04
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 3)
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
(EDUP3043)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR AMIRUL DANIEL BIN ANUAR
ANGKA GILIRAN 2020192340065
NOMBOR KAD PENGENALAN 001224-03-0079
KUMPULAN PISMP F4
TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH DR SHARIZA BINTI SAID
TARIKH HANTAR 21 OGOS 2021
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN............................................................................................................1
2.0 ANALISIS TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN .......................................................................................................2
3.0 HUBUNGKAIT MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN PENGGUNAAN
TEKNOLOGI SEBAGAI PEMANGKIN KREATIVITI UNTUK MENYELESAIKAN
MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR......................................................................4
4.0 KESIMPULAN..............................................................................................................6
5.0 RUJUKAN....................................................................................................................7
LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera. Alhamdullilah, pertama sekali saya ingin
mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Seterusnya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDUP3043) iaitu, Dr. Shariza Binti Said kerana
dengan tunjuk ajar serta bimbingan beliau, dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu
bapa saya yang tidak henti-henti mendoakan kejayaan saya dan memberikan semangat
kepada saya.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
banyak berkongsi ilmu dan pengalaman serta sentiasa memberi tunjuk ajar, membetulkan
segala kekurangan ataupun kesilapan yang saya lakukan supaya kami bersama-sama
memperoleh keputusan yang cemerlang. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus
ini.
Terima kasih,
1.0 PENGENALAN
Dalam meniti arus kemodenan masa kini, negara kita iaitu Malaysia telah mencapai kemajuan
dalam pelbagai bidang termasuklah bidang teknologi yang semakin hari semakin membangun
dek kerana penghasilan dan penciptaan pelbagai teknologi yang bermanfaat untuk kegunaan
semua manusia. Pada era pandemik Covid-19 ini, bidang teknologi menjadi suatu bidang
yang penting dalam memastikan sesuatu perkara dapat dilaksanakan secara atas talian tanpa
perlu bersemuka. Sehubungan dengan itu, para pendidik masa kini perlu menguasai bidang
teknologi bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di atas talian. Maka, bagi
memastikan aktiviti PdP bersemuka atau secara atas talian ini berjalan lancar, teknologi
dijadikan sebagai pemangkin kreativiti yang dapat membantu guru dan pelajar. Walaupun
begitu, sudah pasti terdapat isu-isu masalah tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah
sepanjang PdP atas talian berlangsung. Oleh yang demikian, tugasan ini akan
membincangkan isu masalah tingkah laku pelajar dalam bilik darjah dan bagaimana
mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan model disiplin yang sesuai?
1
2.0 ANALISIS TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut mengenai tingkah laku bermasalah dalam pengajaran
dan pembelajaran murid, konsep disiplin bilik darjah hendaklah diketahui terlebih dahulu bagi
memudahkan pemahaman berkaitan tingkah laku bermasalah murid dalam bilik darjah.
Perkataan disiplin dikatakan berasal daripada perkataan Latin iaitu disciplina yang bermaksud
mengajar. Secara umumnya pula, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, disiplin boleh
didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan
patuh kepada tatatertib. Dengan perkataan lain disiplin merupakan pencegahan, pemulihan
dan latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau tingkah laku.
Berdasarkan pendapat pakar psikologi dari Australia yang telah saya temu ramah iaitu
Dr Barry S. Parsonson, beliau berpendapat bahawa konsep disiplin bilik darjah ialah :
“Discipline is defined as the practice of teaching others (students) to obey rules or
norms by using punishment to correct unwanted behaviors in the classroom”
Melalui pendapat Dr Barry, disiplin bilik darjah didefinisikan sebagai amalan mengajar
orang lain (murid) untuk mematuhi peraturan atau norma dengan menggunakan hukuman
untuk membetulkan tingkah laku yang tidak diingini di dalam bilik darjah. Sebagai rumusan
daripada konsep disiplin bilik darjah ini, ia adalah merupakan tindakan dan strategi pengajaran
yang digunakan untuk melatih pelajar untuk mematuhi peraturan dalam bilik darjah.
Setelah memahami apa itu konsep disiplin bilik darjah, saya ingin membincangkan
tentang isu-isu semasa tingkah laku bermasalah yang berlaku ketika pengajaran dan
pembelajaran di atas talian ini. Berdasarkan pandangan pakar psikologi luar negara iaitu Dr,
Barry, isu semasa masalah tingkah laku pelajar yang ditekankan oleh beliau ialah :
“The problems depend on the competence of the teacher as much, if not more than
the nature of the children in his or her class”
Dr Barry berpendapat bahawa masalah tingkah laku pelajar ini berpunca daripada
ketidakcekapan guru walaupun sifat natural kanak-kanak di dalam kelas juga boleh dijadikan
isu masalah tingkah laku. Dr. Barry juga menambah bahawa penyampaian isi pelajaran dan
organisasi yang lemah, kemahiran pengurusan tingkah laku yang tidak mencukupi dan
pengajaran sehingga kemampuan kelas menengah semuanya menyumbang kepada
berlakunya masalah tingkah laku bermasalah pelajar semasa aktiviti PdP bersemuka atau
PdPr dijalankan. Perkara ini menyebabkan murid cepat bosan, tidak dapat memahami pelajar
dan mula hilang minat terhadap topik pelajaran yang seterusnya akan menyumbang kepada
masalah tingkah laku pelajar semasa aktiviti PdP bersemuka atau PdPr. Kebanyakan guru
2
selalu menyalahkan kanak-kanak dan ibu bapa disebabkan masalah tingkah laku yang
dilakukan oleh kanak-kanak tersebut walaupun guru tersebut tidak menyedari sumbangan
yang telah mereka lakukan tidak mencukupi.
