BUKU SKRAP
MOTIVASI, KREATIVITI, PENGURUSAN BILIK DARJAH, INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH
EEA 7022 : PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN
DR. SARIFAH NURHANUM BINTI SYED SAHURI
ABDURRAHMAN HUSNI BIN SHAIFUL ANNUAR
2211154
ISI KANDUNGAN 1- ISI KANDUNGAN (1)
2- MOTIVASI (2)
DEFINISI MOTIVASI (3)
STRATEGI PENGAJARAN (4-6)
HASIL KAJIAN
3- KREATIVITI (7)
DEFINISI KREATIVITI (8)
STRATEGI PENGAJARAN (9-10)
HASIL KAJIAN
4- PENGURUSAN BILIK DARJAH (11)
DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH (12)
STRATEGI PENGAJARAN (13-15)
HASIL KAJIAN
5- INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH (16)
DEFINISI INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH (17)
STATEGI PENGAJARAN (18-23)
HASIL KAJIAN
6- RUJUKAN (24)
1-MOTIVASI
DEFINISI MOTIVASI
Secara harfiah, istilah motivasi berasal dari perkataan Latin movere, yang
bermaksud bergerak yang menandakan proses yang bermula dengan kekurangan
faktor fisiologi atau psikologi yang mendorong tingkah laku atau mendorong itu
ditunjukkan untuk tujuan atau insentif, supaya memahami proses motivasi
bergantung pada pemahaman dan hubungan antara keperluan, pemacu, dan insentif
(Luthans, 2005)
Merihot (dalam Marliani, 2015) mencadangkan bahawa motivasi adalah faktor yang
mengarahkan dan menggalakkan tingkah laku atau keinginan seseorang untuk
menjalankan aktiviti yang dinyatakan dalam kerja keras. Selain itu, Robbins &
Judge (2013) menyatakan bahawa motivasi adalah satu proses yang dijalankan oleh
individu yang cuba untuk mencapai matlamat, merangkumi tiga elemen penting,
iaitu intensiti, arah, dan kegigihan.
Kondalkar (2007) mengatakan bahawa motivasi ialah semangat atau keghairahan dari
dalam yang disebabkan oleh keperluan atau keinginan supaya menggalakkan
seseorang menggembleng seluruh tenaga untuk mencapai matlamat yang diinginkan
dikehendaki, perkara yang sama turut dinyatakan oleh Scot (dalam Kondalkar, 2007)
bahawa motivasi adalah satu proses yang mendorong seseorang untuk bertindak
dalam mencapai matlamat.
STRATEGI PENGAJARAN DALAM MENINGKATKAN MOTIVASI DALAM DIRI PELAJAR
Strategi pengajaran yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam
pembelajaran adalah strategi peneguhan positif dan juga negatif. Melalui strategi peneguhan
positif, guru boleh memberikan hadiah kepada pelajar andaikata pelajar telah berjaya
mendapat markah yang tinggi di dalam peperiksaan, Hal ini kerana dengan memberikan hadiah
tersebut akan menjadikan murid lain cenderung untuk memberikan hasil yang lebih baik dan
berkualiti kepada apa yang mereka pelajari. Selain daripada memberikan hadiah, guru juga
boleh memberikan pujian kepada pelajar sekiranya mereka berjaya membuat kerja sekolah
yang telah diberikan. Strategi ini boleh digunakan kerana penghargaan memainkan peranan
dan perlu dititikberatkan oleh setiap guru, sekiranya guru memberikan pujian sedemikian hal
ini boleh membuatkan murid berasa bangga kerana sumbangannya atau pencapaiannya dihargai
oleh guru. Manakala untuk strategi peneguhan negatif pula adalah dengan mengenakan denda
atau hukuman kepada pelajar sekiranya mereka melakukan perkara yang bersifat negatif
seperti tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah ditetapkan oleh guru ataupun bergaduh di
dalam kelas. Denda dan juga hukuman yang dikenakan adalah bertujuan untuk membuatkan
pelajar sedar akan kesilapan mereka dan berazam untuk mengubah tingkah laku mereka ke
arah yang lebih baik.
