FARAH MAHFUZA BINTI OSMAN (16DPM22F1089) ALEEYA AMIERA BINTI AZIZ (16DPM22F1033) FATIN NURNAJWA BINTI KHAIRUL NIZAD KETAGIHAN INTERNET DALAM MASYARAKAT ISLAM MPU23012 PENGAJIAN ISLAM USTAZAH NORAINI BINTI SULAIMAN (16DPM22F1034)
Assalamualaikum,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat sama-sama kami menyiapkan tugasan ini dengan jayannya, serta bersyukur kami dengan limpah rahmatnya iaitu nikmat masa dan tenaga yang telah diberikan oleh Allah SWT. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah membantu dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Khususnya kepada Puan Noraini binti Sulaiman yang merupakan pensyarah dalam subjek pengajian islam.Puan Noraini telah mengajar dan menunjukkan cara untuk membuat tugasan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami dalam memberi maklumat tentang tugasan ini.Terima kisah juga kepada ahli-ahli kumpulan saya yang telah banyak memberikan kerjasama yang cukup efisien dan komitmen dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini.Ahli kumpulan kami juga telah banyak memberi dan mencurahkan idea-idea mereka dalam menyempurnakan tugasan ini. Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung.Kami amat menghargai pertolongan yang mereka semua telah berikan.Semoga hasil kerja tugasan kami ini memberikan kesan yang positif kepada kita semua,dan terima kasih sekali lagi kepada semuua yang terlibat. 1 PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN PANDANGAN ISLAM KESIMPULAN RUJUKAN 2 PENGENALAN PUNCA KESAN LANGKAH 1 3 4 6 8 9 10 11
Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, iaitu inter-net atau antara rangkaian. Internet adalah sistem komunikasi global yang dapat menghubungkan jaringan komputer seluruh dunia. Setiap jaringan terhubung secara langsung mahupun tidak langsung.Secara umumnya Internet merupakan satu rangkaian bersifat global yang menghubungkan lebih dari seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat , idea ke arah kelahiran internet telah mula tercetus pada tahun 1957. Pelancaran satelit Sputnik oleh Russia pada masa itu telah menyebabkan Amerika Syarikat menubuhkan ARPA (Advance Research Projects Agency), iaitu sebuah agensi di bawah penyeliaan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Objektif utama penubuhan ARPA adalah untuk membangunkan teknologi dalam bidang ketenteraan yang dapat bersaing dengan kuasa luar dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. menurut para ahli di bidang informasi teknologi, memaparkan bahwa internet merupakan suatu bentuk interkoneksi antara jaringan komputer yang dapat memberikan pelayanan berupa informasi dalam bentuk sajian lengkap. Internet pun dianggap memberikan berbagai manfaat dalam urusan politik, bisnis, maupun hiburan. Tidak dinafikan, media sosial mepunyai banyak faedah dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segenap pengguna. Namun, terlalu kerap menggunakan media sosial juga boleh menyebabakan pengguna ketagih sehingga memberi kesan negatif kepada diiri sendiri. Walaupun media sosial tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan seharian kita, media dalam talian sering dipersalahkan kerana meningkat masalah mental terutamanya dikalangan remaja. Kajian statistik membuktikan pengaruh media sosial dalam kalangan ini meningkat terhadap kemurungan ,kebimbangan dan tekanan psikologi. PENGENALAN 3
