PENGENALAN SURAH AD-DHUHA
•Diturunkan di Mekah
•Mengandungi 11 ayat
•Dinamakan surah ad-dhuha kerana allah telah
bersumpah dengan waktu dhuha di permulaan
ayat.
SEBAB TURUNNYA SURAH AD-DHUA
•Merupakan satu penafian allah terhadap tuduhan
orang kafir , mereka telah mengatakan bahawa
allah telah membenci dan mengabaikan
rasulullah kerana telah lama tidak menurunkan
wahyu kepada rasulullah.
INTISARI SURAH AD-DHUHA
• Allah tidak pernah mengabaikan Rasululllah s.A.W
• Rasulullah akan diberikan kegembiraan yang besar di akhirat kelak
berbanding di dunia
• Menggambarkan nikmat yang diterima oleh Rasulullah semenjak kecil
seperti perlindungan dan petunjuk (Al-quran)
• Allah juga mengingatkan manusia supaya menyantuni anak yatim,
membantu orang miskin dan orang yang memerlukan bantuan
• Menyebut segala nikmat yang diberikan sebagai tanda syukur
PENGAJARAN SURAH
•Orang yang berusaha akan berjaya
•Kita hendaklah menjaga kebajikan anak
yatim dan membantu orang yang
memerlukan bantuan
•Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah