The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Majalah KEMAJUAN SMKDHK Edisi ke-57 Tahun 2020 (Update Version)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norliantiadali, 2021-01-18 12:02:46

E-Majalah KEMAJUAN SMKDHK Edisi ke-57 Tahun 2020

E-Majalah KEMAJUAN SMKDHK Edisi ke-57 Tahun 2020 (Update Version)

PERKARA HALAMAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, FALSAFAH 2
SEKOLAH, WAWASAN SEKOLAH
3
MISI, VISI, MOTO SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH 4
LENCANA SEKOLAH 5
PIAGAM PELANGGAN 6-7
SEJARAH SEKOLAH 8 - 16
KATA ALU-ALUAN 17 - 19
AJK SIDANG REDAKSI KEMAJUAN KE-57 20 - 36
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 37 - 39
DIARI SMK DATO’ HAJI KAMARUDDIN 40 - 44
KENANGAN TERINDAH WARGA SMD 45 - 77
PERISTIWA SEPANJANG TAHUN 78 - 85
LAPORAN AKADEMIK 86- 89
PENCAPAIAN KOKURIKULUM 90 - 108
UNIT KOKURIKULUM 109- 122
GALERI KELAS 123- 142
HALAMAN RINDU TINGKATAN 5 143 - 167
TINTA KARYA KREATIF SMKDHK 168 - 174
IKLAN 175
AUTOGRAF

1

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap kerohanian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”

“Seluruh warga SMKDHK mengiktiraf
kepentingan ilmu pengetahuan sebagai nadi

penggerak menuju kemajuan”

“Seluruh warga SMKDHK mengamalkan budaya
murni yang cinta ilmu, menjaga kebersihan dan

keceriaan, meningkatkan pencapaian
akademik, bergerak aktif dalam kokurikulum serta

mengukuhkan rasa tanggungjawab terhadap
tugas dan akhlak mulia”

2

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Pengetahuan Suluh Kemajuan
Seluruh Warga Sekolah Mengiktiraf Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Sebagai Jalan Ke Arah Kemajuan

Senadi Senada SMKDHK Cemerlang

WE SMD

3

Padi : Mencapai kecemerlangan tertinggi.
Lima Bulatan : Kerjasama erat warga sekolah.
Bulan/Bintang : Ilmu penerang hari untuk hidup di dunia dan akhirat
Warna Merah : Semangat yang berkobar-kobar
Warna Kuning : Kesetiaan dan tanggungjawab
Harimau : Niat yang ikhlas memberi dan menuntut ilmu
Obor : Komitmen untuk mencapai kejayaan

PENGETAHUAN.SULUH.KEMAJUAN
Pengetahuan : Ilmu dan pelajaran yang diamalkan

Suluh : Jalan atau hala tuju
Kemajuan : Hidup maju dunia dan akhirat

Kami Pelajar Putera Puteri
Bersumpah Berikrar Berjanji
Belajar Berusaha dan Berbakti
Untuk Membangun Negara Kita

Kepada Ibunda dan Bangsa
Kami Curahkan Taat Setia
Pada Guru Serta Ibu Bapa
Kami Sanjung Setiap Masa

Pengetahuan Suluh Kemajuan
Disiplin Nadi Kesopanan
Itulah Ikrar Kami Janjikan

Untuk Hidup di Masa Depan

4

PIAGAM PELANGGAN SMK DATO’HAJI KAMARUDDIN

SMK Dato’Haji Kamaruddin dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan
berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:

IBU BAPA
 Ibu bapa/penjaga yang datang ke sekolah dilayan dalam tempoh 5 minit.
 Segala maklumat dan aktiviti sekolah (kurikulum/kokurikulum) akan

dimaklumkan secara bertulis sekurang-kurangnya dua hari sebelum program.
 Urusan permohonan pertukaran sekolah diproses dalam masa 1 minggu dari

tarikh permohonan.
 Segala aduan atau rayuan akan dimbil tindakan dalam masa 1 minggu

(bergantung kepada jenisnya).
 Ibu bapa akan mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan

dalam masa 3 minggu selepas sesuatu ujian/peperiksaan dalaman.

MURID
 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan

pelajaran yang telah ditetapkan.
 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada waktu

yang ditetapkan.
 Memulangkan buku murid selepas diperiksa selewat-lewatnya 2 minggu

selepas kerja rumah diberikan.
 Memastikan kebajikan murid sentiasa dijaga.
 Memberikan perkhidmatan yang adil dan saksama kepada semua murid.

KOMUNITI
 Memberikan kerjasama yang erat dalam semua aktiviti kemasyarakatan.
 Melibatkan diri dalam kerja-kerja amal yang dianjurkan oleh masyarakat luar.
 Menjayakan program yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan lain.
 Menyediakan laman web untuk diakses oleh pihak komuniti.

STAKEHOLDER
 Memberi maklum balas kepada semua surat arahan daripada stakeholder

selewat-lewatnya 3 hari selepas surat diterima.
 Menyebarkan maklumat kepada warga sekolah selewat-lewatnya dalam

tempoh sehari selepas surat diterima.
 Menerima dan melaksanakan setiap arahan mengikut tempoh masa yang

ditetapkan.
 Menyampaikan maklumat dan laporan yang tepat kepada stakeholder

berkenaan.
 Meningkatkan prestasi sekolah dalam semua aspek.

5

SMKDHK merupakan sebuah sekolah yang terletak di bahu bukit yang menganjur ke
Lembah Besar Kuala Kubu Bharu. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di
Daerah Hulu Selangor. Sekolah ini bermula pada tahun 1952 sebagai Goverment English School,
Kuala Kubu Bharu yang diterajui oleh Puan Leembrugen sebagai pengetua yang pertama.
Kepimpinan yang silih berganti sehingga hari ini telah membawa pelbagai peristiwa dan kenangan
kepada warga SMKDHK. Beberapa orang pengetua yang telah berkhidmat dan mencurahkan bakti
demi memajukan anak bangsa di samping warga pendidik SMKDHK ialah seperti berikut :

NAMA PENGETUA TAHUN BERKHIDMAT

Pn. Leembrugen 1952-1954

En. Paul Chong 1955-1960

En. T.Navara 1961-1962

En. S.Thyambiah 1962-1970

En. Haron Bin Mat Piah 1970

En. A.M.Francis 1970-1982

En. Shafie Bin Ismail 1982-1985

En. Mohd Shahibi Bin Mohd Sharif 1985-1988

Tn. Hj Haris Bin Hj Abd. Moen 1988

Tn. Hj Malias Bin Abd. Rahman 1988-1989

En. Supian Bin Ismail 1989-1992

Tn. Hj Ubaidah Hj Abd. Khudzari 1992-1995

En. Mahat Dawi 1995-1998

Pn. Asmah Binti Mohd Yusof 1999-2002

Pn. Mazmin Binti Mohammad 2004-2009

Tn.Hj Manap Bin Jakarsi Mac 2009-Okt 2010

En. Kamsah Bin Mokhtar Okt 2010– April 2017

Pn. Hjh. Raudah Binti Mustafa Mei 2017—April 2018

Pn. Kahna A/P Prak Prom Keu April 2018—Sekarang

Bermula dengan sekolah rendah aliran Inggeris pada tahun 1952 dan diikuti oleh tingkatan

satu pada tahun 1955 tetapi pentadbirannya masih disatukan dengan sekolah rendah. Pada tahun

1960, pentadbiran sekolah telah diasingkan dan namanya ditukar kepada Government English
School, Kuala Kubu Bharu.

6

Pembangunan fizikal dan pembinaan blok-blok baru telah dimulakan pada tahun 1962 dan
pada tahun 1963 iaitu kumpulan pertama peperiksaan Cambridge Overseas Certificate diadakan.
Pada tahun 1964, pengubahsuaian perpustakaan sekolah telah dibuat dan akibat pertambahan
pelajar, sekolah terpaksa berlangsung secara empat sesi. Pada tahun 1979, sebuah dewan telah
didirikan atas daya usaha PIBG sekolah dan masyarakat setempat. Dewan tersebut telah dinamakan
Dewan Usaha Murni.

Pada 21 Ogos 1980, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Dato’ Haji
Kamaruddin sempena nama Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Daerah Hulu Selangor. Dari tahun ke
tahun prasarana sekolah telah bertambah dengan bermulanya pembinaan pusat sumber sekolah
pada tahun 1983. Seterusnya, pada tahun 1999, Bilik Intervensi 3M telah dijadikan sebagai pusat
pemulihan pelajar dalam pengurusan bahasa.

Pembangunan kemudahan sekolah diteruskan lagi dengan pembinaan Bilik Teknik dan
Vokasional, Bilik Sumber Geografi, Bilik Self Access Centre, Klinik Sekolah, Stor Sukan dan beberapa
prasarana yang lain. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kegiatan ko kurikulum agar lebih
tersusun dan memudahkan segala kelengkapan disimpan dengan selamat.

SMK Dato’ Haji Kamaruddin mempunyai 12 buah blok yang mana telah dinamakan dengan
nama pokok-pokok sebagai menghargai alam semula jadi di sekitar Kuala Kubu Bharu. Pada Mac
2003, sebuah blok baru empat tingkat telah siap dibina. Blok ini terletak besebelahan dengan kantin
sekolah iaitu ditepi padang manakala sebuah blok lagi juga siap dibina dan dijadikan sebagai
bangunan untuk keperluan IT (komputer) yang terletak di hujung Blo k L dan J. Pada akhir tahun
2005, Blok C telah diubahsuai untuk dijadikan Bilik MPV dengan mata pelajaran utamanya ialah
Katering dan Penyajian.

Pada tahun 2017, SMK Dato’ Haji Kamaruddin telah menambah baik prasarana dengan
mengubah suai Blok E (Tingkatan 3) menjadi Pusat Sumber Sekolah Al – Biruni dan Pusat Akses.
Bangunan ini dirasmikan oleh YB Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan pada 25 Februari 2017.
Selain itu, landskap SMKDHK juga berubah dengan pembinaan Dewan Terbuka yang telah
disumbangkan oleh Syarikat di bawah nauangan OMS Foundatio n dan Laluan Wakaf yang
disumbangkan oleh Syarikat RBBA Sdn. Bhd. (Alumni SMKDHK). Prasarana ini telah dirasmikan
pada 30 September 2017.

Pada tahun 2019, Bilik Rehat Guru dan Kakitangan (KGKT ) di Blo k D telah diubah suai
dengan penambahan ruang untuk solat dan ruang persalinan anak -anak transit di SMKDHK. Atas
sumbangan beberapa pihak yang dermawan, hasrat tersebut telah direalisasikan.

Pembinaan Mercu Tanda WE SMD telah berjaya direalisasikan pada 30 Oktober 2020 di
hadapan perkarangan pejabat. Mercu Tanda ini adalah sumbangan daripada Unit Koperasi SMK
Dato’ Haji Kamaruddin.