4 PUNCA KETAGIHAN INTERNET DALAM MASYARAKAT ISLAM Mendapat hiburan secara percuma Tidak mendapat perhatian keluarga Pengaruh rakan sebaya Media sosial telah menyebabkan golongan remaja ketagih terhadap penggunannya, ini adalah kerana mereka mendapat hiburan secara percuma. Dalam tekanan ekonomi serta peningkatan kos sara hidup, hiburan seperti menonton wayang, bersukan dan melancong memerlukan kos yang tinggi. Oleh sebab itu, golongan remaja lebih gemar menonton video dan menghabiskan masa di media sosial sebagai hiburan. Disebabkan mereka dapat mengakses hiburan secara percuma , ada yang mengambil kesempatan untuk menonton perkara yang tidak senonoh seperti pornografi,alasannya kerana ingin tahu akan dunia dewasa itu. Ketagihan penggunan media sosial dalam kalangan remaja berlaku kerana tidak mendapat perhatian yang baik daripada keluarga. Situasi ini sering berlaku di kawasan urban di mana ibu dan bapa keluar bekerja sehingga tiada masa bersama anak-anak demi menampung keluarga. Maka anak-anak terutamanya golongan remaja akan menghabiskan masa di media sosial. Tambahan pula, golongan remaja yang tersepit dalam maslah rumah tangga antara ibu dan bapa mereka, pastinya mencari dunia lain seperti media sosial untuk keluar daripada tekanan hidup mereka.Selain itu ada juga ibu bapa yang sibuk melayani internet sehinggakan keluarga terabai,hubungan kekeluargaan itu renggang akibat leka dengan internet. Punca ketagihan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja adalah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja cenderung untuk berjumpa dan meluangkan masa dengan rakan sebaya untuk mendapatkan ketenangan dan kegembiraan. Namun begitu, terdapat segelintir daripada mereka yang mudah terpengaruh dengan melakukan perkara yang sia-sia. Persis peribahasa Melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Golongan remaja juga gemar menggunakan sosial media kerana selebriti dan artis daripada seluruh dunia menggunakan platform ini sebagai cara untuk mendekati peminat mereka.
5 Sangat Sensitif dengan setiap Notifikasi yang Masuk Pantang sahaja notifikasi berbunyi , jari-jemari dengan pantas menyentuh papan skrin telefon sehingga menyebabkan segala tugasan dan tanggungjawab terabai. Notifikasi yang berbentuk ilmiah mahupun jenaka menjadi utama sehingga tanggungjawab melaksanakan fardhu ain yang dituntut Allah SWT iaitu solat diabaikan kerana keasyikan melayan notifikasi yang masuk tanpa henti. Bahkan ketika memandu juga jari-jemari itu mampu untuk mengakses telefon pintar. Lebih teruk lagi telefon pintar itu diakses tanpa notifikasi yang masuk,hanya sekadar kepuasan untuk bermain dengan telefon pintar. Perkara ini amat berbahaya kepada pemandu yang bermain telefon sambil memandu , ia dapat meragut nyawa orang yang berada di dalam kereta tersebut.
Mengundang Masalah Kesihatan Masalah Kekurangan tidur Banyak Kerja yang Tertangguh Kurangnya Masa bersama Keluarga Apabila seseorang itu mengakses atau menggunakan internet pada jangka masa yang lama ia boleh meyumbangkan kepada pelbagai masalah fizikal seperti sakit leher,sakit kepala dan sakit mata.Cahaya yang dipancar dari peranti yang digunakan boleh menyebabkan masalah mata terutama sekali kepada pelajar.Ini kerana mereka tidak dapat fokus dengan pembelajaran mereka disebabkan penglihatan yang kabur Penggunaan internet yang berlebihan boleh menyebabkan tidur yang kurang daripada lapan jam yang mereka perlukan.Kekurangan tidur memberi kesan psikologi termasuklah mudah marah,kemahiran sosial terjejas dan memori lemah yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akedemik mereka.Risiko untuk mendapat penyakit yang berbahaya juga boleh menjadi kesan kepada kekurangan tidur seseorang.Penyakit