EDUP3153-Pentaksiran dalam Pendidikan Amirah Auni Binti Zamri Penilaian Instrumeninstrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Yang Dilaksanakan di Bilik Darjah di Sekolah
Nama : AMIRAH AUNI BINTI ZAMRI Angka Giliran : 2021252340751 Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester : SEMESTER 2 TAHUN 2 Kursus : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama Pensyarah : ENCIK MD RODI BIN IDRIS Tarikh Hantar : 21 MAC 2024 PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Tarikh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN EDUP3153 TUGASAN 2 (PENGHASILAN PRODUK)
ISI KANDUNGAN Pengenalan Konsep Pentaksiran Bilik Darjah. Penilaian Instrumen 1 Lembaran Kerja Kaedah Aktiviti Tajuk PdP Keupayaan Instrumen
ISI KANDUNGAN Penilaian Instrumen 2 Lembaran Kerja Kaedah Aktiviti Tajuk PdP Keupayaan Instrumen Cadangan Penambahbaikan Penilaian Instrumen 3 Refleksi Kendiri Murid Kaedah Aktiviti Tajuk PdP Keupayaan Instrumen Cadangan Penambahbaikan
Pengenalan: Konsep Pentaksiran Bilik Darjah Konsep Pentaksiran Bilik Darjah
Menelusuri era globalisasi, Sistem Pendidikan di Malaysia semakin maju iaitu dasar pendidikan sentiasa berubahubah mengikut kesesuaian dan keperluan murid kini supaya pembelajaran bermakna dan berkesan dapat dicapai oleh murid-murid. Demikian itu, untuk mengukur tahap kemajuan murid tersebut, satu pentaksiran telah dilaksanakan ke atas mereka. Pentaksiran merupakan suatu proses yang dilaksanakan sepanjang tempoh pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah keatas murid oleh guru untuk mengumpulkan data dan maklumat berkenaan perkembangan dan penguasaan murid terhadap pembelajaran (Mardziah Abdullah et al., 2019).
Melalui pentaksiran yang telah dilaksanakan, guru dapat membuat penambahbaikan terhadap pengajaran mereka setelah mengenal pasti kelemahan murid selain dapat membantu mereka meningkatkan penguasaan dalam pembelajaran tersebut melalui maklum balas yang diberikan (Siti Syahirah Suhaimi, 2017). Perkara ini adalah bertujuan untuk memberikan satu pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid. Sementelahan itu, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan satu proses yang berlangsung secara berterusan untuk mengukur penguasaan murid terhadap kemahiran dan pembelajaran mereka terhadap matlamat dan objektif kurikulum yang telah ditetapkan (Kausalya Gopala Pilai dan Faridah Mydin Kutty, 2022).
Menurut Fara Izzati Marnizam dan Siti Rahaimah Ali (2021), PBD merupakan satu pentaksiran yang bersifat menyeluruh dengan tujuan untuk mengukur murid tersebut melalui aspek yang merangkumi kognitif, kemahiran, psikomotor dan afektif terhadap murid iaitu tidak berfokuskan kepada pentaksiran peperiksaan sahaja. Ironinya, satu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dijalankan dengan dengan teliti dan betul dapat memberikan hasil pengukuran perkembangan murid yang tepat terhadap objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru berdasarkan standard pembelajaran yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi setiap subjek.
Demikian itu, 3 instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah dikumpulkan untuk menyelesaikan tugasan kursus EDUP3153 Pentaksiran dalam Pendidikan iaitu penghasilan produk yang terdiri daripada 2 instrumen lembaran kerja dan satu instrumen refleksi kendiri yang melibatkan subjek Sejarah dan Pendidikan Islam. Ekoran itu, untuk memperolehi instrumen-instrumen tersebut, saya telah berhubung dengan guru Sejarah iaitu Encik Zainal Abidin Bin Din daripada Sekolah Kebangsaan Gong Balai. Justeru itu, dalam penghasilan e-portfolio ini aspek yang ditekankan ialah penilaian terhadap instrument PBD yang dijalankan kepada murid di bilik darjah.
