The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kami daripada kumpulan 3 BSS3083 (B) telah melaksanakan projek kid media kami iaitu E book berdasarkan cerpen Bukit Emas dari Buku kubentang sehelai peta.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wawa, 2024-01-28 01:02:34

E-BOOK CERPEN BUKIT EMAS

Kami daripada kumpulan 3 BSS3083 (B) telah melaksanakan projek kid media kami iaitu E book berdasarkan cerpen Bukit Emas dari Buku kubentang sehelai peta.

EMAS B U K I T K U M P U L A N K U 3 M P U L A N 3


SAIDATUL NAZIRAH BINTI YUSOFF D20211098463 SYAZWANA BINTI AZMI D20211100271 SITI AISYAH BINTI AZMAN D20201095352 NURUL ZULAIKHA AIMAN BINTI ZAABAR D20201095311 NAJWA QISTINA BINTI MOHD RAFI D20201095361 Nama ahli NUR NAJWA BINTI ANUAR D20211098466 NURHANNAH SYAFIQAH BINTI CHE HAMDAN D20211098456 NUR AINA SYAFIQAH BINTI NOR AZMI D20211098479 FARAH SHAMIMI BINTI MAT NAWI D20211098467 NUR FARATUL NISA BINTI AB RAHMAN D20202096284 kumpulan3 BSS 3 0 8 3


PLOT CERITA


Sahat sibuk mengutip durian yang gugur di dusun yang diwairisinya yang terletak di kaki Bukit Emas. Ketika itu, Sahat teringat akan perbalahannya dengan Penghulu Sudin pada hari sebelumnya. Disebabkan Penghulu Sudin tidak mahu air mukanya dijatuhkan oleh Sahat di hadapan YB Firdaus, dia mengambil keputusan untuk menjalankan mesyuarat seterusnya apabila Sahat tiada di kampung. P E R M U L A A N C E R I T A BUKI T emas Penghulu Sudin yang tidak gemar akan kedatangan Sahat ke majlis randau kampung sentiasa bertikam lidah dengan Sahat sehingga disenaraihitamkan sebagai pembangkang.


Penghulu Sudin terdesak untuk mengadakan majlis randau atas arahan dan permintaan wakil rakyat. Dia serba salah kerana dia tidak mahu Sahat hadir dan merosakkan majlis tersebut. Penghulu Sudin menyampaikan khabar kepada penduduk kampung yang tertanya-tanya akan agenda majlis randau. Dia tidak berterus terang dengan penduduk kampung. Semasa kedatangan YB Firdaus ke kampung Kuah untuk merasmikan pembukaan Bukit Emas sebagai tapak kuari, Penghulu Sudin amat gembira kerana Sahat masih belum memunculkan diri pada masa tersebut. Dia dapat membayangkan habuan yang diterimanya dariopada Encik Lim sekiranya beliau berjaya menjadikan Bukit Emas sebagai tapak kuari. Penghulu Sudin menganggap Sahat sebagai duri dalam daging. Punca perselisihan antara Penghulu Sudin dan Sahat bermula semenjak 40 tahun lalu. Dia pernah berebut jawatan penghulu dengan Pak Jaya, ayah Sahat. Dia menfitnah Pak Jaya hingga nama Pak Jaya digugurkan sebagai calon Penghulu Kampung Kuah. Selain itu, Ibu Sahat, Mak Bedah pernah menolak lamaran Penghulu Sudin semasa mudanya. Calon Nama Penghulu Kampung Kuah : Pak Jaya❌ Pak Sudin✅ Tidak berjodoh dengan Mak Bedah Sahat : Duri Dalam Daging BU em K as I TP E R K E M B A N G A N Majlis randau akan diadakan bersama Wakil Rakyat di Balai Raya Adakah agenda randau akan diadakan ...


Yb Firdaus disambut dengan meriah oleh penduduk kampung yang hadir dalam majlis randau. Yb menyatakan tujuannya datang dengan rombongan Pejabat Tanah dan survei. Semua penduduk kampung terkejut dan tergaman dengan hasrat Yb Firdaus yang menyatakan secara tersirat iaitu untuk jadikan bukit emas akan memuntahkan emas. “Bukit emas akan memuntahkan emas?” kata Pak Daud. perumitan BU em K as I T


Saya berasa bangga kerana anda semua telah bersetuju melepaskan Bukit Emas untuk dimajukan batubatannya. Penduduk kampung kebingungan apabila mendengar khabar berita tersebut Wajah penghulu Sudin tersenyum puas apabila rancangannya hampir berjaya “Terlalu ramai mereka yang akan tersenarai hitamnya”. Bisik hati Penghulu Sudin Batu-batu yang terdapat di Bukit Emas akan dijual. Sebuah syarikat swasta telah bersetuju untuk menguruskan jualan batubatan di Bukit Emas” BU em K as I T


Kami tidak berniat hendak menentang kerajaan, YB. Kami bersedia menerima jika cadangan itu tidak akan merugikan kami. Ttetapi dalam hal ini, kami mencadangkan agar Bukit Emas dikekalkan. “Minta maaf YB. Tidak pernah pihak kami memberi persetujuan tentang Bukit Emas kepada sesiapa” Dengan tiba-tiba muncul Sahat yang mempertahankan kebenaran bagi pihak penduduk kampung dengan menyatakan penduduk kampung tidak tahu menahu tentang hal pembanguan kuari kampung kuah Bukit Emas yang memberi sumber rezeki penduduk kampung selama ini akan dimajukan dengan kuari gara-gara sikap gila kuasa dan pentingkan diri sendiri Penghulu Sudin. Setelah mengetahui hal tersebut, YB Firdaus membatal hasratnya kerana melihat akan keindahan yang terdapat di Bukit Emas. Penghulu Sudin sangat marah dengan Sahat kerana hasratnya untuk jadi Ahli Lembaga Pengarah Kuari tidak tercapai, kereta mewah dan rumah besar juga tiada.


