NOTA KULIAH 2 SEMESTER SEMESTER 3 TAHUN 2 DIPLOMA SESI 2019/2020 JABATAN JABATAN PERNIAGAAN PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN KOD / KURSUS DBE3213 PERAKAUNAN KEWANGAN 3 KOMPETENSI K1 KAEDAH PERBANDINGAN K2 KAEDAH ANALISIS KOMPETENSI UNIT K1 KAEDAH PERBANDINGAN 1.1 PENGENALAN REKOD TAK LENGKAP 1.2 PENYATA MENGIRA MODAL 1.3 PENYATA UNTUNG RUGI 1.4 KUNCI KIRA-KIRA HASIL PEMBELAJARAN 1 . Menyelesaikan masalah dengan menyediakan Penyata Kewangan bagi perekodan yang tidak lengkap. (C3,PLO3) 2. Menghasilkan Penyata Kewangan bagi perekodan yang yang tidak lengkap. (P3, PLO2) 3. Menghasilkan laporan untuk dapatan daripada analisa Penyata Kewangan yang telah dibuat.. (A2, PLO.4) PLO 2 Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam Perakaunan. PLO 3 Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif dan efektif dalam bidang Perakaunan. PLO 4 Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat dan ahli professional lain dalam komuniti serta masyarakat. MAKLUMAT PELAJAR NAMA TARIKH TAJUK KAEDAH PERBANDINGAN TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelatih dalam menguasai pengetahuan dan kefahaman tentang langkah menghitung modal awal dan modal akhir berdasarkan statement of affair , Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira . BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
PENERANGAN / INFORMATIONS 1. Kaedah perbandingan modal merupakan pendekatan yang menggunakan persamaan perakaunan dalam menentukan untung rugi sesebuah perniagaan. 2. Persamaan; a. Modal = Aset – Liabiliti b. Untung Bersih = Modal akhir – Modal awal • Modal yang terdapat pada awal tempoh perakaunan adalah modal awal • Modal yang terdapat pada akhir tempoh perakaunan adalah modal akhir • Apabila perniagaan untung , modal akhir meningkat. c. Untung bersih = Modal akhir + Ambilan –Modal awal – Modal tambahan • Persamaan ini dikembang kan daripada persamaan ( 3 ). - Langkah untuk menentukan untung bersih; i. Mencari perbezaan antara modal awal dan modal akhir. ii. Tambah ambilan samada dalam bentuk tunai atau bukan tunai. iii. Tolak modal tambahan samada dalam bentuk tunai atau bukan tunai. 3. Untung atau rugi boleh dinyatakan dalam bentuk penyata Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir…………….. RM RM Modal akhir XXX Tambah : Ambilan tahun tersebut XX XXX Tolak : Modal awal XXX Modal tambahan XXX XXX Untung / Rugi Bersih XXX
Contoh 1: Menghitung untung atau rugi bersih perniagaan apabila terdapat maklumat baki aset dan liabiliti akhir Diberi maklumat aset dan liabiliti Perniagaan Teras Jaya adalah seperti di bawah; 1 Jan 2018 RM 31 Jan 2018 RM Akaun Belum Terima Inventori Bank Tunai Akaun Belum Bayar 5000 13000 8500 500 12000 16500 15200 ( 2500 ) 850 10800 Hitung untung atau rugi bersih perniagaan bagi tahun berakhir 31 Dis 2018 Persamaan untung bersih = modal akhir – modal awal Langkah 1: Hitung modal awal Aset Akaun Belum Terima Inventori Bank Tunai Tolak : Liabiliti Akaun Belum Bayar RM 5000 13000 8500 500 27000 12000 15000 Langkah 2: Hitung modal akhir Aset Akaun Belum Terima Inventori Tunai Tolak : Liabiliti Akaun Belum Bayar Bank RM 16500 15200 850 32550 10800 2500 19250
Langkah 3: Tentukan untung atau rugi bersih Untung bersih = modal akhir – modal awal = RM 19250 – RM 15000 = RM 4250 Contoh 2: Menghitung untung atau rugi dengan mengambil kira pelarasan. Butiran yang berikut diambil daripada buku-buku Perniagaan Amira, seorang peniaga yang tidak menyimpan akaunnya dengan lengkap. 1 Mac 2017 RM 28 Feb 2017 RM Inventori Akaun Belum Terima Akaun Belum Bayar Perabot (kos) Kenderaan ( nilai buku bersih) Bank Insurans prabayar Gaji belum bayar 4080 5850 2500 5000 45000 6000 800 2500 5200 8320 1800 5000 45000 5200 500 2500 Maklumat tambahan: 1. Kenderaan disusutnilaikan sebanyak 10% setahun atas baki. 2. Perabot disusutnilaikan pada kadar 20% atas kos. Perabot yang terdapat pada baki awal dibeli pada 29 Feb 2017. 