MODUL PDPR 22 – 26 OGOS 2021 1
SP: 5.1.1, 5.1.3, 5.1.4, 5.2.1
NAMA:
_______________________
TAHUN 4
Bahan Latihan Tertangguh (Pdpr 22, 23, 24, 25 dan 26 Ogos 2021)
Aspek tatabahasa :
Kata nama, Kata ganti nama, penjodoh bilangan, kata kerja, kata adjektif,
kata hubung, kata imbuhan, kata majmuk.
☺ Jawab soalan mengikut arahan yang diberikan.
Soalan 1 - 5
Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.
1. Pak Hashim sedang mengayuh sampan(beca, sampan) untuk
membawa pelancong asing.
2. Hafiz membeli sebatang joran (galah, joran) untuk
memancing ikan pada hari minggu.
3. Farhan mengikut ayahnya untuk bersolat jemaah di surau
(makmal, surau) berdekatan rumah mereka.
4. (Arnab, Itik) Arnab yang dipelihara oleh Moin itu suka makan lobak
merah.
5. Tukang kebun itu menebas lalang dengan sebilah sabit (kapak,
sabit).
Soalan 6 – 7
Tandakan ( √ ) bagi kata nama yang betul berdasarkan ayat di bawah ini.
6. Encik Rahmad menceburi ____________ penulisan sejak di bangku sekolah
lagi.
bidang ( √ ) ruang ( ) kursus ( )
7. Puan Zetty menerima anugerah itu atas _____________nya membela anak-
anak berpenyakit AIDS.
keazaman ( ) keteguhan ( ) kegigihan ( √ )
Soalan 8 – 9
Tandakan (√) bagi kata bilangan yang betul berdasarkan ayat di bawah ini.
8. Pertandingan syarahan antara sekolah hanya melibatkan ___________
orang murid tahun enam.
semua ( ) sesetengah ( ) beberapa ( √ )
9. _____________ penonton membanjiri Stadium Shah Alam untuk menyaksikan
perlawanan bola sepak.
Puluhan ( ) Ribuan ( √ ) Jutaan ( )
Soalan 10 – 11
Tandakan (√) bagi kata ganda yang betul berdasarkan ayat di bawah ini.
10. Kita perlulah menghormati jiran _______________ supaya keharmonian
hidup bermasyarakat dapat dikecapi.
lelaki ( ) tetamu ( ) tetangga ( √ )
11. Ada ____________ bahawa Maiza akan dilantik sebagai ketua pengawas
yang baharu di sekolah itu.
ura-ura ( √ ) mata-mata ( ) angan-angan ( )
Soalan 12 – 13
Tandakan (√) bagi kata majmuk yang betul berdasarkan ayat di bawah ini.
12. Pengemis itu tidur di _______________ hanya beralaskan surat khabar.
kaki lima ( √ ) kaki ayam ( ) kaki bangku ( )
13. Kerja-kerja _________________ minyak akan dipergiat di Teluk Siam.
mencampur aduk ( ) mencari gali ( √ ) menemu ramah ( )
Soalan 14 – 19
Tandakan ( √ ) dalam petak yang disediakan bagi mengisi tempat kosong
dalam ayat-ayat di bawah ini.
14. Api marak yang menyambar dua unit rumah kedai itu sedang
dipadamkan oleh __________________ anggota bomba.
sekawan sepasukan √ sekelompok
15. Di bawh katil Pak Dahari tersimpan _____________ dakwai dan __________
tikar mengkuang.
seutas segulung segelung √
selembar sehelai segulung √
16. Puan Janet menulis senarai barang yang hendak dibeli di atas ____________
kertas.
sekeping √ sebuah senaskhah
17. Nenek menggunakan ___________ benang untuk menjahit ___________ baju
kurung.
seurat sebuku √ selembar
sehelai sepasang √ sebidang
18. Pak Kassim menebang pokok rambutan tua itu dengan menggunakan
____________ kapak.
sebatang sepucuk sebilah √
19. Abang membawa ___________ joran dan ____________ raga untuk
memancing.
sebatang √ setangkai sekaki
sebuah √ sebentuk setingkat
Soalan 20
Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.
