BBUULLEETTIINN SSUUKKAANN MSSD BATU PAHAT ketandusan idea Wartawan muda kelihatan tertekan kerana ketandusan idea untuk mencari berita sensasi. Kami dari pihak Ajk seranta & publisiti memohon maaf andai ada tersalah kata sehingga mengguris hati mana-mana pihak. Ini semua hanyalah sekadar hiburan dan gurau senda. paluan bergaya Kumpulan kompang SMK Tunku Putra yang lebih dikenali sebagai Putra Kompang segak bergaya untuk majlis perasmian penutupan Kejohanan Olahraga MSSD Batu Pahat kali ke-55 pada petang ini. PENYOKONG SETIA Kemeriahan Kejohanan Olahraga MSSD BP diteruskan dengan kelibat penyokong-penyokong ULTRAS dari SMK Dato Syed Esa (DSE UNISION) dan SMK Tun Ismail (PSTI). Menurut ketua bagi kedua-dua pasukan iaitu Muhammad Danish Syah dan Muhammad Aqmar Aqil, mereka membuat persiapan selama seminggu bagi memantapkan persembahan mereka. Mereka juga sangat teruja kerana dapat menaikkan semangat atlet yang bertanding khususnya atlet dari SMK Dato Syed Esa dan SMK Tun Ismail.
Juara keseluruhan sek. menengah Pemenang keseluruhan bagi kategori sekolah menengah kejohanan ini ialah SM Cina Hwa Jin dengan pungutan sebanyak 15 pingat iaitu 7 emas, 3 perak dan 5 gangsa. Tahniah diucapkan atas kejayaan yang diperoleh. Syabas! perasmian penutupan Ketibaan perasmi, YB Tn. Hj. Aminolhuda bin Hassan Ahli Parlimen Sri Gading ke pentas utama bagi majlis perasmian penutupan Kejohanan Olahraga MSSD Batu Pahat kali ke-55. Majlis perasmian penutupan ini turut dihadiri oleh KPPD Batu Pahat, Dr. Suhaimi bin Ismail. Barisan Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum sekolah-sekolah rendah dan menengah Batu Pahat juga turut hadir dalam majlis tersebut.
olahragawan Chin Wei Liang dari SMK Dato Syed Esa telah dinobatkan sebagai olahragawan dalam Kejohanan Olahraga MSSD Batu Pahat kali ke-55 tahun 2023. Jumlah pingat yang telah beliau peroleh adalah sebanyak 2 emas. Beliau juga telah mencipta rekod baharu dalam acara 110m Lari Berpagar L15 dengan catatan 16.10s. Beliau teramat gembira atas pencapaian ini kerana usaha gigih dalam latihan yang dilakukan selama ini membuahkan hasil. Syabas diucapkan! juara keseluruhan sek. rendah Pemenang keseluruhan bagi kategori sekolah rendah kejohanan ini ialah MSSC Bandar dengan pungutan sebanyak 14 pingat iaitu 5 emas, 5 perak dan 4 gangsa. Tahniah diucapkan atas kejayaan yang diperoleh bersesuaian dengan moto mereka iaitu 'MSSC Bandar yakin boleh! We can do it! We are the best!' olahragawati Varshini A/P Sasidharan dari SMK Datuk Menteri telah dinobatkan sebagai olahragawati dalam Kejohanan Olahraga MSSD Batu Pahat kali ke-55 tahun 2023. Jumlah pingat yang telah beliau peroleh adalah sebanyak 2 emas. Beliau juga telah mencipta rekod baharu iaitu dalam acara 100m P15 dengan catatan 12.75s. Selain itu, beliau turut memecahkan rekod 23 tahun yang lalu bagi acara 400m P15 dengan catatan 64.19s. Rekod dahulu dipegang oleh Hasimah binti Khamis dari SMK Senggarang dengan catatan 65.80s pada tahun 2000. Beliau sangat gembira dan bangga atas pencapaian ini. Rahsia yang beliau kongsikan ialah sentiasa berlatih dengan gigih dan secara berterusan bagi mengekalkan stamina. "I'm unstoppable", kata beliau. Syabas diucapkan!
A C A R A O L A H R A G A M S S D B A T U P A H A T K A L I K E - 5 5 T A H U N 2 0 2 3 Masa No Acara Acara Kategori Peringkat 3.00 401 200m P12 Akhir 3.05 402 200m L12 Akhir 3.10 403 400m P15 Akhir 3.20 404 400m P18 Akhir 3.30 405 400m L15 Akhir 3.40 406 400m L18 Akhir 3.50 407 4x100m P12 Akhir 4.00 408 4x100m l12 Akhir 4.10 409 4X100m P15 Akhir 4.20 410 4x100m P18 Akhir 4.30 411 4X100m L15 Akhir 4.40 412 4x100m L18 Akhir Majlis Penutup 21 OGOS 2023 SESI 4
M E M O R I M E N C U I T H A T I "Oiii...Air tertinggal ni!!!" "Korang dari kedah ke?" Hoi hoi ya hoi, kini kita gembira~~ "Woi. Nak gi mana? Ambik ni dulu." "Aarrggghhhhhhhh!!!" 'Ehh. Bumbung ni bocor ke?' "Siapa yang tak mandi pagi tadi, angkat tangan." Masih di bawah langit yang sama~~ Tetap merenung bulan yang sama~~
L E N S A H A R I K E D U A
P E N G H A R G A A N Terima kasih diucapkan kepada barisan AJK dan Pegawai Kejohanan yang terlibat.
P E N G H A R G A A N Terima kasih diucapkan kepada barisan AJK dan Pegawai Kejohanan yang terlibat. Mohon maaf jika ada insan berjasa yang tidak terpotret dalam buletin ini. Jasa anda akan sentiasa dikenang.
P U N G U T A N P I N G A T ( 2 1 / 0 8 / 2 0 2 3 - 6 . 0 0 P T G ) SEKOLAH MENENGAH
P U N G U T A N P I N G A T ( 2 1 / 0 8 / 2 0 2 3 - 6 . 0 0 P T G ) Syabas & Syabas & Syabas & Tahniah! Tahniah! Tahniah! SEKOLAH RENDAH