The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM70622 Sufia Binti Fadli Sah, 2023-07-03 11:11:58

Tugasan 1 PRKA3151 - Portfolio PBS 1

Tugasan 1 PRKA3151 - Portfolio PBS 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 TAHUN 1 SEMESTER 3) PRKA3151 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1 (PBS 1) PORTFOLIO (KPPB) DISEDIAKAN OLEH: NAMA SUFIA BINTI FADLI SAH NO. KAD PENGENALAN 030511010700 ANGKA GILIRAN 2022192340264 KUMPULAN PISMP A11 TAJUK TUGASAN TUGASAN 1 PORTFOLIO (KPPB) NAMA PENSYARAH PENYELIA PN. RUZIATON BINTI JAMROS TARIKH HANTAR 3 JULAI 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) BAHASA MELAYU (SK) AMBILAN JUN 2022 PORTFOLIO PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) FASA 1 Nama : SUFIA BINTI FADLI SAH No. Kad Pengenalan : 030511-01-0700 Angka Giliran : 2022192340264 No. Kad Matrik : P21191677 Alamat Tetap : NO.20, JLN BESTARI 17, TMN MUTIARA RINI, 81300 SKUDAI, JOHOR. No. Telefon : 011-27849845 E-mel : [email protected] Program : PISMP Pengkhususan : BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH Ambilan : AMBILAN JUN 2022 Tahun dan Semester : TAHUN 1 SEMESTER III Tarikh PBS 1 : 11 JUN 2023 HINGGA 22 JUN 2023


3.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS Saya, Sufia binti Fadli Sah merupakan guru pelatih dari IPG Kampus Bahasa Melayu telah ditugaskan untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1 selama 2 minggu yang bermula pada 11 Jun 2023 hingga 22 Jun 2023. Saya telah memilih SK Taman Mutiara Rini 2 yang terletak di Jalan Persiaran Bakti 1, Mutiara Rini, Skudai Johor kerana sekolah ini merupakan sekolah yang terhampir dan perjalanan ke sekolah ini mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja dari rumah kediaman saya. Sebelum menjalani PBS 1 ini, kumpulan kohort kami telah menerima taklimat sebagai persediaan ringkas berkaitan tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang PBS 1 kami. Unit Praktikum memberikan taklimat pada 8 Jun 2023 hari Khamis, pukul 3.00 petang melalui aplikasi Google Meet. Taklimat diberikan bertujuan supaya kami lebih bersedia dan mampu menjalankan tugasan Pentaksiran Berterusan kami dengan lebih baik dan sistematik. Selesai taklimat tersebut, beberapa bahan pelajar telah dimuat naik ke dalam aplikasi Google Classroom oleh unit praktikum sebagai garis panduan bagi melaksanakan PBS 1 ini. Saya juga memastikan bahawa setiap kelengkapan saya untuk ke sekolah adalah mencukupi. Sebagai persediaan awal, saya menyediakan 5 helai baju kurung dan membersihkan kasut saya supaya saya kelihatan kemas dan bersih sepanjang saya menjalankan PBS 1. Selain itu, saya juga menyediakan buku nota, pen, berserta dengan borang yang diperlukan untuk melapor diri pada hari pertama. Komputer riba juga dipastikan dalam keadaan yang baik supaya tidak berlaku sebarang masalah sewaktu melakukan tugasan Pentaksiran Berterusan PBS 1 ini. Saya juga memikirkan beberapa strategi pelaksanaan yang perlu dilakukan dengan menyemak semula senarai semak yang telah diberikan. Hal ini bagi memastikan perjalanan PBS saya dapat diselesaikan dengan lebih teratur dan sistematik. Saya juga telah menyediakan tiga cara bagi menyempurnakan tugasan Pentaksiran Berterusan PBS 1 iaitu melalui pemerhatian, senarai semak dan juga temu bual. Perancangan yang lebih sistematik akan menjadikan urusan pengumpulan data dan maklumat dapat dijalankan dengan lancar. Terdapat beberapa perkara yang saya fokuskan semasa menjalankan PBS: 1. Buku Manual Pengurusan Sekolah 2. Pemerhatian terhadap sesi PdP di sekolah 3. Mengambil tahu persekitaran dan budaya sekolah 4. Pelaksanaan program di bawah Dasar Pendidikan Kebangsaan


3.2 PERNYATAAN SEMASA PBS BIL. TARIKH (HARI) AKTIVITI 1. 11/06/2023 AHAD • Bermula dengan melaporkan kehadiran kepada pengawal keselamatan sekolah. • Kemudian melaporkan diri secara rasmi kepada GPK Kurikulum bersama rakan PBS di pejabat dan menyatakan tujuan kehadiran. • Menyerahkan Surat Penempatan PBS, Surat Pengenalan Diri, Borang Kehadiran dan juga Laporan Perkembangan Pelajar PBS 1 kepada GPK Kurikulum. • GPK Kurikulum juga menugaskan guru pembimbing yang merupakan guru Bahasa Melayu untuk membantu saya sepanjang berada di sekolah. • Menghadiri perhimpunan rasmi sekolah di dewan terbuka sekolah. • Melawat kawasan persekitaran sekolah bersama rakan PBS sesudah menghadiri perhimpunan rasmi. • Melakukan sesi suai kenal bersama guru-guru serta staf-staf sekolah untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik bersama warga sekolah. • Melakukan pemerhatian terhadap sesi raptai mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17 sesi 2023/2024 serta majlis Anugerah Cemerlang yang akan dijalankan. • Menghadiri mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17 sesi 2023/2024 serta majlis Anugerah Cemerlang SKTMR2 selepas tamat waktu persekolahan. 2. 12/06/2023 ISNIN • Menandatangani borang kehadiran di pejabat sebagai bukti menghadirkan diri menjalankan PBS 1. • Menghadiri perhimpunan pagi dan juga memerhati pergerakan murid-murid masuk ke kelas masing-masing. • Saya dan rakan PBS membantu guru menjaga kelas 3 Berlian pada waktu ketiga (8.30-9.00 pagi). - Kami menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan subjek waktu tersebut mengikut arahan guru. • Kami turut membantu guru pendidikan seni visual tahun 1 Delima pada waktu keenam (9.50-10.20 pagi) - Murid-murid membuat aktiviti lipatan dan guntingan.


