The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by flora fauna, 2021-01-06 01:25:12

PANDUAN AM

PANDUAN AM

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2021

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 1

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

Hari-hari Kelepasan Am 2021

BIL HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI
Jumaat
1 Tahun Baru 2020 ( P ) 01 Januari 2021 Khamis
Jumaat & Sabtu
2 Hari Keputeraan YDP Besar NS ( N ) 14 Januari 2021 Sabtu
Khamis
3 Tahun Baru Cina( P ) 12 & 13 Februari 2021 Sabtu
Rabu
4 Hari Thaipusam ( N ) 28 Januari 2021 Khamis &Jumaat

5 Israk dan Mikraj ( N ) 11 Mac 2021 Isnin
Selasa
6 Hari Pekerja ( P ) 01 Mei 2021 Selasa
’7 Hari Wesak ( P ) 26 Mei 2021 Selasa
Khamis
8 Hari Raya Puasa ( P ) 13 & 14 May 2021 Selasa
Khamis
9 Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong ( P ) 07 Jun 2021 Sabtu

10 Hari Raya Qurban ( P ) 20 Julai 2021

10 Awal Muharam 1442 ( Maal Hijrah) ( P ) 10 Ogos 2021

11 Hari Kebangsaan ( P ) 31 Ogos 2021

12 Hari Malaysia (P) 16 September 2021

13 Maulidurrasul ( P ) 19 Oktober 2021

14 Hari Deepavali ( P ) 04 November 2021

15 Hari Krismas ( P ) 25 Disember 2021

Penggal Persekolahan Tahun 2021

Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari Jumlah
Minggu
Hari Persekolahan 20.01.2021 31.01.2021 08
Hari Persekolahan 01.02.2021 28.02.2021 17 10
Hari Persekolahan 01.03.2021 26.03.2021 20
I CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 27.03.2021 04.04.2021 09 01
Hari Persekolahan 05.04.2021 30.04.2021 20 08
Hari Persekolahan 01.05.2021 28.05.2021 15 02
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 29.05.2021 13.06.2021 16 07
Hari Persekolahan 14.06.2021 30.06.2021 13 01
Hari Persekolahan 01.07.2021 16.07.2021 12 12
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 17.07.2021 25.07.2021 09
Hari Persekolahan 26.07.2021 31.07.2021 05 12
Hari Persekolahan 01.08.2021 31.08.2021 20 3
II Hari Persekolahan 01.09.2021 10.09.2021 08 57
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 3 11.09.2021 19.09.2021 09 49
Hari Persekolahan 20.09.2021 30.09.2021 09 08
Hari Persekolahan 01.10.2021 31.10.2021 20
HarI Persekolahan 01.12.2021 10.12.2021 08
CUTI AKHIR TAHUN 11.12.2021 31.12.2021 21
Jumlah 239
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 175
Jumlah Hari Cuti Penggal 64

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 2

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

panduan GURU DAN STAF SMA Rembau

1. ARAHAN AM

● Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am
Kerajaan, oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am
tersebut.

● Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan
dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.

● Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion
dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

● Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan
cemerlang

● Guru hendaklah mengamal dan menghayati falsafah, Visi, Misi dan Matlamat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025), Matlamat dan Falsafah SABK, Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020, NKRA., dan GTP.

● Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih daripada
kepentingan diri ketika bertugas

● Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan
pelajar ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

● Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan
dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

● Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan.
(Isnini hingga Khamis : 7.30 – 3.40) dan (Jumaat : 7.30 – 12.20)

● Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali
menjalankan tugas rasmi di luar.

3. MASA TIBA DI SEKOLAH

● Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah sebelum 7.25 pagi.
● Guru bertugas harian dikehendaki berada di sekolah jam 7.15 pagi dan berada di tapak perhimpunan

untuk mengendalikan perhimpunan pelajar dan mengawal disiplin mereka.
● Waktu balik bagi guru bertugas harian adalah jam 4.00 petang
● Semua guru WAJIB menandatangani Buku Kehadiran Guru serta merakam masa tiba ke sekolah dan

masa balik atau keluar.

