Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama pada melengkapkan Anugerah Sekolah Hijau 2023 bagi SK Sungai Puyu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid sekolah dan semua komuniti sekitar kerana sudi membantu menjayakan program ini. Program Sekolah Hijau merupakan program pengauditan alam sekitar bagi sekolah - sekolah di Negeri Pulau Pinang yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah pada tahun 2010. Program ini, diharapkan dapat membentuk dan menerapkan pendidikan alam sekitar kepada semua pelajar untuk membina generasi yang mampu menjaga alam sekitar untuk masa hadapan. Diharap dengan adanya pertandingan ini, akan berjaya menarik dan memupuk minat golongan para pelajar dan para pendidik untuk menjadikan aktiviti pemeliharaan alam sekitar sebagai satu budaya. Sekian terima kasih Yang Menjalankan Amanah, En. Hasbul Hazani Bin Daud Guru Besar SK Sungai Puyu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya Azizah bt Mohamad PK Kokurikulum SK Sungai Puyu dan merangkap Naib Pengerusi Sekolah Hijau bagi sekolah ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru, murid, waris dan komuniti setempat yang terlibat . Program ini bukan saja memupuk semangat cinta kepada alam sekitar tapi lebih kepada mendidik pelajar dan masyarakat yang lain tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Banyak inovasi dan kreativiti yang telah murid buat dalam program ini bersama guru. Dalam pada kita menjalani program Sekolah Hijau ini, pihak sekolah mendapati ia berjalan secara pro aktif dan natural tak perlu dipaksa. Pelajar terdidik dengan bahan kitar semula untuk dikumpul dan menyayangi kehijauan persekitaran sekolah. Akhir sekali saya ingin ucapkan jutaan terimakasih sekali lagi kepada para guru yang mendidik murid menjadi seorang yang cintakan persekitaran yang bersih teratur dan hijau sentiasa ada di mana-mana. Dari Sungai Puyu ke Pantai Bersih, Singgah membeli sekilo gula, Sekolah sihat cantik dan bersih, Kehijauan persekitaran yang kita utama Terima kasih. Pn. Azizah binti Mohamad PK Kokurikulum
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera... Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat kita bersama SK Sungai Puyu telah diberi peluang dan mandat oleh pihak pentadbiran sekolah untuk menyertai Anugerah Sekolah Hijau bagi tahun 2023. Terima kasih kepada pihak pentadbir, AJK Sekolah Hijau, guru-guru dan juga Staff SK Sungai Puyu yang sanggup berkorban tenaga dan masa bagi menyiapkan persiapan bagi menyertai program tersebut. Tujuan anugerah ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada pihak sekolah dalam mengurangkan sisa buangan, penjimatan sumber, dan matlamatnya untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Program Anugerah Sekolah Hijau ini dapat mendidik generasi pelapis mencintai dan menghargai alam sekitar. Jika kita dapat mendidik murid mencintai alam sekitar mulai dari kecil saya percaya kita dapat menyelamatkan alam ini untuk masa hadapan yang lebih cerah. Akhir kata saya berharap pihak sekolah boleh menyertai lebih banyak lagi programprogram yang sama pada masa akan datang. Sekian Terima kasih. En. Zulkifli bin Moksin (Penyelaras Program Sekolah Hijau)
Sekolah Hijau Penggerak Kelestarian Alam Sekitar Warga sekolah dan komuniti setempat berusaha berterusan bersama MBSP bagi merealisasikan amalan 8R demi generasi akan datang
i. Memupuk amalan cinta kepada alam sekitar bagi semua warga sekolah dan komuniti yang terlibat. ii. Mengatasi isu-isu pencemaran alam sekitar melalui 8R, inovasi dan kreativiti, kebersihan dan penghijauan serta penglibatan komuniti. iii. Mendidik warga sekolah terutamanya murid untuk mengamalkan budaya menjaga alam sekitar. iv. Menghasilkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif dengan persekitaran yang indah dan tenang.
PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH HIJAU BERSAMA TNB PULAU PINANG, PELITAWANIS 1. Aktiviti yang dijalankan : • Perasmian Sekolah Hijau Peringkat Sekolah Oleh : Ir. Ts. Norhizami B Hasan Head of Retail State TNB Pulau Pinang • Gotong-royong sekitar kawasan sekolah dan kelas • Penanaman tanaman herba sumbangan Pelitawanis TNB 2. Kekuatan Program/Projek/Aktiviti. • Murid sangat berminat untuk belajar cara menanam tanaman. • Penglibatan Komuniti Setempat bersama sekolah dalam usaha mewujudkan sekolah hijau 3. Kelemahan Program/Projek/Aktiviti • Kekurangan bahan/barangan kegunaan projek sekolah hijau. 4. Penambahbaikan Program/Projek/Aktiviti • Mempelbagaikan bahan/barangan untuk dijadikan bekas tanaman. 5. Refleksi dan Impak Program/Projek/Aktiviti • Murid pengalaman melalui gimik pelancaran dalam mewujudakan sekolah hijau. Tarikh : 5 September 2023 Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan SK Sungai Puyu Bil. Guru : 34 orang guru Bil. Murid: 428 orang murid
BULAN AKTIVITI PEMANTAUAN DAN PELAPORAN APRIL • PEMBENTUKAN JAWATAN KUASA • PERANCANGAN AKTIVITI • HEBAHAN KEMPEN • KEMPEN JUALAN KITAR SEMULA • PROGRAM JIMAT AIR • PROGRAM JIMAT ELEKTRIK JAWATAN KUASA GO GREEN DIBENTUK HEBAHAN DILAKUKAN DALAM PERHIMPUNAN, POSTER, BANNER PERBINCANGAN DENGAN PENYELARAS PROGRAM, SKUAD GO GREEN DAN KELAB SPBT DAN KITAR SEMULA MEI • PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS • PROJEK BAJA KOMPOS SEMUA WARGA SEKOLAH TERLIBAT PIALA PUSINGAN DIBERIKAN KEPADA PEMENANG PADA SETIAP MINGGU PEMILIHAN KELAB /PERSATUAN YANG TERLIBAT - BENGKEL MEMBUAT BAJA KOMPOS PEMANTUAN PENGGUNAAN BAJA KOMPOS JUN • GOTONG-ROYONG PERDANA • PROJEK PENGINDAHAN KELAS PENYERAHAN TAMAN ANGKAT KEPADA UNITUNIT UNIFORM PENGINDAHAN KELAS DENGAN TANAMAN INDOOR (POKOK LIDAH JIN) APRIL – SEPTEMBER • PERSIAPAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA • PERSIAPAN PERTANDINGAN SEKOLAH HIJAU PERSIAPAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA PERSIAPAN PERTANDINGAN SEKOLAH HIJAU
• Menggalakkan murid menghargai sumber tenaga yang ada. • Menjadikan murid sangat peka tentang kegunaan sumber tenaga elektrik dalam kehidupan harian. • Memastikan murid sentiasa mengambil berat tentang pembaziran tenaga elektrik.
• Aktiviti ini dijalankan semasa waktu pagi dan sebelum murid pulang. • Mengingatkan murid tentang penjimatan tenaga elektrik semasa berada di dalam kelas dan ketika keluar dari kelas.
• Aktiviti ini dijalankan semasa perhimpunan pagi setiap hari Isnin oleh guru bertugas. • Mengingatkan murid tentang penggunaan tenaga elektrik di semua bilik dalam kawasan sekolah
• Mencungkil bakat mewarna di kalangan murid. • Menerapkan budaya jimat elektrik kepada semua murid.
Tarikh : 23 OGOS 2023 Masa : 12.40 Tengah Hari Tempat : Bilik-bilik Khas Bil. Guru : Semua guru kelab dan persatuan Bil. Murid : Murid tahun 4,5 dan 6 1. Aktiviti yang dijalankan • Menjawab soalan berkaitan penjimatan air dan elektrik semasa aktiviti kelab dan persatuan. 2. Kekuatan Program/Projek/Aktiviti. • Masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti iaitu semasa waktu aktiviti kelab dan persatuan. 3. Kelemahan Program/Projek/Aktiviti • Tiada 4. Penambahbaikan Program/Projek/Aktiviti • Memperbanyakkan bilangan soalan yang ditanya dan mengubah bentuk kuiz kepada yang lebih menarik.. 5. Refleksi dan Impak Program/Projek/Aktiviti • Murid dapat mengaplikasi pengetahuan yang berkaitan penjimatan air dan elektrik dalam kehidupan seharian mereka.
