PERPADUAN DI MALAYSIA
KURSUS: PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN KOD : MPU21032 PENSYARAH KURSUS : DR.SALWA SESI : 2 2022/2023 TAJUK : PERPADUAN DI MALAYSIA MUHAMMAD ALIFF BIN ABDUL RASYID (15DET22F1054) AMIR HAKIM BIN MOHAMAD ROSLI (15DET22F1055) MUHAMMAD SYAHMI SYIHABUDDIN BIN BIN AHMAD FAZIL (15DET22F1056) MUHAMMAD SYAHRIL AFIF BIN MUAIZAM (15DET22F1053) 1
ISIKANDUNGAN • OBJEKTIF.....................................................................................3 • PENGENALAN..............................................................................4 • DEFINISI PERPADUAN KAUM & INTEGRASI NASIONAL................5 • KEPENTINGAN PERPADUAN.........................................................6 • PUNCA & KESAN PERPADUAN...................................................7-9 • KEBAIKAN PERPADUAN................................................................10 • LANGKAH - LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN.........................12-14 • KESIMPULAN................................................................................15 • REFLEKSI...................................................................................16 • SUMBER RUJUKAN........................................................................17 2
OBJEKTIF • MENJELASKAN ERTI & KONSEP PERPADUAN • MENJELASKAN KEPENTINGAN PERPADUAN DI MALAYSIA • MENERANGKAN PUNCA-PUNCA PERPADUAN • MENJELASKAN KESAN-KESANNYA • MENYATAKAN FAEDAH MENGUKUHKAN PERPADUAN DI MALAYSIA • MENERANGKAN LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN ANTARA KAUM 3
PENGENALAN • Kerajaan British memastikan pemisahan kaum berlaku dari segi kegiatan ekonomi & petempatan. Keadaan ini menyukarkan kaum lain untuk memahami budaya & adat resam kaum lain. KONSEP PERPADUAN & INTEGRASI NASIONAL? Negara Malaysia dibangunkan berasaskan dua perkara iaitu Perpaduan kaum dan Integrasi nasional. Dua elemen ini memainkan peranan penting kerana negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Sejarah hubungan Antara kaum telah wujud sebelum zaman penjajahan lagi.Hubungan ini secara terus menerus diperkukuhkan lagi Sehingga negara mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia berlaku. Kerajaan juga memainkan peranan penting bagi mencari idea atau langkah bagi memperkasakan lagi ikatan tali persaudaraan antara kaum demi menjadikan sebuah negara yang aman ,damai dan harmoni. 4
Apakah maksud Perpaduan? Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Apakah maksud Perpaduan kaum? Perpaduan kaum ialah kehidupan rakyat daripada pelbagai etnik , agama, & wilayah hidup dengan aman dan bersatu. Mereka memberikan komitmen yang penuh kepada Identiti kebangsaan berlandaskan perlembagaan persekutuan Dan Rukun Negara. Apakah maksud Integrasi nasional? Merupakan satu proses yang merapatkan Hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah Bagi membentuk satu bangsa.Mereka ini mempunyai Identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan Dan Rukun Negara Perpaduan kaum dan Integrasi nasional merupakan dua konsep yang berkait rapat & melalui proses yang berbeza. Dua konsep ini berteraskanPerlembagaan Persekutuan danPrinsip Rukun Negara. 5
Kepentingan Perpaduan di Malaysia 1.Membentuk semangat nasionalisme demi mempertahankan negara daripada penjajahan. Dalam mendepani zaman komodenisasi ini,pertahanan negara bukan sahaja bergantung kepada ketenteraan malah ia juga bergantung kepada perpaduan di negara itu sendiri.Dalam erti kata lain,perpaduan amatlah penting bagi sesebuah negara untuk kekal sebagai negara yang merdeka.Justeru,perpaduan adalah signifikan dalam merencana kepimpinan negara yang terbaik untuk mengekalkan kemerdekaan sesebuah negara,mengelak konfrontasi serta membawa negara ke tahap yang lebih baik dari semasa ke semasa. 2.Perpaduan menjamin kemajuan ekonomi Dari perspektif yang berbeza pula, perpaduan kaum dapat menjamin kemajuan ekonomi. Hal ini dikatakan demikian kerana semangat kerjasama bagai aur dengan tebing antara kaum di Malaysia telah menyebabkan negara mampu mencapai kemajuan dalam ekonomi. Sebagai contoh, kedai runcit di kampung lazimnya dikuasai oleh kaum Cina. Mereka mendapatkan hasil kampung dari orang Melayu untuk dijual. Pada masa yang sama kedai tersebut dikunjungi oleh bangsa Melayu, Cina dan India. Kitaran perniagaan ini berlaku dalam tiga bangsa utama yang menyebabkan hubungan ketigatiga bangsa ini amat akrab.Keunikan ini menjadi punca pelabur asing berminat untuk melabur dalam negara. 3.Menjaga imej negara Perpaduan juga sangat penting untuk menjaga imej negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi ahli Badan Bangsa Bersatu sering mendapat perhatian atas kebijaksanaan pemimpin negara yang berjaya mengawal situasi yang melibatkan keselamatan negara.Kesemua bukti ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam menjaga dan mengurus perpaduan negara. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah menghargai nilai perpaduan ini kerana negara yang baik lahir daripada rakyat baik 6
