(HASIL TRANSLASI VIDEO )
SUMBER: https://youtu.be/OIPCRpPDmtE
Woww.. kuat betul degupan jantung saya. Pengenalan
Ehhh, tidak.. saya tidak akan periksa jantung kita semua hari
ini, tetapi saya akan bercerita tentang buku kegemaran saya.
Molek rasanya saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Mohamad
Fahmi bin Abdul Wahab, dan saya berumur 12 tahun. Hari ini,
saya amat gembira untuk berkongsi dengan anda semua
tentang salah satu buku yang menjadi kegemaran saya.
Judul buku tersebut ialah Teroka Sains 1. Buku ini merupakan Tajuk Buku
hasil karya dua orang penulis yang kedua-duanya merupakan Pengarang
doktor iaitu Dr. Wan Fahmi dan juga Dr Nur Annies. Hebat kan Harga Buku
mereka.
Bilangan m/s
Buku menarik ini berharga RM 35.00. Dengan ilustrasi yang Genre
berwarna warni, saya kira harga ini berpatutan dan masih lagi
mampu dimiliki.
Teroka Sains 1 mengandungi 150 halaman bercetak dan
diterbitkan oleh Teroka Sains Resources. Buku Teroka Sains
ini sebenarnya sudah memasuki siri ke-empat. Namun begitu,
Siri 1 masih lagi menjadi siri kegemaran saya. Buku ini adalah
daripada genre bukan fiksyen dan
Terbahagi kepada 5 bahagian utama iaitu :
1. Angkasa dan geografi
2. Mikrob, bakteria dan virus
3. Manusia
4. Alam sekitar
5. Tumbuh-tumbuhan
Bab yang paling saya suka dalam buku ini ialah tentang Kandungan buku
manusia. Dalam bab ini, kita berpeluang untuk meneroka Kelebihan
keajaiban ciptaan Tuhan.
Antara yang paling menarik perhatian saya ialah berkaitan
dengan kornea mata. Untuk pengetahuan semua, kornea
mata merupakan satu-satunya bahagian badan yang tidak
mempunyai bekalan darah. Hal ini adalah kerana mata
menerima oksigen terus dari udara.
Selain itu, adakah anda semua tahu yang semut tidak tidur
langsung..? Semut juga tidak mempunyai paru-paru kerana
serangga ini bernafas melalui rogga kecil pada badannya
dan sesetengah semut tidak mempunyai mata.
Lihat.. Sungguh banyak info dan fakta yang kita tahu
dengan hanya membaca satu muka surat.
Itulah kelebihan utama membaca buku ini kerana isinya
yang padat. Setiap helai mempunyai fakta yang berbeza.
Dengan disertakan gambar yang menarik, buku ini akan
berjaya menggamit kita untuk terus membacanya.
Buku Teroka Sains ini dapat mendidik kita untuk bersyukur
dengan ciptaan Tuhan. Selain itu, buku ini juga dapat
memupuk perasaan cintakan haiwan dan alam sekitar .
Oleh yang demikian, saya yakin buku ini mampu
membentuk diri kita menjadi seorang yang lebih baik.
Di sebalik semua kelebihan tersebut, buku ini ada satu Penambahbaikan
kekurangan yang boleh diperbaiki. Tidak semua info
disertakan sekali dengan sebab atau puncanya. Jadi,
kadang kala kita tertanya-tanya mengapa hal tersebut
berlaku. Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar
pihak penulis dapat memperkemaskan lagi cara penulisan
mereka pada masa kan datang.
Dewasa ini, kanak-kanak banyak dikaitkan dengan Isu Semasa
penyakit obesiti. Oleh yang demikian, penting sekali kita Penutup
mengetahui fakta-fakta yang tepat dan ilmu baharu
terutamanya berkaitan dengan pemakanan dan
persekitaran kita.
Menurut laporan Sekolah Sains Perubatan Universiti Sains
Malaysia (USM) Kelantan, sebanyak 1 nisbah 5 kanak-
kanak mengalami berat badan berlebihan sekaligus
menjadikan Malaysia antara negara Asia Tenggara yang
mempunyai kadar obesiti tertinggi.
“An Apple a day, keep’s the doctor away” . Jadinya, fikir
dahulu sebelum menjamah apa-apa sahaja hidangan.
Tabiat pemakanan dan gaya hidup kita akan mempengaruhi
kualiti hidup semasa.
Oleh itu, ambillah peluang dan ruang yang ada untuk
menambah ilmu dengan membaca. Kini, pelbagai cara dan
medium boleh digunakan untuk membaca. Dayung sudah di
tangan, perahu sudah di air, tinggal hanya diri kita sahaja
yang mahu membantu diri kita sendiri atau pun tidak.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Pendidikan Khas