- Kertas warna dibekalkan oleh guru. - Murid melipat dan menggunting mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru. • Tamat sesi PBS pada pukul 1.40 petang. 3. 13/06/2023 SELASA • Menandatangani borang kehadiran di pejabat sebagai bukti menghadirkan diri bagi menjalankan PBS 1. • Meminta izin untuk meminjam buku manual pengurusan daripada GPK Kurikulum untuk mengumpul data dan maklumat berkaitan tugasan PBS. • Menghadiri perhimpunan pagi dan juga memerhati pergerakan murid-murid tahap 1 untuk masuk ke kelas masing-masing. • Melihat pelaksanaan aktiviti 1 Murid 1 sukan yang dijalankan bagi murid tahap 2 selama satu jam (7.30-8.30 pagi). • Kami juga melihat sesi saringan pemilihan wakil sekolah bola tampar dan bola baling untuk Majlis Sukan Sekolah Zon (MSSZ). • Saya membantu guru menjaga kelas gabungan pendidikan moral tahun 2 pada waktu ketiga (8.30-9.00pagi) • Mengikut guru matapelajaran Sejarah mengajar kelas tahun 4 Berlian pada waktu ketujuh dan kelapan (10.20-11.20 pagi) - Cikgu Aiman mengajar topik kekeluargaan - Melakukan aktiviti berkumpulan dan juga latihan. • Memantau kelas gabungan pendidikan moral tahun 6 pada waktu kesembilan (11.20-11.50 pagi). • Tamat sesi PBS pada pukul 1.40 petang. 4. 14/06/2023 RABU • Menandatangani borang kehadiran di pejabat sebagai bukti menghadirkan diri bagi menjalankan PBS 1. • Menghadiri perhimpunan pagi dan juga memerhati pergerakan murid-murid tahap 1 untuk masuk ke kelas masing-masing. • Melihat pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dijalankan bagi murid tahap 2 selama satu jam (7.30-8.30 pagi). • Badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah membuat latihan untuk mengendalikan perhimpunan kokurikulum pada ahad minggu hadapan. • Saya dan rakan membantu guru kelas pendidikan moral gabungan Tahun 3 pada waktu ketiga dan keempat (8.30-9.30 pagi). - Melakukan aktiviti suai kenal bersama murid-murid


- Melakukan aktiviti ringkas iaitu teka-teki • Membantu guru kelas gabungan pendidikan moral tahun 4 pada waktu ketujuh dan kelapan (10.20-11.20 pagi) - Melakukan aktiviti suai kenal bersama murid-murid - Murid-murid diminta untuk melukis perkara atau memori yang disukai oleh mereka. - Murid-murid berkongsi cerita tentang hasil lukisan mereka. • Mengikuti guru matapelajaran bahasa Melayu tahun 4 Berlian untuk melihat sesi PdP bagi kelas bahasa Melayu. - Cikgu Anizan mengajar topik jawi dan tulisan khat. - Cikgu Anizan membimbing dan mengajar cara penulisan khat yang betul. - Membantu cikgu Anizan untuk melihat keadaan murid-murid. • Tamat sesi PBS pada pukul 1.40 petang. 5. 15/06/2023 KHAMIS • Menandatangani borang kehadiran di pejabat sebagai bukti menghadirkan diri bagi menjalankan PBS 1 serta mengambil maklum kelas yang perlu kami masuk pada hari ini. • Mengikuti majlis bacaan yaasin yang dijalankan pada waktu pertama selama 30 min yang melibatkan murid tahap 2 sahaja. • Mengikuti kelas pemulihan khas bahasa Melayu tahun 2 yang dibimbing oleh cikgu Zuraidah pada waktu kedua dan ketiga (8.00- 9.00 pagi). - Murid mengenali perkataan dua suku kata - Murid diperkenalkan juga dengan Teknik Kompas Vokal dan Teknik BOSSS (body, shape, sign, sound) yang dimana setiap huruf mempunyai isyarat sendiri. • Saya dan rakan PBS juga membantu guru menjaga kelas gabungan pendidikan moral tahun 3 pada waktu keenam dan ketujuh (9.50 – 10.50 pagi) • Saya mencari maklumat sekolah di pejabat untuk portfolio bahagian aktiviti dan program - Aktiviti dan program kurikulum • Tamat sesi PBS pada pukul 1.40 petang. 6. 18/06/2023 AHAD • Menandatangani borang kehadiran di pejabat sebagai bukti menghadirkan diri bagi menjalankan PBS 1 serta mengambil maklum kelas yang perlu kami masuk pada hari ini.


