The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norliantiadali, 2023-12-28 00:50:31

KEMAJUAN EDISI KE-60 TAHUN 2023

KEMAJUAN EIDISI KE-60 TAHUN 2023

Keywords: KEMAJUAN

Edisi ke - 60 Kemajuan SMK DATO’ HAJI KAMARUDDIN # s e n a d i s e n a d a s m k d h k c e m e r l a n g 2023


Falsafah Sekolah 09 06 Ajk Redaksi Penghargaan Tinta Karya Kreatif Kaleidoskop Kata Aluan Galeri Kelas Sejarah Sekolah Unit Kokurikulum Pencapaian Kokurikulum Laporan Kurikulum Peristiwa Sepanjang Tahun Piagam Pelanggan Kenangan Terindah Diari Pentadbiran & Pengurusan Iklan 20 42 154 182 192 211 237 272 276 Isi Kandungan 03 07 23 46 52 61


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN FALSAFAH SEKOLAH WAWASAN SEKOLAH # s e n a d i s e n a d a s m k d h k c e m e r l a n g PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, EMOSI, ROHANI DAN JASMANI. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB, BERKETERAMPILAN DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEROHANIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA. SELURUH WARGA SMKDHK MENGIKTIRAF KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN SEBAGAI NADI PENGGERAK MENUJU KEMAJUAN. SELURUH WARGA SMKDHK MENGAMALKAN BUDAYA CINTA AKAN ILMU, MENJAGA KEBERSIHAN, KECERIAAN, MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK, BERGERAK AKTIF DALAM KOKURIKULUM SERTA MENGUKUHKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP TUGAS DAN AKHLAK MULIA. 3


MISI SEKOLAH # s e n a d i s e n a d a s m k d h k c e m e r l a n g VISI SEKOLAH MOTO SEKOLAH TAG LINE SEKOLAH MERCU TANDA SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA SELURUH WARGA SEKOLAH MENGIKTIRAF KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN SEBAGAI JALAN KE ARAH KEMAJUAN SENADI SENADA SMKDHK CEMERLANG 4


PENGETAHUAN SULUH KEMAJUAN PENGETAHUAN Ilmu pelajaran yang diamal SULUH Jalan atau hala tuju KEMAJUAN Hidup maju dunia dan akhirat Kami pelajar putera puteri, Bersumpah berikrar dan berjanji, Belajar, berusaha dan berbakti, Untuk membangun negara kita. Kepada Ibunda dan bangsa, Kami curahkan taat setia, Pada guru serta ibu bapa, Kami sanjung setiap masa. Pengetahuan suluh kemajuan, Berdisiplin nadi kesopanan, Itulah ikrar kami janjikan, Untuk hidup di masa depan. PADI Mencapai kecemerlangan tertinggi LIMA BULATAN Kerjasama erat warga sekolah BULAN/BINTANG Ilmu penerang hari untuk hidup di dunia dan akhirat WARNA MERAH Semangat berkobar-kobar WARNA KUNING Kesetiaan dan tanggungjawab LENCANA SEKOLAH LAGU SEKOLAH 5


Ibu bapa / penjaga yang datang ke sekolah dilayan dalam tempoh 5 minit. Segala maklumat dan aktiviti sekolah (kurikulum / kokurikulum) akan dimaklumkan secara bertulis sekurang-kurangnya dua hari sebelum program. Urusan permohonan pertukaran sekolah diproses dalam masa 1 minggu dari tarikh permohonan. Segala aduan atau rayuan akan diambil tindakan dalam masa 1 minggu (bergantung kepada jenisnya). Ibu bapa akan mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan dalam masa 3 minggu selepas sesuatu ujian / peperiksaan dalaman. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada waktu yang ditetapkan. Memulangkan buku murid selepas diperiksa selewat-lewatnya 2 minggu selepas kerja rumah diberikan. Memastikan kebajikan murid sentiasa dijaga. Memberikan perkhidmatan yang adil dan saksama kepada semua murid. Memberikan kerjasama yang erat dalam semua aktiviti kemasyarakatan. Melibatkan diri dalam kerja-kerja amal yang dianjurkan oleh masyarakat luar. Menjayakan program yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan lain. Menyediakan laman web untuk diakses oleh pihak komuniti. Memberikan kerjasama yang erat dalam semua aktiviti kemasyarakatan. Melibatkan diri dalam kerja-kerja amal yang dianjurkan oleh masyarakat luar. Menjayakan program yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan lain. Menyediakan laman web untuk diakses oleh pihak komuniti. Ibu Bapa SMK Dato' Haji Kamaruddin dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk : Piagam Pelanggan SMK Dato' Haji Kamaruddin PIAGAM PELANGGAN Murid Komuniti Stakeholder 6


