The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisuhilaabdulrahman, 2021-04-11 01:23:12

TAN SRI HAJAH ZAINON BINTI MUNSHI SULAIMAN

BUKU SKRAP DIGITAL SLB 2021

Keywords: IBU ZAIN

PERTANDINGAN MENCIPTA
BUKU SKRAP DIGITAL

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

TAN SRI HAJAH
ZAINON BINTI

MUNSHI
SULAIMAN

DISEDIAKAN OLEH :

SMK MUNSHI SULAIMAN,
KM6, JALAN KLUANG,

83000 BATU PAHAT, JOHOR

i

ISI KANDUNGAN

1 PENDAHULUAN
3 BIODATA TOKOH
4 PENDIDIKAN TOKOH
6 KERJAYA TOKOH
12 ANUGERAH DAN PENGHARGAAN
13 SUMBANGAN TOKOH

02

15 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH

DICONTOHI

17 04KESIMPULAN
18 LAMPIRAN
21 28SUMBER RUJUKAN

ii

44

PENDAHULUAN

Tan Sri Hajah Zainon binti Munshi Sulaiman dipilih adalah kerana nama
bapanya digunakan untuk sekolah saya. Saya juga memilih beliau kerana melihat
kepada sumbangannya yang banyak. Saya bercita-cita untuk menjadi guru,
memandangkan beliau pun merupakan tokoh guru, saya terus membuat
keputusan untuk mencipta buku skrap digital ini mengenai beliau.
“ Siapa nak merdeka, sila ikut saya” merupakan kata-kata Ibu Zain. Ibu Zain
sangat gigih dalam memperjuangan pendidikan wanita melayu. Sumbangan
beliau yang banyak dalam bidang pendidikan khususnya menjadikan beliau
seorang tokoh pemimpin yang sangat disegani.

“Agama Dididik, Moden Dibela, Dunia Dikelek dan Akhirat Ditatang”

1

ZAINON BINTI MUNSHI SULAIMAN

2

BIODATA TOKOH

NAMA ZAINON BINTI MUNSHI SULAIMAN

TARIKH LAHIR 22 Januari 1903

TEMPAT LAHIR NYALAS, MELAKA

BIL ADIK BERADIK 8 ORANG

ANAK KE KE-6

NAMA BAPA MUNSHI SULAIMAN

NAMA SUAMI HAJI AMIN BIN AHMAD

TARIKH 1934 (KETIKA BERUMUR 31 TAHUN)
BERKAHWIN

BIL. ANAK 3 ORANG (2 PEREMPUAN, 1 LELAKI)

NAMA ANAK KHALIDAH ADIBAH
KHALIDAH FADZILAH
SULAIMAN SHAKIB

TARIKH 1 APRIL 1989

MENINGGAL DUNIA

3

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Tan Sri Hajah Zainon binti Munshi Sulaiman merupakan seorang
anak kecil yang cergas dan cerdas akal, beliau gigih menimba ilmu.
Ibu Zain sangat bertuah kerana bapanya Munshi Sulaiman
mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya pendidikan
dalam kalangan anak-anaknya, tidak kira lelaki mahupun perempuan.
Malah, ayahnya melanggar tradisi masyarakat Melayu ketika itu yang
melarang anak perempuan dari belajar, selain daripada belajar
mengaji Al-Quran. Munshi Sulaiman merupakan seorang guru agama
Islam dan Bahasa Melayu. Guru bahasa pada masa itu digelar
'munshi'. Daripada beliaulah, Ibu Zain mendapat pendidikan tidak
formal. Ketika mengikut ayahnya menetap di Melaka, beliau belajar
di Methodist Girls School, Tengkera (1909 - 1912) diikuti Tengkera
School (1913 - 1915) sehingga lulus Junior Cambridge. Suatu
pencapaian yang tidak ramai mampu gapai, khususnya dalam
kalangan anak gadis. Lebih membanggakan Ibu Zain mampu
mempertahankan akidahnya yang terdidik dari kecil ketika
ditawarkan menjadi mubaligh Kristian.

