The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS (SHIRLING WONG)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by snowling8582, 2020-04-10 00:03:36

LAPORAN PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS (SHIRLING WONG)LATEST

LAPORAN PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS (SHIRLING WONG)

Keywords: INOVASI,DOODLE ART,PENDIDIKAN KHAS,MBK

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KIDURONG
P.O.BOX 2078, 97011 BINTULU,
SARAWAK

INOVASI DALAM PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN PENDIDIKAN SENI

(PENDIDIKAN KHAS)

DOODLE ART

FOKUS BIDANG PENDIDIKAN KHAS

SASARAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS ( TAHAP TINGGI)
SUBJEK
GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEKOLAH SHIRLING WONG
SHIRLING WONG

SMK KIDURONG, BINTULU

1

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

INVOSI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN PENDIDIKAN SENI
(PENDIDIKAN KHAS)

DOODLE ART

SHIRLING WONG
SMK KIDURONG, BINTULU

[email protected]

SINOPSIS

Pendidikan Seni dalam Kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran mempunyai matlamat
sendiri yang menjurus kepada memenuhi keperluan individu mood. Komponen tersebut bertujuan
untuk mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar , kognitif dan psikomotor. Namun, guru
Pendidikan Khas sering menghadapi kekangan semasa pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan
Seni terutama masalah tingkah laku pelajar yang hiperaktif dan autisme. Masalah kesediaan belajar
pelajar disebabkan kekurangan kemahiran motor kasar dan motor halus telah mengehadkan kemajuan
mereka dalam Pendidikan Seni. Gaya doodle art boleh diaplikasikan untuk mengatasi kekangan
pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Seni yang berfokuskan kemahiran melukis. Pelajar dapat
menguasai kemahiran melukis secara beransur-ansur kerana lukisan doodle art merupakan freehand art
dan menggalakkan kreativiti pelajar untuk melukis mengikut gaya tersendiri terutama pelajar autisme
dan Attention Disorder Hyperaktif Disorder (ADHD). Pelajar dapat meluahkan perasaan melalui
lukisan Doodle Art melalui teknik serta cara melukis gambar dengan cara menconteng di mana gambar
doodle sendiri mempunyai makna dan ada yang tidak mempunyai makna tertentu. Doodle Art juga
dapat menenangkan hati kerana karya doodle biasanya menggambarkan luahan perasaan pencoretnya
melalui goresan yang dihasilkan tanpa disedari oleh fikirannya. Di samping itu, terapi seni turut
diterapkan dalam proses penghasilan lukisan doodle art secara tidak langsung dan mengurangkan
masalah tingkah laku dan emosi pelajar. Melalui pelbagai projek hands on seperti lukisan emoji, poster,
ciptaan penanda buku corner, kad ucapan, menu makan serta mural dan Doodle Wall Art, diharapkan
Doodle Art dapat menggalakkan perkembangan kreativiti pelajar dan pada masa yang sama dapat
mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi pelajar berkeperluan khas

kata kunci : Pelajar pendidikan Khas bermasalah pembelajaran, Pendidikan Seni, dan Doodle Art

2

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Tajuk Projek
1.2 Latar Belakang Projek
1.3Objektif Projek Inovasi
1.4 Kedudukan Pelajar Sebelum Inovasi Dilaksanakan

2.0 PERNYATAAN MASALAH

3.0POTENSI PASARAN
3.1 Aspek Pasaran
i. Sasaran Modul
ii. Sasaran Pasaran

4.0 PELAN PELAKSANAAN PROJEK
4.1 Carta Gantt dan Milestone
4.2 Prosedur Projek
4.3 Aktiviti dan Tugasan Projek

5.0 KOS PROJEK
5.1 :Perbelanjaan
5.2 Pendapatan
5.3 Keuntungan

6.0 STRATEGI PELAKSAAN PROJEK INOVASI
6.1 Proses Pelaksanaan Projek
6.2 Proses Kerja

7.0 PENILAIAN KEMENJADIAN PELAJAR
7.1 Tinjauan / Kajian Literatur
7.2 Penambaikan Yang Dilakukan

8.0 KEJAYAAN ATAU PERUBAHAN YANG DILAKUKAN SELEPAS PROJEK INOVASI
8.1 Perubahan pada pelajar Pendidikan Khas
8.2 Impak kepada pelajar biasa dan pelajar Pendidikan Khas

9.0 Perkongsian Inovasi
9.1 Implementasi Inovasi pada aktiviti kokurikulum pelajar biasa
9.2 Pameran Hasil Karya Doodle Art

10.0 FAEDAH PROJEK

3

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

KESIMPULAN
RUJUKAN

4

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

1.0 PENGENALAN

1.1 Tajuk Projek Inovasi

Tajuk projek yang dilaksanakan adalah Projek Inovasi Doodle Art PPKI KidSS dalam Pendidikan Seni
Visual PPKI yang berfokuskan kemahiran psikomotor kasar dan halus dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Seni. Modul ini merupakan modul pembelajaran yang dikhususkan untuk
topik rupa. Skop projek bagi pembinaan modul pembelajaran adalah modul ini mengandungi koleksi
aktiviti yang dapat membina persekitaran pembelajaran sama ada dalam mahupun di luar bilik darjah.

1.1.1 Pengasas Projek Inovasi

Projek pembinaan modul pembelajaran ini dibina oleh Cikgu Shirling Wong, guru Program
Pendidikan Khas Integrasi, SMK Kidurong yang mengajar subjek Pendidikan Seni Visual dalam aliran
Pendidikan Khas.

1.2 Latar Belakang Projek

Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong telah menawarkan Program Pendidikan Khas Intgrasi (PPKI)
bermasalah pembelajaran di mana program ini khusus untuk mendidik pelajar yang menghadapi
masalah pembelajaran dan gagal mengikut pendidikan aliran perdana.

Menurut Jamila (2005), dalam Akta Pendidikan 1996 maksud Program Pendidikan Khas
dikategorikan kepada tiga pengertian. Pengertian pertama adalah suatu program yang disediakan di
sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan pendengaran atau kecacatan penglihatan.
Keduanya program ini bererti suatu percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran. Pengertian ketiga ialah
program ini merupakan program inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang dapat
menghadiri dalam kelas biasa bersama dengan murid biasa. Mengikut Jamila lagi, Program Pendidikan
Khas Integrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran merupakan program integrasi kelas-kelas khas bermasalah
pembelajaran yang diwujudkan di sekolah-sekolah arus perdana. Murid-murid yang telah disahkan oleh
doktor perubatan dan dirujuk sebagai mempunyai masalah pembelajaran ditempatkan dalam kelas-
kelas bermasalah pembelajaran yang sedia ada.

Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas ertinya murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1997). Sementara murid-murid bermasalah pembelajaran bermaksud murid-
murid yang telah dikenalpasti menghadapi masalah-masalah yang dalam pembelajaran mengikut tahap
kefungsian keupayaan mereka dalam bidang seperti keupayaan kognitif, keupayaan bahasa, pertuturan
atau lisan, penguasaan kemahiran matematik, kemahiran tingkah laku sosial atau perkembangan,
kemahiran, kemahiran bekerja sendiri, dan kemahiran perniagaan atau perindustrian (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1992). Mengikut Buku Maklumat Pendidikan Khas terbitan Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di
bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia meliputi kanak-kanak yang mengalami

5

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

Sindrom Down, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau gangguan kekurangan tumpuan
dan hiperaktif, terencat akal minimum, dan masalah pembelajaran spesifik. Murid dalam kategori
tersebut mewakili komposisi murid dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di
seluruh negara.

Program Pendidikan Khas Intgrasi (PPKI) meliputi kelas khas bermasalah pembelajaran yang
diwujudkan dalam sekolah arus perdana yang sedia ada. Kelas-kelas ini terletak di bawah
tanggungjawab pentadbiran sekolah terbabit. Kelas khas bermasalah pembelajaran ini diketuai oleh
seorang penyelaras. Selain terlibat dalam aktiviti sekolah, guru-guru kelas khas bermasalah
pembelajaran juga terlibat dalam aktiviti peringkat daerah dan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit
Pendidikan Khas negeri masing-masing apabila diperlukan. Kelas khas ini turut mempunyai aktiviti
kokurikulum sendiri selain daripada pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Pendidikan Khas). Secara amnya, kelas
Program Pendidikan Khas Intgrasi (PPKI) berkongsi iklim persekitaran persekolahan yang sama,
berkongsi kemudahan fizikal yang sama dan terlibat dalam aktiviti sekolah yang dikehendaki oleh
pihak pentadbir sekolah. Program Pendidikan Khas Intgrasi (PPKI) yang dianjurkan oleh Sekolah
Menengah Kebangsaan Kidurong adalah bersaiz besar di mana enrolmen pelajar pada tahun 2018
sejumlah 94 orang pelajar iaitu 88 orang (kelas khas), 4 orang pelajar inklusif penuh dan 2 orang
pelajar inklusif separa. Kurikulum yang ditawarkan di kelas Pendidikan Khas terbahagi kepada empat
bidang iaitu bidang pengurusan kehidupan, bidang akademik berfungsi, bidang kerohanian dan nilai
murni serta bidang sosial, riadah dan kreativiti. Empat bidang kurikulum ini pula mengandungi empat
belas komponen dan salah satunya ialah pendidikan seni visual di mana ia disenaraikan dibawah
bidang sosial, riadah dan kreativiti.

Komponen Pendidikan Seni dalam Kurikulum Pendidikan Khas Malasah Pembelajaran
mempunyai matlamat sendiri yang menjurus kepada memenuhi keperluan individu mood. Komponen
tersebut bertujuan untuk mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar dalam bidang seni.
Komponen ini turut bermatlamat untuk mengembangkan potensi mood pelajar supaya pelajar dapat
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi. Kementerian Pendidikan Malaysia
(2004) telah menyenaraikan enam objektif Pendidikan Seni Program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran. Secara amnya, objektif ini adalah berkaitan dengan mengembangkan bakat murid,
perkembangan kognitif dan psikomotor, menghasilkan karya seni, menghargai keindahan alam dan
warisan budaya serta menyedari peluang kerjaya dalam bidang seni. Namun, guru Pendidikan Khas
sering menghadapi kekangan semasa pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Seni terutama
masalah tingkah laku pelajar yang hiperaktif dan autisme. Masalah kesediaan belajar murid
disebabkan kekurangan kemahiran motor kasar dan motor halus turut mengehadkan kemajuan mereka
dalam Pendidikan Seni. Dengan itu, guru Pendidikan Seni telah mencari kaedah untuk mendidik
pelajar melalui gaya doodle art di mana Doodle Art ini dapat menarik minat pelajar dengan free hand
art dan membenarkan pelajar untuk menconteng, melakar kartun atau gambar mengikut kesukaan
mereka. Di samping itu, pelajar dapat meluahkan perasaan melalui contengan atau lakaran gambar.

6

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

1.2 OBJEKTIF PROJEK INOVASI

Projek Inovasi PPKI KidSS' Doodle Art dalam Pendidikan Seni Visual PPKI dilaksanakan untuk
menambahbaikkan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan subjek Pendidikan Seni Visual :

i. menggalakkan pembelajaran abad ke -21
ii. mempertingkatkan kemahiran psikomotor kasar dan halus
iii. mengurangkan masalah tingkah laku pelajar terutama pelajar Attention Deficit Hyperactive

Disorder (ADHD) dan autisme semasa pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Seni
Visual dijalankan.
iv. menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran melukis secara beransur-ansur melalui free
hand art dan emoji yang mengekspresi emosi semasa melukis.
v. mengasah kemahiran insaniah pelajar serta meningkatkan keyakinan diri pada diri pelajar.
vi. membina modul pembelajaran yang mengandungi koleksi aktiviti untuk dilaksanakan di
dalam atau di luar bilik darjah bagi mengukuhkan penguasaan psikomotor kasar iaitu
kemahiran melukis yang asas
vii. diharapkan kandungan aktiviti yang dibina ini dapat mengasah pelbagai kemahiran pelajar
seperti kemahiran kepimpinan, kemahiran interpersonal dan kemahiran berkomunikasi.

1.3 KEDUDUKAN PELAJAR SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Pelaksanan Projek Inovasi Doodle Art PPKI KidSS dalam Pendidikan Seni Visual PPKI berfokuskan
kepada pelajar kelas Pendidikan Seni Visual Program Pendidikan Khas Integrasi yang tahap kefungsian
sederhana di mana pelajar berupaya mendengar arahan dan mewarna lukisan dengan kemas dan teratur.
Kebanyakan pelajar mempunyai masalah lembab, masalah tingkah laku yang tidak serious, autisme,
Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan masalah pendengaran yang tahap sederhana.
Maklumat-maklumat pelajar yang terlibat dalam projek Inovasi Doodle Art adalah pada senarai berikut.