MEMBACA DAN MEMBINCANGKAN HASIL KAJIAN BERKAITAN TOPIK DIATAS
Menurut artikel yang dikarang oleh Agus Santoso di bawah tajuk “Upaya
Peningkatan Motivasi Belajar Fisika Menggunakan Model Pembelajaran
Scramble” telah menyatakan bahawa guru fizik yang terdapat di SMK Negeri 1
Nabawan telah menggunakan kaedah perbincangan dalam usaha menarik
minat pelajar untuk mempelajari subjek Fizik di dalam kelas. Tetapi kaedah
yang digunakan itu masih berpusatkan guru semata-mata hal ini sedikit
sebanyak telah menyebabkan murid menjadi tidak bersemangat dan kurang
motivasi dalam diri. Oleh itu, pihak penyelidik telah mencari jalan
penyelesaian dengan menggunakan teknik pembelajaran scramble dimana
teknik ini berkemungkinan dapat meningkatkan motivasi murid untuk
mempelajari subjek Fizik tersebut. Menurut Widodo dalam model Nur (2011:
21), pembelajaran scramble adalah model pembelajaran dengan mengedarkan
kad soalan dan kad jawapan yang disertakan dengan jawapan alternatif
tetapi dengan susunan rawak dan pelajar yang bermain perlu membetulkan
jawapan supaya menjadi jawapan yang betul.
Hasil daripada teknik pembelajaran tersebut, penyelidik dapat melihat peningkatan
motivasi pelajar berbanding dengan sebelum penyelidikan tindakan kelas dilakukan. Hal
ini boleh dirujuk pada rajah 1 dimana peningkatan motivasi belajar pelajar daripada
peratusan purata ialah 46.94% dalam pra-kitaran kepada 60.81% dalam kitaran pertama.
Peningkatan yang berlaku hasil daripada pemerhatian terhadap motivasi belajar pelajar
adalah tidak mudah kerana peningkatan ini memerlukan tindakan yang sepatutnya pada
aspek yang masih rendah dalam pra-kitaran. Terdapat tujuh pernyataan yang masih
rendah iaitu pelajar mengulangi soalan yang telah dilakukan dengan berharap untuk
mendapatkan gred yang baik, pelajar melakukan soalan dengan yakin dan bersungguh-
sungguh, pelajar mempelajari sesuatu yang menarik dan kelihatan gembira, pelajar
berpuas hati kepada penilaian dan ujian kumpulan secara individu, pelajar mengerjakan
soalan tanpa menunggu jawapan daripada rakan, pelajar cuba mencari dalam buku teks
untuk mencari bahan yang belum difahami, dan akhirnya pelajar bertanya kepada
rakan atau guru untuk mencari perkara yang mereka tidak fahami.
Berdasarkan kenyataan diatas, kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh penyelidik
iaitu pembelajaran scramble telah mendatangkan keputusan yang positif kepada guru
bagi matapelajaran Fizik tersebut walaupun masih terdapat kekurangan, tetapi kaedah
ini sedikit sebanyak telah meningkatkan motivasi pelajar serta dapat membantu
mereka untuk lebih memahami akan pelajaran yang mereka pelajari.
RAJAH 1
2-KREATIVITI
DEFINISI KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin creo yang membawa makna untuk mencipta atau
membina. Menurut Chua (2011) kreativiti adalah suatu konsep yang abstrak, oleh yang demikian,
pelbagai definisi telah dikemukakan oleh para penyelidik dan para cendekiawan. Menurut
perspektif psikologi, kreativiti didefinisikan sebagai suatu keupayaan untuk menghasilkan
sesuatu idea atau produk yang baru dan bernilai. Menurut Mumford (2003), kreativiti adalah
suatu proses yang mengakibatkan kepada penghasilan sesuatu yang baru dan berfaedah.
Clarkson (2005), pula menyatakan bahawa kreativiti merujuk kepada sifat yang tertentu iaitu
antaranya pemikiran divergen, kebolehan untuk mengambil risiko, fleksibel dalam perlakuan
dan Tindakan. Gardner (1993) telah meneliti jenis kreativiti dan beliau mengkategorikan jenis
kreativiti kepada dua iaitu C-besar dan c-kecil. Kedua-dua jenis kreativiti ini berbeza dari aspek
keaslian sesuatu idea atau produk yang dihasilkan. Jika sesuatu idea atau produk yang dihasilkan
adalah baru bagi sesebuah masyarakat, maka ianya dikategorikan sebagai C-besar, sebaliknya jika
idea atau produk yang dihasilkan adalah baru bagi seseorang individu itu sendiri, maka ianya
dikategorikan sebagai c-kecil. Manakala Torrance (1988), mendefinisikan kreativiti sebagai satu
proses memformulasi, menyemak semula, menilai hipotesis dalam usaha menyelesaikan sesuatu
masalah tidak diketahui. Namun dalam perbincangan ini kreativiti merujuk kepada kebolehan
untuk berfikir dalam dalam cara yang unik, dengan menghasilkan idea yang luar biasa atau
menggabung jalin idea dalam cara yang berbeza.
