PORTFOLIO EDUP3153 TUGASAN 2 www.reallygreatsite.com
Nama No. K/P Angka Giliran Program Semester Kursus Nama Pensyarah Tarikh Hantar : : : : : : : : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN WAN KHALIDA EDRYNA BINTI WAN ROZAIDI 03082101-01-0570 2021252340748 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 2 TAHUN 2 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN EN. RODI BIN IDRIS 21 MARCH 2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU EDUP3153 TUGASAN 2 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: DYNA Tarikh : 21/3/2024
KANDUNGAN PENDAHULUAN DEFINISI & TUJUAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) INSTRUMEN 1 (CATATAN GURU & MURID) KAEDAH PEMERHATIAN AKTIVITI MURID TAJUK PDP (STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI) KEUPAYAAN INSTRUMEN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN 2 (LEMBARAN KERJA) KAEDAH PEMERHATIAN AKTIVITI MURID TAJUK PDP (STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI) KEUPAYAAN INSTRUMEN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INSTRUMEN 3 (PORTFOLIO) KAEDAH PEMERHATIAN AKTIVITI MURID TAJUK PDP (STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI) KEUPAYAAN INSTRUMEN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN RUMUSAN RUJUKAN
Definisi tujuan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Ia dilaksanakan dalam bentuk formatif untuk memperbaiki pembelajaran murid dan bentuk sumatif pula untuk dapatkan perkembangan murid (Os,2022). Pentaksiran PBD ini dilakukan oleh guru dari segi merancang, membina, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor. PBD juga diguna pakai untuk semua mata pelajaran. Pentaksiran ini bukanlah untuk membanding tahap penguasaan di antara murid malah ianya bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping mambantu guru untuk menambah baik teknik atau kaedah pengajarannya
Instrumen 01 (Catatan guru & murid)
Kaedah Pemerhatian
Terdapat dua jenis kaedah yang digunakan di dalam instrumen penilaian tersebut Pertama sekali adalah kaedah pemerhatian. Hal ini kerana apabila guru mendengar murid-murid bercerita di hadapannya tanpa gangguan atau interaksi langsung, untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan objektif (Instrumen Kajian, n.d). Kaedah yang kedua telah digunakan dalam instrumen penilaian ini adalah lisan. Ini berlaku apabila murid melakukan pembentangan dihadapan guru terhadap penceritaan pelajar dan sebutan yang jelas serta intonasi yang betul yang jelas
AKTIVITI MURID
Aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa penilaian adalah murid perlu bercerita atau melakukan pembentangan dengan sebutan jelas serta intonasi yang sesuai di hadapan guru berdasarkan video yang telah ditonton di dalam kelas. Di samping itu, penggunaan ayat yang mengandungi wacana juga diambil kira oleh guru.
G R A P H I C D E S I G N TAJUK PDP (STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD KANDUNGAN)
Berdasarkan instrumen penilaian yang ditunjukkan, tajuk untuk Pengajaran dan Pembelaran murid (PdP) adalah kemahiran membaca bagi tahun 4. Standard Kandungannya ialah asas membaca dan memahami. Seterusnya, bagi Standard Pembelajaran pula ialah murid dapat membaca dan memahami petikan dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai. Untuk Standard Prestasi pula ia merangkumi tahap 1 hingga 6.