Bil Nama Pelajar Kelas Masalah Tahap
Penguasaan
1. Chin Sarira PKT2 autisme
2. Cristopher Kaya Anak Ujang PK4T2 lembab Melukis
3. Fernando Abit Anak PK5T ADHD sederhana
PK5T lembab sederhana
Christopher Seli PKT2 autisme
4. Gilbert Dakun Anak Nerias PK5T masalah psikomotor kasar sangat lemah
5. Kevin Sia Pik Cheng PK5T lembab
6. Lee Soon Hing PKT2 lembab lemah
PKT2 lembab sangat lemah
7. Mohammad Danish Shah Bin
Jubali sederhana

8. Roger Harris Anak Ganny sederhana
9. Shane Intai Anak Lambau
sederhana
lemah

7

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

10. Sky Goh Hao Tian PK5T autisme sederhana
11. Stanley Anak Ningkan PK5T lembab lemah
PK5T lembab lemah
12. Tiong King Wei PKT2 hiperaktif
13. Wesly Tawai Anak Thomas PKT2 hiperaktif sederhana
14. Yap Jia Hao PK4T2 masalah pendengaran sederhana
15. Zekius Seman Anak Sepanus sederhana

Pelajar-pelajar ini telah dilibatkan secara langsung dalam program dan aktiviti yang dianjurkan
berkaitan dengan Projek Inovasi Doodle Art PPKI KidSS sepanjang 8 bulan. Tahap penguasaan
melukis dan mewarna akan dikaji secara berperingkat melalui hasil kerja yang telah dihasilkan dalam
setiap projek atau tugasan yang diberi.

8

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Terdapat pelbagai masalah dalam pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Seni Visual Program
Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran. Masalah yang kerap dihadapi oleh guru Pendidikan
Khas telah disimpulkan seperti di bawah.

i. Gangguan emosi dan tingkah laku pelajar yang susah dikawal mengehadkan proses
pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Seni Visual.

ii. Masalah kesediaan pelajar dalam kemahiran melukis disebabkan masalah psikomotor kasar
dan halus turut membawa kekangan untuk melancarkan proses pengajaran dan pemudahcaraan.

iii. Masalah memahami dan mengikut arahan terutamanya pelajar yang terencat akal dan
hiperaktif.

iv. Gagal menghabiskan tugasan Pendidikan Seni Visual dalam tempoh masa yang ditetapkan
dalam kelas.

v. Cepat hilang tumpuan dan cepat rasa bosan terutama pelajar yang Attention Deficit
Hyperactive Disorder (ADHD) dan autisme.

vi. Komposisi pelajar terdiri daripada pelbagai kategori mengekangkan guru untuk mengaplikasi
strategi pengajaran yang sama terhadap pelajar yang berlainan keupayaan.

vii. Nisbah bilangan pelajar kepada guru Pendidikan Khas adalah tujuh orang pelajar kepada
seorang guru. Namun, nisbah pelajar kepada guru adalah melebihi disebabkan kekurangan
tenaga pengajar di sekolah.

viii. Terdapat guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni tidak mempunyai latar belakang
Pendidikan Seni yang menyebabkan guru mengambil masa untuk menguasai pelbagai teknik
dan pendekatan Pendidikan Seni.

ix. Sebilangan ibu bapa yang kurang prihatin dan bekerjasama dalam membantu serta memantau
perkembangan seni dalam kalangan pelajar bermasalah pembelajaran.Contohnya ibu bapa
tidak memantau kerja rumah pelajar yang belum siap disebabkan sibuk bekerja dan terlupa
menyediakan bahan Pendidikan Seni yang dipesan oleh guru untuk dibawa ke kelas.Hal ini
sering berlaku walaupun guru telah memaklumkan secara lisan atau melalui memo.

9

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

3.0 POTENSI PASARAN

3.1 Aspek Pasaran

i. Sasaran Modul

Modul pembelajaran ini adalah untuk kegunaan para guru Pendidikan Seni Visual dalam membantu
memantapkan penguasaan psikomotor halus dan psikomotor kasar pelajar melalui aktiviti yang
disediakan. Bukan itu sahaja, modul ini juga boleh dijadikan sebahagian daripada proses pembelajaran
dan pengajaran di dalam kelas. Selain itu, modul ini adalah untuk kegunaan pelajar yang kelas tahap
tinggi sahaja. Penggunaan modul ini diutamakan untuk para guru sahaja manakala murid akan
melaksanakan aktiviti dalam modul berdasarkan tugasan dan arahan guru.

ii. Sasaran Pasaran

Modul pembelajaran ini mempunyai nilai komersial yang tinggi terutamanya dalam
i. bidang pendidikan seni kerana modul ini dibina adalah sebagai panduan guru Pendidikan Seni
tidak kira pelajar biasa atau pelajr Pendidikan Khas dalam mengajar topik rupa. Bukan itu
sahaja, modul ini juga membantu guru dari segi pengawalan masa pengajaran dan
memberikan guru idea dalam melaksanakan aktiviti. Selain itu, modul ini boleh digunakan
sebahagian daripada proses pembelajaran dan pemudahcaraan Modul ini juga dibina
bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 yang dapat melahirkan produk murid seperti
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

ii. Modul Melukis Doodle Art turut diaplikasikan dalam aktiviti pembelajaran dan
pemudahcaraan pelajar aliran perdana di mana ia telah dijadikan pertandingan untuk
menggalakkan percambahan idea dan kreativiti pelajar di samping menggalakkan
kemenjadian pelajar selain aktiviti pembelajaran yang tradisional.

10

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

4.0 PELAN PELAKSANAAN PROJEK

4.1 Carta Gantt dan MILESTONE

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M17 M18 M19 M20
-
M16

Analisis
Strategi
Bahan
Kertas Kerja
Kajian Rintis
Penilaian
Analisis Data
Produk
Laporan Akhir

Milestone 1: Penghantaran Sinopsis
Tarikh : 25 April 2018

Milestone 2: Selesai kajian rintis
Tarikh : 20 Julai 2018

Milestone 3: Hasil produk lengkap
Tarikh : 10 Ogos 2018

4.2 Prosedur Projek

Projek dalam membina Projek Inovasi Doodle Art PPKI KidSS dalam Pendidikan Seni Visual PPKI

memerlukan beberapa prosedur. Prosedur pertama yang diambil adalah dengan melakukan analisis

terhadap skop projek, latar belakang masalah dan analisis masalah. Prosedur ini dijalankan bagi

mengenal pasti masalah yang sering dialami oleh pelajar Pendidikan Khas di sekolah menengah. Projek

inovasi ini juga bertujuan untuk membantu guru Pendidikan Khas dalam mempelbagaikan proses PdPc

di sekolah di samping menarik minat pelajar Pendidikan Khas untuk menerima mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual sebagai salah satu mata pelajaran yang menarik dan seronok. Masalah-masalah

yang sering dialami sama ada dari kalangan pelajar atau guru adalah pembelajaran yang membosankan,

guru kekurangan latar belakang seni untuk memikirkan kaedah pembelajaran dan kekurangan masa

untuk mencari dan berfikir idea yang menarik. Segala aspek tersebut di ambil kira dalam menghasilkan

modul ini kerana modul ini adalah sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti di luar

bilik darjah, dan pelajar yang menjadi pemudahcaraan yang melaksanakan segala aktiviti PdPc .

