The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Koperasi Rakan Tekun Berhad, 2022-12-14 22:53:45

LAPORAN TAHUNAN 2021

LAPORAN TAHUNAN 2021

LAPORAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR
TAHUNAN 31 DISEMBER 2021

KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD

2021

ISI
KANDUNGAN

04 BAHAGIAN 1: MAKLUMAT KORPORAT
05 JATI DIRI KOPERASI
06 MAKNA LOGO
07 SEPINTAS LALU
08 OBJEKTIF PENUBUHAN
09 UCAPAN PENGERUSI
10 UCAPAN PENGURUS BESAR
12 STRUKTUR ORGANISASI KOPERASI
13 MAKLUMAT KOPERASI
14 ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI TAHUN 2021
15 PENGURUSAN KOPERASI
16 JURUAUDIT LUAR DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
17 SENARAI PERWAKILAN MENGIKUT ZON

2

ISI
KANDUNGAN

19 BAHAGIAN 2: URUSAN MESYUARAT AGUNG
PERWAKILAN TAHUNAN

20 NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN
TAHUNAN KALI KETIGA

21 ATURCARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG
PERWAKILAN TAHUNAN KALI KETIGA

22 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEDUA

29 BAHAGIAN 3: IMBASAN AKTIVITI KRTB
30 IMBASAN AKTIVITI KRTB 2021

39 BAHAGIAN 4: LAPORAN LEMBAGA KRTB
40 LAPORAN PENGURUSAN KRTB

47 PENYATA KEWANGAN KRTB- JURUAUDIT LUAR REJAB &
ASSOCIATES

78 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

3

BAHAGIAN 1:
MAKLUMAT KORPORAT

MAKLUMAT JATI DIRI KOPERASI
KORPORAT

DEFINISI KOPERASI PRINSIP-PRINSIP KOPERASI
Koperasi adalah pertubuhan manusia Keanggotaan Sukarela Dan
yang berautonomi di mana Terbuka
anggotanya bersatu secara sukarela Kawalan Demokratik Oleh
demi mencapai kepentingan bersama Anggota
di bidang ekonomi, sosial dan Penglibatan Ekonomi Oleh
budaya, melalui suatu badan yang Anggota
dimiliki bersama dan yang terkawal Autonomi Dan Kebebasan
secara demokrasi. Pendidikan, Latihan Dan
Maklumat
NILAI-NILAI KOPERASI Bekerjasama Di Antara Koperasi
Koperasi adalah berasaskan nilai- Prihatin Terhadap Masyarakat
nilai berdikari, bertanggungjawab
pada diri sendiri, demokrasi,
kesamaan atau keadilan, perpaduan,
kesetiaan dan bersatu hati. Selaras
dengan tradisi pengasas gerakan itu,
anggota koperasi menerima nila-nilai
etika, termasuk sadik, amanah,
ketelusan, tanggungjawab sosial
serta prihatin terhadap orang lain.

5

MAKLUMAT MAKNA LOGO
KORPORAT

Logo Koperasi Rakan TEKUN Berhad (KRTB) diilhamkan dari singkatan nama
koperasi itu sendiri yang mana ianya menjadi mercu tanda bagi KRTB.
Bentuk dan tulisan ini menggambarkan keeratan gabungan ahli di dalamnya
serta warna biru yang merupakan warna rasmi Koperasi Rakan TEKUN Berhad
(KRTB). Bagi huruf T yang berwarna merah di mana koperasi ini bernaung di
bawah TEKUN Nasional.
Logo ini juga menggambarkan KRTB sebagai sebuah koperasi yang unggul
dengan memenuhi keperluan dan matlamat anggotanya berasaskan prinsip–
prinsip dan nilai–nilai keusahawanan selain menjadi sebuah koperasi yang
menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada anggota dalam usaha
meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota.

6

MAKLUMAT SEPINTAS LALU
KORPORAT

Koperasi Rakan TEKUN Berhad

(KRTB) telah ditubuhkan pada 14

Ogos 2015 oleh pihak pengurusan MISI
Menjadi Sebuah Koperasi Yang
TEKUN Nasional. Ianya bertujuan
Menyediakan Perkhidmatan
untuk memenuhi keperluan dan Cemerlang Kepada Anggota Tanpa
Ada Pilih Kasih Dan Kompromi Dalam
matlamat anggota-anggotanya Usaha Meningkatkan Taraf Sosio
Ekonomi Dan Kebajikan Anggota
berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-
VISI
nilai keusahawanan Menjadikan KRTB Sebagai Sebuah

Penubuhan KRTB adalah untuk Koperasi Yang Unggul Dengan
mencari sumber tambahan kepada Memenuhi Keperluan Dan Matlamat
anggota yang bakal menjadi ahli dan
meningkatkan taraf sosio ekonomi Anggota-Anggotanya Berasaskan
anggota. Aktiviti-aktiviti yang akan Prinsip-Prinsip Dan Nilai-Nilai
dijalankan adalah berbentuk jangka Keusahawanan
pendek dan juga jangka panjang.
Penubuhan KRTB adalah memberi
impak yang menyeluruh kepada
usahawan dalam bentuk dana,
latihan dan tambahan nilai
perniagaan yang diceburi.

7

MAKLUMAT OBJEKTIF
KORPORAT PENUBUHAN

Menggalakkan penyimpanan wang oleh anggota

Menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan dan perkhidmatan yang
memenuhi keperluan anggota dan pelanggan

Menyediakan perkhidmatan kewangan Ar-Rahnu

Menjana pulangan yang konsisten kepada anggota melalui usaha-usaha
perniagaan dan pelaburan

Meninggikan taraf ekonomi anggota hasil daripada kegiatan simpanan dan
pelaburan

Melahirkan pekerja yang berketerampilan dan menjalankan perniagaan yang
mempunyai kelebihan daya saing yang tinggi menurut syariah islam

Menjalinkan hubungan dan usahasama dengan koperasi mengikut bidang
keperluan yang berpotensi

8

MAKLUMAT UCAPAN PENGERUSI
KORPORAT

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Koperasi.