PENGAKHIRAN CERITA PELERAIAN Pada masa yang sama, Penghulu Sudin yang sedang diserang sakit jantung masih membenci Sahat dan pegangannya walaupun dia sedang nazak. Cerpen ini berakhir dengan Bukit Emas kekal menghijau dan projek kuari itu dibatalkan atas sebulat suara orang kampung menentangnya. Pada akhir cerpen ini, Bilal Haji Amid dan Imam Haji Ali bersetuju dengan pandangan Sahat untuk tidak membina kuari di Bukit Emas dan sekali gus tidak menunjukkan sokongan penuh kepada Penghulu Sudin seperti dulu. BU em K as I T


WATAK PERWATAKAN


ENC I K F I R D A U S Seorang wakil rakyat yang bakal mempengerusikan majlis randau Seorang yang berhati mulia Seorang yang tidak mementingkan diri sendiri Seorang yang adil dan berfikiran terbuka Seorang yang bertindak dengan matang dan benar


W A H I D Anak saudara kepada Penghulu Sudin Pengacara majlis randau


BILALHAJIAMID IMAM HAJIALI Seorang Imam dan Bilal Kampung Kuah Menyokong cadangan Sahat untuk mengekalkan keindahan Bukit Emas dari dibangunkan


KASSIM,AYUB,TAHOT Orang kanan Penghulu Sudin Sentiasa memastikan bahawa tiada kehadiran Sahat di majlis dan randau dibuat Patuh akan arahan Penghulu Sudin Berubah fikiran apabila mengetahui kebenaran tentang pembangunan yang dikejar Penghulu Sudin yang kaut keuntungan dirinya sendiri sahaja


Seorang pemuda yang berumur 40 tahun Seorang anak jati Kampung Kuah dan petani sepenuh masa Lulusan sarjana bidang pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pensyarah sambilan dalam bidang pertanian Seorang yang bertanggungjawab dalam menyatakan kebenaran mengenai isu kuari Seorang yang ingin mempertahankan hak orang-orang kampung dan Bukit Emas Seorang yang rasional dalam bertindak dan Seorang pecinta alam sekitar SAHAT


P A K J A Y A Seorang ayah kepada Sahat Bekas Penghulu kampung yang kalah bertanding kerana difitnah oleh penghulu Sudin Telah disenarai hitamkan oleh Penghulu Sudin kerana membantah rancangan Penghulu Sudin


Seorang janda selepas kematian Pak Jaya Ibu kepada Sahak Berpindah ke Sri Aman dan tinggal dengan anaknya MAK BEDAH Pernah dilamar oleh Penghulu Sudin tetapi ditolak


Penghulu Kampung Kuah Suka membuat fitnah Seorang pendendam Seorang yang panas baran PENGHULU SUDIN Tamak haloba Gila kuasa


NOTA TAMBAHAN


Elemen-elemen sastera yang lain: Tema Persoalan Tema bermaksud idea pokok sesebuah karya sastera Persoalan pula perkara yang berkaitan dengan tema Cerpen ‘Bukit Emas’ karya Mufidah Hanum Yusof memaparkan tema kepentingan mempertahankan alam semula jadi daripada arus pembangunan. Penulis telah menggambarkan watak Sahat bagi mempertahankan pokok buah-buahan Kampung Kuah daripada dimusnahkan untuk dijadikan tapak kuari.


Elemen-elemen sastera yang lain: Teknik plot Latar Teknik plot ialah kaedah yang digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan cerita Contoh: Dialog, pemerian, imbas kembali dan lain-lain Latar pula bermaksud keterangan mengenai waktu, ruang dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa


Elemen-elemen sastera yang lain: Nilai Pengajaran Nilai ialah sifat atau sikap seseorang yang ditonjolkan oleh penulis dalam karyanya. Pengajaran ialah pedoman atau peringatan yang terdapat dalam seseuatu peristiwa.


Ashby, Aric. (1972). The Fourth Revolution, Instructional Technology in Higher Education. New York: Carnegie Commision in Higher Education. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Antologi Kesusasteraan Melayu Moden Tingkatan 4 dan 5. Antologi Kubentang Sehelai Peta. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Rahmatullah, Inanna, dan Andi Tenri Ampa. (2022). “Media Pembelajaran AudioVisual Berbasis Aplikasi Canva.” Jurnal Pendidikan Ekonomi Undiksha. 12(2), 317– 327. Warsita, Bambang. (2008). Teknologi Pembelajaran, Landasan dan Aplikasinya. Jakarta: Rineka Cipta. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version