7



KATA ALU-ALUAN
MENTERI KANAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Murid, guru, ibu bapa, warga sekolah dan saudara saudari yang dikasihi,
Tahun 2020 akan tersemat erat dalam memori kita sebagai satu tempoh yang amat mencabar khususnya bagi
sektor pendidikan. Kita semua cukup terkesan dengan pandemik COVID -19. Pada bulan Mac 2020, semua sekolah
terpaksa ditutup kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Sejumlah lebih 5 juta
orang murid tidak dapat ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Selain itu, lebih 500,000
orang guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan bagi memastikan murid tidak ketinggalan dan dapat terus
mengikuti pembelajaran dengan selamat di rumah.
Sekolah telah dibuka semula secara berperingkat mulai 24 Jun 2020. Sudah tentu murid gembira dapat kembali ke
sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka dengan guru. Namun, situasi ini tidak berpanjangan.
mKeemnyuenbcaublaknangeKleommebnatnegriaknetPigeandpiadnidkaenmMikaClaOyVsIiaD(-1K9PMm)emmebnagwaamsbaitlukecpaubatursaannyyaannggjbauerhatleubnihtukbemsaern. uKteuapdsaeamn uinlai
sekolah bermula 9 November 2020 sehingga tamat sesi persekolahan tahun 2020. Langkah ini adalah sebagai
usaha untuk membantu Kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19, terutamanya dalam kalangan warga
sekolah. Walaupun sekolah ditutup, sesi pengajaran dan pembelajaran masih diteruskan melalui kaedah Home-
based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
Segala usaha yang dilaksanakan dalam tempoh yang mencabar ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak begitu
komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid dapat terus
imbuenbgaipkuatdi apnesmebluerlaujharwaanr. gSaasyeakmoleanhgautcaaspkkeasnabsaertainn,gsgoi -ktionngggainpdeannghdaorkgoanagnandadnemteiripmenadkidasikihankaenpaakda-anmaukrkidit,ag. uru,
Dalam mendepani situasi yang sukar ini, saya yakin bahawa segala cabaran yang dihadapi tidak akan melunturkan
semangat murid untuk terus berguru demi menuntut ilmu dalam apa jua keadaan. Rasa kecintaan kepada
penerokaan ilmu yang bermanfaat akan membentuk insan dan generasi baharu yang bijaksana serta mampu
bersaing di persada dunia. Murid yang mendalami ilmu dengan penuh keikhlasan akan terus berusaha
meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga meneroka ilmu baharu. Dengan ini, lahirlah ilmuwan
yHaanlugamn akmecpeummeerlnacnigpatan dmaansma edreepkaanpnroegdaurka sbeertragasnetrutangpekrekphaiddamatathanapyapnegngmuesmaabnerilimmuanoflaeaht gkeenpeardaasimmasuydaaraykaantg.
ada pada hari ini. Ketinggian ilmu yang digabungkan dengan kemuliaan akhlak adalah resipi kegemilangan
sesebuah negara.

Banir tanjung selisih jati
Jati berbalam disinggahi helang

Ilmu dijunjung setulus hati
Akhlak menyulam pertiwi gemilang
Dalam aspek penerbitan majalah sekolah, tentunya edisi penerbitan untuk tahun ini mempunyai makna yang
begitu mendalam dan berbeza berbanding tahun -tahun sebelumnya. Selain memaparkan latar belakang, aktiviti
ydaanngpednihcaadpaapiainosleehkosleakhtsoerrptaenmdeidmikahanatdmaleammormi penedrseepkaonliahpaann,dmemajiaklaChOtaVhIDun-1i9n.i Ampeamyaannigfesbtearsliakkaun pcaabdaarmanasbaesianri
adalah sesuatu yang diluar kebiasaan.
Bagi penerbitan majalah sekolah yang berkualiti, pastinya ia terhasil daripada penggabungan idea, inovasi,
kkeremaatihviirtai nsedratan kmeerjnagsgaimlaap abnatkaarta sgeurrtau pdoatnenmsiurmidu.riPdrokseesarpaehneyrabnitganlebmihajacleamh eirnliantge.laOhlebherhjaayl ayamnegnidnegmkiaktkiaann,
setinggi -tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah di atas kejayaan menerbitkan
majalah sekolah bagi tahun 2020.
Akhir kata diharapkan kejayaan yang dikongsikan dalam majalah ini akan menjadi aspirasi dan dorongan untuk
pencapaian yang lebih baik pada mas a akan datang.
Selamat maju jaya,

9

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan
kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga
sekolah khususnya sidang redaksi majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang
sungguh bermakna ini. Semoga majalah sekolah ini dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan
semangat cinta terhadap sekolah serta meneruskan budaya penyayang dalam kalangan warga
sekolah.

Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013—2025 akan sentiasa menjadi fokus utama untuk semua pihak. Fokus
dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan tertumpu kepada kualiti pembelajaran murid dan
kualiti guru serta pemimpin sekolah. Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila ia
dipacu dengan pengajaran yang berkualiti oleh guru serta disokong oleh Kepimpinan Pengetua /
Guru Besar. Justeru, akauntabiliti perlu ada pada semua pihak bagi menjamin pembelajaran murid
diutamakan. Akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat mengikat dan menyatukan komitmen
kita ke arah keberhasilan.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta terus bersama -sama
menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang
cemerlang dan gemilang.

BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!

(DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM)
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

10

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata
dalam majalah sekolah pada kali ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Kamaruddin kerana berjaya menerbitkan majalah bagi
tahun 2020. Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha murni yang harus dicontohi kerana
dapat merakamkan segala peristiwa dan pencapaian sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah ini
juga akan menjadi sumber rujukan dan kenangan sepanjang hayat buat semua warga sekolah.

Tahun 2020 merupakan tahun persekolahan yang paling mencabar buat kita semua. Ancaman
pandemik COVID-19 menyebabkan sesi persekolahan tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Ketika menghadapi cabaran dan masalah ini, kita sebagai warga pendidik janganlah
mudah berputus asa, sebaliknya kita perlu memiliki kesabaran, kekuatan akidah dan iltizam yang
tinggi bagi memastikan tanggungjawab kita dapat dilaksanakan. Inilah benteng utama yang perlu
dibudayakan dan ditanam dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik. Semoga usaha bakti yang
kita sumbangkan selama ini diberkati oleh Allah S.W.T.

Harapan saya agar kita semua sama-sama bergerak seiring dalam menangani apa jua cabaran dan
halangan dalam usaha membentuk kemenjadian anak murid yang mampu mendepani segala
cabaran pada masa hadapan. Akhir kata, saya mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
mendoakan agar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ HAJI KAMARUDDIN terus
menggapai kegemilangan dan merealisasikan slogan JPN Selangor Terbilang.
Selamat Maju Jaya.

11

KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat Sejahtera dan Salam Sehati Menggungguli Prestasi.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah hidayah-Nya, E-Majalah KEMAJUAN ini dapat
diterbitkan secara digital untuk kali yang ke-57. Terima kasih saya ucapkan kerana pihak kami telah
diberikan peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata di dalam majalah ini sebagai satu cetusan
anjakan paradigma buat semua warga SMK Dato’ Haji Kamaruddin.

Syabas dan tahniah kepada para pendidik dan anak -anak pelajar generasi berilmu kerana berupaya
berkolaborasi secara berpasukan dalam melahirkan majalah sekolah yang boleh dijadikan media
rujukan dan memori terindah kepada semua komuniti sekolah. Semangat tersebut dan gandingan
yang mantap amat penting dalam menjayakan sesuatu kerja bagi mendapatkan impak yang tinggi.

Majalah sekolah ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan pencapaian
pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi
kenangan indah zaman persekolahan. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan
naskhah bercetak semakin terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah
sekolah akan terus relevan sampai bila-bila.

Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Sarana Ibu Bapa yang menjadi inti pati
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menuntut warga
pendidikan berfikir di luar kotak untuk terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan
tahniah kepada warga sekolah dan ibu bapa kerana berjaya memanfaatkan peluang dan
bekerjasama bagi melicinkan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan lebih
berkesan dan cekap. Mudah-mudahan sumbangan dan kesungguhan tuan puan bakal memacu
pendidikan ke persada kecemerlangan yang dihajati.

Akhirnya, saya yakin dan percaya bahawa penerbitan majalah sekolah secara digital ini akan
menjadi perangsang kepada pelajar untuk terus mempamerkan bakat dan keterampilan diri masing
-masing. Saya berharap agar warga SMK Dato’ Haji Kamaruddin akan terus mara ke hadapan serta
berjiwa kental dalam menghadapi transformasi pendidikan yang semakin kompleks dan besifat
global.
Sekian, terima kasih.

12

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA

SMK DATO’ HAJI KAMARUDDIN

Salam sejahtera dan Salam Senadi Senada SMKDHK Cemerlang.
Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana E-Majalah KEMAJUAN Edisi ke-
57 berjaya diterbitkan. Syabas dan tahniah juga saya rakamkan kepada semua pihak yang
telah menunjukkan komitmen yang jitu khususnya kepada Jawatankuasa Sidang Redaksi
SMK Dato’ Haji Kamaruddin kerana telah menjayakan penerbitan majalah sekolah secara
maya pada tahun ini.
E-Majalah KEMAJUAN merupakan wadah rasmi sekolah dalam menterjemahkan pelbagai
aktiviti dan pencapaian yang telah dicapai oleh warga sekolah sepanjang tahun ini. Namun,
negara kita telah dikejutkan dengan pendemik COVID-19 yang telah mengekang pelbagai
aktiviti yang biasa diadakan di sekolah. Dengan Norma Baharu, warga sekolah menjalani sesi
persekolahan dengan mengikut peraturan yang digariskan oleh pihak KPM, KKM dan MKN.
Saya percaya isu pandemik COVID-19 yang melanda dunia bukanlah menjadi penghalang
kepada segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh para guru dan murid dalam
memastikan kelangsungan pendidikan terus dimantapkan. Sesi PdPR juga terus terlaksana
semasa tempoh PKPB membuktikan bahawa pihak sekolah sentiasa komited dalam
merealisasikan impian dan harapan menjadikan sekolah ini cemerlang dan berupaya
melahirkan pelajar yang berdaya saing.
Oleh yang demikian, saya mendoakan SMK Dato’ Haji Kamaruddin agar terus berjaya dalam
semua lapangan dan mampu meletakkan diri gah di persada pendidikan negara.
Sekian, terima kasih.
“SENADI SENADA SMKDHK CEMERLANG”

KANHA A/P PRAK PROM KEU
Pengetua SMK Dato’ Haji Kamaruddin,
Kuala Kubu Bharu.