“Bismillahirahmanirrahim, yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan
anggota lembaga koperasi, dengan lafaz penuh kesyukuran dipanjangkan ke
hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita berjaya mengharungi
tahun 2021 yang penuh cabaran.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua Anggota Lembaga
Koperasi (ALK) dan kakitangan koperasi di atas kegigihan serta kesungguhan
dalam memastikan koperasi ini terus berkembang maju. Oleh yang demikian
telah menjadi tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi (ALK) untuk
memperkemaskan organisasi, merangka, visi, misi, polisi dan halatuju KRTB
manakala staf pengurusan koperasi pula bertanggungjawab untuk mengurus
dan mentadbir mengikut polisi yang telah digariskan oleh ALK.

Selain mempromosikan fungsi koperasi serta menjadi penyumbang utama
perolehan iaitu Perkhidmatan Pembiayaan Patuh Syariah dan Ejen Kutipan
Hutang antara misi utama KRTB adalah optimis dalam mengembangkan aktiviti
perniagaan khususnya di dalam sektor keberhasilan berimpak tinggi seperti
aktiviti perniagaan Ar-Rahnu, perkhidmatan Telekomunikasi, pengembangan
Hartanah, Perladangan dan Pelancongan dengan proses yang ringkas dan cepat
yang mana aktiviti ini dilihat dapat memberikan impak maksima kepada
koperasi dan berpeluang untuk terus maju dan berdaya saing.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahir Rahman Nirrahim, saya merasmikan
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Rakan TEKUN Berhad.’’

Sekian, Wasallam

9

MAKLUMAT UCAPAN PENGURUS
KORPORAT BESAR

Bismilahirahmanirahimm,.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Koperasi.

Terlebih dahulu bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin Nya dapat kita bersama
pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke tiga ini. Dengan bermulanya
tahun 2021, pastinya setiap dari kita inginkan yang permulaan yang terbaik.
Oleh yang demikian, KRTB tetap komited melaksanakan pelbagai inisiatif untuk
merealisasikan Visi dan Misinya.

Sepertimana yang sedia maklum, koperasi adalah satu pertubuhan yang
bermatlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi para anggotanya
dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh
anggotanya. Berdasarkan prinsip-prinsip koperasi, asas kepada setiap koperasi
adalah keanggotaannya.

Tahun 2021 KRTB telah pun mempelbagaikan peluang perniagaan yang dapat
merancakkan pendapatan koperasi, dalam bidang-bidang berikut;

1) Pajak Gadai Islam – Ar Rahnu;
2) Pusat Panggilan Pelanggan (CCC);
3) Peruncitan – TEKUN Mart;
4) Perkhidmatan takaful dan tabung khairat – Darul Jenazah;
5) Pembekalan barangan premium;
6) Pembangunan hartanah – Sewa bangunan;
7) Perkhidmatan Katering; dan
8) Perkhidmatan Pembersihan.

10

MAKLUMAT UCAPAN PENGURUS
KORPORAT BESAR

Ingatlah, koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya.
Saya akan berusaha sedaya upaya melihat peluang-peluang yang boleh
dimanafaatkan oleh KRTB. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua anggota lembaga
dan warga kerja di atas sokongan yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.

11

MAKLUMAT STRUKTUR
KORPORAT ORGANISASI

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN
JAWATANKUASA AUDIT DALAM
JURUAUDIT LUAR

ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK)

PENGURUSAN (PENGURUS BESAR)

DIVISYEN / UNIT

UNIT PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA
UNIT KEWANGAN DAN AR RAHNU
UNIT KEANGGOTAAN DAN PENGURUSAN PEMBIAYAAN
UNIT KAWALAN KREDIT
UNIT KATERING
UNIT PERUNCITAN
UNIT PEMBERSIHAN

12

MAKLUMAT MAKLUMAT
KORPORAT KOPERASI

NAMA KOPERASI : FUNGSI UTAMA:
Koperasi Rakan TEKUN Berhad Koperasi Kredit

ALAMAT PEJABAT KOPERASI : JUMLAH ANGGOTA:
Koperasi Rakan TEKUN Berhad, 360 Orang
Ibu Pejabat TEKUN Nasional,
T5-01-01, Menara 5, JUMLAH MODAL SYER:
Lingkaran Maju RM365,240.00
Jalan Lingkaran Tengah 2,
Bandar Tasik Selatan, MAPT TERAKHIR:
57000 WP Kuala Lumpur 20hb Disember 2021

NO TELEFON / FAKS: AUDIT TERAKHIR:
03-9059 8928 / 03-9089 9292 31hb Disember 2020

EMAIL: JURUAUDIT:
[email protected] Rejab & Associates

WEBSITE: BANK:
https://koperasirakantekun.com/ CIMB Bank / Bank Rakyat / Malayan
Banking Berhad

13

MAKLUMAT ANGGOTA LEMBAGA
KORPORAT KOPERASI

YBRS. EN OMAR BIN OTHMAN EN. AISHAMUDDIN BIN
PENGERUSI KRTB ZULKEFLI

PN. NADIAH HANI BINTI ALI BENDAHARI KRTB
SETIAUSAHA KRTB
EN. YASIR BIN
PN. SUHAILY RAINI BINTI MD SALAM
HAMDAN
ALK KRTB ALK KRTB

EN. MOHAMAD RAZMAN BIN EN. CHE OTHMAN BIN CHE WIL
RAZAK @ ISMAIL
ALK KRTB
ALK KRTB
PN. ZAITON BINTI ABD RAHMAN
EN. MD ZAID BIN MD ISMAIL ALK KRTB
ALK KRTB
14

MAKLUMAT PENGURUSAN
KORPORAT KOPERASI

EN. NORSHAZLI BIN RAMLI
PENGURUS BESAR

PN. SITI HAZIMAH BINTI PN. NORZARIFAH BINTI ZAINAL
KHASMUNI (EKSEKUTIF) ABIDIN (EKSEKUTIF)
UNIT PENTADBIRAN & SUMBER
UNIT KEANGGOTAAN DAN
MANUSIA PENGURUSAN PEMBIAYAAN

PN NURUL WAHIDA BINTI PN. SITI HANIS ADILA BINTI
IBRAHIM (EKSEKUTIF) MOHAMAD TAHAR (EKSEKUTIF)

UNIT KEWANGAN DAN AR RAHNU UNIT KATERING

EN. RIZUAN BIN MALIK EN. MOHAMAD FAIZAL BIN
(EKSEKUTIF) ZAKARIA (PEMBANTU PEGAWAI)

