The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 1134 TUGASAN 2 HALANGAN KOMUNIKASI DAN ISU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amira Eleysha, 2023-03-25 08:03:38

BMMB 1134 TUGASAN 2 HALANGAN KOMUNIKASI DAN ISU

BMMB 1134 TUGASAN 2 HALANGAN KOMUNIKASI DAN ISU

DR NOOR HAYATI BINTI CHE MAT BMMB 1134 Disediakan oleh Amira Eleysha Binti Ahmad Roshidi PPS2-6


MAKLUM BALAS KOMUNIKASI SEHALA PENYAMPAIAN SALURAN KEDUA GANGGUAN SARAF PENERIMA GANGGUAN EMOSI GANGGUAN LUARAN DEFINISI KOMUNIKASI DEFINISI HALANGAN DEFINISI KETERAMPILAN BERBAHASA ISU BAHASA ISU BUDAYA ISU MEDIA SOSIAL


Dalam era globalisasi ini, perkembangan komunikasi amat penting dalam melengkapi segenap kehidupan manusia. Dengan adanya komunikasi yang berkesan, dunia informasi dapat disampaikan dan disebarkan ke serata pelusuk dunia. Sejak dilahirkan manusia mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengan persekitarannya. Pelbagai cara digunakan bagi memastikan proses komunikasi dapat dilakukan dengan berkesan. Namun terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan. komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat , pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat. Menurut Sillars ( 1988 ) DEFINISI KOMUNIKASI


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, keterampilan bermaksud kecekapan atau kemampuan tertinggi yang dimiliki oleh seseorang. Manakala bahasa merupakan alat yang digunakan untuk berkomunikasi sehari-hari, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan (Felicia, 2001). Keterampilan berbahasa pula merujuk kepada kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau perkara yang mengandungi makna tertentu untuk disampaikan kepada orang lain. halangan ialah aral, gangguan, rintangan dan tegahan dengan kata lain ai merupakan perkara yang menghalang sesuatu daripada berlaku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat DEFINISI HALANGAN DEFINISI KETERAMPILAN BERBAHASA Berdasarkan definisi-definisi ini, kita boleh simpulkan bahawa halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa ialah sesuatu perkara yang mengganggu seseorang dalam proses komunikasi sama ada dalam penerimaan mahupun pertukaran maklumat.


Maklum balas secara langsung merupakan proses komunikasi yang berlaku secara bersemuka. Di mana penyampai menyampaikan mesej atau maklumat secara langsung atau bersemuka kepada penerima Maklum balas boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu secara langsung (immediate), positif (positive), dan negatif (negative) Maklum balas merupakan tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penerima kepada penyampai. Maklum balas penting untuk memastikan maksud maklumat yang disampaikan oleh penyampai sama maksud dengan apa yang ditafsirkan oleh penerima. Maklum balas juga menjadi pengukur dalam sesuatu proses komunikasi itu. Tanpa maklum balas, kecekapan dan keberkesanan komunikasi tidak dapat dilaksanakan. MAKLUM BALAS Maklum balas boleh diberi terus oleh penerima kepada penyampai terhadap mesej yang disampaikan. Maklum balas tersebut boleh terjadi sama ada positif atau negatif. Maklum balas yang positif daripada penerima menunjukkan bahawa penyampai menyampaikan mesej dengan tepat, jelas, dan mudah difahami serta tidak berlaku sebarang gangguan semasa proses komunikasi itu berlaku. Maklum balas yang positif ini bermaksud penerima memahami mesej yang disampaikan. Manakala maklum balas yang negatif boleh berlaku sekiranya terdapat sebarang gangguan yang berlaku semasa proses komunikasi itu berjalan. Sekiranya penerima memberi maklum balas yang negatif, ianya bermaksud penerima tidak memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penyampai.


