum

4.3 PBPPP 4.4 SKPMG2

4.5 Buku Rekod mengajar (BRM) 4.6 Buku Kehadiran

4.7 Peperiksaan Akhir Tahun

5. Hal-hal lain

6. Penangguhan Mesyuarat

4. Sehubungan dengan itu tuan/puan dikehendaki hadir pada hari tersebut .Kerjasama dan
perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“BERSIH, SEJAHTERA, MUAFAKAT
Saya yang menjalankan amanah,

---------------------------------------------------------
(Jaffry Ros bin Abu Kassim DNS,ANS, PMC, PJK )
Guru Besar,
SK (F) Bandar Baru Serting,

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT GURU KALI PERTAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) BANDAR BARU SERTING

SESI 2020

Tarikh : 26 DISEMBER 2019
Hari : KHAMIS
Masa : 8.00 pAGI
Tempat
Kehadiran : BILIK GERAKAN
: 55/57
32. Nik Mahani binti Nik Mahmud
HADIR 33. Norjunaini binti Amanan
34. Nordin bin Md Nor
1. Jaffry Ros bin Abu Kassim(Guru Besar) 35. Norzila binti Hamid
36. Naufirah binti Shamsudin
2. Mohd Amar bin Mohamad (GPK HEM) 37. Rozita binti Md Isa
38. Rozita binti Chik
3. Asiah binti Mohd Dom (GPK PPKI) 39. Roslizaini binti Harun
40. Rubiah binti Mohd Razali
4. Rosli bin Talib (GPK Kurikulum) 41. Romie Sophian bin Johari
42. Rabiatul Adawiyah binti Ahzarisham
5. Irwan Farid bin Idris (GPK Kokurikulum) 43. Rohiza binti Said
44. Syed Ahmad Jufri bin syed Aziz
6. Anumanthan a/l Muniandy 45 Saerah binti Karin
46 Samah binti Khamis
7. Ainin Syakirah binti Adzman 47 Siti Kartini binti Abd Kadir
48 Siti Rahmah binti Dahlan
8. Aidai binti Mohd Razali 49 Suraya Liza binti Rosli
50 Zuri binti Mansor
9. Ayat binti Sidik 51 Zuraidah binti Ayob
52 Zaiton bin Md Isa
10. Darnadalis binti Abd Raoh 53 Zakiah binti Hasim @ Hussain
54 Zainor bin Mohd Noor
11. Faiza bin Abdu Rahman 55 Zahriah binti Mohd Razali

12. Ibrahim bin Gunalan TIDAK HADIR BERSEBAB
1 Aziana binti Adam (CB)
13. Jamilah binti Abdul Latif 2 Sharizad binti Mohd Sulaiman

14. Kamariah binti Husin

15. Khadijah binti Salleh

16. Khairul Azman bin Abdul Kadir

17. Kamarudin bin Abd Rani

18. Marliza binti Ghazalli

19. Mohamad Fairus bin Mohamad Shah

20. Muhammad Hakimin bin Abd Rahman

21. Mohd Norsani bin Mahat

22. M. Razib bin Abd Hamid

23. Norsimah binti Nasari

24. Noraziah binti Shaharum

25. Nordaliyana binti Abdullah

26. Norlatipah binti Gimon

27. Nurhayati binti Zainuddin

28. Nurhidayah binti Yaakop

29. Nur Aminah binti Hassanuddin

30. Nurul Khairiah binti Kahar

31. Noorliza binti Mihat

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN
TAHUN 2020

AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Taklimat Pengurusan

4.1 Peraturan Am
4.2 Senarai tugas guru
4.3 Jadual waktu
4.4 Pemantauan dan pencerapan
4.5 Persediaan hari pertama persekolahan
4.6 MMI
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan

PERKARA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Tahniah kepada semua guru dan akp kerana dapat hadir dalam Mesyuarat
Pengurusan kali pertama 2020 selepas bercuti.

1.2 Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan staf kerana memberi sepenuh
komitmen dan membantu Guru Besar dan Guru Penolong Kanan melaksanakan
tugas 2019 dengan cemerlang.