UNIT PERUNCITAN UNIT PEMBERSIHAN

PN. WAN NUR DIYANA BINTI WAN
SOBRI (PEMBANTU PEGAWAI)
UNIT KAWALAN KREDIT

15

MAKLUMAT JURUAUDIT
KORPORAT

JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN

DATO' ZULHELMI BIN ABDUL HALIM
ANGGOTA KRTB

PN. NOOR SHAHRINAZ BINTI MOHAMED HASSAN
ANGGOTA KRTB

CIK AISAH BINTI REDUAN
ANGGOTA KRTB

JURUAUDIT LUAR

16

MAKLUMAT SENARAI NAMA
KORPORAT PERWAKILAN

ZON A (IBU PEJABAT) - Ibu Pejabat
1) Al-Amin Bin Mustafar - Ibu Pejabat
2) Aminah Binti Abdul Malek - Ibu Pejabat
3) Anitanoor Binti Atan - Ibu Pejabat
4) Balaguru Bin Gurupatham - Ibu Pejabat
5) Khairul 'Anhar Bin Othman - Ibu Pejabat
6) Md Zaid Bin Md. Ismail - Ibu Pejabat
7) Mohamad Bin Jamroni - Ibu Pejabat
8) Mohd Hasrul Nizam Bin Omar - Ibu Pejabat
9) Mohd Nasir Bin Razali - Ibu Pejabat
10) Mohd Zamri Bin Mohd Ali - Ibu Pejabat
11) Noor Hidayah Binti Mahmad Nasir - Ibu Pejabat
12) Nur Saifuddin Bin Nor Azman

ZON B (UTARA) - Pulau Pinang
1) Mohd Hisyam Bin Ahmad - Perlis
2) Salwani Binti Bakri - Kedah
3) Hafidzah Binti Ahmad - Kedah
4) Mohamad Saidi Bin Azizan

ZON C (TENGAH)

1) Rafaizil Bin Ahmad Tajudin - Wilayah Persekutuan

2) Ahmad Khairul Rafiq Bin Abd. Malik - Selangor

3) Wan Farah Natrah Binti Jamalul Zamri - Perak

17

MAKLUMAT SENARAI NAMA
KORPORAT PERWAKILAN

ZON D (TIMUR) - Terengganu
1) Mohd Rosmaini Bin Abd Rahman - Pahang
2) Nur Amirah Binti Abu Bakar - Terengganu
3) Mohd Ghazali Bin Husain - Pahang
4) Jamilah Binti Hassan
- Sabah
ZON E (SABAH) - Sabah
1) Hemin Bin Osumping - Sabah
2) Azrin Bin Jansaih
3) Adzerino Bin Salleh - Sarawak

ZON F (SARAWAK) - Negeri Sembilan
1) Norisham Bin Idris - Melaka
- Johor
ZON G (SELATAN) - Johor
1) Mokhtar Bin Mustafa - Johor
2) Aminudin Bin Jasmy
3) Siti Rusmah Binti Shahdan
4) Poyziah Binti Pak Dengang
5) Shazarina Binti Hashim

18

BAHAGIAN 2:
URUSAN MESYUARAT
AGUNG PERWAKILAN
TAHUNAN

URUSAN NOTIS MESYUARAT
MAPT

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KETIGA

Koperasi Rakan TEKUN Berhad dengan ini adalah diberitahu bahawa Mesyuarat
Agung Perwakilan Tahunan kali Ketiga akan diadakan pada hari Khamis 22hb
Disember 2022, jam 10.00 pagi secara atas talian melalui aplikasi Microsoft
Teams

AGENDA:
1) Melantik Pengerusi Mesyuarat;
2) Melantik 2 orang Pencatit Minit Mesyuarat;
3) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Kedua yang
telah diadakan pada 20 Disember 2021;
4) Memilih Jawatankuasa yang terdiri daripada 6 orang perwakilan dan
melantik 4 orang Anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat
Agung Perwakilan Tahunan Kali Ketiga;
5) Menimbang dan meluluskan laporan juruadit dan penyata kewangan bagi
tahun berakhir Disember 2021;
6) Memilih Anggota Lembaga yang telah cukup tempoh;
7) Menimbang dan meluluskan belanjawan bagi tahun 2022;
8) Memberi kuasa kepada Lembaga memilih juruaudit luar untuk mengaudit
akaun koperasi;
9) Menimbang dan meluluskan cadangan pindaan undang undang kecil, aturan-
aturan dan perniagaan koperasi;
10) Menimbang dan memutuskan apa-apa usul yang sesuatu notis tidak kurang
daripada tujuh (7) hari yang telah diberikan (jika ada).

20

URUSAN ATUR CARA MAJLIS
MAPT

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KETIGA KOPERASI RAKAN

TEKUN BERHAD




22HB DISEMBER 2022 (KHAMIS) 10.00 PAGI SECARA ATAS TALIAN MELALUI

APLIKASI MICROSOFT TEAMS




MASA
PROGRAM

10.00 pagi : Pendaftaran anggota KRTB

10.30 pagi : Nyanyian lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Ucapan Aluan oleh En Norshazli Bin Ramli

Pengurus Besar KRTB
: Ucapan Perasmian oleh YBrs Encik Omar

Bin Othman
Pengerusi KRTB
: Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan
Koperasi Rakan TEKUN Berhad bermula

12.30 tengahari : Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan
Koperasi Rakan TEKUN Berhad selesai

1.00 petang : Bersurai

21

URUSAN MINIT MAPT KALI
MAPT KEDUA

MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KOPERASI RAKAN TEKUN
BERHAD (KRTB) KALI KEDUA BAGI TAHUN 2020 YANG TELAH DIADAKAN PADA
20 DISEMBER 2021 JAM 2.30 PETANG SECARA ATAS TALIAN MELALUI APLIKASI
MICROSOFT TEAMS

Dirasmikan oleh : YBrs. Encik Omar bin Othman
Pengerusi
Koperasi Rakan TEKUN Nasional

Turut hadir : Puan Norfaizah binti Manjah
Puan Noriza binti Arifin
Wakil dari SKM Wilayah Persekutuan

Kehadiran perwakilan : 31 orang anggota

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs Encik Norshazli bin Ramli, Pengurus Besar
Koperasi Rakan TEKUN Berhad sebagai pengerusi sementara.

