The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ADAB (TEKNO)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Student of IPGM KBM, 2022-10-14 07:35:45

RPH ADAB RIADAH (EDUP3053)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ADAB (TEKNO)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1 TAHUN 2)

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(EDUP 3053)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR MAWADDAH HUDA BINTI MOHD AFFANDI

ANGKA GILIRAN 20211923440126
NOMBOR KAD
PENGENALAN 010902-10-0676
KUMPULAN
PISMP JUN 2021 (G7)
KOD & NAMA KURSUS EDUP 3053 &

NAMA PENSYARAH TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

DR NURULRABIHAH MAT NOH

TARIKH HANTAR 24 SEPTEMBER 2022

TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS

DARIPADA PENSYARAH

MODEL ASSURE

• Analyze Learners

Sebelum saya menghasilkan DLO ini, saya telah melaksanakan analisis terhadap
keperluan murid. Antaranya ialah ciri-ciri umum murid seperti umur dan latar belakang,
pengetahuan dan kemampuan yang dimiliki oleh murid sebelum pembelajaran serta
gaya belajar yang dimiliki oleh pelajar (Muhammad Yaumi, 2018). Saya telah
menyediakan sebuah soal selidik bagi mengetahui dengan lebih jelas tentang
keperluan pelajar dan mendapati murid Tahun 4 mempunyai pengetahuan yang
sangat rendah dalam bidang Adab khususnya Adab Riadah. Sehubungan dengan itu,
saya telah memilih Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dari Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam Tahun 4 iaitu 6.2 dan 6.2.4
bagi menghasilkan DLO yang berkualiti dalam membantu murid menguasai bidang
Adab ini dengan sebaiknya.

• State Objectives

Objektif merupakan perkara yang penting untuk ditentukan sebelum pengajaran
dimulakan di mana pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan
kaedah penyampaian yang sesuai. Justeru, dalam proses menghasilkan DLO ini, saya
telah menetapkan beberapa objektif yang perlu dicapai oleh setiap murid pada akhir
pembelajaran mereka. Antara objektif yang telah disenaraikan oleh saya ialah selepas
proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyatakan maksud beriadah dan
hukum beriadah dengan betul., menjelaskan adab beriadah yang menepati syarak
dengan betul melalui aktiviti perbincangan kumpulan dan menghubungkaitkan adab
beriadah dengan kehidupan seharian dengan betul melalui penghasilan video.

• Select Method, Media and Materials

Bagi membina DLO ini, saya telah memilih beberapa kaedah pengajaran. Kaedah ini
perlu dititikberatkan dalam memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu kursus
sekaligus meningkatkan pencapaian murid (Nurulhuda, 2014). Antara kaedahnya
ialah kaedah penerangan, sumbang saran, projek dan perbincangan. Hal ini dapat
dibuktikan melalui tayangan penerangan video tentang maksud dan hukum riadah,
murid memberikan pendapat mereka tentang adab riadah, murid membina infografik

berdasarkan lagu serta murid bekerjasama dalam menyelesaikan aktiviti. Seterusnya,
saya juga telah memilih beberapa jenis media untuk digunakan dalam menghasilkan
DLO ini iaitu aplikasi YouTube, Padlet dan Jamboard. Saya juga menggunakan
pelbagai elemen multimedia seperti grafik, animasi bergerak, lagu dan sebagainya
dalam membentuk sebuah DLO yang lengkap dengan pelbagai media yang dapat
menarik minat pelajar untuk lebih bersedia dalam belajar. Dari segi pemilihan bahan
pula, saya telah memilih dan merujuk isi pelajaran dari pelbagai sumber yang sahih
dan berautoririti seperti jurnal, buku teks, buku latihan dan sebagainya. Bahan di
dalam DLO ini turut dipilih oleh saya dengan memenuhi kurikulum Pendidikan Islam
dan mengikuti isi pelajaran semakan terkini, menggunakan bahasa yang mudah
difahami oleh pembaca serta bahan yang menarik dalam memastikan setiap murid
akan melibatkan diri secara penuh sepanjang sesi Pdp berjalan dan mencapai objektif
pembelajaran.