STRATEGI PENGAJARAN DALAM MENINGKATKAN KREATIVITI DALAM DIRI PELAJAR
Kaedah yang boleh digunakan dalam meningkatkan kreativiti dalam diri pelajar adalah dengan
menggunakan kaedah sumbangsaran. Kaedah sumbangsaran adalah satu kaedah untuk
menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka secara kreatif. Objektif keseluruhannya
adalah bertujuan untuk mencari idea-idea baru serta kombinasi baru. Murid akan cuba sedaya
upaya mereka untuk mengeluarkan idea-idea yang terkandung di dalam fikiran serta
memperingati semula apa yang telah diajar oleh guru mereka di dalam usaha untuk
meningkatkan nilai kreatif dalam diri mereka. Pemikiran yang kreatif biasanya diarahkan
kepada penyelesaian masalah-masalah tertentu, mencari cara-cara baru untuk bertindak dalam
sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi sesuatu kejadian. Kaedah
sumbangsaran ini dilihat berkesan sekiranya guru menunjukkan sikap positif disamping
menggalakkan pemikiran positif di kalangan murid. Selain itu, murid juga mestilah mengambil
bahagian secara aktif, seandainya murid tidak aktif dalam mengambil bahagian, ini akan
menyebabkan kaedah sumbangsaran yang dilakukan oleh guru tersebut tidak berjaya
dilaksanakan. Akhir sekali, sekiranya ada pertandingan atau pembentangan yang melibatkan
pemarkahan, guru yang dilantik sebagai pengadil mestilah tidak menyebelahi mana-mana
individu atau kumpulan dalam pembahagian markah. Sebagai penambahan, kaedah sumbangsaran
ini amatlah sesuai dilaksanakan untuk murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, hal ini
supaya mereka boleh memberi idea terhadap sesuatu permasalahan atau penyoalan soalan untuk
melatih mereka supaya memahami soalan dan permasalahan dan dapat berkomunikasi serta
melatih mereka berfikir.
MEMBACA DAN MEMBINCANGKAN HASIL KAJIAN BERKAITAN TOPIK DIATAS
Berdasarkan artikel yang berjudul “Pemupukan Kreativiti Murid Kajian Kes Amalan Pengajaran
Kreativiti Di Seluruh Tadika Islam” hasil nukilan Safiek Mokhlis, beliau telah menemu bual
seorang guru yang mengajar di salah sebuah tadika yang terdapat di Malaysia. Di dalam artikel
ini, beliau ada menyatakan beberapa kaedah dan juga strategi dalam usaha meningkatkna
kreativiti dalam diri pelajar. Perkara ini dapat dilihat apabila beliau mengatakan bahawa kaedah
pengelasan dalam pengajaran merupakan satu set kaedah yang membantu guru untuk
memastikan murid bersedia untuk belajar berdasarkan kekuatan, keperluan dan gaya
pembelajaran mereka. Maka kurikulum yang telah digubal oleh kerajaan adalah bersesuaian
dengan umur murid tersebut bagi mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga
sosial murid bersesuaian dengan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Hasil daripada temubual yang dilakukan, guru tersebut telah menyesuaikan aktiviti kreativiti
dengan tahap kemahiran dan keupayaan murid. Murid dengan tahap keupayaan yang lebih baik
diberikan aktiviti yang lebih mencabar, manakala murid yang agak lemah dari segi pergerakan
motor halus diberikan aktiviti yang lebih mudah. Kaedah pengelasan yang dilakukan oleh guru
tersebut adalah bertujuan untuk memastikan murid-murid tersebut tidak ketinggalan dalam
pembelajaran kerana dengan melakukan pengelasan, hal ini akan menyebabkan murid mengalami
perkembangan diri, personaliti dan konsep kendiri positif serta menikmati kejayaan dan
mengembangkan potensi diri. Guru tersebut mengatakan bahawa beliau telah membahagikan
aktiviti kepada tiga kategori iaitu kategori model, kolaj dan mewarna bagi tujuan untuk
melihat kebolehan murid yang terdapat di dalam kelasnya.