UCAPAN ALUAN PENGURUS BESAR KRTB
Ucapan YBrs Pengurus Besar didahului dengan ucapan terima kasih kepada
semua Anggota Lembaga Koperasi serta kakitangan KRTB yang telah
bertungkus lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan
(MAPT) kali Kedua ini dengan sempurna. Ucapan terima kasih kepada Puan
Norfaizah binti Manjah dan Puan Noriza binti Arifin sebagai wakil dari
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan. YBrs Pengurus Besar
memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah.

22

MINIT MAPT KALI KEDUA

1)Seterusnya YBrs Pengurus Besar memulakan Mesyuarat.

2)Pengurus Besar kemudian memaklumkan koperasi perlu mengadakan
mesyuarat agung pada setiap tahun, tetapi disebabkan Pandemik COVID-19
pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memberi pengecualian kepada
koperasi untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT)
bagi tahun kewangan 2018/2019.

3)Seterusnya, Pengurus Besar memaklumkan mesyuarat yang akan berlangsung
pada kali ini adalah secara hybrid di mana perwakilan yang berada di luar
kawasan akan berlangsung terus di atas talian.

4)Di kesempatan ini, Pengurus Besar sebagai wakil daripada koperasi merakam
ucapan terima kasih kepada barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) penggal
2019/2020 di atas komitmen yang diberikan. Koperasi juga menyeru kepada
anggota KRTB untuk terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi
kepada KRTB.

UCAPAN ALUAN PENGERUSI KRTB
Ucapan YBrs Tuan Pengerusi KRTB didahului dengan ucapan terima kasih
kepada semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan anggota perwakilan
seramai 31 orang yang hadir ke mesyuarat kali ini.

1)Tuan Pengerusi memaklumkan kepada anggota perwakilan berkenaan
gabungan di antara Koperasi TEKUN Nasional Berhad dan Koperasi Rakan
TEKUN Berhad. Beliau berasa amat berbangga dilantik sebagai Pengerusi dan
dapat menerajui gabungan koperasi bagi memenuhi aspirasi dan objektif
penubuhan koperasi.

2)Tuan Pengerusi kemudian memaklumkan bahawa KRTB merupakan sebuah
koperasi kredit yang berlandaskan perniagaan dan pelaburan. Untuk
mendapatkan pendapatan yang lumayan dan menambah jaminan kepada
anggota, maka KRTB perlu bekerja keras.

23

MINIT MAPT KALI KEDUA

3)Seterusnya, Tuan Pengerusi memaklumkan kepada anggota perwakilan
bahawa KRTB memiliki platform perniagaan LESGRO yang memasarkan produk-
produk usahawan bumiputera. Beliau berharap KRTB dapat menjadi peruncit
yang berjaya secara fizikal dan di atas talian. Beliau juga berharap semua
anggota KRTB dapat memberikan idea-idea dalam memasarkan produk-produk
usahawan ke dalam portal LESGRO.

4)Tuan Pengerusi juga merakam ucapan terima kasih kepada wakil SKM di atas
kesudian untuk bersama-sama hadir ke mesyuarat dan sekaligus merasmikan
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KRTB kali kedua.

AGENDA 1 : MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT

1.1 YBrs Pengurus Besar telah meminta anggota untuk memilih dan melantik di
kalangan anggota sebagai pengerusi mesyuarat bagi memimpin MAPT kali
kedua KRTB.
1.2 Encik Hemin bin Osumping telah mencalonkan Encik Mohd Zamri bin Mohd
Ali sebagai pengerusi MAPT kali kedua dan disokong oleh Encik Al-Amin bin
Mustafar.
1.3 Cik Aminah binti Abdul Malek telah mencalonkan YBrs Encik Omar bin
Othman sebagai pengerusi MAPT kali kedua dan disokong oleh Encik Aminudin
bin Jasmy.
1.4 Mesyuarat mendapat sokongan majoriti untuk melantik YBrs Encik Omar bin
Othman bagi mempengerusikan MAPT kali kedua KRTB. Seterusnya MAPT kali
kedua KRTB telah dipengerusikan oleh YBrs Encik Omar bin Othman dengan
lafaz Bismillah serta berbanyak terima kasih di atas kepercayaan semua
anggota untuk beliau mempengerusikan MAPT kali kedua KRTB ini.

AGENDA 2 : MELANTIK 2 ORANG PENCATAT MINIT

2.1 Dua Pencatat minit yang dilantik iaitu Puan Siti Hazimah binti Khasmuni
dan Puan Nurul Wahida binti Ibrahim

24

MINIT MAPT KALI KEDUA

AGENDA 3 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN
KALI PERTAMA YANG TELAH DIADAKAN PADA 22 MAC 2019.

3.1 Mesyuarat sebulat suara telah mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan Kali Pertama yang telah diadakan pada 22 Mac 2019 atas
cadangan oleh Encik Mohd Zamri bin Mohd Ali dan disokong oleh Encik Al-
Amin bin Mustafar.

AGENDA 4 : MEMILIH JAWATANKUASA YANG TERDIRI DARIPADA ENAM (6)
ORANG ANGGOTA DAN MELANTIK EMPAT (4) ORANG ANGGOTA LEMBAGA
UNTUK MENENTUSAHKAN DRAF MINIT MAPT KALI KEDUA.

4.1 Encik Azrin bin Jansaih mencadangkan Encik Hemin bin Osumping.
4.2 Encik Mohd Zamri bin Mohd Ali mencadangkan Encik Mohd Ghazali bin
Husain.
4.3 Encik Mohamad bin Jamroni mencadangkan Encik Mohamad Saidi bin
Azizan.
4.4 Encik Balaguru bin Gurupatham mencadangkan Encik Khairul ‘Anhar bin
Othman.
4.5 Puan Nur Amirah binti Abu Bakar mencadangkan Encik Al-Amin bin
Mustafar.
4.6 Puan Poyziah binti Pak Dengang mencadangkan Puan Noor Hidayah binti
Mahmad Nasir.
4.7 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan pelantikan enam (6) anggota di
atas manakala pelantikan empat (4) anggota lembaga akan dipilih dalam
mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi.

