1 SMK SERI SAUJANA BANDAR BARU SERI PETALING 57000 KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN BIL 2 2023/2024 Tarikh : 2 Oktober 2023 Masa : 12.30 tengahari Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Seri Saujana, Kuala Lumpur Pengerusi : Pn. Rozita binti Puteh Kehadiran : 1. Pn. Rozita binti Puteh (Pengetua) 2. Datin Kamala binti Dalimi (PK Tadbir dan Kurikulum) 3. Pn. Sharifah binti Ismail (PK Hal Ehwal Murid) 4. Pn. Yusnah binti Mohamad Junus (PK Kokurikulum) 5. Pn. Bavani a/p Selvarajah (PK Petang) 6. Pn. Normaliza binti Mohamad (Ketua Guru Disiplin Sesi Pagi) 7. En. Mohd Rithauddin bin Mohamad Nor (Pen. Ketua Guru Disiplin Sesi Pagi) 8. Pn. Thilageswari A/P Jayaveloo (Pen. Ketua Guru Disiplin Sesi Petang) 9. Pn. Lim Yin Yua 10. Pn. Siti Fatimah binti Kasmuri 11. Pn. Norhuzey binti Hussain 12. Pn. Wan Haimarostini binti Wan Omar 13. En. Muhamad Afifi Farhan bin Musta’ain 14. Cik Zaitun Beevi binti Bashir Ahmad 15. Cik Nur Ashikin binti Mohd Nuwawi 16. Cik Nurul Haanan binti Zulkifle 17. Cik Michelle Tiong Chia Weng 18. Pn. Mutharasee a/p R.Manimuthu 19. Utz. Mohamad Rosnizi Bin Mat Yaacob 20. Pn. Nor Azreen binti A. Rahim 21. Pn. Norain binti Dasran 22. Pn. Roshidah binti Nuruddin 23. Pn. Nor Fazira Binti Pauzy 24. Cik Chew Chern Tee 25. Pn. Nurul Aima Binti Mohd Ali 26. Pn. Ley Soo Hian
2 Tidak Hadir Bersebab : 1. En. Hafizan Afif bin Hamidi (Ketua Guru Disiplin Sesi Petang) 2. En. Ramli Bin Mustapha@Ismail 3. En. Saiful Rasheme bin Mahamad 4. En. Muhammad Fazril Rafiq bin Ismail 5. En. Chen Wai Kien 6. Pn. Premila a/p S. Ponnalagu 7. En. Raviselvan a/l Nadarajan 8. Pn. Nor Suhana Binti Musa 9. Pn. Norazilawati Binti Abdullah 10. En. Ibrahim bin Ismail 11. Pn. Wan Zainina binti Wan Zainudin Setiausaha : Pn. Lim Yin Yua 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalukan-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa Lembaga Disiplin bil 2 tahun 2023/2024. Tindakan: Makluman 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Pn. Yusnah binti Mohamad Junus telah mencadangkan pengesahan minit mesyuarat dan dipersetujui oleh Pn. Mutharasee a/p R.Manimuthu. Tindakan: Makluman 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada 4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN 4.1 Laporan Pengetua 4.1.1 Semua guru disiplin memainkan peranan yang penting dan kuat untuk mengawal disiplin sekolah. Tindakan: Makluman 4.1.2 Setiap unit JK disiplin perlu membuat graf peningkatan kes supaya peningkatan kes dapat dilihat dengan jelas pada mesyuarat yang akan datang. Berdasarkan graf peningkatan, unit disiplin boleh membuat program intevensi. Tindakan: Makluman
3 4.1.3 Setiap JK unit disiplin perlu menentukan KPI masing-masing supaya ada target terhadap disiplin murid yang lebih baik. Tindakan: Makluman 4.2 Laporan PK Hal Ehwal Murid (Pn. Sharifah binti Ismail) 4.2.1. PK HEM memaklumkan bahawa semua guru disiplin perlu akur dengan pelaksanaan Standard Operating Prosedur (SOP) 1:3:7 iaitu pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin murid bagi kes buli dan semua salah laku berat. Rujuk jadual kadar atau tempoh masa laporan dan penyelesaian kes disiplin seperti di bawah: Hari Tempoh Tindakan 1 Hari Pertama (hari berlaku kejadian di sekolah/ keluar media massa) 1. JPN perlu siasat serta melaporkan isu disiplin di sekolah kepada KPM maklumat awal isu tersebut secara ringkas a. Apa (What) b. Siapa (Who) c. Di mana (Where) d. Bila (When) e. Tindakan awal (secara ringkas) 2. Maklumat awal ini boleh dihantar sama ada melalui SMS, e-mail, telefon (+ HP) atau talian Hotline di BPSH 3. JPN boleh hantar laporan siasatan awal sekiranya siasatan dan laporan telah dapat disiapkan menerusi faksimili atau e-mel pada hari pertama kejadian. Boleh menggunakan borang PK04-3 (Pengurusan Aduan) sekiranya dapat disegerakan. 