1.3 Terima kasih kepada semua AJK pengurusan yang telah menjalankan tugas
mengikut bidang dengan cemerlang

1.4 Semua perkara yang dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat pertama ini
merupakan punca kuasa dan kerja buat guru-guru bagi tahun 2020

1.5 Semoga tahun 2020 ini, budaya kerja dan pengurusan sekolah akan terus
ditingkatkan untuk mencapai sasaran mikro PPM iaitu Kualiti Sekolah dan
kemenjadian murid dapat direalisasikan.
(Tindakan : Makluman semua guru)

PERKARA 2 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang oleh Encik Mohd Norsani bin Mahat
Disokong oleh Cik Marliza binti Ghazali

PERKARA 3 : PERKARA BERBANGKIT

Perkara : Sumbangan kepada anak yatim dan golongan Asnaf
 Pengerusi memaklumkan ada sumabnagn berbbentuk alat tulis dan
kelengkapan persekolahan untuk anak-anak yatim dan golongan Asnaf dan
akan diberi pada hari pertama persekolahan di datran perhimpunan.
(Tindakan :Makluman Semua guru)

PERKARA 4 : TAKLIMAT PENGURUSAN

4.1 Visi dan Misi Sekolah

4.1.1 Guru Besar memaklumkan semua sekolah di dalam Malaysia menggunapakai visi
dan misi yang masa.

Pendidikan VISI SEKOLAH
Berkualiti Pdpc berkesan
Insan Kecemerlangan Holistik
Terdidik Warga sekolah
Negara Sejahtera Kemenjadian murid dan profesion keguruan
Harmoni dan berintegriti

MISI SEKOLAH

Melestarikan Mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan
Sitem Tadbir urus yang efisien,Kualiti Sekolah
Pendidikan Kemenjadian murid yang holistik Profesianalisme
guru
Yang Berkualiti Mencapai standars KPM
Membangunkan Minda kelas pertama warga sekolah, budaya
kerja cemerlang, team building
Potensi JERIS, 6 Aspirasi Murid ,Holistik
Individu Warga sekolah
Bagi memenuhi aspirasi Kreatif dan inovatif ,harmonis
negara

4.2 Penerapan Nilai

Kecemerlangan Semua warga sekolah akan menggunakan pelbagai
Budaya kerja cemerlang pendekatan dalam pdpc pengurusan yang efisien
Inovatif Semua warga sekolah mengamalkan sikap amanah,
Kolaboratif bertanggunjawab dan berintegriti dalam menjalankan
tugas
Dedikasi Semua warga sekolah akan menghasilkan inovasi dan
menggunakana sesuatu yang dihasilkan dalam pdpc
dan pengurusan
Semua warga sekolah akan mengamalkan pendekatan
yang melibatkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih
individu dalam merancang, melaksana aktiviti dan
menyelesaikan isu secara musyawarah.
Semua warga sekolah sentiasa mengutamakan tugas
hakiki dan menggalas tanggungjawab untuk
meningkatkan kualiti sekolah Kualiti Kemenjadian Murid
yang Holistik.

(Tindakan :Makluman Semua guru)

4.3 Hala Tuju Sekolah.
 Semua warga sekolah mengetahui, memahami , menghayati serta kreatif dan inovatif

dalam merancang program yang berimpak untuk mencapai visi dan misi sekolah
 Tahu hala tuju @ visi dan misi KPM dan matlamat sekolah agar pengurusan dan

pentadbiran dan pelaksanaan program peningkatan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan

Kokurikulum serta Pendidikan Khas Integrasi (PPKI seiring dengan hasrat organisasi

demi memastikan Kualiti Sekolah dan Kualiti Kemenjadian Murid dapat dicapai
 Setiap individu perlu bertanggungjawab dalam tindakan dan amanah dalam tugas

demi merealisasikan aspirasi negara melalui Visi dan Misi sekolah dan PPPM yang

bermatlamatkan Pendidikan Berorientasikan Perkembangan (Growth Oriented
Education) iaitu Pembangunan Holistik pada peringkat dasar (6 + 3 ) melalui

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengoptimumkan kemenjadian murid.

4.4 Asas Pengurusan Sekolah
Sebagai penjawat awam, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah tertakluk dengan
arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan
kakitangan dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut serta
pekeliling-pekeliling berkaitan.

 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati

Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Etika Kerja , Teras

Perkhidmatan dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi sekolah
 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi dan Objektif

Sekolah.
 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah
 Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah

melebihi kepentingan peribadi.(Aku Janji Perkhidmatan Awam )

4.4.1 Pengurusan Sekolah
 Sekolah satu sesi sahaja ( pagi )

Isnin hingga Khamis ( 7.30 pagi - 2.00 petang )

Jumaat ( 12.00 tengah hari )
 Guru-guru hendaklah menepati masa ( Rujuk: SPI Bil 2/181 dan SPI Bil

3/1981
 Loceng akan dibunyikan setiap hari pada pukul 7.15 pagi.
 Murid berkumpul di dataran perhimpunan/dewan. Guru waktu pertama akan

mengiringi murid masuk ke kelas
 Perhimpunan rasmi hari Isnin bermula jam 7.20 pagi.
 Senam robik akan diadakan pada setiap hari rabu jam 7.20 pagi. Kehadiran

wajib semua Staff dan guru.
 Bacaan yasin dan sholat dhuha pada setiap pagi Jumaat minggu akhir bulan

jam 7.20 pagi. Kehadiran wajib bagi semua Staff dan guru
 Waktu rehat pukul mengikut sessi
 Kegiatan Kokurikulum Tahun 3 dan tahap 2 diadakan mengikut ketetapan

dalam mesyuarat Kokurikulum. Program JQaf dan Tasmik dimasukkan dalam

jadual waktu.
Kelas KAP diadakan 3 hari jam 2.00 – 5.00 petang snin, Selasa dan Khamis)