SEJARAH SEKOLAH SMKDHK merupakan sebuah sekolah yang terletak di bahu bukit yang menganjur ke Lembah Besar Kuala Kubu Bharu. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di Daerah Hulu Selangor. Sekolah ini bermula pada tahun 1952 sebagai Goverment English School, Kuala Kubu Bharu yang diterajui oleh Puan Leembrugen sebagai pengetua yang pertama. Kepimpinan yang silih berganti sehingga hari ini telah membawa pelbagai peristiwa dan kenangan kepada warga SMKDHK. Beberapa orang pengetua yang telah berkhidmat dan mencurahkan bakti demi memajukan anak bangsadi samping warga pendidik SMKDHK ialah seperti berikut : Bermula dengan sekolah rendah aliran Inggeris pada tahun 1952 dan diikuti oleh tingkatan satu pada tahun 1955 tetapi pentadbirannya masih di satukan dengan sekolah rendah. Pada tahun 1960, pentadbiran sekolah telah diasingkan dan namanya ditukar kepada Goverment English School, Kuala Kubu Bharu. NAMA PENGETUA TAHUN BERKHIDMAT Pn. Leembrugen (1952-1954) En. Paul Chong (1955-1960) En. T.Navara (1961-1962) En. S.Thyambiah (1962-1970) En. Haron Bin Mat Piah (1970) En. A.M.Francis (1970-1982) En. Shafie Bin Ismail (1982-1985) En. Mohd Shahibi Bin Mohd Sharif (1985-1988) Tn. Hj Haris Bin Hj Abd. Moen (1988) Tn. Hj Malias Bin Abd. Rahman (1988-1989) En. Supian Bin Ismail (1989-1992) Tn. Hj Ubaidah Hj Abd. Khudzari (1992-1995) En. Mahat Dawi (1995-1998) Pn. Asmah Binti Mohd Yusof (1999-2002) Pn. Mazmin Binti Mohammad (2004-2009) Tn.Hj Manap Bin Jakarsi (Mac 2009-Okt 2010) En. Kamsah Bin Mokhtar (Okt 2010– April 2017) Pn. Hjh. Raudah Binti Mustafa (Mei 2017—April 2018) Pn. Kahna A/P Prak Prom Keu (April 2018—Mei 2021) En. Rosli Bin Jamaludin (Sept. 2021 —Sekarang) 7


Pembangunan fizikal dan pembinaan blok-blok baru telah dimulakan pada tahun 1962 dan pada tahun 1963 iaitu kumpulan pertama peperiksaan Cambridge Overseas Certificate diadakan. Pada tahun 1964, pengubahsuaian perpustakaan sekolah telah dibuat dan akibat pertambahan pelajar, sekolah terpaksa berlangsung empat sesi. Pada tahun 1979, sebuah dewan telah didirikan atas daya usaha PIBG sekolah dan masyarakat setempat. Dewan tersebut telah dinamakan Dewan Usaha Murni. Pada 21 Ogos 1980 , nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Dato' Haji Kamaruddin sempena nama Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Daerah Hulu Selangor. Dari tahun ke tahun prasarana sekolah telah bertambah dan bermulanya pembinaan pusat sumber sekolah pada tahun 1983. Seterusnya pada tahun 1999, Bilik Intervensi 3M telah dijadikan sebagai pusat pemulihan pelajar dalam pengurusan bahasa. Pembangunan kemudahan sekolah diteruskan lagi dengan pembinaan Bilik Teknik dan Vokasional, Bilik Sumber Geografi, Bilik Self Access Centre, Klinik Sekolah, Stor Sukan dan beberapa prasarana yang lain. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kegiatan kokurikulum agar lebih tersusun dan memudahkan segala kelengkapan disimpan dengan selamat. SMK Dato' Haji Kamaruddin mempunyai 12 buah blok yang mana telah dinamakan dengan nama pokokpokok sebagai menghargai alam semula jadi di sekitar Kuala Kubu Bharu. Pada Mac 2003, sebuah blok baru empat tingkat telah siap dibina. Blok ini terletak bersebelahan dengan kantin sekolah iaitu ditepi padang manakala sebuah blok lagi juga siap dibina dan dijadikan sebagai bangunan untuk keperluan IT (komputer) yang terletak dihujung Blok L dan J. Pada akhir tahun 2005, Blok C telah diubahsuai untuk dijadikan Bilik MPV dengan mata pelajaran utamanya ialah Katering dan Penyajian. Pada tahun 2017, SMK Dato' Haji Kamaruddin telah menambah baik prasarana dengan mengubahsuai Blok E (Tingkatan 3) menjadi Pusat Sumber Sekolah Al-Biruni dan Pusat Akses. Bangunan ini dirasmikan oleh YB Datuk Mat Nadzri bin Ahmad Dahlan pada 25 Februari 2017. Selain itu, landskap SMKDHK juga berubah dengan pembinaan Dewan Terbuka yang telah disumbangkan oleh Syarikat dibawah naungan OMS Foundation dan Laluan Wakaf yang disumbangkan oleh Syarikat RBBA Sdn. Bhd.(Alumni SMKDHK). Prasarana ini telah dirasmikan pada 30 September 2017. Pada tahun 2019, Bilik Rehat Guru dan Kakitangan (KGKT) di Blok D telah diubah suai dengan penambahan ruang untuk solat dan ruang persalinan anak-anak transit di SMKDHK. Atas sumbangan beberapa pihak yang dermawan, hasrat tersebut berjaya direalisasikan. Pembinaan Mercu Tanda WE SMD telah berjaya direalisasikan pada 30 Oktober 2020 di hadapan perkarangan pejabat. Mercu Tanda ini adalah sumbangan daripada Unit Koperasi SMK Dato' Haji Kamaruddin. 8


Kata Alu-aluan # s e n a d i s e n a d a s m k d h k c e m e r l a n g


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaarakatuh dan Salam Sejahtera Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID - 19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat kelaurga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui siri-siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mula perkertinya serta halus adab santunya, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 10


Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya, Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosistem harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera adalah aspirasi yang mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menenmpuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA” KEMENTERIAN PENDIDIKAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA 11


