DR.NUR ILYANA BT MOHD pppy1162 fiqh ibadat dan
ADNAN munakahat
ISU CERAI BERLELUASA ?
NAFKAH SELEPAS ANAK MURUNG
CERAI DIABAIKAN?
KERANA ULAH IBU
BAPA SENDIRI
NUR SHUHADAH
BINTI ZULKIPLI
A187202
NUR MAIZATUL
HUSNA BINTI ZOLRINI
A188888
NAFKAH BEKAS
ISTERI TERBIAR
SELEPAS
DICERAIKAN
KEKELUARGAAN PERCERAIAN PERHUBUNGAN
Nafkah 2022
Anak
'Ibu tunggal berhutang dengan
Ahlong demi menyara anaknya'
Namun bekas suaminya telah
meninggal dunia
MENURUT ULAMA MAZHAB SYAFII, HANAFI
DAN HANBALI, SEKIRANYA BAPA TIDAK ADA
ATAU ADA TETAPI TIDAK MAMPU
MENYEDIAKAN NAFKAH DISEBABKAN TIDAK
MEMPUNYAI HARTA DAN TIDAK BERUPAYA
UNTUK BEKERJA KERANA SAKIT, TUA DAN
SEUMPAMANYA, MAKA NAFKAH ANAK WAJIB
DITANGGUNG OLEH USÜL NYA YANG MASIH
HIDUP DAN BERKEMAMPUAN SAMA ADA
LELAKI ATAUPUN PEREMPUAN.
isu semasa : nafkah anak April, 2022
Namun pada ulama' Hanafi dan
Maliki, ketidakmampuan bapa
menanggung nafkah anaknya
tidak sekali-kali menggugurkan
terus kewajipan ke atasnya.
Oleh itu, jika nafkah anaknya itu
ditanggung oleh orang lain sama
ada datuk, ibu atau orang lain, ia
akan menjadi hutang yang wajib
dibayar oleh bapa apabila dia
berkemampuan kelak.
Walau bagaimanapun berhubung
susunan keutamaan pihak yang
wajib menanggung nafkah anak
selepas daripada bapa, terdapat
perbezaan pendapat di
kalangan ulama' fiqh
ADAKAH ANAK YANG DITINGGALKAN
BERSAMA IBU TERPELIHARA HAKNYA?
dalil pensyariatan nafkah anak:
َفِإْن َأْرَض ْع َن َلُكْم َفآُتوُهَّن ُأُجوَرُهَّن
Maksudnya:
Kemudian jika mereka (isteri-isteri)
menyusukan anak-anak untuk kamu,
maka berikanlah kepada mereka
upah.
(al talaq:6)
Bagaimana dengan kadar
nafkah anak?
kadar nafkah anak menurut mazhab hanafi tidak menjadi
hutang dan ia tidak ditentukan oleh kadi.
bagi mazhab syafie, ia juga tidak menjadi hutang melainkan
kadi menentukannya atau diizinkan untuk berhutang
disebabkan ketiadaannya atau halangan untuk memberi
nafkah.
MAJALAH HARIAN
TULAR SEORANG
WANITA HAMIL
BERSAMA ANAK
KECIL MEREMPAT
DI JALANAN
SELEPAS
DICERAIKAN OLEH
SUAMINYA
Kuala Lumpur, 10 MAC. Seorang wanita yang KUALA LUMPUR,
sedang sarat mengandung berjalan disekitar 10 MAC 2022
kampung Baru, Kuala Lumpur bersama anak
yang masih kecil akibat dicerai oleh suaminya Bagaimana Dengan Nafkah Wanita
beberapa jam yang lalu. Seorang wartawan Yang telah diceraikan?
menemu ramah wanita tersebut dan didapati
beliau tidak mendapat hak yang sepatutnya Wanita yang diceraikan pada asasnya
seperti tempat tinggal, pakaian dan lain-lain. berhak mendapat nafkah dalam masa
Kisah ini menunjukkan bekas suami beliau iddahnya. Nafkah yang dimaksudkan ialah
seorang yang tidak bertanggungjawab dan makan minum, pakaian, tempat tinggal dan
tidak peka dengan keadaan bekas isterinya belanja perubatan. Dan nafkah tersebut
yang hamil. Wartawan tersebut membawa dikenali sebagai nafkah iddah.