AGENDA 5 : MENIMBANG DAN MELULUSKAN LAPORAN JURUAUDIT DAN
PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019 DAN 31
DISEMBER 2020

5.1 YBrs Tuan Pengerusi membentangkan Laporan Juruaudit dan Penyata
Kewangan KRTB bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 dan 31 Disember 2020
kepada anggota-anggota KRTB. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember
2020, juruaudit mencadangkan pemberian dividen sebanyak 10% ke atas Modal
Syer dan 5% ke atas Modal Yuran.

25

MINIT MAPT KALI KEDUA

5.2 Encik Mohamad Saidi bin Azizan mencadangkan supaya laporan ini diterima
dan disokong oleh Encik Ahmad Khairul Rafiq bin Abd. Malik.
5.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan laporan penyata kewangan KRTB
bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 dan 31 Disember 2020.

AGENDA 6 : MEMILIH ANGGOTA LEMBAGA YANG TELAH CUKUP TEMPOH BAGI
TAHUN 2018-2021

6.1 YBrs Tuan Pengerusi menerangkan bahawa menurut seksyen 37 Undang-
Undang Kecil, satu pertiga daripada anggota Lembaga hendaklah
mengosongkan jawatan pada setiap tahun di dalam MAPT.
6.2 Terdapat dua orang Anggota Lembaga yang telah tamat tempoh iaitu Encik
Aishamuddin bin Zulkefli dan Encik Syamsul Kamal bin Ahmad. Terdapat juga
dua orang Anggota Lembaga yang telah meletak jawatan sebagai Anggota
Lembaga iaitu YBhg Dato’ Adam bin Abdul Ghani dan Puan Nur Habibahanin
binti Mat Taha.
6.3 Terdapat empat kekosongan jawatan ALK yang perlu diisi. Tiga daripadanya
adalah lantikan daripada Jawatankuasa Tadbir TEKUN. Oleh itu mesyuarat
membuka pencalonan 1 orang bagi mengisi kekosongan jawatan ALK.
6.4 Encik Al-Amin bin Mustafar mencadangkan Encik Md Zaid bin Md Ismail dan
disokong oleh Puan Shazarina binti Hashim.
6.5 Seksyen 35(b) UUK, tiga orang Lembaga telah dilantik oleh Jawatankuasa
Tadbir TEKUN iaitu;

i- Encik Aishamuddin bin Zulkefli (lantikan semula)
ii- Encik Yasir bin Salam (lantikan baru)
iii- Encik Mohamad Razman bin Razak (lantikan baru)

6.6 Encik Mohd Zamri bin Mohd Ali mencadangkan cadangan ditutup dan
disokong sebulat suara oleh mesyuarat.
6.7 Senarai sembilan anggota lembaga KRTB bagi sesi 2021/2022 seperti
berikut:
1) Encik Omar bin Othman
2) Encik Aishamuddin bin Zulkefli
3) Encik Yasir bin Salam

26

MINIT MAPT KALI KEDUA

4) Puan Nadiah Hani binti Ali
5) Encik Mohamad Razman bin Razak
6) Puan Suhaily Raini binti Md Hamdan
7) Encik Othman bin Che Wil @ Ismail
8) Puan Zaiton binti Abd Rahman
9) Encik Md Zaid bin Md Ismail

AGENDA 7: MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN BAGI TAHUN 2021

7.1 YBrs Tuan Pengerusi meminta Pengurus Besar untuk membentangkan
anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun 2021.
7.2 Cik Aminah binti Abdul Malek mencadangkan belanjawan ini diterima dan
disokong oleh Encik Mohamad Saidi bin Azizan.

AGENDA 8: MEMBERI KUASA KEPADA LEMBAGA MEMILIH JURUAUDIT LUAR
UNTUK MENGAUDIT AKAUN KOPERASI BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31
DISEMBER 2021

8.1 YBrs Tuan Pengerusi menjelaskan bahawa anggota memberi kuasa kepada
Anggota Lembaga untuk membuat keputusan memilih Juruaudit Luar untuk
mengaudit akaun KRTB bagi tahun berakhir 31 Disember 2021.
8.2 Puan Poyziah binti Pak Dengang mencadangkan perkara ini diterima dan
disokong oleh Encik Khairul ‘Anhar bin Othman.

AGENDA 9: MENIMBANG DAN MELULUSKAN CADANGAN PINDAAN UNDANG-
UNDANG KECIL, ATURAN-ATURAN DAN PERNIAGAAN KOPERASI.

9.1 YBrs Tuan Pengerusi memaklumkan mesyuarat bahawa cadangan pindaan
Undang-Undang Kecil perkara 9 - Aktiviti, perlu dibincangkan dalam mesyuarat
ini. Beliau memaklumkan keputusan lembaga pengurusan koperasi untuk
menambah aktiviti–aktiviti perniagaan koperasi dan keanggotaan supaya KRTB
menjadi lebih berdaya maju dan berdaya saing.
9.2 Cadangan pindaan Aktiviti-Aktiviti adalah seperti berikut:

Seksyen 9 – Aktiviti (tambahan)
i. menjalankan perkhidmatan pembersihan dalam dan luar bangunan;

27

MINIT MAPT KALI KEDUA

ii. menjalankan perkhidmatan kurier;
iii. menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan;
iv. menjalankan perkhidmatan pembekalan peralatan pejabat dan alat tulis; dan
v. menjalankan perkhidmatan dobi.

9.3 Cik Aminah binti Abdul Malek mencadangkan cadangan pindaan aktiviti ini
diterima dan disokong oleh Encik Ahmad Khairul Rafiq bin Abd. Malik.

AGENDA 10: MENIMBANG DAN MEMUTUSKAN APA-APA USUL YANG SUATU
NOTIS TIDAK KURANG DARIPADA 7 HARI TELAH DIBERIKAN

10.1 YBrs Pengurus Besar menjelaskan terdapat empat (4) usul yang telah
diterima iaitu:

1)Pemberian dividen kepada ahli dengan kadar 15%-20% sebagai permulaan
bagi mempromosi dan menarik minat keanggotaan dan pelabur baharu.
2)Mengeluarkan jongkong emas keluaran sendiri dengan kerjasama Ar Rahnu
TEKUN. Denominasi 0.5gram dan 1gram.
3)Pemberian pembiayaan kenderaan
4)Pemberian pembiayaan alat elektronik.