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Anak yang Baik lagi Cerdik. Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan bagi mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik. Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi murid dapat dibangunkan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan berlandaskan konsep Karamah Insaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani. Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti termasuklah memastikan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh semua tanpa mengira status sosioekonomi mahupun keupayaan bagi mengelakkan sebarang keciciran amatlah saya hargai. Keterbukaan serta penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam sama-sama memacu kecemerlangan pendidikan negara juga menunjukkan bahawa peranan pembinaan negara tercinta ini adalah tanggungjawab semua sepertimana ungkapan ‘it takes a village to raise a child’. Akhir kata, syabas sekali lagi atas penerbitan majalah sekolah ini dan semoga segala gerak kerja yang dimainkan oleh semua pihak membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada murid, warga pendidik, sekolah dan negara amnya. Sekian, terima kasih. KEMENTERIAN PENDIDIKAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA DATUK HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA 12


Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Karamah Insaniah, Salam Anak yang Baik lagi Cerdik dan Salam JPN SelangorSentiasa Berkualiti dan Terus Unggul. Bersyukur saya ke hadrat AllahSWT kerana denganizin-Nya, saya diberikan kesempatan untuk merakamkan seuntai kata secangkir bicara dalam majalah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’HAJI KAMARUDDIN bagi keluaran tahun 2023. Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha yang penting kerana menjadi rujukan masyarakat luar untuk mengetahui kemajuan dan kebitaraan sesebuah sekolah. Selain pelaporan aktivitidan pencapaian sekolah pada tahun semasa, majalah sekolah juga mampu menyerlahkan aura, iklim serta budayasekolah hasil garapan pemimpin sekolah dan warganya. Pendidikan ialah asas untuk membangunkan negara Madani yang mementingkan ciri-ciri seperti kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan perlu diterapkan dalam diri setiap individu agar dapat menjadi jati diri yang kukuh dan unggul. Hal ini dikatakan demikian kerana, penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri murid secara holistik dan mempunyai nilai karamah insaniah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, besar harapan saya agar warga pendidikan terus tekal dan istiqamah membugarkan personaliti pendidik yang dapat dijadikan suri teladan dalam usaha melahirkan anak bangsa yang mempunyai kesopanan dan kesusilaan sebagai masyarakat timur agar hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat direalisasikan. Tujuh teras utama menjadi tumpuan KPM untuk mengemudi sistem pendidikan memerlukan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti dalam usaha menavigasi pendidikan di Selangor, setiap warga pendidikan di bawah lembayung JPN Selangor perlu mempunyaiwatak K-MASA (Knowledge, Measurable, Acceptable, Skills,Attitude and Other Criteria) agar dapat melahirkan warga sekolah yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain untuk membentuk pendidikan yang berkualiti dan unggul di Selangor. KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR 13


Saya amat yakin bahawa penerbitan majalah sekolah pada tahun ini merupakan manifestasi kolaboratif, komitmen serta kreativiti dan pemikiran kritis semua pihak iaitu murid, guru dan barisan kepimpinan sekolah yang disokong pula oleh pihak ibu bapa serta komuniti. Sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh dalam pendidikan perlu dikekalkan agar sekolah berkualiti dan kemenjadian murid dapat direalisasikan. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah yang telah merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Besar harapan saya agar majalah ini dapat melestarikan memoridan kenangan maniskepada seluruh wargasekolah. Sekian, terima kasih. KEMENTERIAN PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR 14


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam JPN Selangor Sentiasa Berkualiti Dan Terus Unggul, Salam Sehati Mengungguli Prestasi #teman jiwa saya. Sejambak mawar, seharum kasturi dan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan kata bicara dalam majalah sekolah pada kali ini. Sekalung tahniah dan syabas saya rakamkan kepada sidang redaksi sekolah atas segala komitmen dan iltizam untuk menerbitkan majalah sekolah yang istimewa ini. Bahan penerbitan ini merupakan manifestasi segala peristiwa dan kenangan untuk dirakam dan merupakan sumber rujukan dalam institusi sekolah itu sendiri. Saya yakin dan percaya dengan konsep bahu membahu dan kerjasama secara berpasukan yang bijaksana menatijahkan penerbitan majalah sekolah yang kita tatapi ini. Dunia pendidikan semakin rencam dan mencabar dalam menelusuri dunia tanpa sempadan ini. Pembelajaran itu sendiri merupakan proses pendidikan sepanjang hayat. Aspek kemenjadian murid seperti yang dihasratkan mengikut acuan Malaysia haruslah berpaksikan hikmah Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui aspirasi murid dan aspirasi sistem berorentasikan kepada pembangunan kendiri insan daripada aspek akademik, pembentukan watak dan sahsiah serta nilai. Pelbagai usaha dan intervensi dilaksanakan untuk merealisasikan transformasi minda dan hati di kalangan warga pendidikan demi mencapai hasrat guru berkualiti dan sekolah berkesan. Para pendidik dituntut agar sentiasa meningkatkan kompetensi diri dengan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Pada masa yang sama pihak sekolah akan sentiasa diberi sokongan profesional daripada pembimbing yang pakar dan pengurusan yang mantap serta akses kepada sistem pendidikan yang berkualiti. Akhirul kalam, saya positif penerbitan majalah sekolah ini dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah dan kominiti. Seterusnya marilah bersama-sama kita menjayakan agenda pendidikan negara kita demi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bersahsiah terpuji untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa dan negara maju yang lain di dunia ini. If You Want Go Fast, You Go Alone If You Want Go Far, We Go Together Memberi Dan Menerima Mengundang Kebijaksanaan PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR (SARINA BINTI SHAARI) PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, PEJABAT PENDIDIKAN HULU SELANGOR. KEMENTERIAN PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR 15


