The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HABIBAH BINTI SULAIMAN Moe, 2020-11-22 22:22:06

BAB 4.4 PEMASARAN HASIL (3)

BAB 4.4 PEMASARAN HASIL (3)

4.4 Pemasaran hasil tanaman

4.4.1 Menerangkan strategi pemasaran hasil
pertanian iaitu produk, harga, tempat dan
promosi.
4.4.2 Menilai kehendak pasaran iaitu produk,
harga rupa luaran, sasaran pengguna dan
keselamatan makanan
4.4.3 Melakukan aktiviti pemasaran hasil
pertanian.
4.4.4 Mengkaji data harga semasa beberapa
hasil tanaman dipasaran.
4.4.5 Menganalisis kadar harga semasa
tanaman dengan harga musim perayaan, bandar
dan luar bandar.

MASALAH PEMASARAN HASIL PERTANIAN





PRODUK (PRODUCT):

- Produk adalah barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh
pengeluar kepada pengguna.

- Pengguna akan mencari produk atau perkhidmatan yang memberi
manfaat terbaik dengan memuaskan kehendak dan keperluan
pengguna.

- Pengguna perlu ada jaminan dari segi keselamatan
menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

- Perkara yang perlu diberi tumpuan oleh pengeluar ialah
kepelbagaian produk, kualiti, reka bentuk, menetapkan ciri,
nama atau jenama, pembungkusan, saiz, perkhidmatan,
jaminan dan ganjaran.

- Pengeluar perlu menghasilkan produk yang lebih berdaya saing
dengan melakukan penjenamaan semula, menukar saiz dan
teknik pembungkusan yang mempunyai nilai komersial.

HARGA (PRICE):

- Harga ialah nilai sesuatu barang atau perkhidmatan yang
dinyatakan dalam bentuk wang.

- Kualiti produk atau perkhidmatan boleh mempengaruhi harga.
- Faktor harga memainkan peranan dalam mempengaruhi

pengguna untuk membeli suatu produk .
- Penentuan harga perlu mengambil kira segala kos yang

ditanggung oleh pengeluar dan berasaskan kepada objektif yang
hendak dicapai daripada pemasaran itu sendiri.
-Peniaga perlu mempamerkan senarai harga kepada pelanggan
supaya mereka dapat membuat perbandingan harga.
- Pengeluar juga boleh memberikan insentif untuk menarik minat
pengguna:
1. Diskaun atas belian/ potongan harga istimewa.
2. Pembelian secara ansuran pada hari-hari tertentu seperti musim

perayaan .

TEMPAT (PLACE):

- Tempat atau lokasi yang strategik mempengaruhi kejayaan dan
meningkatkan penjualan.

- Tempat yang dipilih akan memudahkan pengguna untuk
mendapatkan produk mereka.

- Pelbagai lokasi pemasaran hasil pertanian seperti pasar awam, pasar
tani, pasar malam atau pasar raya.

- Kebiasaannya jualan adalah melalui orang tengah (ejen) atau
pemborong.

- Selain itu pengusaha juga boleh menjual sendiri hasil tanaman
mereka di pasar-pasar malam.

PROMOSI (PROMOTION):

- Promosi merupakan strategi berkomunikasi dua hala antara pengusaha dengan
pengguna.

- Aktiviti memperkenalkan produk yang hendak ditawarkan kepada pengguna
iaitu satu proses memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk
membeli.

- Pengusaha mendapat maklum balas daripada pengguna terhadap barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan.

- Strategi mempromosikan barangan melalui pengiklanan, mengadakan promosi
jualan, jualan perseorangan, melalui publisiti dan pemasaran langsung.

KEHENDAK PASARAN

Produk berkualiti dan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki pengguna

PRODUK

• Produk hasil pertanian dalam bentuk bahan mentah dan berkaitan dengan
penyediaan pelbagai makanan daripada hasil pertanian.

• Contoh:
i. Padi dibekalkan sebagai beras, tepung beras atau biskut.
ii. Koko pula dijadikan produk lain seperti coklat,

• Produk makanan siap mendapat perhatian pelanggan yang lebih meluas

HARGA

• Penetapan harga berdasarkan mutu, nilai dan kos pengeluaran.
• Harga juga dipengaruhi oleh masa, tempat, musim atau cuaca, pilihan dan

keutamaan individu, tahap pendapatan pengguna dan permintaan luar negara.
• Musim perayaan juga mempengaruhi penentuan harga hasil pertanian di pasaran.

Pada musim perayaan, kehendak pasaran terhadap sesuatu produk dan
perkhidmatan meningkat dan jika produk yang dikehendaki kurang dibekalkan
oleh pengeluar di pasaran, harga akan meningkat.

RUPA LUARAN

• Rupa luaran bermaksud nilai estetika iaitu saiz dan warna, persembahan dan
pembungkusan menarik.

