pawana
Penda huluan Penda huluan Majalah ini dikeluarkan pada tahun 2023 yang berfokuskan kepada situasi dan keadaan yang berlaku di dalam Universiti Utara Malaysia. Majalah ini menyediakan pelbagai jenis berita menarik yang mampu menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca. Majalah ini telah menyentuh topik hangat semasa yang berlaku di sekeliling UUM yang perlu diambil tindakan dan perlu diberi sepenuh perhatian oleh pelbagai pihak terlibat. E-majalah ini juga sangat menjimatkan penggunaan kertas kerana tiada cetakan yang diperlukan. Oleh sebab itu, kita dapat menyelamatkan alam flora dan fauna dengan mengelakkan pembaziran kertas dan penebangan pokok secara berleluasa. 01 Pawana
KANDUNGAN 01 Pendahuluan 02 Kandungan 03 Tinta Editor 04 Ahli Sidang Redaksi 05 Buletin Utama 09 Berita Semasa 11 Berita Sampingan 15 Ruangan Kreatif 18 Ruangan Iklan Pawana 02
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana dengan izin-Nya e-majalah ini telah diterbitkan dengan jayanya walau terdapat pelbagai cabaran yang telah dihadapi semasa proses menghasilkan karya ini. Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah berusaha sehabis baik tanpa bersengkang mata sepanjang tugas dijalankan. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih ini turut diberikan kepada mereka yang telah banyak memberi kerjasama yang sangat baik dengan memberi pelbagai idea menarik dan telah memberi semangat kepada satu sama lain untuk terus berjuang dalam menyelesaikan e-majalah ini sehingga telah dapat diterbitkan. Majalah ini berfokuskan kepada masalah mental dan stress yang semakin meningkat dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Masalah ini amat membimbangkan dan telah mencuri tumpuan pihak kami untuk mengambil langkah pencegahan dengan menyediakan ruangan sampingan yang menarik untuk pelajar mengambil kesempatan dan melawat tempat-tempat menarik di UUM. Ruangan yang kami sediakan bertujuan untuk menjaga kebajikan para pelajar, pekerja dan juga staf yang memerlukan bantuan dari segi mental dan fizikal untuk melepaskan tekanan yang telah lama dipikul. Oleh itu, majalah keluaran ini telah difokuskan kepada UUM dan segala detik suka dan duka telah kami sematkan di dalam e-majalah ini. Akhir kata dari pihak saya, kami dari pihak redaksi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menerbitkan e-majalah ini. Penghargaan juga diberikan kepada penaja yang telah memberi sumbangan bagi menghasilkan e-majalah ini. Saya juga ingin menyusun jari ingin memohon maaf kepada para pembaca sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan di dalam e-majalah ini. Dengan segala harapan, semoga emajalah ini mampu memberi manfaat kepada pembaca yang memanfaatkannya. Sekian, terima kasih. tinta editor Yushazniena Ketua Editor 03 Pawana
EDITOR PEREKA GRAFIK NURUL JANNAH BINTI YUSOFF 294375 PENULIS PENULIS SALSABILA BINTI YUSOFF 280478 KETUA EDITOR YUSHAZNIENA HAZRINIE BINTI MAT ALI 294177 AMEERAH FARIHAH BINTI SHARI 294416 MUHAMMAD HAFIZ AIMAN BIN ABDULLAH 292999 NUR FARAH ASYIQIN BINTI SHAHRUL NIZAM 280478 ahli sidang redaksi EDITOR Pawana 04
Kesihatan Mental dalam KALANGAN MAHASISWA Kesihatan mental merupakan isu penting dan semakin membimbangkan terutamanya dalam kalangan belia dan pelajar peringkat tertiari. Dianggarkan bahawa satu daripada empat pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terjejas oleh isu kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan. B E R I T A U T A M A 05 Pawana
Kemurungan adalah gangguan kesihatan mental yang dicirikan oleh perasaan sedih yang berterusan dan kehilangan minat dalam beraktiviti. Gejala kemurungan termasuk perubahan dalam corak tidur, kesukaran menumpukan perhatian, merasakan harga diri yang rendah, hilang selera makan, keletihan dan pemikiran untuk membunuh diri. Rawatan untuk kemurungan biasanya melibatkan psikoterapi, ubat antidepresan, atau gabungan kedua-duanya. B E R I T A U T A M A Pawana 06