4. PERHIMPUNAN SEKOLAH

● Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.
● Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
● Guru-guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan nasyid Asmaul-Husna, lagu kebangsaan dan

negeri serta membaca ikrar.
● Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatat semua aktiviti yang berlaku sepanjang

hari ia bertugas ke dalam buku laporan harian yang disediakan di pejabat sekolah.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 3

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

5. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS.
● Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan
kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua.
● Guru yang mendapat arahan JPN./PPD/KEMENTERIAN/LEMBAGA PEPERIKSAAN dll. mesti
memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.
● Guru dan staf sokongan juga dikehendaki mengisi dua salinan Borang Kebenaran Keluar dan dapatkan
tandatangan Pengetua/Guru Penolong Kanan. Satu salinan disimpan dalam fail di pejabat manakala
satu salinan lagi diserahkan kepada Pengawal Keselamatan bertugas di pos pengawal untuk
direkodkan. ( Rujuk lampiran 1 ).
● Guru yang mendapat kebenaran daripada Pengetua hendaklah merakamkan waktu keluar dan waktu
kembali semula ke sekolah.
● Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti untuk kelas yang ditinggalkan
dan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/Guru Penolong Kanan.
● Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.

6. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS

● Guru-guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 (rujuk salinan surat yang dilampirkan)

7. BUKU KEHADIRAN GURU

● Rakaman kehadiran guru/catatan kehadiran guru adalah dokumen yang membantu Pengetua untuk
membuat penilaian Prestasi Tahunan.

● Guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan Kelas Tambahan (KBC) juga dikehendaki
menandatangani buku kehadiran kokurikulum/Kelas Tambahan (KBC).

● Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-
sebab yang munasabah. Guru mesti memberitahu pihak pentadbiran sekolah secepat mungkin.

8. KEHADIRAN MESYUARAT/TAKLIMAT/PROGRAM RASMI SEKOLAH/KURSUS DALAMAN

● Guru wajib hadir semua mesyuarat dan program rasmi sekolah.
● Guru yang tidak hadir hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua dengan permohonan

secara rasmi. Bukti tidak dapat hadir hendaklah disertakan.
● Semua mesyuarat mesti mempunyai agenda dan minit. Keputusan mesyuarat mesti disampaikan

kepada pihak berkenaan dan diambil tindakan. Rujuk format minit mesyuarat di Lampiran C.
● Guru yang bertugas hendaklah menulis/mencatat taklimat mingguan. Dapatan taklimat hendaklah

diserahkan ke pejabat pada hari akhir bertugas.
● Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek, selipar

tidak dibenarkan.

9. KEGIATAN KOKURIKULUM

▪ Semua guru akan ditugaskan menjadi Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap.

▪ Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum
yang disediakan di pejabat sekolah.

▪ Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh pelajar dan mengesahkan
laporan tersebut.

▪ Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu untuk disemak dan
dihantar sebulan sekali kepada Pengetua/GPK Kokurikulum untuk disahkan.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 4

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

10. MELAKUKAN KERJA LUAR

● Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D‘
seperti berikut :-

▪ Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
▪ Tidak dilakukan semasa waktu pejabat
▪ Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
▪ Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.

● Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah
melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (e) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh
didenda tidak melebihi RM 50,000 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu) atau lima tahun penjara atau
kedua-duanya sekali.

11. CUTI

11.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal

● Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993,
guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat tetapi guru boleh
dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk
menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

11.2 Cuti Rehat Khas (CRK)

● Tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan
8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (10)
hari dalam satu tahun kalender.

● (rujuk Perintah Am 1 (ix) bab C).Contoh:
a) Ziarah keluarga terdekat (suami/isteri/ibubapa/anak)
b) Ziarah saudara (datuk/nenek/adik beradik yang sakit atau meninggal)
c) Upacara keagamaan
d) Konvokesyen (diri sendiri/ anak/ suami/ isteri)
e) Perkahwinan anak / diri sendiri
f) Menghantar saudara rapat pergi Haji
g) Mengiringi suami/ isteri untuk tujuan perubatan
h) Daftar anak ke kemasukan sekolah / institusi pengajian tinggi.

11.3 Cuti Sakit

● Guru yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan serta memohon kebenaran
Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran/PenolongKanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum.

● Sijil Cuti Sakit mesti diserahkan segera kepada Pengetua atau Penolong Kanan apabila datang bertugas
kembali.

