The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Projek seni Iman binti Fathiyakan & Sufielya Nafila binti Syamreen-Azam (3 Anggerik)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by among us, 2023-09-01 10:37:07

Seni project

Projek seni Iman binti Fathiyakan & Sufielya Nafila binti Syamreen-Azam (3 Anggerik)

Projek Seni Seni Tekat -Iman binti Fathiyakan/Sufielya Nafila binti Syamreen-AzamPrinsip Seni Tekat Prinsip seni tekat merupakan satu proses bersuji, iaitu menjahit melalui penggunaan benang putih demi menetapkan kedudukan benang emas atau benang perak secara berulang-ulang sehingga menutupi mempulur. Motif Seni Tekat Terdapat beberapa motif seni tekat. Antaranya; 1. Motif Bunga Kekwa 2. Motif Bunga Lawang 3. Motif Bunga Raya 4. Motif Bunga Anggerik 5. Motif Bunga Padi 6. Motif Daun Asam Batu Jenis Seni Tekat Ada 2 jenis seni tekat iaitu; 1. Tekat Timbul Benang Emas


Tekat Timbul Benang Emas diketahui sebagai tekat bersuji yang merupakan proses sulaman benang emas atau perak yang ditekat di atas kain baldu mengikut motif atau corak. 2. Tekat Gubah Tekat Gubah menggunakan acuan yang diperbuat daripada kertas nipis yang ditebuk dengan motif atau reka corak. Benang sutera yang merah yang dikenali sebagai benang untina digunakan untuk tujuan menjahit benang ijuk mengikut reka corak yang ditentu. Alat dan bahu Seni Tekat Alatan seni tekat; 1. Cuban 2. Kain Putih 3. Gunting 4. Jarum Chenille 5. Benang Putih 6. Papan Tebuk 7. Pisau Pemotong 8. Lilin 9. Mempulur 10. Pemidang Kayu Berkaki 11. Kain Irasan (Baldu) Bahan seni tekat; 1. Benang emas atau perak 2. Gam kanji 3. Kain irasan (baldu) 4. Benang putih 5. Kain putih (kain lapis)


Proses Seni Tekat 1. Proses Penyediaan Cuban Langkah 1 -menyediakan 5 kotak lilit untuk menggulung benang emas ke cuban. Langkah 2 -melilit benang emas ke cuban secara bersilang. 2. Proses Penyediaan Mempulur i) Melakar motif pada kemaga. ii) Melakar dan menyurih motif pada kemaga. iii) Proses memotong motif yang telah dilakar pada kemaga.


iv) Lilin digunakan untuk melicinkan bahagian tepi mempulur. v) Mempulur yang telah siap. 3. Proses menekat Langkah 1 | Persiapan Pemidang Kayu Berkaki: i) Kain kapas bertelinga diregang pada pemidang. ii) Kain kapas diikat pada pemidang berkaki menggunakan tali.


iii) Pemidang kayu yang siap diregang. iv) Gam atau jahit kain irasan di atas permukaan kain putih (kain lapis). Langkah 2 | Menjahit Mempulur: i) Mempulur diletakkan di atas permukaan kain irasan. ii) Mempulur dijahit untuk meletakkan kedudukannya supaya mudah ditekat.


iii) Proses menjahit diulang sehingga selesai. iv) Mempulur yang sudah siap dijahit. Langkah 3 | Menekat: i) Benang emas direntaskan di atas mempulur dan dijahit dengan benang putih. ii) Proses menekat diulang sambil memastikan benang emas rata dan kemas.


iii) Jahitan benang putih disisipkan ke bawah mempulur bagi memastikan kemasan. iv) Proses menekat diulang sehingga selesai. v) Pastikan benang pemegang mempulur digunting sebelum meneruskan tekatan. vi) Hasil tekatan yang telah siap. Potensi Di Malaysia Antara potensi seni tekat untuk Malaysia ialah peluang pekerjaan dalam industri fesyen. Tenaga buruh yang banyak diperlukan untuk melakukan kerja seni tekat. Hasil tekatan


tangan masih mendapat permintaan tinggi walaupun harganya mencecah ribuan ringgit. Ini dapat membangunkan ekonomi negara.


Click to View FlipBook Version