The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR SAHIRA NAZIRAH BINTI SAHARI_SJHK1_PB PENTAKSIRAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SAHIRA NAZIRAH BINTI SAHARI IPG-Pelajar, 2024-04-01 01:44:10

TUGASAN E-PORTFOLIO

NUR SAHIRA NAZIRAH BINTI SAHARI_SJHK1_PB PENTAKSIRAN

KOD KURSUS: EDUP3153


KOD KURSUS: EDUP3153 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN SEJARAH TAHUN AKADEMIK : Semester 5 / 2024 TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2021 / 2026 SEMESTER LIMA NAMA PENSYARAH PUAN MANORIZA BINTI ABDMALEKNAMA PELAJAR NUR SAHIRA NAZIRAH BINTI SAHARI ANGKA GILIRAN 2021152340288 NO.KAD PENGENALAN 030128120018 TARIKH HANTAR 20 MAC 2024 Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah Catatan (Jika ada) Tandatangan pelajar: Sahira Tarikh: 20 MAC2024


KOD KURSUS: EDUP3153 BIL KANDUNGAN HALAMANBiodata Guru Pelatih i 1.0 Pengenalan 12.0 Tujuan Utama Penggubalan Instrumen 23.0 Pentaksiran Alternatif 33.1 Instrumen Buku Skrap 3 - 53.2 Instrumen Dokumen bertulis 5 - 73.3 Instrumen Kajian Kes 8 - 104.0 Refleksi 10 - 11Kesimpulan 12Rujukan 12 - 13Lampiran 14 - 17


KOD KURSUS: EDUP3153 BIODATA DIRI NAMA : NUR SAHIRA NAZIRAH BINTI SAHARI ANGKA GILIRAN : 2021152310061 NO. KAD PENGENALAN : 030128120018 KUMPULAN / UNIT : SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH (SJHK 1) KURSUS / SEMESTER : PISMP – SEMESTER 1 AMBILAN : JUN 2022 ALAMAT E-MEL : [email protected] ALAMAT RUMAH : A2-D11 Tingkat 3 Taman Sri Balung, 91000 Tawau,SabahNO. TELEFON : 01151641978


KOD KURSUS: EDUP3153 1 1.0 PENGENALAN Pentaksiran yang dijalankan di semua sekolah mahupun bilik darjah di Malaysiamerujuk kepada proses untuk mendapatkan maklumat, menganalisis, menginterprestasi, mengsintesis untuk membantu pihak sekolah dan juga guru bagi membuat keputusanbagi menambahbaik dan mencapai matlamat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran yang digunakan di semua sekolah adalah Pentaksiran Bilik Darjah ataupundikenali sebagai PBD yang merupakan gabungan daripada tiga perkataan iaitu kaedah, mentaksir dan bilik darjah. Secara umumnya, PBD ini merupakan satu proses untukmendapatkan maklumat dan kemudian membuat penghakiman juga pertimbanganbekenaan dengan produk sesuatu proses pendidikan. Menurut Kementerian PendidikanMalaysia (KPM) PBD adalah satu pentaksiran yang dijalankan secara berterusan dalamsesi pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentangperkembangan, kemajuan, kebolehan serta pencapaian akademik murid di sekolah. Guru–guru juga telah didedahkan dengan pelbagai instrumen yang boleh digunakandalammentaksir murid. Selain daripada PBD yang digunakan untuk memperoleh data maklumat murid, terdapat satu pentaksiran yang dikenali sebagai pentaksiran alternatif yang merujuk kepadamana – mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif lain selain daripada pentaksirandalam bilik darjah seperti lisan, bertulis dan sebagainya. Pentaksiran ini memerlukanmuriduntuk menonjolkan kemahiran serta pengetahuan mereka yang tidak dapat dinilai melalui ujian seperti pentaksiran sumatif. Ianya bertujuan untuk memberi peluang kepadamuriduntuk menunjukkan diri mereka secara kreatif terhadap hasil yang ditujukkan selain daripadapeperiksaan. Pentaksiran alternatif termasuklah persembahan lisan, pameran, portfolio, buku skrap dan sebagainya. Realitinya, Pentaksiran Bilik Darjah yang dijalankanadalahselari dengan Pentaksiran alternatif yang berlaku pada masa kini. Walau apa punjenispentaksiran yang dijalankan, sebagai seorang guru kita perlu memberikan perhatianyanglebih kepada agenda pentaksiran kerana ia akan mempengaruhi kecemerlangandankemajuan murid. Kemahiran mentaksir murid adalah sangat diperlukan pada masakini bagi memastikan segala pencapaian, kemajuan serta peningkatan murid dapat dilihat secaraholistik dan menyeluruh.