H Melalui aktiviti tersebut, murid telah dibahagikan kepada tiga bahagian bersesuaian dengan
kategori aktiviti tersebut. Bagi murid yang agak lemah dalam pembelajaran, beliau telah
memberikan aktiviti mewarna, manakala untuk murid yang agak prihatin, berhati-hati dan juga
fokus dalam pemerhatian, beliau telah memberikan aktiviti kolaj kerana aktiviti tersebut
memerlukan pemerhatian yang lebih dan akhir sekali adalah aktiviti model, dimana aktiviti itu
adalah untuk kumpulan iaitu murid yang kreatif dan mempunyai daya mencipta. Akan tetapi,
walaupun terdapat pengelasan seperti berikut, beliau juga telah memberikan peluang kepada
semua murid untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lain bagi tujuan merasai pengalaman
melakukan aktiviti yang berbeza melalui penggiliran aktiviti. Strategi ini dapat mengelakkan
murid daripada merasa bosan kerana kerap melakukan aktiviti yang sama.
Akhir sekali, guru juga mestilah mempunyai kaedah lain dalam pengajaran berdasarkan
kepelbagaian murid dalam aspek keupayaan, gaya pembelajaran dan minat murid. Mengikut guru
yang ditemubual oleh penyelidik, beliau telah melakukan pemantauan aktiviti keatas murid-
murid dan lebih memberikan tumpuan kepada murid yang ditugaskan untuk membuat aktiviti
sukar berbanding kepada murid yang melakukan aktiviti yang kurang sukar. Hal ini kerana,
beliau ingin melihat adakah dengan melakukan tahap sokongan yang berbeza dapat melihat
perbezaan berdasarkan tahap keupayaan, gaya pembelajaran dan minat kanak-kanak yang
berlainan. Strategi pengajaran yang digunakan oleh beliau adalah bertujuan untuk melihat
tahap keupayaan murid-murid dikelasnya dan hasil penilaian beliau mendapati ada murid yang
pasif, yang sederhana dan yang masih memerlukan bimbingan. Oleh itu, menerusi kaedah-kaedah
pembelajaran ini juga dapat menilai tahap sebenar murid-murid dan mengetahui sama ada murid
benar-benar memahami apa yang cuba disampaikan dan diajarkan oleh guru kepada mereka.
3-PENGURUSAN BILIK
DARJAH
DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH
Bilik darjah amnya merupakan ruangan belajar di sekolah yang digunakan oleh guru dan murid. Menurut
Nagro et al. (2019), persekitaran bilik darjah terdiri dari rutin harian, jadual serta susun atur fizikal
disamping hubungan guru-murid yang memainkan peranan kritikal dalam membentuk dinamika dalam
pembelajaran. Definisi pengurusan bilik darjah pula ialah pengunaan pelbagai komponen yang sesuai (Davis,
2018) seperti elemen moral dan material dalam bilik darjah secara efisyen dan efektif seiring dengan
objektif organisasi (Bayraktar & Dogan, 2017) yang melibatkan kerjasama antara guru dan murid (Abas,
2012). Strategi pengurusan bilik darjah berkesan yang digunakan untuk meningkatkan pencapaian murid
memberi kesan yang baik kepada murid, guru, ibu bapa, pentadbir dan komuniti (Domenech, 2012). Namun
begitu, menurut Davis (2018) pengurusan bilik darjah seharusnya melangkaui implementasi asas fizikal dengan
menekankan lebih kepada hubungan, individu, pengajaran, dinamik kuasa dan perbezaan budaya. Berdasarkan
kajian lepas, lima aspek dalam pengurusan bilik darjah menurut Makowski (2014), ialah kepercayaan guru
terhadap murid, kesedaran guru tentang hubungan guru-murid, sifat guru yang mengambil berat dan baik
hati, perbincangan dan perhatian yang diberikan kepada murid, kedudukan murid serta pergerakan dalam
bilik darjah dapat membantu murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Hal ini seiring dengan kajian
Bayraktar & Dogan (2017) yang menyatakan bahawa guru percaya kunci utama kejayaan persekitaran bilik
darjah adalah melalui disiplin atau pengurusan tingkah laku. Guru juga percaya keupayaan menguruskan bilik
darjah menunjukkan tahap efikasi kendiri guru (Lee & van Vlack, 2018). Kajian lepas berkaitan bilik darjah
antaranya ialah pengurusan bilik darjah guru novis (Amin & Othman, 2019; Dicke et al., 2015; Kwok, 2019;
Wolff et al., 2015), tingkah laku murid (Bayraktar & Dogan, 2017; Burrage, 2015), perbandingan pengurusan
di bandar (Long et al., 2018), kemahiran penyelesaian masalah (Özreçberoğlu & Çağanağa, 2018), hubungan
dengan kecerdasan emosi guru (Valente et al., 2018), kurikulum instruksional (Nagro et al., 2019), serta
perkaitannya dengan iklim kerja dan stres (Ambotang & Hashim, 2011). Meskipun telah banyak kajian
berkaitan pengurusan bilik darjah yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu, kajian berkaitan hubungan
pengurusan bilik darjah dengan literasi dan numerasi terutama di Malaysia masih adalah perlu bagi melihat
impak hasil pelaksanaan program berdasarkan konteks pendidikan masa kini.