Komunikasi sehala merupakan komunikasi yang tidak memerlukan maklum balas penerima iaitu penyampai menyampaikan maklumat kepada penerima tanpa mengharapkan maklum balas daripadanya. Dalam komunikasi sehala, biasanya penyampai akan lebih banyak melibatkan diri dalam memberi huraian, penjelasan serta penerangan kepada penerima atau pendengar. Contoh komunikasi sehala ialah ceramah. Ceramah merupakan komunikasi berbentuk penerangan di mana penyampai menyampaikan maklumat yang agak banyak dalam tempoh tertentu antara satu hingga tiga jam. Seseorang penceramah perlu membuat persediaan seperti pembacaan dan memilih isi-isi penting untuk menyediakan hujah bagi sesuatu permasalahan dan kesimpulan. KOMUNIKASI SEHALA Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi sehala tidak digalakkan kerana komunikasi ini banyak memberikan kesan negatif kepada penerima iaitu murid. Contoh komunikasi sehala dalam bilik darjah ialah guru memberi arahan, murid-murid mendengar dan mengikut sahaja arahan guru. Berdasarkan contoh ini, komunikasi antara guru dan murid adalah secara sehala kerana murid cuma menerima arahan yang diberikan oleh guru tanpa bertanya soalan. Hal ini menunjukkan bahawa komunikasi antara murid-murid tidak menggalakkan dan aktiviti pembelajaran bersifat pasif. Komunikasi sehala bukan sahaja menghalang komunikasi yang berkesan malah membawa suasana sosia-emosi yang tegang menyebabkan muridmurid tidak berani memberi pendapat mereka.


PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA Saluran kedua ialah saluran yang bukan terus daripada penyampai dan memerlukan perantaraan untuk menyampaikan maklumat. Saluran boleh ditakrifkan sebagai satu alat atau perantara yang menyalurkan mesej daripada sumber kepada satu atau lebih penerima. Pemilihan saluran menentukan keberkesanan komunikasi. Halangan komunikasi menerusi saluran kedua, sesuatu maklumat yang disampaikan berkemungkinan boleh diputarbelitkan atau maklumat tersebut tidak sahih. Hal ini akan memberi kesan kepada kefahaman penerima maklumat. Selain itu, penyampaian menerusi saluran kedua ini juga dapat menyebabkan mesej atau maklumat tidak disampaikan dengan jelas. Perkara ini boleh menyebabkan penerima tersalah tafsir maklumat yang disampaikan. Kesefahaman dalam tafsiran sesuatu maklumat antara penyampai dan penerima adalah sangat penting kerana tanpa keselarian makna bermakna tidak berlakunya komunikasi. CONTOH PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA Surat khabar Media sosial Bahan bercetak Papan Notis E-mel Catatan blog


GANGGUAN KOMUNIKASI Gangguan dalam komunikasi ialah segala sejenis rintangan yang menghalang proses penyampaian maklumat. Gangguan berlaku apabila penerima tidak dapat menerima maklumat dengan jelas. Terdapat banyak sebab berlakunya gangguan yang menghalang seseorang untuk berkomunikasi secara berkesan. Antara gangguan dalam berkomunikasi ialah seperti berikut: GANGGUAN SARAF PENERIMA GANGGUAN EMOSI GANGGUAN LUARAN


GANGGUAN SARAF PENERIMA Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan menterjemahkannya. Gangguan saraf yang dihadapi oleh seseorang boleh mempengaruhi proses komunikasi. Gangguan saraf ini boleh menyebabkan maklumat yang disampaikan tidak jelas. Contoh gangguan saraf yang boleh memberikan kesan kepada berkomunikasi secara berkesan ialah gangguan saraf pendengaran. GANGGUAN SARAF PENDENGARAN Gangguan saraf pendengaran adalah istilah untuk semua keadaan atau penyakit yang menyebabkan gangguan dalam proses pendengaran. Telinga merupakan organ pendengaran yang memainkan peranan penting dalam menghantar dan menerima bunyi atau bunyi. Telinga terdiri daripada tiga bahagian iaitu luar, tengah dan dalam. Sekiranya terdapat gangguan pada bahagian telinga ini, akan berlaku gangguan dalam proses pendengaran. Akibatnya, seseorang tidak boleh mendengar suara dengan jelas atau tidak didengari sama sekali. Masalah pendengaran merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada halangan komunikasi dan ketidaksampaian maklumat. Keadaan ini boleh menyebabkan ketegangan pada individu yang mempunyai masalah pendengaran serta pada individu lain yang turut terlibat dalam proses komunikasi.


Emosi juga dlihat sebagai satu elemen yang sangat penting ke arah pembentukan komunikasi yang berkesan. Timbulnya gangguan emosi dalam komunikasi boleh menyebabkan proses komunikasi yang kurang berkesan. Dalam proses komunikasi, emosi boleh timbul begitu sahaja terutamanya berkaitan penghantaran maklumat, proses penyaluran maklumat dan penerimaan maklumat. GANGGUAN EMOSI Pengurusan emosi yang baik, penting dalam sesebuah komunikasi. Hal ini dikatakan kerana, kesukaran mengawal emosi ketika berkomunikasi seringkali menjadi punca berlakunya perselisihan faham antara satu sama lain. Sekiranya berlaku gangguan emosi, maka komunikasi yang berlaku mungkin menjadi tidak berkesan dan kurang difahami.


