MAKLUMAT DIRI
En. Khalid dilahirkan pada tanggal 11 Julai 1969
di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan
permata hati kepada Hj Bujang bin Bakiau dengan Hjh
Esah binti Abu. Ayahnya merupakan seorang pesara
polis.
Beliau adalah anak kesembilan daripada sebelas
orang adik beradik yang terdiri daripada lima orang
lelaki dan enam orang perempuan.
Hobi beliau di waktu lapang ialah memancing dan
menonton rancangan televisyen berbentuk dokumentari.
Warna kegemaran beliau ialah hijau muda.
SEJARAH PENDIDIKAN
Sekolah Rendah
SRK Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan
SRK Jalan Pasar 2, Pudu, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah
SMK Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
SMK Tun Haji Abdul Malek, Cheng, Melaka
SMK Tun Tuah, Bachang, Melaka
Kelulusan Akademik dan Ikhtisas
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (Linguistik), UKM
Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu/ Geografi), UKM
SEJARAH PERKAHWINAN
En. Khalid mendirikan rumah tangga pada 31 Mei 1996 dengan pilihan
hatinya, Rosmila binti Ramli yang bekerja sebagai guru di SMK Klebang Besar.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang puteri dan seorang
putera.
Puteri sulung beliau diberi nama Anis Nadeeha binti Khalid, berumur 21
tahun dan sedang menuntut di INTEC, Shah Alam, Selangor dalam jurusan
ACCA(Accountancy). Anak bongsu beliau ialah seorang putera bernama Aliff
Imran bin Khalid berumur 20 tahun pula sedang menuntut di UiTM,
Shah Alam, Selangor dalam jurusan Kejuruteraan Kimia.
SEJARAH PERKHIDMATAN
En. Khalid memulakan kerjaya beliau sebagai seorang pendidik pada
tahun 1994 dan sepanjang perjalanan karier beliau sehingga kini, beliau
telah menyumbang khidmat di empat buah sekolah.
Tempat bertugas Tahun Jawatan
SMK Tenom, Sabah 1994 GPK HEM
SMK St Francis, Melaka 1999 Guru Akademik Biasa
SMK Seri Tanjong, Melaka 2003 Guru Akademik Biasa
2008 Guru Kokurikulum Ting. 6
2012 GPK HEM
SMK Methodist ACS, Melaka 2020 GPK Pentadbiran
ANUGERAH PERKHIDMATAN
Sepanjang perkhidmatan
beliau, beliau telah mendapat
satu Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang KPM–melintang
pada tahun 1996 dan tiga kali
Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang KPM iaitu pada
tahun 2006, 2012 dan 2019.
KENANGAN MANIS
SEPANJANG PERKHIDMATAN
Menyerahkan sendiri keputusan SPM kepada
anakanda Aliff Imran bin Khalid yang mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM
2017.
Menghasilkan kemenjadian pelajar daripada yang susah, anak
kampung dan yang kurang kasih sayang telah berjaya
melanjutkan pelajaran di universiti dan mempunyai karier
yang cemerlang.
Tahun JAWATAN LAIN
1994 DAN AKTIVITI LUAR
2004
2006 Jawatan Yang Disandang
2008 Berpangkat Leftenan di Askar Wataniah
2008 Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu SPM
2012 Pemeriksa Kertas Geografi SPM
Jurulatih Utama Geografi JPM
Pemeriksan Kertas Bahasa Melayu STPM
Penyelia Kawasan Peperiksaan SPM JPM
KENANGAN DI eSTAG
Warga eSTAGkita mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada En. Khalid bin Bujang atas
khidmat bakti yang telah disumbangkan
di SMK Seri Tanjong. Warga eSTAGkita
mendoakan agar tuan sentiasa berada
dalam keadaan sihat dan dilimpahkan
kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
Jasamu akan kami kenang
selamanya. Terima kasih.
Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.
Harum sungguh bunga melati,
Ditanam teruna di tepi laman,
Walaupun berat rasa dihati,
Demi tugas kami relakan.
TERIMA KASIH, CIKGU.