(Tindakan :Makluman Semua guru)
 Jadual waktu persekolahan dan waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang

ditetapkan Perintah Am Bab G.
 Guru dikehendaki berada di sekolah sebelum jam 7.15 pagi ,setiap hari dan

menulis dan menanda tangani sendiri waktu sampai dan balik di pejabat.
 Kehadiran kegiatan Kokurikulum , program sekolah dan mesyuarat

adalah wajib. Tiada guru yang berada di pejabat , bilik guru, kantin dan

sebagainya
 Guru hendaklah memberitahu Guru Besar dan penolong kanan

pentadbiran dengan kadar segera sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa

datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah
 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu

persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.
 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan

awam yang sedang berkuatkuasa.

 Guru adalah digalakkan balik lewat untuk memberi laluan kepada murid-

murid balik bagi mengelakkan kesesesakan di hadapan pintu pagar sekolah.
 Guru dan staf perlu menunjukkan suri teladan yang baik.
 Kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5,

Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan

24, Peraturan Pegawai Awam ( kelakuan dan tatatertib)1993

4.4.2 PENGURUSAN SEKOLAH ( Keluar masuk sekolah)
 Dengan kebenaran guru Besar. Jika guru besar tiada di sekolah mohon kebenaran
 mengikut hiraki penolong kanan.
Pada waktu persekolahan dan bekerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan
 meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat
 dielakkan dengan kebenaran.
Mencatat maklumat dan merekod waktu masa keluar dalam buku kebenaran
 keluar (Rujuk Perintah Am 5 Bab G mematuhi Waktu Bekerja di pejabat.
Kebenaran hanya akan dipertimbangkan sekiranya urusan tersebut tidak dilakukan di
luar waktu persekolahan dan pegawai perlu menguruskan guru ganti dan
meninggalkan bahan pdp dan dimaklumkan kepada guru besar atau penolong
kanan
Kebenaran hanya diberikan sekiranya tidak mengganggu pdpc dan organisasi
 Lewat hadir atau balik awal rujuk Perintah Am Bab G1 (5)

4.4.3 PENGURUSAN SEKOLAH (Free period)

Peringatan semua guru bahawa waktu tidak mengajar ,waktu luang (free
period) adalah masa bekerja bukan ‘free’ mutlak tetapi ‘non teaching
period’. SPI Bil. 3/ 1981

 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah kelas
 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan,

membuat nota mengajar, menyediakan alat-alatan mengajar dan sebagainya .
 Memeriksa buku latihan murid-murid
 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerak kerja kokurikulum
 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar.

 Tegasnya waktu tidak mengajar itu mesti diisi dengan kerja-kerja yang

memberi faedah kepada murid-murid khasnya dan sekolah amnya.
 Tidak berlama-lamaan di kantin dan makan sekadar menghilangkan lapar

dan jangan mewujudkan ‘Budaya Kopitiam”.

4.4.4 PENGURUSAN SEKOLAH ( Melakukan kerja luar )
Penjawat Awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan
 mematuhi Perintah Am Bab “D” seperti berikut :
 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
kebenaran dengan syarat :-

i. Tidak dilakukan semasa waktu bekerja atau
pejabat.

ii. Tidak menjejaskan kepentingan sebagai penjawat awam.
iii. 2.3.Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan yang bercanggah

dengan kepentingan jabatan.

4.4.5 PENGURUSAN SEKOLAH ( Etika Kerja)
 Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan satu
kerja tetapi satu ibadah.
 Bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan kemenjadian murid secara
holistik dari segi pengetahuan,pembangunan akhlak dan nilai dalam diri semua murid
dengan baik.

 Menjalankan tugas-tugas Pengurusan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum seperti

mana yang ditetapkan berdasarkan opsyen dan kepakaran bidang tugas.
 Sentiasa positif dalam menerima nasihat dan teguran daripada pentadbir dan rakan

sejawat berkaitan bidang tugas
 Setiap kegiatan yang melibatkan murid perempuan maka perlu melibatkan

kehadiran guru perempuan. Batasan adab pergaulan dan tutur kata antara guru,

kakitangan sokongan dan murid-murid hendaklah sentiasa dijaga.
 Slogan “ Saya yang menjalankan amanah” menjadi pegangan dan “ Biasakan

Yang Betul dan Betulkan Yang Biasa” sentiasa diamalkan sebagai penjawat \

awam. (Tindakan :Makluman Semua guru)

4.4.6 PENGURUSAN SEKOLAH (Tanggungjawab Guru )

 Menjadi rujukan dan suri teladan.