11.4 Cuti Kecemasan / Cuti Rehat Khas

● Untuk memohon cuti ini, sila rujuk surat Pekeliling KPM bil 3/2005.
● Dapatkan borang permohonan dari pejabat sekolah.
● Serahkan borang yang lengkap diisi untuk kelulusan Pengetua.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 5

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

11.5 Cuti Ke Luar Negara

● Guru yang hendak bercuti ke luar negara semasa cuti sekolah atau semasa penggal persekolahan mesti
mengisi borang kebenaran berkenaan.Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah
selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

11.6 Cuti Tanpa Rekod

● Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan
sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan,latihan syarikat kerjasama,
menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan dan tugas khas
perubatan.

11.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat.

● Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga ( 3 ) hari sebagai cuti tanpa
rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung.
Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan.

11.8 Cuti Khas – Isteri bersalin

● Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki.
Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5)
kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

11.9 Cuti Tanpa Gaji

● Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan.

11.10 Cuti Umrah

● Cuti Umrah adalah cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam
persekutuan yang beragama Islam dan bertaraf tetap. Cuti Umrah adalah tertakluk kepada maksimum
tujuh (7) hari. Cuti Umrah adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari
kelepasan am. Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari,
baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan.

11.11. Cuti Kuarantin
● Kemudahan cuti ini adalah untuk menjaga anak yang menghidap penyakit berjangkit. Berkuat kuasa

1 Januari 2017.
● Tempoh yang diluluskan ialah lima (5) hari.
● Syarat anak kuarantin:

i. Bawah 18 tahun dan
ii.Bawah 21 tahun jika masih belajar.
● Senarai penyakit berjangkit:
1. HFMD
2. Demam Denggi dan Denggi Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Cacar (Chickenpox)
5. Difteria dan
6. Malaria.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 6

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

12. FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR:
● Fail Persediaan Mengajar adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butiran hendaklah
disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.
● Fail ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran
pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani.(rujuk jadual ).
● Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu: Sukatan Pelajaran,
Rancangan Pengajaran, Jadual Waktu Kelas dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata Diri,
Senarai Nama Pelajar, Markah Ujian, TOV dan ETR Pelajar dan maklumat - maklumat lain .
● Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak rancangan pengajaran dan sukatan pelajaran di dalam
fail persediaan mengajar.
● Format terkini KBSM dan KSSM hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran
● Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat di dalam Fail Persediaan Mengajar
perkara berikut:
1. Matapelajaran yang diganti
2. Tingkatan
3. Masa
● Fail PdPc adalah dokumen yang membantu dalam menyedia dan melaksanakan Sasaran
Keberhasilan.
● Jika seseorang guru bercuti, fail tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan, untuk
urusan guru pengganti.
● Fail Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir tahun
persekolahan.

13. WAKTU MENGAJAR
● Guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan.
● Sewaktu mengajar adalah tanggungjawab guru berkenaan supaya keadaan kelas adalah
seperti berikut:
1. kelas dalam keadaan teratur dan kondusif.
2. bersih dan kemas.
3. bilangan pelajar akur dengan kehadiran.
4. mencatat bilangan pelajar yang ada di dalam borang kawalan kelas.
● Guru hendaklah menggunakan masa instruksional di dalam kelas untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran tanpa gangguan.

14. GURU GANTI Guru
● Sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran bil 3/1981 mengenai Masa Luang (Free Period).
- guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan

15. BUKU LATIHAN/ NOTA PELAJAR/ BUKU KERJA/ BUKU REKOD KOKURIKULUM
● Buku berkenaan hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti
● Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada pelajar.
● Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku / nota yang telah diperiksa.
● Pengetua/ Guru-guru Penolong Kanan / Ketua-ketua Bidang akan menyemak buku-buku tersebut
mengikut jadual.

16. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN

● Semua guru SMA REMBAU adalah guru disiplin dan guru bimbingan.Guru-guru hendaklah sentiasa
memberikan bimbingan kepada pelajar dan mengamalkan budaya ”Sekolah Penyayang”. Buku
Peraturan Sekolah menjadi panduan untuk mengurus pelajar-pelajar.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 7

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

17. KESELAMATAN PELAJAR

● Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar sepanjang waktu berada di dalam
kawasan sekolah.

● Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkan kepada Pengetua atau
Guru-guru Penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga kepada pelajar berkenaan mesti dimaklumkan
segera.

● Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi.
● Latihan kebakaran wajib diadakan dua kali setahun.

18. PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN STAF SOKONGAN

● Guru dan staf sokongan sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat
sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, dengan harapan akan dapat mewujudkan perasaan
kekitaaan.

● Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan /fahaman /
pendapat / kepercayaan sesama rakan atau pun pelajar sekolah ini.

● Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosioekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud disekolah.

19. BILIK GURU

● Kebersihan, keceriaan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Jadikan
Bilik Guru sebagai contoh kepada pelajar .

● Guru hendaklah berada di Bilik Guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap
masa senggang PdPc dan bukannya masa bebas.Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut
di Bilik Guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan
dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak
dibenarkan dijalankan di Bilik Guru.

● Pelajar tidak digalakkan berada di pejabat guru.
● Pelawat tidak dibenarkan menggunakan Bilik Guru untuk berbincang sesuatu dengan guru.
● Sebarang pertemuan (tetamu luar) hendaklah diadakan di luar pejabat, bilik guru dan kantin.

20. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

● Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan bolehlah berurusan dengan Ketua
Pembantu Tadbir atau Pengetua.

● Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran hendaklah berurusan dengan Ketua Panitia,
Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang atau Guru Penolong Kanan.

21. TUGAS

● Guru akan diberikan tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan pentadbiran.
Tugas tersebut mesti dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

● Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan seperti menghadiri mesyuarat, pergi ke
Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang
ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.

● Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, hendaklah
mengemukakan minit curai kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas yang ada di pejabat
sekolah.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 8

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

● Guru yang menghadiri kursus, seminar atau seumpamanya, hendaklah menjalankan Kursus Dalaman
kepada guru lain dan dimaklumkan kepada Pengetua/Guru Penolong Kanan tentang tarikh dan masa
pelaksanaannya.

● Guru yang melakukan tugas rasmi di luar hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk pelajar, mengisi
borang maklumat tugasan dan diserahkan kepada Guru Penolong Kanan.

22. JADUAL WAKTU

● Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas
masing-masing.

● Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran pihak
pengurusan.

23. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

● Setiap Guru Tingkatan akan diberikan sebuah buku Jadual Kedatangan Pelajar. Buku tersebut
amat penting kepada pihak audit dan menjadi satu kesalahan sekiranya hilang. Buku ini tidak boleh
dibawa pulang ke rumah atau disimpan di bilik guru atau tempat-tempat lain dan mesti disimpan di
pejabat sekolah pada setiap hari sebelum pukul 9 pagi.

● Guru Tingkatan hendaklah mengisi maklumat yang diperlukan, memahami dan mematuhi peraturan
mengenainya yang tercetak di bahagian dalam buku tersebut.

● Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah ditulis secara teratur dengan dakwat hitam atau biru sahaja,
kemas dan ditanda pada setiap hari oleh Guru Tingkatan pada waktu pertama. Jika Guru Tingkatan
tidak hadir, Jadual Kedatangan Tingkatan diurus oleh Guru Pembantu Tingkatan.

● Pelajar yang tidak hadir hendaklah dihubungi dan catatkan panggilan di buku log pejabat
● Pelajar yang tidak hadir 3 hari berturut-turut atau berselang-seli selama 10 hari dalam satu bulan, ibu

bapa / penjaganya hendaklah dihubungi secara bertulis.
● Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru Penolong Kanan HEM/ Guru

Penyelaras Tingkatan.

24. KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH

● Semua guru dikehendaki memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja
hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

● Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan terdapat peraturan-peraturan
mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

● Peralatan sekolah adalah harta kerajaan . Penggunaan untuk peribadi adalah dilarang. Sesuatu alat
yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran Guru Kanan Mata Pelajaran / guru yang
dipertanggungjawabkan dengan mengisi borang pinjaman atau buku log penggunaan. Alat yang
digunakan hendaklah dikembalikan semula dengan menandatangani buku pinjaman.

25. KEBERSIHAN

● Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah
disediakan oleh Guru Tingkatan masing-masing. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kelas
hendaklah disimpan dengan rapi dan selamat.

● Guru yang mempunyai bilik khas seperti bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keselamatan bilik tersebut.

● Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab warga sekolah.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 9

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

26. SURAT RASMI

● Semua surat rasmi kepada pihak luar yang berkaitan dengan perjawatan atau sebagainya hendaklah
dihantar melalui Pengetua.

27. SURAT YANG DITERIMA

● Surat yang diterima oleh pihak sekolah akan diedarkan kepada guru berkenaan untuk diambil tindakan.
● Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada

Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
● Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru

berkenaan, maka guru itu hendaklah :

⮚ Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal hendaklah
difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat.