KOD KURSUS: EDUP3153 2 2.0 TUJUAN UTAMA PENGGUBALAN INSTRUMEN Ujian dan pentaksiran yang dijalankan dapat digunakan untuk bermacam– macamtujuanpengajaran yakni dengan menentukan tujuan pentaksiran, sesuatu tugasan atau ujianyangboleh dibina ( Lee., et.al. 2024). Ujian atau pentaksiran boleh dilakukan pada peringkat pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pdp atau penghujung pengajaran. Peneranganlebih lanjut adalah seperti dibawah. a) Sebelum Pengajaran Ujian diberikan sebelum pengajaran adalah untuk mengetahui atau menentukan samaadamurid memiliki pengetahuan sedia ada tentang sesuatu topik yang hendak dipelajari ataupun kemahiran yang diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaranberlangsung. Selain itu, ia juga membantu guru untuk menetapkan tahap penguasaanmurid terhadap objektif pengajaran yang telah dirancang dalam RPH. b) Semasa Pengajaran Semasa pdp, ujian diberikan adalah untuk mengesan kemajuan, menggalakkan muriduntukbergiat aktif dalam proses pdp, mengembangkan potensi murid serta mengesan kesilapanatau kekurangan dalam pdp yang berlangsung agar dapat membuat penambahbaikan. c) Selepas pengajaran Ujian atau pentaksiran dijalankan diakhir atau selepas pdp adalah untuk memberi maklumbalas kepada guru juga murid tentang proses pdp yang telah berlangsung. Maklumbalasini dapat membantu guru untuk membuat tugasan pemilihan, pengayaan atau intervensi bahkan juga dapat membantu guru untuk mengenalpasti kelemahan dalamkaedahpengajarannya. Ia juga untuk mengukur sama ada objektif pembelajaran tercapai ataupuntidak.


KOD KURSUS: EDUP3153 3 3.0 PENTAKSIRAN ALTERNATIF 3.1 INSTRUMEN BUKU SKRAP Instrumen pentaksiran alternatif yang dilakukan oleh seorang guru Sejarahdi SKSentul 2 Kuala Lumpur adalah menggunakan pentaksiran buku skrap. Pentaksiranini jugadikenali sebagai pentaksiran berasaskan projek yang mana kaedah ini merupakansalahsatu amalan pengajaran yang dilihat mampu memberi kesan yang positif dalamprosespengajaran dan pembelajaran murid. Ini merupakan salah satu kaedah yangmampumeningkatkan kreativiti serta pemikiran kritis murid dalam menghasilkan projek bukuskrapini (Monica Laina & Zamri Mahamod, 2020). Penghasilan buku skrap dengan tajuk pemimpinnegara di Malaysia membantu murid untuk mengingat dan mengetahui individu yangpernahmentadbir negara kita atau lebih dikenali sebagai perdana menteri. Hal ini demikiankerana, jika dilihat kepada soalan yang disediakan oleh guru tersebut, dimana pernyataan masalahyang dikemukakan adalah sangat membantu murid untuk mengenali perdanamenteri Malaysia. Berikut merupakan pernyataan masalah yang terkandung dalamsoalanpenghasilan buku skrap. Dari pernyataan masalah tersebut dapat dilihat bahawa soalan yang dihasilkan adalahselari dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah Tahun 6 yangmanaguru boleh membuat penilaian penguasaan murid terhadap topik ini melalui buku skrapyangdihasilkan secara kreatif dan menarik. Penghasilan buku skrap yang ringkas dan pelbagai bentuk juga dapat membantu murid memahami dan menguasai isi kandungan topikini dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, objektif yang ingin dicapai turut dinyatakan dengan jelasdanterperinci pada soalan yang dihasilkan. Penetapan objektif yang jelas memudahkanguruuntuk melihat sejauhmanakah hasil pembelajaran topik pemimpin di negara Malaysiaini telah tercapai dengan optimum selaras dengan fokus atau sasaran sertatujuanpembelajaran itu sendiri. Merujuk kepada objektif yang dikemukakan, dapat dirumusakanbahawa objektif tersebut disusun secara berperingkat mengikut kepada kebolehanpelajar. Penyusunan secara berperingkat dari asas kepada pemikiran kompleks adalahselari dengan domain kognitif taksonomi Bloom yang bertujuan untuk membina kemampuanRajah 1 pernyataan masalah soalan buku skrap