• Produk yang ditawarkan haruslah menggambarkan secara keseluruhan produk
itu dan kelihatan bermutu tinggi.

• Nilai estetika diterjemahkan melalui panca indera penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa dan bau produk.
• Pembungkusan memainkan peranan penting dalam menarik minat pelanggan.

SASARAN PENGGUNA

• Mengenal pasti siapa penggunanya dari segi umur, jantina, cita rasa, status
sosial dan lokasi jualan.

• Pengeluar harus mengetahui keperluan, kehendak dan kemampuan pembeli

Tahap-tahap kesediaan pembeli

KESELAMATAN MAKANAN

• Keselamatan makanan merupakan keupayaan dan kekuatan sesebuah negara
menghasilkan makanan sebagai asas keperluan kepada rakyat.

• Keupayaan ini ditentukan oleh faktor:
i. Bekalan (avaibility)
ii. Mudah diperoleh (accessibility)
iii. Harga yang munasabah (affordability)
iv. Keselamatan kualiti (safety quality)

• Inisiatif menjamin bekalan makanan negara:
i. Meningkatkan pengeluaran makanan
ii. Menjamin harga makanan yang berpatutan
iii. Menjamin keselamatan dan khasiat makanan

PEMASARAN HASIL PERTANIAN

• Pemasaran hasil pertanian boleh dilakukan secara terus kepada pengguna atau
melalui ejen atau pemborong.

• Pemasaran hasil melibatkan aktiviti penjualan, pengurusan kewangan dan
pengangkutan.

PENJUALAN

• Dilakukan melalui :
i. Menjual sendiri
ii. Peraih iaitu orang tengah di ladang
iii. Pemborong pasar tani
iv. Pemborong pasar awam

KEWANGAN
Sumber kewangan diperolehi melalui :
i. Modal sendiri
ii. Perkongsian dengan rakan
iii. Melalui pinjaman daripada agensi-agensi tertentu seperti Agro Bank.

PENGANGKUTAN

Pemilihan jenis pengangkutan mengambil kira :
i. Kos
ii. Mengikut jenis keluaran
iii. Keperluan pengguna

HARGA PASARAN

Harga pasaran berbeza berdasarkan:
i. Peringkat Pemasaran:

- Harga ladang
- Harga borong
- Harga runcit

ii. Lokasi Pemasaran
- Semenanjung/ Sarawak/
Sabah
- Bandar/ Luar Bandar

iii. Masa Pemasaran
- Hari Pemasaran
- Bulan Pemasaran
- Musim Perayaan

Semenanjung Sarawak Sabah

Semenanjung Sarawak Sabah







Perbandingan Harga Pasaran

Peringkat Masa Lokasi
Pemasaran Pemasaran Pemasaran

• Ladang • Hari Biasa • Bandar dan Luar
• Borong • Musim Perayaan Bandar
• Runcit
• Semenanjung/
Sarawak / Sabah

FAKTOR KENAIKAN HARGA

1. Bencana Alam
• Keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan yang berlarutan/ Ribut/ Banjir/
Serangan Penyakit

2. Permintaan Tinggi
- Permintaan yang tinggi dari negara jiran iaitu Singapura bagi sayur eksport
menyebabkan kekurangan untuk bekalan tempatan.
- Pengeluaran kurang daripada permintaan.

3. Kekurangan Tenaga Buruh
- Kekurangan tenaga kerja asing bagi sektor perladangan menyebabkan
pengeluaran sayur dari ladang berkurangan.
- Upah buruh meningkat.

4. Kos Mengurus Meningkat
- Kenaikan harga minyak
- Kos sewa pengangkutan meningkat

5. Kos Bahan dan Peralatan Meningkat
- kos biji benih/ baja/ racun/ alat-alat pertanian meningkat

6. Lokasi Pemasaran
- Jauh di pendalaman/ luar bandar

7. Musim Perayaan/ Cuti Sekolah
• Permintaan yang mendadak terutama musim cuti sekolah dan musim perayaan.

FAKTOR PENURUNANA HARGA

1. Lambakan Hasil
• Pengeluaran sayur yang tidak dikawal sehingga berlakunya lambakan sayur di
pasaran

2. Subsidi Kerajaan
- Pemberian insentif tanaman oleh kerajaan menyebabkan pengusaha
menambahkan pengeluaran mereka sehingga berlaku lebihan.

3. Persaingan Sayuran Import
- Harga sayur daripada negara jiran (Thailand dan Indonesia) lebih murah daripada
sayuran tempatan.

4. Kempen bumi hijau
- Menggalakkan penduduk menanam sendiri sayuran untuk keperluan isi rumah.

5. Hasil Tidak Berkualiti
- Akibat daripada pengurangan penggunaan racun makhluk perosak dan baja
kerana faktor penjimatan kos dan alam sekitar.
- Serangan perosak dan penyakit


Click to View FlipBook Version