Prosedur kedua adalah mengenal pasti hasil pembelajaran topik rupa bagi pelajar kelas tahap

kefungsian sederhana. Hasil pembelajaran ini penting sebagai asas kepada pencetusan idea aktiviti dan

strategi pembelajaran yang sesuai digunakan. Strategi pembelajaran yang dipilih adalah strategi-strategi

yang bersifat pembelajaran aktif seperti pembelajaran kolaboratif , pembelajaran berasaskan projek

(project based learning) dan pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning). Strategi-

strategi ini juga dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran melukis dan

meningkatkan pemikiran yang kreatif dan kritis.

11

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

Prosedur seterusnya adalah kajian rintis yang akan dijalankan ke atas modul yang telah
dihasilkan Temu bual akan dilakukan kepada dua pihak iaitu guru Pendidikan Seni Visual sekolah
menengah dan pelajar Pendidikan Khas tahap kefungsian sederhana. Temu bual yang dijalankan ini
bertujuan bagi memastikan kesesuaian tempoh masa dan penerimaan guru terhadap aktiviti-aktiviti
yang terkandung di dalam modul tersebut. Kajian ini juga adalah bagi memastikan keberhasilan dalam
mencapai objektif utama penghasilan modul ini iaitu bagi mewujudkan pembelajaran aktif di luar bilik
darjah bagi topik rupa. Hasil temu bual akan dianalisis bagi meningkatkan mutu modul ini. Segala
perubahan akan dilakukan mengikut saranan dan komen yang diberikan oleh guru-guru mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Temu bual ke atas pelajar pula adalah untuk mengenal pasti penerimaan dan
keterujaan mereka apabila menjalankan proses PdPc di luar bilik darjah. Pelajar Pendidikan Khas tahap
kefungsian sederhana digunakan kerana mereka telah mempelajari topik ini dan dapat memberi komen
yang wajar berdasarkan pengalaman yang lalu. Prosedur terakhir adalah penghasilan modul yang
terbaru setelah dinaik taraf berdasarkan penilaian dan analisis data yang dilakukan.

4.3 Aktiviti dan Tugasan Projek Inovasi
Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan berpandukan projek inovasi Doodle Art PPKI KidSS adalah
seperti berikut:

a. Aktiviti Pembelajaran Dan Pemudahcaraan gaya doodle art

bil Tajuk Aktiviti Tujuan

melorek gambar dengan pelbagai mendedahkan kepada pelajar cara
bentuk garisan
1. Garisan mengaplikasikan garisan melalui

lorekan

Lukisan melukis gambar pemandangan mendedahkan kepada pelajar cara

2. Pemandangan dan melorek dengan pelbagai mengaplikasikan garisan melalui

(Garisan) bentuk garisan lorekan

Reka bentuk
Baju merekacipta baju cheongsam dan membolehkan pelajar melukis
3. corak dengan konsep garisan dan
Cheongsam melukis corak
lorekan.
(Garisan)

mendedahkan pelajar kepada

4. Rupa Geometri melukis pelbagai rupa geometri pelbagai bentuk geometri untuk
pengetahuan awal rupa Doodle

Art

mendedahkan pelajar kepada

5. Rupa Organik melukis pelbagai rupa organik pelbagai bentuk organik untuk
pengetahuan awal rupa Doodle

Art

6. Emoji (Rupa) melukis emoji mendedahkan pelajar tentang
pelbagai jenis emosi

7. My Emoji mereka emoji sendiri membolehkan pelajar
mengekspresikan emosi melalui
(Rupa) lukisan emoji

8. Penanda Buku mengaplikasikan lukisan emoji
mereka cipta penanda buku pada penanda buku Doodle Art
(Rupa)

9. Potrait (Rupa) melukis potrait rakan sekelas mengekspresikan pandangan
sendiri tentang gambaran terhadap

12

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

10. Bekas Alat rakan sekelas dengan gaya doodle
Tulis (Rupa) mereka cipta bekas alat tulis art pada pinggan kertas

11. Bingkai Gambar mereka cipta bingkai gambar mereka cipta bekas alat tulis pada
(Rupa) cawan kertas dengan kreativiti
masing-masing
12. Bahan Bantu mereka cipta bahan bantu mereka cipta bingkai gambar
Mengajar dengan gaya doodle art
mengajar mereka cipta bahan bantu
(Bentuk) mengajar yang sesuai untuk
pelajar tahap kefungsian rendah
13. Toolkit TS 25 mereka cipta traffic light
(Traffic Light) mereka cipta traffic light sendiri
yang digunakan semasa PdPc
untuk meningkatkan keseronokan
belajar.

b. Kempen Melukis We Love KidSS Doodle Wall Art
i. menggalakkan pelajar melukis dan mereka cipta Doodle Art yang diminati pada
banner yang terpakai semasa Minggu Koperasi Sekolah
ii. mengembangkan bakat kesenian yang ada pelajar Pendidikan Khas

iii. mendedahkan kepada pelajar aliran perdana tentang bakat yang ada pada pelajar
Pendidikan Khas supaya tidak memandang rendah pada pelajar Pendidikan Khas

iv. meningkatkan keyakinan diri pelajar Pendidikan Khas bahawa mereka pun
berkemampuan melakukan sesuatu yang setaraf dengan pelajar biasa.

c. Pertandingan Melukis Doodle Art
i. Pelajar Pendidikan Khas berpeluang menyertai Pertandingan Melukis Doodle Art
bersama pelajar aliran perdana bawah anjuran Panitia Pendidikan Khas.
ii. Pelajar aliran perdana dan pelajar Pendidikan Khas bertanding mengikut kategori
individu dan kumpulan.

d. Jualan Penanda Buku Doodle Art
i. Pelajar Pendidikan Khas menghasilkan penanda buku doodle art dan menjual hasil
kerja kepada orang luar semasa Hari Kemuncak Koperasi dan Minggu
Keusahawanan PPKI SMK Kidurong.
ii. Memberi peluang kepada pelajar Pendidikan Khas untuk berinteraksi dengan
masyarakat luar dan belajar berurusniaga di samping meningkatkan kebolehpasaran
pelajar Pendidikan Khas

e. Pameran Karnival Pendidikan Khas Peringkat Daerah
i. Mendedahkan kepada masyarakat setempat dan sekolah lain terhadap kebolehan
melukis Doodle Art pelajar terutama pelajar autisme, pelajar lembab dan ADHD
dalam bidang melukis.

