KERJA LAPANGAN
KEGIATAN EKONOMI DI
BUKIT KAYU
HITAM,KEDAH
Disediakan oleh: Nur Hafizah Binti Mohd Diah
3 Ihsan
PENGHARGAAN
Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmatnya telah
memudahkan saya menyiapkan tugasan kajian lapangan ini.Ucapan terima kasih yang
tidak terhingga juga buat ayahanda pengetua SBP Inetgrasi Kubang Pasu Encik Haris
Ganae Bin Nainar kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menjalankan tugasan
kajian lapangan ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Asmaniza Binti Yop selaku guru mata
pelajaran Geografi tingkatan tiga kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya
sepanjang tugasan ini dijalankan.Tidak lupa juga kepada Encik Mohd Diah bin Md Saleh
dan Puan Nazimah binti Man, terima kasih atas sokongan dan dorongan yang telah
diberikan kepada saya sepanjang saya menjalankan tugasan ini.
Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada saudari Nor Adriana binti Mohamad
Nizam,saudari Nur Tasnim binti Tarmimi dan saudari Nurul Ulya binti Muhamad Nazri
kerana telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan kajian lapangan ini.
Tanpa bantuan tuan,puan,dan saudari agak sukar untuk saya selesaikan tugasan
ini.Semoga Allah membalas jasa baik setiap pihak yang membantu.
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kajian tentang Kegiatan Ekonomi Utama di Bukit Kayu
Hitam,Kedah.
Saya telah memilih Bukit Kayu Hitam,Kedah sebagai kawasan kajian kerana
kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal saya.Hal ini memudahkan saya
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam tugasan ini.Kebanyakan
penduduk di sini menjalankan kegiatan ekonomi dalam sektor sekunder iaitu
perindustrian dan juga dalam sektor tertier perkhidmatan pendidikan.
Tempoh saya menjalankan kajian ini adalah selama 11 hari bermula dari 21 Jun
2021 sehingga 1 Julai 2021.Sepanjang tempoh ini berjalan saya dapat memperoleh
banyak maklumat dengan mudah dengan bantuan orang sekeliling.
Saya berharap tugasan kajian lapangan yang saya hasilkan ini dapat memenuhi
kehendak penilai dan pihak sekolah
OBJEKTIF KAJIAN
❖ Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi utama di Bukit Kayu
Hitam
❖ Menghuraikan faktor – faktor yang mempengaruhi kegiatan
ekonomi utama di Bukit Kayu Hitam,Kedah.
❖ Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi utama di Bukit
Kayu Hitam,Kedah.
KAWASAN KAJIAN
Peta Bukit Kayu Hitam,Kedah
TAFSIRAN
Peta menunjukkan kawasan kajian saya iaitu Bukit Kayu Hitam,Kedah.
Lingkungan kawasan kajian saya adalah lebih kurang sepuluh kilometer persegi.
Berdasarkan pemerhatian saya kebanyakan penduduk di sini menjalankan kegiatan
ekonomi perindustrian dan juga perkhidmatan pendidikan.Bentuk muka bumi di kawasan
ini ialah tanah pamah yang menyebabkan banyak kegiatan perindustrian dijalankan dan
pembinaan sekolah-sekolah.
Pandang darat fizikal yang terdapat di dalam peta ialah hutan. Pandang darat budaya yang
terdapat di dalam peta ialah rumah,kilang dan sekolah.
KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini menggunakan kaedah berikut :
a) Pemerhatian = Saya menggunakan kaedah pemerhatian untuk
menetukan kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian .
b) Rujukan Internet = Saya menggunakan kaedah merujuk
Internet untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci
berkaitan kajian lapangan ini.
c) Temu bual = Saya menggunakan kaedah temu bual untuk
mendapatkan maklumat daripada orang yang lebih
berpengetahuan dan berpengalaman.
HASIL KAJIAN
1.Kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian saya ialah perindustrian dan
perkhidmatan pendidikan.Perindustrian yang dijalankan di kawasan kajian ini ialah
kilang bahan komposit manakala untuk pendidikan pula terdapat sekolah rendah
dan sekolah berasrama penuh.
Sekolah Kebangsaan Sekolah Berasrama Penuh
Bandar Bukit Kayu Hitam Integrasi Kubang Pasu
2.Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi perindustrian ialah teknologi yang
canggih dan moden. Dengan adanya teknologi yang moden, ia dapat meningkatkan
kualiti produk dan meningkatkan jumlah keluaran bahan komposit. Sebagai contoh,
penggunaan robotik dalam industri elektrik untuk mempercepatkan kerja-kerja
pembinaan bahan komposit. Selain itu,bentuk muka bumi juga merupakan salah satu
faktor kepada kegiatan ekonomi perkhidmatan pendidikan.Hal ini kerana kawasan kajian
ini merupakan kawasan tanah pamah yang memudahkan untuk penduduk bergerak.
Sebagai contoh ,para pendidik dapat bergerak dengan mudah ke tempat kerja dan tidak
mengambil masa yang banyak.
Kawasan tanah pamah Penggunaan robotik
3.Kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan ini ialah peningkatan taraf
hidup. Hal ini kerana penduduk dapat meningkatkan taraf hidup mereka
apabila melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi. Sebagai contoh para
penjawat awam dapat menyara hidup dengan pendapatan bulanan yang
diperoleh. Selain itu, mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan.Hal ini dapat mengurangkan bilangan penganggur di kawasan
kajian ini. Sebagai contoh, sekurang-kurangnya penduduk boleh bekerja
sebagai pekerja industri.
Penduduk bekerja sebagai
pekerja industri
RUMUSAN
Kesimpulannya,kegiatan ekonomi utama dikawasan kajian ini ialah
perindustrian dan perkhidmatan pendidikan. Faktor yang mempengaruhi
kegiatan ekonomi utama ini ialah bentuk muka bumi iaitu tanah pamah dan juga
teknologi yang moden.
Segala maklumat yang diminta telah saya nyatakan dalam kajian ini. Segala
objektif bagi kajian ini telah berjaya dicapai dengan baik.Setiap maklumat yang
diperoleh telah dianalisis dengan baik untuk mendapatkan kesimpulan yang
bernas.
Tidak dapat dinafikan, banyak dugaan yang telah ditempuh sepanjang
menjalankan kajian ini.Antara dugaannya ialah perlu memastikan maklumat
yang diperoleh ialah benar dan tidak palsu .Walau bagaimanapun, saya tetap
gembira dan berpuas hati dengan kajian yang telah saya jalankan dengan
bantuan guru mata pelajaran Geografi,ibu bapa dan juga rakan-rakan.
Saya mendapati kajian saya masih mempunyai kekurangan dan kelemahan
walaupun sudah dikaji dengan teliti. Saya berharap agar dapat melakukan
kajian ini dengan lebih baik pada masa akan datang dengan penambahbaikan
yang menarik.
LAMPIRAN
Kilang perindustrian Pekerja industri
Guru sekolah mengajar
SEKIAN, Subjects
TERIMA KASIH.