KOD KURSUS: EDUP3153 4 berfikir dan kefahaman supaya murid dapat memperoleh maklumat mengikut tahapkemampuan mereka. Bukti yang memperlihatkan penyusunan ini dapat dilihat menerusi katakunci yang terdapat pada objektif penghasilan buku skrap ini, dimana menyenaraikanberada pada tahap kognitif aras 1 dan menerangkan berada pada tahap kognitif 2 kemudiandiikut dengan menjelaskan. Objektif soalan adalah seperti berikut : Seterusnya, soalan buku skrap ini dibuat bersama – sama denganrubrikpemarkahan. Penggunaan rubrik pemarkahan dapat membantu guru untuk menganalisisserta menghuraikan jawapan murid bagi tugas yang kompleks dan menentukantahapkemahiran dan penguasaan murid dalam topik ini. Hal ini membolehkan guruuntukmembuat refleksi ke atas pengajaran dan pelaksanaan sesuatu tugasan jugaaktiviti pengayaan atau intervensi sekiranya terdapat murid yang mendapat markah yanglemahatau sederhana (Surayah Zaidon, et.al. 2019). Rubrik pemarkahan yang disediakanbukansahaja dapat membantu guru malah dapat memberitahu murid tentang kriteria yanglebihkhusus tentang apa yang diharapkan oleh guru seperti isi kandungan, kreativiti keaslian, reka bentuk, tatabahasa dan juga ilustrasi. Dengan adanya rubrik pemarkahan ini, penilaianatau pentaksiran terhadap penghasilan buku skrap murid dapat dilakukan dengan lebihtelusdan adil. Hal ini kerana, dalam rubrik pemarkahan sudah terdapat kriteria – kriteriayangdiinginkan dan ini menjadikan pemarkahan tersebut tidak bias dari aspek jantina, agama, etnik atau bangsa calong yang diukur. Bagi pelaksanaan buku skrap ini pula, tempohmasayang ditetapkan adalah selama dua minggu. Murid diberi peluang dan ruang yangagaklama bagi menghasilkan buku skrap yang kreatif. Waktu yang lama membantu muriduntukmengorganisasi, mengumpul maklumat, mengaplikasikan segala ilmu pengetahuanmerekauntuk menjadikan buku skrap mereka menarik dan memenuhi segala kriteriarubrikpemarkahan. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa kelompongan yang dilihat dalamsoalanini yang perlu dibuat penambahbaikan oleh guru atau penggubal soalan. Penghasilanbukuskrap ini adalah secara fizikal dan adalah baik jika guru membuat soalan supayamuridmenghasilkan buku skrap ini secara digital iaitu dengan mengetengahkan penggunaanteknologi seiring dengan kelas alaf ke – 21. Pendigitilan buku skrap ini mampumendedahkan murid dengan teknologi masa kini agar mereka mahir untuk menggunakanRajah 2 objektif bagi soalan buku skrap