13

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SMK DATO’ HAJI KAMARUDDIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin -
Nya, maka E -Majalah KEMAJUAN EDISI KE-57 yang disebar luas secara maya ini dapat juga
diterbitkan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Sidang Redaksi SMK Dato’
Haji Kamaruddin kerana kesungguhan dalam usaha menerbitkan majalah sekolah ini.

Adalah menjadi hasrat dan matlamat PIBG untuk bekerjasama dengan pihak pentadbiran SMK Dato’
Haji Kamaruddin dalam usaha memberi pengetahuan dan maklumat kepada ibu bapa dan
masyarakat tentang aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Walaupun dunia dilanda pandemik COVID
-19, pihak sekolah sentiasa mengusahakan yang terbaik dengan mematuhi segala peraturan yang
digariskan oleh KPM, KKM dan MKN serta pelaksanaan PdPR supaya murid -murid tidak ketinggalan
untuk menuntut ilmu. Saya amat hargai segala usaha dan komitmen pihak pentadbiran dan guru -
guru yang sentiasa memberikan yang terbaik demi anak -anak didik.

Oleh yang demikian, PIBG khususnya Ahli Jawatankuasa 2020/2021 akan sentiasa memberikan
kerjasama yang diperlukan demi kelancaran segala program atau aktiviti yang dirancang. Justeru,
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru ahli -ahli PIBG untuk bersama-sama
memberikan idea, pendapat atau maklum balas kepada PIBG dalam usaha kita membantu pihak
pentadbiran sekolah demi menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan peningkatan
prestasi sahsiah, akademik serta kokurikulum murid-murid SMKDHK.

Semoga dengan wujudnya E -Majalah KEMAJUAN yang secara maya ini, dapatlah pihak sekolah
menyalurkan segala informasi berkaitan aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam tahun ini kepada
semua ibu bapa dan masyarakat. Diharapkan majalah ini juga dapat dijadikan kenangan yang akan
diabadikan oleh semua warga sekolah SMK Dato’ Haji Kamaruddin khususnya murid -murid dan
guru.

Akhir kata, saya ingin melafazkan ucapan setinggi -tinggi penghargaan kepada guru-guru dan ibu
bapa atas sokongan dan kerjasama anda bagi memartabatkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Haji Kamaruddin.

Wassalam.

SELAMAT MAJU JAYA

YUSMAN BIN YUSOF
Yang Dipertua PIBG,
Smk Dato’ Haji Kamaruddin,
Kuala Kubu Bharu.

14

KATA ALU-ALUAN
KETUA PELAJAR
SMK DATO’ HAJI KAMARUDDIN

Salam Sejahtera dan Salam Senadi Senada SMKDHK Cemerlang.
.
Sebagai pembuka tirai bicara ,salam damai saya ucapkan kepada semua pembaca majalah . Syabas
dan tahniah saya ucapkan kepada AJK Sidang Redaksi Majalah SMK Dato’ Haji Kamaruddin serta
pihak sekolah kerana berjaya meneruskan kesinambungan penerbitan E-MAJALAH KEMAJUAN
Edisi ke-57 pada tahun 2020. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada
saya untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk dimuatkan dalam majalah ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada pihak pentadbir dan guru -guru SMK Dato’ Haji
Kamaruddin kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menggalas jawatan dan
tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Kamruddin bagi
sesi 2020. Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuk para pelajar SMK Dato’ Haji
Kamaruddin kepada Lembaga Pengawas amat saya hargai. Unsur kerjasama sangat penting bagi
mencapai objektif Lembaga Pengawas sekali gus memastikan visi dan misi sekolah dapat
direalisasikan.
Tanggungjawab dan peranan Lembaga Pengawas dalam memastikan disiplin pelajar dalam tahap
terbaik sememangnya agak kompleks dan rumit, namun komitmen yang diberikan oleh para guru
Lembaga Pengawas dan pengawas sekolah memastikan kami terus komited dalam melaksanakan
tanggungjawab tersebut. Segala kritikan yang membina dan maklum balas daripada semua pihak
terhadap Lembaga Pengawas amat kami hargai demi meningkatkan kredibiliti dan karisma
Lembaga Pengawas SMK Dato’ Haji Kamaruddin.
Dalam menimba ilmu, kita perlu mengamalkan prinsip “Genggam bara api biar sampai jadi arang”,
dan kita perlulah tidak kenal akan erti berputus asa. Kejayaan dalam bidang kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah diri murid harus diseimbangkan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang
sempurna memerlukan pencapaian yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
seseorang pelajar sejajar dengan dasar pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.

(NORAZLIZAM HAZIMAN A/L SALIM)
KETUA PELAJAR
SMK DATO’ HAJI KAMARUDDIN

15

KATA ALU-ALUAN
KETUA SIDANG REDAKSI
MAJALAH KEMAJUAN SMKDHK KE-57

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia -NYA ahli
jawatankuasa Sidang Redaksi KEMAJUAN tahun 2020 telah berjaya diterbitkan.
Dengan semangat kesungguhan, iltizam dan dedikasi yang jitu guru-guru AJK Guru
Pelaksana majalah ini maka terhasillah suatu pendokumentasian peristiwa dan
laporan yang dimuatkan dalam E-Majalah KEMAJUAN Tahun 2020.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru serta ahli
jawatankuasa sidang redaksi kerana sanggup meluangkan masa untuk
menghasilkan majalah ini dengan penuh tekun dan sabar. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih di atas segala kesungguhan yang ditunjukkan kerana
tanpa semangat yang jitu tidak tidak terhasillah majalah yang mempunyai seribu
satu kenangan ini.