3 Hari Ketiga 1. JPN telah menjalankan siasatan serta menghantar laporan penuh kepada KPM termasuk tindakan yang sedang, akan atau telah diambil oleh pihak-pihak terlibat. 2. Menggunakan borang PK04-3. 7 Hari Ketujuh 1. Kes atau isu atau isiden yang berlaku telah diselesaikan di semua peringkat termasuk tindakan-tindakan yang perlu atau hukuman atau
4 penyelesaian lain yang telah dilakukan. 2. Penyelesaian perlu memaksimumkan kepuasan hati pihak-pihak yang terlibat. Tindakan: Makluman 4.3 Laporan Ketua Guru Disiplin, KGD (Pn. Normaliza binti Mohamad) 4.3.1 KGD (Ketua Guru Disiplin) memaklumkan bahawa banyak program intervensi telah dijalankan. Tindakan: Makluman 4.3.2. KGD membuat laporan SSDM seperti di bawah: 4.3.2.1. Sebanyak 88 orang guru telah melaporkan kes amalan baik dalam SSDM. 4.3.2.2. Sebanyak 24 orang guru telah melaporkan kes dalam SSDM. 4.3.2.3. Sebanyakan 16 orang guru masih belum melaporkan sebarang kes amalan baik dalam SSDM. 4.3.2.4. Sebanyak 35 orang guru masih belum mencapai 30 kes amalan baik. 4.3.2.5. Analisis status sahsiah murid SSDM Terpuji 24.89% Amat baik 27.70 % Baik 47% 4.3.2.6. Jenis-jenis amalan baik seperi sukarela membantu guru, sukarela melapor kes salah laku, membantu membersih taman dan sebagainya. 4.3.2.7. Nama murid yang mencapai jumlah amalan baik tertinggi seperti di bawah: Nama Murid Tingkatan Jumlah Kes Amalan Baik 1. Hanim Suraya 2 Kiara 289 2. Liew Jun Jurn 4 Cengal 219 3. Sofea Emeylda 4 Belian 136 4. Maya Kaur 5 Cengal 117 4.3.2.8. Terdapat 20 orang murid yang tidak mendapat sebarangan kes amalan baik (0 kes).
5 4.3.2.9. Terdapat 2 orang murid seperti di bawah perlu mendapatkan perhatian daripada kaunselor dan memberikan bimbingan. Nama Murid Tingkatan Jumlah Kes 1. Dhia Hara 5 Penaga 2 amalan baik, 5 kes salah laku 2. Liew Jun Hei 5 Saga 2 amalan baik, 9 kes salah laku Tindakan: Makluman 4.3.3. Analisis salah laku Salah Laku Jumlah 1. Ponteng 86 orang 2. Tingkah laku tidak Amanah 18 orang 3. Vape/ rokok 9 orang Tindakan: Makluman 4.3.4. Peraturan ponteng sekolah seperti di bawah: 4.3.4.1. Ponteng tidak hadir berterusan Amaran Tempoh hari 1 3 hari 2 3 hari + 7 hari = 10 hari 3 10 hari + 7 hari = 17 hari Buang sekolah 17 hari + 14 hari = 31 hari 4.3.4.2. Ponteng tidak hadir berkala Amaran Tempoh hari 1 10 hari 2 10 hari + 20 hari = 30 hari 3 30 hari + 10 hari = 40 hari Buang sekolah 40 hari + 20 hari = 60 hari Tindakan: Makluman 4.3.5. Semua guru perlu mengeluarkan surat amaran mengikut prosedur dan screenshot segala whatsapp untuk bukti eviden. Tindakan: Makluman
6 4.3.6. Jumlah surat amaran ponteng yang telah dikeluarkan seperti di bawah: 4.3.6.1. Ponteng tidak hadir berterusan Amaran Jumlah Kes 1 41 kes 2 16 kes 3 12 kes Buang sekolah 9 kes 4.2.6.2 Ponteng tidak hadir berkala Amaran Jumlah Kes 1 44 kes 2 17 kes 3 6 kes Buang sekolah 3 kes Tindakan: Makluman 4.3.7. Radius kawasan sekolah sebanyak 500 meter adalah tanggungjawab pengawasan guru dari pagar sekolah. Tindakan: Makluman 4.4 Laporan JK Murid Lewat Sesi Petang (Pn. Mutharasee a/p R.Manimuthu) 4.4.1. Amaran lisan telah dikeluarkan terhadap murid yang datang