KOD KURSUS: EDUP3153 5 alatan elektronik dan pelbagai perisian internet untuk membuat sesuatu tugasan. Jikaterdapat murid yang tidak mempunyai akses peranti digital, guru boleh menggunakanmakmal komputer untuk memudahkan murid menghasilkan buku skrap ini. Bukan itusahaja, buku skrap secara digital adalah bersifat fleksibel yang mana murid boleh mengakseshasil kerja mereka pada bila – bila masa dan di mana sahaja jika ingin melakukan ulangkaji. Secara keseluruhannya, instrumen buku skrap yang dihasilkan adalah menepati kriteriapenggunaan instrumen yang baik kerana ia menggalakkan murid untuk menyelesaikansetiap persoalan atau permasalahan yang timbul menggunakan pelbagai sumber yangmana pelaksanaan instrumen ini adalah berpusatkan murid selaras dengan apayangdiinginkan KPM. Selain itu, ia juga dapat membentuk modal insan yang lebih produktif dalamproses pengajaran dan pembelajaran. 3.2 INSTRUMEN DOKUMEN BERTULIS Dokumen bertulis merupakan tugasan penulisan yang diberikan oleh gurukepadamurid pada setiap sesi pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumenini diperolehi daripada guru yang sama dengan instrumen buku skrap iaitu seorang gurudari SK Sentul 2 Kuala Lumpur. Dokumen bertulis ini merupakan lembaran yang diberikankepada kelas yang beliau ajar untuk menguji tahap pemahaman dan penguasaanmerekaterhadap topik yang diajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran itu berlangsungdalam satu tempoh masa. Pembinaan instrumen ini juga berdasarkan DSKP. Dokumenbertulis merupakan salah satu instrumen yang kerap kali digunakan oleh guru – guruuntukmengukur kefahaman dan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu topik. Dokumenbertulis yang baik adalah memiliki arahan yang mudah difahami, jelas dan ringkassertagrafik yang menarik. Melihat kepada dokumen bertulis yang digunakan oleh guru tersebut, arahan soalan adalah sangat jelas dan penggunaan kata kunci arahan tersebut mudahdifahami. Murid hanya perlu mengisi nama - nama negeri pada ruangan yang disediakan.


KOD KURSUS: EDUP3153 6 Bukan itu sahaja, pada dokumen bertulis yang disediakan oleh cikgu tersebut, terdapat objektif pembelajaran yang ingin dicapai pada akhir pembelajaran. Objektif dinyatakan dengan jelas dan terperinci pada dokumen bertulis murid. Hal ini kerana, objektif memainkan peranan penting dalam setiap proses PdP yang mana ia akan menjadi asaskepada pelaksanaan PdP agar mencapai matlamat yang telah dirancang danyangdiinginkan. Objektif yang digunakan dalam dokumen bertulis tersebut adalah jenis kognitif yakni murid mengenal serta mengingat kembali maklumat dan pengetahuan khususnyadalam kemahiran intelektual untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Sekiranya muridtidakdapat mengingati kesemua maklumat tersebut, guru juga menyatakan bahan rujukanyangboleh digunapakai oleh murid pada dokumen bertulis tersebut seperti dalamrajah di bawahbegitu juga dengan rajah diatas. Ini memudahkan murid untuk menjawab disampingdapat menjimatkan masa mereka. Selain daripada itu, penggunaan grafik, diagram, gambar, carta alir sertalakaranyang dimuatkan dalam dokumen bertulis mampu meningkatkan pemprosesan maklumat murid menerusi teknik visual dan verbal secara serentak. Hal ini telah membolehkanmuridmenjawab semua soalan tersebut dengan betul dan tepat. Melalui dokumen bertulis ini, guruboleh mengenal pasti tahap kognitif, kekuatan serta kelemahan murid terhadaptopiktersebut. Selain itu, dokumen bertulis tersebut adalah menepati standard prestasi danselaras dengan objektif pembelajaran yang dibina berdasarkan standard kandungandanstandard pembelajaran dalam rancangan pengajaran harian (RPH) yang dihasilkanolehguru tersebut. Menurut cikgu Azrul, dokumen bertulis akan diberikan selepas prosespdpdijalankan dan murid akan melaksanakannya sama ada dirumah ataupun padamasaterluang di dalam kelas. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada murid melakukanperkara– perkara yang tidak berfaedah di waktu terluang mereka. Kemudian lembaran dokumenbertulis ini akan dikumpulkan dan disimpan dalam sebuah fail sebagai rekod murid. Rajah 3 dokumen bertulis murid Objektif pembelajaranRujukan yang boleh digunakan oleh murid