13

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

f. Pameran Projek Inovasi Doodle Art Sempena Lawatan Penanda Aras dari SMK Dato
Permaisuri, Miri
i. Mendedahkan kepada masyarakat setempat dan sekolah lain terhadap kebolehan
melukis Doodle Art pelajar terutama pelajar autisme, pelajar lembab dan ADHD
dalam bidang melukis.
ii. Pelajar autisme mereka cipta muka depan buku pelawat sempena lawatan penanda
aras dan telah mendapat sambutan dan pujian daripada pihak pentadbir sekolah yang
melawat.

14

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

5.0 KOS PROJEK harga seunit KUANTITI KOS
RM 0.20 98 (7 sesi) RM 19.60
5.1 Perbelanjaan RM 3.20 RM 44.80
RM 5.40 14 RM 37.80
a) Aktiviti PdPc Melukis 7 RM 102.20

bil BAHAN / ALAT Jumlah
1. kertas A3
2. pen outline
3. magic pen

b) Pertandingan Doodle Art

bil BAHAN / ALAT harga seunit KUANTITI KOS
1. kertas A3 RM 0.20 25 RM 5.00
2. hamper 9 tajaan pihak luar
tajaan pihak
3. sijil penyertaan luar 50 sumbangan sekolah

sumbangan
sekolah

Jumlah RM 5.00

c) Kempen Melukis We Love KidSS Doodle Wall Art

bil BAHAN / ALAT harga seunit KUANTITI KOS
1. banner terpakai kitar semula 1 kitar semula
2. marker (5 per pack) RM 10.00 2
3. sijil penyertaan sumbangan 50 RM 20.00
sumbangan sekolah
sekolah

Jumlah RM 20.00

d) Penanda Buku Doodle Art harga seunit KUANTITI KOS
sumbangan 1 kitar semula
bil BAHAN / ALAT
1. kertas warna sekolah 2 sumbangan sekolah
sumbangan
2. magic pen 3 sendiri
sekolah Jumlah RM 9.00
3. outline pen sendiri RM 9.00
4. ribbon RM 3.00

e) Potrait Rakan Sekelas Doodle Art

bil BAHAN / ALAT harga seunit KUANTITI KOS
1. pinggan kertas kitar semula 20 kitar semula
2. magic pen sumbangan 5 sumbangan sekolah

3. outline pen sekolah 15 sendiri
sendiri Jumlah -

15

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

f) Bekas Alat Tulis Doodle Art harga seunit KUANTITI KOS
kitar semula 20 kitar semula
bil BAHAN / ALAT sumbangan 5 sumbangan sekolah
1. cawan kertas
2. magic pen sekolah 15 sendiri
sendiri Jumlah -
3. outline pen

JUMLAH KOS PROJEK : RM 102.20 + RM 5.00 + RM 20.00 + RM 9.00 = RM 136.20

5.2 Pendapatan

a) Pertandingan Doodle Art

bil Yuran Pendaftaran harga seorang KUANTITI Jumlah
1. individu RM 10.00 10 orang RM 100.00
2. kumpulan RM 20.00 RM 180.00
6 kumpulan RM 280.00
Jumlah

b) Kempen Melukis We Love KidSS Doodle Wall Art

bil Yuran Pendaftaran harga seorang KUANTITI Jumlah
1. individu RM 5.00 20 orang RM 100.00
Jumlah RM 100.00

c) Jualan Penanda Buku Doodle Art

bil Item harga seorang KUANTITI Jumlah
1. penanda buku Doodle Art RM 1.00 100 RM 100.00
2. corner bookmark RM 1.00 100 RM 100.00
Jumlah RM 200.00

JUMLAH PENDAPATAN : RM 280.00 + RM 100.00 + RM 200.00 = RM 580.00

5.3 Keuntungan
Jumlah Pendapatan ‒ Jumlah Kos Projek = RM 580.00 ‒ Rm 136.20

= RM 443.80

16

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN INOVASI

6.1 PROSES PELAKSANAAN PROJEK

Proses pelaksanaan projek melibatkan melibatkan 3 fasa iaitu fasa 1, fasa 2 dan fasa 3. Jadual di bawah
menunjukkan 3 fasa yang dilalui untuk menghasilkan projek inovasi Doodle Art PPKI KidSS.

PROSES PELAKSANAAN PROJEK

FASA PERKARA TINDAKAN / BULAN
FASA 1 Pemilihan Masalah

• Guru memaklumkan bahawa projek Guru Pendidikan Seni
inovasi ingin dijalankan adalah bagi Visual kelas PK5T / Mac
mengatasi masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh pelajar pendidikan khas
dalam Pendidikan Seni Visual.

• Pemilihan nama, konsep dan rancangan
aktiviti yang bersesuaian dengan projek
inovasi

• Penghantaran sinopsis

FASA 2 Aktiviti Projek
FASA 3
• Pelajar membina projek berdasarkan Pelajar /
kepada tugasan yang diberikan oelh guru Mac hingga Julai
subjek.

Kempen Melukis We Love KidSS Doodle Pelajar , guru dan PPM/
Wall Art April

• Pelajar, guru dan Pembantu Pengurusan
Murid menghasilkan doodle wall wart.

Pertandingan Melukis Doodle Art Guru Pembimbing / April

• Pelajar menyertai pertandingan melukis
Doodle Art bersama pelajar biasa

Penjualan Penanda Buku

• Pelajar menjual penanda buku Doodle Art Pelajar / April
semasa minggu Keusahawanaan PPKI dan
Hari Koperasi SMK KidSS.

Pameran Projek Pelajar / Julai

• Pelajar mempamerkan projek Doodle Art
dalam pameran Karnival Pendidikan Khas

Penilaian projek pelajar dilakukan oleh Guru Pelajar / Mac - Julai
pembimbing.

Guru menyediakan laporan lengkap untuk Guru / Ogos
projek inovasi.

Penghantaran laporan lengkap Guru
Persediaan perbentangan tentang projek Guru
inovasi.

17

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN DOODLE ART PPKI KIDSS Guru
Guru
Mula Guru

Pemilihan Permasalahan

Pemilihan Tajuk, Konsep dan
Rancangan Aktiviti

Penghantaran Sinopsis

Diterima

Aktiviti Projek Pelajar

Penyerahan projek dan penyediaan Guru
laporan Guru
Guru
Penghantaran laporan
projek inovasi

Perbentangan
projek inovasi

Tamat

18

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

6.2 PROSES KERJA

LANGKAH 1: Pemilihan permasalahan dan penetapan tajuk, konsep dan rancangan aktiviti projek
inovasi yang sejajar dengan TS25 serta mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21.

Rajah 1

Rangka Projek Inovasi Doodle Art.

LANGKAH 2: Pemilihan dan penyediaan bahan serta alat yang sesuai untuk aktiviti PdPc.