Pensyarah Kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Norsimah Dasan berkata, menjalani kehidupan sebagai mahasiswa adalah perkara yang agak mencabar bagi seseorang individu. Hal ini kerana suasana di universiti adalah berbeza 100 peratus dengan suasana di sekolah. "Di universiti mereka perlu belajar berdikari dalam segala hal dan yang paling penting adalah mengurus masa dengan bijak. "Kegagalan mahasiswa untuk berbuat demikian menyebabkan mereka mengalami masalah stres sehingga mendatangkan kesan yang negatif kepada mahasiswa itu sendiri." Dr Norsimah berkata, mahasiswa mungkin adalah populasi yang sangat rentan untuk masalah kesihatan mental memandangkan cabaran yang biasanya berkaitan dengan peralihan ke alam dewasa dan kesukaran ekonomi serta material yang kerap dari populasi ini. "Kemungkinan besar, kedatangan Covid-19 sudah melonjakkan tingkat kenaikan ini. "Ini disebabkan faktor situasi termasuk kepercayaan bahawa 'lockdown' mengganggu prospek pekerjaan masa depan mereka, gejala Covid-19 yang sukar dibendung dan masalah kesihatan yang membawa maut," katanya. "Kegagalan mahasiswa untuk berbuat demikian menyebabkan mereka mengalami masalah stres sehingga mendatangkan kesan yang negatif kepada mahasiswa itu sendiri." Dr Norsimah Dasan Pensyarah Kanan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) B E R I T A U T A M A 07 Pawana
Kesan Kesihatan Mental Terhadap Pelajar 1. Peningkatan kadar kes bunuh diri 2. Peningkatan kegiatan mencederakan diri 3. Mengalami penurunan kehadiran kelas. 4. Kurang motivasi untuk belajar 5. Tumpuan pelajaran terganggu B E R I T A U T A M A Pawana 08
AKOKPupuk Kesedaran Kesihatan Mental Tidak dapat kita nafikan bahawa kesihatan mental amatlah penting. Namun hanya sesetengah masyarakat sahaja yang mempunyai kesedaran mengenai masalah ini. Masyarakat sangat memandang rendah akan masalah kesihatan mental dan menganggap ia hanyalah sekadar satu tabiat yang hanya dibuat-buat. Baru-baru ini, sekumpulan pelajar dari Pusat Pengajian Teknologi, Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) bersama Dr. Nursafwah Tugiman sebagai penyelia telah mengadakan program Apa Khabar Orang Kampung (AKOK) di Pejabat Khidmat Parlimen Kangar. Oleh: Yushazniena B E R I T A S E M A S A 09 Pawana
Borang saringan diagihkan untuk mengenal pasti individu yang perlu diberi perhatian. Tidak lupa juga aktiviti menderma darah sebagai aktiviti sampingan. Dengan menjalankan program ini, kita dapat menjalinkan hubungan mesra dengan masyarakat setempat dan mampu memberi bantuan mengikut kemampuan kita sendiri. Masyarakat perlu diberikan pendedahan yang lebih mendalam mengenai masalah kesihatan mental supaya tidak ada pengabaian atau penderaan yang tidak sepatutnya berlaku. Dengan kerjasama pihak bukan kerajaan Krayon4Society, mereka telah memfokuskan program ini kepada aktiviti kesihatan mental dimana mereka ingin mengesan mana-mana penduduk yang mengalami masalah mental meliputi stres, kerisauan dan juga kemurungan. Program yang dilaksanakan juga bertujuan untuk memberi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan mental yang perlu diberi sepenuh perhatian untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini. B E R I T A S E M A S A Pawana 10
"Healing" bukanlah perkataan yang baru dan ianya amat dekat dengan kehidupan seharian mahasiswa dan mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi. Universiti Utara Malaysia ataupun juga dikenali sebagai Universiti di Rimba Hijau atas faktor geografinya yang sangat dekat dengan alam memberikan suasana nyaman dan amat sesuai untuk dijadikan sebagai "Port Lepak" di kalangan pelajar. Di UUM, pelajar disediakan dengan pelbagai fasiliti walaupun Universiti ini terletak di dalam hutan. Antara tempat tempat pilihan pelajar untuk 'healing' adalah Hidden Lake, Taman Rusa, Pusat Ekuin, Litar Go-Kart, Pokok 3 Beradik, Pusat Sukan, Puncak Vista, Varsity Mall dan banyak lagi. Tempat-tempat ini merupakan port kegemaran dalam kalangan pelajar di UUM untuk melepaskan tekanan, kata mereka. Suasananya yang menarik dan indah memberikan perasaan nyaman dalam setiap mata yang memandang. port lepak di UUM B E R I T A S A M P I N G A N Oleh: Farah Nizam 11 Pawana
Umum juga mengetahui isu isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar dilihat sangat merisaukan dari hari ke hari. Kesihatan mental bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana ianya mampu meragut nyawa seseorang. Untungnya pelajar-pelajar di UUM kerana anda disajikan dengan pelbagai tempat yang dapat membantu serba sedikit untuk mengurangkan tekanan. Kehidupan anda yang sangat dekat dengan alam mampu memberikan aura aura positif dan menenangkan minda. Fasiliti dan kemudahan yang diberikan pusat pengajian sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya hal ini kerana, bukan semua pelajar terpilih untuk merasa "nikmat alam" seperti pelajar di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. B E R I T A S A M P I N G A N Pawana 12