lewat. Murid yang datang lewat akan diminta duduk berasingan. Tindakan: Makluman 4.5 Laporan JK Kawalan Perhimpunan Sesi Petang (Utz. Mohamad Rosnizi Bin Mat Yaacob) 4.5.1 Teguran telah diberikan kepada murid-murid yang bercakap dan tidak ambil serius semasa Nyayian Lagu Negaraku dan bacaan ikrar. Tindakan: Makluman 4.6 Laporan JK Kawalan Perhimpunan Sesi Pagi 4.6.1 Pn. Normaliza memaklumkan bahawa murid yang lewat sekolah selepas pukul 7.20 pagi dan 7.30 pagi akan diasingkan serta program intevensi akan diadakan. Tindakan: Makluman 4.7 Laporan JK Kekemasan Diri Murid Perempuan Sesi Petang 4.7.1 Pn. Nor Azreen binti A Rahim mencadangkan murid perempuan mengikat rambut ban dan sepit rambut akan dijual kepada murid perempuan yang
7 berambut tidak kemas. Perkara ini akan dimaklumkan kepada semua murid semasa perhimpunan. Tindakan: JK Kekemasan Diri Murid Perempuan Sesi Petang 4.7.2 Pn. Bavani mencadangkan bahawa rambut murid perlu disanggul. Tindakan: PK Sesi Petang 4.7.3 Pn. Sherry memaklumkan bahawa semua guru tingkatan perlu menegur murid jika mendapati kekemasan murid tidak kemas. Tindakan: Makluman 4.7.4 Kekemasan murid seperti di bawah telah disetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. 4.7.4.1 Stoking perlu setinggi atas buku lali. 4.7.4.2 Subang pearl tidak boleh dipakai. 4.7.4.3 Murid perempuan yang memakai baju kurung wajib memakai camisole/simis berwarna putih/hitam. Tindakan: Makluman 4.8 Laporan JK Kekemasan Diri Murid Perempuan Sesi Pagi 4.8.1 Sebanyak 72 kes amaran 1, 8 kes amaran 2 dan 1 kes amaran 3 telah dikeluarkan. Kesalahan murid terdiri daripada rambut panjang tidak diikat kemas, pakai aksesori subang, baju tidak jahit rencana dan seluar berfesyen. Tindakan: Makluman 4.8.2 Terdapat trend murid perempuan pakai lip balm sekarang. Jika kelihatan warna terang di bibir mulut, guru boleh meminta murid tersebut lap bersih bibirnya dengan tisu. Tindakan disiplin boleh diambil di bilik disiplin dan elak ambil tindakan disiplin di depan orang ramai. Tindakan: Makluman 4.8.3 Terdapat ramai murid masih tidak ada tanda nama kerana koperasi tidak buka tempahan tanda nama. Tindakan: JK Kekemasan Diri Murid Perempuan Sesi Pagi
8 4.9 Laporan JK Kekemasan Diri Murid Lelaki Sesi Petang 4.9.1 Terdapat ramai murid lelaki tidak tuck in baju, terutamanya selepas waktu PJK dan aktiviti sukan. Tindakan: JK Kekemasan Diri Murid Lelaki Sesi Petang 4.9.2 Murid yang berambut panjang akan dikenakan amaran ringan dan berfesyen akan dikenakan amaran berat. Tindakan: Makluman 4.9.3 Pn. Normaliza memaklumkan bahawa hanya seluar sukan sekolah yang dibenarkan pakai di sekolah sahaja. Tindakan: Makluman 4.10 Laporan JK Kekemasan Diri Murid Lelaki Sesi Pagi 4.10.1 En. Muhamad Afifi Farhan bin Musta’ain memaklumkan bahawa ibu bapa bagi murid yang berambut panjang dan berfesyen telah dihubungi. Tindakan: Makluman 4.10.2 Pengetua memaklumkan bahawa sekolah akan mengeluarkan surat potong rambut jika mendapati murid berambut panjang. Tindakan: Makluman 4.10.3 Murid lelaki yang bermisai dan jambang perlu bercukur dengan segera. Tindakan: Makluman 4.10.4 Pn. Normaliza memaklumkan bahawa guru tidak boleh memotong rambut murid. Tindakan: Makluman 4.10.5 Pengetua memaklumkan bahawa guru disiplin perlu ada surat sebelum mengambil tindakan disiplin. Tindakan: Makluman 4.11 Laporan JK Murid Lewat Sesi Pagi (Pn. Siti Fatimah binti Kasmuri) 4.11.1 Terdapat 82 orang murid yang lewat perhimpunan berulang-ulang dan 6 orang murid yang lewat ke sekolah telah dikenakan surat amaran. Tindakan: Makluman