 Mengutamakan kebajikan setiap murid dan cakna tentang warga sekolah.

 Sentiasa mematuhi Etika Guru dan profesioan keguruan

 Mengutamakan kebajikan setiap murid dan warga sekolah

 Semua guru bertanggungjawab terhadap masalah disiplin dan akhlak murid.

 Bersikap tegas dan penyayang terhadap pelajar dan elakkan melakukan deraan dari

segi fizikal dan mental.

 Dendaan yang dikenakan hendaklah berbentuk positif yang dapat mendidik dan

memberi pengajaran untuk membangunkan sahsiah murid.

 Elakan dendaan yang boleh merugikan murid-murid dalam pelajaran dan patuhi SOP

dan SPI yang berkuatkuasa.

 Melaksanakan pengajaran dengan baik dan tidak duduk.

 Semua guru diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dalam bidang

kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran dengan amanah

 Guru perlu akur menghadiri mesyuarat, di PPD / JPN atau di sekolah lain. Guru yang

diarahkan berkursus atau mesyuarat tidak boleh mengarahkan guru lain untuk

menggantikannya tanpa kebenaran Guru Besar.

 Guru menyediakan minit curai selepas menghadiri taklimat atau kursus dan

diserahkan kepada Guru Besar dengan menggunakan format borang yang betul.

 Guru-guru yang menghadiri kursus, seminar,bengkel dan sebagainya

hendaklah menjalankan “In-House Training” atau LADAP kepada semua guru atau

panitia dan dimaklumkan kepada Guru Besar @ Penolong Kanan dan Penyelaras

Ladap tentang tarikh dan masa pelaksanaannya.

 Guru yang terlibat melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan

dan meninggalkan bahan tugasan bertulis untuk pelajar dan memaklumkan

kepada Penolong Kanan atau ketua panitia.

 Guru-guru yang terlibat dalam aktiviti atau program yang bukan di bawah

kelolaan KPM wajib mendapatkan kebenaran dan kelulusan guru besar .

4.4.7 PENGURUSAN SEKOLAH (Tanggungjawab Guru / Guru Bertugas Harian)
 Hadir 10 minit awal dan merupakan orang yang terakhir balik.
 Merancang dan memastikan perjalanan aktiviti sekolah seperti perhimpunan rasmi
dan program sekolah berjalan lancar.
 Menyediakan laporan harian dan mencatatkan butiran dengan terperinci dan lengkap
dalam Buku Laporan bertugas dan dihantar kepada PK HEM untuk tindakan.
 Membuat pemeriksaan dalam kawasan sekolah seperti kantin, bilik khas, bilik darjah,
fizikal sekolah , tandas dan sebagainya.
 Memastikan tahap disiplin ,keselamatan dan kesihatan murid terkawal.
 Pengerusi setiap program @aktiviti sekolah dan menjalankan program guru
penyayang.
 Melaporkan isu atau masalah yang timbul kepada pihak pentadbir dengan segera
untuk tindakan.
 Mematuhi jadual bertugas yang telah ditetapkan.
 Menulis laporan terperinci dalam buku laporan bertugas

 Mengelola perhimpunan rasmi dan aktiviti sekolah.
 Bertanggungjawab terhadap ketenteramanan, kebersihan dan kelancaran kehadiran

murid dan waktu balik dari sekolah.
 Memastikan bendera dikibarkan sebelum waktu sekolah bermula dan diturunkan

apabila tamat waktu sekolah.
 Menguruskan kebajikan murid yang sakit.
 Bertanggungjawab membunyikan loceng sekolah.
 Memastikan sekolah dalam keadaan baik sebelum pulang.

4.4.8 PENGURUSAN SEKOLAH ( Guru Kelas )
 Merancang , menyediakan dan memastikan kelas diajar mememenuhi ciri-ciri
PAK21 yang kondusif.
 Mengurus dan ambil berat akan perihal kehadiran dan kebajikan murid.
 Bertanggungjawab dalam urusan rekod dan maklumat kelas, Jadual kedatangan
murid ,kad pelaporan, kad kesihatan,APDM dan Amalan Baik Murid, iventori kelas,
 keselamatan murid dan keceriaan kelas.
Menghantar laporan e-Hadir dan jadual kedatangan ke pejabat sebelum jam 8.30
 pagi.
Memastikan Surat Amaran 1, 2,3 dikeluarkan kepada murid-murid yang tidak hadir
berturut-turut 1, 3, 7, 14 hari atau berkala
 Rujuk SPI dan SOP menangani masalah disiplin

