The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Risalah
Panitia Pendidikan Islam
SMKA Maahad Hamidiah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-86335516, 2022-03-04 20:54:15

PESONA ISRAK MIKRAJ

e-Risalah
Panitia Pendidikan Islam
SMKA Maahad Hamidiah

e-Risalah
Edisi Pertama

‫ڤسونا سبنر اسراء معراج‬

"Perjalanan langit" itu perlu dibumikan kerana itulah tujuan peristiwa itu dijadikan oleh Allah SWT.

Kaitkanlah apa yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dengan apa yang telah, sedang dan akan

kita lalui. Insya-Allah di situ nanti akan terserlah kekuatan dan keberkesanan dalam

pemikiran dan tindakan.

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
BIDANG PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB
SMKA MAAHAD HAMIDIAH

KANDUNGAN

Aluan Pengetua
Pengenalan Israk Mikraj
Kronologi Israk Mikraj
i-pods (Intisari Pedoman Daripada Sirah)

KATA ALU-ALUAN Alhamdulillah , sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan
Rejab dengan harapan akan disusuli dengan Syaaban seterusnya
Pengetua menikmati kemuliaan beribadah di bulan Ramadhan .
Tn. Md Yusof Bin Rahim



27 Rejab membawa ingatan kita kepada satu peristiwa agung iaitu
Peristiwa Israk Mikraj. Biar pun kisah ini berlaku melebihi 1400
tahun yang lalu namun ianya masih releven dan kepentingannya
adalah amat signifikan buat umat Islam khususnya warga SMKA

Maahad Hamidiah.




Marilah kita mengambil iktibar daripada Peristiwa Israk Mikraj
untuk mengukuhkan akhlak kita sebagai seorang muslim yang unggul

terutamanya melalui ibadah solat dan ibadah-ibadah yang lain.
Akhir kalam , saya mengharapkan agar e-Risalah Israk Mikraj ini
dapat memberi manfaat kepada warga SMKA Maahad Hamidiah.

PENGENALAN ISRAK MIKRAJ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan

hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari

Peristiwa Israk Mikraj merupakan antara mukjizat terbesar Rasulullah SAW selepas Masjidilharam (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di

al-Quran dan ia merupakan peristiwa agung dan mulia. Rasulullah SAW telah diisrakkan
Palestin), yang telah Kami berkati sekelilingnya

agar Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda

dari Masjidilharam ke Masjid al-Aqsa dan dari sana Baginda dimikrajkan ke langit.

Seterusnya Baginda telah menyaksikan tanda-tanda kebesaran pemerintahan dan
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah

kekuasaan Allah SWT. Dalam peristiwa Israk tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah
yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
diperlihatkan dengan pelbagai kejadian dan peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan
(Al-Isra' 17:1)
perbuatan manusia serta balasan yang bakal mereka terima. Ini adalah sebagai satu


ujian kepada manusia terhadap keimanan dan ketakwaan mereka.

Peristiwa Israk Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum hijrah. Tahun tersebut

dinamakan "Aamu Huzni" (Tahun Dukacita) kerana Rasulullah SAW telah diuji oleh Allah


SWT dengan kematian dua insan yang dikasihinya iaitu Saidatina Khadijah (isteri

Baginda) dan Abu Talib (bapa saudara Baginda). Israk Mikraj merupakan gabungan dua

perjalanan yang berlaku kepada Rasulullah SAW dalam satu malam. Semuanya seakan-


akan berlaku dalam sekelip mata sahaja. Tetapi Allah Maha Berkuasa melakukan apa

sahaja yang dikehendaki-Nya.

Dari segi bahasa Israk bermaksud Baginda menunggang Buraq bersama Jibrail dari

Masjidilharam ke Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis manakala Mikraj pula bermaksud


perjalanan Baginda dari Masjid al-Aqsa ke Sidratulmuntaha mengadap Allah SWT

untuk menerima perintah solat lima waktu terus daripada-Nya tanpa melalui


perantaraan Malaikat Jibrail. Peristiwa ini telah dicatatkan dalam al-Quran untuk

membuktikan kehebatan Allah SWT mengurniakan mukjizat kepada Nabi SAW sebagai

tanda kerasulannya kepada golongan kafir yang tidak mempercayai dakwah Baginda.

