The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarasaid5499, 2021-05-26 05:19:40

E-Majalah ( Adab pelajar terhadap guru)

E-Majalah ( Adab pelajar terhadap guru)

"Biarlah ilmu sedikit asalkan adab mengunung"

PREPARED BY
NUR SARAH NADIAH (09DEV18F2004)

ANIS SOFIA (09DEV18F2003)
WAN AFRINA BATRISYIA (09DEV18F2010)

TERIMA KASIH BERKAH ILMU
GURU KERANA ADAB

PENTINGNYA
MENUNTUT ILMU

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

Guru adalah orang tua yang
kedua selepas ibu bapa ,iaitu

orang mendidik murid-
muridnya untuk menjadi lebih

baik sebagaimana yang
diredhai allah

'azza wa jalla.Sebagaimana
wajib hukumnya mematuhi
kedua orang tua dan mematuhi
perinta guru selamaJane Doe perintah
tersebut tidak bertentangan

dengan syariah islam

KERATAN
AKHBAR

PENGERTIAN
GURU

Guru adalah seorang tenaga
pendidik profesional yang mendidik,
mengajarkan suatu ilmu,
membimbing, melatih, memberikan
penilaian, serta melakukan evaluasi
kepada peserta didik.

Guru adalah seseorang yang telah
mengabdikan dirinya untuk
mengajarkan suatu ilmu, mendidik,
mengarahkan, dan melatih muridnya
agar memahami ilmu pengetahuan
yang diajarkannya tersebut.

ADAB

Adab (Bahasa Arab: ‫) أدب‬
dalam konteks perilaku,

perbuatan kebaikan,
kesantunan, moral, sopan

santun, kesusilaan,
kemanusiaan

ADAB TERHADAP
GURU

Seorang pelajar hendaklah
memandang gurunya dengan

kemuliaan dan meyakini
bahawa gurunya memiliki

darjat yang tinggi

GEJALA TIDAK
MENGHORMATI GURU

12

Jika guru menegur atau marah, maka hendaklah “AH qua lao shi,” kata seorang murid kepada
murid bersikap sabar. Hendaklah pelajar gurunya. Dalam bahasa Melayu, kata-kata

menganggap bahawa kemarahan guru adalah tersebut membawa erti “Cikgu Pondan.” Lalu
sebagai tanda kasih sayang guru terhadap murid perempuan sebuah sekolah menengah di
pelajarnya. Para guru sebenarnya ingin Skudai, Johor itu dirotan pada lengan dan betis.
Bukan hendak menyebelah sangat pada cikgu,
memperbaiki kelemahan pelajarnya. Dengan sikap
sedemikian, akan lahirlah rasa sayang para pelajar tetapi pada hemat saya murid perempuan
terhadap guru dan bermanfaatlah segala ilmunya tersebut tidak menghormati gurunya, biadab.
Sebenarnya insiden ini hanya sebahagian kecil
dalam urusan din, dunia dan akhirat. Hendaklah daripada sekian banyak contoh betapa murid-
pelajar duduk di hadapan gurunya dengan sopan, murid kita semakin hilang budi, hilang pekerti.
Inilah dilema yang dihadapi golongan pendidik
tenang, merendahkan diri dan hormat sambil sekarang. Selalu kita mendengar berita murid
mendengar dan memberi sepenuh perhatian mencalarkan kereta guru, murid melawan guru,

kepada gurunya. menumbuk guru. Malah, ada murid yang
membakar bilik guru.
Seorang pelajar juga haruslah
menghindarkan segala perbuatan yang 3
tidak sopan terhadap gurunya. Janganlah
pelajar berjumpa gurunya di kelas, rumah
atau tempat khusus sebelum mendapat izin

daripadanya. Sebaiknya penampilan
seorang pelajar menghadap gurunya
dalam keadaan sempurna, dengan badan
dan pakaian yang bersih, terutama jika dia
hendak ke majlis ilmu. Kerana majlis ilmu
adalah majlis zikir, pertemuan dan ibadah.

Nakal budak sekolah zaman dulu memang
meleset daripada zaman sekarang. Kenakalan
budak sekarang sampai boleh mengancam nyawa
guru. Kalau dulu, paling teruk apabila murid
ditangkap menghisap rokok atau telefon bimbit
dirampas, kereta guru dicalarkan, atau kena

conteng. Tetapi yang ini terlalu serius

MEMBERIKAN SALAM
KEPADA GURU

Mengembalikan persekitaran pembelajaran yang mesra dan
sentosa, budaya memberi salam kepada guru perlu dibaja
dalam diri setiap murid supaya dapat mewujudkan suasana

hormat- menghormati antara murid terhadap guru.alam
juga merupakan antara sunnah yang sering dilakukan oleh

baginda Rasulullah S.A.W untuk merapatkan hubungan
silaturahim.

JANGAN BANYAK
BERCAKAP

Ketika guru sedang mengajar di hadapan, kita sebagai
murid perlu mengelakkan bercakap-cakap dengan teman

di sebelah.
Hal ini demikian kerana sikap begitu akan menyebabkan

kita tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya
terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru yang

menyebabkan kita tidak dapat memahami perkara yang
diterangkan oleh guru.

Tambahan lagi, sikap bercakap ketika guru sedang
mengajar di hadapan adalah sangat tidak beradab

menurut Islam.