INSTRUMEN 1: LEMBARAN KERJA
LEMBARAN KERJA
KAEDAH Meneruskan agenda, Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pertama yang saya dapati ialah instrumen pentaksiran lembaran kerja bagi mata pelajaran Sejarah. Melalui pentaksiran lembaran kerja ini, kaedah yang digunakan untuk menjalankan instrumen ini ialah kaedah bertulis dimana guru menyediakan lembaran kerja berdasarkan standard pembelajaran yang telah ditetapkan dan diagihkan kepada murid-murid di kelas.
KAEDAH Demikian itu, menurut saya kaedah penulisan yang dilaksanakan keatas instrumen pentaksiran lembaran kerja ini adalah sesuai. Hal ini kerana, melalui aktiviti menulis ini, murid dapat mengembangkan kemahiran kognitif mereka melalui aspek berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah data yang diterima seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian selain dapat memantapkan lagi kemahiran menulis mereka (Che Zanariah Che Hassan dan Fadzillah Abd Rahman, 2011).
AKTIVITI Dalam pada itu, aktiviti yang dilaksanakan kepada instrumen lembaran kerja adalah aktiviti secara individu. Rentetan itu, setiap murid dikehendaki untuk menjawab lembaran kerja yang telah disediakan dan diagihkan oleh guru kepada mereka mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Menurut saya, aktiviti lembaran kerja ini yang dilaksanakan secara individu adalah sesuai kerana Standard Kognitif bagi soalan tersebut merupakan kemahiran mengetahui dan memahami iaitu tidak memerlukan pelbagai pendapat dan idea untuk menyelesaikan lembaran kerja tersebut.
AKTIVITI Melalui lembaran kerja ini juga, guru dapat mengumpul maklumat berkenaan penguasaan murid terhadap pengetahuan asas topik tersebut sebelum guru meneruskan pembelajaran pada tahap Standard Kognitif yang lebih kompleks dan mengambil tindakan pengayaan jika murid-murid belum menguasai pengetahuan asas topik tersebut. Selain itu, melalui aktiviti lembaran kerja secara individu ini juga dapat memastikan penglibatan murid secara menyeluruh iaitu setiap murid perlu mengekspresikan kefahaman dan pengetahuan mereka terhadap apa yang telah dipelajari.
TAJUK PdP Seterusnya, untuk menghasilkan lembaran kerja ini, guru telah merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah tahun 4 bersandarkan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi supaya ia bersesuaian dengan topik yang diajarkan kepada murid. Berdasarkan lembaran kerja tersebut, Standard Kandungan yang digunakan ialah 1.2 iaitu Pengertian Diri dan Keluarga manakala Standard Pembelajaran yang dipilih pula ialah 1.2.1 Menyatakan biodata diri merangkumi maklumat yang terkandung dalam sijil kelahiran, Mykid begitu juga kad pengenalan diri sekolah.
TAJUK PdP Tambahan lagi, guru juga telah merujuk kepada Standard Prestasi iaitu Standard ahap Prestasi (TP) daripada tahap penguasaan 1 sehingga tahap penguasaan 6 yang telah termaktub dalam DSKP Sejarah Tahun 4 supaya ia bersesuaian dengan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang digunakan dalam lembaran kerja yang dihasilkan. Intihanya, perkara ini membuktikan bahawa instrumen lembaran kerja sebagai PBD ini adalah bertepatan dengan kandungan DSKP Sejarah Tahun 4 yang telah ditetapkan.
