The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

6.2 Pentadbiran Barat Berkaitan dengan Ekonomi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HABIBAH BINTI SULAIMAN Moe, 2021-07-12 02:39:02

6.2 Pentadbiran Barat Berkaitan dengan Ekonomi

6.2 Pentadbiran Barat Berkaitan dengan Ekonomi

6.2 Pentadbiran Barat
Berkaitan dengan Ekonomi

Oleh : Cikgu Habibah binti Sulaiman

Standard Pembelajaran

7.6.2 Menghuraikan pentadbiran Barat
berkaitan dengan ekonomi.
K 7.6.7 Menghuraikan kepentingan sikap
bermuafakat dalam memajukan negara

Standard Prestasi

TP3 - Mengklasifikasi maklumat kesan
pentadbiran Barat terhadap ekonomi dan
sosial

TP4 - Membanding beza kesan pentadbiran
Barat terhadap ekonomi dan sosial

Perundangan

i) Tanah
ii) Buruh

Negeri-negeri Melayu

- 1913 Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan
Melayu.

- - Residen boleh mengikstiharkan mana-mana tanah sebagai hak milik
orang Melayu.

- Tanah tersebut tidak boleh dijual, dipajak gadai atau dipindah milik
kepada orang bukan Melayu.

- Tersirat - untuk lindungi kepentingan ekonomi British, - tanah tidak
subur untuk pertanian atau ekonomi perladangan.

Perundangan

i) Tanah

Sarawak

- 1931 - Land Order hak milik tanah simpanan peribumi. - Matlamat untuk
kepentingan masyarakat peribumi dari kaum pendatang.

- 1933 - Land Settlement Order dikuatkuasakan .
- Kedua-dua undang-undang ini menjadi rujukan bagi pelaksanaan

Land Order 1948.
- Tanah dibahagikan kepada - tanah campuran , tanah peribumi, tanah

adat peribumi, tanah simpanan dan tanah pendalaman.

Perundangan

i) Tanah

Sabah

- Urus niaga tanah sebelum tahun 1888 dianggap tidak sah.
- 1889 - Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi diwartakan .
- Segala urusniaga dengan orang Eropah perlu diberitahu Ketua Peribumi

dahulu.
- Penduduk peribumi berhak untuk memohon dan mendapat ganti rugi.
- Pegawai Daerah bertanggungjawab menjaga hak milik tanah peribumi.

ii) Buruh

Sistem Kontrak

- Buruh dari China dibawa masuk oleh
majikan.

- Tambang perjalanan, makanan, pakaian,
dan tempat tinggal disediakan oleh majikan

- Untuk bekerja di lombong bijih timah.

ii) Buruh

Sistem Kangani

- Kangani bermaksud ketua , tandil, mandur atau
penyelia di ladang getah.

- Pemilik ladang menghantar Kangani ke India untuk
mencari tenaga buruh.Tambang dan perjalanan
diuruskan.

- Buruh perlu kerja sehingga hutang tambang selesai.

ii) Buruh

- 1877 - British menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Cina (Chinese
Protectorate) - lindungi buruh Cina dari dieksplotasi.

- 1882 Ordinan Buruh Kontrak - untuk lindungi pekerja.
- 1908 - Majlis Perundangan Singapura menubuhkan Tabung

Imigran India untuk mudahkan buruh berlayar secara percuma
dari Madras ke Tanah Melayu.
- Perkembangan ekonomi yang pesat juga menarik buruh dari
Indonesia.

A Astana Kuching Jabatan dan Agensi Kerajaan

Carcosa

Pejabat Pos pertama di Batu
Gajah Perak

Jabatan dan Agensi Kerajaan

1872 - Jabatan Kerja Raya (Public Works Department) - telah membina bangunan Sulatan
Abdul Samad, Ibu Pejabat Kereta Api Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Masjid Jamek Kuala
Lumpur dan Carcosa.

1905 - British menubuhkan Jabatan Pertanian - memajukan tanaman ekonomi dan
membangun industri getah, menyelidik tanaman, sediakan pakar teknikal kepada
pengusaha ladang dan pekebun kecil.
Kesan- 1926 - Institut Penyelidikan Getah Malaya (RRIM).

1931 - Jabatan Parit dan Tali Air - keberkesanan sistem pengairan.

Jabatan Pos dan Telegraf
Jabatan Kereta Api Tanah Melayu

- Melicinkan sistem perhubungan dan pengangkutan.

Kewujudan Syarikat Perwakilan

Pemodal British dan Eropah bawa masuk modal asing. Import barang luar oleh
syarikat perwakilan.

Syarikat Perwakilan (Agency House) @ Gedung Perwakilan @ Crown Agent.

- Memiliki rangkaian sistem kewangan, insurans, syarikat perkapalan, pusat
penyelidikan dan perdagangan antarabangsa.

- Syarikat Boustead & Company, Boustead Buttery, Estate Agency, Harrisons
& Crosfield, Guthrie & Company, Barlow & Company dan Sime Darby.

- Boustead Company urus eksport getah dan bijih timah, perkapalan dan
kewangan ( Hong Kong Bank).

Pewujudan Sistem Kewangan dan Insurans

1580 - Mata wang perak Sepanyol diperkenalkan.Digunakan di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
1897 - British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang - untuk keluarkan wang kertas di bawah Ordinan VIII.

- Kesan - guna mata wang kertas Negeri-negeri Selat, wang kerajaan Melayu terhapus.
1939 - Dolar Selat digantikan dengan Dolar Malaya.

- Kesan ekonomi pesat - Wujud Sistem kewangan moden dan insuran untuk mudahkan urusan kewangan.
Wujud sistem perbankan.

1860 - Syarikat Royal Insurance Company
1885 - Khean Guan Insurance Limited di Pulau Pinang
1919 - Commercial Union di Ipoh
Insurans - lindung kapal dan muatan, insurans nyawa, kemalangan, kebakaran, perniagaan dan harta.

Pewujudan Sistem Kewangan dan Insurans

Pewujudan Sistem Kewangan dan Insurans


Click to View FlipBook Version