“Poor lesson presentation and organization, inadequate behaviour management skills
and teaching to the middle ability of the class all contribute to bad teaching practice. This
leaves some students bored, some students not being able to understand the lesson and a
general loss of interest in the topic of the lesson. Teachers usually blame the child or the
child’s parents for problem behaviour before looking at their own contribution to the problem.”
Selain daripada isu kekompetenan guru, isu masalah tingkah laku pelajar adalah
melalui masalah kemiskinan dan keluarga yang tidak harmoni menyebabkan pemikiran
pelajar mudah terganggu dan emosi tidak stabil sehingga membawa kepada ketidakhadiran
pelajar dan pelajar mula ponteng kelas PdPr atau PdP bersemuka yang dijalankan oleh guru.
Dr Barry juga tidak menolak kemungkinan bahawa masalah tingkah laku pelajar juga berkaitan
dengan masalah pembelajaran murid yang memerlukan program yang dirancang khas.
Malah, Dr Barry menegaskan ada juga pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku seperti
malas dan tidak mematuhi peraturan ini adalah hasil daripada terlepas elemen penting dari
subjek yang diajar berpunca daripada halangan dan kelemahan pengajaran kelas
sebelumnya.
“Some children live in poverty or in dysfunctional families, so they bring their life
problems to school, others may suffer from learning disabilities and need specially designed
programmes, some may have missed out on important elements of the subject being taught
because of poor teaching in previous classes.”
Berdasarkan isu-isu yang diutarakan oleh Dr Barry ini, beliau menegaskan bahawa
isu-isu ini perlu dikenalpasti, dinilai dan diperbaiki. Guru yang memberikan lebih banyak pujian
daripada kritikan dapat mendorong dan memikat pelajar mereka untuk mencuba berjaya
mengelakkan diri daripada dicabar oleh tingkah laku masalah murid kerana mereka telah
meluangkan masa untuk membina hubungan baik dengan setiap pelajar mereka sehingga
dihormati oleh murid-murid.
“These issues need to be identified, assessed and remediated. Teachers who provide
more praise than criticism, who encourage and enthuse their students for trying and for
succeeding are less often challenged by problem behaviour because they have taken the time
to build good relationships with each of their students, so are respected by the pupils.”
Maka tidak dapat dinafikan lagi bahawa isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh Dr
Barry ini merupakan sebab berlakunya masalah tingkah laku pelajar semasa PdP atas talian.
3
3.0 HUBUNGKAIT MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN PENGGUNAAN
TEKNOLOGI SEBAGAI PEMANGKIN KREATIVITI UNTUK MENYELESAIKAN
MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR
Setiap tingkah laku pelajar boleh ditangani oleh guru dengan pendekatan dan strategi yang
sesuai melalui pengaplikasian model pengurusan disiplin. Seperti yang telah dibincangkan,
terdapat banyak tingkah laku bermasalah yang dilakukan pelajar melalui pelbagai isu-isu
semasa berdasarkan pandangan pakar, Dr Barry. Sehubungan dengan itu, berdasarkan isu-
isu masalah tingkah laku yang telah dibincangkan, saya telah memilih Model Pengurusan
Kelompok Kounin melalui penggunaan teknologi yang menjadi pemangkin kreativiti dalam
menyelesaikan masalah tingkah laku pelajar tersebut.
Model Pengurusan Kelompok ini telah dipelopori oleh ahli teoris dalam bidang
pengurusan bilik darjah iaitu Jacob Kounin. Kounin menerusi model pengurusan kelompok ini
berpendapat bahawa disiplin pelajar dapat dikawal dan diurus dengan berkesan jika guru
dapat menguasai kemahiran pengurusan bilik darjah dengan sebaiknya kerana pengurusan
bilik darjah yang baik adalah hasil gabungan pengurusan dan perancangan yang teliti
dilakukan oleh guru. Model ini sesuai dalam mengatasi isu ketidakcekapan guru dalam
mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul.