Rajah 2 Alat dan Bahan Projek Inovasi Doodle Art.

19

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

LANGKAH 3:Pelaksanaan PdPc tentang penguasaan asas Doodle Art dan pelajar melaksanakan
projek Doodle Art mengikut tugasan yang diberi oleh guru subjek.

Rajah 3 Pendedahan asas tentang rupa geometri dan kemahiran melukis Doodle Art.

Rajah 4 Sesi Pembelajaran dan pemudahcaraan Emoji Doodle Art.

20

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

Rajah 5 Sesi Pembelajaran dan pemudahcaraan
Menghasilkan Bekas Alat Tulis Doodle Art.

Rajah 6 Sesi Pembelajaran dan pemudahcaraan
Melukis Potrait Rakan Sekelas Doodle Art.

21

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

Rajah 7 Sesi Pembelajaran dan pemudahcaraan
Melukis Potrait Rakan Sekelas Doodle Art.

Rajah 8 Sesi Pembelajaran dan pemudahcaraan
Menghasilkan Penanda Buku Doodle Art.

22

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

LANGKAH 4 : Pertandingan Melukis Doodle Art dan Kempen Melukis Doodle Wall Art PPKI KidSS
dianjurkan sempena Minggu Koperasi SMK Kidurong. Pelajar Pendidikan Khas telah melibatkan diri
dalam pertandingan meluis Doodle Wall Art bersama pelajar biasa bagi mengasah lagi bakat seni yang
terpendam. Kempen Melukis Doodle Wall Art PPKI KidSS turut mendapat penyertaan dan sambutan
yang baik daripada pelajar dan guru aliran perdana.

Rajah 9 & 10 Kempen Melukis Doodle Wall Art PPKI KidSS telah mendapat sambutan yang
baik daripada pihak pengurusan, guru dan pelajar aliran perdana.

23

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

Rajah 11 Hasil Kerja Doodle Wall Art telah dipamerkan dalam kawasan sekolah sebagai
penghargaan hasil daripada warga SMK Kidurong .

LANGKAH 5 : Pameran Hasil Kerja Doodle Art pelajar PPKI KidSS telah diadakan semasa Karnival
Pendidikan Khas peringkat daerah dan telah mendapat pujian dan sambutan daripada masyarakat
setempat.

Rajah 12 Pameran Doodle Art PPKI KidSS telah mendapat sambutan yang baik daripada
warga SMK Kidurong, sekolah-sekolah dan komuniti setempat .

24

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

7.0 TINJAUAN / KAJIAN LITERATURE

Seni melukis sentiasa berkembang menurut peredaran tamadun manusia. Akiran seni yang amat
bersesuaian dengan falsafah hidup moden ini terkenal dengan panggilan Seni Doodle atau Seni
Contengan. Seni ini pada dasarnya sudah lama dilakukuan oleh kita semua terutamanya apabila kita
mengelamun secara spontan menconteng tanpa makna atau tujuan untuk mengisi masa apabila minda
kita dipenuhi atau dikuasai oleh aktiviti lain seperti sedang bercakap melalui telefon, berbincang
dengan teman atau menconteng tanpa arah semasa mencari idea atau melepaskan tekanan.

Menurut kajian Baharuddin, Mohd Arus (2017), seni doodle ini telah tercetus dari tokoh seni
visual terkenal antarabangsa, Bansky, pelukis cerakan dan template British Andy Warhol pelukis pop
Amerika, Jackson Pollock, pelukis Action Painting dalam abstrak Ekspresionis, dan Keith Haring,
pelukis grafiti.Dengan itu, gaya lukisan doodle yang menjadi fenomena masyarakat dunia ini. Seni
doodle juga berkembang disebabkan hubungkaitnya dengan kehidupan serba maju dan berteknolongi
tinggi. Kemunculan seni doodle turut disebabkan kewujudan media sosial yang sangat popular di
kalangan kita.Oleh sebab sifat seni doodle ini membebaskan pencipta untuk melukis apa saja yang
terlintas dalam fikiran, ia akan terjadi tanpa peralatan yang canggih. Sebuah karya doodle boleh
dihasilkan dengan pensel, pen atau alat yang boleh merakam unsur seni seperti garisan, bentuk atau
rupa.

Secara ringkasnya, Doodle Art adalah teknik melukis spontan yang bentuknya Freehand
semua bentuk biasa termasuk kedalam doodle. Teknik melukis Doodle seperti teknik menggambar
pada umumnya yang biasa menggunakan Arsir, Blok, Linear, Dusel, Pointilis, Aquarel, dan Plakat.
Menurut Lei Melendres, Doodle art terbahagi kepada 3 iaitu :

i. Unplanned Doodle atau disebut teknik melukis doodle dengan cara spontan atau tanpa sketsa.
ii. Semi Unplanned Doodle atau disebut teknik melukis doodle dengan spontan atau langsung

tetapi menggunakan sketsa.
iii. Planned Doodle atau disebut Teknik melukis doodle dengan merancang terlebih dahulu atau

dengan menggunakan sketsa agar hasilnya lebih bermakna dan rapi.
Bahan yang digunakan membuat Doodle Art adalah sangat ringkas, kita hanya memerlukan
beberapa bahan atau alat iaitu:

1. sketchbook, buku, buku gambar, atau media lainnya termasuk media menggambar.
2. pensil ,rautan pensil ,dan penghapus untuk menggambar sketsa.

drawing pen atau pulpen gambar untuk menebalkan gambar sketsa.

3. pensil warna, spidol warna, cat untuk mewarna gambar agar lebih menarik.

25

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

7.1 Cara Membuat Doodle Art

Jika kita ingin menghasilkan satu karya Doodle Art, kita hanya perlu mengikut langkah-langkah seperti
berikut:(sumber daripada laman web info schoolpouringrights.com)

1. Membuat Sketsa

Walaupun Doodle Art tidak semestinya menggunakan skesta dan boleh melukis secara langsung, tetapi
bagi pemula, skesta diperlukan untuk mengelakkan kesalahan atau kekeliruan. Skesta juga membantu
kita membiasakan diri untuk membuat doodle dengan lebih rapi dan teratur.

2. Menebalkan Ikon

Jika gambar yang dilakar sudah selesai, kita boleh tebalkan gambar dengan spidol atau drawing pen
agar lebih jelas.Dengan ini boleh memudahkan kita dalam menentukan batasan supaya mewarna dalam
garisan.

26

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

3. Menambahkan Ikon gambar

Penambahan ikon gambar yang sesuai dapat menambahkan kreativiti gambar seperti gambar-gambar
karakter yang diminati di mana penambahan ikon-ikon ini dapat menjadikan doodle art kita lagi
menarik.