STRATEGI PENGAJARAN DALAM MENINGKATKAN PENGURUSAN BILIK DARJAH DALAM DIRI PELAJAR
Strategi berpusatkan guru adalah strategi yang boleh digunakan dalam
meningkatkan pengurusan bilik darjah dalam diri guru. Strategi berpusatkan guru
merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah lama diamalkan
dalam bilik darjah. Di dalam kelas, gurulah yang menguasai dan mengawal segala
aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi penerangan dan pelajar hanya duduk
mendengar. Brophy (1978), menyatakan bahawa pengajaran berpusatkan guru
merupakan pendekatan yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan model
untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan
dengan kaedah kumpulan.kaedah pengajaran secara kelas, demonstrasi atau tunjuk
secara, bercerita, kaedah penyoalan dan pengajaran berpasukan adalah kaedah yang
menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi berpusatkan guru. Strategi
berpusatkan guru ini melibatkan komunikasi dan interaksi di antara guru dan
pelajar adalah sehala dimana guru banyak mengeluarkan pandangan dan idea-idea
dalam pengajaran manakala pelajar pula hanya banyak mendengar. Akhir sekali,
strategi berpusatkan guru ini menjadikan kepimpinan guru bersifat autokratik. Di
dalam strategi ini, pelajar tidak akan berpeluang menyumbangkan pendapat mereka
dan guru juga banyak berindak mengawal suasana bilik darjah dan memberi arahan
kepada pelajar.
MEMBACA DAN MEMBINCANGKAN HASIL KAJIAN BERKAITAN TOPIK DIATAS
Artikel yang ditulis oleh Che Nidzam Che Ahmad, Asmayati Yahaya dan juga Saidatul Ainoor
Shaharim yang bertajuk “Kesesuaian Persekitaran Pembelajaran, Interaksi Guru-Pelajar,
Komitmen Belajar Dan Keselesaan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Biologi”. Artikel telah
menjalankan satu kajian mengenai kesesuaian persekitaran pembelajaran terhadap pelajar.
Persekitaran dan pengurusan bilik darjah yang bersesuaian juga menjadi faktor utama dalam
menjadikan pelajar-pelajar bersemangat dalam menjalani pembelajaran. Berdasarkan dapatan
kajian yang telah diperolehi, pelajar berpendapat bahawa ruang pembelajaran, pencahayaan,
perabot dan peralatan, serta keselamatan menjadi aspek utama dalam menjadikan bilik darjah
itu bersesuaian, baik dan boleh disesuaikan dengan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.
Guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengurusan bilik darjah lebih
teratur agar para pelajar dapat menjalani pembelajaran dengan lebih selesa.
Selain tu, guru juga boleh menyediakan satu ruang yang mencukupi di dalam bilik darjah untuk
kegunaan pelajar-pelajar dalam menjalankan aktiviti pembelajaran seperti pembentangan
ataupun aktiviti “fish bowl”. Perkara ini boleh dilihat pada rajah 2 dimana dapatan menunjukkan
ruang pembelajaran mempunyai tahap tinggi. Selain daripada ruang pembelajaran, elemen
pencahayaan juga memainkan peranan dalam memastikan suasana dalam kelas menjadi lebih
terang dengan menggabungkan pencahayaan semulajadi yang datang daripada luar kelas dan
juga pencahayaan yang datang daripada cahaya lampu. Penggabungan cahaya ini dapat
menghasilkan pencahayaa yang berkualiti (Barnitt, 2003).
