The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fiedazaham, 2022-09-13 21:32:58

PAMERAN SAINS DAN MATEMATIK

HARI KOKURIKULUM SMK SELANDAR

Keywords: PAMERAN SAINS

PAMERAN SAINS DAN
MATEMATIK

PAMERAN UNIKL

PERSON IN CHARGE
PN FAHIMAH MUSTAFA

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi,

Enginering dan Matematik. Ia merupakan dasar pendidikan dan pilihan

kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang

pembangunan teknologi. Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21)

menyarankan masyarakat agar memberikan peluang kepada murid untuk

belajar secara holistik. Ia bukan sahaja menggalakkan murid berfikir lebih

jauh. Kreativiti murid dapat dilihat melalui hasil ciptaan yang penting

kepada kemajuan negara pada masa depan. Pihak Unikl menyediakan 4

aktiviti STEM yang menarik untuk murid. Pihak UniKL juga akan membuat

pameran berkaitan peluang belajar di UniKL

PAMERAN KOLEJ KOMUNITI
MASJID TANAH

PERSON IN CHARGE
CIK SITI NORHANA OTHMAN

Sistem conveyor melibatkan penggunaan sensor dan penggunaan
counter. Sistem ini melibatkan 2 unit conveyor yang dikawal
menggunakan programmable logic controller (PLC). Asas sistem robotik
menggunakan servo motor yang dikawal menggunakan mikropengawal
Arduino Uno. Aplikasi Internet of things ini melibatkan komponen input
output seperti led. DC motor, stepper motor, servo motor, LCD display,
seven segment display. Led matrix. Keypad dan RFID. Kawalan komponen
ini menggunakan beberapa microcontroller seperti Arduino Uno. Arduino
mega, Arduino nano, nod mcu 32 dan esp8266

PAMERAN KOLEJ
KOMUNITI KOTA MELAKA

PERSON IN CHARGE
PN RAFIDAH SURADI

KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA (KKKM) TELAH MULA DITUBUHKAN SEJAK 15
SEPTEMBER 2007. KKKM MERUPAKAN SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN
KERAJAAN DI BAWAH BAHAGIAN PENGURUSAN KOLEJ KOMUNITI,
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YANG MULA BEROPERASI DI KOLEJ
KOMUNITI BUKIT BERUANG (KKBB). PENGAMBILAN PELAJAR PERTAMA OLEH
KKKM DIBUAT PADA 15 JANUARI 2008 MELIBATKAN KURSUS SIJIL KECANTIKAN
DAN DANDANAN RAMBUT. KKKM TELAH BERPINDAH KE KAMPUS TETAP DI
KOMPLEKS KESIDANG, JALAN TUN PERAK, BACHANG, MELAKA PADA 1 FEBRUARI
2008.

PAMERAN ALAM SEKITAR OLEH GGAF
PERSON IN CHARGE

CIK NUR FAIZATUL AIN JAAFAR

Young Reporter for the Environment (YRE) ialah program antarabangsa
yang dikendalikan oleh Yayasan Pendidikan Alam Sekitar (FEE), organisasi
pendidikan alam sekitar terbesar di dunia. Program yang mempunyai ahli
aktif dari 77 negara itu memberi peluang kepada golongan muda
membincangkan isu alam sekitar menggunakan tulisan, fotografi atau
video. Sebagai pengendali nasional YRE Malaysia, Green Growth Asia
Foundation (GGAF) menganjurkan program National Young Reporters for the
Environment (NYRE) yang akan menampilkan pelbagai bengkel menarik
serta pertandingan. Individu yang berminat boleh mengambil bahagian di
peringkat negeri sebelum dipilih ke peringkat kebangsaan seterusnya, di
mana mereka akan mewakili negara mereka di Pertandingan Antarabangsa
YRE.

SISTEM SURIA
DUNIA ROBLOX

PERSON IN CHARGE
PN RAFIDAH MOHAMAD ZAHAM

Pembelajaran secara online gaming yang menerapkan soalan-soalan berbentuk
fakta diolah dalam bentuk visual, animasi, warna dan bunyi yang menarik
didapati lebih berkesan dari pendekatan yang berbentuk hafalan. Platform Roblox
ini sangat mudah kerana ianya merupakan Open Source dimana guru-guru boleh
menggunakannya secara percuma. Penggunaan map editor yang mesra
pengguna membolehkan dunia roblox diubahsuai dan diubah mengikut kreativiti
guru masing-masing. Ikuti eksplorasi digital dunia maya Topik Sains Sistem Suria
dalam Dunia Roblox. Game on... Let,s Play....

PERMAINAN MATEMATIK

PERSON IN CHARGE
PUAN TANG PEI PEI

PERMAINAN MATEMATIK IALAH AKTIVITI PENDIDIKAN YANG MENGGALAKKAN
KANAK-KANAK MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN MATEMATIK DAN ARITMETIK
(SAINS TENTANG NOMBOR YANG MELIBATKAN PROSES TAMBAH, TOLAK,
BAHAGI, DAN DARAB) MEREKA. KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN INI
MENYEDIAKAN KONTEKS YANG MENARIK DI MANA KANAK-KANAK AKAN
MENJADI GEMAR BERLATIH MATEMATIK SERTA DAPAT MENGURANGKAN
TRAUMA ATAU PENGALAMAN PAHIT MEREKA MEMBUAT KIRA-KIRA.

KELAB DOKTOR MUDA

PERSON IN CHARGE
PN SITI NOQYAH ABDUL HAMID

Pameran kelab doktor muda menampilkan kebolehan anak anak murid dari
kelab Doktor Muda menjalankan aktiviti melalui pengetahuan asas yang
diperolehi sepanjang pembelajaran. Jom ikuti ujian tekanan darah
bersama. Bagaimana memilih gaya hidup sihat dengan belajar bersama
tentang panduan makanan berzat dan menu sihat, Kami juga
menyediakan pertandingan permainan teka jisim. Hadiah menarik
disediakan.

Bersiram puteri di awal pagi
Bersiap cantik berjumpa Jebat
Maklumat diperoleh melalui teknologi
Pemangkin masyarakat berteknologi hebat



Segala maklumat senang dicari
Jimatkan masa tenaga tak rugi
Ilmu diperelohi di hujung jari
Itulah kecanggihan era teknologi

PN RAFIDAH ZAHAM EN MAHYUDEN TOHAJI PN TANG PEI PEI
ASS FLOOR MANAGER
FLOOR MANAGER GKMP SAINS DAN MATEMATIK






PN NUR AMALINA PN SITI NOQYAH
JK SIJIL & JEMPUTAN JK PAMERAN





PN RAFIDAH PN FAHIMAH CIK NURFAIZATUL AIN
JK PAMERAN JK PAMERAN JK PAMERAN






CIK SITI NORHANA PN NOOR WAHIDA
JK PAMERAN JK HADIAH
Jawata
nkuasa Pelaksana Pameran Sains dan Matematik ini ingin menguc
apkan

jutaan penghargaan dan terima kasih kepoda barisan pentadbir yang telah

bersama menjadikan proram ini satu realiti. Penghargaan juga kepada agensi

jemputan yang sudi berkongsi pengalaman dan kepakaran bersama untuk warga

SMK Selandar menimba ilmu pengetahuan. Kami ingin meminta maaf andai ada

sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang program ini dijalankan. Semoga

aktiviti ini dapat dimanfaatkan atas kesejahteraan bersama bagi membina

generasi yang berdaya saing di masa hadapan.

DINAMIS DAN DEDIKASI


Click to View FlipBook Version