4. Mewarna

Langkah terakhir adalah mewarna jika perlu supaya gambar kelihatan tertarik hati. Kadang-kadang
gambar doodle art yang hitam putih lagi menarik berbanding dengan yang diwarna. Namun, ini ikut
pilihan masing-masing.

27

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

7.2 Penambahbaikan Yang Dilakukan

Dengan berpandukan gaya doodle art yang memberi ruang kepada pelajar untuk menghasilkan karya
secara bebas dan menggalakkan kreativiti pelajar, maka guru subjek Pendidikan Seni Visual
menerapkan konsep dan gaya doodle art dalam pembelajaran dan pemudahcaraan untuk kemahiran
melukis.

Sebagai permulaan, guru menerapkan cara melakar dan melorek gambar kartun dengan konsep
garisan sebelum belajar doodle. Guru telah memperkenalkan pelbagai garisan dan menggalakkan
pelajar melorek gambar dengan garisan selain daripada mewarna.

Rajah 13 Lorekan gambar dengan konsep garisan merupakan langkah pertama dan asas untuk
membimbing pelajar menguasai gaya doodle..

Apabila pelajar telah mahir dengan penggunaan garisan, guru mengajar pelajar untuk melukis gambar
pemandangan dan dilorekkan dengan drawing pen dan konsep garisan diaplikasikan.

Rajah 14 Lukisan pemandangan dilorek dengan penggunaan konsep garisan bagi melatih
pelajar untuk menguasai gaya Doodle Art secara beransur-ansur.

28

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

Pembelajaran dan pemudahcaraan diteruskan dengan pengenalan rupa geometri dan rupa organik
supaya pelajar lebih mengenali cara doodle dengan konsep bentuk dan rupa.

Rajah 15 Pendedahan kepada rupa organik dan geometri serta bentuk membina penguasaan
asas gaya doodle.

Pelajar juga didedahkan kepada aktiviti origami iaitu bookmark corner untuk melatih psikomotor kasar
pelajar. Penghasilan penanda buku doodle art telah dipamerkan dan dijual semasa Minggu
Keusahawanan dan Minggu Koperasi sekolah sebagai pengujian kebolehpasaran kemahiran seni
pelajar.

Rajah 16 Penghasilan bookmark corner dan penanda buku Doodle Art dijual semasa Minggu
Keusahawanan PPKI dan Minggu Koperasi SMK Kidurong.

29

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

Selain origami, pelajar turut didedahkan dengan cara melukis emoji di mana pelajar dapat
mengekspresi emosi melalui lukisan emoji terutama pelajar autisme, Attention Deficit Hyperactive
Disorder (ADHD) dan masalah pendengaran. Dengan ini, terapi melukis dapat diterapkan untuk
menenangkan emosi pelajar yang kurang stabil semasa PdPc di samping menarik minat dan tumpuan
pelajar supaya dapat menyelesaikan tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan.

Rajah 17 PdPc Emoji Doodle Art dapat membantu pelajar mengekspresi emosi melalui lukisan
doodle dan menarik tumpuan pelajar ADHD dan autisme untuk menyelesaikan tugasan pada
masa yang ditetapkan di samping menguruskan tingkah laku.

Pelajar turut didedahkan cara doodle potrait dan mendapati cara doodle potrait dapat meningkatkan
kemahiran melukis potrait berbanding dengan cara melukis potrait yang tradisional.

Rajah 18 Lukisan Doodle Potrait adalah lebih berkesan dan menarik berbanding dengan cara
melukis potrait yang tradisional.

30

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

Pelajar berpeluang untuk membuat kraftangan doodle art selain belajar doodle yang asas. Pelajar telah
menghasilkan bekas alat tulis dan bingkai gambar doodle art mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti kraftangan telah merangsangkan psikomotor kasar dan psikomotor halus pelajar.

31

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

8.0 KEJAYAAN SELEPAS PELAKSANAAN INOVASI

8.1 Perubahan pada pelajar Pendidikan Khas

Penilaian penguasaan melukis pelajar telah dibuat selepas PdPc dan aktiviti pelaksanaan inovasi
dilakukan dan didapati kemajuan pelajar telah diperlihatkan melalui hasil kerja pelajar. Perbezaan yang
amat ketara adalah pelajar autisme dan pelajar Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD).
Bukan saja hasil kerja pelajar menunjukkan kemajuan yang baik tetapi dari segi emosi dan tingkah laku
turut menunjukkan peningkatan.

Rajah 19 Penguasaan melukis pelajar ADHD memperlihatkan kemajuan apabila menggunakan
gaya doodle untuk melukis potrait.

Rajah 20 Pelajar Autisme memperlihatkan peningkatan yang amat mendadak apabila
menggunakan gaya doodle untuk melukis potrait.

32

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

Perkembangan penguasaan melukis selepas pelaksanaan Projek Inovasi Doodle Art PPKI KidSS
dirumuskan seperti berikut:

Bil Nama Pelajar Kelas Masalah Tahap Penguasaan Melukis
PKT2 autisme
1. Chin Sarira PK4T2 lembab sebelum inovasi selepas inovasi

2. Cristopher Kaya Anak sederhana sangat baik
Ujang
sederhana baik
3. Fernando Abit Anak
Christopher Seli PK5T ADHD sangat lemah sederhana

4. Gilbert Dakun Anak PK5T lembab lemah baik
Nerias PKT2 sangat lemah sederhana
PK5T autisme sangat baik
5. Kevin Sia Pik Cheng sederhana
PK5T masalah sangat baik
6. psikomotor sederhana
Lee Soon Hing
kasar
7. Mohammad Danish lembab
Shah Bin Jubali
PKT2 lembab sederhana sangat baik
8. Roger Harris Anak
Ganny PKT2 lembab lemah baik
PK5T sederhana baik
9. Shane Intai Anak PK5T autisme baik
Lambau PK5T lembab lemah baik
PKT2 lembab lemah sangat baik
10. Sky Goh Hao Tian PKT2 sederhana sangat baik
PK4T2 hiperaktif sederhana sangat baik
11. Stanley Anak Ningkan sederhana
hiperaktif
12. Tiong King Wei masalah
pendengaran
13. Wesly Tawai Anak
Thomas

14. Yap Jia Hao

15. Zekius Seman Anak
Sepanus

Pelaksanaan Projek Inovasi Doodle Art PPKI KidSS bukan sahaja telah meningkatkan penguasaan
melukis pelajar dan mengembangkan kreativiti pelajar, ia juga mengurangkan masalah tingkah laku
dan menarik tumpuan pelajar supaya berfokuskan pada projek yang diberi semasa PdPc. Pelajar turut
meluahkan perasaan bahawa lukisan doodle art dapat menenangkan fikiran dan lebih berminat untuk
belajar dalam kelas Pendididkan Seni Visual.