Akhir kata, saya berharap agar majalah ini dapat menjadi kenangan yang terindah
buat semua warga SMK Dato’ Haji Kamaruddin.

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun untuk renungan. Sekian.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Sekian, terima kasih.

(NUR DIANA FARHANI BINTI FITRIDAWADIN)
KETUA SIDANG REDAKSI
MAJALAH KEMAJUAN KE-57
SMK DATO’ HAJI KAMARUDDIN

16



18

19



21

BERDIRI DARI KIRI:
PN. NORIMA BINTI ABD RAHMA N (GK BAHASA), PN. ZAITON BINTI HAJI ZA INUDDIN (PK KOKURIKULUM), PN. MA NIZA @ HA NIZA
BINTI YUSOF (PK PENTA DBIRA N), PN. KA NHA A/P PRAK PROM KEU (PENGETUA), TN. HJ. CHE ZA INUDIN BIN CHE MOHD NOOR
(PK HEM), TN. HJ. MA ZLA N BIN AHMAD (GK KEMA NUSIAA N), PN. HJH. FA IZAH BINTI YUSOF (GK TEKNIK & VOKASIONAL), PN.
CHEN NYUK FOONG (GK SAINS & MATEMATIK)

22

23

24

25

26

BIL NAMA OPSYEN GRED
1 KANHA A/P PRAK PROM KEU BAHASA MELAYU DG52
DG52
2 MANIZA @ HANIZA BINTI YUSOF FIZIK DG48

3 TN. HJ. CHE ZAINUDIN BIN CHE MOHD NOOR BAHASA INGGERIS/KESUSASTERAAN DG52
DG52
4 PN. ZAITON BINTI HAJI ZAINUDDIN BIOLOGI/SAINS DG48
5 MAZLAN BIN AHMAD DG54
6 CHEN NYUK FOONG BAHASA MELAYU/SEJARAH DG48
7 FAIZAH BINTI YUSOF DG44
8 NORIMA BINTI ABD RAHMAN MATEMATIK/PENGAJIAN MATEMATIK DG48
9 AHMAD ADZHARI BIN IDRIS DG48
10 ANIJAN BINTI AZHAR PENGAJIAN MELAYU (LINGUISTIK)/SEJARAH DG44
11 AZMAN BIN ZAKARIA BAHASA MELAYU DG48
12 AZRAH BINTI ABDUL JAHIR MATEMATIK/PENGAJIAN MATEMATIK/ DG52
13 FAZNEY BINTI MD FADZIL SAINS SUKAN DG52
14 HALIZA BINTI HANAFIAH PENDIDIKAN SENI/GEOGRAFI DG48
15 HASINAH BINTI AHMAD TESL/PENGAJIAN PENDIDIKAN SENI DG44
16 HASLIZA BT MOHAMMED MATEMATIK / PRINSIP AKAUN
17 HAZWANI BINTI ABDUL GHANI PENDIDIKAN MUZIK/PENDIDIKAN SENI DG48
SEJARAH/PENGAJIAN MELAYU
18 JULIA BINTI KASSIRAN KIMIA/MATEMATIK DG44
BIOLOGI/SAINS
19 KHAIRUL BARIYAH BINTI ABDUL HALIM KEMAHIRAN HIDUP/PENGAJIAN AM DG48
BIMBINGAN DAN KAUNSELING/
20 KHARUDIN BIN MOHID BAHASA MELAYU DG44

21 KOGILAM A/P SENASAMY SAINS DENGAN PENDIDIKAN (KIMIA) DG48

SAINS SUKAN/SAINS MAKANAN DAN DG41
PEMAKANAN DG44
DG48
BAHASA MELAYU DG48
DG52
22 LAILI BINTI YAHYA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN/ DG44
PENGAJIAN BAHASA MELAYU DG44
23 LIYANA BINTI MOHD SIDEK PERDAGANGAN
24 MAIZAH BINTI AHMAD NAWI MATEMATIK/FIZIK
25 MALLIKA A/P RAMIYAH BIOLOGI/SAINS
26 MOHD TERMIZI BIN YAACOB EKONOMI
27 NG FUT MOI PENGAJIAN CINA
28 NOOR DALILA BINTI GHAZALI BIOLOGI/MATEMATIK
29 NOOR IDAYU BINTI SAMSUDIN
PERAKAUNAN / PENGURUSAN PERNIAGAAN