(i) Keindahan alam semula jadi negara Malaysia oleh
menjadi tarikan utama kedatangan
pelancong ___________ negara kita. ke
untuk
(ii) Semua pihak perlu berganding bahu tentang
___________ menangani kegiatan jenayah
yang semakin berleluasa..
(iii)Murid-murid Tahun 4 diberitahu ____________
peraturan baharu di pusat sumber tersebut.
(iv)Mereka berasa senang hati atas layanan
baik yang diberikan __________ Pak Uda.
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah ini.
Setiap berdenyut-denyut Segala manakala
Padahal berdebar-debar merdu nyaring
(i) Hatinya semakin berdebar-debar kerana keputusan peperiksaan
akan diumumkan sebentar lagi.
(ii) Suaranya yang merdu ketika mendendangkan lagu asli berjaya
memikat hati para penonton.
(iii) Puan Faridah sedang menjahit baju manakala Encik Khairul sedang
membuat sangkar burung.
(iv) Setiap hari dia berulang-alik ke tempat kerja dengan menaiki bas.
Soalan 22
Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberikan.
buah ribuan bidang setiap orang
jambak beberapa semua bilah sesetengah
Program Gotong-royong Perdana Sekolah Kebangsaan Sungai Dua telah
diadakan di sekolah mereka. Sebelum program itu bermula, Tuan Guru Besar
dijemput untuk berucap di atas pentas. Beliau mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua guru dan murid yang memberikan kerjasama untuk
menjayakan program itu. Menurut beliau, setiap aktiviti yang dirancang oleh
pihak sekolah tidak akan berjaya jika tidak mendapat kerjasama daripada
semua pihak. Selepas beliau menyampaikan ucapan, pembahagian tugasan
dilakukan. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
memastikan program tersebut berjalan dengan lancarnya. Sesetengah
peserta sudah membawa peralatan untuk aktiviti gotong-royong tersebut.
Soalan 23
Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.
(i) Encik Hashim telah menyerahkan bungkusan makanan itu kepada mangsa-
mangsa banjir di pusat pemindahan banjir semalam.
(ii) Kapal terbang itu mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul
Aziz Shah dengan selamat.
(iii) Aidil dan rakan-rakannya akan bertolak ke Kuala Kangsar pada pukul 10.00
pagi nanti.
(iv) Hadiah kemenangan dalam pertandingan pidato itu ditunjukkan oleh
Azlina kepada ibu bapa dan adik-adiknya.
Soalan 24
Garisi kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.
(i) Kedua-dua orang kanak-kanak perempuan itu ditemui dalam keadaan
lemah oleh pasukan penyelamat di tepi sungai itu.
(ii) Razif dan rakan-rakannya berasa bangga kerana memenangi perlawanan
bola sepak itu.
(iii) Para pemandu perlu memandu dengan berhati-hati ketika hujan kerana
jalan raya menjadi licin.
(iv) Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan tempat tinggal
yang selesa untuk anak-anak mereka.
Soalan 25 – 100
Pilih dan bulatkan jawaban yang betul.
25. Puan Aida memasang ________________ baharu untuk menghias ruang
tamu rumahnya.
A cadar C tikar
B langsir D selendang
26. Pak Uda menghalau kambing-kambing peliharaannya ke dalam
__________.
A reban C kandang
B bangsal D sangkar
Soalan 27 berdasarkan gambar di bawah.
27. Ikan-ikan itu dimasukkan ke dalam ______________ untuk digoreng.
A periuk C mangkuk
B kuali D kawah
28. Pak Ahmad menggunakan sebatang __________ untuk mengait buah
rambutan.
A galah C ranting
B kayu D rotan
29. ________________ itu menghantar surat kepada beberapa orang penduduk
yang tinggal di Taman Kenanga.
A Arkitek C Jurubahasa
B Posmen D Mekanik
Soalan 30 berdasarkan gambar di bawah.
30. Ramai pelanggan berada di _______________________________ kerana
terdapat pelbagai juadah yang enak.