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Senadi Senada SMKDHK Cemerlang. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran yng tidak terhhingga kerana berkat usaha akhirnya majalah E-KEMAJUAN Edisi ke - 60 berjaya diterbitkan. Syabas dan tahniah juga saya rakamkan kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen yang jitu khususnya kepada Jawatankuasa Sidang Redaksi SMK Dato’ Haji Kamaruddin kerana telah menjayakan penerbitan majalah sekolah secara maya pada tahun ini. Majalah E-KEMAJUAN merupakan wadah rasmi sekolah dalam menterjemahkan pelbagai aktiviti dan pencapaian yang telah dicapai oleh warga sekolah sepanjang tahun ini. Berkat segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh para guru dan murid yang merupakan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) telah menjamin segala hasrat menuju kecemerlangan berjaya direalisasikan. Pelbagai program kecemerlangan juga telah dilaksanakan demi meningkatkan pencapaian murid dalam aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum telah membuktikan bahawa pihak sekolah sentiasa komited dalam merealisasikan impian dan harapan menjadikan sekolah ini cemerlang dan berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri Karamah Insaniah seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh yang demikian, saya mendoakan SMK Dato’ Haji Kamaruddin agar terus berjaya dalam semua lapangan dan mampu meletakkan diri gah di persada pendidikan negara. Sekian, terima kasih. "SENADI SENADA SMKDHK CEMERLANG" (ROSLI BIN JAMALUDIN) PENGETUA SMK DATO' HAJI KAMARUDDIN PENGETUA SMK DATO' HAJI KAMARUDDIN 16


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, maka majalah E-KEMAJUAN EDISI KE-60 yang disebar luas secara maya ini dapat juga diterbitkan. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Sidang Redaksi SMK Dato' Haji Kamaruddin kerana kesungguhan dalam usaha menerbitkan majalah sekolah ini. Adalah menjadi hasrat dan matlamat PIBG untuk bekerjasama dengan pihak pentadbiran SMK Dato' Haji Kamaruddin dalam usaha memberi pengetahuan dan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat tentang aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Saya amat hargai segala usaha dan komitmen pihak pentadbiran dan guru-guru yang sentiasa memberikan yang terbaik demi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). Oleh yang demikian, PIBG khususnya Ahli Jawatankuasa 2023/2024 akan sentiasa memberikan kerjasama yang diperlukan demi kelancaran segala program atau aktiviti yang dirancang. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru ahli-ahli PIBG untuk bersama-sama memberikan idea, pendapat atau maklum balas kepada PIBG dalam usaha kita membantu pihak pentadbiran sekoloh demi menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan peningkatan prestasi sahsiah, akademik serta kokurikulum murid-murid SMKDHK. Diharapkan majalah ini juga dapat dijadikan kenangan yang akan diabadikan oleh semua warga sekolah SMK Dato’ Haji Kamaruddin khususnya murid-murid dan guru. Akhir kata, saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada guruguru dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama anda bagi memartabakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Fato' Haji Kamaruddin. Sekian , terima kasih. YDP PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (YUSMAN BIN YUSOF ) YANG DIPERTUA PIBG, SMK DATO' HAJI KAMARUDDIN SMK DATO' HAJI KAMARUDDIN 17


Salam Sejahtera dan Salam Senadi Senada SMKDHK Cemerlang. Sebagai pembuka tirai bicara, salam damai saya ucapkan kepada semua pembaca emajalah. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AJK Sidang Redaksi Majalah SMK Dato’ Haji Kamaruddin serta pihak sekolah kerana berjaya meneruskan kesinambungan penerbitan MAJALAH KEMAJUAN Edisi ke - 60 pada tahun 2023. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk dimuatkan dalam majalah ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada pihak pentadbir dan guru-guru SMK Dato’ Haji Kamaruddin kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menggalas jawatan dan tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Kamaruddin bagi sesi 2023. Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuk para pelajar SMK Dato’ Haji Kamaruddin kepada Lembaga Pengawas amat saya hargai. Unsur kerjasama sangat penting bagi mencapai objektif Lembaga Pengawas sekali gus memastikan visi dan misi sekolah dapat direalisasikan. Dalam menimba ilmu, kita perlu mengamalkan prinsip umpama sirih, menjalar dulu, kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjung supaya kita tidak kenal akan erti berputus asa. Kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri murid harus diseimbangkan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang sempurna memerlukan pencapaian yang seimbang dari aspek jasmani, rohani dan intelek seseorang pelajar sejajar dengan dasar pendidikan negara. Sekian, terima kasih. KETUA PELAJAR SMK DATO' HAJI KAMARUDDIN (SIVANESWARY A/P VIKNESWARAN) KETUA PENGAWAS, SMK DATO' HAJI KAMARUDDIN 18