Bunyi bising boleh terjadi di setiap proses komunikasi misalnya pada peringkat penghantar, penerima, enkod, dekod, medium, dan maklum balas. Seperti contoh, mesej yang disampaikan tidak diterima dengan baik oleh pelajar apabila suara pensyarah tidak didengari dalam suasana kelas yang bising. Berdasarkan contoh ini, jelaslah bahawa persekitaran seperti yang terhasil daripada bunyi bising akan menyebabkan suara penyampai tidak dapat didengari. GANGGUAN LUARAN Gangguan luaran ialah gangguan yang didapati secara fizikal seperti bunyi yang terlalu bising akan menghalang penerima daripada mendengar dengan jelas. Gangguan luaran berlaku berpunca dari persekitaran dan keadaan sekeliling.


ISU BAHASA ISU BUDAYA ISU MEDIA SOSIAL


ISU BAHASA Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat yang berbilang etnik, kaum, budaya dan agama atau digelar sebagai negara multilingual. Disebabkan keunikan tersebut, Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa yang oleh golongan masyarakatnya mengikut etnik masing-masing. Apabila berkomunikasi, masyarakat tidak dapat mengelak daripada melakukan pertukaran kod Percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialekdialek lain. MENGAPA TERJADINYA PERCAMPURAN KOD ? APAKAH KESAN KEPADA MASYARAKAT ? Menurut Kantimathi (2007) percampuran kod berlaku apabila seseorang individu ingin menggantikan perkataan yang tidak tahu, memudahkan huraian dan penerangan, mengatasi masalah kekurangan leksikal dalam bahasa ibunda, mengekalkan prestij, memudahkan kefahaman, mengekalkan kebiasaan dan memudahkan sebutan. Grosjean (1982) menyatakan bahawa bilingualisme dan percampuran kod merupakan fenomena global dan boleh berlaku dalam setiap peringkat kehidupan. Walau bagaimanapun, percampuran kod boleh menyebabkan kekeliruan bahasa dan boleh menjejaskan pemerolehan bahasa seseorang individu, terutama pelajar kerana pelajar merupakan aset negara yang paling besar.


Pengaruh bahasa Inggeris yang mewarnai kehidupan harian generasi muda kian ketara apabila banyak penutur bahasa Melayu yang bahasa ibundanya bahasa Melayu enggan atau malu untuk berbahasa Melayu. Mereka seolah- olah berusaha untuk menjauhkan diri daripada bahasa Melayu, yakni bahasa ibunda mereka. Ada juga yang tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik tetapi berusaha untuk menggunakannya walaupun mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan bahasa Melayu. Bak kata pepatah, lebih sudu daripada kuah. ISU BUDAYA Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan bahasa Melayu sebagai medium bahasa utama di negara ini. Walaupun undangundang telah ada namun penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang utama seperti pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan komunikasi masih banyak tidak diendahkan dan kurang diutamakan berbanding penggunaan bahasa Inggeris Peningkatan dalam penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau ketiga meninggalkan kesan kepada sistem pendidikan negara. Satu daripada bidang kehidupan yang terkesan akibat fenomena ini ialah bahasa Globalisasi dianggap sebagai pembunuh bahasa ibunda. Dalam keghairahan mengejar teknologi maklumat penutur bahasa Melayu khususnya semakin menjarakkan diri daripada bahasa ibunda mereka. Hal ini demikian kerana hampir semua maklumat yang diperoleh daripada internet terdapat dalam bahasa Inggeris KESAN PENGARUH BAHASA INGGERIS KEPADA PENDIDIKAN NEGARA


PENGGUNAAN BAHASA SLANGA, BAHASA LUCAH ATAU KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS) DI MEDIA SOSIAL SEHINGGA MEMPENGARUHI CARA BERBAHASA DI ALAM REALITI, ADALAH ANTARA ISU YANG AMAT MEMBIMBANGKAN PADA MASA KINI ISU MEDIA SOSIAL Media sosial merupakan satu platform untuk berkomunikasi dan berinteraksi sesama manusia. Akan tetapi, media sosial juga boleh mendatangkan impak negatif kepada perkembangan bahasa sekiranya disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. BAHASA SLANGA Bahasa Slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa. Secara umumnya, slanga dapat dikatakan sebagai penggunaan bahasa yang dihasilkan sendiri oleh sekelompok kumpulan, komuniti atau pihak-pihak tertentu terutamanya golongan remaja dan maksud istilah yang digunakan oleh mereka adalah berubah mengikut situasi atau tempat yang bersesuaian.