PUNCA DAN KESAN PERPADUAN DI MALAYSIA Perpaduan secara umumnya ditakrifkan sebagai kesamaan dan kesatuan dalam membentuk identiti nasional seperti satu bangsa dan satu Bahasa.Hal ini berlaku demikian kerana berdasarkan sejarah, rakyat Malaysia telah menerima fakta bahawa masyarakatnya ialah masyarakat majmuk. Perubahan demografi dari segi jumlah populasi rakyat mengikut pecahan etnik telah banyak berubah sejak tahun 1970-an sehingga kini. Pada masa yang sama, wujud pelbagai sistem persekolahan, iaitu sekolah arus perdana, sekolah vernacular, sekolah agama dan sekolah antarabangsa. Semua individu kekal dengan pegangan agama, pengenalan etnik dan budaya masing-masing. Hal ini juga mendorong masyarakat dalam membiasakan diri dan bergaul sesama sendiri. Rakyat yang mempunyai jiwa dan hati yang murni akan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia untuk mengekalkan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara, di mana sahaja dirinya berada. 7
Di samping itu, satu punca yang menjadi tonggak utama kepada perpaduan di Malaysia adalah dari segi bahasa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum , oleh kerana itu bahasa juga menjadi banyak . Dalam membentuk masyarakat Malaysia , DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia . Baginda mensifatkan perdaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini . Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan memajukan Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai Bahasa rasmi negara ini. Hal ini dapat menyerlahkan kedudukan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berasal daripada pelbagai kaum.Menyedari hakikat ini, Bahasa Melayu menjadi pilihan tepat untuk dijadikan Bahasa pengantar dalam system pendidikan negara khususnya Sijil Pelajaran Malaysia iaitu merupakan kunci untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya . 8
Sambutan perayaan yang pelbagai di Malaysia juga menjadi pengaruh kepada perpaduan di Malaysia .Sambutan tersebut seperti amalan kunjung mengunjung pada musim Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Selain itu, usaha dalam dunia perniagaan juga dapat merapatkan hubungan dan menjauhkan perseteruan . Semasa di dalam perayaan, rakyat dapat mengambil peluang untuk mendalami nilai budaya kaumkaum yang terdapat di Malaysia.Perpaduan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dapat menarik minat pelancong asing untuk melancong di negara Malaysia.Justeru itu, perayaan tersebut dapat mengeratkan hubungan sesame masyarakat dan menjamah pelbagai hidangan . Sektor pelancongan akan lebih berhasil melalui contoh model keamanan negara seperti Malaysia. 9
KEBAIKAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA Menurut kamus dewan Bahasa, kebaikan bermaksud manfaat,guna.faedah,dan kelebihan. Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum.Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu,Cina dan India.Justeru itu,kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk Bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama. Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen.Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara.Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. 10
Ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik.Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar. Selain itu,perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara.Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia.Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup, meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara. Di samping itu,perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia,pelabur asing yakin untuk melabur kerana lihat sistem negara kita yang berkembang pesat disebabkan oleh masyarakat yang bekerjasama. Seterusnya,mengekalkan perpaduan negara dapat melahirkan perasaan cintakan tanah air kepada generasi muda kerana mempelari matapelajaran sejarah.Apabila ramai yang cintakan tanah air kita,kita dapat memperkukuh sistem keselamatan di negara kita untuk mengelakkan tanah air kita daripada dijajah oleh anasir luar. Kemudian,dapat mewujudkan kestabilan politik kerana mewujudkan persekitaran aman dan makmur kerana tiada perkauman dan pergaduhan.Kesannya,kita dapat meningkatkan imej negara di persada dunia. 11