9 4.11.2 Tindakan yang diambil terhadap murid yang lewat adalah amaran lisan, spot check dan sesi kaunseling kelompok oleh cikgu Ravi. Tindakan: Makluman 4.11.3 Terdapat 52 orang murid yang lewat sekurang-kurangnya 6 kali ke atas iaitu datang selepas pukul 7.20 pagi. Tindakan: Makluman 4.11.4 Terdapat murid-murid yang lewat tidak isi fail yang diletakkan di pondok pengawal. Tindakan: JK Murid Lewat Sesi Pagi 4.11.5 Murid yang lewat perlu ada slip lewat untuk masuk ke kelas. Tindakan: Makluman 4.11.6 Alasan murid yang lewat ke sekolah adalah bangun lewat dan trafik sesak. Pn. Sharifah mengatakan bahawa perlu ada program untuk murid yang lewat. Tindakan: Makluman 4.12 Laporan JK Murid Ponteng Sesi Pagi 4.12.1 Bilangan murid ponteng sekolah semakin berkurangan, biasanya murid ponteng sekolah semasa peperiksaan jika mereka tidak terlibat dengan peperiksaan pada hari berkenaan. Tindakan: Makluman 4.12.2 Semua guru perlu menegur murid jika mendapati murid masuk lewat ke kelas selepas rehat. Biasanya murid yang masuk lewat ke kelas akan melepak di tandas atau berdiri di koridor luar kelas. Tindakan: Makluman 4.13 Laporan JK Guru Pengawas Sesi Pagi 4.13.1 Pengawas tingkatan 5 sudah berhenti bertugas pada 15 September 2023 supaya mereka dapat membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM. Tugasan mereka telah diambil alih oleh pengawas tingkatan 4. Tindakan: Makluman 4.13.2 Terdapat pengawas lewat bertugas selepas pukul 7:00 pagi kerana menghadapi masalah pengangkutan. Terdapat seorang pengawas dari
10 tingkatan 3 Cengal telah meletak jawatan kerana tidak dapat datang awal bertugas. Tindakan: Makluman 4.13.3 Peletakan jawatan pengawas sekolah perlu bermesyuarat terlebih dahulu sebelum mangambil keputusan untuk menerima perletakan jawatan pengawas. Tindakan: Makluman 4.14 Laporan JK Guru Pengawas Sesi Petang 4.14.1 Pengawas petang perlu dipantau selalu dan kursus kepimpinan perlu diadakan untuk memantapkan mereka. Tindakan: JK Guru Pengawas Sesi Petang 4.14.2 Pengawas bertugas dengan baik dan laluan balik murid tingkatan 1 dan tingkatan 2 telah disediakan dan dipantau dengan baik. Tindakan: Makluman 4.15 Laporan JK Guru Asrama 4.15.1 Terdapat isu susah untuk mengawal keluar dan masuk murid asrama kerana kelas KKQ selalu tukar masa PdPc. Dengan ini, jadual waktu kelas KKQ perlu diberikan kepada pengawal asrama supaya pengawal asrama dapat mengawal pergerakan murid asrama ke kawasan sekolah. Selain itu, guru subjek KKQ tidak boleh menukar masa sesuka hati dan perlu mengadakan kelas mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Tindakan: JK Guru Asrama 4.15.2 Murid asrama yang hendak masuk ke kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran waden asrama terlebih dahulu dan waden asrama boleh menyediakan pas keluar murid asrama untuk memasuki kawasan sekolah. Tindakan: Makluman 4.15.3 Guru yang memerlukan bantuan murid asrama perlu membuat memo terlebih dahulu untuk mendapat pelepasan murid asrama daripada waden asrama. Tindakan: Makluman