Seterusnya, guru juga boleh melakukan penambahbaikan di dalam bilik darjah seperti menyediakan kemudahan
insfrastruktur dan peralatan di dalam bilik darjah untuk memudahkan murid-murid menggunakannya seperti
menyediakan almari di dalam kelas untuk pelajar-pelajar meletakkan bahan kerja mereka ataupun dengan
menyediakan almari buku teks untuk kegunaan pelajar-pelajar. Selaian daripada perabot, guru juga mestilah
memastikan meja atau kerusi yang digunakan oleh pelajar berada dalam keadaan selamat agar tidak terjadi
perkara yang tidak diingini. Hal ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk menaik taraf kemudahan terbabit di
semua sekolah bagi menyokong keperluan pembelajaran pelajar dari masa ke masa. Dapatan ini berbeza dengan
dapatan oleh Parveen Khan (2012) dan Che Nidzam (2011) yang mendapati kesesuaian dari aspek perabot dan
peralatan, keselamatan, kualiti udara berada pada tahap yang sederhana dan harus diberi perhatian agar
dapat memberikan kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Akhir sekali, peralatan teknologi pada era kini merupakan satu perkara yang penting bukan sahaja dalam diri
guru malahan turut menjadi perkara penting dalam diri pelajar. Hal ini dapat dilihat dalam rajah 2 dimana
pelajar memberikan tahap teknologi pada tahap yang sederhana. Melalui dapatan kajian ini, boleh dilihat
bahawa pelajar berpendapat bilik darjah perlu dilengkapi dengan peralatan teknologi seperti komputer yang
mencukupi dan capaian internet yang luas agar dapat memenuhi keperluan pelajar. Menurut, Rawlins dan
Kehrwald (2014), penggunaan ICT merupakan sumber pedagogi yang berkesan dan berpotensi dalam membantu
guru ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam bilik darjah, dengan penambahan teknologi,
pelajar juga berpeluang untuk mendapat ilmu seluasnya daripada sumber yang pelbagai. Menurut (Che
Nidzam, Kamisah & Lilia, 2010) mereka mengatakan dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang kondusif dan berpusatkan pelajar serta memenuhi kepuasan guru dan pelajar, maka sewajarnya
persekitaran ini dinilai semula dan dibuat penambahbaikan terutamanya dalam aspek kemudahan teknologi bagi
meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hill dan Kathryn juga mengatakan bahawa
ciri sesebuah bilik darjah akan memberikan impak kepuasan yang menyeluruh kepada pelajar. Oleh itu, pelajar
akan lebih seronok dan berpuas hati bila belajar dalam bilik darjah yang direka bentuk dengan baik. Malahan,
menurut Jan Bennett (2001) kualiti pendidikan bukan sahaja dinilai daripada mata pelajaran diajar dan tahap
pencapaian yang dicapai tetapi juga terhadap persekitaran pembelajaran yang diwujudkan kepada pelajar.
RAJAH 2
4-INTERAKSI DALAM BILIK
DARJAH
DEFINISI INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH
Interaksi merupakan satu jalinan hubungan antara guru dengan pelajar.
Mengikut kamus ‘A English Dictionary’: Interaksi bererti proses saling
bertindak sertas aling mempengaruhi antara satu sama lain. Di bawah konsep
pendidikan, interaksi dalambilik darjah boleh ditinjau daripada dua sudut
iaitu interaksi antara individu dan interaksi diantara individu dengan alam
sekitar.
Menurut Merriam Webster Online Dictionary, interaksi bermaksud pengaruh
atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan
individu-individu yang lain atau bahan-bahan didalam persekitaran dengan
tujuan mempengaruhi satu sama lain. Didalam bilik darjah terdapat 3 jenis
pola interaksi iaitu:
1.Interaksi sehala – interaksi sehala daripada guru kepada murid.
2.Interaksi dua hala – interaksi dua hala antara guru dengan murid atau
murid dengan murid.
3.Interaksi pelbagai hala – interaksi antara guru dengan murid, murid
dengan murid dan murid dengan guru.