KEUPAYAAN INSTRUMEN Selain itu, instrumen lembaran kerja yang telah dilaksanakan oleh guru tersebut berkebolehan untuk mentaksir murid-murid tersebut. Hal ini kerana, kandungan dalam lembaran kerja tersebut adalah berdasarkan DSKP Sejarah Tahun 4 iaitu bertepatan dengan apa yang ingin diuji atau dinilai. Instrumen lembaran kerja ini dikatakan berupaya untuk mentaksir murid juga kerana arahan yang diberikan dalam lembaran kerja tersebut adalah jelas, ringkas dan mudah untuk difahami iaitu bersesuaian dengan tahap kognitif mereka. Hal demikian itu, data atau maklumat perolehan daripada instrumen pentaksiran lembaran kerja adalah lebih tepat dan betul. Demikian itu, melalui instrumen ini juga, guru dapat merancang penambahbaikan dan pengukuhan selain memberikan maklum balas yang membina kepada murid yang dikenal pasti masih belum menguasai pembelajaran tersebut.
INSTRUMEN 2: LEMBARAN KERJA
LEMBARAN KERJA
KAEDAH Agenda seterusnya, instrumen kedua Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang saya perolehi daripada guru Sekolah Rendah Gong Balai juga merupakan lembaran kerja. Lembaran kerja ini merupakan lembaran kerja bagi mata pelajaran Sejarah bagi tahun 5. Kaedah untuk instrumen lembaran kerja ini turut menggunakan kaedah secara bertulis dan dalam makluman saya lembaran kerja tersebut diambil daripada buku latihan yang dibeli oleh guru Sejarah. Pada pendapat saya, pelaksanaan lembaran kerja tersebut dengan menggunakan kaedah bertulis adalah sesuai.
KAEDAH Hal ini kerana, melalui kaedah bertulis, murid-murid dapat meneroka pengetahuan, dan menggunakan pancaindera begitu juga anggota badan lain seperti penglihatan, sentuhan anggota tangan, akal fikiran dan lainlain untuk merangsang dan mengingat kembali pembelajaran mereka.
AKTIVITI Sementelahan itu, aktiviti lembaran kerja adalah berbeza-beza bergantung kepada konteks pembelajaran yang telah diajarkan kepada murid-murid. Demikian itu, aktiviti lembaran kerja ini telah dilaksanakan secara individu. Hal ini kerana, aktiviti secara individu berkebolehan untuk mengembangkan pencapaian murid namun begitu aktiviti berkumpulan juga membantu kepada murid terutamanya mereka yang mengalami masalah pembelajaran. Demikian ini kerana, murid-murid akan saling berkongsi idea dan saling membantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan tugasan (Mohd Annorhisham Adam dan Abdul Rahim Hamdan, 2017).
AKTIVITI Pada penilaian saya, aktiviti lembaran kerja ini yang dilaksanakan secara individu adalah kurang bersesuaian kerana lembaran tersebut berada pada Standard Kognitif menilai. Hal ini kerana, murid-murid perlu menilaikan pernyataan-pernyataan tersebut adakah benar atau salah. Ekoran daripada itu, murid-murid yang tidak dapat menyelesaikan tugasan tersebut cenderung untuk mendiamkan diri akhirnya tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut.
TAJUK PdP Selain itu, pemilihan tajuk bagi lembaran kerja ini adalah merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah tahun 5 iaitu Standard Kandungan 8.1 Institusi Yang di-Pertuan Agong. Pemilihan lembaran kerja ini adalah berdasarkan kepada Standard Kandungan yang telah selesai pembelajarannya iaitu 8.1.4 Menyenaraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan 8.1.5 iaitu Menyenaraikan alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
TAJUK PdP Seterusnya, untuk membuat pemilihan lembaran kerja ini, guru juga telah mengambil kira Standard Prestasi yang bersesuaian dengan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang telah dipilih. Setiap Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi adalah merujuk kepada DSKP Sejarah Tahun 4 iaitu menepati apa yang telah murid-murid pelajari.