⮚ Jika surat tersebut mengkehendaki guru untuk mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan
maka hendaklah ditaip dan menyediakan surat litup/iringan.

⮚ Satu salinan hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan apabila
diperlukan

28. PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
● Guru tidak digalakkan pergi ke Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi.

29. PELAWAT

● Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan terlebih dahulu.
● Penjual/pengedar tidak dibenarkan berjumpa dengan guru-guru tanpa kebenaran Pengetua . Promosi

atau mengiklan sesuatu barangan di sekolah untuk pelajar adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran
Pengetua.
.
30. PEMBELIAN BARANG

● Guru/staf yang hendak membuat pembelian barang mesti memohon kebenaran terlebih dahulu
dengan mengemukakan borang pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah untuk
ditandatangani oleh Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) berkaitan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
Guru/staf tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan sesuatu syarikat tanpa melalui GKMP. Sebut
harga wajib didapatkan terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu barang yang berharga melebihi
daripada RM 500.00 untuk 1 unit.

● Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (Local Order).
● Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang tersebut. Sila rekodkan nombor

daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah
direkodkan serta-merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 10

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

31. KAD KEW PS-4 DAN 5

● Ketua Panitia atau Ketua Unit bertanggungjawab menguru KAD Kew PS-4 DAN 5 dan memastikan
maklumat dalam KAD Kew PS-4 DAN 5 adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini. Setiap
pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta-merta.

● Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak KAD Kew PS-4 DAN 5 ini
dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh
Pengetua/GPK.

32. TANDA NAMA

● Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi sama ada di
sekolah atau di luar sekolah.

33. KEAHLIAN KELAB GURU & STAF / PIBG

● Semua guru menjadi ahli kelab guru & Staf dan PIBG sekolah.
● Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru & Staf.

34. PENGGUNAAN PERALATAN

● Hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
● Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian atau Penjaga Stok dan direkodkan.
● Hendaklah dipulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
● Kerosakan peralatan hendaklah dilaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab dengan serta-merta.

35. ARAHAN DAN PEKELILING

● Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dipatuhi serta
ditandatangani selepas membacanya.

● Guru hendaklah menyimpan arahan dan pekeliling yang diterima di dalam fail khas.
● Guru boleh merujuk pekeliling semasa di dalam fail khas yang ditempatkan di bilik POW.

36. TELEFON

● Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah hendaklah
menggunakan telefon bimbit sendiri dan awam untuk urusan peribadi.

● Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah kecuali kecemasan.

37. KUNCI

● Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah.Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi
Buku Rekod Peminjaman dan Pemulangan.

● Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada
Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 11

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 2/1981

Ketepatan masa di sekolah

1. Adalah diharapkan semua guru diingatkan dari masa ke semasa tentang tanggungjawab
mereka untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, baik
semasa datang ke sekolah ataupun balik dari sekolah, mahupun semasa masuk bilik darjah
untuk mengajar atau menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah, Ketepatan masa juga
bermakna seorang guru itu hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh
meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tibanya masa untuk berbuat
demikian.

2. Peraturan-peraturan mengenai ketepatan masa hendaklah dikenakan, selain dari murid-
murid, juga kepada semua guru, kakitangan dan pekerja sekolah. Guru-guru hendaklah
memberi contoh tauladan yang baik sekiranya mereka ingin menggalakkan tabiat ketepatan
masa di kalangan murid-murid mereka.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1981

Penggunaan Waktu Tidak Belajar/ Waktu Luang ( Free Period)

Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar / waktu luang ( free
period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing. Didapati ada
sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah
salah dan perlu dibetulkan .

1. Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang ( free period ) itu
adalah masa bekerja.