10.2 YBrs Tuan Pengerusi memaklumkan usul yang diberikan kepada koperasi
akan dipertimbangkan dari masa ke masa mengikut kapasiti kemampuan
koperasi.

PENUTUP
YBrs Tuan Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua
anggota perwakilan yang hadir, Anggota Lembaga dan warga kerja koperasi
yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang kedua ini.
Beliau berharap semua Anggota Lembaga Koperasi dapat menjalankan tugas
dan tanggungjawab yang diamanahkan bagi memajukan koperasi ini dengan
pencapaian lebih baik lagi. Beliau juga akan menghebahkan tentang pemberian
dividen sebanyak 15% yang mana lebih baik berbanding Amanah Saham Berhad
(ASB) bagi menarik lagi minat warga kerja TEKUN Nasional untuk menjadi
anggota KRTB.

28

BAHAGIAN 3:
IMBASAN AKTIVITI KRTB
PADA TAHUN 2021

IMBASAN AKTIVITI
AKTIVITI PERNIAGAAN 2021
KRTB

1) PERKHIDMATAN KATERING

Koperasi Rakan TEKUN Berhad (KRTB) menawarkan perkhidmatan katering
bermula pada Disember 2020 di ibu pejabat TEKUN Nasional. Perkhidmatan
katering ni bukan sahaja dari segi persediaan makan di bilik makan tetapi dalam
bilik mesyuarat juga turut disediakan.

30

31

IMBASAN AKTIVITI
AKTIVITI PERNIAGAAN 2021
KRTB

2) PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

Koperasi Rakan TEKUN Berhad (KRTB) menawarkan perkhidmatan (cleaning
service) untuk pejabat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta kawasan
berdekatan. Pasukan perkhidmatan pembersihan ini ditubuhkan pada 01 Januari
2021. Mempunyai sembilan (9) orang kakitangan termasuk seorang (1) penyelia.
KRTB bermula dengan menyediakan perkhidmatan dalam bangunan pejabat di
Ibu Pejabat TEKUN Nasional.

Skop perkhidmatan pembersihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Membersih lantai ruang pejabat termasuk vakum permaidani, menyapu dan
mop lantai Jubin
Membersih ruang lobi / Bussines Centre seperti mop,menyapu lantai,
mengelap dinding cermin, sofa dan lain-lain
Membersih dan mencuci bilik-bilik VIP termasuk tandas serta membekalkan
tisu, sabun pembasmi kuman dan pewangi tandas
Membersihkan ruang kerja staf, bilik-bilik Ketua, perabot dan kelengkapan
di setiap jabatan, bilik-bilik mesyuarat dan surau
Memungut sampah dari bakul sampah setiap tingkat dan membersihkan
pantry di setiap jabatan
Membersihkan telefon dan meja (menggunakan spray pewangi)
Membersihkan auditorium, bilik latihan, bilik jamming, gymnasium dan
sauna
Polish dan scrub lantai (menggunakan polish shine) serta membersih sawang
di seluruh ruang pejabat termasuk siling
Polish dan scrub lantai (menggunakan polish shine) serta membersih sawang
di seluruh ruang pejabat termasuk siling
Mencuci dan syampu keseluruhan permaidani menggunakan mesin khas
Membuat kerja-kerja disinfeksi @ nyahkuman

32

IMBASAN AKTIVITI
AKTIVITI PERNIAGAAN 2021
KRTB

2) PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

33

IMBASAN JUALAN KOPERASI
AKTIVITI PRIHATIN RAKYAT
KRTB

Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR) 3)Meningkatkan pendapatan koperasi
merupakan sebuah program yang seterusnya dapat meningkatkan taraf
dijalankan di bawah Pakej Perlindungan sosioekonomi anggota dengan
Rakyat dan Pemulihan Ekonomi faedah yang diterima daripada
(PEMULIH). Program ini adalah bagi koperasi.
menggalakkan orang ramai untuk
berbelanja dan membeli barangan Skop Bantuan
keperluan harian di kedai koperasi yang
menawarkan harga yang lebih murah INSENTIF PENGURANGAN HARGA
berbanding pasaran tempatan. BARANGAN KEPERLUAN HARIAN
RAKYAT
Objektif Program ini adalah:
i)Barangan makanan (termasuk
1) Membantu menangani kos sara hidup barangan basah);
rakyat termasuk anggota koperasi ii)Barangan bukan makanan seperti
(terutama golongan B40 dan M40) yang lampin bayi, susu dan lain-lain;
semakin meningkat dan terjejas. iii)Barangan kesihatan dan penjagaan
diri seperti vitamin, pelitup muka,
2)Membantu merancakkan ekonomi pembasmi kuman (handsanitiser &
koperasi terutama sektor pemborongan disinfectant) dan lain-lain; dan
dan peruncitan dengan menggalakkan iv)Produk yang dikeluarkan /
pembelian barang dan produk sama ada diedarkan oleh koperasi / usahawan
keluaran koperasi atau yang dijual di bagi menyokong kempen beli barang
kedai koperasi pada harga patut atau Buatan Malaysia dan membantu
lebih rendah daripada harga pasaran koperasi / usahawan yang terjejas
semasa. dan hilang punca pendapatan.

34

IMBASAN JUALAN KOPERASI
AKTIVITI PRIHATIN RAKYAT
KRTB

35

IMBASAN JUALAN KOPERASI
AKTIVITI PRIHATIN RAKYAT
KRTB

36

IMBASAN PROGRAM INFAQ /
AKTIVITI KEMPEN BENDERA PUTIH
KRTB

Program Infaq / Kempen Bendera Putih merupakan sebuah program yang
dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Umum
mengetahui negara Malaysia bahkan seluruh dunia dilanda wabak koronavirus
atau dikenali sebagai Covid-19 yang boleh menyebabkan jangkitan saluran
pernafasan. Bagi menghentikan penularan virus ini, pihak kerajaan telah
mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana banyak aktiviti
dihadkan daripada beroperasi. Banyak pihak yang terjejas akibat daripada
keadaan ini.

Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap prihatin telah melancarkan satu
kempen kibarkan bendera putih bagi rakyat yang terkesan dan memerlukan
pertolongan terutamanya dalam berdepan cabaran musim pendemik. Koperasi
Rakan TEKUN Berhad (KRTB) mengambil peluang ini dengan membantu dan
menawarkan harga barangan 15% lebih murah berbanding di pasaran.

