The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL SLB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitisuhilaabdulrahman, 2021-04-10 09:59:09

DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN MUSA

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL SLB

Keywords: HAJI ABDUL RAHMAN

PERTANDINGAN MENCIPTA BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH PEMIMPIN JOHOR

DATO' HAJI
ABDUL RAHMAN

MUSA

/ 30

Disediakan Oleh:

Nama peserta: Nur Shafikah Binti Sujianto
Kelas : 2 Kamil

Alamat Emel: [email protected]

SMK Munshi Sulaiman
KM 6, JALAN KLUANG,

83000
BATU PAHAT,JOHOR

i
/ 30

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT
1
1 PENDAHULUAN 2
4
2 BIODATA TOKOH PEMIMPIN 5
11
3 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN 13
TOKOH
14
4 KERJAYA TOKOH
16
5 SUMBANGAN TOKOH 17

6 PINGAT DAN PENGHARGAAN

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
7 DICONTOHI OLEH GENERASI

SEKARANG

7 PENUTUP

8 SUMBER RUJUKAN

/ 30

PENDAHULUAN

Tokoh pemimpin yang dipilih ialah Yang Berhormat Dato' Haji Abdul
Rahman bin Musa. Saya memilih tokoh ini kerana jasa dan sumbangan
beliau pada negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Beliau merupakan
seorang bekas pegawai tinggi kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim yang amat
berjasa pada zaman sebelum dan sesudah merdeka. Tokoh pemimpin ini
dipilih kerana saya tertarik dengan sikap beliau yang cukup dedikasi dan
bersemangat dan sentiasa istiqamah. Peribahasa 'Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian' amat sesuai digambarkan dengan beliau yang mana pada asalnya
beliau hanya pegawai kerani dan akhirnya memegang jawatan sebagai
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. pelbagai pingat dan penghargaan yang
telah diterima oleh beliau sepanjang beliau berkhidmat
dengan kerajaan negeri Johor.

1
/ 30

LATAR BELAKANG DIRI

NAMA DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN MUSA

TARIKH LAHIR 13 MEI 1910

TEMPAT LAHIR JOHOR BAHRU

KAUM MELAYU
AGAMA ISLAM
NAMA BAPA HAJI MUSA BIN MOHD AMIN
NAMA IBU HAJAH TIAMAH @ ENGGOR BINTI ABDUL JABAR

NAMA IBU HAJAH JAMIK ABDULLAH
ANGKAT
2 ORANG ADIK BERADIK KANDUNG
BIL ADIK- 11 ORANG ADIK BERADIK TIRI
BERADIK

TARIKH 1979
MENINGGAL
DUNIA NO. 5, LORONG 1,
JALAN SENTOSA, LARKIN SENTOSA.
ALAMAT
TERAKHIR

/ 30 2

LATAR BELAKANG KELUARGA

NAMA ISTERI DATIN HAJAH AZIZAH BINTI HAJI ABDUL RAHMAN

TARIKH 2 FEBRUARI 1940
BERKAHWIN

NEGERI ASAL BANDAR PENGGARAM BATU PAHAT
ISTERI

BILANGAN ANAK 7 ORANG (5 LELAKI 2 PEREMPUAN)

NAMA ANAK 1. YAHYA 2. ABDUL MALIK 3. MAZNAH
4. ONN 5. ROHANA 6. MAHBOB 7. HISHAM

BILANGAN CUCU 29 ORANG

3
/ 30

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

PENDIDIKAN PERINGKAT RENDAH
Dato’ Haji Abdul Rahman Musa memulakan persekolahannya di peringkat rendah
Sekolah Inggeris Bukit Zaharah Johor Bahru menggunakan bahasa pengantar
utama iaitu Bahasa Inggeris. Di samping itu , beliau dihantar di sekolah agama dan
belajar membaca Al-Quran . Beliau mahir membaca Al-Quran, membaca menulis
tulisan jawi.

PENDIDIKAN PERINGKAT MENENGAH
Selepas menamatkan pelajaran peringkat rendah Dato’ Haji Abdul Rahman
melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah melalui bahasa pengantar bahasa
Inggris juga. Pada usia lebih kurang 18 tahun beliau telah menamatkan pelajaran
peringkat menengah lalu diambil bekerja sebagai pegawai kerajaan. Pada tahun
1937 beiau lulus peperiksaan Preliminary Law atau undang-undang peringkat
permulaan, dan pada 1938 beliau lulus Final Law. Akhirnya beliau mengambil
peperiksaan pada 10 Januari 1939 dan lulus dalam bidang Goverment Regulations
ataupun undang-undang kerajaan .