STRATEGI PENGAJARAN DALAM MENINGKATKAN INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH DALAM DIRI
PELAJAR
Strategi berpusatkan pelajar adalah strategi dimana pelajar memainkan peranan
yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, pelajar digalakkan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik
darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan
aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun indivdu. Dalam proses
pengajarann dan pembelajaran (PdP), lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada
aktiviti pembelajaran pelajar. Seterusnya, strategi berpusatkan pelajar ini juga
adalah komunikasi dan interaksi di antara pelajar dan guru adalah secara dua hala,
di mana jika pelajar ingin bertanyakan soalan kepada guru, guru akan secara
langsung menjawab persoalan yang diajukan itu. Selain itu, ciri-ciri kepimpinan
guru adalah bersifat demokratik. Pelajar adalah digalakkan untuk memberi
pendapat mereka sendiri tanpa bantuan daripada guru. Akhir sekali, peluang
interaksi di antara pelajar adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti
tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk dalam diri
pelajar.
MEMBACA DAN MEMBINCANGKAN HASIL KAJIAN BERKAITAN TOPIK DIATAS
Menerusi artikel yang dikarang oleh Noor Lela, Sho Sin Looi, Hariyaty Ab Wahid dan juga Rohaila
Yusof yang berjudul “Kepentingan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 Terhadap
Pembangunan Pelajar” telah mengatakan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke
21 merujuk kepada pendekatan yang diamalkan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah untuk meningkatkan pembelajaran murid. Di dalam artikel ada
menyenaraikan sebanyak lapan dimensi kemahiran yang boleh digunakan oleh guru di dalam bilik
darjah akan tetapi hanya tiga amalan dominan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 yang
diamalkan oleh guru-guru iaitu kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan
kemahiran pemikiran kritikal. Perkara ini telah menyokong pandangan Badrul Hisham dan Mohd
Nasrudin (2016) yang menjelaskan bahawa guru-guru sekolah umpama ibu bapa murid semasa di
sekolah. Oleh itu, bagi menguruskan pelajar di dalam bilik darjah, guru haruslah mengubahsuai
teknik pengajarannya dengan mengambil kira perbezaan yang wujud setiap masa dan tidak dapat
dirancang. Dapatan ini turut dipersetujui oleh Mohd Sahandri Gani et sl., (2011) bahawa
kemahiran berkomunikasi secara berkesan juga berperanan mempengaruhi pengajaran guru di
dalam kelas. Hal ini kerana, komunikasi merupakan perkara utama dalam mewujudkan suasana
yang harmoni dalam bilik darjah dan perkara ini dapat dirujuk dalam rajah 3 dimana dengan
komunikasi yang berlaku dapat membawa kepada peningkatan norma-norma tingkah laku yang
menyokong kakitangan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21.
Selain itu, dari segi kemahiran pemikiran kritikal, dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan
guru-guru masih mengamalkan pengajaran secara tradisional dan lebih berfokus pada guru.
Perkara ini dapat dirujuk pada rajah 4 dimana dua item iaitu membimbing murid menjawab
soalan dan menggunakan alat-alat kemahiran berfikir aras tinggi berada pada tahap sederhana.
Berikutan daripada dapatan kajian yang terhasil, perkara ini selari dengan pandangan Sylvia dan
Tobia (2014) yang menyatakan, sebenarnya sesetengah guru tidak pernah bersedia secukupnya
untuk membolehkan mereka mengajar kandungan mata pelajaran dan pada masa yang sama
menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Menerusi pandangan ini, guru-guru
seharusnya lebih memahami konsep Bilik Darjah Abad 21 yang menggunakan pelbagai teknologi
terkini, yang turut dibangunkan bagi menyokong amalan KBAT (KPM, 2014). Penggunaan sumber
berunsurkan KBAT dan alat- alat berfikir seperti CORT (Cognitif Research Trust), i-Think dan 6
Thinking Hat. Selanjutnya, Alat Pengurusan Grafik seperti peta pengetahuan, peta konsep, peta
cerita dan alat pengurusan kognitif merupakan sumber KBAT yang mampu meningkatkan
keterampilan guru dan murid dalam berfikir (Susanne, 2014). Melalui teknologi sedemikian,
guru dapat menarik minat pelajar untuk memahami apa yang diajar dan apa yang dipelajari oleh
mereka. Aktiviti ini juga dapat melatih murid untuk berani tampil ke hadapan untuk berkongsi
maklumat dan penghayatan pendidikan harus dihayati oleh para pendidik supaya murid berani
mengeluarkan pendapatnya.