KEUPAYAAN INSTRUMEN
Notes: Berdasarkan instrumen yang telah digunakan oleh guru adalah kurang berkesan. Hal ini kerana penialaian instrumen tersebut terlalu ringkas untuk murid. Merujuk gambar instrumen tersebut adalah guru hanya mempunyai dua jenis kategori iaitu menguasai atau menguasai tahap minima. Instrumen yang dilakukan adalah sesuai untuk aktiviti sebegini namun bagaimanapun instrumen yang dihasilkan perlu mempunyai catatan, tahap penguasaan dan sebagainya.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi penambahbaikan instrumen yang telah dilakukan ianya perlu diubah dari segi instrumen perlu mempunyai catatan untuk menulis sebab atau justifikasi agar keputusan yang dilakukan oleh guru mempunyai bukti yang kukuh serta mudah untuk ibu bapa memahami. Seterusnya, cadangan yang lain pula ialah ketepatan dan kekemasan catatan guru, iaitu guru perlu meastikan catata guru teratur dan mudah dibaca. Misalnya gunakan bahasa yang jelas dan ringkas. Selain itu, untuk penambahbaikan instrument tersebut ialah catatan kemajuan murid. Sebagai seorang guru yang cekap, guru perlu sertakan butiran tentang kemajuan murid dari segi prestasi akademik, kemahiran sosial dan perkembangan keseluruhan. Guru juga perlu mencatat perubahan positif fan langkah-langkah untuk membantu murid yang mempunyai masalah agar mudah untuk guru lakukan interversi kepada murid. Di samping itu, guru juga boleh melakukan kolaborasi dengan murid, iaitu melibatkan murid dalam proses catatan (Cadangan Penambahbaikan, 2015). Misalnya, guru meminta murid untuk memberi pandangan tentang apa yang perlu dicatat dan bagaimana catatan boleh diperbaiki. Hal ini kerana catatan guru dan murid adalah alat yang penting untuk memahami dan meningkatkan proses pembelajaran. Dengan penambahbaikan yang sesuai, catatan ini pasti dapat memberi manfaat yang lebih besar kepada semua pihak yang terlibat.
INSTRUMEN 2 (LEMBARAN KERJA)
KAEDAH BERTULIS
Berdasarkan instrumen kedua, kaedah yang digunakan adalah kaedah bertulis terhadap murid. Melalui kaedah ini guru dapat menilai pemahaman konseptual murid, kemampuan menulis serta Kemahiran berfikir secara kritis. Selain itu, melalui kaedah bertulis yang telah dijalankan murid mempunyai peluang untuk mengutarakan pemikiran dan pengetahuan mereka dalam bentuk struktur. Seterusnya, pentaksiran ini juga sangat berguna untuk mengesan perkembangan intelek serta kemahiran murid setiap masa (PBD-Modul 3 – Pentaksiran Secara Bertulis, n.d).
AKTIVITI MURID
Melalui instrumen ini murid dapat melakukan aktiviti membina ayat berdasarkan rangkai kata dan gambar rajah. Oleh itu, guru dapat menilai kemahiran kognitif murid dalam membina ayat berdasarkan rangkai kata dan gambar rajah yang ditunjukkan. Guru juga dapat menilai susunan ayat yang dibina oleh murid samada sesuai atau tidak dengan rangkai kata yang diberikan dan juga menilai murid dalam menggunakan struktur tatabahasa yang betul termasuk subjek dan predikat (Academy 2023). Akhir sekali, guru juga dapat menilai murid melalui aktiviti ini adalah kefahaman murid, iaitu memahami konsep yang diajar melalui ayat yang dibina.
TAJUK PDP (STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD KANDUNGAN)
Instrumen ini menilai tajuk Kemahiran menulis untuk tahun 4. Standard Kandungan (SK) yang diambil dalam instrumen adalah 3.2. menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya, Standard Pembelajaran (SP) yang dipilih dalam instrumen tersebut ialah 3.2.2. menghasilkan jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dan kreatif. Bagi Standard Prestasi pula instrument ini merangkumi tahap penguasaan 1 hingga 6.