4
/ 30

KERJAYA TOKOH

Setelah tamat persekolahan maka Dato’ Haji Abdul Rahman bin Musa mula
membuka lembaran baru dalam sejarah hidup beliau dengan menceburi alam
pekerjaan.
14 JANUARI 1929
v Beliau bertugas sebagai pegawai kerani di pejabat pos.
v Bekerja dalam latihan dengan gaji RM50.00.
v Beliau bertugas di Singapura

10 JANUARI 1939
v Beliau berkhidmat sebagai pemungut hasil tanah daerah.
v Bertugas di daerah Batu Pahat, Johor.

1940
v Pada tahun 1940, beliau dinaikkan pangkat.

1946 5
v Beliau dilantik menjadi pemangku pemungut hasil tanah daerah Batu Pahat.
v Aktif membantu Dato' Onn bin Jaafar menjalankan kegiatan menentang

Malayan Union.
v Menjadi setiausaha sulit Dato' Onn bin Jaafar.
v Sentiasa berjuang untuk membela orang-orang Melayu dan menyatukan

orang-orang Melayu.

8 / 30

KERJAYA TOKOH

29 JUN 1947
v Beliau telah ditukarkan ke pejabat baru di Pontian sebagai Pemangku

Pesuruhjaya Daerah Pontian.

9 MEI 1950
v Beliau dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar
v Menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim dengan skim gaji

khas.
v Beliau bertugas di pejabat ni selama beberapa bulan untuk memberi

perhatian terhadap kerja-kerja Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan.

7 OKTOBER 1950
v Beliau dipinjamkan ke pejabat Rural & Industrial Development Authority

(R.I.D.A.) negeri sebagai Pengerusi.
v Oleh sebab pejabat ini di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan maka

beliau terpaksa menggunakan kebijaksanaan dan insiatif sendiri untuk
memaju dan mengembangkan objektif d an matlamat R.I.D.A. yang lebih
menumpukan kemajuan luar Bandar

1 JANUARI 1952
v Beiau diberi skim gaji baharu iaitu JCS.IB

6

9 / 30

KERJAYA TOKOH

1 MEI 1952
v Beliau dilantik sebagai Under Secretary atau Penolong Setiausaha Kerajaan

Johor.
v Bertugas dengan jawatan ini selama setahun dua bulan.
v Kenaikan pangkat beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan dikaji semula

18 JULAI 1953
v Beliau dinaikkan pangkat kepada JCS.1A.
v Masih bertugas di tempat yang sama.

1 JANUARI 1954
v Ditukarkan ke tempat baru sebagai Pegawai Daerah Muar.

1 NOVEMBER 1955
v Beliau dinaiikan pangkat sebagai Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor.
v Bertugas di ibu pejabat di Johor Bahru.

19 JUN 1962
v Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman bersara daripada perkhidmatan

kerajaan.

7

10 / 30

SENARAI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

BIL TEMPOH NAMA
1. 1893 YB. Dato’ Abdul Rahman Andak
2. 1907 - November 1914 YB. Dato’ Mohamed Bin Mahbob
3. 1 Januari 1928 - Jun 1930 YB. Dato’ Ismail Bin Bachok
4. 20 Disember 1929 - 31 Januari 1948 YB. Dato’ Mohd Salleh Bin Ali
5. 1 Februari 1948 -31 Disember 1952 YB. Dato’ Ibrahim Bin A. Rahman
6. 1 Januari 1953 - 1 Mei 1956 YB. Dato’ Mohd Seth Bin Mohamed Said
7. 1 Ogos 1956 - 22 Jun 1962 YB. Dato’ Abdul Rahman Bin Musa
8. 23 Jun 1962 -31 Disember 1966 YB. Dato’ A. Rahman Bin Jaafar
9. 1 Januari 1967- 5 Mac 1970 YB. Dato’ Abdullah Bin Mohamed
10. 6 Mac 1970 - 12 Februari 1973 YB. Dato’ Ibrahim Bin Abdul Majid
11. 13 Februari - 5 Ogos 1974 YB. Dato’ Mohd Eusof Bin Abd Rahman
12. 6 Ogos 1974 -3 Januari 1976 YB. Dato’ Abd Rahman Bin Ahmad
13. 5 Januari 1976 - 31 Disember 1979 YB. Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Haji Abdul
Rahim
14. 1 Januari 1980 - 16 Februari 1985 YB. Dato’ Suleiman Bin Mohd Noor
15. 17 Februari 1985 - 31 Mac 1993 YB. Dato’ Haji Abdul Rahim Bin Ramli
16. 1 April 1993 - 13 September 1996 YB. Dato’ Haji Ishak Bin Mohd Yusof
17. 14 September 1996 - 18 Januari 2001 YB. Dato’ Dr. Haji Shahir Bin Nasir
18. 19 Januari 2001 - 2 September 2003 YB. Dato’ Haji Ayub Bin Mion
19. 3 September 2003 - 9 Januari 2006 YB. Dato’ Haji Mohd Razali Bin Mahusin
20. 10 Januari 2006 - 19 Oktober 2006 YB. Datin Paduka Hajah Norsiah Binti Harun
21. 20 Oktober 2006 -13 Mac 2011 YB. Dato’ Haji Abd Latiff Bin Yusof
22. 14 Mac 2011 - 9 April 2014 YB. Dato’ Haji Obet Bin Tawil
23. 14 April 2014 - 31 Disember 2016 YB. Dato’ Haji Ismail Bin Karim
24. 1 Januari 2017 - kini YB. Dato’ Haji Azmi Bin Rohani