2. Pengetua boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk :
i) Menggantikan guru yang tidak mengajar disebuah darjah/tingkatan
ii) Membuat persediaan – persediaan untuk mengajar seperti membaca buku
tambahan , membuat nota mengajar, menyediakan alatan mengajar dan
sebagainya.
iii) Memeriksa buku latihan murid.
iv) Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
v) Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum.
vi) Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau di arah oleh pengetua.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 6/1985

Peraturan Pakaian Guru di Bilik Darjah

1. Sewaktu bertugas di Bilik Darjah
(a) Guru-guru lelaki
i. Seluar panjang dan berbaju kemeja(bertali leher) atau bush jacket atau lounge suit. Jika
baju berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipat. Baju hendaklah
dimasukkan ke dalam.
ii. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.
iii. Pakaian melayu lengkap dengan samping, atau pakaian baju mirip dalam potongan baju
melayu dan dipakai dengan seluar panjang
iv. Pakaian baju melayu dengan kain sarong, jeans, track suit, seluar pendek. Kemeja
t/sukan, jersi, kasut sukan, baju hawai, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis pakaian
yang menjolok mata, tidak boleh dipakai.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 12

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

(b) Guru-guru perempuan
i. Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian
yang sesuai dan tidak menjolok mata
ii. Kasut kulit, selipar, cerpu atau sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai
dengan pakain yang ditetapkan

iii. Kasut sukan, jeans, track suit, seluar pendek. Kemeja t/sukan, jersi, seluar pendek, dan
apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan
menjolok mata tidak boleh dipakai.

2. Sewaktu bertugas di luar bilik darjah(Ketika menjalankan Gerakerja Pendidikan Jasmani
dan Sukan) Lelaki dan Perempuan.

a) Track suit, seluar panjang yang sesuai, kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan
dan lain-lain pakaian yang sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerakgeri dan
gerakerja tersebut.

b) Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerakgeri, sarong ketat,
cheongsam, kebaya sari dan lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata
adalah tidak sesuai dipakai.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 7/2001

Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah

1. Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai
jubah dan beserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara di sekolah
dan di luar sekolah. Dalam surat pekeliling Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa
bekerja bagi pegawai-pegawai awam.

2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan
berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu
lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai
dengan seluar panjang serta bersongkok hitam.

3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling ikhtisas Bil.
6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 mengenai Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/ Pensyarah Di
Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di
Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian
Pelajaran, yang telah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan semasa
menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam seperti yang dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 bertarikh 18 Febuari 1985, yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 13

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling
Kementerian Pendidikan 256: "Buku Rekod Mengajar Guru", bertarikh 1 Julai 1963.

2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di
mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah
dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar
Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.

3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i)
Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar
atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip
perancangan yang mutakhir.

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi
secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan dan
Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan
Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti
objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu
tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang
munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan
dapat dikernukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan
Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta
merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar
dan guru di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 14

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

SENARAI SURAT PEKELILING IKHTISAS

(Yang Boleh Dijadikan Panduan Semasa Melaksanakan Tugas Di sekolah)

Surat Pekeliling Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah
Ikhtisas Bil. 5/1977

2 Surat Pekelilng Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah
Ikhtisas Bil. 8/1978

3 Surat Pekeliling Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah
Ikhtisas Bil. 2/1981

4 Surat Pekeliling Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang ( Free Period) Oleh Guru
Ikhtisas Bil. 3/1981

5 Surat Pekeliling Kebersihan Di Sekolah-Sekolah
Ikhtisas Bil. 4/1981

6 Surat Pekeliling Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Sekolah
Ikhtisas Bil.1/1985

7 Surat Pekeliling Larangan Ke Atas Pemberian Cenderamata
Ikhtisas Bil. 1/ 1986

8 Surat Pekeliling Rekod Kedatangan dan Laporan Gerakerja Kokurikulum Pelajar
Ikhtisas. Bil. 2/1986

9 Surat Pekeliling Pelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pengenalan Kepada Komputer dan Kegiatan
Ikhtisas Bil. 3/1986 Kelab Komputer Sekolah

10 Surat Pekeliling Panitia Mata Pelajaran
Ikhtisas Bil. 4/1986

11 Surat Pekeliling Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah.
Ikhtisas Bil. 5/1986

12 SuraT Pekeliling Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua
Ikhtisas Bil. 3/1987

13 Surat Pekeliling Panduan Penubuhan & Pengurusan Kelab Rekacipta Sekolah.
Ikhtisas Bil. 1/1988

14 Surat Pekeliling Panduan Tajaan oleh Syarikat Badan Perniagaan di Sekolah
Ikhtisas Bil.6/1988

15 Surat Pekeliling Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan
Ikhtisas Bil. 7/1988 Badan Induk Sukan

16 Surat Pekeliling Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.
Ikhtisas Bil. 8/1988

17 Surat Pekeliling Senaman Beramai-Ramai
Ikhtisas Bil. 10/1988

18 Surat Pekeliling Keberangkatan DYMM Sultan/ Raja/ TYT/ yang Dipertua Negeri Menghadiri
Ikhtisas Bil.14/1988 Majlis Sekolah

