The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by acp smk alam damai, 2019-09-25 15:43:19

ANTI-CORRUPTION PROGRAMME (1)

ANTI-CORRUPTION PROGRAMME (1)

ANTI-CORRUPTION

PROGRAMME

SMK ALAM DAMAI
[email protected]

APA ITU RASUAH ?

Dalam konteks Akta

Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia 2009, rasuah

membawa maksud secara

rasuah memberi atau

menawarkan, menerima atau

meminta atau setuju untuk

menerima ganjaran/faedah

secara langsung atau tidak

langsung.

APA ITU SUAPAN ?

Suapan boleh datang

dalam pelbagai bentuk

samada dalam bentuk

wang, hadiah, pinjaman, fi,

alang, cagaran berharga,

harta atau kepentingan

mengenai harta, iaitu

apa-apa jenis harta , sama

ada alih atau tak alih,

faedah kewangan, atau

apa-apa manfaat yang

seumpama seperti yang

dinyatakan dalam

Bahagian 1 – Permulaan,

Seksyen 3, Tafsiran Akta

Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia 2009.

PERLINDUNGAN PEMBERI

MAKLUMAT DAN SAKSI

Akta Perlindungan Pemberi

Maklumat 2010 (AKTA 711)

Merupakan satu akta untuk

menggalakkan pendedahan

maklumat mengenai sebarang

jenayah rasuah atau salah laku

lain. Akta ini akan memberi

perlindungan kepada pemberi

maklumat daripada sebarang

tindakan memudaratkan akibat

daripada pendedahan yang telah

dibuat.

PERLINDUNGAN PEMBERI

MAKLUMAT DAN SAKSI

Perlindungan Saksi
Akta perlindungan saksi 2009
(Akta 696) telah dibentangkan
dan diluluskan di Dewan Rakyat
pada 26 Mac 2009 dan di Dewan
Negara pada 8 April 2009. Tarikh
permulaan kuatkuasa akta ini
adalah pada 15 April 2010. Akta
ini bertujuan untuk mewujudkan
suatu program perlindungan saksi
dan bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengannya.

PENGUATKUASAAN

PENGENALAN

Strategi penguatkuasaan merupakan salah

satu daripada strategi serampang tiga mata

SPRM berdasarkan kepada Seksyen 7

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009 dan memainkan pelbagai

peranan penting antaranya menjalankan

siasatan, mengumpul maklumat, memberi

khidmat bantuan forensik, memproses dan

menguruskan maklumat serta

mengendalikan kes-kes perbicaraan yang

diletakkan di bawah portfolio Timbalan

Ketua Pesuruhjaya (Operasi).

PENCEGAHAN

PENGENALAN
Pencegahan merupakan salah
satu daripada strategi
serampang tiga mata SPRM
berdasarkan kepada Seksyen 7
Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 dan
terdiri dari tiga bahagian utama
iaitu Bahagian Pemeriksaan dan
Perundingan, Bahagian Urus
Tadbir Sektor Awam dan
Bahagian Pengurusan Integriti
Agensi.

PENDIDIKAN

PENGENALAN
Pendidikan merupakan salah
satu daripada strategi
serampang tiga mata SPRM
berdasarkan kepada Seksyen 7
Akta suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009.

Strategi ini dimainkan oleh

Bahagian Pendidikan

Masyarakat mengikut Seksyen

7(f) dan Seksyen 7(g) Akta

Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia 2009 iaitu

mendidik serta mendapatkan

dan memelihara sokongan

orang ramai dalam usaha

memerangi rasuah.

PENDIDIKAN

PENGENALAN
Pendidikan merupakan salah
satu daripada strategi
serampang tiga mata SPRM
berdasarkan kepada Seksyen 7
Akta suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009.

Strategi ini dimainkan oleh

Bahagian Pendidikan

Masyarakat mengikut Seksyen

7(f) dan Seksyen 7(g) Akta

Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia 2009 iaitu

mendidik serta mendapatkan

dan memelihara sokongan

orang ramai dalam usaha

memerangi rasuah.

LALUAN ACP SMK ALAM DAMAI

Rasuah Dihina,
Maruah Dibina


Click to View FlipBook Version