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada AJK Sidang Redaksi Majalah SMK Dato’ Haji Kamaruddin serta pihak sekolah kerana berjaya meneruskan kesinambungan penerbitan MAJALAH KEMAJUAN Edisi ke-60 pada tahun 2023. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk dimuatkan dalam majalah ini. Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada barisan pihak pentadbir dan guruguru SMK Dato’ Haji Kamaruddin kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menggalas jawatan dan tanggungjawab sebagai Ketua Murid Sidang Redaksi E-Majalah KEMAJUAN Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Kamaruddin bagi Tahun 2023. Segala tunjuk ajar dan bimbingan para guru AJK Sidang Redaksi amat saya hargai serta kerjasama rakan-rakan seperjuangan juga sangat bermakna dalam memastikan penerbitan e-majalah ini berjalan lancar. Tambahan lagi, segala usaha dan kerjasama semasa proses penerbitan e-majalah ini ibarat sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk menggambarkan semangat pasukan yang kukuh antara guru dan murid tanpa mengira bangsa amat saya hargai. Sebagai Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) kita hendaklah berusaha sedaya upaya kita untuk menimba ilmu dalam mengejar hasrat dan cita-cita demi masa depan yang cemerlang. Segala komitmen dan kegigihan kita pasti akan berhasil dengan berkat doa daripada ibu bapa serta guru-guru yang menyayangi kita semua. Saya akhiri ucapan saya dengan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan serta pengalaman yang berharga dalam proses penerbitan e-majalah pada tahun ini. Semoga e-majalah ini dapat meninggalkan kenangan yang bermakna kepada kita semua. Sekian, terima kasih. KETUA SIDANG REDAKSI SMK DATO' HAJI KAMARUDDIN (ZAHRATUL AISYAH BINTI ROSLAN) KETUA SIDANG REDAKSI SMK DATO' HAJI KAMARUDDIN 19


SIDANG REDAKSI AJK # s e n a d i s e n a d a s m k d h k c e m e r l a n g


Penyelaras cikgu suria SIDANG REDAKSI SIDANG REDAKSI GURU SETIAUSAHA CIKGU LIANTI EDITOR cikgu HIDAYAH JK KALEIDOSKOP JK KARYA UST. HAFIZON cikgu ZARAIHAN JK LAPORAN JK LAPORAN CIKGU BARIAH CIKGU BARIAH JK LAPORAN JK LAPORAN CIKGU RAHIFAH CIKGU RAHIFAH JK LAPORAN cikgu ZALEHA UST. AFIFAH UST. AFIFAH JK DIARI JK DIARI 21


SIDANG REDAKSI KETUA SIDANG REDAKSI ZAHRATUL PEN. KETUA 1 AMIRUL PEN. KETUA 2 FAHMI JK LAPORAN THAQIF JK LAPORAN HaYATI JK LAPORAN IMAN JK LAPORAN ALYANA JK LAPORAN THARVIN JK FOTOGRAFI HOW YUN XIN JK FOTOGRAFI ENG XIN YI MURID 22


PENTADBIRAN & PENGURUSAN # s e n a d i s e n a d a s m k d h k c e m e r l a n g


Warga Pentadbir SMKDHK 24


WARGA PENDIDIK WARGA PENDIDIK SMKDHK Berdiri di atas dari kiri: Puan Norlianti Binti Adali, Puan Norhidayah Binti Ali, Puan Zaraihan Binti Seman, Puan Wan Nurul Ayuni Binti Wan Rahim, Puan Norhafaliah Binti Abdul Latif, Puan Nor’Aini Binti Mohamad Seleh, Puan Noor Dalila Binti Ghazali, Puan Nur Hafizon Binti Adnan, Puan Nor Afifah Binti Roszi, Cik Nurul Shahirah ‘Izzati Binti Mohd ‘Asri, Puan Roslah Binti Makh Hassan, Puan Hazwani Binti Abdul Ghani, Puan Yumaiza Binti Mohd Din, Puan Noor Idayu Binti Samsudin, Puan Wan Nurul Fathiah Binti Wan Ibrahim, Puan Syamarializa Binti Mohd Sarif, Puan Norizah Binti Daud. Berdiri di tengah dari kiri: Puan Nor Zureidah Binti Md Said, Puan Rozita Binti Mohd Suri, Puan Noor Adila Binti Zainal Abidin, Cik Ng Fut Moi, Puan Shahrul Bariah Binti Mustapha, Cik Suriawati Binti Ismail, Puan Parawanida Binti Muhamad Raslan, Puan Norhajar Aziha Binti Mohd Nor, Puan Aizan Binti Aziz, Cik Suria Binti Alias, Puan Rahifah Binti Abu Bakar, Puan Khairul Bariyah Binti Abdul Halim, Puan Maizah Binti Ahmad Nawi, Puan Azrah Binti Abdul Jahir, Cik Nur Jihan Khalidah Binti Salihudin, Cik Rafidah Binti ibrahim,, Puan Suhana Binti Hirdjat, Puan Liyana Binti Mohd Sidek, Puan Zaleha Binti Mamat, Puan Rosnita Binti Yusuf. Duduk dari kiri: Encik Mohamad Farid Bin Mat Nazi, Encik Mohammad Faizal Bin Othman, Encik Muhamad Hafiz Bin Rahman, Encik Shoib Bin Saddin (GKMP Sains Sosial) , Puan Chen Nyuk Foong (GKMP Sains dan Matematik), Puan Mariam Binti Mat (PK Kokurikulum), Puan Maniza @ Haniza Binti Yusof (PK Pentadbiran), Encik Rosli Bin Jamaludin (Pengetua), Tuan Haji Che Zainudin Bin Che Mohd Noor (PK Hal Ehwal Murid), Puan Norima Binti Abd Rahman (GKMP Bahasa), Puan Azura Binti Ahmad (GKMP Teknik dan Vokasional), Encik Suren a/l Rajan, Encik Muhd Muzakkir Afiq Bin Musa, Encik Muhamad Siddiq Bin Abdul Razak. 25


