ISU KESANTUNAN BAHASA ASMA ZULFA BINTI MOHAMMAD NOR AZAM TUGASAN 2 : BMMB1144
ISI KANDUNGAN Isu bahasa Isu budaya Cara menangani Isu sosial 01 02 03 04
Isu Bahasa Bahasa merupakan medium untuk menyampaikan maklumat. Tanpa bahasa, maklumat yang hendak disampaikan tidak dapat disampaikan dengan tepat. Tambahan pula, Malaysia terkenal dengan rakyat berbilang kaum. Jadi, bahasa boleh digunakan sebagai wahana kepada perpaduan sekaligus memenuhi visi dan misi negara (Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad, 2020). Oleh kerana bahasa Melayu merupakan bahasa yang terawal digunakan di Tanah Melayu pada zaman dahulu, bahasa melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Hal ini disokong oleh (Noor Azmira Mohamed & Nor Azlili Hassan, 2019) dalam penulisannya iaitu bahasa melayu pernah muncul sebagai bahasa lingua franca pada abad ke-7. Jadi, tidak hairanlah jika Malaysia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Pada era ledakan teknologi maklumat kini, masyarakat cenderung untuk bertutur menggunakan media sosial seperti Instagram, WhatsApp, Facebook, Tiktok, Twitter dan Telegram (Noor Fazerra Paijin, Nuratikah Ja'afar, & Nur Farahkhanna Mohd Rusli, 2022).
Isu Bahasa Task Name Task Name 01 02 03 Bahasa Slanga Bahasa Rojak Singkatan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007), Bahasa Slanga bermaksud kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku. Kebanyakkan bahasa slanga digunakan apabila penutur menggunakan bahasa tidak formal semasa berkomunikasi. Zuraidah Mohd Sulaiman (2016) mengatakan golongan yang kerap menggunakan bahasa slanga ialah golongan remaja. Hal ini kerana, bagi mereka, istilah slang ini merupakan istilah yang unik dan menarik (Noor Fazerra Paijin, Nuratikah Ja'afar, & Nur Farahkhanna Mohd Rusli, 2022). Contoh penggunaan bahasa slanga bagi gambar di sebelah ialah "hampeh" dan "giler". Bahasa Slanga
Bahasa rojak Awang Sariyan (2006:546) mendefinisikan bahasa rojak sebagai bahasa yang dicampur-campur sebagai rojak. Namun, istilah bahasa rojak tidak pernah ada dalam bidang linguistik. Bahasa rojak itu digunakan untuk menggambarkan keadaan bahasa apabila dicampur dengan bahasa lain (Mazura binti Sulaiman, 2019). Asmah (2007) telah menggariskan empat bentuk bahasa campur iaitu penukaran kod tempelan, penukaran kod dalam ayat, penukaran kod di antara ayat dan penukaran kod dalam perkataan (Mazura binti Sulaiman, 2019).Penukaran kod tempelan ialah apabila bahasa melayu dicampur aduk dengan bahasa inggeris. Penukaran kod dalam ayat pula merujuk kepada memasukkan perkataan dari bahasa asing ke dalam ayat bahasa melayu. Seterusnya ialah penukaran kod di antara ayat. Perkara ini berlaku apabila penutur atau penulis menukar dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain di antara ayat. Akhir sekali, ialah penukaran kod dalam perkataan. Penukaran kod dalam perkataan terjadi apabila penutur menggunakan bahasa lain dalam sesuatu bahasa. (Mazura binti Sulaiman, 2019)
Singkatan Task Name Task Name Bahasa singkatan merujuk kepada pemendekan dan ringkasan bagi satu perkataan. Menurut (Nur Farahkhanna,2022), bahasa singkatan mula digunakan ketika SMS diperkenalkan. Hal ini bertujuan untuk meninimakan caj yang dikenakan untuk menghantar mesej tersebut Hal ini disokong oleh penulisan Tay Meng Guat (2011). Beliau berkata, bentuk penulisan singakatan merupakan penulisan yang terkenal dalam aplikasi ’short message service’ (SMS). Rata masyarakat menggunakan kata singkatan kerana kata singkatan dianggap trend terkini dan individu yang tidak menggunakannya dianggap lapuk. (Nurkhairunnisha Amani Mohd Faizal, Nurul Emelda Abdullah Safarizal, & Nur Farahkhanna Mohd Rusli, 2022)
Budaya Takrif budaya Menurut Tylor (1947), budaya membawa erti semmua perkara kompleks. Perkara yang kompleks tersebut merangkumi ilmu pengetahuan, keseniaan, kepercayaan, moral, undang-undang dan adat Nik Safiah Hj. Abd Karim mengatakan budaya ialah fikiran, usaha rohani dan kuasa yang menjadi penggerak jiwa serta menjayakan sesatu pekerjaan
Isu Budaya Task Name Task Name 01 02 Pakaian tradisional Agama Islam
Task Name Task Name Isu Pakaian Tradisional Pakaian tradisional merupakan salah satu aspek daripada budaya di Malaysia. Pakaian tradisional juga merupakan identiti bangsa yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Menurut (SURADI,2021), pakaian tradisional merupakan tradisi turun temurun daripada nenek moyang. Pada zaman kini, isu memperlekeh pakaian tradisional semakin giat dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyaraakt zaman kini kurang didedahkan tentang nilai sebenar pakaian tradisional itu sendiri. Perkara ini dibuktikan oleh pernyataan dari seorang influencer yang mengatakan baju tradisional sarawak seperti kain alas meja.