4.4.9 PENGURUSAN SEKOLAH ( Guru Matapelajaran)
 Bertanggungjawab sepenuhnya atas subjek yang diajar.
 Memastikan murid mencapai kualiti standard dan KPI yang ditetapkan bagi mata
pelajaran yang diajar ( 6 C ).
 Melaksanakan pentaksiran PBS dengan tepat dan terperinci bagi setiap murid
(holistik ).
 Membuat postmortem dan analisa bagi mata pelajaran yang diajar selepas
pentaksiran .
 Berfikiran kreatif dan inovatif dalam setiap tindakan.
 Merancang dan mencipta inovasi untuk meningkatkan kualiti prestasi mata pelajaran
bersama panitia.
 Boleh diarahkan untuk menjalankan tugas guru kelas apabila perlu.
 Bertanggungjawab mencatatkan Amalan Baik dalam SSDM dan kebersihan kelas.
 Sentiasa berperanan sebagai guru disiplin dan kaunselor.

4.4.10 PENGURUSAN SEKOLAH ( Guru Relief atau Guru Ganti )
 Berfikiran positif apabila menerima tugasan guru ganti.
 Bertanggungjawab untuk menggantikan guru yang tidak hadir seperti dalam jadual

guru ganti.
 Menandai jadual kedatangan bagi kelas yang diganti.
 Bertanggungjawab mengajar sepenuhnya bagi kelas yang diganti atau melaksanakan

NILAM, VLE dan sebagainya.
 Memastikan berlaku pembelajaran aktif dalam yang diganti (murid bukan buat kerja

sendiri).
 Menerima slip guru ganti dan mencatatkan aktiviti pdpc kelas yang diganti dalam

borang yang disediakan (MMI).
 Sentiasa berperanan sebagai guru disiplin dan kaunselor

4.4.11 PENGURUSAN SEKOLAH (Guru pemulihan Khas )
 Bertanggungjawab sepenuhnya atas Pengurusan Kelas ,Fail, dokumentasi,rekod

prestasi murid dan murid pemulihan khas.
 Memastikan murid pemulihan Khas ( Tahun 1, 2 dan 3 ) mencapai kualiti standard (3

M) dan KPI prestasi PMK .
 Melaksanakan DSKP dan modul pemulihan khas yang terkini dan menjalankan ujian

saringan diagnostic PMK.

 Melaksanakan dan menyediakan Jadual Pdpc pemulihan kan dan disahkan oleh guru

besar.
 Jadual Kelas Pemulihan Khas bermula pada jam 7.30 pagi termasuk pengurusan

kelas dan pdp murid PMK dipatuhi.
 Kewangan program pemulihan menggunakan PCG Panitia Bahasa Melayu dan

matematik dengan mematuhi sop danTatacara Kewangan terkini .
 Sentiasa merujuk dan memaklumkan aktiviti atau program PMK kepada Guru Besar

dan penolong kanan.
 Kreatif dan mencipta inovasi untuk meningkatkan kualiti prestasi pdpc PMK bersama

panitia.
 Kelas Pemulihan Khas TIDAK BOLEH DITUTUP. SSP KP (BS) 8502/5/PK/Jld.

V (34)

4.4.12 PENGURUSAN SEKOLAH ( Guru Prasekolah )
 Bertanggungjawab sepenuhnya atas Pengurusan Kelas ,Fail Dokumentasi dan murid

prasekolah.
 Memastikan murid prasekolah mencapai kualiti standard (6 Tunjang) dan KPI

Prasekolah .
 Melaksanakan DSKP Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
 Merancang pengurusan kewangan ,pengurusan stor ,stok prasekolah mengikut SOP

dan Tatacara Kewangan terkini.
 Sentiasa merujuk dan memaklumkan aktiviti atau program prasekolah kepada Guru

Besar dan penolong kanan.
 Mewujudkan dan mengadakan mesyuarat Waris Prasekolah.
 Merancang dan mencipta inovasi untuk meningkatkan kualiti prestasi prasekolah

dalam panitia.
 Bertanggungjawab mencatatkan Amalan Baik dalam SSDM dan kebersihan kelas,
 Sentiasa berperanan sebagai guru disiplin dan kaunselor.

4.5 PENGURUSAN SEKOLAH ( Fail Rekod Mengajar)
 FRM merupakan dokumen rasmi guru ( rujuk SPI Bil 3/1999 dan mesti

diuruskan dengan baik .
 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Buku Rekod Mengajar,

penulisan RPH yang lengkap dan semua maklumat dalam FRM hendaklah ditulis

dengan kemas dan teliti.
 FRM mesti dibawa setiap kali masuk ke kelas untuk melaksanakan pdpc.
 Buku atau fail ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar setiap hari Jumaat .