27

BIL NAMA OPSYEN GRED
30 NOOR AFIFAH BINTI ROSZZI PENDIDIKAN ISLAM DG41
31 NOR AFIZAN BT MUHAMMAD YUSOF BAHASA INGGERIS DG48
32 NOR ZUREIDAH BINTI MD SAID BAHASA ARAB/PENDIDIKAN ISLAM DG48
33 NOR'AINI BINTI MOHAMAD SELEH BAHASA INGGERIS DG48
34 NORHAFALIAH BINTI ABDUL LATIF PENDIDIKAN MORAL DG44
DG44
35 NORHAJAR AZIHA BT MOHD NOR TEKNOLOGI MAKLUMAT/MATEMATIK DG44
DG44
36 NORHIDAYAH BT ALI TEKNOLOGI MAKLUMAT/MATEMATIK DG44
37 NORIZAH BINTI DAUD MATEMATIK / FIZIK DG41
DG48
38 NORLIANTI BINTI ADALI BAHASA MELAYU/GEOGRAFI DG44
DG44
39 NUR HAFIZON BINTI ADNAN PENDIDKAN ISLAM/BAHASA ARAB DG48
DG48
40 PARAWANIDA BT MUHAMAD RASLAN BAHASA MELAYU DG48
DG44
41 RAFIDAH BINTI ISMAIL MUZIK / KAJIAN TEMPATAN DG48
42 RAHIFAH BINTI ABU BAKAR PENGURUSAN PERNIAGAAN DG44
43 RAHIMAH BINTI MISNON PENGAJIAN PENDIDIKAN SENI/SEJARAH DG38
DG44
44 ROSLAH BINTI MAKH HASSAN EKONOMI ASAS DG44
DG41
45 ROSNITA BINTI YUSUF SAINS RUMAHTANGGA/KEMAHIRAN HIDUP DG52
DG44
46 ROZIANA BINTI SAARI TEKNOLOGI MAKLUMAT DG41
47 ROZITA BINTI MOHD SURI BAHASA MELAYU/SEJARAH DG44

48 SHAHRUL BARIAH BINTI MUSTAPHA MATEMATIK DG44

49 SITI ZULIANA BINTI ABD JABAR KEMAHIRAN HIDUP (KMT) DG41
50 SUHANA BINTI HIRDJAT TEKNOLOGI MAKLUMAT/MATEMATIK
51 SUJATHA A/P VEERIAH BAHASA INGGERIS/ICT DG44
DG44
52 SUREN A/L RAJAN BAHASA TAMIL DG44

53 SURIA BINTI ALIAS PENGAJIAN MELAYU/SASTERA
54 SURIAWATI BINTI ISMAIL SEJARAH/BAHASA MELAYU
55 UMMI AMELIA BINTI RUSLI KEMAHIRAN HIDUP (KMT)

56 WAN MOHD AIZUDDIN BIN CHE MAT FIZIK/MATEMATIK
WAN NURUL FATHIAH BINTI WAN IBRA-

57 SAINS RUMAH TANGGA
HIM

58 YUMAIZA BINTI MOHD DIN KEUSAHAWANAN/PERDAGANGAN

59 YUNUS BIN JURAIT BIMBINGAN & KAUNSELING

60 ZALEHA BINTI MAMAT TEKNOLOGI MAKLUMAT
61 ZARAIHAN BINTI SEMAN SEJARAH/BM

28

29 PENGURUSA N PEJABAT
SMK DATO’ HAJI KAMARUDDIN TAHUN 2020:
PENGETUA: PN. KANHA A/P PRAK PROM KEU
PK PENTADBIRAN: PN. MANIZA @ HANIZA BINTI YUSOF
PK HEM: TN. HJ CHE ZAINUDDIN BIN CHE MOHD NOOR
PK KOKURIKULUM: PN. ZAITON BINTI ZAINUDDIN
KETUA PEMBANTU TADBIR N22: PN. NORLIZA BINTI ABDULLAH
PEMBANTU TADBIR N17: PN. NORAZMAWATI BINTI HAZMAN
PEMBANTU OPERASI N11: PN. NORASZILAH BINTI AHMAD
PEMBANTU OPERASI N11: PN. NASIBAH UMMU AMMARAH BINTI
ABDULLAH
PEMBANTU MAKMAL C22: PN. SAERAH BINTI KHABIB
PEMBANTU MAKMAL C22: PN. NORMAH BINTI MOHAMADIN
PEMBANTU MAKMAL C22: EN. KHAIRUDDIN BIN KHALIK
JURUTEKNIK KOMPUTER FA 29: PN. HANIM BINTI MD HASAR

KELAB GURU DA N KAKITANGA N (KGKT)
SMK DATO’ HAJI KAMARUDDIN TAHUN 2020:
PENGETUA: PN. KANHA A/P PRAK PROM KEU
PK PENTADBIRAN: PN. MANIZA @ HANIZA BINTI YUSOF
PK HEM: TN. HJ CHE ZAINUDDIN BIN CHE MOHD NOOR
PK KOKURIKULUM: PN. ZAITON BINTI ZAINUDDIN
PENGERUSI KGKT : PN. PARAWANIDA BINTI MUHAMMAD RASLAN
NAIB PENGERUSI: PN. ROZITA BINTI MOHD SURI
SETIAUSAHA: PN. JULIA BINTI KASSIRAN
PEN. S/U: PN. NORLIANTI BINTI ADALI
BENDAHARI: CIK SURIA BINTI ALIAS
PEN. BENDAHARI: PN. MAIZAH BINTI AHMAD NAWI
AJK:
1. TN. HJ. MAZLAN BIN AHMAD
2. PN. KOGILAM A/P SENASAMY
3. PN. HASLIZA BINTI MOHAMMED
4. PN. NORHAJAR AZIHA BINTI MOHD NOR
5. PN. NOR AFIZAN BINTI MUHAMMAD YUSOF
6. PN. NOOR IDAYU BINTI SAMSUDIN
7. PN. NORAZMAWATI BINTI HAZMAN
8. PN. NASIBAH UMMU AMMARAH BINTI ABDULLAH

30

31

“SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN DAN BERTANGGUNGJAWAB
ATAS APA YANG DIPIMPINYA,” (HR BUKHARI)