berbahaya tersebut ialah seperti diabetes,tekanan darah tinggi,kemurungan dan lain-lain. Hal ini kerana pengguna internet tidak melayan internet dalam masa yang singkat,tetapi dalam tempoh yang berjam-jam.Ini kerana leka dengan keseronokan internet yang ada seperti media sosial.Kebiasaanya pengguna merasakan baru melayan internet dalam tempoh beberapa minit akan tetapi mereka telah melayan internet dalam tempoh yang lama. Ini meneyebabkan kerja-kerja tidak dapat disiapkan dengan cepat Apabila hidup selalu dengan telefon pintar,panggilan dan teriakan keluarga juga pasti diabaikan sehinggkan ahli keluarga menjadi mangsa melepaskan kemarahan kerana dianggap mengganggu untuk bermain telefon pintar. Disebabkan hal ini kemesraan antara ahli keluarga semakin menghakis. Aktiviti bersama keluarga sekarang ini juga dianggap ketinggalan zaman dan sudah tidak relevan,dengan itu sudah tiada lagi sentuhan kasih sayang antara ahli keluarga 6 KESAN KETAGIHAN INTERNET DALAM KALANGAN MASYARAKAT ISLAM
Jiwa Gelisah Ketika Tidak dapat Mengakses Internet Ketagihan internet ini seperti penagih dadah yang tidak dapat menahan diri dari mengambil barang larangan tersebut. Pengguna akan seperti cacing kepanasan apabila rangkaian internet tidak dapat diakses di kawasan penginapan mereka. Ketika rangkaian internet perlahan , segelintir pengguna sanggup mengetuk dan membaling telefon mereka bagi melepaskan geram akibat masalah tersebut.Ada juga segelintir masyarakat sanggup memaki hamun syarikat telekomunikasi akibat kelajuan internet yang perlahan dan teruk.Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat lebih mencari ketenangan melalui media sosial berbanding bermunajat kepada Allah SWT. 7
8 LANGKAH LANGKAH MENGATASI KETAGIHAN INTERNET DALAM MASYARAKAT ISLAM Berdisiplin Mengehadkan penggunaan internet Peranan ibu bapa Berdisiplin dalam melayari internet agar tidak asyik terleka dengan dunia alam maya.Seseorang individu boleh mengurangkan masa mengakses internet dengan menyibukkan diri melakukan pelbagai aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti beriadah atau bersukan.Aktiviti bersama keluarga juga boleh dilakukan seperti berkelah atau berkhemah bersama untuk merapatkan lagi hubungan sesama keluarga.Setiap individu perlulah menggunakan internet dengan bijak sebagai penambah timbangan pahala agar tidak menimbulkan perkara yang sensitif yang membawa kepada permusuhan. Penggunaan internet boleh dihadkan dengan mengehadkan masa penggunaan internet ataupon mengehadkan jenis laman web yang boleh dilawati. Had penggunaan internet ini boleh dilakukan di rumah,di sekolah dan di pusat siber kafe. Had penggunaan internet wajar dilakukan terutama kepada kanak-kanak yang di bawah umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja kita dan juga bagi mengelakkan anak-anak muda zaman sekarang terpengaruh dengan perkara yang tidak elok seperti di dalam internet. Hal ini menjadikan tempoh bersama atau melayari internet semakin berkurang dan sangat terhad Bagi anak-anak ibu bapa harus mengawasi penggunaan internet anak-anak untuk mengelakkan anak-anak daripada terlalu berlebihan dalam menggunakan internet.Ibu bapa juga harus memberi nasihat dan kesedaran kepada anak-anak dengan lebih mendalam untuk menyedarkan anak-anak tentang bahayanya penggunaan internet yang berlebihan.Selain itu,ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak menggunakan internet dengan sebaiknya.Memberikan penggunaan internet yang bermanfaat kepada anak-anak seperti pembelajaran dan aktiviti mengasas minda anak-anak.