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM Antara langkah dan usaha yang pasti membuahkan perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan menyatukan institusi Pendidikan dari peringkat rendah.Umum mengetahui kita mempunyai sekolah vernacular yang dikenalo sebagai Sekolah Kebangsaan (SK),Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT).Pembahagian ini bukan sahaja menjejaskan perpaduan antara kanak-kanak malah mewujudkan jurang pendidikan antara mereka kerana pelaksanaan kurikulum yang tidak sama.Oleh itu,kita hendaklah mewujudkan satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan yang menghimpun kanak-kanak dan remaja tanpa mengira latar belakang mereka dan memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua kanakkanak tidak kira kaum,bangsa dan agama.Secara langsung dan tidak langsung, mereka akan berinteraksi dan bergaul sesama mereka dan melahirkan kesefahaman serta kekitaan dalam menghadapi persekolahan.Tegasnya, dengan menyatukan institusi pendidikan di bawah satu sistem sahaja agar semangat perpaduan antara kaum dapat dilahirkan persis kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. 12
CONTOH SEKOLAH VERNAKULAR YANG TERDAPAT DI MALAYSIA 13
Selain itu, terdapat juga usaha lain untuk memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan menyambut hari perayaan bersama-sama.Konsep ini sebenarnya telahpun diperkenalkan iaitu penganjuran rumah terbuka yang di mana konsep ini terbuka untuk siapa sahaja tidak kira kaum,bangsa dan agama.Negara kita merupakan antara masyarakat yang banyak meraikan perayaan setiap tahun iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha,Deepavali,Wesak, Hari Gawai,Pesta Kaamatan dan Hari Natal.Dengan penganjuran rumah terbuka, bangsa lain yang tidak mengetahui budaya dan tradisi kaum yang menyambut perayaan tersebut boleh mempelajari dan menikmati hidangan yang lazimnya dihidangkan.Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.Pada masa yang sama,aktiviti kunjung mengunjung semasa hari perayaan dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga dan komuniti.Jelasnya,Penganjuran rumah terbuka dapat memupuk perpaduan antara kaum menerusi perayaan yang disambut. 14
KESIMPULAN • TANPA PERPADUAN KAUM, KEAMANAN TIDAK AKAN WUJUD KERANA RAKYAT AKAN BERGADUH SESAMA SENDIRI SEHINGGA MENGHANCURKAN KEAMANAN SESEBUAH NEGARA YANG TELAH TERBINA. MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA MAJMUK WALAUPUN MEMPUNYAI PELBAGAI KAUM, BUDAYA DAN AGAMA TETAP MAMPU MENJALINKAN SEBUAH IKATAN PERPADUAN YANG KUKUH DAN MERUPAKAN PEMANGKIN UTAMA KEPADA KEMAJUAN NEGARA YANG KITA KECAPI SEHINGGA KINI. • SETIAP WARGANEGARA MALAYSIA HARUSLAH TERLIBAT DALAM USAHA UNTUK MEMANTAPKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA . SETIAP INDIVIDU PERLULAH MEMAINKAN PERANAN MASING - MASING DENGAN PENUH BERTANGGUNGJAWAB BAGI MENJANA PERPADUAN YYANG UTUH. 15
REFLEKSI 16 Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapar juga kami menyempurnakan EFOLIO. Tugasan ini diketuai oleh Amir Hakim dan disertai oleh Syahril Afif , Syahmi Syihabudin dan Muhammad Aliff. Agihan kerja yang baik mendorong kami dalam menyiapkan tugasan secara berkumpulan . Langkah pertama dimulakan dengan pencarian maklumat iaitu dilakukan oleh Aliff dan Syahmi .Dalam pada itu , Amir dan Syahril juga turut menolong dan tegur mana yang kurang terhadap pencarian tersebut . Seterusnya , Rekabentuk e-folio pula di bentuk oleh Amir dan Syahril . Walaupun sukar tetapi ia bukanlah halangan bagi kami untuk berhenti . Kami gigih dalam menyempurnakan apa yang kurang sempurna dan mencantikkan majalah kami. Kerjasama yang diwujudkan antara Syahril dan Amir berhasil dan dapat menjayakan efolio ini . Justeru itu, dalam menyiapkan e-folio ini , kami kerap mempelajari ilmu baharu serta mengasah kegigihan kami dalam melakukan kerja.Hal ini juga meningkatkan kreativiti kami dan kemahiran (design). Kami dapat mengawal emosi dengan berkesan dan saling memahami antara satu sama lain.Kami berpendapat tiada guna beremosi kerana ia tidak membantu dalam menyiapkan tugasan berkumpulan . Titik peluh kami tidak dapat kami lupakan . Kesimpulannya, kami mendapati tugasan ini sesuai dalam mengeratkan serta menguatkan Kerjasama antara pelajar di alam IPT khususnya di politeknik. Dalam pada itu , kami berharap tugasan ini diteruskan kepada pelajar semester seterusnya . Kami berpendapat bahawa,nilai minimum muka surat ialah 20 ke atas. Hal ini kerana, bagi menghasilkan sebuah majalah yang mempunyai pelbagai pendapat dan info tambahan yang menarik. Pelajar juga dapat berinteraksi secara efektif antara satu sama lain .Perpaduan antara rakyat Malaysia juga semakin utuh.Tali persaudaraan antara kaum juga makin kukuh.
SUMBER RUJUKAN • https://online.anyflip.com/crzfl/ycvn/mobile/index.html • -perpaduan.gov.my • Mypt3.com • bharian.com.my • pekhabar.com • Wikipedia • mohdisa-abdrazak.blogspot.com/201 • ipendidikan.my • scribbd.com • https://selongkar10.blogspot.com/ • -https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/ • -https://www.scribd.com/doc/310757976/Kebaikan-PerpaduanKaum-Kepada-Masyarakat-Dan-Negara# 17