KEUPAYAAN INSTRUMEN Lain daripada itu, instrumen lembaran kerja yang dilaksanakan kepada murid ini adalah bertepatan dengan kandungan DSKP Sejarah Tahun 4 untuk mentaksir murid-murid Tahun 4. Walau bagaimanapun, saya dapati instrumen lembaran kerja ini kurang berupaya untuk menilai perkembangan dan kemajuan murid-murid kerana kemahiran yang dinilai dalam lembaran kerja tersebut melebihi satu kemahiran iaitu menyenaraikan bidang tugas Yang diPertuan Agong dan menyenaraikan alatan kebesaran Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong.
KEUPAYAAN INSTRUMEN Demikian itu, murid cenderung untuk keliru dengan tugasan tersebut kerana ia telah bercampur aduk antara dua kemahiran bagi dua Standard Pembelajaran. Selain itu, lembaran kerja tersebut juga diambil daripada buku latihan menyebabkan susunan soalan tersebut mungkin tidak mengambil kira tahap penguasaan murid-murid sama ada pada tahap yang baik, sederhana atau lemah. Oleh itu, lembaran kerja ini dikatakan kurang berupaya untuk mentafsir tahap penguasaan murid terhadap topik yang telah diajarkan.
Cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan keatas lembaran kerja ini ialah guru boleh mengubah suai soalan sedia ada pada lembaran tersebut supaya ia lebih menarik dan bersesuaian dengan murid tersebut. Hal ini, guru perlu mengubah suai soalan tersebut mengikut latar belakang pembelajaran murid-murid yang terdiri daripada visual, auditori dan kinestatik. Misalnya, guru boleh menambahkan gambar-gambar berkaitan soalan sebagai rujukan yang dapat membantu murid-murid menyelesaikan tugasan tersebut. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Selain itu, guru juga perlu meletakkan satu Standard Pembelajaran sahaja pada satu aktiviti lembaran kerja supaya murid-murid tidak merasa terbeban dengan tugasan tersebut. Oleh itu, guru juga perlu untuk menghasilkan sendiri aktiviti lembaran kerja kerana ia mampu untuk menarik minat murid untuk melakukan aktiviti pengayaan terhadap pembelajaran pada hari tersebut. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
INSTRUMEN 3: REFLEKSI KENDIRI MURID
REFLEKSI KENDIRI MURID
KAEDAH Sementara itu, instrumen ketiga yang telah saya perolehi hasil berkolaborasi dengan guru Sejarah dari SK Gong Balai tersebut ialah refleksi kendiri murid. Menurut (Norhaslina Sulaiman et al. (2018), refleksi dapat didefinisikan sebagai pengalaman dalam kehidupan individu iaitu memerlukan seseorang mengingat dan merenung semula apa yang telah mereka pelajari. Selain itu, melalui refleksi juga individu tersebut dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan mereka terhadap pembelajaran yang telah dihadapi (Norhaslina Sulaiman et al, 2018).
KAEDAH Kaedah yang digunakan untuk melaksanakan refleksi kendiri ini ialah kaedah bertulis. Kaedah bertulis telah ditekankan dalam refleksi kendiri ini kerana melalui penulisan, murid dapat menyalurkan perasaan mereka selain dapat mengekspresikan pemikiran dan pengalaman mereka terhadap aktiviti yang telah dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru itu, dapat dilihat bahawa kaedah bertulis adalah bersesuaian dengan instrumen pentaksiran refleksi kendiri ini.
AKTIVITI Meneruskan lagi, aktiviti yang dijalankan bagi instrumen pentaksiran refleksi kendiri ini ialah refleksi murid terhadap aktiviti pembentangan bagi tajuk Institusi Yang di-Pertuan Agong bagi subtopik bidang tugas Yang diPertuan Agong dan kepentingan mentaati raja dan negara. Aktiviti tersebut telah dijalankan secara berkumpulan iaitu terdiri daripada 5 orang satu kumpulan di mana 2 kumpulan akan membentangkan berkenaan bidang tugas Yang di-Pertuan Agong dan 2 kumpulan lagi membentangkan tentang kepentingan mentaati raja dan negara.