• Utilize Media and Materials.

Penggunaan media dan bahan yang dihasilkan adalah berkait rapat dengan PAK-21
iaitu guru sebagai fasililitator kepada murid dan murid bertanggungjawab ke atas
pembelajaran mereka sendiri. Oleh hal demikian, bagi memastikan kejayaan
penggunaan media dan bahan ini, saya melakukan beberapa tindakan seperti
menyemak media dan bahan sebelum disebarkan kepada murid. Perkara ini termasuk
dengan menyemak setiap pautan yang dimasukkan agar berfungsi dengan baik dan
memastikan pautan tersebut berada dalam keadaan tersusun dalam memudahkan
murid untuk mengaksesnya. Saya juga menggunakan media dan bahan yang mudah
dicapai oleh murid-murid di mana mereka dapat mengaksesnya bukan sahaja di
komputer riba namun juga menggunakan telefon bimbit. Tambahan pula, media dan
bahan pengajaran menyediakan murid untuk menerima manfaat daripadanya di mana
dalam memastikan perkara ini dapat dicapai, saya menggunakan pelbagai elemen
multimedia yang meliputi elemen CASPER dari segi audio, visual dan animasi
bergerak dalam memupuk minat serta memotivasikan murid untuk tetap semangat
dalam belajar.

• Require Learner’s Participation

Setiap media pengajaran yang dihasilkan oleh saya membawa kepada
penyertaan dan maklum balas oleh para murid untuk mereka berinteraksi sama ada
secara individu mahupun kumpulan. Hal ini kerana, menurut Datuk P. Kamalanthan
(2017), keberkesanan PAK-21 bukan bergantung pada prasarana dan susun atur bilik
darjah, sebaliknya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan pelajar
seperti yang dinyatakan dalam Farhana Joni (2017). Justeru, dalam pembinaan DLO
ini, saya turut menyediakan pelbagai aktiviti seperti kuiz, projek infografik dan
sebagainya dalam memastikan murid kekal bersama-sama dalam aktiviti
pembelajaran. Seterusnya, saya juga membabitkan murid dengan aktiviti interaksi
seperti menayangkan tayangan video set induksi dan murid harus memberi maklum
dan komen terhadap video tersebut. Mereka juga dapat membalas pendapat yang
ditulis oleh rakan sekelas mereka.

• Evaluate and Revise

Aspek ini juga perlu untuk dititikberatkan dalam menghasilkan sebuah DLO
yang terbaik. Penilaian ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu penilaian oleh pakar
atau rakan pelatih serta penilaian oleh murid. Penilaian oleh pakar atau rakan
diperlukan dalam memastikan DLO yang dibina adalah bersesuaian. Berikutnya,
penilaian pembelajaran juga saya jalankan dalam bentuk formal iaitu sesi soal jawab,
kuiz dan lain-lain dalam mengetahui tahap pencapaian dan penguasaan murid bagi
setiap topik yang telah dipelajari. Penilaian ini dilaksanakan oleh saya sepanjang sesi
PdP berlangsung. Saya turut menyediakan satu Google Form khusus untuk
mengetahui tahap keberkesanan murid selepas sesi PdP berlangsung. Justeru,
berdasarkan penilaian yang telah dilaksanakan, saya akan dapat mengetahui
kelemahan murid serta kelemahan pada DLO ini dan seterusnya cuba melakukan
penyesuaian pada mana-mana kelemahan agar DLO akan lebih berkesan untuk
dipraktikan dalam sesi PdP yang mendatang.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

1.Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Adab)
2.Kelas
3.Tarikh 4 Pluto
4.Masa
22 September 2022
5.Ciri umum murid 10.00 pagi – 11.00 pagi
• Jumlah murid seramai 35 orang ( 13 lelaki, 22 perempuan).
• Tahap keseluruhan kecerdasan murid adalah baik
• Tahap kemahiran TMK murid adalah cemerlang.