perempuan tersebut kepada jabatan agama
islam dan orang-orang di pejabat agama Kadar Nafkah
tersebut memberitahu wanita tersebut
bahawa ia berhak menuntut nafkah selepas kadar nafkah bagi isteri yang diceraikan
penceraian daripada bekas suaminya adalah menyamai seperti apa yang telah
diberikan kepadanya semasa dalam tempoh
perkahwinan dahulu. Kadar nafkah seperti
makan minum bagi Mazhab Maliki dan
Hanbali adalah berdasarkan kepada
keadaan pasangan suami isteri sama ada
mampu atau susah.
BERITA HARIAN
Manakala bagi Mazhab Hanafi dan Syafie (rajih), kadar nafkah
makan, minum dan juga pakaian adalah mengikut keadaan
suami sama ada mampu atau susah berdasarkan dalil Al-Qur'an
di atas (At-Talaq 65:7).
Menurut Mazhab syafi'e, berpendapat bahawa NAFKAH
nafkah iddah wajib diberikan kepada isteri yang 'IDAH
diceraikan dengan talak raj’iyy sama ada isteri
tersebut merdeka atau hamba,atau ia hamil
atau. Jika bekas suami memberikan nafkah
dengan sangkaan ia hamil tetapi kemudian
ternyata ia tidak hamil maka bekas isteri wajib
membayar balik nafkah yang terlebih bayar iaitu
lebih daripada nafkah iddah yang sepatutnya.
Isu Nafkah
www.jawi, jakim.com Friday, 18 March 2022
Mazhab maliki berpendapat
bahawa wanita yang diceraikan
dengan talak raj’iyy wajib diberi
nafkah iddah sama ada ia hamil
atau tidak dan tidak gugur
nafkahnya jika ia keluar dari
rumah tempat ia beriddah tanpa
izin suaminya, sama ada
sumainya itu berkuasa
mencegahnya dari keluar atau
tidak mampu berbuat demikian.
Imam hanbal berpendapat bahawa
wanita yang diceraikan dengan talak
raj’iyy wajib berhak mendapat semua
jenis nafkah iaitu makanan, pakaian dan
tempat tinggal sebagaimana nafkah
yang wajib diterimanya semasa ia masih
menjadi seorang isteri iaitu sebelum
diceraikan. Namun begitu suami tidak
wajib memberi alat membersih diri kerana
isteri tidak perlu berhias untuk tujuan
berseronok dengan bekas suaminya.
PENDAPAT 4 MAZHAB MENGENAI
ISTERI YANG DICERAIKAN
DENGAN TALAK BAIN
Bagi golongan mazhab Hanafiy, mereka
berpendapat bahawa wanita yang bercerai
dengan talak bain walaupun dengan tiga
talak berhak mendapat nafkah dan tempat
tinggal seperti juga wanita yang dicerai
dengan talak raj'iyy sama ada ia hamil atau
tidak dengan syarat ia tidak keluar dari
rumah yang disediakan oleh suaminya bagi
melaksanakan iddah. Ini kerana bekas isteri
tersebut wajib menghabiskan tempoh
iddahnya di rumah yang ia diami semasa
dalam perkahwinan kerana suami berhak
menahan bekas isterinya keluar dari rumah
tersebut.
Menurut imam hanbali
Bagi isteri yang dicerai dengan talak
tiga atau talak bain tetapi tidak hamil,
maka sebahagian dari golongan ini
berpendapat bahawa mereka juga
berhak mendapat nafkah dan tempat
tinggal. Ini kerana apabila diwajibkan
ke atas bekas suami menyediakan
tempat tinggal, maka dengan
sendirinya bekas suami wajib juga
memberi nafkah
Nafkah
tertunggak
-Mut'ah
Menurut mazhab Hanafi, diwajibkan memberi mutaah
kepada isteri yang dikahwini tanpa penentuan sebarang
mahar dan diceraikan sebelum berlaku perhubungan
kelamin. Akan tetapi jika perpisahan datangnya
daripada pihak isteri dan sebelum berlaku perhubungan
kelamin, maka isteri tidak berhak mendapat mutaah.