Seterusnya, kemahiran kolaborasi mestilah diamalkan oleh guru-guru, dimana guru haruslah
mengamalkan sikap bekerjasama diantara satu sama lain bagi tujuan untuk membangunkan
komuniti pembelajaran profesional dan menggalakkan murid menggunakan pelbagai media sosial
untuk berinteraksi, hal ini kerana kemahiran kolaborasi merupakan kemahiran yang paling
kurang berbanding kemahiran yang lain. Perkara ini boleh dilihat pada rajah 5 dimana kemahiran
kolaborasi pada tahap yang sederhana dan juga mencatatkan min yang terendah disebabkan guru
menghadapi kekangan masa untuk menjalankan kolaboratif dengan rakan sekerja. Oleh itu,
untuk membantu pelajar dalam bilik darjah, guru-guru haruslah senantiasa mengamalkan sikap
bekerjasama supaya dapat berkongsi idea dan buah fikiran yang terbaik agar boleh digunakan
dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Sebagai penambahan, dapatan ini turut disokong oleh
pengkaji lepas Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin (2016) bahawa amalan kemahiran kolaborasi di
kalangan guru adalah sederhana dan terdapat ruang untuk membuat peningkatan. Untuk
meningkatkan kemahiran kolaboratif ini, selain daripada kolaboratif sesama guru, pihak sekolah
juga perlu membenarkan penglibatan ibu bapa dalam amalan pengajaran dan pembelajaran
melalui strategi komuniti pembelajaran. Pandangan ini selari dengan Fulton dan Britton (2011)
menegaskan bahawa pihak guru dan pentadbir sekolah perlu mempunyai fikiran yang terbuka
luas, boleh mendengar, menerima dengan memberi pandangan secara terbuka dan bersifat
sejagat. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) mengesyorkan agar pentadbir sekolah menjemput
penceramah luar untuk memberi taklimat atau kursus berkaitan dengan amalan dan strategi
komuniti pembelajaran profesional supaya hubungan yang baik terbina antara kedua-dua belah
pihak.
Akhir sekali, mengikut dapatan kajian yang terdapat dalam artikel ini, dimensi kemahiran
pentaksiran guru-guru juga berada pada tahap yang sederhana, perkara ini dapat dilihat pada
rajah 6. Kemahiran pentaksiran guru-guru berada pada tahap sederhana adalah berkemungkinan
kerana perubahan penilaian murid dalam sekolah yang baru masih belum dapat disesuaikan
dengan baik oleh guru dan murid. Berikutan apa yang dapatan kajian perolehi, penyelidik telah
mengesyorkan agar guru mestilah mengamalkan konsep pembelajaran berasaskan projek (PBL)
semasa sesi pengajaran. Program berkonsep PBL ini akan mengalakkan murid menyelidik dengan
merujuk pelbagai sumber disamping menjalankan kajian atau penyelidikan secara berkumpulan
(Ravitz, 2014). Pembentangan hasil kerja, membuat penilaian dan penambahbaikan secara
berkumpulan akan wujud dan secara langsung dapat membantu memantapkan nilai “soft skills”
murid (Benade, 2015). Pendekatan dan strategi pembelajaran ini berupaya meningkatkan
kemahiran mengurus, menilai, mencipta dan membuat keputusan. Selain itu, kemahiran
berkomunikasi dan berinteraksi dalam masyarakat juga dapat ditingkatkan.
RAJAH 3
RAJAH 4
RAJAH 5
RAJAH 6
RUJUKAN
1. http://repository.uma.ac.id/bitstream/123456789/1691/5/151804024_file%205
.pdf
2. https://www.researchgate.net/publication/299721620_Penggunaan_Teknik_
Peneguhan_bagi_Mengatasi_Masalah_Tingkah_Laku_Hiperaktif
3. file:///C:/Users/User/Downloads/167-Article%20Text-544-1-10-20201102.pdf
4.http://eprints.utm.my/KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SAINS
5. https://pomizipedagogy.wordpress.com/kaedah/sumbang-saran/
6. file:///C:/Users/User/Downloads/AMOJE312019.pdf
7. file:///C:/Users/User/Downloads/LiNuSR-JuPiDi-ANNILIZAAPRIL2021.pdf
8. https://pomizipedagogy.wordpress.com/strategi/strategi-pemusatan-guru/
9. file:///C:/Users/User/Downloads/CheNidzam-Artikel-8.pdf
10. https://www.scribd.com/doc/83190261/Definisi-Interaksi
11. https://www.academia.edu/23644173/Komunikasi_dan_Interaksi_dalam_Bilik
_Darjah
12. https://pomizipedagogy.wordpress.com/strategi/strategi-pemusatan-murid/
13. http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2019-28-03-06.pdf