Surat tunjuk sebab akan diberikan kepada guru yang gagal menghantar BRM 3

kali berturut-turut.
 Apabila guru menghadiri kursus,mesyuarat,taklimat,bengkel,program sekolah

dan sebagainya, penulisan RPH perlu ditulis seperti biasa.
 Guru yang bercuti, buku rekod mengajarnya hendaklah diserahkan kepada Penolong

Kanan untuk urusan guru pengganti.
 Buku Rekod Mengajar atau fail pdpc hendaklah diserahkan ke pejabat sebelum

atau pada hari terakhir persekolahan.
 Melengkapkan semua maklumat dalam buku tersebut.

 Maklumat guru / photo
 Senarai tugas guru
 Takwim Sekolah
 Jadual waktu dan analisa
 Sukatan Pelajaran/ DSKP
 Rancangan Tahunan /DSKP
 Rancangan Pengajaran Harian
 Sasaran Pencapaian mata pelajaran ( TOV.OTI,ETR, AR – Headcount )
 Rekod Refleksi ( PBD )
 Senarai nama murid

 Tarikh pemeriksaan buku latihan murid
 Aktiviti Guru
 Pertemuan/ Perbincangan professional
 Rekod Penghargaan untuk guru (** Jika ada )
 Tarikh penghantaran dokumen lengkap : 10 JANUARI 2020

4.6 PENGURUSAN SEKOLAH ( Etika Berpakaian Guru Lelaki)

Pakaian hendaklah mematuhi SPI Bil 2/1985 dan SPI BIL 6/1985 2. Pakaian
Penjawat Awam Lelaki.
 Imej berpakaian lambang keperibadian.
 kasut kulit bertali (lelaki) berstokin dan bertumit sekurang-kurangnya 1 inci
(perempuan) berstokin.
 Guru lelaki memakai seluar panjang , baju kemeja lengan panjang dan bertali
leher.Lengan baju kemeja lelaki tidak boleh dilipat.
 Lounge suite @ bush jacket dengan bahan kain yang sesuai.
 Memakai Tanda Nama berwarna hitam tulisan rumi berwarna putih.
 Berambut pendek, kemas dan fesyen rambut yang sesuai

(Tindakan :Makluman Semua guru)

4.7 PENGURUSAN SEKOLAH ( Etika Berpakaian Guru Perempuan )
 Pakaian hendaklah mematuhi SPI Bil 2/1985 dan SPI BIL 6/1985.Pakaian Penjawat
Awam Perempuan .
 Pakaian yang sesuai , kemas dan sopan selari dengan amalan dan akhlak yang
mulia.
 Imej berpakaian lambang keperibadian.
 Guru perempuan berpakaian sopan, tidak jarang dan ketat sehingga memperlihatkan
bentuk badan.
 Pakaian yang dibenarkan ialah pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-
masing yang sesuai dipakai semasa bekerja ;

a. Baju kurung
b. Baju Kebaya Labuh dan longgar
c. Sari yang tidak mendedahkan bahagian badan
d. Sut Punjabi lengkap berselendang
e. Kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh
f. Kasut bertutup

4.8 PENGURUSAN SEKOLAH ( Pakaian Alternatif)
 Semua guru dikehendaki memakai Blazer dalam perhimpunan rasmi hari Isnin.
 Pakaian semasa Aktiviti Pendidikan Jasmani (PJK) adalah pakaian untuk bersukan,
berkasut sukan dan baju dimasukkan ke dalam seluar bagi guru lelaki.
 Baju koperat adalah dibenarkan pada hari selasa.
 Memakai baju batik berlengan panjang atau pendek pada setiap hari Khamis (PP
Bil. 1 Tahun 2008).
 Memakai pakaian seragam ‘Unit Uniform lengkap’ pada Hari Kokurikulum.
 Memakai Baju Melayu yang lengkap bersamping dan bersongkok warna gelap pada
hari Jumaat. (digalakkan)

4.9 PENGURUSAN SEKOLAH ( Cuti Rehat Dan Cuti Penggal)
 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046. SJ/A (30) bertarikh
24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
 menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar
tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.
Cuti rehat khas adalah satu kelayakan bukan hak.

 Kelulusan cuti rehat khas atas kebenaran guru besar sahaja dengan syarat tidak

menjejaskan pengajaran dan pembelajaran .
 (Rujuk SPI Bilangan 1 Tahun 2015 & SPP Bilangan 8 Tahun 2017)
 Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10 ) hari setahun (Pekeliling Perkhidmatan Bil.

8 Tahun 2017).
 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun

berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang

Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak.