K


R

O SEBELUM ISRAK MIKRAJ



N Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh

malaikat Jibrail dan Mikail. Hati Baginda SAW dicuci dengan air


O zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan

membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu, dan


L
iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dengan

"khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang


O
bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah SAW dalam

perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

G

I

K
SEMASA ISRAK (Perjalanan dari Masjidilharam ke Masjid al-Aqsa)




R

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh Malaikat

Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan


O bersejarah), Rasulullah SAW telah diarahkan oleh Jibrail supaya berhenti dan

bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

N i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah SAW akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah SWT.

O iii. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).

L
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin Ifrit dengan

O
api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.


Antaranya :
1. Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.


G Apabila dituai, hasil (buah) yang baru akan keluar semula seolah-olah belum lagi dituai.

Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang


I berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda

bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

K
2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau
kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak firaun) bersama suaminya dan anak-

R anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang
dibunuh oleh firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah SWT (tidak mahu

O mengakui firaun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali

N dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah SAW: Itulah orang-orang yang

O berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

L
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis

O
kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka


Jahanam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan


G daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina

sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

I

K
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
R Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi

ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah


O tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting


N besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata

Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri


O tidak melakukannya.

L
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.

Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan


O
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat


G dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar

(takbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

I

K

R 11. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah


SAW berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya.

O Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
12. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah SAW untuk


N bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat

tua dan menanti saat hari kiamat.

O

L
Setibanya di Masjid al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk

ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala

O
anbia' dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak


G dan susu. Rasulullah SAW memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda

membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat Baginda


I akan menjadi sesat.

K
SEMASA MIKRAJ (Naik ke Hadhratulqudus menemui Allah SWT)
R Langit Pertama : Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS.


Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang

rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

O Langit Kedua : Nabi SAW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS

dan Nabi Yahya AS.

N Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
Langit Keempat : Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS.

O Langit Kelima : Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.



L
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan Nabi

Musa AS. Rasulullah SAW mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat


O
Baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

G Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi
Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Nabi
Ibrahim berkata kepada Rasulullah SAW, "Engkau akan berjumpa dengan Allah SWT pada malam ini.

I Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu
menanam tanaman syurga iaitu "‫"اَل َحْو َل َوَال ُقَّوَة ِإاَّل ِبالّله‬

K
SEMASA MIKRAJ (Naik ke Hadhratulqudus menemui Allah SWT)

Langit Kelapan : Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tidaak


R berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-

ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Semua keindahan itu tidak terperi oleh

manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.


O Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan Malik penunggunya.

N Langit Kesembilan : Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam.

Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki yang ketika di dunia

lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

O Langit Kesepuluh : Baginda Rasulullah SAW sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan

Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah SWT dan Muhammad SAW, Allah :

L
Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya,
Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan
Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman

O
yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sopak dan menghidupkan
orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah : Aku ambilmu sebagai kekasih-Ku. Aku perkenankanmu

G sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan
umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat
(Surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir Surah al-Baqarah

I sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar
makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan kepadamu panji pujian (‫)لااله إلا الله‬, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah
panji-panjimu. Dan aku fardhukan ke atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

K

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS. Kemudian Nabi


R Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT

agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas


O sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT

perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam .

N

O SELEPAS MIKRAJ



L
Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitulmuqaddis.

Kemudian meneruskan perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama dengan


O
menunggang Buraq . Dalam perjalanan ini Baginda bertemu dengan beberapa

peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk Mikraj yang amat


G ajaib itu. (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab,

kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

I

i-pods 1 Peristiwa Israk Mikraj ini merupakan perjalanan

dan pengalaman secara sedar yang dialami oleh

INTISARI PEDOMAN Israk Mikraj Adalah Rasulullah SAW , bukan hanya perjalanan rohani

DARIPADA SIRAH Perjalanan Realiti
dan Bukan Fantasi atau mimpi baginda semata-mata.