Isu Penghinaan Agama Islam Agama Islam merupakan perkara yang penting. Menurut (Nazri Muslim, 2012), agama Islam merupakan agama persekutuan yang merangkap agama yang dipegang oleh majoriti penduduk di Malaysia. Jadi, perbuatan mencela dan mencemarkan kesucian Islam akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan menjejaskan perpaduan nasional. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana perkara ini akan menyebabkan keadaan negara menjadi huru-hara. Namun, negara tidak melarang rakyatnya untuk bebas dalam beragama secara aman dan damai. Hal ini kerana, peruntukan islam dalam perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa semua orang mempunyai taraf yang sama di sisi undang-undang (Nazri Muslim, 2012).
Sosial Takrif sosial Perkataan sosial diambil daripada perkataan latin iaitu "socii" yang membawa maksud sekutu. Perkara ini amat berkait rapat dengan kehidupan manusia dalam konteks masyarakat. Menurut kamus dewan (2014), perkataan sosial boelh diertikan sebagai segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat, persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.
Task Name Task Name Pakaian tradisional merupakan salah satu aspek daripada budaya di Malaysia. Pakaian tradisional juga merupakan identiti bangsa yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Menurut (SURADI,2021), pakaian tradisional merupakan tradisi turun temurun daripada nenek moyang. Pada zaman kini, isu memperlekeh pakaian tradisional semakin giat dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat zaman kini kurang didedahkan tentang nilai sebenar pakaian tradisional itu sendiri. Perkara ini dibuktikan oleh pernyataan dari seorang influencer yang mengatakan baju tradisional sarawak seperti kain alas meja. Isu Penghinaan Raja
Task Name Menerapkan penggunaan bahasa Melayu yang betul kepada anak-anak Cara menangani isu Ibu bapa Melarang anak-anak daripada mendekati diri dengan perkara-perkara yang mampu melibatkan diri mereka dalam isu sosial. Membawa anak-anak melawat muzium kebudayaan dan kesenian untuk menanam sifat menghargai budayabudaya yang terdapat di Malaysia
Task Name Meningkatkan tahap kesedaran penggunaan bahasa yang betul oleh guru-guru bahasa Melayu melalui menganjurkan aktiviti-aktiviti bahasa. Cara menangani isu Institusi pendidikan Memberi kesedaran tentang implikasi yang akan berlaku sekiranya diri terlibat dalam isu sosial terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Melakukan program-program yang mampu meningkatkan pengetahuan golongan di institusi pendidikan.
Task Name Menggalakkan pegawai kerajaan untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul ketika bercakap Cara menangani isu Kerajaan Mengeluarkan akta baharu berbentuk dendaan dan mengetatkan kawalan dari pihak berkuasa bagi golongan yang mencetuskan isu sosial. Mengenakan undang-undang kepada golongan yang melanggar etika kesopanan dalam isu budaya.
Task Name Menapis penggunaan bahasa supaya bahasa Melayu yang betul digunakan untuk disiar Cara menangani isu Media Massa Menyiarkan perkara-perkara positif yang mampu menarik rakyat Malaysia Mempromosikan kepelbagaian budaya di Malaysia supaya budaya boleh dihayati, dihormati dan dipraktikkan
Ibrahim Majdi Mohama R d Ka U mil, J & M U alia K ti Mo A ham N ad. (2020). CABARAN PEMERIKSAAN BAHASA MELAYU DALAM USAHA MENCAPAI NEGARA BANGSA DI MALAYSIA. ASIAN PEOPLE JOURNAL 2020,VOL 3(2),181-191e-ISSN:2600-8971, 183. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mazura binti Sulaiman. (2019). CABARAN DAN KEPENTINGAN KOMUNIKASI DI ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0. Perpustakaan Negara Malaysia Data Penkatalogan dalam Penerbitan. Nazri Muslim. (2012). ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. Jurnal Kemanusiaan Bil.20, 118. Noor Azmira Mohamed, & Nor Azlili Hassan. (2019). Pengukuhan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities(MJSSH),Volume 4, Issue 4, (page 19 -28), 2019, 20-21. Noor Fazerra Paijin, Nuratikah Ja'afar, & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2022). Penggunaan Bahasa Slanga dalam Akaun Twitter "Brgsjks". JURNAL WACANA SARJANA Volume 6(3) June 2022: 1-13; e-ISSN 2600-9501, 2. Nur Farahkhanna, Mohd. Rusli. “Kata Singkatan Menjejaskan Kewibawaan Bahasa Melayu.” Bicara Bahasa, DEWAN BAHASA, 15 Apr. 2022, dewanbahasa.jendeladbp.my/2022/04/15/3337/. Accessed 19 June 2023. Nurkhairunnisha Amani Mohd Faizal, Nurul Emelda Abdullah Safarizal, & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2022). PENGGUNAAN BAHASA RANCU DALAM MEDIUM TWITTER OLEH GENERASI Z. JURNAL PENDDIKAN BAHASA MELAYU, 25-26. SURADI, M. (2021, May 30). Usah persenda budaya kaum dalam Malaysia. Utusan Digital. https://www.utusan.com.my/berita/2021/05/usah-persenda-budaya-kaumdalam-malaysia