JANGAN BERCAKAP
JIKA TIDAK DITANYA

Ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung, murid seharusnya bercakap apabila

perlu sahaja dan jangan bercakap selagi tidak disoal
oleh guru.

Hal ini demikian kerana apabila seorang murid bercakap
ketika tidak ditanya ia seperti kita tidak beradab dengan

orang yang telah mencurahkan ilmu kepada kita
sebagaimana firman Allah S.W.T;

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada
Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
Ulul-Amri {orang-orang yang berkuasa} dari kalangan
kamu”
Surah An-Nisa’ ayat 59

JANGAN MENYANGKAL
KATA-KATA GURU

Adab yang perlu dititikberatkan oleh murid yang
seterusnya ialah jangan sesekali menyangkal kata-kata

guru.

Hal ini demikian kerana apabila kita sebagai murid
membantah setiap nasihat dan teguran guru yang telah
mencurahkan segala ilmunya, kita seolah-olah melawan

kata-kata ibu bapa kita sendiri.

Elakkan Berbisik
Di Hadapan Guru

Selain itu, jangan kita berbisik dengan orang di sebelah
ketika guru sedang menyampaikan ilmu.

Hal ini demikian kerana perlakuan berbisik itu sangat tidak
bagus dan dilarang di dalam Islam sebagaimana hadith
daripada Mas’ud r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W
bersabda;

“Jika kalian bertiga maka janganlah 2 orang berbicara atau
berbisik berduaan sementara yang ketiga tidak diajak sampai
kalian bercampur dengan manusia kerana hal ini akan membuat

orang yang ketiga tadi bersedih”.
Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

JANGAN BERBURUK
SANGKA KEPADA
GURU

Di samping itu, antara adab yang perlu diamalkan oleh seorang murid
terhadap guru ialah jangan pernah berburuk sangka kepada guru.

Hal ini demikian kerana sikap itu tidak perlu ada dalam diri seorang
murid kerana seorang murid tidak berhak menilai dan menghukum
setiap perlakuan gurunya.

Contohnya, jika seorang murid itu telah melihat gurunya melakukan
sesuatu perkara yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan
menyalahi agama) maka hanya guru itu yang tahu akan segala
perbuatannya.

BERDIRI APABILA
GURU BANGUN

Adab yang perlu dipraktikkan oleh murid yang
seterusnya ialah berdiri apabila guru bangun.

Hal ini demikian kerana kedudukan seorang guru itu
sangat tinggi di sisi Allah, maka bagi seorang murid
yang beradab kita patut berdiri ketika guru berjalan
ketika masuk dan keluar kelas kerana itu menandakan

yang kita amat menghormati guru.

Contoh lainnya, jika kita terpaksa berselisih dengan
guru untuk menggunakan laluan tertentu, sebagai murid

kita perlu dahulukan guru untuk menggunakan laluan
tersebut.

Islam memberikan keutamaan kepada ilmu dan akhlak serentak. Ilmu
merupakan satu wasilah yang boleh digunakan untuk kebaikan dan
keburukan.

Akhlak pula merupakan juru arah kepada ilmu. Dunia Barat
mengabaikan ikatan ilmu dengan akhlak dalam tempoh yang sangat
lama, selepas itu mereka menyedari akan kepentingannya lalu etika

profesion diperkenalkan.

Ulama Hadith telah menggariskan akhlak pelajar. Antara yang
terpenting ialah:

Ikhlas Kerana Allah
Dengan keikhlasan ilmu menjadi sebab yang diberi ganjaran. Ikhlas
juga membantu seseorang menjadi teliti dan tekun serta sabar dalam

mengharungi kesukaran. Seseorang itu tidak mendapat apa-apa
kerugian, malah untung di dunia dan akhirat.

Rasulullah s.a.w memberi amaran kepada penuntut ilmu kerana dunia
semata-mata. Sabdanya:

‫َﻣ ْﻦ َﺗ َﻌ ﱠﻠ َﻢ ِﻋ ْﻠ ًﻤ ﺎ ﻟِ َﻐ ْﻴ ِﺮ ِﱠﷲ أَ ْو أَ َر ا َد ﺑِ ِﻪ َﻏ ْﻴ َﺮ ﷲِﱠ َﻓ ْﻠ َﻴ َﺘ َﺒ ﱠﻮ أْ َﻣ ْﻘ َﻌ َﺪ ُه ِﻣ ْﻦ ا ﻟ ﱠﻨ ﺎ ِر‬

Sesiapa yang menuntut ilmu bukan kerana Allah atau mengehendaki
.dengannya selain Allah, maka sedialah tempatnya dari neraka

(Riwayat al-Tirmizi)

KESIMPULAN

Kesimpulannya ,pada hari ini
terdapat pelbagai isu berkaitan
adab dan akhlak murid yang kian
luntur.Sebagai masyarakat yang
melihat perkara ini kita perlulah
memainkan peranan penting untuk

memperbaiki isu ini dengan
memberi teguran dengan cara
betul.Sebagaimana yang diketahui
umum guru ibarat ibu bapa kita

kerana mereka mendidik
,membimbing dan mengajar kita

menjadi insan berguna.Disini
jelaslah kita sebagai murid haruslah
mendengar setiap arahan guru kita
sebagaimana yang telah diperintah

oleh allah s.w.t.


Click to View FlipBook Version