4

Methodist Girl School, Tengkara, tempat Ibu Zain bersekolah

5

KERJAYA TOKOH

Ibu Zain mempunyai kesedaran yang sangat tinggi untuk melihat
lebih ramai kaum wanita pandai membaca dan menulis kerana ilmu
merupakan kunci yang membentuk jati diri beliau sendiri. Selepas
sahaja menghabiskan pelajarannya di Methodist Girls School di
Melaka dan diikuti dengan kelulusan Junior Cambridge, Ibu Zain
kemudiannya bekerja dalam bidang pendidikan. Semuda usia 17
tahun, Ibu Zain telah menubuhkan sebuah sekolah di Pasuh Jaya,
Negeri Sembilan dengan menggunakan duit beliau sepenuhnya.

Sejak itu, beliau semakin mendapat perhatian. Beliau kemudiannya
telah berpindah dan menetap di Johor. Pada tahun 1921, beliau
berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar
Maharani. Tahun 1924, beliau dilantik menjadi Guru Besar sekolah
yang sama. Kemudiannya, dilantik menjadi Guru Pelawat/Penyelia
bagi sekolah perempuan daerah Muar dan Batu Pahat, seterusnya
bagi seluruh negeri Johor.

6

KERJAYA TOKOH

Di Muar dan Batu Pahat, beliau mengasaskan sekolah agama petang
dan menjadi penyelia kegiatan tersebut. Selain itu, sekolah tersebut
juga menjadi sekolah agama perempuan yang pertama di Johor. Di
sinilah kita dapat lihat Ibu Zain telah berjaya meyakinkan pentadbir
kerajaan Johor untuk membina lebih banyak sekolah perempuan.

Beliau juga turut memainkan peranan yang aktif dalam persatuan.
Beliau merupakan di antara individu yang bertanggungjawab bagi
menubuhkan Persatuan Guru-Guru Sekolah Melayu dan Sekolah
Agama Negeri Johor. Melalui kewibawaan yang telah ditonjolkan,
beliau telah dilantik sebagai presiden pertama persatuan tersebut.
Selain daripada itu, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai
yang Dipertua Persekutuan Guru-Guru Perempuan Melayu selama
tempoh 19 tahun sejak 1930.

7

KERJAYA TOKOH

Di antara tahun 1929-1941, Ibu Zain menghasilkan majalah untuk
wanita, bergelar "Bulan Melayu". Dengan daya juang yang tinggi,
beliau merupakan salah seorang perintis UMNO dan Ketua Kaum
Ibu, UMNO (sekarang Ketua Wanita UMNO).

Ibu Zain turut aktif dalam bidang politik. Beliau dilantik sebagai Ahli
Dewan Undangan Negeri Johor mewakili parti UMNO pada tahun
1948. Jasa Ibu Zain tambah bermakna selepas pendudukan Jepun di
bumi Malaya. Beliau menjalankan kegiatan dakwah bagi membantu
memulihkan akhlak golongan wanita yang terpengaruh dengan
tentera Jepun, selain membantu memulihkan semangat mereka yang
dianiaya oleh askar tersebut. Lebih mengejutkan, beliau mampu
menguasai bahasa Jepun dalam tempoh sebulan sahaja.

8

KERJAYA TOKOH

Dalam usaha mencapai kemerdekaan negara, Ibu Zain turut
menyumbang bakti. Beliau berjaya menyatukan kaum ibu untuk
turut serta menyokong usaha tersebut. Di zaman konfrontasi dengan
komunis, wanita berani ini mendaftar diri sebagai tentera sukarela
dan meredah hutan seorang diri. Beliau bergerak dari satu kampung
ke kampung yang lain bagi menangkis dakyah komunis daripada
menular dalam kalangan masyarakat. Ternyata usaha beliau
membuahkan hasil.

Ibu Zain turut memainkan peranan dalam mendaulatkan bahasa
Melayu. Beliau terlibat dalam Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu pada tahun 1956, sehingga tertubuhnya Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1958. Pada tahun 1963 beliau dilantik sebagai
Pengetua Kolej Puteri Tuanku Ampuan Mariam.

9

RINGKASAN KERJAYA TOKOH

1919 Menubuhkan sekolah di Pasuh Jaya, negeri Sembilan
1921 Tadika Tunas Suci Islam
1924
Berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar Maharani,
1930 Muar

- Menjadi guru besar Sekolah Perempuan Bandar
Maharani, Muar.

- Menjadi Guru Pelawat / Penyelia bagi sekolah perempuan
daerah Muar dan Batu Pahat.