2 Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu bukti dan

tanda kekuasaan Allah SWT. Melalui peristiwa ini Allah

Tanda Kekuasaan
SWT menunjukkan betapa besar kekuasaan-Nya dengan

Allah SWT menjadikan sebuah peristiwa yang boleh dianggap ganjil

dan luar biasa, boleh berlaku pada satu malam sahaja.

i-pods 3 Sebelum terjadinya peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah

SAW menghadapi banyak ujian yang sangat berat,

INTISARI PEDOMAN Anugerah Kemuliaan terutamanya tentangan hebat dalam usaha dakwah

DARIPADA SIRAH Allah SWT kepada
Baginda. Antaranya Baginda diusir dan ditolak oleh

Rasulullah SAW penduduk di kota Thaif. Oleh itu, Israk Mikraj

merupakan hadiah Allah SWT kepada kekasih-Nya

serta motivasi meneruskan perjuangan dakwah.

4 Peristiwa Israk Mikraj juga merupakan bukti kerasulan Nabi
Muhammad SAW.Tiada seorang insan yang dijemput ke
Bukti Kerasulan Nabi

Muhammad SAW Sidratulmuntaha melainkan kekasih-Nya Rasulullah SAW yang
merupakan khatam al-Nabiyyin, dengan ini bertujuan

memantapkan dan mengukuhkan kerasulan Rasulullah SAW.
Sebagai umat Islam kita perlu meyakini dan istiqamah bahawa
perjuangan para daie adalah perjuangan mulia di sisi Allah SWT.

i-pods 5 Keringanan kefardhuan ibadah solat dari lima puluh

waktu kepada lima waktu sehari semalam menunjukan

INTISARI PEDOMAN Perintah Kefardhuan kasih sayang Allah SWT kepada manusia. Perintah solat

DARIPADA SIRAH Ibadah Solat Lima lima waktu ini sangat dipegang erat oleh Rasulullah SAW

Waktu
dan Baginda sangat menitikberatkan umat Baginda

supaya tidak meninggalkan solat lima waktu kerana ianya


adalah tiang agama Islam dan kunci diterima segala

amalan di dunia.Oleh itu umat Islam perlu berusaha

melaksanakan ibadah solat lima waktu dengan sempurna.

6 Peristiwa Rasulullah SAW telah ‘dibedah’ oleh malaikat

sebelum berlaku Israk Mikraj bertujuan bagi membersihkan

Pembersihan Hati

untuk menghadap
jiwa Baginda dari sifat-sifat buruk seperti was-was.
Ini memberi gambaran kepada umat Islam bahawa sebelum

Allah SWT menghadap Allah SWT dalam menjalankan ibadah, seharusnya


membersihkan dulu jiwa dan hati dari segala sifat buruk.

AJK PELAKSANA e-RISALAH

Penasihat : Tn Md Yusof bin Rahim

Pengerusi : Pn Mazita bt Mansor

Timb Pengerusi 1 : En Mohd Azani bin Ghazali

Timb Pengerusi 2 : Pn Laili Fairuz bt Ahmad

Penyelaras : Pn Hasnul Habiba bt Abdullah

Setiausaha : Pn Halijah bt Abdullah

Bendahari : Pn Zalizan bt Abdul Rani

Editor : Pn Fasya Nadya
bt Ayob

: Pn Emilda bt Abdul Kadir

Muqaddimah e-risalah/Publisiti : Pn Hasnul Habiba bt Abdullah

Pengenalan Israk dan Mikraj : Pn Izzati Annur bt Mohd Nazri

Dalil dan Dokumentasi : Pn Halijah bt Abdullah

Kronologi Israk dan Mikraj : Pn Zalizan bt Abdul Rani

i-pods @ Ibrah Israk Mikraj : Datin Thuraiya bt Abdul Wahab


Click to View FlipBook Version