Oleh itu setiap perpisahan yang datangnya daripada
pihak suami maka isteri berhak mendapat mutaah.
Menurut mazhab Hambali, pemberian mutaah hukumnya wajib
berdasarkan lafaz perintah (sighah amar) pada perkataan
"matti'uhun- na". Oleh itu keadaan-keadaan yang mewajibkan
mutaah adalah seperti yang berikut:
(a) Jika dikahwini seorang perempuan tanpa mahar dan
diceraikan sebelum berlaku perhubungan kelamin.
(b) Jika dikahwini seorang perempuan kemudian diten- tukan
maharnya selepas akad, kemudian diceraikan sebelum
perhubungan kelamin.
(c) Setiap wanita yang diceraikan hendaklah diberi mutaah
berdasarkan nas al-Qur'an. Isteri tidak berhak mendapat
mutaah jika perpisahan kerana perbezaan agama atau
sebabnya datang dari pihak isteri.
Menurut mazhab Maliki, memberi mutaah hukumnya
"Isteri yang diceraikan secara khulu' tidak berhak
mendapat mutaah. Begitu juga isteri yang berpisah
dengan suaminya kerana li'an. Mazhab Maliki
beranggapan mutaah tidak wajib kerana ia merupakan
ihsan daripada pihak suami.
Menurut mazhab syafi'e, tidak terdapat perbezaan antara
wanita Islam dan dhimmiy berhubung dengan hak mutaah.
Terdapat tiga keadaan yang mewajibkan mutaah:
(a) Isteri yang diceraikan sebelum berlaku perhubungan
kelamin dan tidak ditentukan baginya sebarang mahar. Jika
telah diberi setengah daripada mahar maka itu sudah
mencukupi dan tidak perlu diberi mutaah.
(b) Isteri yang sudah dilakukan perhubungan kelamin
dengannya.
(c) Isteri yang tidak ditentukan maharnya tetapi sudah berlaku
perhubungan kelamin. Menurut qaul jadid (pendapat ash-
Shafi'i semasa di Mesir) isteri tersebut wajib diberi mutaah
DI MALAYSIA, KITA
MENGGUNAKAN
PENDAPAT SIAPA??
Nafkah iddah
mazhab syafie'e = cerai talak raj'iyy ia layak dapat nafkah jika dia
mengandung dan jika didapati ia tidak mengandung , maka bekas
isteri wajib bayar balik lebih daripada jumlah yang sepatutnya ia
miliki
Nafkah anak
Menurut mazhab Shafie'esekiranya bapa tidak atau ada tetapi tidak mampu menyediakan nafkah
disebabkan tidak mempunyai harta dan tidak berupaya untuk bekerja kerana sakit, tua dan
seumpamanya, maka nafkah anak wajib ditanggung oleh usül nya yang masih hidup dan
berkemampuan sama ada lelaki ataupun perempuan.
Nafkah tertunggak ~ Mut'ah
Menurut mazhab syafi'e, tidak terdapat perbezaan antara wanita Islam dan dhimmiy berhubung
dengan hak mutaah. Terdapat tiga keadaan yang mewajibkan mutaah:
(a) Isteri yang diceraikan sebelum berlaku perhubungan kelamin dan tidak ditentukan baginya
sebarang mahar. Jika telah diberi setengah daripada mahar maka itu sudah mencukupi dan tidak
perlu diberi mutaah.
(b) Isteri yang sudah dilakukan perhubungan kelamin dengannya.
(c) Isteri yang tidak ditentukan maharnya tetapi sudah berlaku perhubungan kelamin. Menurut
qaul jadid (pendapat ash-Shafi'i semasa di Mesir) isteri tersebut wajib diberi mutaah
Kitab al Fiqh Ala al Madhidah
al Arba'ah
Fiqh al Sunnah
Kitab Bada'i al Sana'i fi Tartib
al Shara'i Matba'ah al Imam
al Iqna' fi Fiqh al Imam Ahmad
Ibn Hanbal Dar Al Ma'rifah