A Restoran Rasa Enak
B Rumah Anak Yatim Salam Kasih
C Pasar Raya Muhibah
D Syarikat Percetakan
31. _____________________ memakai baju kebaya semasa sambutan Hari Guru.
A Ustaz Fairuz C Haji Kassim
B Cikgu Kumaran D Puan Sufiah
32. Anak kucing yang baru lahir itu diberi nama _________________.
A Sang Rangkak C Pak Abu
B Si Comot D Sang Kancil
33. ________________________ diadakan pada setiap minggu kedua bulan
Oktober.
A Hari Olahraga C Hari Sihat Negara
B Hari Sukan Negara D Hari Kesihatan Sedunia
34. Ramai pelancong datang ke __________________________ untuk melihat
makam Mahsuri.
A Pulau Pinang C Pulau Langkawi
B Pulau Pangkor D Pulau Kapas
35. “Adakah _____________ anak Cikgu Fatin yang mengajar di sekolah ini?”
tanya Encik Razi kepada Syamil.
A saya C kamu
B kami D beliau
Soalan 36 berdasarkan gambar di bawah.
36. _____________ sangat dikenali dan dihormati kerana suka menderma
kepada orang-orang miskin.
A Beliau C Mereka
B Dia D Saudara
37. “Tolong letakkan buku Rekod NILAM ini di atas meja ____________”.
A awak C beta
B saya D kita
38. “Adakah ______________ sudah menyertai lawatan sambil belajar di Pusat
Sains Negara?” tanya Syila kepada Aniza dan Lisa.
A kita C kalian
B kami D kamu
39. _____________ akan berangkat ke Kampung Paya untuk menyampaikan
bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
A Beliau C Baginda
B Dia D Patik
40. _____________ hendaklah menghormati orang yang lebih tua untuk
menunjukkan sikap berhemah tinggi.
A Kami C Mereka
B Kita D Dia
Soalan 41 berdasarkan gambar di bawah.
41. ______________ masih bermain bola di padang walaupun hujan turun.
A Kita C Mereka
B Kalian D Kamu
42. “Adakah _______________ sudah menyiapkan kerja-kerja sekolah?” tanya
Puan Farah kepada Aiman.
A kamu C saya
B dia D patik
43. “Bilakah Hari Usahawan Muda di sekolah ______________ kita akan
diadakan?” tanya Amira kepada rakan sekolahnya.
A saya C kita
B kami D tuanku
44. “______________ hendak pergi ke perpustakaan awam untuk membuat
ulang kaji,” kata Aliah dan Suriati.
A Kalian C Kami
B Kita D Mereka
45. Puan Latifah memasukkan beberapa _______________ daun kari ke dalam
masakannya.
A batang C urat
B cebis D helai
Soalan 46 berdasarkan gambar di bawah.
46. Farah menghadiahkan se_____________ bunga mawar kepada guru
kelasnya sempena Hari Guru.
A utas C gugus
B jambak D kuntum
47. Encik Luqman sempat minum beberapa _____________ air kopi sebelum ke
pejabat.
A gelas C titis
B teguk D suap
48. Nenek menyapu dedaun kering di halaman rumah dengan se ____________
penyapu.
A bilah C batang
B bidang D bentuk
49. Puan Aida sedang mengupas beberapa ____________ bawang putih.
A kuntum C biji
B ulas D butir
Soalan 50 berdasarkan gambar di bawah.
50. Pak CIk Ilias memagari ladang tebunya menggunakan lebih daripada
sepuluh ________________ kawat berduri.
A gelung C gulung
B relung D golong
51. Puan Rohana membeli se______________ permaidani untuk menghias
rumahnya sempena hari raya.
A pasang C buah
B bidang D lembar
Soalan 52 berdasarkan gambar di bawah.
52. Pak Abu memikul _____________ pisang nangka ke gerai buah-
buahannya.
A sesisir C sebiji
B seulas D setandan
53. Mak Cik Kiah membeli dua ______________ petai untuk dijadikan sebagai
ulam.
A ulas C kuntum
B papan D kaki
Soalan 54 berdasarkan gambar di bawah.