Perkembangan Fizikal IMPAK NEGATIF TERHADAP INDIVIDU Individu terutama sekali remaja banyak menghabiskan masa dengan internet. Ini kerana melayari internet dapat dilakukan dengan mudah dan dapat diakses di mana sahaja mereka berada. Kjian yang dijalan dari "Laporan Keluarga Norton online 2019" mendapati remaja Malaysia menghabiskan masa mereka selama 18 hingga 20 jam dalam seminggu melayari internet.Yang paling membimbangkan lagi adalah 9 dari 10 remaja Malaysia terdedah kepada perkara negatif. Disebabkan itu masa penggunaan internet ini perlu digunakan dengan perkara yang berfaedah. Allah SWT berfirman: ِبالَّصْب ِر َحِّق َوَتَواَصْوا ِباْل وا الَّصاِل َحاِت َوَتَواَصْوا َّلِذيَن آَمُنوا َوَعِمُل ِإال ا .2 . ِفي ُخْس ٍر ْلَعْص ِر 1ِ إَّن اإلْنَساَن َل َوا Maksud: Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - (2) Kecuali orangorang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3) (Surah al-Asr, 103: 1-3) Hubungan Silaturahim IMPAK NEGATIF TERHADAP MASYARAKAT Penggunaan internet digunakan melebihi sehingga 12 jam sehari. Keadaan ini sangat membimbangkan sehingga boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan itu semakin longgar dan tiada persefahaman. Ibu bapa yang bekerja pasti menyiapkan kerja mereka bukan di tempat kerja sahaja malah mereka akan sambung di rumah. Masa yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga diabaikan begitu sahaja. Allah SWT berfirman: ِغاَلٌظ ِشَداٌد اَّل َيْعُصْوَن َهّٰللا ِٕى َكٌة ٰۤل ْيَها َم ْلِح َجاَرُة َعَل ْوُدَها الَّناُس َوا اًرا َّو ُق َاْنُفَس ُكْم َوَاْهِلْي ُكْم َن ُقْٓوا َّلِذْيَن ٰاَمُنْوا َها ا ُّي ٰٓيَا ْوَن َما ُيْؤَم ُرْوَن َمٓا َاَم َرُهْم َوَيْفَعُل Maksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim, 66: 6) 9 PANDANGAN ISLAM TENTANG KETAGIHAN INTERNET
10 KESIMPULAN Tuntasnya,internet seharusnya diangkat kembali martabat penggunaannya agar lebih terarah kepada perkara yang berunsurkan kebaikan.Setiap masyarakat sewajarnya lebih mendominasi manfaat dalam penggunaan jaringan sosial.Hal ini demikian kerana menerusi internet pelbagai informasi berguna juga dapat diperoleh dan sudah sepatutnya masyarakat menapis terlebih dahulu segala informasi yang datang dari pelbagai bentuk yang adakalanya menggunakan internet sebagai medium penting untuk menabur fitnah dan penipuan.Tidak salah mencari rezeki,tidak salah berkongsi ilmu yang ada melalui internet,tetapi beringatlah bahawa jangan kerana internet masyarakat jadi lupa diri.Oleh itu,pihak tertentu perlulah mengambil tindakan untuk mengawal secara rapi penggunaan internet dalam kalangan masyarakat agar kecenderungan ke arah masalah sosial itu tidak berlaku.Malah, dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu impak negatif internet sebagai suatu yang penting dalam pembangunan dan pemodenan bangsa Malaysia agar seiring dengan matlamat untuk menjadikan masyarakat cemerlang,gemilang dan terbilang di peringkat global.
11 RUJUKAN https://core.ac.uk/download/pdf/287744186.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/85046/1/3%20NurulAfizaRazali2019_MediaSosialdanim paknegatif.33-48.pdf https://shafnur.tripod.com/sej_int.htm https://dkis.cirebonkota.go.id/2018/02/seputarinternet/#:~:text=Secara%20keseluruhan%20Internet%20adalah%20jaringan,sistem %2Dsistem%20komunikasi%20yang%20lain. https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html https://cariblogger.com/kebaikan-dan-keburukan-internet/