6.Tajuk Mari Beriadah
7.Pengetahuan sedia ada
8.Standard Kandungan Murid pernah melakukan aktiviti beriadah semasa kelas
9.Standard Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
6.2 Merumus adab beriadah yang menepati syarak dan
10.Objektif Pembelajaran mengamalkannya secara beradab dan istiqamah.

11.Kemahiran berfikir 6.2.4 Mengaplikasi adab beriadah yang menepati syarak.
12.Gabungjalin
Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Menyatakan maksud beriadah dan hukum beriadah

dengan betul.
2. Menjelaskan adab beriadah yang menepati syarak dengan

betul melalui pembinaan infografik.
3. Mengkategorikan adab beriadah yang betul dan menepati

syarak melalui perbincangan dalam kumpulan.
4. Menghubungkaitkan adab beriadah dengan kehidupan

seharian dengan betul melalui penghasilan video.

1.Murid dapat menghubungkaitkan antara set induksi dengan
tajuk pembelajaran.
2. Murid dapat mengenal pasti dan mengkategorikan adab
riadah dengan betul.
3.Murid dapat mengaitkan adab-adab beriadah dalam
melakukan aktiviti beriadah dalam kehidupan seharian.

Al-Quran, Jawi

13.Penyerapan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Bahasa Arab.

1.Kesungguhan

14.Penerapan nilai 2.Kerjasama
3.Keberanian

4. Bertanggungjawab

15.Amalan pedagogi masa kini. Pembelajaran secara berkumpulan, pembelajaran berasaskan

projek dan literasi TMK

16.Kemahiran insaniah Pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran berfikir dan

kemahiran teknologi.

1. Bahasa

Murid menggunakan bahasa yang sesuai semasa melakukan

perbincangan dan semasa mempersembahkan idea.

17.Elemen Merentas Kurikulum 3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(EMK) Guru menggunakan video animasi bergerak dalam aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran.

4.Kreativiti dan Inovasi
Murid menggunakan kreativiti untuk membentuk infografik
menggunakan perisian editan.

18.Penilaian pengajaran dan 1. Sumbang saran pelajar : komen Padlet, Jamboard
pembelajaran 2. Kuiz
3.Penghasilan produk : infografik, video
19.Bahan Bantu Mengajar Video pengajaran , Perisian Google Site , Kuiz World Wall,
Jamboard, Padlet, Youtube

Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan
Masa dan Pembelajaran
(Minit)
1.Pelajar perlu mengisi
Google Form : soal selidik ini

Muqadimah 2.Murid diminta untuk
( 2 minit ) membaca doa sebelum
masuk kelas sebelum
memulakan
penerokaan di Google
Site.

Bacaan doa

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬
‫اللهم افتح علينا حكمتك و انشر‬
‫علينا من خزائن رحمتك يا أرحم‬

‫الرحمين‬

Tayang video “Didi and Friends”. 1. Guru menayangkan Bahan Bantu
video “Didi and Mengajar : Youtube,
Set induksi Friends”. Padlet
( 8 minit )
2. Guru meminta murid Penerapan nilai :
Link youtube : untuk memberikan Nilai bersungguh-
https://youtu.be/0a2f4g7ug3U pandangan atau sungguh
komen tentang video di
Soalan: “padlet” yang telah Teknik :
Apakah pendapat kamu tentang video disediakan. Soal jawab
di atas ?
Penyerapan :
Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan

EMK :
Bahasa

Padlet : 3.Jawapan daripada
murid akan dikomen
oleh guru dan dikaitkan Kemahiran berfikir :
dengan tajuk Murid dapat
pembelajaran iaitu menghubungkaitkan
antara set induksi
dengan tajuk
pembelajaran.

adab beriadah.