KOD KURSUS: EDUP3153 7 Walaupun dilihat pada dokumen bertulis tersebut menggunakan gambar yangmenarik dan memudahkan murid untuk menyelesaikannya, namun terdapat duagambar yang agak sukar untuk ditafsir oleh murid lebih – lebih lagi murid yang mempunyai masalahpenglihatan. Jika dilihat dibawah, gambar bagi Perlis dan Pulau Pinang hanya kelihatanseperti gambar hitam seolah olah tiada maksud pada gambar yang diberikan walhal gambar tersebut merupakan rangsangan kepada murid untuk memudahkan mereka menjawabsoalan tersebut. Dengan ini penambahbaikan yang dicadangkan oleh saya sendiri yang bolehdiambil untuk menjadikan instrumen ini lebih berkualiti adalah dengan menggunakan gambar yangmempunyai warna dan bukan hitam putih semata - mata. Penggunaan gambar yangberwarna – warni sekaligus dapat menarik minat murid dan dapat meningkatkaningat mereka khususnya bagi murid yang mempunyai gaya pembelajaran secara visual. Bukanitusahaja, penggunaan aplikasi digital seperti google classroom, google docs, googleslidesdan google form juga boleh digunakan oleh guru untuk memperbaiki kelemahanpadainstrumen dokumen bertulis yang digunakan. Hal ini kerana, penggunaan aplikasi digital adalah lebih efektif dan murid berpeluang untuk membudayakan penggunaan digital dalamproses pembelajaran mereka. Ini sekaligus dapat melahirkan generasi yangmahir menggunakan teknologi dan pendigitilan agar mereka mampu bersaing dengan muridluar. Dapat dirumuskan bahawa penghasilan instrumen dokumen bertulis sebagai alat untukmenilai murid adalah menepati kriteria instrumen yang baik kerana apa yang terkandungdalam instrumen tersebut adalah relevan dan berkaitan dengan kurikulumstandarddanyang telah dipelajari oleh murid. Ini menunjukkan bahawa instrumen ini mempunyai kesahanyang tinggi kerana isi kandungannya adalah signifiakn dengan kognitif, psikomotor danRajah 4


