The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dicipta khas untuk beginner yang baru nak belajar baking. 

Boleh try download e-book untuk ketahui tips tips baking macam pro!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarahamani09, 2022-11-15 07:27:03

TIPS BAKING UNTUK BEGINNER

Dicipta khas untuk beginner yang baru nak belajar baking. 

Boleh try download e-book untuk ketahui tips tips baking macam pro!

Keywords: Baking Tips

Mamasab By AmaniTIPS BAKING UNTUK
BEGINNER

Bagi yang baru pertama kali nak cuba start baking, jom Amani kongsikan dengan anda
tips berguna yang boleh buat anda jadi pro!

1. BACA RESEPI DENGAN TELITI

Pastikan sebelum mula, baca resepi sampai habis termasuk tips-tips penting supaya
anda tak terlepas mana-mana step penting dan anda betul-betul faham dengan apa
yang perlu anda buat. Kalau tak, nanti dah mula mem-baking jadi kalut pula bila ada
bahan yang tak cukup atau tak faham nak kena buat apa.

2. SEDIAKAN BAHAN & PERALATAN
LENGKAP
Sukat siap-siap semua bahan yang diperlukan
oleh resepi dan sediakan peralatan-peralatan
yang diperlukan contohnya mangkuk, senduk
pengadun, spatula, mixer, pemukul telur, dan
sebagainya.
Keluarkan terlebih dahulu dari peti ais
mana-mana bahan yang perlu berada pada suhu bilik seperti mentega, telur, susu, dan

1

Mamasab By Amanicream cheese…sekurang-kurangnya 1-2 jam
sebelum mula baking. Suhu bahan pun boleh beri
kesan tau pada hasil kek atau biskut anda nanti.

Ada sesetengah resepi akan menggunakan sukatan
berat berbanding ukuran cawan atau sudu kerana
ukuran berat adalah lebih tepat.

Kalau anda gunakan sukatan cawan, jangan
mampatkan bahan yang disukat tu.

Sebab sukatan akan jadi lebih dari yang sepatutnya bila ditekan dan dipadat-padatkan
di dalam cawan. Biar paras ngam ngam ho saja.

3. JANGAN OVER MIX

Mesti ada yang ingat, “kalau mix bahan lama-lama,
lagi sebati kan?”

Oh, tidak!

Anda hanya perlu kacau secukupnya sahaja
sehingga sebati, terutama sekali pada step
campurkan bahan kering pada adunan basah.

Apa jadi kalau terlebih mengadun?

Kandungan udara yang terperangkap dalam adunan akan keluar dan akan
menghasilkan kek yang mendap.

4. SEDIAKAN LOYANG SUPAYA TAK MELEKAT

Anda perlu gris loyang pembakar dengan marjerin
atau cooking spray terlebih dahulu supaya kek,
biskut ataupun pastri anda nanti tak melekat
selepas dibakar. Ataupun, boleh juga lapikkan
dengan parchment paper. Barang-barang ni anda
boleh dapatkan di mana-mana baking supplies.

2

Mamasab By Amani 5. JANGAN TUANG ADUNAN KEK SAMPAI
PENUH

Adunan anda memerlukan ruang untuk
mengembang dan naik apabila dibakar.

Kalau anda isi adunan kek ataupun muffin
sampai penuh, kek dan muffin anda akan
melimpah ketika berada dalam oven.

6. SENTIASA PRE-HEAT OVEN SEBELUM
MEMBAKAR

Masa dan suhu membakar adalah aspek
penting yang akan menentukan hasil kek
ataupun muffin anda nanti.

Oven mengambil masa 10-15 minit untuk
panas sepenuhnya.

Kalau tak pre-heat dulu, adunan anda akan
dibakar pada suhu yang rendah untuk 10-15
minit yang pertama dan ini akan mengganggu proses adunan anda untuk masak
mengikut masa yang ditetapkan.

7. PEKA DENGAN MASA MEMBAKAR

Set kan suhu dan masa membakar mengikut
keperluan resepi. Bila oven dah berbunyi, terus
buka pintu oven dan tengok keadaan kek anda.

Cuba cucuk dengan lidi ataupun cake tester, bila
dikeluarkan dalam keadaan bersih menandakan
yang kek tu dah masak. Kalau masih ada sisa
bahan melekat pada lidi atau cake tester, anda
perlu tambahkan lagi masa membakar. Lain jenis
oven, lain juga rentaknya.

3

8. JANGAN KERAP BUKA PINTU OVEN

Proses kek yang tengah naik dan mengembang
akan terganggu kalau anda buka pintu oven
sebelum tempoh waktu yang ditetapkan.

Suhu oven akan turun setiap kali anda buka
pintunya, nanti kek akan jadi mendap dan bantat.

Jadi, sabar dulu ya!
Mamasab By Amani
9. SEJUKKAN KEK

Mengeluarkan kek dari loyang terlalu cepat atau terlalu lambat boleh memberi kesan
pada tekstur dan rupa kek anda nanti. Seeloknya biarkan sekejap di dalam loyang,
kemudian baru alihkan ke atas radai kek.
SEMOGA BERMANFAAT!
Kek tak jadi tu perkara biasa bagi yang baru nak mula belajar, yang peting kena kaji &
belajar silap kat mana dan cuba lagi sampai berjaya. Memasak dan baking juga
memerlukan ilmu dan kemahiran.

Reference: https://easybakelab.com/tips-baking-untuk-beginner/

4


Click to View FlipBook Version