KEUPAYAAN INSTRUMEN
Instrumen lembaran kerja ini amatlah sesuai digunakan untuk mentafsir pemahaman murid dalam matapelajaran ini. Hal ini kerana lembaran kerja mampu menilai sejauh mana murid memahami konsep yang telah diajar oleh guru melalui soalansoalan yang telah disediakan. Selain itu, instrumen ini juga sangat sesuai kerana guru dapat menilai kemahiran berfikir secara kritis oleh murid dalam menjawab soalan yang telah disediakan. Lembaran kerja merupakan sebahagian daripada proses penilaian yang berterusan serta holistik yang mengambil kira pelbagai aspek pembelajaran murid. Oleh itu, instrumen ini amat berkesan untuk menilai murid serta sesuai dengan aktivit yang dilakukan oleh murid iaitu membina ayat dengan menggunakan rangkai kata beserta gambar rajah.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Notes Cadangan untuk melakukan penambahbaikan melalui instrument ini adalah dengan menggunakan teknologi selaras dengan kemajuan era kini. Guru boleh menukarkan penggunaan kertas kepada platform digital seperti Kahoot, Quizizz dan pelbagai lagi agar murid berasa keseronokan dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran(PdP) bermakna (Panduan PerlaksanaanPBD-secara Dalam Talian, 2021)Selain itu, untuk penambahbaikan instrumen ini adalah dalam menggayakan kandungan, iaitu dengan menggunakan elemen multimedia seperti video dan audio. Ianya adalah untuk menyokong soalan lembaran kerja. Melalui cara ini, ia dapat membantu murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza agar lebih seronok.
NOTES KAEDAH INSTRUMEN 3 (PORTFOLIO)
NOTES
KAEDAH BERTULIS
NOTES Melalui instrumen portfolio yang telah dilakukan oleh murid, kaedah yang dapat dinilai ialah kaedah bertulis. Hal ini kerana murid hanya perlu menulis berkaitan tajuk yang diberikan di dalam portfolio. Selain itu, melalui kaedah bertulis murid dapat menerangkan intipati berdasarkan tajuk yang diberikan dengan lebih mendalam serta jelas. Sebagai contoh di dalam kaedah bertulis untuk melakukan portfolio murid dapat melakukan banding beza menggunakan jadual dengan jelas. Seterusnya, melalui kaedah ini juga murid belajar untuk menulis ayat yang bermakna bahasa iaitu ayat perlu jelas, teratur dan sesuai.
AKTIVITI MURID
Seterusnya, berkaitan dengan aktiviti yang murid lakukan dalam portfolio ini adalah murid menyatakan tentang perayaan di Malaysia. Murid perlu menyatakan jenis perayaan yang utama ada di Malaysia iaitu hari raya aidilfitri, hari raya aidiladha, tahun baru cina, dheepavali, thaipussam, krismas, hari wesak, vaisakhi, hari gawai dan pesta kaamatan. Selain itu, aktiviti yang murid perlu lakukan di dalam portfolio tersebut adalah murid perlu menyatakan tujuan sambutan perayaan di Malaysia dengan jelas. Melalui aktiviti ini murid akan memahami mengapa banyak jenis perayaan di Malaysia dan mengapa perlu disambut. Di samping itu, aktiviti yang dilakukan oleh murid menggunakan instrumen ini adalah murid perlu mencari dan menyatakan perbezaan cara sambutan raya di antara dulu dan kini. Oleh itu, aktiviti yang telah murid lakukan menggunakan instrumen ini adalah amat bagus kerana murid dapat memahami sejarah dan perkembangan dengan melakukan perbandingan cara sambutan perayaan dahulu dan sekarang, murid dapat memahami bagaimana tradisi dan budaya sering berubah mengikut peredaran zaman. Hal ini membantu untuk murid menghargai Sejarah dan mengenali perubahan sosial.
TAJUK PDP (STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD KANDUNGAN)
Tajuk yang digunakan dalam instrumen ini adalah tajuk 11 (Kita rakyat Malaysia). Seterusnya, bagi Standard Kandungan pula 11.3 Perayaan Masyarakat di Malaysia. Berkaitan Standard Prestasi yang diambil dalam instrument ini adalah murid boleh 11.3.1 menyatakan perayaan utama masyarakat di Malaysia. Standard Kandungan yang kedua pula ialah 11.3.2 menerangkan tujuan sambutan perayaan di Malaysia. Akhir sekali, standard Kandungan yang dipilih ialah 11.3.3 Menjelaskan cara sambutan perayaan dahulu dan kini. Bagi Standard Prestasi untuk instrument ini adalah tahap 1 hingga 6.