• Menghadiri perhimpunan bulanan kokurikulum yang dikendalikan oleh Tunas Kadet Remaja Sekolah. - Ketua TKRS melapor diri kepada Guru Besar pada awal perhimpunan. - Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu serta ikrar. - Guru Besar memberi ucapan kemudian guru bertugas pada minggu lepas memberikan laporan. - Terdapat juga pengumuman pemenang keceriaan kelas untuk minggu lepas dan pemenang keceriaan keseluruhan untuk bulan Mei. • Membantu guru kelas gabungan pendidikan Moral tahun 3 pada waktu ketiga (8.30-9.00 pagi). - Murid melakukan aktiviti carian kata yang dibekalkan oleh guru. • Kemudian memantau kelas tahun 2 Zamrud pada waktu keenam (9.50-10.20 pagi). • Kami membantu guru memantau kelas tahun 1 Delima pada waktu ke-10 (11.50-12.20 tengah hari) - Murid dibenarkan untuk menonton Smart TV mengikut ketetapan yang telah diberikan oleh guru. • Kami juga membantu guru kelas gabungan pendidikan moral tahun 4 dimana murid-murid dibekalkan dengan lembaran kerja carian kata. • Tamat sesi PBS pada pukul 1.40 petang. 7. 19/06/2023 ISNIN • Menandatangani borang kehadiran di pejabat sebagai bukti menghadirkan diri bagi menjalankan PBS 1 serta mengambil maklum kelas yang perlu kami masuk pada hari ini. • Saya dan rakan PBS mengadakan temu bual bersama guru besar SKTMR 2 iaitu Pn. Rasyidah binti Abd Rahman. - Kami memberikan senarai soalan temu bual terlebih dahulu. - Kami bertanya tentang pengalaman beliau sepanjang beliau berkhidmat sebagai Guru Besar. - Kami juga bertanya serba sedikit soalan berkaitan program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) kepada beliau. - Temu bual mengambil masa selama 14 minit.


• Kami membantu guru memantau kelas tahun 2 Berlian pada waktu ketujuh dan kelapan (10.20-11.20 pagi) - Murid menjalankan aktiviti ringkas iaitu lembaran kerja mencari objek tersembunyi dan juga mewarna. • Kami berbincang dengan En. Helmi dan juga Pn. Arnizam untuk menentukan masa temu bual pada hari Selasa. • Kami juga meneliti dan menyemak kertas kerja dan laporan program di bawah unit kurikulum untuk mendapatkan maklumat tambahan. • Tamat sesi PBS pada pukul 1.40 petang. 8. 20/06/2023 SELASA • Menandatangani borang kehadiran di pejabat sebagai bukti menghadirkan diri bagi menjalankan PBS 1 serta mengambil maklum kelas yang perlu kami masuk pada hari ini. • Saya kemudiannya membantu guru mengumpulkan murid yang akan menerima anugerah kecemerlangan. • Saya melihat guru-guru mengendalikan acara penyampaian hadiah untuk majlis anugerah kecemerlangan. • Saya membuat pemerhatian terhadap program 1 Murid 1 Sukan yang sedang berjalan. - Terdapat murid yang membuat latihan untuk sukan MSSZ. - Terdapat juga murid yang membuat aktiviti 1M1S seperti biasa. • Kemudian, saya membantu guru memantau kelas 6 Delima pada waktu ketiga (8.30-9.00 pagi). - Murid-murid melakukan kerja sekolah yang masih belum diselesaikan. • Kami mengadakan sesi temu bual bersama En. Helmi bin Ali, GPK Hal Ehwal Murid pada pukul 9.30 pagi yang mengambil masa sekitar 10 minit. • Saya membantu guru menjaga kelas tahun 3 Delima pada waktu ketujuh dan kelapan (10.20 -11.20 pagi). - Murid-murid dibekalkan dengan lembaran kerja carian kata. • Kami meneliti kertas kerja dan juga laporan program di bawah unit HEM sambil membuat perbandingan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. - Program Rancangan Makanan Tambahan - Bantuan Awal Persekolahan


• Kami menjalankan temu bual bersama Pn. Arnizam binti Abd Rahman sekitar pukul 12.30 tengah hari bersama dengan Cikgu Liyana. 9. 21/06/2023 RABU • Menandatangani borang kehadiran di pejabat sebagai bukti menghadirkan diri bagi menjalankan PBS 1 serta mengambil maklum kelas yang perlu kami masuk pada hari ini. • Saya membantu guru memantau kelas 3 Delima pada waktu pertama (7.30-8.00 pagi). - Murid dibenarkan untuk melakukan aktiviti sendiri mengikut ketetapan yang diberikan oleh guru. • Saya melihat aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada waktu kedua persekolahan. • Saya membantu guru memantau kelas 3 Delima pada waktu kelapan (10.50-11.20 pagi). - Murid diberikan aktiviti ringkas. - Murid diminta untuk menghasilkan perkataan baru daripada perkataan utama iaitu ‘Pengetahuan’. - Murid boleh menyenaraikan sebanyak mana perkataan yang mereka boleh hasilkan menggunakan perkataan utama tersebut. • Pada waktu kesembilan pula (11.20-11.50 pagi), saya membantu guru mengendalikan kelas 2 Delima dan melakukan aktiviti yang sama seperti kelas 3 Delima. • Menemu bual guru j-QAF iaitu Pn. Nor Laile binti Mohamad pada pukul 12.00 tengah hari selama lebih kurang 15 minit. • Membantu guru memantau kelas 4 Kristal pada waktu ke-12 (12.50-1.20 tengah hari). • Kami meneliti kertas kerja dan laporan di bawah unit kokurikulum sambil membuat perbandingan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 10 22/06/2023 KHAMIS • Menandatangani borang kehadiran di pejabat sebagai bukti menghadirkan diri bagi menjalankan PBS 1 serta mengambil maklum kelas yang perlu kami masuk pada hari ini. • Menghadiri perhimpunan pagi dan juga melihat persembahan nyanyian Bahasa Arab yang dinyanikan oleh murid tahun 2


- Merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan di bawah program j-QAF. • Membantu guru ganti mengendali kelas 1 Kristal dengan melakukan aktiviti mewarna pada waktu pertama (7.30-8.00 pagi). • Kemudian, mengikuti guru ganti kelas 4B pada waktu kedua (8.00- 8.30 pagi) - Murid diberikan aktiviti ringkas. - Murid diminta untuk menghasilkan perkataan baru daripada perkataan utama iaitu ‘Pengetahuan’. - Murid boleh menyenaraikan sebanyak mana perkataan yang mereka boleh hasilkan menggunakan perkataan utama tersebut. • Pada waktu ke-6 dan ke-7 (9.50-10.50 pagi), saya membantu guru memantau kelas 3 Delima. - Murid dibenarkan untuk melakukan aktiviti sendiri dengan ketetapan yang diberikan oleh guru pada 30 minit pertama. - Pada 30 min kedua, murid diberikan aktiviti ringkas. - Murid perlu menyambung perkataan baharu menggunakan huruf terakhir daripada perkataan yang telah disebut oleh murid-murid lain. • Pada waktu ke-10, kami membantu guru memantau kelas 1 Kristal (11.50-12.20 tengah hari) - Murid menonton Smart TV bersama-sama. • Kami mengambil gambar bilik-bilik khas dan mengambil maklum balas daripada pentadbir. • Tamat sesi PBS selama 2 minggu.


4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA 4.1 Pemerhatian a) Suasana Sekolah Nama Sekolah Bahagian Luar Sekolah Bangunan Sekolah Laluan utama bahagian luar sekolah Kolam Ikan Projek Tanaman Hidroponik


b) Bilik Khas Sekolah Pejabat Bilik Guru Bilik Kaunseling Makmal Komputer Bilik Mesyuarat Bilik Operasi Pentaksiran Bilik Pemulihan Bilik Kesihatan


Makmal Sains Bilik Seni Visual Bilik SPBT Bilik Menyunting Bilik Tayangan Bilik Tayangan


c) Kemudahan dan Infrastruktur Sekolah Padang Dataran Terbuka Perpustakaan Surau Tempat Rehat Murid Laluan Berbumbung Laluan Berbumbung Bahagian Luar Kantin Sekolah


d) Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Kelas 4 Berlian subjek Sejarah Kelas Pemulihan Kelas Pendidikan Moral Tahun 3 Kelas Tahun 1 Berlian Kelas Pendidikan Islam Tahun 4 Kelas Bahasa Melayu Tahun 4 Berlian Kelas Tahun 1 Zamrud


e) Susunan dan Kemudahan Bilik Darjah Papan putih ‘tempered glass’ Meja guru Buku kawalan kelas dan buku salah Meja murid-murid laku Sudut Nilam Smart TV Papan Kenyataan Papan Kenyataan


Sudut Koku dan Hasil Kerja Murid Sudut Akademik


4.2 Senarai Semak SENARAI SEMAK BAGI PENGUMPULAN DATA DI SK TAMAN MUTIARA RINI 2, SKUDAI JOHOR. SENARAI SEMAK KEMUDAHAN KELAS Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Papan Kenyataan / • Visi dan Misi Sekolah / • Peraturan Kelas / • Jadual Bertugas / 2. Keceriaan Kelas / 3. Kelengkapan Kemudahan / • Kerusi dan Meja / • Tong Sampah / • Lampu dan Kipas / • LCD Projektor / • Jam Dinding dan Papan Putih / • Meja Guru / • Tingkap dan Langsir / • Smart TV / SENARAI SEMAK DISIPLIN MURID Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Berpakaian kemas / 2. Menghormati guru / 3. Mendengar arahan guru / 4. Tidak mengganggu murid lain / 5. Menepati masa / SENARAI SEMAK NILAI / PERWATAKAN GURU-GURU SEMASA PROSES PdPR Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Menepati masa / 2. Berketerampilan kemas / 3. Berintegriti / 4. Berinteraksi dengan sopan / 5. Mengamalkan budaya ilmu / SENARAI SEMAK BILIK-BILIK KHAS Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Pejabat / 2. Bilik Guru / 3. Bilik Operasi Peperiksaan / 4. Bilik Kesihatan / 5. Bilik Kaunseling / 6. Makmal Komputer /


7. Bilik Pemulihan / 8. Bilik Darjah / 9. Bilik SPBT / 10. Bilik Pengurusan Sukan / 11. Bilik j -QAF / 12. Bilik Seni Visual / 13. Bilik Menyunting / 14. Bilik Tayangan / 15. Bilik Mesyuarat /