- Menjadi Guru Pelawat / Penyelia bagi sekolah perempuan
seluruh Johor

- Mengasaskan sekolah agama petang

- Menubuhkan Persatuan Guru-guru Sekolah Melayu dan
Sekolah Agama Negeri Johor.

- Menjadi Presiden Persatuan Guru-guru Sekolah Melayu
dan Sekolah Agama Negeri Johor.

- Menjadi Yang Dipertua Persekutuan Guru-guru
Perempuan Melayu

10

RINGKASAN KERJAYA TOKOH

1929 - - Menghasilkan majalah untuk wanita “ Bulan Melayu”
1941 - Menjadi Perintis UMNO
1948 - Menjadi Ketua Kaum UMNO IBU ( sekarang dikenali

1956 sebagai wanita UMNO)
1958
- Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mewakili
parti UMNO

- Menjalankan kegiatan dakwah bagi memulihkan akhlak
golongan wanita yang terpengaruh dengan tentera Jepun.

- Berjaya menguasai Bahasa Jepun
- Mendaftar sebagai tentera sukarela

Terlibat dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu

Menjadi pemangkin tertubuhnya Dewan Bahasa dan
Pustaka

TADIKA TUNAS SUCI ISLAM, PASUH JAYA, NEGERI SEMBILAN

11

ANUGERAH DAN PENGHARGAAN

1947 PINGAT SULTAN IBRAHIM
1958 PINGAT JOHAN MANGKU NEGARA
1974 PINGAT TUN FATIMAH OLEH MAJLIS
KEBANGSAAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN
1975 WANITA MALAYSIA
1975 ANUGERAH TOKOH GURU LADY OF MYANMAR
1979 OLEH KERAJAAN MYANMAR
IJAZAH KEHORMAT SARJANA MUDA SASTERA
1980 OLEH UNIVERSITI MALAYA
PINGAT PANGLIMA SETIA MAHKOTA (PSM) YANG
MEMBAWA GELARAN TAN SRI OLEH SERI
PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG
ANUGERAH SULUH BUDIMAN

12

SUMBANGAN TOKOH

DALAM BIDANG PENDIDIKAN
q Pelopor dalam kebangkitan masyarakat Melayu di dalam bidang

pendidikan.
q Menubuhkan sekolah didikan kanak-kanak. Tadika Tunas Suci

Islam, Pasoh Jaya, Negeri Sembilan.
q Menubuhkan Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru.
q Mendirikan sekolah perempuan di seluruh Johor.
q Mengasas sekolah agama petang di seluruh Johor.
q Mengasaskan Persekutuan Guru-guru Perempuan Melayu Johor.

SUMBANGAN TERHADAP MASYARAKAT
q Wanita pertama menyertai Gerakan Pandu Puteri
q Pernah menjadi setiausaha dan turut mewakili Malaya ke Jambori

Pandu Puter di Sri Lanka.
q Mendaftar dan menjadi tentera sukarela semasa negera terlibat

dalam konfrantasi penjajahan Jepun.

13

SUMBANGAN TOKOH

DALAM BIDANG PENULISAN DAN KEBUDAYAAN
q Menulis artikel-artikel di dalam Majalah Guru, Al-Ikhwan, Bulan

Melayu, Utusan Melayu, warta dan lain-lain.
q Memainkan peranan penting dalam Kongres-kongres Persuratan

dan Kebudayaan Malaysia, Indonesia dan Singapura.
q Terlibat dalam bidang Persuratan dan Kebudayaan Melayu

hinggalah kepada penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

DALAM BIDANG POLITIK
Pernah menjadi setiausaha dan turut mewakili Malaya ke Jambori
Pandu Puter di Sri Lanka.
q Aktif dalam pergerakan wanita UMNO.
q Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
q Menjadi Ketua kaum Ibu UMNO Malaysia
q Menyatukan kaum ibu menyokong perjuangan menuntut

kemerdekaan.