AKTIVITI Bagi penilaian saya, aktiviti ini sesuai untuk dijalankan secara berkumpulan atau dikenali sebagai pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah pembelajaran yang dijalankan secara berkumpulan iaitu murid-murid akan saling membantu dan saling berinteraksi dalam proses pembelajaran. Seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan atau tugasan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan hasil daripada pandangan dan idea yang diberikan oleh rakan-rakan sekumpulan (Sarizan Mursid dan Nor Ainaa Syuhada, 2021).
TAJUK PdP Instrumen pentaksiran refleksi kendiri murid bagi aktiviti pembetangan yang telah dijalankan ini berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah tahun 5 yang meliputi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Standard Kandungan yang dirujuk untuk refleksi kendiri murid bagi aktiviti pembentangan tersebut ialah 8.1 iaitu Institusi Yang di-Pertuan Agong manakala Standard Pembelajaran yang dipilih atau dirujuk pula ialah 8.1.4 Menyenaraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan K8.1.8 iaitu Menghuraikan kepentingan taat setia kepada raja dan negara. Seterusnya, Standard Prestasi pula dipilih bersesuaian dengan Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan untuk refleksi kendiri murid terhadap aktiviti pembentangan di kelas.
KEUPAYAAN INSTRUMEN Dalam pada itu, mengikut penilaian saya instrumen pentaksiran refleksi kendiri murid ini didapati kurang berupaya untuk mentaksir murid. Hal ini kerana, murid-murid yang melaksanakan refleksi kendiri ini tidak dapat menyatakan dengan jelas apa yang telah mereka dapati daripada aktiviti pembentangan yang dilaksanakan di kelas. Murid-murid tersebut cenderung untuk menyatakan keseronokan mereka terhadap aktiviti yang mereka laksanakan. Hal ini kerana, murid-murid kurang memahami apa yang perlu mereka tulis pada refleksi kendiri tersebut. Ekoran itu, guru Sejarah tersebut tidak dapat menilai tahap penguasaan murid tersebut terhadap topik tersebut seterusnya merancang pengukuhan sekiranya diperlukan sebelum guru beralih kepada tajuk pembelajaran yang lain.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara penambahbaikan yang perlu guru lakukan ialah guru boleh menukar refleksi kendiri murid kepada senarai semak pemerhatian terhadap murid melalui aktiviti pembentangan atau aktiviti lain yang akan dilaksanakan kelak. Hal ini kerana, data perolehan daripada senarai semak pemerhatian guru kepada murid berkenaan apa yang ingin diuji dan dinilai adalah lebih relevan dan tepat seterusnya dapat membantu guru Sejarah tersebut membuat penambahbaikan yang terbaik terhadap murid-murid tersebut. Selain itu, jika guru melaksanakan instrumen pentaksiran senarai semak pemerhatian, waktu pembelajaran murid tidak akan terganggu iaitu pada tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung di kelas, guru dan murid boleh menggunakan masa untuk mengisi refleksi tersebut dengan melaksanakan aktiviti pembelajaran lain yang menarik. Oleh itu, waktu pembelajaran murid menjadi lebih berkualiti dan berkesan.
RUMUSAN Secara kesimpulannya, Instrumen pentaksiran merangkumi pelbagai alat dan kaedah yang digunakan untuk mengumpul data tentang prestasi atau kemajuan pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ini termasuk ujian, lembaran kerja, projek, portfolio, penilaian kendiri, dan penilaian rakan sebaya. Objektif utama instrumen pentaksiran adalah untuk memberikan maklumat yang berguna kepada guru dan murid untuk meningkatkan pembelajaran serta memastikan pembangunan keseluruhan murid. Oleh itu, instrumen pentaksiran yang berkualiti perlulah relevan, sahih, boleh dipercayai, serta mengambil kira pelbagai aspek pembelajaran dan keperluan pelajar.
RUJUKAN