Kempen Infaq ini telah dijalankan di TEKUN Mart, Terminal Bersepadu Selatan
dan juga di TEKUN Mart, Ibu Pejabat TEKUN NASIONAL. Kempen ini juga telah
dijalankan di platform atas talian seperti di LESGRO dan juga SHOPEE.
Sepanjang program ini dijalankan, pihak KRTB menerima sambutan yang amat
menggalakkan dan menerima banyak tempahan untuk menginfaq barangan
keperluan kepada rakyat yang memerlukan. Kempen ini telah berlangsung
sepanjang tahun 2021.

37

IMBASAN PROGRAM INFAQ /
AKTIVITI KEMPEN BENDERA PUTIH
KRTB

38

BAHAGIAN 4:
LAPORAN LEMBAGA KRTB

LAPORAN PENGURUSAN
KRTB

PRESTASI 25%
KEWANGAN
pendapatan utama KRTB
Pendapatan pada tahun 2021 adalah adalah hasil daripada Ar Rahnu
sebanyak RM1,611,465.82. Sumber
pendapatan utama adalah hasil
daripada keuntungan komisen kutipan
hutang, katering dan Ar Rahnu.

48% KEUNTUNGAN
BERSIH 2021
keuntungan bersih menurun
sebanyak 48% berbanding Keuntungan bersih pada tahun 2021
sedikit menurun berbanding pada tahun
tahun sebelum nya 2020 iaitu sebanyak RM80,350.46
berbanding RM156,637.77

PECAHAN PENDAPATAN MENGIKUT
AKTIVITI

30
20
10

0

PerkhidmatanAKratRearihnnguKomisen CCC PembekIanlsauPnrealBnbasraSagdenaaigwnaPaPTCeneeBunkmPakrdubnaieaingapJmuyaiaMltnauaaaaarmnnntn Fi MasuHikbAanhgBgaotnak
Pembersihan

Perkhidmatan

41

MAKLUMAT AKAUN ANGGOTA

RM460,037.12 RM208,025.00

Jumlah Yuran Jumlah Saham
Terkumpul Anggota Terkumpul Anggota

RM668,062.12

Jumlah Keseluruhan

MAKLUMAT AKAUN KESELURUHAN

RM988,056.11 RM1,050,202.67

Akaun Semasa Repo Bank

RM2,038,258.78

Jumlah Keseluruhan

42

KEANGGOTAAN

IBU PEJABAT 100 200 300 400
JOHOR JUMLAH KAKITANGAN TEKUN NASIONAL
KEDAH

KELANTAN
MELAKA

NEGERI SEMBILAN
PAHANG
PERAK
PERLIS

PULAU PINANG
SABAH

SARAWAK
SELANGOR
TERENGGANU
WILAYAH PERSEKUTUAN

0

JUMLAH ANGGOTA KRTB

36% Oleh itu, usaha giat telah dijalankan oleh
KRTB bagi menggalakkan penyertaan
anggota KRTB terdiri daripada anggota berdaftar dengan KRTB.
kakitangan di Ibu Pejabat
TEKUN Nasional Bilangan anggota KRTB pada akhir 2020
adalah seramai 359 orang. Pada
Disember 2021, jumlah anggota KRTB
telah meningkat sebanyak 3%
menjadikan jumlah anggota keseluruhan
adalah seramai 370 orang.

KRTB sedar bahawa anggota Pihak pengurusan akan terus-terusan
merupakan nadi penggerak kepada mengadakan kempen keanggotaan bagi
sebuah koperasi. menarik lebih ramai lagi warga kerja
TEKUN Nasional untuk menjadi anggota
Koperasi Rakan TEKUN Berhad

43

PEMBIAYAAN Seperti yang sedia maklum, aktiviti
utama KRTB adalah dalam sektor
RM4,778,645 kewangan iaitu memberi pembiayaan
tunai kepada anggota. Aktiviti ini telah
JUMLAH bermula pada bulan Ogos 2017. Pada
PEMBIAYAAN YANG tahun 2020, peruntukan pembiayaan
TELAH LULUS PADA sebanyak 4 juta telah digunakan
TAHUN 2021 sepenuhnya.

KRTB telah menerima pulangan balik
sebanyak RM260,386.55 pada akhir
Disember 2021. Direkodkan seramai 332
orang telah lulus dan menerima
pembiayaan.

EJEN KUTIPAN HUTANG

Pada Jun 2018, KRTB telah menceburi 2,500,000
bidang perniagaan sebagai ejen 2,000,000
kutipan hutang yang melibatkan 1,500,000
seramai 6 orang kakitangan termasuk 1,000,000
seorang pegawai pentadbir. KRTB
telah menerima sebanyak 14,697
akaun daripada TEKUN Nasional
untuk dihubungi. Jumlah hutang
lapuk yang perlu dikutip adalah
berjumlah RM113,508,602.79.

Bermula tahun 2018 sehingga tahun 500,000
2021, jumlah hutang lapuk yang telah
berjaya dikutip adalah sebanyak RM 0
5,551,715.01. Daripada kutipan yang 2018 2019 2020 2021
telah dibuat, KRTB telah menerima
komisen berjumlah RM1,153,431.93.

44

PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN
AR-RAHNU KATERING

SHAH ALAM 43.5% KRTB telah menceburi bidang
WANGSA MAJU 47.8% perkhimatan katering sejak Disember
100% 2020. Umum mengetahui perkhidmatan
SEMENYIH 20.4% katering yang sebelum ini dikendalikan
SENTUL 7.6% oleh Koperasi TEKUN Nasional Berhad
98.7% (KTNB) dan kini telah diserahkan kepada
ALOR SETAR 79.6% KRTB.
TAWAU 27.5%
20.2% Perkhidmatan katering ini dijalankan
KOTA BHARU
JOHOR BHARU dengan kekuatan tiga (3) orang
TANAH MERAH

KRTB telah mengadakan usahasama kakitangan yang sentiasa komited dalam
dengan Jabatan Produk Ar Rahnu TEKUN
untuk mewujudkan perkhidmatan pajak memberikan perkhidmatan yang
gadai islam atas persetujuan
perkongsian keuntungan dengan kadar cemerlang. Pada akhir tahun 2021,
80:20.
perkhidmatan katering telah

mencatatkan jumlah tempahan sebanyak

RM135,558.80 dan melibatkan kos

sebanyak RM93,212.77.