4.10 PENGURUSAN SEKOLAH ( Cuti Rehat Khas )

Mesti dipohon secara rasmi daripada Guru Besar iaitu berjumpa secara
 peribadi bukan melalui SMS,’Whatapps’ atau dimaklumkan kepada pembantu

 tadbir. (KECUALI EMERGENCY)

 Mengisi dalam Hrmis on line setelah mendapat kelulusan Guru Besar. ( urusan
pentadbiran sekolah – CC, PT,PO )

 Permohonan hendaklah dimaklumkan awal selewat-lewatnya TIGA (3) hari sebelum
 bercuti kecuali kes-kes kecemasan .
Cuti Rehat Khas hanya boleh diambil dalam tempoh 2 bulan 1 hari sahaja. 10 hari

CRK setahun.
Guru-guru perlu merancang pengambilan CRK agar tidak menjejaskan pdpc.
CRK yang tidak habis digunakan akan dimasukkan dalam GCR.
GCR yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai CR pada tahun
persaraan. ( SPP Bilangan 2 Tahun 2017 )
 Guru besar berhak membatalkan cuti atau memanggil guru kembali

bertugas sekiranya perlu.

4.11 PENGURUSAN SEKOLAH ( Cuti Sakit / MC )
 Sijil Sakit ( MC) yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-
turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
 Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh doktor kerajaan 90 hari setahun dan doktor swasta
tidak melebihi 15 hari dalam setahun.
 Cuti Sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke PPD/JPN dan KPM.
 Sijil cuti sakit (MC) perlu dihantar segera kepada Pembantu tadbir sebaik hadir
bertugas untuk disahkan oleh guru besar sebelum dihantar ke PPD.

Tidak hadir bertugas ( Rujuk: Peraturan 23 ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993
- Hubungi dan maklumkan kepada GB/PKP
- Sekiranya sakit, kemukakan sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh
hospital kerajaan @ swasta ( MC ) dalam lingkungan 25 kilometer.

4.12 PENGURUSAN SEKOLAH ( Cuti Ke Luar Negara )
 Semua guru yang ingin bercuti keluar negara mesti mendapat

 kelulusan daripada PPD . Sila layari laman web www.jpats.gbsb.my
Isi di eLampiran A kemudian cetak dan hantar borang permohonan dalam 5
Salinan ke pejabat sekolah selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti
untuk pengesahan guru besar.

4.13 PENGURUSAN SEKOLAH ( Cuti Khas Isteri Bersalin )
 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada anggota
perkhidmatan awam lelaki.
 Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini
dihadkan kepada lima (5) kali tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

4.14 PENGURUSAN SEKOLAH ( Cuti Tanpa Rekod )
 Cuti Tanpa Rekod dan Cuti Gantian kerana bekerja lebih masa,cuti latihan

pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan / persatuan,

latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas,

mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan dengan syarat sekiranya
pegawai tersebut telah menuntut tuntutan perjalanan maka beliau tidak layak
menuntut cuti gantian.

4.15 PENGURUSAN SEKOLAH ( Kematian Keluarga Terdekat)
 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari
sebagai Cuti Tanpa rekod. Maksud ahli keluarga terdekat ialah suami atau isteri,
 anak-anak, ibu bapa kandung dan ibu bapa mentua. Pengiraan cuti termasuk hari
rehat dan pelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
(PP Bil 4 Tahun 2015 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan Kematian Ahli
Keluarga Terdekat )

4.16 PENGURUSAN SEKOLAH ( Cuti Umrah )
 Kemudahan Cuti Umrah 7 hari merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai
perkhidmatan awam yang beragama Islam dan bertaraf tetap (kontrak dan interim
tidak layak) . SPI Bilangan 3 Tahun 2017
1. Cuti umrah hanya diberi sekali sahaja (one - off ) sepanjang tempoh
perkhidmatan
2, Cuti Umrah adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan
dan hari kelepasan am.
3. Perkiraan tujuh hari bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan
ibadah umrah di Mekah dan ziarah Madinah. Contoh jika sebelum atau selepas
menunaikan umrah ada percutian ke Turki , Istanbul atau sebagainya itu tidak di kira
Cuti Umrah.
4. Kemudahan Cuti Umrah dicatatkan dalam buku rekod perkhidmatan.

4.17 PENGURUSAN SEKOLAH ( Cuti Kuarantin)
 Kemudahan Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap

penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin .PP Bilangan 11 Tahun 2016
 KELAYAKAN :
 Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai

perubatan kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin

kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk

menjaga anak yang sakit.
 Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah.
 Anak adalah termasuk : Anak kandung, anak tiri tanggungan, anak angkat de facto

,anak angkat dan anak pelihara.
 Tempoh boleh diluluskan adalah terhad maksimum lima (5) bagi setiap kes yang

diperakukan oleh pegawai perubatan.
 Berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun
 Penyakit yang layak Cuti Kuarantin

a. Penyakit Kaki Tangan dan Mulut ( HFMD )

b. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah

c. Campak ( Measles)

d. Chickenpox

e. Difteria

f. Malaria

(Tindakan :Makluman Semua guru)

PERKARA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 PELAKSANAAN TAMBAHAN 2020

1. Nama kelas ditukar baru secara bertema bagi setiap tahun.
2. Setiap bilik ada pegawai/guru yang bertanggungjawab dan dilabel.
3. KPI bagi setiap guru mata pelajaran akan ditetapkan oleh panitia masing-masing.