6.0 ILMU/PENGETAHUAN BARU Bagi menjalani PBS di sekolah ini, terdapat beberapa kaedah telah saya gunakan untuk mengumpul data dan maklumat yang efektif. Antara kaedah yang telah saya gunakan adalah pemerhatian, senarai semak dan juga temu bual. Kesemua kaedah ini bukan sahaja membantu saya mengumpul data dan maklumat yang diperlukan, namun juga membantu saya mendapatkan ilmu pengetahuan baharu sepanjang saya menjalani PBS Fasa 1 ini. 6.1 Pemerhatian Melalui pemerhatian yang telah dijalankan sepanjang menjalani PBS Fasa 1 ini, saya mengenalpasti suasana dan budaya sekolah tersebut. Sekolah tersebut mempunyai jumlah murid yang sangat ramai dan bilangan guru yang agak sedikit. Namun, para guru sekolah tersebut mampu mengawal dan mengendali jumlah murid yang besar itu dengan sangat mudah. Bukan itu sahaja, murid-murid sekolah tersebut juga telah dipupuk dengan sikap hormat-menghormati yang tinggi dalam diri mereka. Hal ini demikian kerana, murid-murid di sekolah tersebut memberikan salam dan tunduk hormat sambil meletakkan tangan kanan mereka di dada bahagian kanan setiap kali mereka bertembung dengan guru mereka. Ini menunjukkan murid-murid SKTMR 2 sangat menghormati para guru di sekolah itu. Mereka juga memberikan salam dan membaca doa belajar sebelum memulakan kelas mereka. Selesai kelas, mereka mengucapkan ‘Terima Kasih Cikgu!’ dengan penuh bersemangat. Terdapat juga sesetengah kelas yang memuji guru mereka sewaktu mereka mengucapkan terima kasih. Di samping itu, sangat sukar untuk melihat sebarang sampah sarap di kawasan sekolah. Ketiadaan tong sampah di kawasan umum sekolah menjadikan murid-murid lebih peka untuk menjaga kebersihan sekolah mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid SKTMR 2 telah dididik dan dipupuk dengan sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab yang tinggi dalam diri mereka. Selain itu, saya juga mendapati bahawa walaupun sekolah ini tidak sebesar sekolah lain namun ia mempunyai pelbagai jenis bilik-bilik khas yang disediakan untuk kemudahan murid-murid di sekolah tersebut. Antara contoh bilik khas yang boleh diketengahkan ialah bilik pengurusan sukan, bilik kesihatan, makmal komputer dan juga bilik tayangan. Setiap bilik khas tersebut dilengkapi dengan kemudahan yang digunakan untuk memudahkan murid-murid belajar dengan lebih berkesan. Selain daripada bilik khas, terdapat juga sudut-sudut informasi yang menarik. Contohnya, sudut informasi berkaitan program yang telah dijalankan, sudut mengikut mata pelajaran dan pelbagai jenis sudut informasi lagi. Sudut informasi ini bukan sahaja menarik minat murid, namun juga menonjolkan keupayaan bakat murid-murid secara umum. Sudut-sudut informasi seperti ini mampu menjadi pembakar semangat untuk memupuk minat dan juga mencungkil bakat terpendam dalam diri murid-murid. Melalui


pemerhatian yang telah dilakukan, saya telah memperoleh banyak ilmu dan pengetahuan baru yang boleh diaplikasikan seandainya saya menjadi guru suatu hari nanti.


6.2 Senarai Semak Bukan sahaja daripada pemerhatian, saya juga memperoleh ilmu dan pengetahuan baru melalui senarai semak. Saya telah melakukan senarai semak terhadap kemudahan kelas, disiplin murid, nilai dan perwatakan guru-guru semasa proses PdPR dan juga bilik-bilik khas. Senarai semak yang pertama, didapati bahawa bilik darjah di sekolah ini mempunyai kemudahan yang mencukupi dan mampu berfungsi dengan baik. Kesemua bilik darjah mempunyai kemudahan asas seperti papan putih, kipas, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Setiap kelas juga mempunyai sudut nilam di sudut belakang kelas serta dilengkapi dengan buku-buku daripada pelbagai genre untuk memupuk minat membaca dalam diri murid-murid. Bukan itu sahaja, papan putih di setiap kelas juga diganti dengan ‘tempered glass’ untuk memberi imej baharu kelas. Kelas darjah 1 pula diperuntukkan dengan Smart TV untuk meningkatkan lagi sesi interaktif antara guru dengan murid-murid. Setiap kelas juga mempunyai 2 atau 3 kipas berdiri di bahagian hadapan dan belakang kelas untuk memastikan murid-murid selesa menuntut ilmu di dalam kelas. Ini menunjukkan setiap kelas berada dalam keadaan yang kondusif dan selesa untuk memudahkan murid-murid belajar di dalam kelas. Di samping itu, murid-murid di sekolah tersebut juga amat berdisiplin. Hal ini demikian kerana, murid-murid di sekolah tersebut mendengar setiap arahan yang diberikan oleh guru mereka dan mereka juga menepati masa mereka untuk hadir ke kelas gabungan di bilik khas tertentu. Bukan itu sahaja, mereka memberi salam dan menunduk hormat sambil meletakkan tangan pada dada sebelah kanan mereka setiap kali mereka bertembung dengan guru mereka di luar kelas. Tidak dilupakan juga murid-murid sekolah tersebut sentiasa beratur sebelum pergi ke mana-mana sahaja seperti beratur di luar kelas sebelum bergerak ke kantin, bilik-bilik khas dan balik. Ini menunjukkan mereka mempunyai disiplin yang tinggi walaupun semasa ketiadaan guru. Guru-guru sekolah tersebut memainkan peranan yang sangat baik dalam memastikan disiplin murid mereka sentiasa terjaga walaupun bersama pelawat. Selain daripada itu, guru-guru di sekolah tersebut juga mengamalkan nilai dan perwatakan yang baik sepanjang mereka berkhidmat. Saya mendapati bahawa guru-guru sentiasa menepati masa seperti waktu tiba ke sekolah, bergerak 5 minit awal sebelum kelas mereka bermula dan mereka juga memastikan setiap program yang dijalankan mampu dimulakan dan dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan. Guru-guru juga berpakaian kemas bagi menonjolkan imej yang baik kepada murid-murid mereka. Bukan itu sahaja, tatkala kami berinteraksi dengan guru-guru di sekolah tersebut, kami dilayan dengan sangat baik dan mereka tidak menggunakan bahasa yang boleh mengguris hati kami.


Akhir sekali, saya juga telah mengumpul maklumat tentang bilik-bilik khas serta kemudahan yang ada di sekolah ini menerusi senarai semak yang telah dibuat. Kesimpulannya, sekolah ini mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap, mampu berfungsi dengan baik dan memudahkan penggunaan murid-murid dan guru di sekolah.