KOD KURSUS: EDUP3153 8 afaektif yang terdapat dalam diri murid yang diperolehi melalui pembelajarannya samaadadi dalam kelas secara formal ataupun tidak formal. 3.3 INSTRUMEN KAJIAN KES Kajian kes merupakan kaedah penyelidikan yang sering kali digunakan dalambidangsains sosial dalam bentuk penerangan dan deskriptif. Instrumen seperti ini dapat meningkatkan kemahiran pemikiran kritis dan semangat ingin tahu dalamkalanganmuridsekolah rendah. Instrumen ini telah diperolehi daripada seorang guru sekolah rendahSKLKTP Pemanis 1 Johor iaitu Cikgu Izni. Beliau telah menghasilkan satu soalan kajiankesSejarah Tahun 5 dengan tajuk Bendera Malaysia Kebanggaanku. Instrumen kajian kesyangdilaksanakan ini merupakan salah satu kaedah atau cara yang digunakanuntukmengumpulkan data dan bukti berkenaan dengan semangat patriotisme dalamkalanganmurid dan pengetahuan murid tentang bendera kebangsaan seperti yang terdapat dalampernyataan masalah yang dinyatakan di dalam soalan dalam rajah dibawah. Denganadanya pernyataan masalah dalam soalan ini, murid mudah untuk mendapat gambarandanfaham hala tuju tugasan kajian kes ini. Selain daripada itu, objektif kajian dinyatakan dengan relevan, jelas dan bolehdicapai. Pembinaan objektif kajian adalah selaras dengan standard pembelajaran yang terkandungdalam DSKP Sejarah Tahun 5. Objektif ini sangat membantu pelajar dalampelaksanaankajian kes mereka agar segala gerak kerja dalam menyiapkan tugasan ini tidak terpesongdaripada tujuan sebenar dan dapat dijalankan secara terancang. Pemilihan kata kerjadalamobjektif tersebut adalah berdasarkan aras kognitif dalam Taksonomi Bloomyang manaiadapat membantu guru untuk mengesan kejayaan murid terhadap kemahiran yangtelahdikuasainya. Adalah mudah untuk guru membuat penilaian kepada murid sekiranyaobjektif yang ditetapkan menepati standard prestasi yang terkandung dalam DSKP. Penyelarasanpenetapan objektif berdasarkan DSKP dapat dibuktikan melalui gambar rajah dibawah. Rajah 5 pernyataan masalah kajian kes


KOD KURSUS: EDUP3153 9 Tatacara pelaksanaan kajian kes ini juga dimuatkan dalam soalan dengan terperinci olehpenggubal soalan agar murid tahu perkara yang perlu dilakukan. Ini dapat dilihat padabahagian arahan yang mana murid perlu menyelesaikan semua pertanyaan yangtimbul seperti yang terdapat dalam rajah dibawah. Tempoh pelaksanaan kajian kes ini jugaagaklama iaitu mengambil masa selama tiga minggu. Perkara ini membolehkan muriduntukmenyusun sendiri jadual pelaksanaan mereka bagi menyelesaikan tugasan ini bahkandapat membentuk murid yang berdisiplin dalam pengurusan masa. Hal ini kerana, tugasankajiankes ini merupakan tugasan secara individu yang mana murid perlu bertanggungjawabsepenuhnya ke atas tugasan mereka dan instrumen ini juga menggalakkan muriduntukmeneroka, menghurai, menerang serta menilai sendiri keberkesanan pembelajaran mereka. Secara keseluruhanya, instrumen kajian kes ini adalah satu instrumen yangsangat baik digunakan untuk mentaksir murid kerana ia membantu guru untuk menilai danmenganalisis kemahiran berfikir yang telah diaplikasikan oleh murid dalamnukilanmerekasecara tidak langsung terhadap kajian kes yang dihasilkan. Pengaplikasian pemikiranpadaaras tinggi ini akan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan yang mantapselarasRajah 6 penyelarasan objektif soalan dengan DSKP DSKP Soalan Kajian Kes Rajah 7