KEUPAYAAN INSTRUMEN
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, instrumen ini berkeupayaan dalam mentaafsir murid. Hal ini kerana guru dapat melihat pemahaman murid dalam menulis portfoilio. Selain itu, melalui instrumen ini guru dapat menilai pemahaman murid terhadap konsep-konsep pmbelajaran. Ini juga dapat membantu guru untuk menyesuaikan pengajaran dan sokongan yang diberikan. Melalui instrumen ini ia juga sesuai dengan aktiviti yang telah dilakukan oleh murid kerana portfolio memberikan gambaran yang lebih holistik tentang pencapaian murid. Ianya lebih daripada sekadar angka atau markah ujian. Seterusnya, melalui instrument ini juga guru bukan sahaja dapat melihat kemajuan murid bahkan dapat melihat kreativiti dan kekemasan portfolio. Guru boleh menilai sejauh mana murid dapat Menyusun hasil kerja mereka. Oleh hal yang demikian, dengan menggunakan instrumen portfolio, guru dapat memahami murid secara menyeluruh dan memberikan sokongan yang lebih baik dalam proses pembelajaran yang seterusnya.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan untuk instrumen ini adalah ialah reka bentuk visual. Iaitu buat portfolio yang menarik menggunakan reka bentuk visual. Murid perlu melakukan portfolio menggunakan imej, grafik dan warna yang sesuai untuk menonjolkan portfolio kepada guru. Cadangan yang seterusnya ialah ketepatan dan kekemasan. Murid perlu memastikan portfolio murid teratur dan mudah untuk dilihat. Murid perlu sertakan maklumat asas seperti nama, gambar profil dan butiran peribadi. E-mel dan nombor telefon murid juga perlu diletakkan dalam portfolio agar mudah untuk guru menghubungi mereka.
RUMUSAN
Kesimpulannya, melalui pentaksiran bilik darjah (PBD) menggunakan instrumen yang telah disemak adalah penting untuk menilai tahap penguasaan murid. Guru dapat memantau perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran. Jika terdapat kelemahan dalam pembelajaran murid, guru boleh mengambil Tindakan susulan dengan segera. Ini membantu memastikan murid terus berkembang (Hailmi, 2018). Oleh itu, guru juga harus memilih instrument yang betul sebelum melakukan pentaksiran terhadap murid agar penilaian berhasil dan jelas.
RUJUKAN
Os, C. (2022, August 31). APA ITU PBD?PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH. Portal Cikgu. https://portalcikgu.com/apa-itupbd.htm Hailmi, C. (2018, December 28). Faham Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Dengan Lebih Mudah. cikgu hailmi. https://www.cikguhailmi.com/2018/12/faham-pentaksiran-bilik-darjahpbd.html? ssp=1&darkschemeovr=1&setlang=en&cc=MY&safesearch=moderate &m=1 Panduan Perlaksanaan-PBD-secara dalam talian. (2021, August). Pendidik2u. https://www.pendidik2u.my/wpcontent/uploads/2021/08/Panduan-Pelaksanaan-PBD-Secara-DalamTalian.pdf? ssp=1&darkschemeovr=1&setlang=en&cc=MY&safesearch=moderate PBD - Modul 3 - Pentaksiran secara bertulis. (n.d.). https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pbd-modul3/pentaksiransecara-bertulis? ssp=1&darkschemeovr=1&setlang=en&cc=MY&safesearch=moderate Cadangan penambahbaikan. (2015, October 25). [Slide show]. SlideShare. https://www.slideshare.net/clinie/cadanganpenambahbaikan? ssp=1&darkschemeovr=1&setlang=en&cc=MY&safesearch=moderate instrumen kajian. (n.d.). Pluginfile. http://ocw.utm.my/pluginfile.php/2454/mod_resource/content/0/Topic 7InstrumenKajian.pdf? ssp=1&darkschemeovr=1&setlang=en&cc=MY&safesearch=moderate