3. Dalam tahun itu, Amira membawa sebuah computer bernilai RM 2500 untuk kegunaan perniagaan. Perkara ni belum direkodkan. 4. Wujudkan peruntukkan hutang ragu pada kadar 5% atas baki bersih Akaun Belum Terima. 5. Pemilik membuat ambilan barang niaga bernilai RM 500 sepanjang tahun dan tunai sebanyak RM 1000 sebulan bagi kegunaan peribadi. Dikehendaki: i. Sediakan Penyata Untung Rugi Bersih bagi tahun berakhir 28 Feb 2017. ii. Sediakan Penyata Kunci Kira-Kira pada 28 Feb 2017
Penyelesaian: Langkah 1 : Menghitung modal awal dan akhir Modal awal: Aset Inventori Akaun Belum Terima Perabot (kos) Kenderaan ( nilai buku bersih) Bank Insurans prabayar Tolak : liabiliti semasa Akaun Belum Bayar Gaji belum bayar RM 4080 5850 5000 45000 6000 800 66730 2500 2500 61730 Modal akhir Aset Inventori Akaun Belum Terima Perabot (kos) Kenderaan ( nilai buku bersih) Bank Insurans prabayar Alatan pejabat Tolak : liabiliti semasa Akaun Belum Bayar Gaji belum bayar RM 5200 7904 4000 40500 5200 800 2500 65804 1800 2500 61504
Kerja perhitungan: 1. Akaun Belum Terima perlu diwujudkan peruntukkan hutang ragu pada kadar 5%. - Peruntukkan hutang ragu = RM 8320 x 5% = RM 416 - Baki nilai akhir Akaun Belum Terima = RM 8320 – RM 416 = RM 7904 2. Perabot disusutnilaikan pada tahun berakhir 28 Feb 2017 sebanyak 20% atas kos. Belanja susut nilai perabot = RM 5000 x 20% = RM 1000 Nilai buku bersih perabot pada akhir 28 Feb 2017 = RM 5000 – RM 1000 = RM 4000 3. Kenderaan disusutnilaikan pada tahun berakhir 28 Feb 2017 sebanyak 10% atas nilai buku bersih. Belanja susut nilai kenderaan = RM 45000 x 10% = RM 4500 Nilai buku bersih kenderaan pada akhir 28 Feb 2017 = RM 45000 – RM 4500 = RM 40500 Langkah 2 : Menyediakan Penyata Untung Rugi Perniagaan Amira Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 28 Feb 2017 RM RM Modal akhir 61504 Tambah : Ambilan 12500 74004 Tolak : Modal awal 61730 Modal tambahan 2500 64230 Untung bersih 9774
Langkah 3: Menyediakan Penyata Kunci Kira-Kira Perniagaan Amira Penyata Kunci Kira-Kira pada 28 Februari 2017 RM RM Harta Tanah, Loji dan Peralatan Kenderaan Perabot Alatan pejabat Aset Semasa Inventori Akaun Belum Terima Insurans prabayar Bank 5200 7904 500 5200 40500 4000 2500 47000 18804 Tolak : Liabiliti Semasa Akaun Belum Bayar Gaji belum bayar Aset Semasa Bersih 1800 2500 14504 61504 Ekuiti Pemilik Modal awal Tambah : Modal tambahan Untung bersih Tolak : Ambilan 61730 2500 9774 74004 12500 Modal Akhir 61504
SOALAN/QUESTION : 1. Senaraikan persamaan perakaunan dalam menentukan untung bersih. ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… …………………….. 2. Lakarkan format Penyata Untung Rugi. 3. Hitung untung/rugi bagi Perniagaan ShamSya berdasarkan maklumat berikut. Modal pada 1 Feb 2017 RM 41,000.00 Ambilan RM 5,000.00 Modal pada 31 Jan 2018 RM 52,000.00 Modal tambahan RM 3,000.00
4. Nyatakan langkah untuk menentukan untung bersih ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… RUJUKAN/ : 1. Morni Hayati Jaafar Sidik, Tuam Kwok Choon, Lim Wan Leng, Lee Kwee Fah, Noreen Kong Ching Ching & Rahizah Abd Rahim (2016).Financial Accounting 1 (Second Edition). Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2. Wan Madznah Wan Ibrahim ,Azizah Hj Dolah dan Masturah Abu Samah (2014) Perakaunan Penggal 1 STPM, Oxford Fajar Sdn Bhd. 3. Prinsip Perakaunan KBSM Tingkatan 4 & 5 ( 2009) , Cerdik Publication 4. Ng Kim Hwa dan Loh Boon Foo ( 2012) , Esensi Prinsip Perakaunan SPM, Pearson Malaysia Sdn Bhd. 5. Syaiful Baharee, Nazura Arif, Nor Fatimah Fathil dan Nur Eliza Mokhtar ( 2016) Financial Accounting 1 Workbook, Oxford Fajar Sdn Bhd