KOD KURSUS: EDUP3153 10 dengan keperluan serta perkembangan pendidikan semasa (Sharwinthiran., et.al. 2021). Bukan itu sahaja, kemahiran berfikir aras tinggi yang diaplikasikan dalaminstrumenini merupakan kunci kepada pencapaian akademik yang tinggi bagi seseorang murid. Hal ini berlaku disebabkan oleh murid menyimpan, menyusun serta mengaitkan pengetahuansediaada dengan pengetahuan baharu untuk menghasilkan satu maklumat atau ilmuyangbermanfaat dalam tugasan kajian kes mereka. 4.0 REFLEKSI Pengalaman yang saya dapat sepanjang melaksanakan tugasan ini adalahamat bernilai dan ini merupakan kali pertama saya melakukan analisis terhadap instrumenyangdigunkan oleh guru untuk membuat pentaksiran. Bukan itu sahaja, pentaksiranini jugadapat mengasah kemahiran berkomunikasi dan kolaborasi kami kerana untuk mendapatkaninstrumen ini, kami telah berjumpa dengan seorang guru yang mengajar di SKSentul 2Kuala Lumpur yang pada kebetulannya beliau menjadi fasilitator bagi programyangdijalankan di IPG Kampus Raja Melewar. Kolaborasi yang terjalin ini dapat meluaskanlagi jaringan sosial dan serta kenalan kami. Bukan sahaja dengan orang luar, malah kolaborasi turut berlaku sesama siswa dan siswi IPGKRM yang mana kami juga ada berkongsi instrumen sesama sendiri untuk melengkapkan tiga instrumen yang diperlukan dalamsoalan. Selepas melakukan analisis terhadap tiga intrumen ini iaitu tugasan bukuskrap, kajian kes dan juga dokumen bertulis saya memperolehi banyak pengetahuansebagai seorang bakal guru yang akan bertanggungjawab untuk menilai murid bagi menentukankebolehan dan kemajuan mereka. Saya dapat mengetahui bahawa seorang gurutidakterhad untuk memberi penilaian ke atas murid kepada satu set pengujian sahaja sebaliknyaguru boleh mempelbagaikan bentuk dan kaedah pentaksiran supaya dapat mentaksir perkembangan semasa murid dengan tepat. Hal ini kerana, terdapat sesetengahujiansecara konvensional iaitu bertulis sahaja tidak dapat menilai murid secara menyeluruhdari aspek kemahiran, nilai dan pengetahuan. Pada kebiasaannya, ujian bertulis ini hanyadapat mengukur tahap kognitif murid namun tidak dengan kemahiran serta nilai yangmerekaperolehi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dengan adanya pentaksiranalternatif ini, guru dapat menilai murid dengan lebih holistik yang merangkumi tigadomainutama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Contohnya melalui pentaksiran bukuskrap, kajian kes, portfolio dan banyak lagi. Selain itu, saya juga mendapati bahawa, setiap instrumen yang hendak digubal untuk tujuan pentaksiran murid, ianya perlulah diteliti terlebih dahulu agar set soalanyangdihasilkan mengikut kriteria kejayaan dan objektif yang telah ditetapka. Ini adalahuntuk


KOD KURSUS: EDUP3153 11 memastikan agar pentaksiran tersebut mencapai standard prestasi yang terkandungdalamDokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Dengan itu, sebagai seorangbakal guru, ilmu dan pengetahuan ini sangat bermakna untuk saya untuk diaplikasikanapabilasaya telah menjadi guru tetap di sebuah sekolah suatu hari nanti. KESIMPULAN Analisis menunjukkan bahawa, penggunaan instrumen tersebut telah menyebabkankaedahpentaksiran dalam sistem pendidikan telah berubah dari konvensional iaitu kaedahbertuliskepada pentaksiran berasaskan bilik darjah iaitu pentaksiran alternatif seperti bukuskrap, dokumen bertulis juga kajian kes. Kaedah pentaksiran ini mencirikan amalan pendidikanyang berimpak tinggi selaras dengan apa yang dihasratkan oleh Kementerian PendidikanMalaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan pentaksiranalternatif ini dilihat memberi kesan positif kepada pembangunan kemahiran insaniahmuriddan penglibatan aktif mereka dalam pengalaman pembelajaran. Sehubungan denganitu, guru perlulah menitikberatkan pemilihan instrumen yang betul untuk digunakan bagi menilai penguasaan murid terhadap sesuatu topik. Hal ini kerana, pemilihan instrumen yangbetul dapat menjadikan pentaksiran itu mampu merangkumi penilai yang secara menyeluruhatauholistik iaitu mengandungi domain kognitif, psikomotor dan afektif. Ini membantu guruuntukmengesan tahap pencapaian murid dengan tepat dan seterusnya merancang tindakansusulan atau intervensi untuk meningkatkan pencapaian murid yang lemah.