32

33

34

35

36



27/12/2019 JANUARI
2/1/2020 PENDAFTARAN PERALIHAN & TINGKATAN 1
3/1/2020 ORIENTASI MURID PERALIHAN & TINGKATAN1

6/1/2020 PROGRAM SOLAT HAJAT MEMOHON KESEMBUHAN TN. HJ. ABDUL AZIZ BIN
8/1/2020 MOHAMMED YUSOF
9/1/2020 MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN
10/1/2020 MESYUARAT AGUNG UNIT BERUNIFORM
10/1/2020 MESYUARAT AGUNG KELAB DAN PERSATUAN
11/1/2020 MESYUARAT AGUNG SUKAN DAN PERMAINAN
7-16/1/2020 LADAP E-RPH
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
PROGRAM JERAYAWARA PT3 & SPM

17/1/2020 KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
22/1/2020 PROGRAM KALIGRAFI PANITIA BAHASA CINA SEMPENA CNY
22/1/2020 KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR
31/1/2020 PROGRAM MENTOR MENTEE KALI PERTAMA

1/2/2020 FEBRUARI
3/2/2020 PROGRAM KELAS TUISYEN KALI PERTAMA
5/2/2020 MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG
10/2/2020 SUKANTARA
15/2/2020 PROGRAM ZIARAH CAKNA
12/2/2020 MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA
12/2/2020 PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR
19/2/2020 KEJOHANAN PRA SUKAN
20/2/2020 KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
22/2/2020 LADAP KBAT DARIPADA GKPM
MAJLIS AKU JANJI & PENETAPAN TARGET SERTA MESYUARAT AGUNG PIBG
5/3/2020
3-5/3/2020 MAC
MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM
9/3/2020 PERKHEMHAN KADET BOMBA & PENTAULIAHAN GURU KADET BOMBA PER-
12/3/2020 INGKAT DAERAH
10/3/2020
12/3/2020 MAJLIS PELANCARAN BULAN AKADEMIK & PUSAT SUMBER
12/3/2020 KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA
MAJLIS PELANCARAN HIP
LADAP KAJIAN TINDAKAN
KEJOHANAN HARTAWAN SAIDINA (KELAB PROTUNE)

38

11/6/2020 JUN
PROGRAM GOTONG-ROYONG & SANITASI SERTA MENYUSUN KEDUDUKAN
24/6/2020 MURID
23/6/2020
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SELEPAS PKP MURID TINGKATAN 5
15-23 /6/2020 SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SECARA G-MEET & MERAIKAN
15/6/2020 HARI LAHIR PN. PENGETUA & PK HEM
29/6/2020
PLC PERSEDIAAN SEBELUMSEKOLAH BERMULA
9/7/2020 GOTONG-ROYONG BILIK GURU
15/7/2020 PROGRAM UBK PASCA COVID

10-12/7/2020 JULAI
24/7/2020 PROGRAM MENTOR MENTEE
21/7/2020 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SEMUA MURID TINGKATAN PERALIHAN —
TINGKATAN 4 & PROGRAM MINDA SIHAT
12/8/2020
14/8/2020 GOTONG-ROYONG BILIK REHAT & BILIK TRANSIT
PROGRAM TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU K2
2/9/2020 BENGKEL GEGAR DIGITAL LEARNING QUIZIZZ (BAHASA MELAYU & SE-
14/9/2020 JARAH)
15/9/2020
15/9/2020 OGOS
25/9/2020 MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN & JUBLI EMAS RUKUN NEGARA
2020
9/12/2020 PROGRAM BACAAN YASIN & TAHLIL ALLAHYARHAM TN. HJ. ABD AZIZ BIN
MOHAMMED YUSOF & SUAMI PN. LIYANA BINTI MOHD SIDEK
15/12/2020
SEPTEMBER
MAJLIS PERPISAHAN PN. ALIZA BINTI AHMAT ATAS KENAIKAN PANGKAT
SEBAGAI PK KOKURIKULUM DI SMK SERENDAH
PROGRAM MENTOR MENTEE
PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEMPENA KEMERDEKAAN “MERDEKA -
63”
BENGKEL JOB DESCRIPTION (JD) DALAM TALIAN HRMIS

MAJLIS PERPISAHAN PN. ZURAIDAH BINTI MOHD AMIN ATAS KENAIKAN
PANGKAT SEBAGAI GKMP DI SMK SUNGAI CHOH

DISEMBER
DIALOG PRESTASI PEDULI (BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, SEJARAH &
MATEMATIK)

MAJLIS KALUNGAN BUDI SEMPENA PERPINDAHAN EN. WAN MOHD AI-
ZUDDIN BIN CHE MAT & EN. ADZHARI BIN IDRIS

39



41

MAJLIS PERPISAHAN 2 & 11
PUAN ALIZA BINTI AHMAT
SEPTEMBER
2020

42

MAJLIS PERPISAHAN 25
PUAN ZURAIDAH BINTI MOHD AMIN
SEPTEMBER
2020

43

SALAM PERPISAHAN 10
EN. WAN MOHD AIZUDDIN &
NOVEMBER
EN. AHMAD ADZHARI 2020

44



PENDAFTARAN PERALIHAN DAN 27
TINGKATAN 1
DISEMBER
2019

46

PROGRAM SOLAT HAJAT & BACAAN 3
SURAH YASIN BUAT TUAN HAJI ABDUL AZIZ
JANUARI
2020

47

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 11

JANUARI
2020

48

PROGRAM JERAYAWARA PT3 & SPM 7-16

JANUARI
2020

49


Click to View FlipBook Version