LEPAK Bagi pelajar universiti yang mencari tempat untuk bersantai, belajar, atau menikmati secawan kopi, Cafe Kopi Mesin mungkin menjadi pilihan yang tepat. Cafe ini terletak di dalam kampus universiti dan menawarkan berbagai macam minuman dan makanan ringan dengan harga berpatutan. Salah satu keunikan cafe ini adalah kelainan rasa kopi yang diperbuat daripada biji kopi yang dipilih dan cara penyediakan yang menarik. Cafe ini menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang baik untuk kesehatan dan lingkungan. Pelanggan dapat merasakan perbezaan rasa dan aroma kopi, teh, jus, roti, kuih, dan lain-lain yang dibuat dengan bahan-bahan organik ini. Selain itu, cafe ini juga menyediakan kemudahan wi-fi, dan meja belajar yang nyaman untuk para pelajar yang ingin mengerjakan tugas atau belajar. Cafe ini juga sesuai untuk mengadakan acaraacara menarik seperti tempat perjumpaan, makan malam, atau live music yang dapat menghibur para pengunjung. Cafe Kopi Mesin buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jika Anda ingin mencoba sensasi kopi dan menikmati suasana cafe yang hangat dan ramah, jangan ragu untuk berkunjung ke cafe ini. Anda pasti akan ketagih! Oleh: Salsabila Yusoff Gambar daripada UUM View B E R I T A S A M P I N G A N SINTOK 13 Pawana
Bagi para pelajar universiti, stres dan masalah mental adalah perkara yang tidak asing lagi. Dengan tekanan akademik, sosial, dan kewangan, pelajar sering merasa tertekan, cemas, atau sedih. Untuk mengatasi masalah ini, salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan meluangkan masa untuk bersantai dan menikmati hidup di kafe-kafe yang terdapat di dalam kampus universiti. Universiti Utara Malaysia (UUM) memiliki beberapa kafe yang menawarkan suasana yang selesa, makanan dan minuman yang sedap, serta aktiviti-aktiviti yang menarik untuk para pelajar. Antara kafe-kafe di dalam UUM ialah He&She, Richiamo dan Manager Coffee. Richiamo menawarkan menu-menu kopi seperti espresso, cappuccino, latte, mocha, dan americano dengan harga murah dan menyediakan makanan ringan seperti sandwich, salad, dan croissant. He&She terletak di belakang bangunan TISSA. Dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Manager Coffee adalah kafe yang terletak di dalam bangunan Perpustakaan Sultanah Bahiyah. sebagai tempat meredakan stress Kafe Oleh: Salsabila Yusoff B E R I T A S A M P I N G A N Pawana 14
Cengkerang yang berwarna-warni, Terkandung rahsia yang tak terungkapkan, Mereka selalu menyapa dengan gembira, Mengajakku merungkaikan keindahan yang tak terkira. Bayu laut nyaman yang membelai, Menyelimuti jiwa, menghilangkan beban. Seperti pelukan sang ibu penuh kasih sayang, Meredakan segala kesulitan, Meremajakan hidup yang penuh luka. Maka hati kecilku pinta, Hadirlah hati-hati yang terjaga, Terjentiklah kesedaran di celahan jiwa, Untuk lindungi keindahan laut yang tiada tara, Agar dapat aku nikmati hingga akhir nafas. Terhampar indah samudera nan biru, Menyambut aku dengan hati yang terbuka, Keajaiban dan keindahan yang bahari, Menjadi saksi keabadian yang tak terucapkan. Nirmala pasir yang lembut dan seni, Menjemput aku dengan senyuman hangat, Kelembutannya membelai kaki hingga ke jiwa, Buatku terbuai dalam ketenangan hakiki. | 23 Ruangan Kreatif 15 Pawana R U A N G A N K R E A T I F
Dalam hidup, kesihatan yang penting, Jaga tubuh, jangan sampai terpinggir. Tak ada harta berharga yang mengalah, Jaga diri, jangan sampai terjerumus dalam celaka. Sihat itu mahal, tak ternilai harganya, Dari penyakit, jauhkanlah diri kita. Perhatikan makanan, olahraga rajin, Masalah kesihatan boleh terhindar jauh. Ketika badan tak sihat, pikiran pun terganggu, Dampaknya terasa, kehidupan jadi berantakan. Jangan dipandang remeh , kesihatan dijaga, Hidup bahagia dan penuh kebahagiaan tercipta. Hidup sehat adalah harta yang utama, Bersyukurlah atas anugerah ini. Cintai tubuh, rawat dengan baik, Masalah kesihatan, dapat terhindar dengan sempurna. Kesihatan sebagai Harta Berharga Pawana 16 R U A N G A N K R E A T I F
ruang.pandang teka susun silang kata 17 Pawana R U A N G A N K R E A T I F
Kini telah dibuka! di Changlun, Kedah Dapatkan burger percuma bagi pesanan pertama anda!
pawana