BIL NAMA OPSYEN GRED 1 ROSLI BIN JAMALUDIN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DG 52 2 MANIZA @ HANIZA BINTI YUSOF SAINS / MATEMATIK DG 54 3 TUAN HAJI CHE ZAINUDDIN BIN CHE MOHD NOOR BAHASA INGGERIS DG 54 4 MARIAM BINTI MAT SEJARAH / GEOGRAFI DG 54 5 NORIMA BINTI ABD RAHMAN BAHASA MELAYU DG 48 6 CHEN NYUK FOONG MATEMATIK / PENGAJIAN MATEMATIK DG 48 7 AZURA BINTI AHMAD PENGURUSAN PERNIAGAAN / EKONOMI DG 44 8 SHOIB BIN SADDIN PENDIDIKAN SAINS SUKAN DG 48 9 AIZAN BINTI AZIZ TESL / PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (KESUSATERAAN) DG 41 10 AZRAH BINTI ABDUL JAHIR MATEMATIK / PRINSIP AKAUN DG 44 11 HAZWANI BINTI ABDUL GHANI KEMAHIRAN HIDUP / PENGAJIAN AM DG 44 12 KHAIRUL BARIYAH BINTI ABDUL HALIM SAINS DENGAN PENDIDIKAN KIMIA DG 44 13 KOGILAM A/P SENASAMY BAHASA MELAYU / PENGURUSAN PERNIAGAAN DG 48 14 LIYANA BINTI MOHD SIDEK PERDAGANGAN DG 44 15 MAIZAH BINTI AHMAD NAWI MATEMATIK / FIZIK DG 44 16 MALLIKA A/P RAMIYAH BIOLOGI / SAINS DG 52 17 MOHAMAD FARID BIN MAT NAZI PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB DG 44 18 MOHAMMAD FAIZAL BIN OTHMAN EKONOMI / SEJARAH DG 41 19 MUHD MUZAKKIR AFIQ BIN MUSA KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN DG 41 20 MUHAMMAD SIDDIK BIN ABDUL RAZAK SAINS SUKAN / PENDIDIKAN KESIHATAN DG 41 21 MUHAMAD HAFIZ BIN RAHMAN PENDIDIKAN SENI DG 41 22 NG FUT MOI PENGAJIAN CINA DG 52 23 NOOR ADILA BINTI ZAINAL ABIDIN PENDIDIKAN MORAL / SEJARAH DG 44 24 NOOR DALILA BINTI GHAZALI BIOLOGI / MATEMATIK DG 44 25 NOOR HAKIMAH BINTI ABD RAHMAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING / PENDIDIKAN MORAL DG 44 26 NOOR IDAYU BINTI SAMSUDIN PERAKAUNAN / PENGURUSAN PERNIAGAAN DG 44 27 NOR AFIFAH BINTI ROSZI PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN ALQURAN & AS-SUNNAH DG 41 28 NOR ZUREIDAH BINTI MD SAID BAHASA ARAB / PENDIDIKAN ISLAM DG 48 SENARAI NAMA GURU SMKDHK 2023 26


BIL NAMA OPSYEN GRED 29 NOR’AINI BINTI MOHAMAD SELEH BAHASA INGGERIS DG 48 30 NORHAFALIAH BINTI ABDUL LATIF PENDIDIKAN MORAL DG 44 31 NORHAJAR AZIHA BINTI MOHD NOR TEKNOLOGI MAKLUMAT / MATEMATIK DG 48 32 NORHIDAYAH BINTI ALI TEKNOLOGI MAKLUMAT / MATEMATIK DG 44 33 NORIZAH BINTI DAUD MATEMATIK / FIZIK DG 48 34 NORLIANTI BINTI ADALI BAHASA MELAYU / GEOGRAFI DG 44 35 NUR HAFIZON BINTI ADNAN PENDIDIKAN ISLAM / BAHASA ARAB DG 41 36 NUR JIHAN KHALIDAH BINTI SALIHUDIN PENGURUSAN PERDAGANGAN & PERNIAGAAN DG 41 37 NURUL SHAHIRAH ‘IZZATI BINTI MOHD A’SRI BAHASA INGGERIS DG 41 38 PARAWANIDA BINTI MUHAMAD RASLAN BAHASA MELAYU DG 48 39 RAFIDAH BINTI IBRAHIM TESL / PENGAJIAN BAHASA INGGERIS (KESUSASTERAAN) DG 48 40 RAFIDAH BINTI ISMAIL SASTERA DENGAN PENDIDIKAN (SEJARAH) DG 44 41 RAHIFAH BINTI ABU BAKAR PENGURUSAN PERNIAGAAN DG 44 42 ROSLAH BINTI MAKH HASSAN EKONOMI ASAS DG 48 43 ROSNITA BINTI YUSUF SAINS RUMAH TANGGA / KEMAHIRAN HIDUP DG 48 44 ROZITA BINTI MOHD SURI BAHASA MELAYU / SEJARAH DG 48 45 SHAHRUL BARIAH BINTI MUSTAPHA MATEMATIK / SAINS KOMPUTER DG 44 46 SUHANA BINTI HIRDJAT TEKNOLOGI MAKLUMAT / MATEMATIK DG 44 47 SUREN A/L RAJAN BAHASA TAMIL DG 41 48 SURIA BINTI ALIAS BAHASA MELAYU / KESUSASTERAAN DG 54 49 SURIAWATI BINTI ISMAIL SEJARAH / BAHASA MELAYU DG 44 50 SYAMARIALIZA BINTI MOHD SARIF KEMAHIRAN HIDUP (KMT) DG 48 51 UMMI AMELIA BINTI RUSLI KEMAHIRAN HIDUP (KMT) DG 44 52 WAN NURUL FATHIAH BINTI WAN IBRAHIM SAINS RUMAH TANGGA DG 44 53 WAN NUR AYUNI BINTI WAN RAHIM PENDIDIKAN SENI VISUAL / SENI REKA DG 41 54 YUMAIZA BINTI MOHD DIN KEUSAHAWANAN & PERDAGANGAN DG 44 55 YUNUS BIN JURAIT KAUNSELING DG 44 56 ZALEHA BITNI MAMAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DG 44 57 ZARAIHAN BINTI SEMAN SEJARAH / BAHASA MELAYU DG 44 SENARAI NAMA GURU SMKDHK 2023 27