ISU MEDIA SOSIAL BAHASA LUCAH Penggunaan bahasa lucah juga merupakan antara yang amat popular digunakan di media sosial. Bahasa lucah ini menjadi salah satu bahasa yang menyumbang kepada pencemaran terhadap bahasa Melayu. Bahkan, penggunaannya mampu membuat seseorang berasa malu untuk membaca setiap penulisan yang disiarkan sama ada di Facebook, blog dan sebagainya. SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) SMS merupakan singkatan bagi istilah dalam bahasa Inggeris iaitu Short Messaging System atau dalam bahasa Melayunya Sistem Pesanan Ringkas. SMS ini kerap digunakan oleh semua lapis umur masyarakat, baik yang muda atau pun tua. Hal ini demikian kerana lebih cepat dan lebih bersifat mesra pengguna. KESAN PENYALAHGUNAAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL KEPADA MASYARAKAT Penyalahgunaan bahasa di media sosial adalah sejenis kehilangan bahasa, menyebabkan kekuatan bahasa itu terhakis jika tidak dikawal. Dalam menghadapi dunia globalisasi ini, penggunaan bahasa Melayu yang betul kini dilihat semakin diketepikan. Golongan remaja lebih mengutamakan kandungan mesej dan kepantasan penghantaran mesej berbanding penggunaan bahasa yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, struktur ayat, gaya bahasa dan sebagainya. Selain itu juga, penyalahgunaan bahasa di media sosial juga akan menyebabkan kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang. Pendedahan terhadap kekerapan penggunaan bahasa Melayu yang salah akan membuatkan generasi akan datang terbiasa dan mengabaikan penggunaan bahasa Melayu dengan betul. Generasi yang baru akan mengalami kesukaran dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu kerana berlaku kekeliruan antara bahasa yang sering digunakan dengan bahasa Melayu yang betul


Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat pelbagai halangan dan isu dalam keterampilan berbahasa. Kewujudan komunikasi dalam pelbagai situasi telah mendorong kepada pelbagai bentuk halangan dan isu dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan zaman dan persekitaran yang sering berubah-ubah. Oleh itu, masalah halangan komunikasi dan isu dalam keterampilan berbahasa mestilah dibendung sebelum berlakunya perkara-perkara yang lebih serius yang boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat. Setiap masyarakat perlu sedar dan bertanggungjawab terhadap perkara ini agar kita dapat bersama-sama mewujudkan proses komunikasi yang berkesan disamping menangani masalah halangan dan isu dalam keterampilan berbahasa. RUMUSAN


RUJUKAN Nik Muhammad Izzudin Nik Lah, Pulavendran Vijaya Kumaran & Kamarul Azmi Jasmi. (2019). Media Sosial dan Impak kepada Perkembangan Bahasa Menurut Islam. utm.my. http://eprints.utm.my/id/eprint/85122/1/13%20NikMuhammad Izzudin2019_MediaSosialdanImpakkepada.195-210.pdf Noor Aida Mahmor, Faizah Ahmad, & Nasariah Mansor. (2014). Keracunan bahasa:cabaran dalam pendidikan negara dan pembinaan negara bangsa. researchgate.net. https://www.researchgate.net/publication/304471121_KERAN CUAN_BAHASA_CABARAN_DALAM_PENDIDIKAN_NEGARA_DAN _PEMBINAAN_NEGARA_BANGSA Amir Aris & Ahmad Rozelan Yunus. (2014). Komunikasi berkesan. researchgate.net. https://www.researchgate.net/publication/308414649_KOMU NIKASI_BERKESAN Fatiha Anuar. (2018). Gangguan komunikasi adalah masalah pada kemampuan untuk menerima. studocu.com. kemampuan untuk menerima. studocu.com. https://www.studocu.com/my/document/universitimalaya/bahasa-arabic/gangguan-komunikasi-adalahmasalah-pada-kemampuan-untuk-menerima/18606663 Abdul Razak Muhd Kasim. (2021). Cabaran dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda penutur asli Bahasa Melayu.dewanbahasa.jendeladbp.my. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/07/05/991/


Click to View FlipBook Version