• Memberitahu ibu bapa dan pemandu bas sekolah untuk mematikan enjin semasa menunggu di kawasan sekolah. • Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang penjimatan sumber asli dan menjaga kualiti udara.
Penggunaan lampu LED dan peti sejuk yang cekap tenaga
• Poster peringatan tentang had suhu penghawa dingin • Memantau dan menetapkan suhu penghawa dingin di antara 23°C - 25°C
• Pemasangan ‘tinted glass’ pada tingkap di bilik-bilik khas membantu mengurangkan haba dan rasa bahang ketika cuaca panas. • Dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
• Murid mengambil wuduk menggunakan sebotol air ketika kelas Pendidikan Islam • Melatih murid untuk menjimatkan air
Tarikh : 23 OGOS 2023 Masa : 12.40 Tengah Hari Tempat : Bilik-bilik Khas Bil. Guru : Semua guru kelab dan persatuan Bil. Murid : Murid tahun 4, 5 dan 6 1. Aktiviti yang dijalankan • Menjawab soalan berkaitan penjimatan air dan elektrik semasa aktiviti kelab dan persatuan. 2. Kekuatan Program/Projek/Aktiviti. • Masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti iaitu semasa waktu aktiviti kelab dan persatuan. 3. Kelemahan Program/Projek/Aktiviti • Tiada 4. Penambahbaikan Program/Projek/Aktiviti • Memperbanyakkan bilangan soalan yang ditanya dan mengubah bentuk kuiz kepada yang lebih menarik.. 5. Refleksi dan Impak Program/Projek/Aktiviti • Murid dapat mengaplikasi pengetahuan yang berkaitan penjimatan air dan elektrik dalam kehidupan seharian mereka.
Tarikh : 16 OGOS 2023 Masa : 12.40 Tengah Hari Tempat : Bilik-bilik Khas Bil. Guru : Semua guru kelab dan persatuan Bil. Murid : Murid tahun 4,5 dan 6 1. Aktiviti yang dijalankan • Mewarna poster berkaitan penjimatan air semasa aktiviti kelab dan persatuan. 2. Kekuatan Program/Projek/Aktiviti. • Masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti iaitu semasa waktu aktiviti kelab dan persatuan. 3. Kelemahan Program/Projek/Aktiviti • Murid tahap 2 kurang berminat untuk menjalankan aktiviti mewarna. 4. Penambahbaikan Program/Projek/Aktiviti • Perlu melibatkan poster tentang penjimatan elektrik juga di masa akan datang. 5. Refleksi dan Impak Program/Projek/Aktiviti • Murid dapat mengaplikasi gambar yang berkaitan penjimatan air dalam kehidupan seharian mereka.
1. Aktiviti yang dijalankan • Menyediakan baja kompos dari sisa makanan kantin sekolah 2. Kekuatan Program/Projek/Aktiviti. • Murid dan guru sangat berminat untuk belajar cara menyediakan baja kompos. • Penglibatan murid dan guru sekolah dalam usaha mewujudkan sekolah hijau 3. Kelemahan Program/Projek/Aktiviti • Kekurangan pengalaman dan Teknik cara penyediaan baja kompos. 4. Penambahbaikan Program/Projek/Aktiviti • Mempelbagaikan bahan/barangan untuk dijadikan baja tanaman 5. RefleksidanImpakProgram/Projek/Aktiviti • Murid mendapat pengalaman dalam cara penyediaan baja semula jadi dalam mewujudkan sekolah hijau, Tarikh : 6 JUN 2023 Masa : 8.30 Pagi Tempat : Kebun RBT Guru : 3 orang guru Bil. Murid : 10 orang murid