54. Puan Fatimah memasukkan bebrapa _______________ garam ke dalam
masakannya.
A genggam C cubit
B senduk D butir
Soalan 55 berdasarkan gambar di bawah.
55. Puan Faridah sedang menyiapkan _______________ baju kurung daripada
pelanggannya.
A langganan C tunggakan
B tempahan D pesanan
56. “Emak saya sedang _____________ pulut di dapur,” kata Maisarah kepada
Mak Esah.
A menjerang C merebus
B menggoreng D mengukus
Soalan 56 berdasarkan gambar di bawah.
56. Mak LImah sedang _____________ nasi di dapur untuk menyediakan makan
tengah hari.
A menanak C mengukus
B merebus D mencelur
57. Kamal ______________ piala yang dimenangi oleh pasukan bola sepak
sekolahnya.
A memikul C menjunjung
B menjulang D mengusung
Soalan 58 berdasarkan gambar di bawah.
58. Puan Linda _______________ langsir baharu di ruang tamu rumahnya.
A memasang C melekat
B menyangkut D membuka
59. Acara ________________ buah durian hanya dibuka untuk peserta-peserta
lelaki sahaja.
A membelah C mengopek
B mengupas D membuka
60. Pelancong-pelancong dari Australia itu mendengar penerangan tentang
cara-cara ________________ kain songket.
A menenun C menjahit
B menganyam D meregang
61. Juruacara itu sedang _______________ nama pemenang-pemenang
pertandingan bercerita.
A mencanangkan C meneriakkan
B mengumumkan D menghebohkan
62. Puan Hasnah sedang ______________ bunga telur untuk majlis perkhawinan
anak perempuannya.
A menyarung C menyusun
B menggubah D membelek
Soalan 63 berdasarkan gambar di bawah.
63. Pekerja restoran itu sedang _______________ tepung untuk membuat roti
canai.
A mengacau C mengadun
B menguli D mengayak
64. Abang saya ___________________ terjatuh ke dalam longkang.
A nyaris-nyaris C perlahan-lahan
B dekat-dekat D kian-kian
65. Kasut sukan yang sudah lama tidak dipakai itu berbau ______________.
A pahit C hapak
B payau D kelat
66. Amira berasa ____________ kerana kucing kesayangannya telah mati.
A risau C marah
B curiga D sedih
Soalan 67 berdasarkan gambar di bawah.
67. Muka pengantin yang cantik itu berbentuk ____________ sireh.
A bulat C bujur
B leper D lebar
68. Sungguh _____________ kuih-muih yang dihidangkan dalam majlis berbuka
puasa itu.
A halus C merdu
B enak D cantik
69. Rozita hendak membeli buku rujukan itu ___________ wangnya tidak
mencukupi.
A tetapi C walaupun
B kerana D tatkala
70. ________________ bekerja di bandar, Azlan langsung tidak menghubungi
ibunya.
A Walaupun C Semenjak
B Tatkala D Sungguhpun
Soalan 71 berdasarkan gambar di bawah.
71. Fiza membaca buku di perhentian bas ______________ menunggu ayahnya
tiba.
A apabila C meskipun
B tatkala D sementara
72. Faizal hendak menyiapkan kerjanya ______________ selesai.
A jika C selagi
B sehingga D semenjak
73. “Jemputlah ke rumah saya ______________ ada kelapangan,” kata Amir
kepada Ridzuan.
A selagi C meskipun
B jika D tatkala
74. Hasrat Pak Seman untuk membuka sebuah bengkel ______________ khat
akhirnya tercapai.
A diukir C berukir
B ukiran D terukir
75. Pemuda yang panjang tangan itu tidak ________________ bahawa mata-
mata pasar raya sedang memerhatikan gerak-gerinya.
A disedari C menyedari
B tersedar D menyedarkan
76. _______________ murid-murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kampung
Tengah dalam peperiksaan akhir tahun yang lalu agak membanggakan.
A Pencapaian C Dicapai
B Mencapai D Capaian
77. Kelima-lima orang murid yang nakal itu dikenakan tindakan _____________
atas kesalahan membuli dan memeras ugut.