GURU-GURU BIDANG BAHASA "Masa pun tidak menunggu sesiapa. Ia berlalu dengan cukup deras dan banyak kali langsung laluannya tidak waspada, ” Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. KETUA BIDANG BAHASA PUAN NORIMA BINTI ABD RAHMAN 28


GURU-GURU BIDANG SAINS & MATEMATIK "Kekuatan tidak mesti dihadapkan dengan kekuatan. Mesti ada satu yang lebih kuat. Berani tidak mesti korban membuta. Berundur tidak mesti kalah, ” Sasterawan Negara A. Samad Said. KETUA BIDANG SAINS & MATEMATIK PUAN CHEN NYUK FOONG 29


GURU-GURU BIDANG SAINS SOSIAL "Orang perjuangan selalu akan menghadapi dua kemungkinan: Hilang atau Terbilang, ” Sasterawan Negara Keris Mas. KETUA BIDANG SAINS SOSIAL ENCIK SHOIB BIN SADDIN 30


GURU-GURU BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL "Tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan bahasanya; tiada kebenaran pada manusia yang tidak dapat melihat kenyataan, ” Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh. KETUA BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL PUAN AZURA BINTI AHMAD 31


KELAB GURU & KAKITANGAN "Lebih baik membuat yang tidak sempurna daripada tidak membuat yang sempurna, ” Sasterawan Negara Arena Wati. PENGERUSI KGKT CIK RAFIDAH BINTI IBRAHIM 32


ANGGOTA KAKITANGAN PERKHIDMATAN "Apabila menjadi pemimpin, tugasmu menjadi lebih payah: jangan mengikut resmi ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul; kerana yang berjalan betul itu bukan kaki, tetapi hati nurani, ” Sasterawan Negara Baha Zain. SENARAI AKP PUAN SAERAH BINTI KHABIB, PUAN NORHASHIMAH BINTI MOHD DAHARI, PUAN NASIBAH UMMU AMMARAH BINTI ABDULLAH, PUAN NOR AZMAWATI BINTI HAZMAN & ENCIK HAIRUDDIN BIN KHALIK 33


PENGAWAS 2023 SEKOLAH Leaders Never Stop Learning KETUA GURU PENGAWAS PUAN NORLIANTI BINTI ADALI 34


PENGAWAS PUSAT SUMBER 2023 KETUA GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA PUAN ZALEHA BINTI MAMAT 35


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2023 PENYELARAS PRS PUAN NOOR HAKIMAH BINTI ABD RAHMAN ENCIK YUNUS BIN JURAIT 36


KETUA & PENOLONG TINGKATAN 2023 Menengah Atas PENYELARAS TINGKATAN CIK SURIA BINTI ALIAS 37


2023 Menengah Rendah KETUA & PENOLONG TINGKATAN PENYELARAS TINGKATAN CIK SURIA BINTI ALIAS 38


PENGAWAS KOPERASI 2023 KETUA GURU KOPERASI PUAN YUMAIZA BINTI MOHD DIN 39


PENGAWAS SUKAN 2023 KETUA GURU PENGAWAS SUKAN ENCIK MUHAMAD SIDDIK BIN ABDUL RAZAK 40


PENGAWAS SPBT 2023 KETUA GURU SPBT PUAN NORIZAH BINTI DAUD 41


Diari # s e n a d i s e n a d a s m k d h k c e m e r l a n g


DIARI SMKDHK TAHUN2023 April 3 - Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang & Anugerah Kecemerlangan Akademik 2023 7 - Majlis Khatam al-Quran dan Agihan Bubur Lambuk Sempena Ihya’ Ramadan 11 - 13 - Mesyuarat Agung Unit Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan 14 - Pelancaran Program NILAM Selangor (HaN1S) - Program Mentor Mentee 18 - Program Bersalaman dan Pemberian Duit Raya Sempena Aidilfitri 10 - Program Santuni Calon SPM 16 - Majlis Hari Kualiti Tahun 2022 17 - Program Bengkel Teknik Menjawab BM & Sejarah SPM 19 - Program Sulam Budaya SMKDHK 26 - Taklimat Penataran Institusi Moeis 27 - Majlis Restu Ilmu SPM 2022 - Program Kerohanian Februari 3 - Bengkel Fizik A+ Daerah HuSel 7 - Minggu Introspeksi Minda 7 - 10 - Program Jerayawara Tingkatan 4 15 - Program Transisi Murid Asli 16 - Teori & Praktikal Penyembelihan Ayam serta Ibadah Umrah Mei 23 - Pertandingan Nyanyian Irama Malaysia Solo & Duet Peringkat Neger Selangor 24 - Program BAHADURI Guru SMKDHK Mac 17 - Program Pendaftaran Peralihan dan Tingkatan 1 23 - Minggu Orientasi Murid Baharu Peralihan & Tingkatan 1 Jun 8 - Majlis Penyerahan Keputusan SPM Tahun 2022 10 - Mesyuarat Agung PIBG 12 - Majlis Anugerah HEM Penggal 1 14 - Aktiviti Kokurikulum Kelab & Persatuan 16 - Taklimat MySkill - Majlis Perpisahan Cikgu Mohd Ikhwan bin Zakaria & Cikgu Roziana binti Saari 19 - Dialog Prestasi Kurikulum 20 - Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 22 - Ceramah Bahasa melayu SPM 23 - Kunjung Bantu SISC+ 27 - Kursus Kepimpinan Pengawas Januari 43