Menonton Video Pengajaran dan 1. Murid diminta untuk Bahan Bantu
pembelajaran (Maksud dan hukum membuka Mengajar : Video
riadah) komputer/laptop/telefon animasi, Perisian
WordWall.

masing-masing.

2. Murid membuka Penerapan nilai :
pautan video yang Nilai kesungguhan
Nilai Keberanian

diberikan dan Gabungjalin :
menonton video Al-Quran : hadis (dalil
pengajaran dan naqli)

Langkah 1 Link : https://bit.ly/3EDXSc7 pembelajaran tersebut. Jawi : maksud
( 12 minit ) terjemahan dalil naqli.
Mengadakan kuiz secara atas talian
menggunakan (WordWall). 3.Seterusnya, semua Penyerapan :
murid diminta untuk Bahasa Arab

membuka pautan kuiz EMK :
(WordWall) pada Teknologi Maklumat
paparan dan Komunikasi

komputer/laptop/telefon

masing-masing.

4.Murid diminta untuk
menjawab kuiz itu
secara individu tanpa
meniru dan berbincang
dengan kawan-kawan.

5.Papan skor markah
akan muncul setelah
murid selesai
menjawab kesemua
soalan.

Menonton dan mendengar lagu 1.Murid menonton dan Bahan Bantu
(Adab Riadah). mendengar dengan Mengajar : Video
baik lagu tentang adab animasi Zepeto.
Langkah 2 Padlet.
(12 minit)
riadah. Penerapan nilai :
Link : https://bit.ly/3yHEk2K Nilai kegigihan
Padlet : 2.Seterusnya,murid Nilai yakin pada diri
diminta untuk membina sendiri

satu infografik Penyerapan :
menggunakan mana- Teknologi dan
mana platform yang Maklumat

dimahiri oleh murid.

Contoh seperti Google EMK :

Slide, Canva dan Kreatif dan inovasi

Power Point .

3.Setelah selesai,
murid harus kongsikan
infografik mereka ke
dalam “Padlet” yang
telah disedikan.

Aktiviti berkumpulan ; Bahan Bantu
Mengajar : Jamboard
Langkah 3
(12 minit) 1.Murid-murid akan

Jamboard : dibahagikan kepada 5 Penerapan nilai :
kumpulan iaitu Kerjasama
Hasilkan satu video. kumpulan Bola sepak, Betanggungjawab
Kongsikan di media sosial seperti
Facebook, Instagram dan Tiktok. Bola jaring, Badminton,
Langkah 4
(12 minit) Dodgeball dan Bola

baling. Kemahiran berfikir :
Murid dapat mengenal
2.Cari sekurang- pasti dan
kurangnya satu pemain mengkategorikan adab
riadah dengan betul.

sukan mengikut jenis

permainan kamu yang

mana kamu semua
dapati mengamalkan
adab riadah semasa
bermain.

3.Hasil penemuan
dikongsi Bersama di
dalam Jamboard.

1.Aktiviti ini adalah Kemahiran berfikir :
secara individu. Murid dapat
mengaitkan adab-adab
2.Berdasarkan jenis beriadah semasa
permainan pada aktiviti melakukan aktiviti
beriadah dalam
kehidupan seharian.

3, murid-murid perlu

merakam satu vlog Penerapan nilai :
melakukan aktiviti Berdikari

riadah, di mana pada

akhir video mereka

perlu menyatakan adab

Google Form : riadah yang telah
diaplikasikan.
Penutup
(2 minit) 3. Aktiviti riadah perlu
untuk dikongsikan di
media sosial kemudian
tag guru pada “posting”
tersebut.

1.Pelajar perlu mengisi
soal selidik ini setelah
tamat pembelajaran.

Refleksi :
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Ulasan guru pembimbing :
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Ulasan pensyarah pembimbing :
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version