8
/ 30

KERJAYA TOKOH

SELEPAS BERSARA
v Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA)

peringkat kebangsaan.
v Merupakan Pengerusi MARA yang pertama.
v Beliau telah menyertai tentera sukarela Johor. Beliau telah dilantik sebagai

Leftenan dalam pasukannya.
v Semangat dalam tentera ini telah mendorongkan beliau menubuhkan

Persatuan Bekas Parajurit peringkat Negeri Johor Darul Ta’zim selepas
beliau berhenti daripada perkhidmatan.
v Perkhidmatan sukarela tersebut berlaku semasa perang Dunia yang Ke-2

9

12 / 30

10

13 / 30

SUMBANGAN TOKOH

Dato' Haji Abdul Rahman bin Musa memberikan banyak sumbangan sebelum zaman
kemerdekaan dan juga selepas kemerdekaan. Antara sumbangan beliau ialah :

1. Ketika menjadi pegawai kerajaan, beliau bekerja bersungguh-sungguh membantu
membangunkan masyarakat.

2. Aktif membantu Dato' Onn Jaafar menjalankan kegiatan menentang Malayan Union.
3. Sentiasa berjuang untuk membela orang-orang Melayu dan menyatukan orang-orang

Melayu di seluruh Tanah Melayu.
4. Sentiasa mendampingi Dato' Onn Jaafar berjuang untuk kemerdekaan.
5. Menjadi Setiausaha Sulit Dato' Onn Jaafar.
6. Semasa menjadi Pengerusi pertama RIDA yang kini dikenali sebagai MARA.
7. Memaju dan mengembangkan objektif dan matlamat RIDA, yang mana pada masa

ini bertumpu kepada kemajuan luar bandar.
8. Menjadi Setiusaha Kerajaan Negeri Johor.
9. Menjadi Pengerusi MARA yang pertama.
10. Menubuhkan Persatuan Bekas Parajurit peringkat Negeri Johor.
11. Membincangkan nama asal UMNO yang asalnya U.N.O atau United Malay

Organisation. Nama ini pada asalnya dicadangkan oleh beliau melalui 'Pergerakan
Batu Pahat dan dibawa oleh Dato' Onn Jaafar ke Kongres Melayu Seluruh Malaya di
Kuala Lumpur.

11
/ 30

SUMBANGAN TOKOH

12. Menganjurkan perarakan dan perhimpunan di Bandar Penggaram Batu Pahat secara
besar-besaran pada 10 Februari 1946 untuk menunjuk perasaan menentang Malayan
Union. Ketika ini, Dato' Haji Abdul Rahman bin Musa bekhidmat sebagai setiausaha
perarakan dan Dato' Onn sebagai Pegawai Daerah.

13. Merupakan orang yang paling rapat dengan Dato' Onn Jaafar dalam menjalankan
tugas “Pergerakan” dan “PEKEMBAR” di seluruh semenanjung Malaysia.

14. Bersama-sama Dato' Onn Jaafar memberi penerangan tentang semangat kebangsaan
Melayu kepada pemimpin-pemimpin di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan
Terengganu.

15. Mempunyai kebolehan untuk bertutur dengan lancar dalam Bahasa Inggeris dan
berkebolehan berhujah dalam Bahasa Melayu.

16. Mahir dalam peraturan pejabat dan undang-undang negara.
17. Beliau berjuang menyatukan orang Melayu, bersama-sama menubuhkan UMNO,

menuntut kemerdekaan dan seterusnya mengisi kemerdekaaan.

12
/ 30

PINGAT DAN PENGHARGAAN

17 SEPTEMBER 1955
v Pingat Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia. Pingat ini dianugerahkan oleh

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

6 NOVEMBER 1955
v Anugerah Jaksa Pendamai. Anugerah ini diberi ketika Dato Haji Abdul Rahman bin

Musa berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Anugerah ini bagi
menghargai jasa beliau yang banyak terhadap masyarakat.

17 SEPTEMBER 1957
v Pingat Darjah Mahkota Johor Yang Teramat Mulia. Pingat ini dianguegrahkan

sekali lagi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar., bagi
menghargai jasa beliau yang begitu banyak.