Antara intervensi yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tingkah laku pelajar
ialah guru perlu menegur dan membuat tindakan yang jelas untuk dijadikan kesan gelombang
(ripple effect) yang akan mengurangkan kesalahan tingkah laku murid. Murid yang bosan dan
malas akan dikenakan teguran di hadapan kelas sambil disaksikan oleh murid yang lain atau
murid yang bosan dan malas ini akan diberi teguran menerusi kumpulan Whatsapp kelas
secara terbuka sambil dibaca oleh murid yang lain. Penyataan ini disokong oleh pandangan
Dr Barry yang berpendapat bahawa :
“You can also give reprimands openly and give examples of punishment and advice
that will be imposed on naughty and lazy students.”
Selain itu, perancangan aktiviti yang efektif dan menyeronokkan mampu menghalang
murid daripada ponteng kelas yang mana akan mengurangkan masalah ketidakhadiran murid
dalam sesi PdP bersemuka atau PdPr. Pendekatan ini adalah bersesuaian dengan konsep
model pengurusan Kounin yang menggalakkan effective transistion yang merujuk kepada
momentum pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi teknologi
seperti Quizizz, WordWall dan Youtube mampu menjadikan aktiviti PdP bersemuka dan PdPr
lebih efektif. Dr Barry juga mempunyai pendapat yang sama iaitu :
4
“During the lesson, plan activities effectively and choose activities that are fun and
interesting to students.”
Menurut Dr Barry, pelaksanaan guru hendaklah menjalankan aktiviti yang memerlukan
pembinaan ilmu dengan langkah yang kecil, penggunaan topik pengajaran yang menarik
minat murid dan sentiasa memberi pujian kepada murid juga mampu meningkatkan keyakinan
murid untuk belajar sekaligus mengurangkan isu masalah pembelajaran murid.
“ For students who struggle to learn, build knowledge in small steps, use topics that
interest them, and praise for trying to understand all help them to become more confident
learners.”
Hal ini sejajar dengan konsep model pengurusan Kounin yang menekankan satiation
iaitu berkaitan kecekapan guru merancang aktiviti menarik bagi menghilangkan bosan dan
masalah pelajar yang berpunca dari rumah. Tamsilnya, guru boleh menggunakan podcast
menerusi aplikasi Kaizena di mana pujian dan maklum balas boleh dilakukan dengan mudah.
Pengawasan bilik darjah dalam aplikasi Google Meet juga boleh dilakukan dengan
membuat pemerhatian pelajar mana yang aktif dan pelajar mana yang tidak hadir.
Pemerhatian boleh dibuat berdasarkan pengaktifan video kamera dan respons murid ketika
PdPr sekaligus menepati konsep overlapping dalam Model Kounin ini. Selain daripada itu,
penggunaan Google Classroom juga boleh digunakan sebagai platform untuk mengurangkan
penerangan yang meleret dan melakukan fragmentasi. Kedua-dua langkah ini adalah
berdasarkan pandangan Dr Barry iaitu:
“Problematic behaviors can be reduced by always ensuring active student involvement
and reducing overly lengthy explanations.”
5
4.0 KESIMPULAN
Pengurusan disiplin pelajar adalah amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua guru
dalam memastikan masalah tingkah laku murid dapat dikurangkan seminima mungkin.
Sehubungan dengan itu, guru hendaklah menguasai Model Pengurusan Kelompok Kounin
dan model disiplin yang lain bagi menerapkan budaya disiplin dalam diri murid-murid.
Pelaksanaan model disiplin ini boleh dibantu dengan penggunaan teknologi sebagai
pemangkin kreativiti yang seterusnya akan mengurangkan masalah tingkah laku murid.
Sebagai rumusan, semua guru dan murid hendaklah berganding bahu bagi memastikan
pengurusan bilik darjah dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif agar kualiti
PdP setaraf pendidikan negara moden yang lain.
6
5.0 RUJUKAN
Ahmad Firdaus Mohd Noor, K. A. (2016). Pembinaan Hubungan antara Guru dan Pelajar.
Technical and Social Science Journal, 138-148.
Azh Azri. (2016). Tajuk 5 Pengurusan Bilik Darjah. Retrieved from Academia.edu:
https://www.academia.edu/9537942/13_Tajuk_5_Pengurusan_Bilik_Darjah
Dr Barry S. Parsonson. (2012). Evidence-based Classroom Behavior Management Strategies.
Kairaranga, 16-23.
Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, D. C. (2021). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Selangor: Pustaka Nadwa Sdn Bhd.
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.
Pustaka, D. B. (2017). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Silvia Heng. (2016, November 10). Konsep Bilik Darjah. Retrieved from Scribd.com:
https://www.scribd.com/doc/41810579/Konsep-Disiplin-Bilik-Darjah
7
LAMPIRAN
TANGKAP LAYAR EMAIL PAKAR DR.BARRY S. PARSONSON
8
TANGKAP LAYAR RESPONS/MAKLUM BALAS DR BARRY MELALUI GOOGLE DOCS
9
10
ARTIKEL DR BARRY S. PARSONSON
11
12
13
14
15
16
17
18