6.3 Temu Bual Terdapat juga ilmu pengetahuan baru yang saya perolehi melalui temu bual yang dijalankan terhadap guru pentadbir dan juga guru j-Qaf sekolah tersebut. Temu bual yang ingin saya perincikan adalah temu bual bersama GPK Hal Ehwal Murid iaitu En. Helmi bin Ali. Dalam temu bual yang telah dijalankan, terdapat beberapa soalan yang telah diketengahkan berkaitan bantuan pendidikan di sekolah. En. Helmi memberikan kerjasama yang padu sepanjang kami menemu bual dan beliau mampu menjawab setiap soalan yang diberikan dengan sangat professional. Temu Bual bersama GPK Hal Ehwal Murid Nama : Encik Helmi bin Ali Jawatan : GPK Hal Ehwal Murid Tarikh : 20 Jun 2023 Masa : 9:35 – 9:50 pagi Senarai soalan yang dikemukakan: Apakah bantuan yang telah diperuntukkan untuk membantu murid-murid yang memerlukan? Antara bantuan yang diperuntukkan untuk membantu murid yang memerlukan adalah yang pertama Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diberikan kepada 44 orang yang terpilih termasuk juga menerima Susu 1 Malaysia, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk 34 orang murid yang terpilih akan menerima RM100 dan Elaun Murid Khas menerima bantuan sebanyak RM1800 yang diberikan mengikut fasa. Apakah yang dimaksudkan dengan bantuan awal persekolahan 1 Malaysia? Bantuan Awal Persekolahan merupakan bantuan yang dimulakan pada tahun 2012 dan kemudiannya diteruskan lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini. Tetapi Bantuan Awal Persekolahan ini kini diperuntukkan untuk semua murid tanpa mengira status latar belakang keluarga mereka. Jadi, kesemua murid mendapat Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100.


Bagaimanakah encik memastikan murid mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan ini? Semua ibu bapa akan diberikan surat edaran dan surat akuan berkaitan Bantuan Awal Persekolahan dan mereka perlu mengesahkan penerimaan atau penolakan Bantuan Awal Persekolahan. Pada hari pengagihan bantuan tersebut, ibu bapa perlu membawa MyKid dan salinan MyKid anak serta kad pengenalan ibu bapa berserta dengan surat akuan yang telah diisi. Apakah harapan encik sepanjang encik berkhidmat di sekolah ini? Saya berharap saya dapat memastikan semua murid mendapat hak dalam peruntukkan bantuan dan tiada murid berkeperluan yang tercicir


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Pergerakan murid-murid ke kantin 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: - Guru mengarahkan murid-murid untuk beratur di luar kelas sebelum bergerak ke kantin. - Murid-murid mengikut arahan untuk beratur sebelum ke kantin. 2.2 Kelemahan: - Terdapat sesetengah murid yang berlari ke kantin. - Terdapat juga murid yang cedera kerana terlalu ramai yang berlari ke kantin. - Murid berebut makanan dan makan di luar kawasan kantin sambil berlari. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Guru perlu memantau dan mengawal tingkah laku murid pada waktu rehat supaya sebarang kecederaan dapat dielakkan.


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Pengendalian sesi PdP di sekolah 2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: - Guru mampu menyampaikan isi pelajaran kepada murid menggunakan medium yang pelbagai seperti Smart TV. - Guru menggunakan suara yang lantang dan penerangan yang jelas semasa melakukan aktiviti di dalam kelas. - Murid-murid gemar aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. 2.2 Kelemahan: - Terdapat murid yang tidak aktif dan susah memberikan tumpuan di dalam kelas. - Terdapat sesetengah murid yang tidak berani untuk meminta pertolongan guru ketika menghadapi masalah dalam melaksanakan aktiviti di dalam kelas. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Guru perlu memastikan murid sentiasa fokus dan memberikan tumpuan dengan menggunakan kaedah pengajaran yang lebih menarik seperti nyanyian lagu atau sesi interaktif yang melibatkan semua pelajar. - Guru boleh bertanyakan soalan untuk mengenalpasti murid yang memerlukan pertolongan ketika aktiviti dijalankan di dalam kelas.


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Temu bual dan perbincangan dengan pihak guru 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan 2.1 Kekuatan: - Meningkatkan kemahiran komunikasi guru pelatih dengan guru-guru SK Taman Mutiara Rini 2 - Dapat mengumpul maklumat dan data melalui sesi temu bual dan perbincangan yang dijalankan. 2.2 Kelemahan: - Terdapat soalan yang tidak dapat dijawab dengan jelas dan terperinci. - Terdapat soalan yang berulang. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Perlu memperbaiki senarai soalan temu bual dengan lebih terperinci untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan lebih spesifik.