14

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

TEGAS DAN JUJUR
Ibu Zain merupakan seorang yang sangat tegas dan jujur dalam
menyokong kebenaran. Beliau akan menyokong sesiapa sahaja yang
bercakap benar. Pernah berlaku dalam satu persidangan parlimen,
Ibu Zain menyokong Dato' Asri yang ketika itu merupakan pihak
pembangkang. Ibu Zain menyokong usul Dato' Asri agar
menambahkan perkhidmatan doktor di Kelantan. Sokongan Ibu Zain
berdasarkan faktor beliau sendiri pernah melawat negeri KElantan
dan kanak-kanak di sana kurang diberi rawatan. Sokongan beliau
terhadap Dato' Asri mendapat tepukan gemuruh pihak pembangkang
tetapi beliau dikecam hebat oleh ahli UMNO. namun beliau tetap
tegas dengan keputusan beliaun. Sikap inilah yang perlu dicontohi
oleh generasi sekarang iaitu jujur dalam melakukan sesuatu.

15

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

LEMBUT DALAM TINDAKAN
Ibu Zain dikenali sebagai seorang yang sangat lembut walaupun
bersikap tegas. Ibu Zain tidak pernah menimbulkan rasa tidak puas
hati tentang hak-hak wanita dalam parti. Sebaliknya beliau sentiasa
meningkatkan taraf pendidikan dalam kalangan wanita. Beliau sedar
bahawa untuk menjadi pemimpin, seseorang itu perlu mempunyai
pendidikan yang tinggi agar mendapat kepercayaan orang ramai.
Generasi sekarang haruslah mencontohi sikap lembut yang
ditunjukkan Ibu Zain, lembut tidak semestinya lemah.

GIGIH DAN RAJIN
Ibu Zain merupakan seorang yang sangat gigih dan rajin . Sikap ini
jelas dilihat dalam bidang pendidikan iaitu dengan penubuhan Kolej
Puteri Ampuan Mariam dan Tadika Tunas Suci. beliau menekankan
konsep “Agama Dididik, Moden Dibela, Dunia Dikelek dan Akhirat

Ditatang”. Walaupun masih muda ketika itu, beliau sangat rajin
berusaha dan gigih menuntut dan menyebarkan ilmu kepada orang
lain. Generasi kini haruslah mencontohi sikap Ibu Zain yang rajin

dan gigih ini supaya menjadi orang yang lebih cemelang.

16

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Ibu Zain merupakan seorang
tokoh yang sangat berjasa. Beliau berjaya dalam karier politik dan
pendidikan. Sepanjang penglibatan beliau dlaam politik, beliau
sentiasa dipercayai dan disokong. Kejayaan beliau terbalas dengan
penganugerahan pelbagai pingat. Beliau juga digelar “Srikandi
Negara” atas sumbangan dan jasa beliau.

Ibu Zain mempunyai idea dan pemikiran yang hebat dalam
membantu masyarakat amnya. Beliau sentiasa gigih berjuang
membela nasib wanita melayu khusunya. Sumbangan beliau tidak
harus dilupakan begitu sahaja, kerana beliau adalah pemimpin
wanita yang membuka jalan kepada kaum wanita agar bergiat cergas
dalam politik negara. Semoga sumbangan dan jasa beliau akan terus
dihargai dan dikenang oleh generasi kini.

17

LAMPIRAN

PENYERTAAN IBU ZAIN DALAM MEMPERJUANG
KEMERDEKAAN

IBU ZAIN DALAM BIDANG POLITIK

18

'SIAPA NAK MERDEKA,
SILA IKUT SAYA'
IBU ZAIN

19

KOLEJ ANTARABANGSA IBU ZAIN

20

RUJUKAN

Siti Zubaidah Abdul Halim(1987) “Biografi Perjuangan Politik Ibu Zain Munshi
Sulaiman” Latihan Ilmiah, B.A, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.

Transkripsi Dokumentasi Lisan Hajah Ibu Zain, Arkid Negara Malaysia, 1974.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zainon_Munshi_Sulaiman

https://www.majalahlabur.com/inspirasi/kenali-ibu-zain-yang-merupakan-
seorang-tokoh-pendidikan/

https://pkssmkpekanbaru.wordpress.com/ibu-zain/

http://mediawanitamaya.blogspot.com/2016/08/tan-sri-hajah-zainun-
sulaiman.html

http://studentsrepo.um.edu.my/734/6/BAB5.pdf

https://tahutuai.com/profil-ibu-zain-pendidikan-inggeris-tidak-gugat-
keislamannya-terus-mara-perjuangan/

https://www.slideshare.net/qashah09/tokoh-pks-negeri-johor-ibu-zain-30840470
21


Click to View FlipBook Version