KOD KURSUS: EDUP3153 12 RUJUKAN Lee Leh Hong., Boon Pong Ying., Lawrence Aloysius Aeria., & Ilhavenil A/PNarinasamy. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Pustaka Nadwa. Mastura Abdul Razak., Rozita Radhiah Said., & Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2021). AnalisisPenulisan Objektif Menggunakan Konsep “Smart” dalam Rancangan PelajaranHarian Bakal Guru BPBM bagi Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif. International Journal of Education and Training (InjET). Vol 7(2). 1 – 12 Mazarul Hasan Mohamad Hanapi., Anis Tanisha Abdul Razak., Mohd Syaubari Othman., Kama Shafeei., & Mohd Ridhuan Mohd Jamil. (2022). Pentaksiran BerasaskanProjek (PBP) sebagai Alternatif Pengganti Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah(UPSR). Journal of Human Development and Communication. Vol 11. 88 – 94Mohd Faizul Nizam Lee Abdullah & Leow Tze Wei. (2017). Kesahan dan KebolehpercayaanInstrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan 1. Malaysia Journal of Learning and Instruction. Vol 14 (1). 211 – 265 Mohd Haidzir Yusof@Jusoh & Norasmah Othman. (2019). Isu dan PermasalahanPentaksiran Alternatif dalam Sistem Penilaian di Malaysia. e-Prosiding PersidanganAntarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019. 337 – 350 Monica Laina Tonge & Zamri Mohamod. (2020). Kesan Pembelajaran BerasaskanProjekterhadap Kemahiran Menulis Karangan Murid Sekolah Rendah (The Effectsof Project-Based Learning on Essay Writing Skills among Primary School Students). Jurnal Pendidikan Malaysia. Vol 45 (1). 12 – 20 Muhammad Mustaqim Roslan. (2023). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) danKesannya Kepada Murid Tahap Satu : Analisis Subjek Pendidikan Islam. UMRAN–International Journal of Islamic and Civilizational Studies. Vol 11 (1). 63 – 78 Sharwithiran Thavarajah., Anida Sarudin., Zulkifli Osman., Husna Faredza MohamedRedzwan., Wiwiek Afifah., & Mohd Amir Mohd Zahari. (2021). PentaksiranAnalitikdan Holistik Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Penulisan BerdasarkanTeori Metafora Konsepsi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM. Vol 11(1). 1–15 Suhaida Mohd Sukis., Norhisham Muhamad., & Abd Hadi Borhan. (2023). AmalanPentaksiran Digital Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Kebangsaan. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education. Vol. 7 (1). 44 – 57


KOD KURSUS: EDUP3153 13 Surayah Zaidon., Aminah Ayob., & Othman Ikhsan. (2019). Contsruction Rubric of TheChildWriting Assesment. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI. Vol 7(1). 88 – 95 Zahari Suppian & Jamil Ahmad. (2016). Analisis Darjah Kesahan dan KebolehpercayaanInstrumen Sikap Guru Pelatih Terhadap Pentaksiran Pendidikan. Jurnal PendidikanBitara UPSI Edisi Khas. 25 – 34


KOD KURSUS: EDUP3153 14 LAMPIRAN 1 Hasil Kerja Buku Skrap


KOD KURSUS: EDUP3153 15 LAMPIRAN 2 Soalan Buku Skrap


KOD KURSUS: EDUP3153 16 LAMPIRAN 3 Rubrik Pemarkahan Buku Skrap


KOD KURSUS: EDUP3153 17 LAMPIRAN 4 Lain – lain


Click to View FlipBook Version