A tatacara C tatatertib
B tatasusila D tatabahasa
78. Roysham _______________ semasa pulang dari sekolah.
A dihujani C menghujani
B kehujanan D menghujankan
79. Kilang-kilang di kawasan itu _______________ asap yang boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar.
A melepaskan C pelepasan
B dilepaskan D kelepasan
80. ______________ atlet itu disambut dengan paluan kompang dan bunga
manggar.
A Pulangan C Pemulangan
B Memulangkan D Kepulangan
81. _______________ tentang isu itu akan disiarkan secara langsung di televisyen
pada malam ini.
A Dibahaskan C Perbahasan
B Pembahas D Bahasan
82. Makanan yang disajikan kepada para tetamu dalam majlis perkahwinan
tersebut ___________ belaka.
A baik-baik C enak-enak
B besar-besar D segar-segar
83. Ayah melarang kami percaya akan cerita _____________ tentang Mek
Limah yang tinggal bersendirian di hujung kampung kami.
A kumat-kamit C carut-marut
B karut-marut D hingar-bingar
84. Semua jemputan yang hendak ke majlis rumah terbuka itu perlu meneliti
peta yang disediakan kerana jalannya _____________.
A bersimpang-siur C berpindah-randah
B berlekak-lekuk D bersesat-barat
85. Permintaan abang untuk melanjutkan pengajiannya ke luar negara telah
ditolak ______________ oleh ayah.
A masak-masak C betul-betul
B mentah-mentah D cukup-cukup
86. ________________ yang ditumis dalam masakan itu menimbulkan aroma
yang menyelerakan.
A Rempah-ratus C Kuih-muih
B Saki-baki D Lauk-pauk
87. Anak kecil itu berlari ______________ mendapatkan ayahnya yang baru
pulang dari tempat kerja.
A terhegeh-hegeh C terkedek-kedek
B terhincut-hincut D terkapai-kapai
88. Majlis persandingan kakak diadakan secara ______________ pada malam
tahun baharu.
A terang-benderang C hingar-bingar
B gilang-gemilang D riuh-rendah
89. Kanak-kanak itu menangis _____________ kerana ditinggalkan ibunya.
A terkebil-kebil C terbahak-bahak
B tergagap-gagap D teresak-esak
90. Sufi dan keluarganya bercadang untuk _____________ ke luar negara
semasa cuti tahun baharu nanti.
A makan angin C makan budi
B makan hati D makan suap
91. Ibu tidak dapat menahan ____________ apabila mendapat berita tentang
kematian datuk.
A air hujan C air laut
B air mata D mata air
92. Tabiat pekerja yang ________________ itu telah diketahui sehingga
menyebabkan dia dibuang kerja.
A bekas tangan C lepas tangan
B panjang akal D panjang tangan
93. Janganlah membuat tuduhan secara ______________ selagi kita belum
mendapat bukti yang kukuh.
A bidan terjun C serkap jarang
B separuh tiang D rambang mata
94. Zulhafiz telah meluahkan ______________ untuk memiliki sebuah komputer
riba kepada ayahnya.
A ada hati C ambil hati
B isi hati D jantung hati
95. Cikgu Siti sedang membuat ________________ di makmal sains tentang
daya ketahanan seekor katak.
A ulang kaji C kaji hayat
B soal selidik D uji kaji
96. Encik Suhaimi hanya berpandukan ______________ untuk sampai ke
perkampungan orang asli yang dicarinya.
A papan hitam C papan tanda
B papan kenyataan D papan tulis
97. Rania berasa sedih apabila mengetahui bahawa dirinya ________________.
A anak angkat C anak mata
B anak emas D anak buah
98. Ayah ______________ untuk mengizinkan adik menyertai perkhemahan itu.
A berat tangan C berat mulut
B berat tulang D berat hati
99. Aiman ____________ menghadiri latihan bola sepak kerana kakinya sakit.
A ya C bukan
B tidak D benar
100. ___________ semua murid datang ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.
A Tidak C Benar
B Bukan D Betul