DIARI SMKDHK TAHUN 2023 September 8 - Kejohanan Olahraga SMKDHK 10 - Wings of KKB Peringkat Negeri Selangor 13 - 14 - Kursus Kenaikan Pangkat Pasukan Kor Kadet polis Peringkat HuSel 18 & 19 - Kejohanan Petanque ANGKASA Negeri Selangor 20 - Karnival Akademik, Pusat Sumber Sekolah & Hari Koperasi - Pemilihan Calon Tokoh NILAM 21 - LADAP Peningkatan Profesionalisme Penyelaras & Guru Tingkatan 22 - Program Temu Murni 23 - Program Motivasi Culture Champions 25 - Anugerah Sahsiah Unggul, Kehadiran Penuh & Kelas Kondusif 26 - Kursus Kenaikan Pangkat KASPA Peringkat Daerah Hulu Selangor 29 - Kursus Kepimpinan Kokurikulum - Majlis Perpisahan En. Zainuddin Bin Che Sab 7 - Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 12 - Cabaran Interaktif Pengguna Anjuran KPDN & PPD Hulu Selangor 11 - 13 - Kejohanan Ping Pong MSSD - Program Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Peringkat Daerah 14 - Pertandingan Deklamasi Sajak & Dendangan Syair dalam Talian Peringkat Daerah 18 - Kejohanan Bola Sepak MSSD 22 - Program Gerak Gempur SPM BM&BI 25 - Program Kerjaya SUKSES Peringkat Negeri Selangor Ogos 2 - Program Jalinan & Jaringan Strategik bersama Sekolah Orang Asli 3 - Program Motivasi Bina Insan Murid Tingkatan 3 8 - LADAP Pengurusan Fail Panitia 9 - Kejohanan Sirkit 1 MUrid 1 Silat Peringkat Daerah Hulu Selangor 15 - Bengkel Pembugaran SSDM 25 - Aktiviti Panitia Pendidikan Islam Sempena Kemerdekaan Julai 44


DIARI SMKDHK TAHUN 2023 November 3 - Program Seronoknya Membaca & Bijak Sifir 4 - Pertandingan Boling Anjuran KGKT SMKDHK 6 - Kunjung Bantu Pihak JPNS ke Sekolah Fokus Negeri Selangor 7 - Perkampungan Bahasa Bitara Petah Bestari Daerah Hulu Selangor 20 - 24 - Petaling Jaya International Youth Leadership Camp 24 & 25 - Perkhemahan Perdana Kokurikulum 28 - Program Unit Kaunseling (AADK) Hulu Selangor 3 - Bengkel Guru Belajar Pembelajaran Terbeza 4 - Bengkel Asas Penjagaan Wajah & Solekan Ringkas 13 - Pertandingan Bola Sepak Piala Mokhtar Dahari 14 - Kursus Pertolongan Cemas Persekutuan Pengakap Malaysia peringkat Negeri Selangor 17 - Lawatan Penandaarasan ke SMK Taman Bunga Raya 1 18 - Hari Sukan Negara 20 - Perarakan Sempena Maulidur Rasul 22 - Bengkel Belajar Cemerlang BBC SPM 2023 24 - Lawatan Penandaarasan ke SK Bukit Beruntung 2 26 - 28 - Perkhemahan PPIM Perhubungan Negeri Selangor (Sekolah Menengah) - Majlis Apresiasi Pengawas 30 - Minggu Solidariti Palestin Peringkat Sekolah 31 - Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pembentukan Karamah Insaniah Oktober 45 8 - Majlis Graduasi Tingkatan 5 Tahun 2023 12 - Program Sulam Hidro Go 13 - Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape 14 - Mesyuarat Agung Koperasi SMKDHK 15 - Majlis Anugerah Kokurikul Tahun 2023 18 - 29 - Bengkel 2Q (Kelas Tambahan Masa Cuti) 18,19&20 - Program Sinar Harapan BM & Sejarah Disember


LAPORAN KURIKULUM


K E P U T U S A N S P M 2 0 2 2 ANALISIS KEPUTUSAN SPM2022 47


K E P U T U S A N S P M 2 0 2 2 ANALISIS KEPUTUSAN SPM2022 48


TAHNIAH Sekalung MOHAMAD FADHIL BIN MOHD A'DLUM (6A) MOHITHAMYTHILI A/P SITHAMB ( A 8 R A AM PILLAY ) KIERTHIKAH A/P MURUGIAH (10A) 49


TAHNIAH Sekalung AFIQ JAZLI BIN MOHD JAMALLUDIN (5A) PAVETRRA A/P P THANASEELAN (5A) YUSRIENA ZHUKIRAH BINTI YUSMAN (6A) 50


Click to View FlipBook Version