11 4.15.4 Terdapat murid sakit tingkatan 1 dan tingkatan 2 meminta ibubapa datang mengambil balik mereka walapun suhu badan biasa. Dengan ini, semua JK telah membuat penetapan bahawa murid asrama yang balik dengan alasan sakit, mereka perlu menyerahkan surat sakit kepada waden semasa balik semula ke asrama. Tindakan: Makluman 4.15.5 Waden asrama tidak boleh memberikan sebarangan ubat kepada murid asrama yang sakit. Tindakan: Makluman 4.16 Laporan Penyelaras Tingkatan 2 4.16.1 Pn. Sharifah meminta penyelaras tingkatan 2 perlu memastikan surat amaran perlu dikeluarkan dengan segera mengikut masa yang ditetapkan. Tindakan: Penyelaras Tingkatan 2 4.16.2 Pengetua memaklumkan bahawa penerimaan surat daripada ibu bapa adalah 3 kali sahaja untuk murid yang sakit. Selepas itu, murid perlu menyerahkan sijil sakit doktor kepada guru tingkatan jika murid tersebut sakit. Tindakan: Makluman 4.16.3 Pn. Normaliza memaklumkan ada ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk membawa anak ke klink dan ambil ubat sendiri di rumah. Dengan ini, murid tersebut tidak ada sijil sakit dan hanya dapat mengemukakan surat bertulis ibu bapa sahaja. Tindakan: Makluman 4.17 Laporan Penyelaras Tingkatan 3 4.17.1 Terdapat guru tingkatan yang tidak mengeluarkan surat amaran bagi murid yang tidak datang ke sekolah dari awal tahun. Tindakan: Penyelaras Tingkatan 3 4.18 Laporan Penyelaras Tingkatan 4 4.18.1 Purata peratus kehadiran dari bulan Mac hingga September adalah sebanyak 83%. Tindakan: Makluman 4.18.2 Budaya murid yang kerap tidak datang ke sekolah pada hari Isnin, Rabu (aktiviti Kokurikulum) dan Jumaat menyebab peratus kehadiran menurun. Tindakan: Makluman
12 4.18.3 Terdapat banyak kes murid 4 Meranti dan 4 Tanjung ponteng sekolah dan surat amaran telah dikeluarkan. Tindakan: Makluman 4.18.4 Jumlah murid 4 Meranti sebanyak 36 orang, selepas kes buang murid ponteng dan kini terdapat sebanyak 28 orang murid sahaja. Tindakan: Makluman 4.18.5 Cik Chew mencadangkan untuk mengadakan program sedar dan ubah kerana sikap murid tingkatan 4 masih tidak serius dalam PdPc dan bermasalah. Tindakan: Penyelaras Tingkatan 4 4.19 Laporan Penyelaras Tingkatan 5 4.19.1 Enrolment murid tingkatan 5 adalah sebanyak 270 orang. Tindakan: Makluman 4.19.2 Terdapat sebanyak 3 orang murid 5 Meranti sudah buang kerana ponteng sekolah, 3 orang murid dalam proses buang sekolah. Tindakan: Makluman 4.19.3 Terdapat 4 orang murid sepatut dibuang kerana tidak datang ke sekolah dari awal tahun tetapi guru tingkatan masih tidak mengambil tindakan untuk dibuang. Tindakan: Penyelaras Tingkatan 5 4.19.4 Atas alasan untuk layak menghadiri ke Majlis Graduasi Apresiasi dapat mengurangkan kes salah laku murid tingkatan 5. Tindakan: Makluman 5. HAL-HAL LAIN 5.1. Pn. Normaliza memaklumkan bahawa Program Sedar dan Ubah telah dirancangkan untuk dibuat di setiap tingkatan dan akan bermulakan dengan tingkatan 4. Tindakan: Ketua Guru Disiplin
13 5.2. Bagi program yang perlu ada bantuan murid untuk membawa peranti elektronik personel seperti laptop, kamera dan lain-lain, murid tersebut perlu mengisi surat perakuan aku janji terlebih dahulu. Tindakan: Makluman 5.3. Buku tranformasi magik akan dikuatkuasa sepenuhnya oleh guru disiplin dengan berkoleboratif dengan UBK supaya guru disiplin boleh ambil tindakan disiplin terhadap murid yang bermasalah. 5.3.1. Buku kuning (sederhana) 5.3.2. Buku merah (kes berat) Tindakan: Makluman 5.4. Bilik disiplin dalam proses dinaik taraf supaya aktiviti unit disiplin dapat dijalankan dalam bilik disiplin. Tindakan: Makluman 6. PENUTUP Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua dan mengharapkan semoga guruguru disiplin dapat menjalankan tugas masing-masing sebaik mungkin. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 petang. Disediakan oleh, ……………………… (LIM YIN YUA) Setiausaha Lembaga Disiplin Tarikh: 9 Oktober 2023