8.0 LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 merupakan program yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada guru pelatih untuk memahami budaya sekolah dan memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Setiap guru pelatih di bawah program ‘Program Ijazah Sarjanah Muda Perguruan’ wajib menyertai PBS di sekolah selama 2 minggu mengikut fasa yang telah ditetapkan. Bagi melaksanakan PBS 1, saya telah memilih SK Taman Mutiara Rini 2 yang terletak di Mutiara Rini, Skudai Johor. Sebelum menjalankan PBS 1, semua guru pelatih diberikan taklimat yang ringkas dan padat serta dibekalkan juga borang-borang untuk memastikan semua guru pelatih bersedia serta mampu merancang perkara yang perlu dijalankan sepanjang PBS 1. Bukan itu sahaja, sepanjang taklimat tersebut berjalan, pensyarah juga menerangkan secara terperinci kaedah untuk menyempurnakan portfolio ini. Kami juga diingatkan untuk menjaga nama baik IPGKBM ketika menjalankan PBS 1 ini dengan menjaga tingkah laku, perwatakan dan juga bahasa semasa berkomunikasi dengan warga sekolah. Selain daripada menyertai taklimat, saya juga menyediakan diri dengan mencetak borang-borang yang akan diperlukan semasa melapor diri seperti borang kehadiran, laporan perkembangan pelajar, surat pengenalan diri dan surat pelaksanaan PBS. Ini bagi memastikan pihak sekolah tahu tujuan kehadiran saya ke sekolah tersebut. Pada hari pertama, saya dan rakan PBS melapor diri kepada Guru Besar dan GPK Kurikulum di pejabat sekolah. Kami menyerahkan borang-borang yang telah disediakan dan memperkenalkan diri kami secara ringkas serta menjawab sebarang soalan berkaitan tujuan kami menghadirkan diri ke sekolah tersebut. GPK Kurikulum dan juga Guru Besar menyambut kami dengan penuh kemesraan dan menugaskan guru pembimbing bagi membantu urusan kami sepanjang kami berada di sekolah. Kami juga memperkenalkan diri kami kepada guruguru dan murid-murid sekolah tersebut supaya tidak berlaku sebarang salah faham antara warga sekolah. Saya juga mengumpul data dan maklumat sebanyak yang mungkin bagi menyempurnakan kehendak tugasan Pentaksiran Berterusan PBS 1 ini. Terdapat juga beberapa orang guru yang telah ditemu bual bagi mendapatkan lebih banyak maklumat serta informasi yang lebih mendalam terutama pada bahagian pengurusan dan pentadbiran. Saya juga meminta izin untuk melihat laporan dan juga kertas kerja berkaitan program yang telah dilaksanakan di sekolah tersebut mengikut unit iaitu unit kurikulum, hal ehwal murid dan juga kokurikulum. Saya mendapati kesemua program yang dijalankan di sekolah ini menepati Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dikehendaki tugasan Pentaksiran Berterusan PBS 1 ini. Saya akan memperincikan lagi program di bawah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan di sekolah ini.


Antara program kurikulum yang dijalankan di sekolah tersebut adalah Highly Immersive Programme (HIP). Program HIP ini baru sahaja dilancarkan semasa mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17 sesi 2023/2024 yang dilaksanakan pada 11 Jun 2023. Dua orang murid dan seorang guru pembimbing telah terpilih untuk menjadi pengacara majlis bagi mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17 sesi 2023/2024 dimana mereka mengendalikan majlis dengan penggunaan dwi-bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ini menjadi lonjakan pertama untuk memulakan program HIP di sekolah tersebut. Melalui temu bual yang dilakukan, guru penasihat HIP berhasrat untuk meluaskan lagi pelaksanaan program HIP ini dengan menganjurkan ‘mini showcase’ bersama sekolah terdekat serta ‘outreach programme’ bersama ibu bapa dan warga sekolah pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, beliau juga merancang untuk meningkatkan lagi penglibatan murid iaitu sebanyak 80% serta memperbanyakkan lagi sudut-sudut bahasa Inggeris di sekolah supaya murid mendapat pendedahan yang lebih berkesan. Program yang berada di bawah pengendalian unit Hal Ehwal Murid pula adalah seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan juga Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Kedua-dua program ini merupakan program yang dijalankan semasa saya melaksanakan PBS 1 di sekolah tersebut. Melalui temu bual yang dijalankan bersama En. Helmi bin Ali, beliau menyatakan bahawa seramai 44 orang murid menerima bantuan RMT setiap hari. Murid-murid yang menerima RMT juga akan menerima bantuan Susu 1 Malaysia. Murid boleh mengambil makanan RMT di kantin, manakala untuk bantuan Susu 1 Malaysia pula boleh diambil di bilik kesihatan. Bukan itu sahaja, pada 21 Jun 2023 pula telah dijalankan program bantuan KWAPM. Program bantuan KWAPM ini bertujuan untuk membantu pelajar miskin di sekolah tersebut dan mereka menerima RM100 setiap seorang. Jumlah murid yang menerima bantuan KWAPM ini adalah seramai 34 orang yang telah ditelitikan latar belakang keluarga mereka. Program bantuan KWAPM telah dikendalikan oleh guru-guru yang bertugas dan diadakan di Dewan Seri Mutiara SK Taman Mutiara Rini 2. Selain daripada itu, antara program kokurikulum yang dijalankan di sekolah pula adalah 1 Murid 1 Sukan dan juga aktiviti Kokurikulum pada setiap hari Selasa dan Rabu setiap minggu. Saya mendapati bahawa kedua-dua program tersebut hanya dijalankan oleh murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 sahaja, manakala murid tahap 1 perlu menjalankan sesi PdP seperti biasa. Murid-murid tahap 2 dipecahkan mengikut sukan dan permainan masing-masing dan menjalankan aktiviti sukan di dalam kumpulan sukan dan permainan yang sama. Aktiviti sukan dan permainan dijalankan di dewan terbuka dan juga padang mengikut kesesuaian keperluan aktiviti sukan dan permainan mereka. Pemilihan wakil bagi sukan bola tampar dan bola baling juga dijalankan semasa program 1 Murid 1 Sukan untuk mewakili sekolah peringkat Majlis Sukan Sekolah Zon (MSSZ). Aktiviti kokurikulum pula