19 Surat Pekeliling Penyertaan Pelajar Dalam Kegiataan Sukan di Sekolah
Ikhtisas Bil. 1/1989

20 Surat Pekeliling Aturcara Majlis Rasmi Sekolah
Ikhtisas Bil.10/1989

21 Surat Pekeliling Garis Panduan Dari Segi Penceghan Kebakaran Bagi Bangunan Domitori dan
Ikhtisas Bil. 13/1989 Asrama

22 Surat Pekeliling Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program
Ikhtisas Bil. 8/1990 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM ) Bagi Sekolah Menengah Atas
Mulai Tahun 1992.

23 Surat Pekeliling Penggunaan Buku Kerja Di sekolah
Ikhtisas Bil. 22/1990

24 Surat Pekeliling Penceramah Jemputan Untuk Majlis Dan Aktiviti Agama Islam Di Sekolah
Ikhtisas Bil. 1/1991

25 Surat Pekeliling Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Institusi
Ikhtisas Bil.3/1991 Pendidikan(Lihat Pindaan SPI Bil 8/1991)

26 Surat Pekeliling Pelaporan Kejadian Yang Tidak Diingini di Sekolah
Ikhtisas Bil.4/1991

27 Surat Pekeliling Penggunaan Kemudahan Sekolah oleh Pertubuhan dan Persatuan Belia
Ikhtisas Bil.7/1991

28 Surat Pekeliling Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan ke Upacara Sekolah/Institusi
Ikhtisas Bil. 8/1991 Pendidikan Kandungan Pindaan ke atas para 2 SPI Bil.3 /1991)

29 Surat Pekeliling Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah
Ikhtisas Bil 3/1993

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 15

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

30 Surat Pekeliling Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Ikhtisas Bil. 1/1995 Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Kawasan Luar Sekolah.

31 Surat Pekeliling Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Pelajar Sekolah
Ikhtisas Bil. 3/1995 Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan.

32 Surat Pekeliling Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah
Ikhtisas Bil. 4/1995

33 Surat Pekeliling Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah
Ikhtisas Bil. 6/1995

34 Suarat Pekeliling Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah
Ikhtisas Bil.7/1995

35 Surat Pekeliling Penyertaan Pelajar Dalam pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan
Ikhtisas Bil.8/1995 Badan Induk Sukan

36 Surat Pekeliling Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar.
Ikhtisas Bil. 1/1996

37 Surat Pekeliling Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian
Ikhtisas Bil. 2/1996

38 Surat Pekeliling Pelaksanaan Kuasa Displin Dan Hukuman Di Sekolah.
Ikhtisas Bil. 4/1996

Surat Pekeliling Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab / Tae Kwan Do / Mempertahankan
39 Ikhtisas Bil. 2/1997 Diri

(PS 77280)

40 Surat Pekeliling Program Dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatakan Dasar Dan / Atau Pungutan
Ikhtisas Bil. 3/1997 Wang

41 Surat Pekeliling Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok
Ikhtisas Bil 5/1997

42 Surat Pekeliling Amalan Kebersihan Di Sekolah.
Ikhtisas Bil. 6/1997

43 Surat Pekeliling Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat.
Ikhtisas Bil. 9/1997

44 Surat Pekeliling Pakej Penerapan Nilai Murni Di Sekolah.
Ikhtisas Bil. 1/1998

45 Surat Pekeliling Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996
Ikhtisas Bil. 5/1998

46 Surat Pekeliling Program Tabiat Membaca
Ikhtisas Bil. 13/1998

47 Surat Pekeliling Menangani Kegiatan Gangster Di Sekolah
Ikhtisas Bil. 16/1998

48 Surat Pekeliling Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam
Ikhtisas Bil. 20/1998

49 Surat Pekeliling Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam
Ikhtisas Bil. 23/1998

50 Surat Pekeliling Penglibatan Guru & Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran
Ikhtisas Bil.24/1998 Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

51 Surat Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasman Dan Kesihatan
Ikhtisas Bil. 25/1998

52 Surat Pekeliling Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah
Ikhtisas Bil. 2/1999

53 Surat Pekeliling Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran
Ikhtisas Bil. 3/1999

54 Surat Pekeliling Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah
Ikhtisas Bil.4/1999

55 Surat Pekeliling Larangan Terhadap Penglibatan Pegawa Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan
Ikhtisas Bil. 5/1999 dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti Kerajaan.