Target murid tahap 1 menerusi TP, dan markah bagi murid tahap 2
4. Sukan Tahunan sekolah pada akhir tahun.
5. Hari Anugerah Pelajar Cemerlang (HAPC) ditukar kepada Majlis Apresiasi

Kecemerlangan Murid (MAKM) .
6. Perkhemahan Unit Uniform di Kem Bukit Perjuangan (Chennah, Jelebu)
7. Program perarakan kemerdekaan 2020 melibatkan Jabatan2 Kerajaan Daerah

Jempol beserta aset jabatan.
8. Identiti istimewa murid-murid SKFBBS yang tiada pada lain-lain sekolah. Budaya

sekolah
9. Lawatan penandaaras/pentantarabangsaan ke Kota Medan, Indonesia (SD/MAN)
10. Bakat murid diketengahkan – mengadakan program2 talk show, alat muzik tradisional

dll
11. SKFBBS bersedia menjadi anak angkat Yayasan Warisan Negara dan melaksakakan

program2 budaya dan warisan serta asuhan budi yang melibatkan murid2 secara
menyeluruh.
12. Sudut pidato ditambah baik. Sedia ada tidak berfungsi.
13. Pendokumentasian program-program sekolah dan paparan kepada murid-murid.
14. Wujudkan papan-papan kenyataan yang menjurus kepada hebahan maklumat
kepada murid-murid dan warga sekolah.
15. Memelihara dan menjaga harta benda sekolah jadikan amalan dan terapan nilai
murni secara menyeluruh.
16. Amalan Guru Penyayang di teruskan (Siaran KPM Bil.4 Tahun 2012)

5.2 BAYARAN TAMBAHAN DALAM PIBG 2020

PIBG RISO MAJLIS KOMPUTER KEM KECERIAAN SUKAN DANA JUMLAH
RM20 RM20 APRERIASI RM5 BISTARI KELAS TAHUNAN MURID RM90
SOLAT SEKOLAH
RM 10 RM10 RM5 RM10 RM10

Dana Murid (Tema : Kecemerlangan dan Kebajikan)

1. Penyertaan sukan, permainan dan lain-lain peringkast Daerah, Negeri, Kebangsaan,

Antarabangsa
2. Kebajikan – murid, ibu bapa/penjaga meninggal dunia
3. Kebajikan – Murid masuk hospital
4. Kebajikan – Murid ditimpa kemalangan

5. Menampung kos program-program sekolah yang melibatkan semua murid

5.3 KADAR BANTUAN DANA MURID

1. Penyertaan murid bagi sebarang acara :-
a. Peringkat Daerah – RM7.50 / individu
b. Peringkat Negeri – RM10.00 / individu
c. Peringkat Kebangsaan – RM50.00 / individu
d. Peringkat Antarabangsa – RM100.00 / individu

Bagi acara berpasukan diberi secara pukal dan tertakluk kepada kedudukan kewangan

DANA MURID
2. Murid meninggal dunia – RM150.00

3. Ibu bapa/ penjaga murid meninggal dunia- RM 100.00
4. Murid masuk hospital (ditahan wad) – RM10.00 sehari tertakluk kepada 10 hari sahaja.
5. Murid ditimpa kemalangan – tertakluk kepada keadaan kecederaan

6. Menampung sebahagian kos program sekolah – makan minum murid, hadiah murid
cemerlang dan lain-lain berkaitan (melibatkan semua murid)
7. Bantuan murid keluarga susah/ asnaf – tertakluk keadaan
8. Bantuan khas kepada semua murid – tertakluk lebihan kewangan hujung tahun ( bantuan
buku tulis dan alatan persekolahan)

(Tindakan : Makluman)

PERKARA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dapat membri kerjasa hadir ke
mesyuarat guru kali pertama seisi persekolahan 2020 dan memaklumkan guru perlu hadir ke
mesyuarat Kurikulum, Hem dan Ko-kurikulum pada hari Jumaat (27.12.2019).Kehadiran guru
adalah wajib.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
-----------------------------------------
--------------------------------------------
UrusetiaMesyuarat Guru,
(Nur Aminah binti Hassanuddin)
SK(F) Bandar Baru Serting.


Click to View FlipBook Version