28 OKTOBER 1961
v Pingat Darjah Mahkota Johor Yang Teramat Mulia. Pingat ini dianguegrahkan

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar untuk kali yang ketiga.

28 OKTOBER 1977

v Pingat Darjah Sultan Ismail Johor Yang Amat Dihormati. Pingat ini membawa

gelaran Dato'. Pingat ini dianguegrahkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni

Sultan Abu Bakar, Sultan Johor yang merupakan darjah kebesaran yang tertinggi

diterima oleh Dato' haji Abdul Rahman bin Musa. 13

/ 30

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

Tokoh pemimpin Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman bin Musa
mempunyai banyak nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi
kini. Antar nilai kepimpinan yang boleh dicontohi ialah:

1. Tidak mudah berputus asa.
Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman bin Musa merupakan seorang
yang rajin berusaha dan tidak mudah untuk berputus asa. Sikap ini jelas
dapat dilihat melalui perkembangan kerjaya beliau. Beliau bermula dari
jawatan yang paling rendah iaitu pegawai kerani sehingga memegang
jawatan yang paling tinggi dalam pentadbiran negeri Johor iaitu Setiausaha
Kerajaan Negeri Johor. Generasi haruslah mencontohi sikap beliau iaitu
tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu
perkara.

2. Jujur dan ikhlas 14
Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman bin Musa juga merupakan
seorang yang sangat jujur dan ikhlas. Jujur merujuk kepada kelurusan hati,
dan keikhlasan. Ikhlas pula membawa maksud hati suci, tidak menipu atau
tidak berpura-pura. Sepanjang beliau berkhidmat sebagai pegawai kerajaan,
beliau sentiasa bersikap jujur dan ikhlas, buktinya dapat dilihat apabila
beliau naik pangkat dalam tempoh yang singkat. Generasi haruslah
mencontohi beliau iaitu sentiasa jujur dan ikhlas.

/ 30

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI

3. Bersemangat
Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman bin Musa merupakan seorang
yang sangat bersemangat melakukan apa-apa sahaja perkara. Beliau sentiasa
bersemangat membantu Dato' Onn Jaafar memperjuangkan kemerdekaan.
Dengan kepetahan beliau untuk berhujah dalam Bahasa Inggeris mahupun
Bahasa Melayu, beliau dilantik menjadi Setiausaha Sulit Dato' Onn Jaafar.
Sikap bersemangat yang ditunjukkan menyebabkan beliau dilantik menjadi
pengerusi pertama MARA walaupun ketika itu beliau telah bersara. Sebagai
generasi kini, sikap bersemangat perlulah sentiasa ada dalam diri .

4. Bertanggungjawab
Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman bin Musa merupakan seorang
yang sangat bertanggungjawab. Tanggungjawab merujuk kepada kewajipan
yang dipikul oleh seseorang atau segala yang wajib ditanggung. Sebagai
seorang pemimpin yang hebat, sikap ini perlulah ada dalam diri. Dato' Haji
Abdul Rahman sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya
sebagai pegawai kerajaan, beliau juga sangat bertanggungjawab dalam
memperjuangkan hak orang Melayu dalam menuntut kemerdekaan. Sebagai
generasi muda, kita haruslah mencotohi sikap-sikap terpuji yang
ditunjukkan oleh beliau.

15
/ 30

PENUTUP

Mengingati jasa tokoh pemimpin Johor merupakan perkara yang perlu
dititikberatkan. Tokoh yang diingat bukan saja mereka yang berjuang
menggunakn senjata api, tetapi senjata lain yang seperti yang berjuang
meningkatkan mutu kehidupan masyarakat. Yang Berhormat Dato'
Abdul Rahman bin Musa merupakan salah seorang yang peru dihargai
sumbangannya. Walaupun namanya tidak se'gah' nama pemimpin lain,
namun sumbangannya terhadap masyarakat haruslah dipandang tinggi.
Sikapnya juga boleh dicontohi dan diteladani oleh generasi kini.
walaupun sekecil mana pun sumbangan beliau, namun sumbangan
beliau tetap memberi kesan kepada masyarakat pada zaman sebelum
merdeka. Beliau merupakan salah seorang anak Melayu Johor yang
perlu dicontohi.

16
/ 30

SUMBER RUJUKAN

Abu Bakar A. Hamid & Md. Ismail Zamzam (2005), Johor Mengabdikan
Baktimu.Johor Bahru, Dwi Imej
Kamus Dewan. Edisi Kelima. (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
https://www.geni.com/search?search_type=people&names=+Y.Bhg.+Dato%
27+Sri+Abdul+Rahman+Musa
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_bin_Musa
https://www.johor.gov.my/kerajaan/info-kerajaan/senarai-setiausaha-
kerajaan-johor

17
/ 30

SEKIAN,
TERIMA KASIH

21 / 30


Click to View FlipBook Version