56 Surat Pekekliling Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah
Ikhtisas Bil. 7/1999

57 Surat Pekeliling Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah.
Ikhtisas Bil. 8/1999

58 Surat Pekeliling Menangani Masalah Keselamatan Dadah Dan Gengster
Ikhtisas Bil. 6/2000

59 Surat Pekeliling Mencegah Kebakaran Di Sekolah
Ikhtisas Bil. 7/2000

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 16

PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2020

60 Surat Pekeliling Panduan Keselamatan Diri semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Ikhtisas Bil. 9/2000 serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.

Surat Pekeliling Panduan Keselamatan Diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan

61 Ikhtisas Bil.9/2000 Kesihatan Serta Kegiatan Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di

Tambahan Luar Kawasan Sekolah.

62 Surat Pekeliling Lawatan Pendidikan Murid Pada Hari Sekolah
Ikhtisas Bil. 13/2000

63 Surat Pekeliling Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Ikhtisas Bil.14/2000

64 Surat Pekeliling Peraturan Secara Pentadbiran Supaya Ibu/Bapa / Penjaga Dibenar Menandatangani
Ikhtisas Bil. 15/2000 Borang Rasmi

65 Surat Pekeliling Salah Laku Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian Di Sekolah Dan
Ikhtisas Bil 16/2000 Perbuatan Menghasut/Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan.

66 Surat Pekeliling Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah.
Ikhtisas Bil. 17/2000

67 Surat Pekeliling Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah
Ikhtisas Bil.18/2000

68 Surat Pekeliling Panduan Menggalakkan Kerjasama Dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program
Ikhtisas Bil 19/2000 Teknologi Maklumat dan komunikasi Di Sekolah.

69 Surat Pekeliling Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah
Ikhtisas Bil.20/2000

70 Surat Pekeliling Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah
Ikhtisas Bil. 7/2001

71 Surat Pekeliling Pemantapan Pengurusan Displin Di Sekolah
Ikhtisas Bil. 8/2001

72 Surat Pekeliling Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif.
Ikhtisas Bil. 9/2001

73 Surat Pekelilling Semua Guru Adalah Guru Displin
Ikhtisas Bil. 10/2001

74 Surat Pekeling Pelaksanaan Program Sekolah Selamat.
Ikhtisas Bil. 4/2002

75 Surat Pekeliling Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
Ikhtisas Bil. 5/2002

76 Surat Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran English For Science And Technology
Ikhtisas Bil. 7/2002

77 Surat Pekeliling Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) Di Sekolah
Ikhtisas Bil. 17/2002

78 Surat Pekeliling Panduan Penglibatan Murid-Murid Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-
Ikhtisas Bil.9/2004 Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah KPM.

79 Surat Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Malaysia Secara
Ikhtisas Bil.9/2016 Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2018

80 Pekeliling Perkhid. Kemudahan Cuti Umrah
Bil. 3 Tahun 2017

81 Surat Pekeliling Garis Panduan Perhimpunan Bulanan PBB /Kelab
Ikhtisas Bil 8/2007

82 Surat Pekeliling Mengundang orang-orang kenamaan ke upacara Sekolah
Ikhtisas Bil3/2008

83 Surat Pekeliling Bantuan Pakaian Seragam Untuk Pasukan Badan Beruniform di Sekolah
Ikhtisas Bil 4/2008

84 Surat Pekeliling Kertas soalan peperiksaan Dwibahasa bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
Ikhtisas Bil 1/2008

Surat Pekeliling Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid

85 Ikhtisas Bil 2/2009 di Sekolah

Surat Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah secara berperingkat-

86 Ikhtisas Bil 9/2016 peringkat Mulai Tahun 2017

Surat Pekeliling Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan ( pupil’s cumulative record card) Kad 001
87 Ikhtisas Bil 1/2017

Surat Pekeliling Syarat-syarat belajar semula (mengulang) Di Tingkatan Lima bagi sesi

88 Ikhtisas Bil 3/2017 Persekolahan Tahun 2017

Surat Pekeliling Garis panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru dan Murid.
89 Ikhtisas Bil 3/2017

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU MS 17


Click to View FlipBook Version