Sehingga kini sebanyak 10 lesen Ar

Rahnu telah diperolehi oleh KRTB Pengurusan KRTB mengharapkan
perkhidmatan katering ini akan
daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. berkembang maju dan dapat
diperkenalkan kepada pasaran luar.
Diantara 10 cawangan Ar Rahnu, 8

cawangan daripadanya telah

memperoleh keuntungan.

Jumlah keuntungan yang diperolehi RM135,558.80

daripada 8 cawangan ini adalah Jumlah Tempahan

sebanyak RM1,222,398.73. Ar Rahnu RM93,212.77

Cawangan Semenyih mencatatkan Kos Belian

keuntungan tertinggi iaitu sebanyak

RM251,672.99. Di ikuti dengan

Cawangan Tawau sebanyak

RM248,525.61

Daripada pecahan perkongsian

keuntungan yang telah dipersetujui,

KRTB telah menerima keuntungan

bersih sebanyak RM244,479.75

45

PENDAPATAN BERSIH PERKHIDMATAN
20.7% PEMBERSIHAN

ANGGARAN PERBELANJAAN PENDAPATAN
0.5% 50%

KOS OPERASI Pada tahun 2021, KRTB memperoleh
28.7% pendapatan bersih sebanyak RM97,080
setelah ditolak kos operasi dan
KRTB telah menceburi bidang perbelanjaan bulanan.
perkhidmatan pembersihan pada awal
tahun 2021. Pasukan pembersihan KRTB Pengurusan KRTB menjadikan
terdiri daripada 9 orang kakitangan dan
diselia oleh seorang pegawai. perkhidmatan pembersihan di

Perkhidmatan pembersihan merupakan bangunan Ibu Pejabat TEKUN Nasional
sebuah perniagaan yang mempunyai risiko
yang rendah dan pendapatan yang ini sebagai projek perintis dan akan
memuaskan.
merangka perancangan yang lebih

strategik bagi menawarkan

perkhidmatan ini kepada agensi /

syarikat di luar.

KEDAI SERBANEKA TEKUN
MART
Kedai serbaneka TEKUN Mart telah beroperasi sejak
750,000 tahun 2019 lagi. Pada tahun 2020, jumlah jualan
adalah sebanyak RM458,007.62 dan melibatkan kos
belian sebanyak RM222,232.26.

500,000 Pada tahun 2021, prestasi jualan menurun sebanyak
55% akibat daripada pandemik covid-19. Perintah
250,000 Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan
sedikit sebanyak membantutkan operasi di TEKUN
0 Mart. Pengunjung di Terminal Bersepadu Selatan
2020 (TBS) berkurangan sejak PKP dilaksanakan.

Jumlah jualan yang direkodkan adalah sebanyak
RM205,798.10 dan melibatkan kos belian sebanyak
RM109,561.10. Pengurusan KRTB akan bekerja lebih
keras untuk meningkatkan jualan di kedai serbaneka
2021 TEKUN Mart.

46

JURUAUDIT LUAR REJAB & ASSOCIATES

PENYATA KEWANGAN
KRTB BAGI TAHUN
BERAKHIR 2021

KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAI)

Didaft arkanp"d"14&":$:;AH*:iil-ll,tfff K'PERASIlee3

PENYATA KEWANGAN
BERAKTIIR PADA
3I DISEMBER 2A2I

REJAB & ASSOCTATES

JURUAUDIT KOPERASI BERTAULIAH

No Kelulusan Mengaudit : SKM(A)o552
(Ahli The Institute of Cooperative & Management Auditors)

KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD
Didaftarkan pada 14hb Ogos 2015 dibawah Akta Koperasi 1993

(No. Pendaftaran : W4-1 059)

IsiKandungan Muka surat

1. Maklumat Koperasi 1
2. Laporan Juruaudit
3. Laporan Berkanun Anggota Lembaga Koperasi 2-4
4. KunciKira-Kira 56
5. Akaun Pembahagian Keuntungan 7-B
6. RugiAkaun Untung
7. MerahAkaun Ar-Rahnu Cawangan Tanah g
8, TunaiPenyata Aliran
9. Nota-Nota KepadaAkaun t0

10. Akaun Ar-Rahnu Semua Cawangan 11

12 25

13 -

26

TS01-01, Menara 5 Llngkaran Maju,
Jalan Lingkaran Tengah 2
Bandar Tasik Selatan
57000 Kuala Lumpur

03-90598928 / 29

ilffiEiE,ffi Koperasi Hakan TEKUIT{ Berhad 1w-4"10se}
T5-01-01 , Menara 5, tingkaran Maju, Jalan Lingkaran Tergah,

BandarTasik Selatan ,57000 Kuata Lumpur

MAKLUMAT KOPERASI

ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

Pengerusi : En. Omar Bin Othman
Setiausaha : Puan Nadiah Hani bintiAli
Bendahari : En. Aishamuddin Bin Zulkefli
Anggota Lembaga : En. Yasir Bin Salam
: En. Mohamad Razman Bin Razak
: Puan Suhaily Raini Binti Md Hamdan
: Puan Zaiton BintiAbd Rahman
: En. Che Othman bin Che Wil@ lsmail
: En, Md Zaid bin Md Ismail

JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN

JAD 1 ;YBhg Dato'Zulhelmi Bin Abdul Halim
JAD 2 : Puan Noor Shahrinaz Binti Mohamed Hassan
JAD 3 : Cik Aisah Binti Reduan

PENGURUSAN KOPERASI : Norshazli Bin Ramli
Pengurus Besar

ALAMAT BERDAFTAR :T5-01-01, Menara 5, Lingkaran Maju,
Jalan Lingkaran Tengah,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur

TELEFON : 03-9059 8928

FAX : 03-9059 9292

EMAIL : [email protected]

BANK UTAMA : CIMB lslamic Bank Berhad
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Malayan Banking Berhad

JURUAUDIT LUAR : REJAB & ASSOCIATES
J uruaudit Koperasi Bertauliah
No Lesen Mengaudit : SKM(A)0552

8g28i29 939$Tsl : +603-905S Emel :[email protected] https:/lkoperasirakantekun.com/
Faks :+6S3-9G59


Click to View FlipBook Version