33

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

8.2 Impak kepada pelajar biasa dan Pendidikan Khas

Pelaksanaan Projek Inovasi Doodle Art PPKI KidSS turut menggalakkan interaksi antara pelajar
Pendidikan Khas dan pelajar aliran biasa. Melalui pertandingan melukis Doodle Art, kita juga dapat
mencungkil bakat seni yang ada pada pelajar dan menggalakkan kerjasama antara pelajar.. Berikut
merupakan senarai pemenang mengikut kategori kumpulan dan individu.

Rajah 21 Pemenang Pertandingan Melukis Doodle Art dan hasil karya pemenang kategori
kumpulan.

Rajah 22 Pemenang Pertandingan Melukis Doodle Art dan hasil karya pemenang kategori

individu. 34

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

9.0 Perkongsian Inovasi

9.1 Implementasi pada aktiviti kokurikulum pelajar biasa

Gaya Doodle turut diimplementkan dalam aktiviti pertandingan melukis banner antara pelajar biasa
sempena bulan kemerdekaan. Didapati perkongsian idea doodle art ini telah menggalakkan
kemenjadian pelajar yang lebih memuaskan dan menggalakkan perkembangan kreativiti pelajar serta
kerjasama antara pelajar.

Rajah 23 Hasil karya banner doodle art daripada pelajar aliran perdana.

Rajah 24
Hasil karya doodle art yang kreatif
daripada pelajar aliran perdana.

35

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

9.2 Pameran Hasil Karya Doodle Art

Hasil karya Doodle Art daripada projek inovasi Doodle Art PPKI KidSS telah dipamerkan semasa
Karnival Pendidikan Khas peringkat daerah. Pameran ini bukan sahaja untuk mempamerkan
kekreatifan pelajar Pendidikan Khas dalam menghasilkan doodle art, tetapi juga berkongsi idea untuk
meningkatkan keberkesanan mendidik pelajar Pendidikan Khas untuk menguasai kemahiran melukis
dengan gaya doodle.

Rajah 25 Pameran hasil karya doodle art daripada pelajar Pendidikan Khas membuka mata
masyarakat untuk lebih mengenali bakat seni yang terpendam dan kebolehan pelajar
Pendidikan Khas.

Lawatan Penanda Aras dari SMK Dato Permaisuri, Miri turut tertarik hati dengan pameran hasil karya
doodle art pelajar Pendidikan Khas. Pengetua telah memberi pujian kepada pelajar dan mengatakan
pameran ini telah memberi input kepada mereka untuk melaksanakan inovasi tersebut dalam PdPc
sekolah.

Rajah 26
Pameran hasil karya doodle art pelajar
Pendidikan Khas dan rekacipta muka depan
buku pelawat menarik perhatian para pelawat

dan mendapat sambutan yang baik.

36

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

10.0 FAEDAH -FAEDAH DARIPADA PELAKSANAAN INOVASI

Antara faedah-faedah yang diperoleh melalui pelaksanaan inovasi adalah:

a. Peningkatan penguasaan kemahiran melukis pelajar Pendidikan Khas telah diperlihatkan
melalui karya yang dihasilkan berbanding dengan cara tradisional PdPc Pendidikan Seni
Visual yang dijalankan sebelum ini.

b. Nilai sayangi alam sekitar turut disemai dalam diri pelajar kerana bahan kitar semula
digunakan untuk menghasilkan kraftangan doodle art

c. Pengurangan masalah tingkah laku pelajar semasa PdPc kerana pelajar yang autisme dan
ADHD amat tertarik hati dengan aktivti PdPc yang dijalankan dan gaya doodle tidak
membatas cara penghasilan karya.

d. Pengurusan emosi dan terapi seni turut diterapkan semasa sesi PdPc kerana pelajar Pendidikan
Khas dapat mengekspresikan emosi melalui lukisan doodle dan emoji.Melalui penghasilan
gambar doodle, guru dapat meneliti perubahan emosi pelajar.

e. Jalinan interaksi antara pelajar Pendidikan Khas dan pelajar biasa dalam pertandingan
melukis doodle art .

f. Peningkatan kemahiran interpersonal dan kemahiran kebolehpasaran apabila pelajar
Pendidikan Khas mempromosikan produk doodle art kepada masyarakat luar.

g. Perkongsian idea doodle untuk diterapkan dalam aktiviti kokurikulum pelajar aliran perdana
agar kemenjadian pelajar dan kreativiti dapat ditingkatkan.

37

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

KESIMPULAN

Projek Inovasi Doodle Art PPKI KidSS bertujuan untuk menggalakkan perkembangan psikomotor
halus dan psikomotor kasar pelajar melalui aktiviti Pendidikan Seni. Projek inovasi ini turut
diharapkan dapat mengurangkan masalah tingkah laku dan pengurusan emosi pelajar semasa PdPc.
Pelajar juga dapat meluahkan perasaan dan emosi melalui lukisan emoji Doodle Art terutama pelajar
autisme dan pelajar bermasalah pendengaran yang tidak dapat berkomunikasi secara lisan. Aktiviti
projek inovasi turut meningkatkan kemahiran interpersonal dan sahsiah pada pelajar melalui interaksi
dengan pelajar biasa dan masyarakat luar. Idea projek inovasi turut dikongsi dan diguna pakai oleh
guru aliran perdana untuk melaksanakan dalam aktiviti kokurikulum pelajar biasa dan menggalakkan
kemenjadian pelajar dan kreativiti pelajar yang lebih memuaskan.

38

PROJEK INOVASI DOODLE ART PPKI KidSS SHIRLING WONG

RUJUKAN

Baharuddin MD. Arus. (2017). Seni Doodle Budaya Altrnatif Moden. Dimuat turun pada 3 Ogos
2018 daripada http://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah.

Jamila K.A. Mohamed. ( 2005). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa. Pahang: PTS
Profesional

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas. (1997) Peraturan-peraturan pendidikan
khas. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas. (2002) Buku maklumat pendidikan khas
2002. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas. (2003b) Buku panduan stesen
pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas masalah pembelajaran sekolah rendah dan
sekolah menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas. (2004) Huraian sukatan pelajaran
pendidikan khas bermasalah pembelajaran rendah dan menengah. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Osman Hashim & Ahmad Ghazie Ibrahim (2007). Ke arah Peningkatan Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Seni Visual dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan Universiti Malaysia

Rooney, R.(2004). Arts-based teaching and learning. Review of the literature. Dimuat turun pada 18
Mei 2018 daripada http://livingresearch.vsarts.org.

Unknown .(2017). Apa itu Doodle Art? Berikut Penjelasan dan cara membuatnya. Dimuat turun pada
14 Ogos 2018 daripada http//www.schoolpouringrights.com

39


Click to View FlipBook Version