dijalankan setiap hari Rabu pada waktu pertama dan kedua persekolahan. Sama seperti 1 Murid 1 Sukan, hanya murid tahap 2 dan mereka dipecahkan mengikut badan beruniform masing-masing. Pada minggu pertama PBS, saya mendapati unit badan beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) sedang menjalankan sesi raptai untuk perhimpunan bulan Kokurikulum minggu hadapan. Manakala, unit beruniform yang lain pula menjalankan aktiviti kokurikulum mereka dengan penuh semangat. Pada minggu kedua iaitu pada hari Ahad, perhimpunan bulanan kokurikulum yang diketuai oleh unit beruniform TKRS dilaksanakan dengan sangat sistematik dan lancar. Semua murid tahap 2 memperagakan baju uniform badan beruniform masing-masing dengan kemas dan rapi. Guru bertugas pada minggu lepas juga menyampaikan laporan dan hadiah pemenang keceriaan kelas minggu lepas dan keseluruhan bulan Mei. Program komuniti yang dijalankan di sekolah ini pula adalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). PIBG juga merupakan salah satu program komuniti yang terdapat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pada 11 Jun 2023, pihak sekolah telah menjalankan mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17 sesi 2023/2024 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tersebut dimulakan setelah tamat sesi persekolahan iaitu pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang yang bertempat di Dewan Seri Mutiara SK Taman Mutiara Rini 2. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan Guru Besar SKTMR2, Yang Dipertua PIBG SKTMR2 dan seterusnya majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah bin Yusof yang merupakan Kaunselor Berdaftar dari Lembaga Kaunselor Malaysia. Acara Pelancaran Akronim Nama Sekolah, pelancaran program ‘Highly Immersive Programme (HIP)’ dan juga pelancaran Tabung Surau Raudhatul Jannah juga dijalankan untuk diraikan bersama oleh ibu bapa dan seluruh warga sekolah. Terdapat juga acara cabutan bertuah yang diadakan sebanyak dua sesi sebagai selingan untuk menaikkan semula semangat ibu bapa yang menghadiri mesyuarat Agung Tahunan PIBG tersebut. Saya juga mendapati beberapa agenda mesyuarat yang dilaksanakan, antaranya adalah Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 sesi 2023/2024, Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 2022/2023, Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2022/2023 dan juga Pembentangan Usul. Bukan itu sahaja, pembubaran Barisan AJK PIBG 2022/2023 dan pengumuman barisan AJK baharu Sesi 2023/2024 juga dijalankan. Saya mendapati kesemua guru dan juga ibu bapa yang terlibat sangat komited dan menghadiri mesyuarat Agung Tahunan PIBG tersebut sehingga ke hujung program. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa dan juga guru-guru SKTMR 2 mempunyai hubungan yang teguh dan utuh antara satu sama lain.


Bagi mengakhiri laporan saya, saya mendapati bahawa kesemua program yang dijalankan di sekolah tersebut telah mengikuti Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kesemua pentadbir dan juga guru-guru sekolah tersebut telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan komited. DI samping itu, dapat dilihat bahawa guru-guru sentiasa berusaha untuk memastikan kemenjadian murid berada pada tahap yang memuaskan malah lebih berkualiti daripada sebelum ini. Melalui program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah, saya pasti penghasilan kualiti anak bangsa yang lebih baik dapat dilahirkan supaya mereka semua mampu mengharungi dunia yang lebih mencabar ini. Sepanjang saya menjalankan PBS 1 ini, saya telah memperoleh pelbagai kemahiran dan pengetahuan baharu yang boleh diaplikasikan pada PBS Fasa 2 dan juga Praktikum kelak. Pengalaman berharga selama 2 minggu ini telah banyak membantu saya memahami budaya serta pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan itu sahaja, saya juga dapat membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru, kakitangan sekolah serta ibu bapa dengan lebih baik. Akhir sekali, melalui PBS 1 ini saya juga mendapat gambaran dan sikap yang positif terhadap profesion perguruan. Berbekalkan sokongan dan kerjasama yang membina daripada seluruh warga sekolah, perkara ini telah menaikkan semangat saya untuk meneruskan pengajian di dalam dunia pendidikan ini dan berusaha untuk menjadi guru yang sentiasa berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.


9.0 LAMPIRAN 9.1 MAKLUMAT SEKOLAH LAMPIRAN 2-14 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SK Taman Mutiara Rini 2 Jalan Persiaran Bakti 1, Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor. 2 No. Telefon Sekolah 07-5593523 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Bandar 5 Nama Pengurus Sekolah Pn. Rasyidah binti Abd Rahman 6 Nama PK Pentadbiran Pn. Hjh Arnizam binti Abd Rahman 7 Nama PK HEM En. Helmi bin Ali 8 Nama PK Kokurikulum Pn. Syahida binti Abd Sukor 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah B 11 Bilangan Guru Lelaki: 14 Orang Perempuan: 37 Orang 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah:50 Orang Bukan Siswazah: 1 Orang 13 Bilangan Kelas 24 Kelas 14 Purata Saiz Kelas 34 orang 15 Jumlah Murid 809 orang murid Melayu Cina India Lainlain Lelaki 412 0 26 Perempuan 341 0 29 3 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini Sekolah ini mempunyai taman dan juga hiasan dalaman yang cantik serta logo TS25 juga boleh dilihat merata kawasan sekolah.


Visi dan Misi Sekolah


Senarai Nama Staf (Akademik dan Sokongan) Pelan Sekolah dan Bilik Darjah


Peraturan-peraturan Sekolah


9.2 MAKLUMAT UNIT KURIKULUM Carta Organisasi Unit Kurikulum Majlis Kurikulum Sekolah 2023


Ahli Jawatankuasa Unit Kurikulum


Click to View FlipBook Version